karangan-pelancongan

18
pelancongan membawa sumber pendapatan negara. Huraikan usaha-usaha yang mampu dilakukan untuk meningkatkan industri pelancongan negara. Tahun 2007 telah diumumkan sebagai Tahun Melawat malaysia oleh kerajaan kita. Industri pelaancongan berpotensi untuk dimajukan di negara ini kerana Malaysia ialah destinasi pelancongan yang unggul dan mampu memantapkan ekonomi negara kita. Banyak tempat yang boleh dikunjungi oleh peancong-pelancong asing dan tempatan di negara ini. jadi, memang ada banyak usaha yang boleh dijalankan untuk memajukan industri pelancongan kita. Kerajaan boleh menambahkan kemudahan prasarana seperti kemudahan pengangutan dan perhubngan ke destinasi-destinasi yang menarik. Kemudahan ini memberi lebih banyak peluang kepada pelancong untuk pergi ke destinasi yang mereka suka. Jadual penerbangan juga perlu ditaambah terutama dengan mengadakan promosi tambang murah. Cuma mutu perkhidmatan pengangkutan ini hendaklah diselia sepanjang masa untuk memastikan keselesaan pelancong. Selain itu, usaha untuk meningkatkan jumlah tempat-tempat penginaan seperti hotel dan chalet. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan mengenakan kadar bayaran yang berpatutan bersama-sama bilik yang selesa untuk menarik minat pelancong. Keadaan yang selesa ini menimbulkan rasa untujk mekawt semula kepada pelancong tersebut. Mereka akan mngajak kawan kawan untuk datang ke malaysia dan menyebabkan kemasukan mata wang asing. Malahan, kerajaan perlu mengadakan lebih banyak promosi untuk menjelaskan aktiviti pelancongan. Promosi tentang destinasi, kebudayaan dan karnival jualan di laksanakan dengan giat. Usaha mempromosikan negara ini bokeh dijalankan melalui penggunaan teknologi maklumat seperti internet untuk menyebarkan maklumat pelancongan ini. Penggunaan internet memastikan semua pelancong memperoleh maklumat apabila mereka melayari internet untuk mendapatkan maklumat pelancongan. Jelaslah, promosi yang giat ini memastikan bahawa semua maklumat pelancongan disebarkan secara berkesan. Salah satu aspek penting yang ditekankan oleh pelancong terutama pelancong asing ialah aspek kebersihan. Kemudahan pelancongan ssemestinya bersh dan diselenggarakan dengan baik. Ketiadaan pencemaran terutama kekotoran memastikan pelancong akan terus datang

Upload: izzar-idris

Post on 12-Aug-2015

1.705 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: KARANGAN-pelancongan

pelancongan membawa sumber pendapatan negara.Huraikan usaha-usaha yang mampu dilakukan untuk meningkatkan industri pelancongan negara.

Tahun 2007 telah diumumkan sebagai Tahun Melawat malaysia oleh kerajaan kita. Industri pelaancongan berpotensi untuk dimajukan di negara ini kerana Malaysia ialah destinasi pelancongan yang unggul dan mampu memantapkan ekonomi negara kita. Banyak tempat yang boleh dikunjungi oleh peancong-pelancong asing dan tempatan di negara ini. jadi, memang ada banyak usaha yang boleh dijalankan untuk memajukan industri pelancongan kita.

Kerajaan boleh menambahkan kemudahan prasarana seperti kemudahan pengangutan dan perhubngan ke destinasi-destinasi yang menarik. Kemudahan ini memberi lebih banyak peluang kepada pelancong untuk pergi ke destinasi yang mereka suka. Jadual penerbangan juga perlu ditaambah terutama dengan mengadakan promosi tambang murah. Cuma mutu perkhidmatan pengangkutan ini hendaklah diselia sepanjang masa untuk memastikan keselesaan pelancong.

Selain itu, usaha untuk meningkatkan jumlah tempat-tempat penginaan seperti hotel dan chalet. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan mengenakan kadar bayaran yang berpatutan bersama-sama bilik yang selesa untuk menarik minat pelancong. Keadaan yang selesa ini menimbulkan rasa untujk mekawt semula kepada pelancong tersebut. Mereka akan mngajak kawan kawan untuk datang ke malaysia dan menyebabkan kemasukan mata wang asing.

Malahan, kerajaan perlu mengadakan lebih banyak promosi untuk menjelaskan aktiviti pelancongan. Promosi tentang destinasi, kebudayaan dan karnival jualan di laksanakan dengan giat. Usaha mempromosikan negara ini bokeh dijalankan melalui penggunaan teknologi maklumat seperti internet untuk menyebarkan maklumat pelancongan ini. Penggunaan internet memastikan semua pelancong memperoleh maklumat apabila mereka melayari internet untuk mendapatkan maklumat pelancongan. Jelaslah, promosi yang giat ini memastikan bahawa semua maklumat pelancongan disebarkan secara berkesan.

