ingin berzakat? - maij.gov.my · keperluan harian sempena kunjungan ziarah kasih aidilfitri...

4
SIDANG Pengarang Buletin Al-Infaq (BI) mengalu- alukan sumbangan anda berupa idea dan sumber berita yang mempunyai hubung kait dengan kemaslahatan agama di negeri ini khususnya membabitkan program Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) di mana sahaja. Anda boleh menghubungi kami melalui: Ketua Pengarang Buletin Infaq, Bahagian Zakat, Majlis Agama Islam Johor, Tel 07-228 2999, Fax 07-223 8752 Buletin Al-Infaq (BI) diterbitkan sebulan sekali. Konsep, penyuntingan dan rekabentuk serta penerbitannya dibantu oleh Bahagian Perhubungan Awam dan Penerbitan Majlis Agama Islam Negeri Johor. Sisipan BI ini turut diterbitkan dalam Buletin Majlis yang menemui pembaca setiap 3 bulan sekali. Nota 2.5% ANDA KAMI AGIH ASNAF YANG LAYAK KEPADA Zakat kita bahagiakan mereka Sila hubungi : Pentadbiran Zakat Dan Fitrah, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Aras 5, Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor, 80000 Johor Bahru. Tel : 07-228 2929 / 07-224 3918 Fax : 07-223 8752 E-mail: [email protected] INGIN BERZAKAT? Pejabat-Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor JOHOR BAHRU (Tel : 07-2282941, Faks: 07-2271549) MUAR (Tel : 06-9534263, Faks: 06-9537209) BATU PAHAT (Tel : 07-4343566, Faks: 07-4327357) SEGAMAT (Tel : 07-9312254, Faks: 07-9314179) KLUANG (Tel : 07-7728690, Faks: 07-7713542) PONTIAN (Tel : 07-6879493, 07-6861395) KOTA TINGGI (Tel : 07-8832444, Faks: 07-8826859) MERSING (Tel : 07-7991073 , Faks: 07-7996946) TANGKAK (Tel : 06-9783479 , Faks : 06-9537209) KULAI (Tel : 07-598 5104 , Faks : 07-599 5214) PASIR GUDANG (Tel : 07-2544406 , Faks :07-2551105) Dari Jarir bin Abdullah r.a., katanya Rasulullah SAW. bersabda: “Apabila Amil Zakat mendatangi mu untuk mengumpulkan zakat daripada mu, maka hendaklah dia pulang kembali dengan rasa puas terhadap mu.” -Hadis Sahih Muslim- Zakat kita bahagiakan mereka MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR mainj_official telegram.me/MainjZakat Tunai yok “on line epayment.maij.gov.my atau eFidyah di 4 buletin Al-Infaq Zakat itu Kewajipan Sedekah Menyempurnakan Wakaf Abadikan Kebaikan

Upload: others

Post on 16-Sep-2019

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: INGIN BERZAKAT? - maij.gov.my · keperluan harian sempena kunjungan Ziarah Kasih Aidilfitri Kakitangan Majlis Agama Islam Negeri Johor Daerah Kluang, baru-baru ini. HULUR... Ziarah

SIDANG Pengarang Buletin Al-Infaq (BI) mengalu-alukan sumbangan anda berupa idea dan sumber

berita yang mempunyai hubung kait dengan kemaslahatan agama di negeri ini khususnya

membabitkan program Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) di mana sahaja. Anda boleh

menghubungi kami melalui: Ketua Pengarang Buletin Infaq,

Bahagian Zakat, Majlis Agama Islam Johor, Tel 07-228 2999, Fax 07-223 8752

Buletin Al-Infaq (BI) diterbitkan sebulan sekali. Konsep, penyuntingan dan rekabentuk serta penerbitannya dibantu oleh Bahagian

Perhubungan Awam dan Penerbitan Majlis Agama Islam Negeri Johor. Sisipan BI ini turut diterbitkan

dalam Buletin Majlis yang menemui pembaca setiap 3 bulan sekali.

