borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · terdiri daripada pelajar tingkatan lima telah dipilih...

25
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦ JUDUL: TAHAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DALAM MATA PELAJARAN FIZIK DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG SESI PENGAJIAN: 2008/2009 EZAN HAIZURAH BINTI AHMAD (HURUF BESAR) Saya mengakui membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajan tinggi. 4. **Sila tandakan (√) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: 106 A, Lorong Landak, Prof. Madya Dr. Seth Bin Sulaiman Jalan Padang Tembak, 86000 Kluang, Johor Tarikh: _____________________ Tarikh:____________________ CATATAN: * Potong yang mana tidak berkenaan ** Jika Kertas Projek ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelididkan, atau disertasi bagi pengajian secara kertas kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Upload: others

Post on 11-Oct-2019

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima telah dipilih daripada enam buah sekolah di Daerah Kluang, Johor. Alat kajian yang digunakan

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL: TAHAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DALAM MATA PELAJARAN FIZIK DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

DAERAH KLUANG

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

EZAN HAIZURAH BINTI AHMAD

(HURUF BESAR)

Saya mengakui membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajan tinggi. 4. **Sila tandakan (√)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: Nama Penyelia:

106 A, Lorong Landak, Prof. Madya Dr. Seth Bin Sulaiman

Jalan Padang Tembak,

86000 Kluang, Johor

Tarikh: _____________________ Tarikh:____________________

CATATAN: * Potong yang mana tidak berkenaan

** Jika Kertas Projek ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu

dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelididkan, atau disertasi bagi pengajian secara kertas kursus dan penyelidikan, atau

Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima telah dipilih daripada enam buah sekolah di Daerah Kluang, Johor. Alat kajian yang digunakan

TAHAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DALAM MATA

PELAJARAN FIZIK DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

DAERAH KLUANG

EZAN HAIZURAH BINTI AHMAD

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2009

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima telah dipilih daripada enam buah sekolah di Daerah Kluang, Johor. Alat kajian yang digunakan

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan;

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik).”

Tandatangan :

Nama Penyelia : Prof. Madya Dr. Seth Bin Sulaiman

Tarikh :

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima telah dipilih daripada enam buah sekolah di Daerah Kluang, Johor. Alat kajian yang digunakan

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Penulis : EZAN HAIZURAH BINTI AHMAD

Tarikh : ______________________________

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima telah dipilih daripada enam buah sekolah di Daerah Kluang, Johor. Alat kajian yang digunakan

Khas buat mak dan bak,

Setinggi-tinggi penghargaan buatmu

Jasa dan pengorbananmu akan ku kenang untuk selamanya…

Buat abang-abang, kakak dan adikku,

Terima kasih atas dorongan dan rangsangan daripada kalian…

Buat rakan-rakanku,

Sokongan, bantuan, nasihat dan dorongan daripada kalian

Ku ucapkan terima kasih

Semoga ukhuwah yang terjalin akan kekal selamanya.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima telah dipilih daripada enam buah sekolah di Daerah Kluang, Johor. Alat kajian yang digunakan

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya

saya dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada

penyelia saya, Prof. Madya Dr. Seth bin Sulaiman di atas bimbingan, teguran, tunjuk

ajar dan perbincangan bersama sepanjang tempoh menyiapkan laporan projek ini.

Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Kementerian

Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Johor yang bertanggung jawab

meluluskan kertas cadangan. Tidak lupa, terima kasih juga kepada Pejabat Pelajaran

Daerah Kluang yang membenarkan saya membuat kajian di sekolah-sekolah di

kawasan bandar Kluang dan telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam

pengumpulan maklumat yang diperlukan dalam penyediaan sampel kajian.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada pengetua-pengetua, penolong-

penolong kanan, guru-guru serta pelajar-pelajar sekolah yang terlibat dalam kajian

ini kerana sudi memberikan kerjasama.