Salah satu aspek penting yang ditekankan oleh pelancong terutama pelancong asing ialah aspek kebersihan. Kemudahan pelancongan ssemestinya bersh dan diselenggarakan dengan baik. Ketiadaan pencemaran terutama kekotoran memastikan pelancong akan terus datang ke destinasi tersebut tanpa rasa ragu-ragu lagi. Jelaskan, kebersihan yang diberikan penekanan ini menyebabkan pelancong dapat menikmati udara yang segar dan keadaan yang selesa.

Manakala itu, usaha menarik pelancong ini turut dipikul oleh rakyat negara ini. sikap ramah dan suka membantu pelancong harus diutamakan oleh rakyat negara ini. Pelancong tidak suka rakyat negara ini mengambil kesempatan atau menipu mereka selama mereka berada di negara ini. Keramahan rakyat negara iini harus dibuktikan melalui sikap ikhlas melayan tetamu kita itu. Jadi, rakyat negara ini harus mengubah sikap mereka dengan melayan pelancong tempatan atau asing ini dengan lebih baik.

Kesimpulannya, industri pelancongan ini memang penting dberi penekanan oleh rakyat dan kerajaan negara ini. Pelbagai usaha yang dilakukan itu memerlukan gandingan tenaga semua pihak untuk memastikan kejayaannya. Mungkin semua pihak harus merenung dan melihat peranan yang telah dilakukan oleh mereka.

Page 2: KARANGAN-pelancongan

Contoh Karangan Cemerlang PMR (Usaha Memajukan Sektor Pelancongan)

Sektor pelancongan di negara kita banyak memberi sumbangan bagi menggerakkan ekonomi negara.  Pelancong asing yang datang dari seantero dunia menjadi punca pengaliran pertukaran wang asing yang meningkatkan ekonomi negara.  Oleh itu, kita seharusnya berusaha untuk memajukan sektor pelancongan bagi menjamin kestabilan ekonomi.  Terdapat pelbagai usaha yang boleh kita aplikasikan bagi memajukan sektor pelancongan negara.

      Pihak kerajaan memainkan peranan penting dengan melancarkan kempen 'Cuti-cuti Malaysia' dan yang terbaru 'Malaysia My Second Home' bagi mempromosikan negara kita sebagai negara pelancongan.  Kerajaan mengeksploitasi keunikan negara kita melalui kepelbagaian budaya yang berbeza di samping ekopelancongan yang menampilkan hutan hujan tropika yang sudah berjuta tahun umurnya bagi menarik pelancong dari negara luar.  Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia harus bekerjasama bagai aur dengan tebing dengan pihak kerajaan bagi menjayakan kempen pelancongan.  Contohnya, kita boleh menawarkan diri  untuk menyertai program 'homestay' iaitu program yang mendedahkan kehidupan tradisional yang sebenar kepada pelancong asing.  Hal ini dapat membantu menarik lebih ramai pelancong yang berminat untuk merasai kehidupan warga Malaysia.

      Selain itu, kerajaaan juga boleh mengambil inisiatif untuk menganjurkan program yang bertaraf antarabangsa.  Contohnya, Piala Thomas, Le Tour De Langkawi dan Grand Prix Formula One di Sepang.  Peminat acara sukan bertaraf antarabangsa sudah semestinya tidak mahu ketinggalan melihat acara seperti ini secara langsung.  Bagi menggalakkan acara sukan yang bertaraf antarabangsa diadakan, pihak kerajaan perlu meningkatkan infrastruktur yang sedia ada bagi melicinkan lagi acara tersebut dijalankan.  Tamsilnya, Litar Antarabangsa Sepang yang berteknologi tinggi telah dibina bagi mengadakan pelbagai acara perlumbaan seperti Formula One dan MotoGP.  Kemudahan yang lengkap akan mendapat pujian daripada peserta mahupun penonton dan hal ini semestinya dapat meningkatkan ekonomi dan menjulang nama negara di mata dunia.

      Masyarakat setempat juga memainkan peranan penting dalam memajukan sektor pelancongan melalui kebersihan.  Pelancong yang datang dari luar amat mementingkan kebersihan terutamanya pelancong dari negara-negara Barat.  Setiap individu dapat meningkatkan tahap kebersihan bagi memajukan sektor pelancongan.  Contohnya, mengutip sampah-sarap yang bertaburan di tempat awam.  Hal ini juga dapat mengurangkan risiko penyakit dan virus yang menular.  Pihak berkuasa tempatan seperti dewan bandar raya atau majlis daerah juga turut berperanan dalam menjaga kebersihan dengan mengadakan kutipan sampah secara berjadual. Dengan kebersihan yang terjaga, negara kita berpotensi menarik lebih ramai pelancong asing dan seterusnya memajukan sektor pelancongan negara.