Nota ✍

2.5% ANDA KAMI AGIH

ASNAF YANGLAYAKKEPADA

Zakat kita bahagiakan mereka

Sila hubungi :Pentadbiran Zakat Dan Fitrah, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Aras 5, Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor, 80000 Johor Bahru. Tel : 07-228 2929 / 07-224 3918 Fax : 07-223 8752 E-mail: [email protected]

INGIN BERZAKAT?Pejabat-Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor JOHOR BAHRU (Tel : 07-2282941, Faks: 07-2271549)MUAR (Tel : 06-9534263, Faks: 06-9537209)BATU PAHAT (Tel : 07-4343566, Faks: 07-4327357)SEGAMAT (Tel : 07-9312254, Faks: 07-9314179)KLUANG (Tel : 07-7728690, Faks: 07-7713542)

PONTIAN (Tel : 07-6879493, 07-6861395)KOTA TINGGI (Tel : 07-8832444, Faks: 07-8826859)MERSING (Tel : 07-7991073 , Faks: 07-7996946)TANGKAK (Tel : 06-9783479 , Faks : 06-9537209)KULAI (Tel : 07-598 5104 , Faks : 07-599 5214)PASIR GUDANG (Tel : 07-2544406 , Faks :07-2551105)

Dari Jarir bin Abdullah r.a., katanya Rasulullah

SAW. bersabda: “Apabila Amil Zakat

mendatangi mu untuk mengumpulkan zakat daripada mu, maka

hendaklah dia pulang kembali dengan rasa puas terhadap mu.”

-Hadis Sahih Muslim-

Zakat kita bahagiakan mereka

MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR

mainj_official

telegram.me/MainjZakat

Tunaiyok

“on line

epayment.maij.gov.myatau

eFidyah di

4buletinAl-Infaq

Zakat itu KewajipanSedekah Menyempurnakan

Wakaf Abadikan Kebaikan

Page 2: INGIN BERZAKAT? - maij.gov.my · keperluan harian sempena kunjungan Ziarah Kasih Aidilfitri Kakitangan Majlis Agama Islam Negeri Johor Daerah Kluang, baru-baru ini. HULUR... Ziarah

JOHOR BAHRU: Golongan

berpendapatan rendah dan sederhana khasnya asnaf di Johor bakal menikmati perkhidmatan perubatan melalui pembinaan Kompleks Perubatan Pakar bernilai RM600 juta. Ia bakal dibangunkan di atas tanah wakaf Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) seluas kira-kira 2.2 hektar, di Jalan Tahana, Bandar Baru Uda. Kompleks ini mampu menyediakan

MINDA PENGARANG“Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memberitahu: Sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” (Surah Ibrahim:ayat 7) Kemerdekaan merupakan salah satu anugerah Allah SWT kepada hamba-hambaNya. Ia merupakan nikmat urutan kedua sesudah nikmat kehidupan. Namun ia tetap berada pada satu urutan di bawah nikmat termahal, iaitu nikmat keimanan. Sebagaimana

manfaat buat asnafRM600 Juta Bina Hospital Pakar

RM14,495.09* Kadar Nisab semasa adalah berdasarkan nilai 85 gram emas.* Nisab ialah kadar

minima yang ditetapkan oleh syarak bagi

sesuatu harta untuk dikeluarkan zakat.KA

DA

R N

ISA

B Z

AK

AT:

nikmat lainnya. Allah SWT memerintahkan kita untuk mensyukurinya.Sebahagian ulama mendefinisikan syukur nikmat sebagai“memanfaatkan nikmat di jalan ketaatan sehingga nikmat tersebut bertambah.” Apabila kita sebagai suatu bangsa pandai memanfaatkan nikmat kemerdekaan dengan menjalani kehidupan berbangsa, bermasyarakat dan bernegara penuh dengan berbagai program ketaatan kepada Allah SWT, maka nikmat tersebut akan bertambah kepada kita semua. Namun sebaliknya jauh dari tuntunan ilahi, maka sudah sewajarnya nikmat tersebut menjadi sumber bencana dan bahkan azab. Mempertahankan negara daripada musuh dan ancaman luar menjadi tanggungjawab setiap rakyat. Kesetiaan kepada raja dan negara yang ditunjukkan oleh setiap warganegara

adalah unsur cinta akan negara. Dalam Islam, mempertahankan keselamatan harta dan keluarga menjadi tuntutan agama. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Orang yang tewas melindungi keselamatan hartanya, mati syahid dan yang membela (kehormatan) keluarganya, mati syahid dan membela dirinya (kehormatan dan jiwanya), juga mati syahid.” (Riwayat Ahmad). Pemupukan rasa cinta ini perlu berlaku secara berterusan dan bukan hanya pada tarikh tertentu sahaja. Nilai-nilai cintakan negara seperti kesetiaan, keberanian, rela berkorban dan kesukarelaan, perlu dipertingkatkan bagi membentuk rakyat Malaysia yang patriotik dan bertanggungjawab kepada bangsa dan tanah air.