Akhir sekali, terima kasih kepada rakan-rakan dan semua pihak yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung di atas sokongan, pertolongan dan tunjuk ajar

sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Wassalam.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima telah dipilih daripada enam buah sekolah di Daerah Kluang, Johor. Alat kajian yang digunakan

vi

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap

pencapaian Kemahiran Proses Sains dalam mata pelajaran Fizik di kalangan pelajar

sekolah menengah terhadap Kemahiran Membuat Inferens, Kemahiran Memproses

Data dan Kemahiran Mentakrif Secara Operasi. Seramai 120 orang responden yang

terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima telah dipilih daripada enam buah sekolah di

Daerah Kluang, Johor. Alat kajian yang digunakan mengandungi 30 soalan objektif

berkaitan dengan konsep Fizik. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 17.0 for

windows. Di samping itu, item-item kajian telah ditentusahkan oleh pakar dan diuji

rintis. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ialah α = .81. Hasil daripada kajian

menunjukkan bahawa tahap pencapaian bagi keseluruhan kemahiran yang dikaji

adalah sederhana (58.86%). Berdasarkan kajian ini juga, tahap pencapaian bagi

setiap kemahiran yang dikaji adalah sederhana, Kemahiran Membuat Inferens

(60.98%), Kemahiran Memproses Data (56.97%) dan Kemahiran Mentakrif Secara

Operasi (58.75%). Analisis Ujian-t menunjukkan wujud perbezaan beerti antara

responden jantina lelaki dan perempuan dengan nilai signifikan .001. Oleh yang

demikian, berdasarkan daripada kajian boleh disimpulkan tahap pencapaian adalah

sederhana bagi keseluruhan kemahiran dan perbezaan jantina mempengaruhi

pencapaian pelajar terhadap kemahiran proses sains yang dikaji.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima telah dipilih daripada enam buah sekolah di Daerah Kluang, Johor. Alat kajian yang digunakan

vii

ABSTRACT

The purpose of this study is to determine the level of achievement on Science

Process Skills in Physics subject among secondary school students in three skills,

which are making inference, interpreting data and operational definition. The sample

consists of 120 form five students selected from six schools in the district of Kluang,

Johor. The instrument used consists of 30 objective questions related to Physics

concept. The data was analyzed using SPSS 17.0 for windows software. The data

was validated and the results of pilot study were analyzed. The reliability coefficient

of instrument was found to be α = .81. Findings from the study indicated that the

level of the overall achievement for all Science Process Skills was found to be at

moderate (58.86%). While the other three skills were also found to be at moderate

levels with 60.98% for making inference, 56.97% for interpreting data and 58.75%

for operational definition. T-test analysis showed that there was a significant

difference between male and female students in favour of male students with

significant value of .001. Therefore from the research, it can be concluded that the

overall level of achievement for all skills are at moderate level and there is a

significant difference across gender on the students’ achievement of science process

skills.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima telah dipilih daripada enam buah sekolah di Daerah Kluang, Johor. Alat kajian yang digunakan

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA

JUDUL

PENGAKUAN PENYELIA

PENGAKUAN PENULIS

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI SINGKATAN

SENARAI LAMPIRAN

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Hipotesis Kajian

MUKA SURAT

1

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

viii

xiii

xv

xvi

xvii

1

3

6

7

7

8

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima telah dipilih daripada enam buah sekolah di Daerah Kluang, Johor. Alat kajian yang digunakan

ix

2

1.7 Kepentingan Kajian

1.8 Skop Kajian

1.9 Takrifan Istilah

1.9.1 Tahap Pencapaian

1.9.2 Kemahiran Proses Sains

1.9.2.1 Kemahiran Mentakrif Secara Operasi

1.9.2.2 Kemahiran Membuat Inferens

1.9.2.3 Kemahiran Memproses Data

1.9.3 Pelajar Fizik

1.10 Rumusan

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan

2.2 Kemahiran Mentakrif Secara Operasi

2.2.1 Teori-teori Berkaitan Kemahiran

Mentakrif Secara Operasi

2.2.2 Kepentingan Kemahiran Mentakrif

Secara Operasi

2.2.3 Contoh Soalan Kemahiran

Mentakrif Secara Operasi

2.3 Kemahiran Membuat Inferens

2.3.1 Teori-teori Berkaitan Kemahiran

Membuat Inferens

2.3.2 Kepentingan Kemahiran Membuat

Inferens

2.3.3 Contoh Soalan Kemahiran Membuat

Inferens

2.4 Kemahiran Memproses Data

8

10

10

11

11

12

13

13

14

14

16

17

19

20

20

22

23

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima telah dipilih daripada enam buah sekolah di Daerah Kluang, Johor. Alat kajian yang digunakan