      Di samping itu,  kita sebagai warga Malaysia harus berbudi bahasa apabila berdepan dengan pelancong asing.  Adat Melayu yang mementingkan budi bahasa janganlah dilupakan kerana pelancong asing akan berasa dihormati jika kita berbudi bahasa.  Sebaliknya, jika kita memaki hamun pelancong tersebut, adakah mereka akan kembali ke negara kita pada suatu masa nanti?  Oleh itu, peranan masyarakat yang perlu menjaga budi amat penting bagi membantu sektor pelancongan negara secara tidak langsung.

Page 3: KARANGAN-pelancongan

      Konklusinya, seluruh warga Malaysia berperanan bagi memajukan sektor pelancongan negara.  Setara  dengan cogan kata negara iaitu 'Bersekutu Bertambah Mutu', kita seharusnya bersatu dengan meningkatkan hospitaliti dan produktiviti pelancongan negara.  Sektor pelancongan yang maju penting bagi menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain serta dihormati negara-negara serantau.

Karangan Berpandu 2

Soalan: Perhatikan gambar rajah di atas. Beri pendapat anda tentang gambar rajah tersebut. Panjang karangan anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Jawapan:

............Kini, sektor pelancongan memainkan peranan penting dari sudut ekonomi negara kita. Pada tiap-tiap tahun, dianggarkan jumlah pelancong yang berkunjung ke negara kita adalah melebihi 6 juta orang. Kebanyakan pelancong adalah terdiri daripada pelancong asing seperti pelancong Singapura, Amerika Syarikat, Jepun dan sebagainya selain daripada pelancong tempatan. Terdapat pelbagai faktor yang telah menggalakkan kedatangan mereka ke negara kita.............Antara faktor utama pelancong berkunjung ke Malaysia adalah disebabkan negara kita mempunyai pelbagai tempat menarik. Malaysia banyak memiliki kawasan rekreasi yang sesuai untuk dikunjungi oleh para pelancong. Antaranya ialah kawasan pantai yang bersih, cantik dan berpasir putih seperti yang terdapat di pantai Desaru, pantai Cahaya Bulan dan sebagainya. Hal

Page 4: KARANGAN-pelancongan

ini menggalakkan pelancong bertumpu di kawasan tersebut untuk mandi-manda sambil menikmati keindahan alam............. Selain itu, Malaysia juga mempunyai banyak tempat menarik untuk di kunjungi oleh pelancong. Para pelancong dapat menikmati bangunan-bangunan tinggi mencakar langit atau bangunan bersejarah yang sentiasa terpelihara. Di ibu kota Kuala Lumpur umpamanya terdapat bangunan canggih iaitu bangunan KLCC yang sentiasa menjadi daya tarikan pelancong. Hal ini telah menyebabkan jumlah pelancong ke negara kita sentiasa bertambah.

............Pada masa yang sama, kedatangan pelancong ke negara kita adalah disebabkan oleh kepelbagaian jenis budaya yang terdapat di Malaysia. Memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat majmuk, pelbagai jenis makanan terdapat di sini. Pelancong dapat menikmati makanan kaum Melayu seperti sate, ketupat dan rendang mahupun makanan kaum India seperti tosei dan maruku. Mereka juga boleh menikmati tarian pelbagai kaum seperti tarian zapin dan tarian inang bagi kaum Melayu dan tarian singa dari kaum Cina. Keunikan budaya ini telah menggalakkan kunjungan pelancong ke negara kita.

............Di samping itu, kemudahan pengangkutan awam turut menggalakkan kemajuan dalam sektor pelancongan negara. Kerajaan telah membina jalan raya untuk menghubungkan kawasan pelancongan agar dapat dikunjungi dengan mudah. Kerajaan juga meningkatkan kekerapan penerbangan ke negara-negara lain untuk menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Malaysia. Hal ini terbukti berkesan apabila jumlah pelancong yang berkunjung ke Malaysia sentiasa bertambah dari setahun ke setahun.

............Faktor terakhir yang menggalakkan pelancong berkunjung ke Malaysia ialah terdapatnya kemudahan membeli-belah yang disediakan untuk para pelancong. Dengan wujudnya kemudahan ini, mereka dapat berbelanja atau mendapatkan cenderamata untuk dibawa pulang ke negara mereka. Barang-barang yang terdapat di situ juga dijual dengan harga yang berpatutan. Hal ini menggalakkan pelancong untuk terus berkunjung ke negara kita.

............Intihanya, sektor pelancongan di Malaysia semakin meningkat maju kerana disebabkan oleh pelbagai faktor. Justeru, rakyat jelata perlulah sentiasa menunjukkan sikap mesra pelancong dan bersopan-santun bagi menggalakkan kehadiran mereka ke negara kita.

http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/08/contoh-karangan-penting-2009.html

Faktor Menggalakkan Pelancongan di Malaysia.

