kata alu-aluan majalah smksp 2010_pengetua

1
KATA-KATA ALUAN MAJALAH GEMILANG EDISI KE-9 TAHUN 2010 Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya saya berpeluang mengabadikan kata alu-aluan dalam Majalah Gemilang Edisi Ke-9 tahun 2010 Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir bagi tahun 2010. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan majalah ini. Sekolah sebagai institusi pendidikan berperanan untuk membangunkan dan mengembangkan potensi murid melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap individu memiliki potensi yang tersendiri. Potensi yang menjadi anugerah Tuhan ini boleh dibangunkan dan dikembangkan ke tahap maksimum melalui program-program kurikulum dan kokurikulum yang disediakan oleh pihak sekolah. Oleh itu, setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian yang aktif dalam setiap program yang disediakan oleh guru agar potensi pelajar yang dimiliki dapat dimaksimumkan dan dapat membantu pelajar untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan. Saya percaya komuniti sekolah ini ialah warga yang positif, dapat menerima perubahan, dan berusaha mengangkat martabat pendidikan sesuai dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang termaktub dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Semua pelajar hendaklah sentiasa menjaga budi bahasa, bertingkah laku mulia dan menjadikan sekolah sebagai tempat menimba ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan masing-masing. Para guru pula hendaklah bersungguh- sungguh memupuk, menggilap dan mengembangkan potensi pelajar agar fungsi sekolah sebagai institusi pendidikan dapat mencapai matlamatnya. Akhir kata, saya yakin semua warga sekolah akan dapat meneruskan usaha membawa sekolah ini ke mercu kejayaan. Sekian, terima kasih. (HAJI ABD GHANI BIN HARON, BKM) Pengetua SMK Sungai Pasir

Upload: liana-abdullah

Post on 23-Jun-2015

4.163 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kata Alu-Aluan Majalah Smksp 2010_pengetua

KATA-KATA ALUAN MAJALAH GEMILANG EDISI KE-9 TAHUN 2010

Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya saya berpeluang

mengabadikan kata alu-aluan dalam Majalah Gemilang Edisi Ke-9 tahun 2010 Sekolah

Menengah Kebangsaan Sungai Pasir bagi tahun 2010. Syabas dan tahniah kepada

semua pihak yang terlibat dalam penerbitan majalah ini. Sekolah sebagai institusi

pendidikan berperanan untuk membangunkan dan mengembangkan potensi murid

melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap individu memiliki potensi yang

tersendiri. Potensi yang menjadi anugerah Tuhan ini boleh dibangunkan dan

dikembangkan ke tahap maksimum melalui program-program kurikulum dan

kokurikulum yang disediakan oleh pihak sekolah. Oleh itu, setiap pelajar hendaklah

mengambil bahagian yang aktif dalam setiap program yang disediakan oleh guru agar

potensi pelajar yang dimiliki dapat dimaksimumkan dan dapat membantu pelajar untuk

mencapai kejayaan dalam kehidupan.

Saya percaya komuniti sekolah ini ialah warga yang positif, dapat menerima

perubahan, dan berusaha mengangkat martabat pendidikan sesuai dengan hasrat

Kementerian Pelajaran Malaysia yang termaktub dalam Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan (PIPP). Semua pelajar hendaklah sentiasa menjaga budi bahasa, bertingkah

laku mulia dan menjadikan sekolah sebagai tempat menimba ilmu dan kemahiran yang

diperlukan untuk masa depan masing-masing. Para guru pula hendaklah bersungguh-

sungguh memupuk, menggilap dan mengembangkan potensi pelajar agar fungsi

sekolah sebagai institusi pendidikan dapat mencapai matlamatnya.

Akhir kata, saya yakin semua warga sekolah akan dapat meneruskan usaha

membawa sekolah ini ke mercu kejayaan.

Sekian, terima kasih.

(HAJI ABD GHANI BIN HARON, BKM) Pengetua SMK Sungai Pasir