x

3

4

2.4.1 Teori-teori Berkaitan Kemahiran

Memproses Data

2.4.2 Kepentingan Kemahiran Memproses Data

2.4.3 Contoh Soalan Kemahiran Memproses Data

2.5 Perbezaan Merentas Jantina

2.5.1 Teori-teori Berkaitan Hubungan

Tahap Pencapaian Kemahiran Proses

Sains dengan Perbezaan Jantina.

2.6 Kajian Lepas

2.6.1 Kajian Dalam Negara

2.6.2 Kajian Luar Negara

2.7 Rumusan

METADOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

3.2 Reka Bentuk Kajian

3.3 Tempat Kajian

3.4 Populasi dan Sampel Kajian

3.5 Instrumen Kajian

3.6 Kajian Rintis

3.7 Prosedur Kajian

3.8 Kajian Sebenar

3.9 Analisis Data

3.10 Rumusan

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan

4.2 Analisis Taburan Maklumat Diri Responden

23

24

25

26

27

33

36

37

38

38

39

40

44

44

45

46

47

48

48

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima telah dipilih daripada enam buah sekolah di Daerah Kluang, Johor. Alat kajian yang digunakan

xi

4.3 Analisis Deskriptif Bahagian B

4.3.1 Analisis Tahap Pencapaian

Kemahiran Proses Sains

4.3.2 Analisis Tahap Pencapaian Setiap

Kemahiran Proses Sains

4.3.2.1 Analisis Tahap Pencapaian Kemahiran

Membuat Inferens

4.3.2.1.1 Bilangan Serta Peratus Pelajar

Betul dan Salah Mengikut Aspek

Soalan Berkaitan Kemahiran

Membuat Inferens

4.3.2.2 Analisis Tahap Pencapaian Kemahiran

Memproses Data

4.3.2.2.1 Bilangan Serta Peratus Pelajar Betul

dan Salah Mengikut Aspek Soalan

Berkaitan Kemahiran Memproses

Data

4.3.2.3 Analisis Tahap Pencapaian Kemahiran

Mentakrif Secara Operasi

4.3.2.3.1 Bilangan Serta Peratus Pelajar Betul

dan Salah Mengikut Aspek Soalan

Berkaitan Kemahiran Mentakrif

Secara Operasi

4.3.3 Analisis Perbezaan Jantina Terhadap

Kemahiran Proses Sains yang Dikaji

4.3.4 Analisis Perbezaan Jantina Terhadap Setiap

Kemahiran Proses Sains yang Dikaji

4.3.4.1 Analisis Perbezaan Jantina Terhadap

Kemahiran Membuat Inferens

4.3.4.2 Analisis Perbezaan Jantina Terhadap

Kemahiran Memproses Data

50

51

51

52

53

54

55

55

56

58

58

59

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima telah dipilih daripada enam buah sekolah di Daerah Kluang, Johor. Alat kajian yang digunakan