Sektor pelancongan merupakan salah satu industri perkhidmatan terpenting di negara kita. Bincangkan faktor-faktor yang merangsang perkembangan industri pelancongan tersebut.

…………Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di dunia. Saban tahun, jumlah pelancong yang direkodkan semakin bertambah bukan sahaja pelancong dari negara jiran

Page 5: KARANGAN-pelancongan

seperti Singapura, Thailand dan Indonesia malah turut menjadi tumpuan pelancong asing dari Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat. Industri pelancongan ini juga mempunyai potensi besar dan mampu dijadikan sumber ekonomi baharu yang menguntungkan. Justeru, banyak syarikat besar yang tumbuh “bak cendawan selepas hujan” mahupun agensi kerajaan yang giat melaksanakan usaha bagi menarik pelancong berkunjung ke Malaysia. Sebenarnya terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan pelancong.

…………Antara faktor tersebut adalah kerana Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Tempat menarik tersebut lazimnya menjadi tumpuan pelancong asing yang berkunjung ke negara kita. Sebagai contohnya, Malaysia memiliki kawasan rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands. Di kawasan ini, para pelancong dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang unik di samping melihat pelbagai tanaman hawa sederhana iaitu sayur-sayuran serta buah-buahan tropika. Malaysia juga mempunyai hutan semula jadi iaitu hutan hujan Khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun. Di kawasan hutan semula jadi ini pelancong dapat menjalankan aktiviti riadah sambil menikmati keindahannya mahupun menjalankan kajian tentang flora dan fauna yang terdapat di situ. Justeru, kewujudan kawasan reakrasi seperti ini dapat menarik pelancong dari dalam dan dari luar negara.

…………Selain itu, perkembangan industri pelancongan di negara kita juga disebabkan oleh keadaan iklim semula jadinya yang panas sepanjang tahun. Corak iklim seperti ini amat digemari oleh pelancong asing khususnya pelancong dari negara-negara barat seperti negara Eropah dan Amerika Syarikat. Ramai pelancong barat yang mengambil kesempatan bercuti di Malaysia untuk berjemur di bawah sinaran matahari terik terutamanya di kawasan pantai yang terdapat di Malaysia. Hal ini disebabkan juga oleh keadaan pantai yang terdapat di Malaysia amat cantik, bersih dan berpasir putih. Di kawasan pantai ini juga disediakan pelbagai aktiviti untuk para pelancong seperti berkayak, berperahu layar mahupun mandi-manda. Oleh itu, keistimewaan tersebut berjaya menambat hati para pelancong untuk terus berkunjung ke negara kita.

…………Di samping itu, perkembangan industri pelancongan di negara kita juga turut disebabkan oleh kewujudan banyak pulau yang indah dan menarik. Di antara pulau yang menjadi tumpuan para pelancong di negara kita termasuklah Pulau redang, Pulau Kapas dan Pulau Tioman. Kemudahan prasarana di kawasan ini dijaga dengan rapi bagi memastikan kawasan ini sentiasa bersih dan selesa untuk kunjungan para pelancong. Para pelancong juga akan dapat merasai “syurga dunia” dengan melakukan aktiviti skuba di kawasan batu karang yang terletak di Pulau Kapas sehingga diakui sebagai satu daripada tujuh keajaiban dunia. Bagi memastikan pelancong dapat menikmati keindahan semula jadi di kawasan pulau tersebut, kerajaan telah mewartakan kawasan itu sebagai Taman Laut. Jadi, dengan adanya keistimewaan tersebut, Malaysia dapat menarik lebih ramai pelancong yang sekaligus dapat menjana kemajuan industri pelancongan negara.

………….Pada masa yang sama, kemajuan industri pelancongan tanah air dibantu oleh wujudnya keunikan budaya di negara kita. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk maka pelbagai budaya menarik terdapat di sini. Gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina dan India telah berjaya meningkatkan kunjungan pelancong asing ke Malaysia. Kaum Melayu umpamanya terkenal dengan tarian inang dan zapin manakala

Page 6: KARANGAN-pelancongan

kaum Cina pula terkenal dengan tarian naga. Selain itu, Malaysia juga kaya dengan pelbagai makanan tradisional yang dapat dinikmati oleh para pelancong. Masyarakat Melayu misalnya terkenal dengan makanan seperti Sate, ketupat dan rendang manakala kaum India pula terkenal dengan masakan kari, tosei, idali dan lain-lain. Justeru keunikan budaya masyarakat di Malaysia telah berjaya menjadi daya tarikan kepada para pelancong untuk berkunjung ke negara kita.