- SOPIAN ABD LATIP“BERBAHAGI ITU

INDAH”

buletin

Al-InfaqBil.14

Terbitan Majlis Agama Islam Negeri Johor

Ogos 2017/1438H(sisipan Buletin Majlis)

Z KATKEPADA PEMBAYARTerima Kasih

1buletinAl-Infaq

kemudahan 280 buah katil pesakit, 60 buah klinik pakar, 120 buah bilik penginapan, kemudahan pakar dan 650 parkir awam. Selaras dengan objektif utama penubuhan Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ), rawatan percuma akan turut diberikan kepada 1,000 hingga 3,000 orang golongan asnaf melalui insurans berkelompok. Projek yang bernilai RM600 juta ini dijangka siap sepenuhnya dan mula beroperasi pada tahun 2020. Projek pembangunan kompleks tersebut dirasmikan oleh

TERIMA... Ketua Pegawai Eksekutif MAIJ, Tuan Haji Md. Rofiki Dato’ A. Samsuddin menerima simbolik penyerahan pajakan bagi pembinaan Kompleks Perubatan Pakar di Johor bahru.

Lihat m.s 2

Menteri Besar Johor, Y.B. Dato’ Mohamed Khaled Nordin baru-baru ini. Menurutnya “Negeri yang kuat dibina apabila kerajaan dan rakyat sama sama menyumbang. Saya menanam satu azam yang jelas mengajak rakyat

Johor, untuk mendirikan lebih banyak hospital bagi manfaat mereka yang memerlukan. Hospital yang digerakkan melalui daya

Page 3: INGIN BERZAKAT? - maij.gov.my · keperluan harian sempena kunjungan Ziarah Kasih Aidilfitri Kakitangan Majlis Agama Islam Negeri Johor Daerah Kluang, baru-baru ini. HULUR... Ziarah

2buletinAl-Infaq

PENYAMPAIAN sumbangan bencana ribut kepada Encik Armizan Mohd Anuar dari Kampung Sungai Ranggam Panchor Muar oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam MAIJ Daerah Muar, Ustaz Azizan Marzuki.

TANYA KHABAR... Seramai sepuluh keluarga asnaf daerah Kluang menerima sumbangan Aidilfitri berupa wang tunai beserta barangan keperluan harian sempena kunjungan Ziarah Kasih Aidilfitri Kakitangan Majlis Agama Islam Negeri Johor Daerah Kluang, baru-baru ini.

HULUR... Ziarah dan penyampaian sumbangan kepada Tuan

Haji Ismail di Kampung Melayu, Yong Peng,

Batu Pahat yang ditimpa musibah kebakaran.

Bantuan disampaikan oleh Penolong Amin Baitulmal

Batu Pahat, Ustaz Mohd Azri Esa.

DENGAR... 94 penerima bantuan MAIJ melibatkan bantuan sara hidup bulanan dan perubatan bulanan bagi daerah Johor Bahru hadir di majlis taklimat khas yang diadakan di Dewan Pusat Perlindungan Wanita Taman Perling. Taklimat bertujuan menjelaskan bentuk bantuan yang diterima, proses penyaluran bantuanserta proses penyambungan semula bagi yang masih memerlukan.

Sekitaragihan zakat

Ke Arah Wakaf Berteknologiwww.e-wakafjohor.gov.my

usaha dan amal bakti masyarakat”. Tambah beliau “Ini bukan lagi zaman di mana tanah wakaf dibangunkan untuk warung dan kedai runcit. Dan ini bukan lagi zaman di mana harta-harta waqaf terbiar dan tidak diusahakan dengan baik. Jagalah segala harga dan khazanah waqaf ini sebagai sebahagian dari perbendaharaan masyarakat.