xii

5

4.3.4.3 Analisis Perbezaan Jantina Terhadap

Kemahiran Mentakrif Secara Operasi

4.4 Rumusan

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN

5.1 Pendahuluan

5.2 Ringkasan dan Perbincangan

5.2.1 Tahap Pencapaian Kemahiran Proses Sains

5.2.2 Tahap Pencapaian Bagi Setiap Kemahiran

Proses Sains yang Dikaji

5.2.2.1 Tahap Pencapaian Kemahiran Membuat

Inferens

5.2.2.2 Tahap Pencapaian Kemahiran

Memproses Data

5.2.2.3 Tahap Pencapaian Kemahiran Mentakrif

Secara Operasi

5.2.3 Tahap Pencapaian Kemahiran Proses Sains

Merentas Jantina

5.3 Kesimpulan

5.4 Cadangan

5.4.1 Guru

5.4.2 Pelajar

5.5 Cadangan Kajian Masa Depan

5.6 Rumusan

60

61

62

62

63

64

64

66

67

69

71

72

72

75

76

78

RUJUKAN 79

LAMPIRAN 86-119

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima telah dipilih daripada enam buah sekolah di Daerah Kluang, Johor. Alat kajian yang digunakan

xiii

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1

3.2

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

Pecahan 30 soalan objektif Bahagian B mengikut

aspek KPS yang dikaji

Tahap Pencapaian Bagi Setiap Kemahiran yang

Dikaji

Taburan bilangan responden mengikut jantina

Taburan bilangan responden mengikut sekolah

Tahap Pencapaian Kemahiran Proses Sains

Min dan Tahap Pencapaian Kemahiran Membuat

Inferens

Bilangan Serta Peratus Pelajar Betul dan Salah

Mengikut Aspek Soalan Berkaitan Kemahiran

Membuat Inferens

Min dan Tahap Pencapaian Kemahiran Memproses

Data

42

46

49

49

51

51

52

53

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima telah dipilih daripada enam buah sekolah di Daerah Kluang, Johor. Alat kajian yang digunakan

xiv

4.7

4.8

4.9

4.10

4.11

4.12

4.13

Bilangan Serta Peratus Pelajar Betul dan Salah

Mengikut Aspek Soalan Berkaitan Kemahiran

Memproses Data

Min dan Tahap Pencapaian Kemahiran Mentakrif

Secara Operasi

Bilangan Serta Peratus Pelajar Betul dan Salah

Mengikut Aspek Soalan Berkaitan Kemahiran

Mentakrif Secara Operasi

Ujian-t bagi ketiga-tiga kemahiran yang dikaji

Ujian-t bagi kemahiran membuat inferens

Ujian-t bagi kemahiran memproses data

Ujian-t bagi kemahiran mentakrif secara operasi

54

55

56

57

58

59

60

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima telah dipilih daripada enam buah sekolah di Daerah Kluang, Johor. Alat kajian yang digunakan

xv

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1

2

3

4

Komponen-komponen Kemahiran Saintifik

Carta aliran Kemahiran Membuat Inferens

Carta aliran Kemahiran Memproses Data

Carta aliran Kemahiran Mentakrif Secara

Operasi

5

41

41

42

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima telah dipilih daripada enam buah sekolah di Daerah Kluang, Johor. Alat kajian yang digunakan

xvi

SENARAI SINGKATAN

ASTS - Attitude Scale Toward Science

JPNJ - Jabatan Pelajaran Negeri Johor

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KM - Kemhiran Manipulatif

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

KPS - Kemahiran Proses Sains

KPSB - Kemahiran Proses Sains Bersepadu

KS - Kemahiran Saintifik

PPD - Pejabat Pelajaran Daerah

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

SPSS - Perisian ‘Statistical Package for Social Sciences’

SPST - Science Process Skills Test

TIPS - Test Integrated Process Science

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima telah dipilih daripada enam buah sekolah di Daerah Kluang, Johor. Alat kajian yang digunakan

xvii

SENARAI LAMPIRAN

BIL. LAMPIRAN TAJUK MUKA

SURAT

1

2

3

4

5

6

Lampiran A

Lampiran B

Lampiran C

Lampiran D

Lampiran E

Lampiran F

Ujian Pencapaian Kemahiran Proses

Sains (UPKPS)