………….Peranan pihak kerajaan dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan pelancongan juga turut memajukan sektor pelancongan di Malaysia. Sebagai contohnya, Kementeria Pelancongan telah mengadakan pelbagai pertunjukan kebudayaan dan destinasi pelancongan Malaysia ke beberapa buah negara sebagai usaha mempromosikan Malaysia kepada pelancong asing. Tumpuan promosi bukan sahaja terhad ke negara-negara Eropah atau Amerika Syarikat malah meliputi semua negara di dunia termasuk di Asia Barat dan di Asia Timur. Pada masa yang sama, kerajaan juga turut mengadakan pelbagai aktiviti tahunan bagi menarik lebih ramai pelancong seperti mengadakan Pesta Flora Kuala Lumpur, Pesta Makanan Tradisional Malaysia, sukan Le Tour De Langkawi dan sebagainya. Malaysia juga turut memperkenalkan konsep pelancongan baru seperti “ekopelancongan”, “agrotourism”, pelancongan perubatan, pelancongan pendidikan dan lain-lain. Dengan usaha yang berterusan ini maka sektor pelancongan di Malaysia semakin berkembang maju.

………….Intihanya, sektor pelancongan merupakan sektor baru yang berpotensi untuk menyumbang pada ekonomi negara. Industri ini masih perlu diterokai kerana “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. Justeru, peranan kerajaan dan agensi pelancongan berserta dengan kerjasama daripada semua masyarakat adalah amat diperlukan. Semoga melalui keprihatianan dan rasa bertanggungjawab dan cinta akan negara, nama Malaysia akan menjadi sebutan dan tumpuan utama seluruh penduduk dunia untuk berkunjung sambil merehatkan minda mereka.

Usaha Menggalakkan Kemajuan Pelancongan Negara

Industri pelancongan membawa sumber pendapatan negara. Huraikan usaha-usaha yang mampu dilakukan untuk meningkatkan industri pelancongan negara.

............Tahun 2007 telah diumumkan sebagai Tahun Melawat Malaysia oleh kerajaan memandangkan industri pelancongan berpotensi untuk dimajukan di negara kita. Sektor pelancongan juga perlu dimantapkan kerana sektor ini mampu memantapkan ekonomi negara kita. Banyak tempat menarik yang terdapat di negara kita boleh dikunjungi oleh pelancong-pelancong asing dan tempatan seperti di Cameron Highland, Genting Highland, bandar raya Melaka, Desaru dan sebagainya. Oleh itu pelbagai usaha boleh dilaksanakan untuk memajukan industri pelancongan tersebut sama ada oleh pihak kerajaan sendiri mahupun agensi yang berkaitan.

............Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah menambah kemudahan pengangutan dan perhubungan ke destinasi-destinasi yang menarik di negara kita. Kemudahan pengangkutan ini dapat memberi peluang yang lebih banyak kepada pelancong untuk pergi ke destinasi yang mereka sukai. Sebagai contohnya, kerajaan telah membina kemudahan lebuh raya baru ke Cameron Highland agar pusat pelancongan ini mudah dikunjungi pelancong. Jadual

Page 7: KARANGAN-pelancongan

penerbangan ke Malaysia juga perlu ditambah terutama dengan mengadakan promosi tambang murah kepada pelancong asing yang ingin melawat ke Malaysia. Dengan cara ini, para pelancong akan berasa selesa apabila berkunjung ke Malaysia.

............Selain itu, usaha untuk meningkatkan jumlah tempat-tempat penginapan seperti hotel dan chalet perlu ditingkatkan. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan memperbanyakan pembinaan hotel lima bintang yang mengenakan kadar bayaran berpatutan diiringi dengan bilik yang selesa untuk menarik minat pelancong. Sebagai contohnya, usaha yang dijalankan oleh Hotel Seri Malaysia memperkenalkan pakej penginapan murah berserta makanan tradisional tempatan telah berjaya meningkatkan jumlah pelancong menginap di hotel tersebut.Justeru, sekiranya usaha seperti ini dilaksanakan secara berterusan, jumlah pelancong asing yang akan kembali semula ke Malaysia akan bertambah di samping menggalakkan kedatangan pelancong baru.

............Pada masa yang sama, kerajaan juga perlu mengadakan lebih banyak promosi untuk menjelaskan aktiviti pelancongan yang diadakan di negara kita. Promosi tentang destinasi pelancongan yang menarik, kebudayaan dan karnival jualan boleh di laksanakan dengan giat sama ada di dalam mahupun di luar negara. Sebagai contohnya, kementerian Pelancongan telah mengadakan promosi kebudayaan bagi menarik pelancong dari Asia Barat seperti di Dubai dan Arab Saudi. Usaha mempromosikan negara ini juga boleh dijalankan melalui penggunaan teknologi maklumat seperti internet bagi menyebarkan maklumat tentang pelancongan di negara ini. Penggunaan internet dapat memastikan semua pelancong memperoleh maklumat berguna mengenai destinasi pelancongan menarik dan aktiviti pelancongan di Malaysia. Jelasnya, promosi yang giat dapat memastikan semua maklumat pelancongan disebarkan secara berkesan bagi menarik kunjungan pelancong.

