karangan perhimpunan

4
Pada hari Isnin, seperti biasa sekolah mengadakan perhimpunan mingguan. Murid –murid beratur di luar kelas dan berjalan ke padang sekolah. Semasa itu, pengawas mengawasi disiplin setiap murid untuk memastikan murid-murid beratur dalam barisan lurus. Perhimpunan mingguan bermula dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri, lagu Malaysia Berjaya dan lagu sekolah. Semasa menyanyi lagu, murid- murid berdiri tegak dan menyanyi dengan penuh semangat. Selepas itu,

Upload: khocat24

Post on 19-Jan-2016

105 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Perhimpunan Sekolah

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan Perhimpunan

Pada hari Isnin, seperti biasa sekolah mengadakan perhimpunan mingguan. Murid –murid beratur di luar kelas dan berjalan ke padang sekolah. Semasa itu, pengawas mengawasi disiplin setiap murid untuk memastikan murid-murid beratur dalam barisan lurus.

Perhimpunan mingguan bermula dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri, lagu Malaysia Berjaya dan lagu sekolah. Semasa menyanyi lagu, murid-murid berdiri tegak dan menyanyi dengan penuh semangat. Selepas itu, murid-murid akan menghafalkan Rukun Negara dan Misi, Visi sekolah.

Kemudian, guru disiplin akan menyampaikan laporan beliau. Beliau menjelaskan tentang peraturan-peraturan sekolah yang perlu dititikberatkan supaya murid-murid dapat mematuhinya. Di samping itu, guru disiplin juga memberitahu kelemahan-kelemahan murid dalam disiplin. Beliau harap murid-murid dapat membetulkan kesalahan sendiri.

Seterusnya, Penolong Kanan memberi laporan. Beliau melaporkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada minggu ini. Beliau menggalakkan murid-murid untuk meyertai aktiviti yang dijalankan

Page 2: Karangan Perhimpunan

oleh sekolah.Tibalah giliran guru besar untuk memberi nasihat

beliau. Beliau menasihati murid-murid supaya memahtui peraturan sekolah. Selain itu, beliau juga mendorong murid-murid belajar dengan bersungguh-sungguh kerana perlu menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.

Perhimpunan mingguan diakhiri dengan bacaan “Di Zhi Gui’. Kemudian, pengawas membaca peraturan-peraturan sekolah.bersama-sama dengan murid.

Selepas perhimpunan, murid-murid beratur dan balik ke kelas masing-masing.