Jawapan Ujian Pencapaian

Kemahiran Proses Sains

Surat Pengesahan Item Kajian Oleh

Pakar Bidang

Surat Pengesahan Status Pelajar

Surat Kebenaran Dari Kementerian

Pelajaran Malaysia Untuk

Menjalankan Kajian Di Sekolah

Surat Kebenaran Dari Jabatan

Pelajaran Negeri Johor

86

108

110

112

115

118

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima telah dipilih daripada enam buah sekolah di Daerah Kluang, Johor. Alat kajian yang digunakan

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Perkembangan pendidikan di Malaysia berlaku secara sistematik dan

terancang ke arah melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani dan jasmani

selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sejarah pendidikan

Malaysia bermula dengan wujudnya Penyata Razak (1956) dan Ordinan Pelajaran

(1957) dalam pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan dan kemudiannya

diperluaskan dalam Rang Undang-undang Pendidikan (1995). Bersandarkan kepada

Rang Undang-undang Pendidikan (1995), sistem pendidikan Malaysia dicorakkan

untuk menghasilkan pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai

aspirasi negara. Selaras dengan keperluan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia

telah menggariskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dijadikan sebagai

landasan kepada sistem pendidikan negara sehingga ke hari ini. Matlamat FPK

adalah seperti berikut:

”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima telah dipilih daripada enam buah sekolah di Daerah Kluang, Johor. Alat kajian yang digunakan

2

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,

bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”

( Abu Hassan, 2003)

Pada amnya, ilmu sains itu sendiri adalah bertujuan untuk masyarakat

memahami keadaan di sekelilingnya. Keadaan ini menunjukkan bahawa sains

sebagai salah satu bidang ilmu pengetahuan yang merangkumi pengetahuan,

kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni. Malah sains juga merupakan satu proses

mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah yang melibatkan kemahiran

berfikir dan strategi berfikir serta kemahiran saintifik (KS). Situasi ini membolehkan

pelajar menghubungkaitkan fakta dan konsep, membuat pengitlakan dan

memperkembangkan sikap yang positif dalam mengaplikasikan ilmu dengan

kehidupan seharian (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002).

Ringkasnya, dalam usaha mencari, memahami dan menggunakan ilmu

pengetahuan sains bagi menyelesaikan sesuatu masalah, pelajar perlu menguasai KS

dengan baik. Maka dari situ pelajar dapat memperkembangkan sikap yang positif di

mana pembelajaran sains menggalakan sikap saintifik dan nilai murni.

Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting terdiri daripada

kemahiran proses sains (KPS) dan kemahiran manipulatif (KM). Kemahiran proses

sains merupakan satu proses mental yang menggalakan pemikiran secara kritis,

kreatif, analitik dan sistematik. Di samping itu, KPS merupakan kemahiran yang

membolehkan pelajar mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem

daripada kemahiran yang mudah kepada yang kompleks (Pusat Perkembangan

Kurikulum. 2002).

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima telah dipilih daripada enam buah sekolah di Daerah Kluang, Johor. Alat kajian yang digunakan

3

KPS adalah sangat penting ke arah membentuk pembelajaran bermakna

kerana pembelajaran adalah berlaku sepanjang hidup dan setiap individu harus

berusaha untuk mencari, menjelaskan dan mengadili keterangan di bawah penemuan

situasi yang berbeza. Jadi, ianya sangat penting bagi masa hadapan pelajar untuk

memperlengkapkan diri dengan KPS di institusi pendidikan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Bagi merealisasikan pembinaan insan sebagaimana hasrat pendidikan di

Malaysia, pendidikan sains dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diwacanakan agar berupaya

membentuk rakyat Malaysia yang seimbang daripada segi jasmani, rohani, emosi dan

intelek yang mana bermulanya pada tahun 2002, semua pelajar dari Tahun satu

hingga ke Tingkatan lima wajib mempelajari mata pelajaran sains. Sebagai sebuah

negara yang sedang meningkat maju, Malaysia mampu mewujudkan masyarakat

yang mepunyai daya pemikiran yang tinggi, inovatif serta mempunyai pandangan

yang jauh ke hadapan sekiranya pendidikan di Malaysia mengamalkan budaya sains

dan juga teknologi. Seiring dengan hasrat untuk mencapai status negara maju,

kurikulum sains di sekolah Malaysia digubal untuk melahirkan masyarakat yang

berilmu, progresif serta inovatif yang menjadi penyumbang kepada tamadun sains

dan teknologi pada masa akan datang.