............Salah satu aspek penting yang ditekankan oleh pelancong terutama pelancong asing ialah aspek kebersihan dan kemudahan prasarana. Kawasan pelancongan mestilah sentiasa bersih dan diselenggarakan dengan baik. Petugas- petugas di kawasan pelancongan perlu ditambah bagi memastikan kebersihan sentiasa terkawal. Begitu juga halnya dengan kemudahan prasarana bagi membolehkan pelancong membeli-belah dengan selesa. Sebagai contohnya, kemudahan seperti bank, insuran serta pusat membeli belah perlu dibina di kawasan pelancongan. Langkah-langkah seperti ini mampu menjadi daya tarikan pelancong untuk terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang diminati.

............Selain usaha tersebut, usaha menarik pelancong ini turut dipikul oleh rakyat negara ini. sikap ramah dan suka membantu pelancong harus diutamakan oleh rakyat Malaysia. Keramahan rakyat negara ini harus dibuktikan melalui sikap ikhlas melayan tetamu kita itu. Umpamanya, pemandu teksi yang dianggap “duta pelancongan negara” haruslah bersikap ramah, mesra dan menjauhi amalan ingin mengambil kesempatan atas kehadiran pelancong asing bagi mengaut keuntungan mudah. Rakyat perlulah menunjukkan nilai sopan santun dan lembut bahasa kerana “bahasa menunjukkan bangsa”. Jadi, rakyat negara ini harus mengubah sikap mereka dengan melayan pelancong tempatan atau asing ini dengan lebih baik agar kunjungan mereka ke Malaysia sentiasa memberi kenangan manis di sepanjang hidup mereka.

............Memandangkan persaingan dalam industri pelancongan semakin sengit, agensi-agensi pelancongan perlu bersikap lebih kreatif bagi menerokai bidang pelancongan baru. Konsep

Page 8: KARANGAN-pelancongan

pelancongan perlu diperluaskan dengan memperkenalkan pelbagai jenis pelancongan seperti “ekopelancongan”, pelancongan alam sekitar, pelancongan pendidikan, pelancongan perubatan dan sebagainya. Hal ini sesuai dengan pepatah Melayu, “tak kenal maka tak cinta”. Jika pelancongan versi baru ini tidak dicuba di negara kita, kita tidak akan mengetahui potensi yang dapat diperoleh daripada industri pelancongan tersebut. Pada masa yang sama, pelbagai aktiviti sukan seperti Le Tour De Langkawi serta persidangan antarabangsa seperti Persidangan APEC yang diadakan di Kuala Lumpur, mampu menarik jumlah pelancong berkunjung ke Malaysia. .............Tuntasnya, “jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”, jika usaha yang dilakukan amat kurang dan terbatas, bagaimanakah hasrat untuk melihat sektor pelancongan di negara kita merentasi benua dan dunia menjadi nyata? Segala tindakan yang dirancang dan direncana memerlukan bantuan dan kerjasama daripada semua pihak. Semoga melalui keprihatianan dan rasa bertanggungjawab dan cinta akan negara, nama Malaysia akan menjadi sebutan dan tumpuan utama seluruh penduduk dunia untuk berkunjung sambil merehatkan minda mereka. .

http://mindabahasa.wordpress.com/

Isi Penting Esei   Pelancongan Jun 30, 2008 — mindabahasa

Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan Malaysia di mata dunia. Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan pendapatan RM20 bilion, termasuk RM17 bilion daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001). Angka tersebut melebihi jangkaan 6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke Malaysia. Malaysia juga merupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong di Asia Timur – selepas China dan Hong Kong.* Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi di Asia yang bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga tempatan.

· Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini.

· Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat Malaysia.

· Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan promosi galakan (melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit) di dalam dan luar negara. Kejayaan ini juga sedikit sebanyak bergantung kepada `cerita-cerita’ (pengalaman-pengalaman) para pelancong yang sudah melawat Malaysia. Pelancong-pelancong yang

Page 9: KARANGAN-pelancongan

mempunyai pengalaman yang baik melancong di Malaysia, tentunya akan datang semula dan juga akan memberitahu rakan-rakan mereka. Inilah kempen dan promosi galakan yang terbaik.

· Jika diperhalus, banyak yang perlu dibaiki dan dibetulkan. Insiden-insiden pelancong ditipu oleh pemandu teksi, kekotoran pusat-pusat makanan, kelemahan sistem pengangkutan awam, pencemaran sungai dan kawasan rekreasi, harga tidak berpatutan dan seumpamanya tidak menyumbang kepada pengalaman yang baik kepada para pelancong.