Beliau berkata, Kencana Healthcare bertanggungjawab membangunkan projek itu manakala PIJ sebagai Nazir bagi pembangunan di atas tanah wakaf berkenaan. “Seperti mana saya gagaskan sebelum ini supaya Johor diupaya dan dibangunkan melalui lebih banyak instrumen kemasyarakatan seperti waqaf, ia termasuk usaha

memoden dan menambah baik perkhidmatan perubatan dan kesihatan,” katanya. Kompleks Perubatan Pakar dengan keluasan binaan 1.76 hektar itu merangkumi 32 unit kedai komersial, dewan dan hotel mesra muslim yang menyediakan 153 bilik bertaraf empat bintang. Mohamed Khaled berkata, kerajaan

negeri akan terus mengga-lakkan masyarakat untuk berwakaf melalui tunai atau penye rahan tanah bagi membangunkan keperluan lain untuk umat Islam. “Hospital ini dibina atas prinsip wakaf dan sebahagian daripada keuntungannya akan digunakan untuk membiayai keperluan kesihatan golongan asnaf,” katanya.

Dari m.s 1

MENTERI Besar Johor, Y.B. Dato’ Mohamed Khaled Nordin hadir

pada Majlis Pecah Tanah Kompleks

Perubatan Pakar dan Majlis Jamuan Aidilfitri

PIJ dan kumpulan di Johor Bahru.

Page 4: INGIN BERZAKAT? - maij.gov.my · keperluan harian sempena kunjungan Ziarah Kasih Aidilfitri Kakitangan Majlis Agama Islam Negeri Johor Daerah Kluang, baru-baru ini. HULUR... Ziarah

3buletinAl-Infaq

BANTU... MAIJ Daerah Pontian menyampaikan sumbangan kepada enam beradik hilang tempat bergantung di Flat Api Pontian.

APA Khabar?... Ketua Penolong Pengarah Zakat, Baitulmal dan Wakaf MAIJ, Tuan Haji Yosree Ikhsan turun padang menyantuni asnaf sempena Program Insaniah di Kampung Tenglu Mersing .

MAINJ daerah Kota Tinggi menziarahi Mohamad Noor Shafiee di Kampung Makam Kota Tinggi yang mengidap kanser usus. Sumbangan segera RM1,000.00 disampaikan bagi keperluan sementara dan bantuan perubatan bulanan akan segera diproses untuk keperluan perubatannya.

- SUMBANGAN INFAQ LIL-WAQF ANGKASARM1,560,000.00

MAJLIS Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) menerima dana wakaf yang disumbangkan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) melalui skim Infaq Lil-Waqf ANGKASA sebanyak RM1,560,000 Bagi Pembelian satu Unit Bangunan dua tingkat di Pusat Perniagaan Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

MAJLIS Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) menganjurkan program Ziarah Kasih Rumah Warga Tua Nur Ehsan, Kempas, Johor Bahru, Aidilfitri lalu. Aktiviti MAIJ turun padang menyantuni lebih 100 warga emas itu turut mendapat kerjasama Pasukan Briged Ansar MAIJ. Ketua Pegawai Eksekutif MAIJ, Tuan Haji Md Rofiki Dato’ Hj A. Shamsudin berkata, amalan ziarah kasih ke rumah warga emas adalah perbuatan terpuji dan ia menitikberatkan kesedaran kepada masyarakat dan Pasukan Briged Ansar MAIJ khususnya dalam kepentingan hubungan warga emas. “Kunjungan ini memberi kesan mendalam kepada peserta rombongan ziarah untuk lebih menghargai golongan lebih berusia terutama ibu bapa. Program ini

juga dapat menunjukkan keprihatinan MAIJ dalam melahirkan masyarakat penyayang dan menyuburkan budaya menyayangi iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri dengan kebajikan insan yang tidak berkisar kepada negara atau orang perseorangan,” katanya. Menurutnya lagi, program itu bertepatan dengan uslub dakwah dalam menziarahi warga emas dengan memberikan mereka harapan, kata-kata semangat dan tazkirah ringkas mengenai pentingnya menjaga hubungan dengan Allah pada hujung usia. Kebanyakan warga emas ditempatkan di pusat ini kerana tidak mempunyai waris dan anak tidak berkemampuan untuk menjaga. Justru MAIJ menyumbang RM260,000.00 setahun untuk keperluan mereka ” katanya.

Warga Emas TerharuSantunan Briged Ansar MAIJ

Sekitaragihan zakat