Bersesuaian dengan matlamat yang tersurat dalam FPK, pihak Kementerian

Pendidikan telah menggubal Falsafah Pendidikan Sains Negara (FPSN) sebagai

berikut:

”Pendidikan sains di Malaysia bertujuan memupuk budaya sains dan

teknologi dengan memeberi tumpuan kepada perkembangan individu yang

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima telah dipilih daripada enam buah sekolah di Daerah Kluang, Johor. Alat kajian yang digunakan

4

kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan

berketrampilan teknologi”

(Abu Hassan, 2003)

Pernyataan di atas jelas menunjukkan bahawa pendidikan sains yang

disediakan di sekolah bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang cenderung,

berminat dan berupaya dalam bidang sains serta teknologi kerana golongan inilah

yang akan menjadi sumber tenaga manusia dan memainkan peranan yang penting

dalam pembangunan negara. Oleh sebab itu, amatlah penting seseorang pelajar

menguasai kemahiran saintifik (KS) melalui pendekatan inkuiri dalam membolehkan

pelajar memahami alam sekeliling dan dapat mengaplikasikan pemahaman mereka

dengan baik untuk masa hadapan.

Kurikulum Sains memberi tumpuan kepada penguasaan KS seperti di Rajah

(1) untuk menggalakan pelajar memperkembangkan sikap yang positif. Kemahiran

Saintifik (KS) terbahagi kepada dua komponen iaitu Kemahiran Proses Sains (KPS)

dan Kemahiran Manipulatif (KM). KPS merupakan satu kemahiran yang

memerlukan seseorang pelajar mempersoalkan sesuatu masalah yang ada serta

mencari jawapan kepada masalah tersebut secara bersistem dan terdiri daripada 2

komponen kecil iaitu Kemahiran Proses Sains Asas serta Kemahiran Proses Sains

Bersepadu. Manalaka KM merupakan kemahiran psikomotor yang dalam aktiviti

penyiasatan sains yang dilakukan.

KS merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti

mengikut kaedah saintifik seperti eksperimen, penyelidikan dan projek yang

menggunakan kemahiran saintifik. Rakow (1986) menegaskan bahawa murid perlu

terlibat dalam proses penyiasatan supaya kemahiran proses sains dan kemahiran

manipulatif pelajar dapat dikembangkan. Keadaan ini selaras dengan matlamat

Kurikulum Fizik untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan

kemahiran dalam bidang fizik dan mampu mengaplikasikan pengetahuan

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima telah dipilih daripada enam buah sekolah di Daerah Kluang, Johor. Alat kajian yang digunakan

5

berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan serta

menyelesaikan masalah harian (Pusat Perkembangan Kurikulum,2002).

Menurut Wellington (1989), Sains perlu diajar bagi faedah pelajar dan bukan

untuk faedah Sains iaitu lebih memberi tumpuan kepada kaedah dan bukannya isi

kandungannya. Jadi, masalah utama wujud di mana sesetengah pelajar menganggap

mata pelajaran Sains terutamanya Fizik adalah mata pelajaran yang susah. Masalah

yang dihadapi dalam pembelajaran Sains ialah pelajar mengalami masalah dalam

memahami konsep dan bukannya hanya mengingati fakta kerana guru hanya

mengajar fakta untuk lulus peperiksaan (Cohen dan Harper, 1990).