· Aduan-aduan daripada para pelancong mesti dilihat sebagai cara terbaik untuk memajukan industri pelancongan kita lagi. Satu anjakan sikap perlu berlaku dalam memberi layanan terbaik kepada pelancong.

· Siri-siri dialog dan pertemuan lebih kerap perlu diadakan dengan semua kementerian, jabatan, agensi dan sektor swasta bagi merangka perancangan dan program bersepadu bagi memajukan industri pelancongan tempatan. Usaha-usaha menggalakkan pelancongan tidak akan membuahkan hasil jika setiap pihak di dalam industri berkenaan tidak menjalankan peranan mereka dengan sebaik-baiknya.

· Pelbagai kegiatan dalam usaha mencari jalan memajukan industri pelancongan di negara ini dijalankan. Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) yang mempunyai pengaruh besar dalam industri pelancongan di rantau ini telah mengadakan persidangan tahunannya di sini. Forum Pelancongan Majlis Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Kedua turut diadakan. Begitu juga dengan Pesta Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Antarabangsa Malaysia (MATTA) 2001 telah dianjurkan di sini.

· Atas kesedaran ini juga, kerajaan telah mengadakan pelbagai program untuk memajukan industri pelancongan. Kejayaan industri ini bergantung kepada usaha pacuan sektor swasta dengan sokongan sektor awam. Usaha sektor awam atau kerajaan ini tidak akan berjaya tanpa digerakkan dan didorong oleh sektor swasta. Sektor swastalah yang menggerakkan perniagaan pelancongan sama ada daripada kalangan ejen pelancongan, pengangkutan, perhotelan, rekreasi, penyusun acara, ataupun pusat-pusat membeli-belah.

· Pihak kerajaan boleh menggalakkan perniagaan industri-industri ini seperti mengadakan pelbagai kempen serta menyediakan dan mencekapkan infrastruktur.

· Namun begitu, pada keseluruhannya, kita percaya bahawa kejayaan sebenar industri pelancongan memerlukan kesedaran dan kerjasama rakyat Malaysia sendiri. Selain pihak kerajaan dan sektor swasta bekerjasama untuk memajukan pelancongan, rakyat juga harus bersedia untuk memiliki sikap menyumbang kepada industri ini.

· Contohnya, bermula daripada kesedaran memelihara kebersihan di tempat-tempat awam hinggalah kepada mengambil kira soal pelancongan negara dalam membuat sebarang keputusan semasa menjalankan kerja-kerja seharian.Untuk lebih memahami keperluan pelancong, rakyat negara ini juga harus sendiri menjadi pelancong dalam negeri.

Page 10: KARANGAN-pelancongan

· Dengan menjadi pelancong dalam negeri, bukan saja boleh meningkatkan kualiti hidup diri sendiri dan keluarga melalui rekreasi pelancongan, tetapi juga dapat mengukuhkan kekuatan ekonomi industri itu.

· Apabila tempat-tempat pelancongan di dalam negeri menjadi lebih kukuh, maka ini dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatannya yang akan memudahkannya menerima pelancong luar negara. Selain itu, dengan sering kali melakukan perjalanan, seseorang itu akan memperoleh idea-idea baru bagaimana hendak meningkatkan industri pelancongan di negara ini.

· Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke negara ini dengan sendirinya akan memasyhurkan kemakmuran Malaysia di mata dunia.Pelancongan berasaskan pertanian untuk memberi pengalaman kepada pengguna merasai hidup kampung dan merasai nikmat alam semula jadi melawat ladang buah-buahan, ladang sayur-sayuran, ternakan ikan dan sebagainya.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENJADIKAN SESUATU KAWASAN BERPOTENSI SEBAGAI KAWASAN PELANCONGAN

Bentuk muka bumi:Bergunung ganang; Aktiviti mendaki gunung / tracking+cth gunung.Udara yang nyaman dengan suhu yang rendah dan tumbuhan semulajadi yang menghijau.Jeram dan air terjun untuk mandi manda + cth lokasi.Gizar / kawah gunung berapi + cth gunung berapi.Pantai yang berpasir sesuai untuk bersantai + cth lokasi.Pulau / Laut yang jernih dan mempunyai terumbu karang sesuai untuk selam skuba +cth lokasi.Kawasan paya yang kaya dengan reptilia spt buaya.Tasik buatan manusia / semula jadi sesuai untuk memancing/ berperahu+ cth tasik.Sungai yang sesuai untuk berkayak / memancing + cth sungai.

Iklim:Suhu 27 0C dan panas sepanjang tahun sesuai untuk mandi-manda +cth nama pantai.Suhu bawah 0° C pada musim dingin menyebabkan salji turun dan sesuai untuk ski.