Rajah 1: Komponen-komponen Kemahiran Saintifik

(Sumber: Abu Hassan, 2003)

KEMAHIRAN SAINTIFIK

Kemahiran Proses Sains Kemahiran Manipulatif

Kemahiran Proses

Sains Asas

Kemahiran Proses Sains

Bersepadu

� Memerhati

� Mengelas

� Mengukur dan

menggunakan

nombor

� Membuat inferens

� Menggunakan ruang

dan masa

� Meramal

� Berkomunikasi

� Mengguna dan mengendalikan

peralatan dan bahan sains dengan

betul dan selamat

� Menyimpan peralatan dan bahan

sains dengan betul dan selamat

� Membersihkan peralatan sains

dengan cara yang betul

� Mengendalikan spesimen hidup

dan bukan hidup dengan cara

yang betul dan cermat

� Mematuhi arahan eksperimen

� Membuat pemerhatian,

perekodan dan pengukuran

dengan betul

� Mentafsir data

atau maklumat

� Mendefinisikan

secara operasi

� Mengawal

pemboleh ubah

� Membuat hipotesis

� Mengeksperimen

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima telah dipilih daripada enam buah sekolah di Daerah Kluang, Johor. Alat kajian yang digunakan

6

1.3 Pernyataan Masalah

Sebagaimana yang sedia maklum, kaedah pembelajaran sains adalah melalui

pendekatan inkuiri penemuan di mana sains dianggap sebagai proses. Oleh sebab itu,

penguasaan KS terutamanya KPS amat penting kepada pelajar bagi memudahkan

proses pembelajaran pelajar itu sendiri. Melalui penguasaan KPS, sedikit sebanyak

dapat membantu pelajar untuk menyelesaikan masalah berkaitan mata pelajaran

Fizik dengan menggunakan pendekatan inkuiri-penemuan iaitu dengan aktiviti

penyelidikan. Jika dilihat daripada huraian di atas, sekiranya seseorang pelajar dapat

menguasai KPS dengan baik di mana dapat menyelesaikan masalah Fizik yang

dihadapinya, maka pelajar ini boleh dikatakan telah mengalami pembelajaran yang

bermakna. Malah jika dilihat daripada Objektif Kurikulum Sains (2002) yang di

semak semula dan Objektif Kurikulum Fizik melalui Pusat Perkembangan

Kurikulum (2002), salah satu objektifnya adalah membolehkan pelajar menguasai

KPS dan kemahiran berfikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Maka kajian ini

dilakukan untuk melihat sejauh manakah objektif tersebut dapat dicapai dengan

meninjau tahap penguasaan KPS bagi Kemahiran Membuat Inferens, Kemahiran

Memproses Data dan Kemahiran Mentakrif Secara Operasi. Kajian ini dijalankan

dalam kalangan pelajar aliran Sains Tulen yang terdiri daripada lelaki dan

perempuan dan mengambil mata pelajaran Fizik. Di samping itu, penyelidik turut

ingin melihat perbezaan tahap bagi kedua-dua jantina berdasarkan aras pemikiran

yang berbeza sama ada mampu mempengaruhi tahap pencapaian dalam Kemahiran

Proses Sains yang dikaji.

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima telah dipilih daripada enam buah sekolah di Daerah Kluang, Johor. Alat kajian yang digunakan

7

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah:

1.4.1 Mengenal pasti tahap pencapaian Kemahiran Proses Sains di kalangan

pelajar dalam mata pelajaran Fizik.

1.4.2 Mengenal pasti tahap pencapaian Kemahiran Proses Sains bagi setiap

kemahiran yang dikaji di kalangan pelajar.

1.4.3 Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang beerti mengenai

tahap pencapaian Kemahiran Proses Sains pelajar dalam mata

pelajaran Fizik merentas jantina.

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, persoalan yang hendak diselidiki ialah:

1.5.1 Apakah tahap pencapaian Kemahiran Proses Sains pelajar dalam mata

pelajaran Fizik?

1.5.2 Apakah tahap pencapaian kemahiran proses sains pelajar bagi setiap

kemahiran yang dikaji iaitu Kemahiran Membuat Inferens, Kemahiran

Memproses Data dan Kemahiran Mentakrif Secara Operasi?

1.5.3 Adakah terdapat perbezaan yang beerti terhadap tahap pencapaian

Kemahiran Proses Sains dalam mata pelajaran Fizik pelajar merentas

jantina?