Pemandangan yang menarik:Tumbuhan semula jadi yang menghijau dan menyamankan spt terdapat bunga reflesia.Pandangan batu kapur spt stalaktit dan stalakmit.Gua yang menarik + cth gua.Kesan sejarah + cth lokasi.Haiwan spt penyu bertelur +cth pantai.Zoo yang menarik minat pelajar sekolah; muzium + cth.Pusat Sains spt roket ke angkasa, astronomi + ctli lokasi.

Kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi spt hotel bertaraflima bintang + cth, padang golf,pusat membeli-belah + cth; penukar wang asing.

Page 11: KARANGAN-pelancongan

Ketersampaian – kawasan pelancongan dihubungi dengan jalan raya keretapi /jalan laut:, feri / lapangan terbang +cth lapangan terbang / pelabuhan.

Sikap rakyat yang peramah dan masyarakat majmuk menarik pelancong.

Peranan agensi + (nama agensi + peranan).

Peranan kerajaan spt intensif cukai dari kerajaan, persidangan antarabangsa.

Kerjasama serantau spt Tahun Melawat ASEAN .

Kedudukan yang strategik / laluan perdagangan timur-barat.

Modal mencukupi untuk membina hotel, chalet dari pelabur tempatan / swasta +

Kebudayaan tempatan / seni, budaya,perayaan+cth.

Harga barangan yang murah/ dikecualikan cukai menarik pelancong.

Keselamatan terjamin/ pelancong merasa selamat/keselamatan pelancong.

KEPENTINGAN PELANCONGANPendapatan negara + RM? .Memajukan bandar-bandar pelancongan spt Melaka, Kuala Kangsar.Peluang pekerjaan bagi penduduk sekitar +cth.Pemangkin kepada pembangunan kawasan pelancongan spt infrastruktur / kemudahan asas.Memajukan / menaikkan taraf jalan raya / keretapi / pelabuhan / lapangan terbang.Menggalakkan industri kraftangan / desa.Memajukan bekas lombong spt dijadikan padang golf, rekreasi +cth.Hubungan dua hala dengan negara asal pelancong.

KESAN PELANCONGAN TERHADAP ALAM SEKITARPenebangan hutan untuk membuka kawasan pelancongan spt membina hotel, jalan raya, taman rekreasi    padang golf telah mengakibatkan pelbagai.Kepupusan pokok berharga + cth pokok.Peningkatan kadar suhu kerana kurangnya proses fotosintesis yang menyebabkan bertambahnya kandungan karbon dioksida, kurangnya proses sejat peluhan; muka bumi terdedah kepada sinaran matahari.Habitat haiwan terganggu rantaian makanan haiwan terganggu -haiwan pupus + cth haiwan.Kemusnahan kawasan tadahan hujan.Tanah terdedah kepada hakisan hujan dan matahari; berlaku tanah runtuh gelangsar tanah.Bahan terhakis dialirkan ke sungai menyebabkan sungai keruh, sungai cetek, banjir kilat mudah berlaku.Sungai/pantai tercemar kerana pembuangan sampah oleh pelancong / hotel + cth sungai / pantai.Pembinaan hotel di tepi pantai telah menyebabkan laut tercemar dengan bahan hakisan.Kumbahan dari hotel dan chalet yang dialirkan ke sungai dan laut telah mencemarkan sungai dan

Page 12: KARANGAN-pelancongan

laut berkenaan + cth lokasi / sungai.Terumbu karang pupus kerana diambil sebagai cenderamata.Kenderaan yang membawa pelancong mengeluarkan karbon monoksida yang mencemarkan udara; menyumbang kepada kesan rumah hijau; bunyi bising.Pelancongan di kawasan gua / kawasan batu kapur telah mengganggu hidupan spt kelawar.

USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGANMembanyakkan kawasan pelancongan spt pulau-pulau yang airnya jernih dan berbatu karang + cth.Membina banyak hotel yang bertaraf lima bintang, padang golf + cth.Menambah lesen agensi pelancongan.Pemuliharaan kawasan-kawasan bEsejarah, kawasan pelancongan sedia ada+cth.Membuka kawasan hutan simpan untuk trekking + cthMembuka kawasan tasik untuk aktiviti memancing,bermain bot + cth tasik.Membina chalet yang sewanya rendah untuk menarik pelancong.Promosi oleh agensi kerajaan (agensi + usaha).Mengadakan persidangan / pameran antarabangsa + cth.Membaiki jalan raya / keretapi / lapangan terbang / pelabuhan supaya kawasan pelanconan mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi spt keretapi Express Langkawi penerbangan MAS ke destinasi antarabangsa.Memberi pengurangan cukai kepada syarikat pelancongan untuk memajukan kawasan baru / membina hotel kos sederhana.Mengadakan kedai bebas cukai + cth lokasi, polis pelancong untuk menjamin keselamatan pelancong.