karangan lumba haram

4
Pe ndahuluan - Apabila kita berkereta bersama keluarga pada malam minggu, sudah pasti kita akan terserempak dengan kegilaan anak muda berlumba motosikal. - Di tepi-tepi jalan pula terlihat sekumpulan penonton memberi sokongan kepada anak muda yang kehilangan arah ini agar berterusan menempuh maut. - Pada hari persekolahan pula, apabila loceng terakhir berbunyi sahaja, pelajar yang sesetengahnya tidak berlesen akan memecut motosikal yang dipandu melepasi pintu pagar alma mater. - Di media akhbar pula, kita sudah lali dengan berita penunggang motosikal yang maut gara-gara mahu menjadi juara. - Antara keseronokan dan maut yang menanti, anak muda lebih suka memilih maut yang tersedia di garisan penamat - Mereka bersikap keras kepala dan nasihat yang diberi seperti mencurahkan air ke daun keladi atau masuk telinga kanan ,keluar telinga kiri. - Menurut kata Nicolas Amelot De La Houssave ‘Nasihat yang terbaik diberikan oleh pengalaman tetapi biasanya nasihat itu datangnya terlalu lambat’. - Oleh sebab jumlah kematian semakin meningkat akibat kegilaan anak muda yang berlumba motosikal secara haram maka kajian mendalam harus dijalankan untuk meninjau langkah-langkah drastik yang perlu diambil untuk mengatasi kemelut ini? 1. Pengaruh media massa - Kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini,iaitu membiarkan insiden lumba haram yang semakin berleluasa. - Kita seharusnya mengorak langkah untuk membendung masalah lumba haram daripada terus berlaku. - Sesunggahnya, pengaruh media massa memainkan peranan yang penting dalam hal ini. - Ini adalah sebab, pengaruh media massa di negara ini, khususnya dan seluruh dunia amnya begitu kuat sekali ibarat tarikan magnet ke atas besi dan kenyataan ini sememangnya tidak dapat disangkal. - Pihak media massa perlulah menyiarkan setiap kemala¬ngan yang berlaku tanpa menyelin¬dungkan kebenaran yang terdetik. - Ini penting bagi mewujudkan keinsafan dalam diri golongan remaja supaya mematuhi undang-undang jalan raya, bukannya berpaksikan nafsu dan "darah muda" mereka sahaja apabila berada di jalan raya. - Contohnya, kemalangan-kemalangan tragis yang melibatkan kematian-kematian yang ngeri perlu disiarkan untuk me¬nimbulkan perasaan takut dalam diri golongan remaja. - Hal sedemikian boleh menyedarkan remaja bahawa tindakan ini boleh memudaratkan diri sendiri atau pengguna jalan raya yang lain. - Dengan itu, negara kita akn bersih daripada kemelut sosial yang tidak sihat ini. - Bak kata peribahasa, ‘Hati hendak semua jadi.” 2. peranan pihak polis dan JPJ - Ketua polis telah mengarahkan semua anggota polis iaitu selain daripada anggota

Upload: sh4wn99

Post on 29-Dec-2015

215 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan Lumba Haram

Pendahuluan-   Apabila kita berkereta bersama keluarga pada malam minggu, sudah pasti kita akan terserempak dengan kegilaan anak muda berlumba motosikal.-   Di tepi-tepi jalan pula terlihat sekumpulan penonton memberi sokongan kepada anak muda yang kehilangan arah ini agar berterusan menempuh maut.-   Pada hari persekolahan pula, apabila loceng terakhir berbunyi sahaja, pelajar yang sesetengahnya tidak berlesen akan memecut motosikal yang dipandu melepasi pintu pagar alma mater.-   Di media akhbar pula, kita sudah lali dengan berita penunggang motosikal yang maut gara-gara mahu menjadi juara.-   Antara keseronokan dan maut yang menanti, anak muda lebih suka memilih maut yang tersedia di garisan penamat-   Mereka bersikap keras kepala dan nasihat yang diberi seperti mencurahkan air ke daun keladi atau masuk telinga kanan ,keluar telinga kiri.-   Menurut kata Nicolas Amelot De La Houssave ‘Nasihat yang terbaik diberikan oleh pengalaman tetapi biasanya nasihat itu datangnya terlalu lambat’. -   Oleh sebab jumlah kematian semakin meningkat akibat kegilaan anak muda yang berlumba motosikal secara haram maka kajian mendalam harus dijalankan untuk meninjau langkah-langkah drastik yang perlu diambil untuk mengatasi kemelut ini?

1.   Pengaruh media massa

-   Kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini,iaitu membiarkan insiden lumba haram yang semakin berleluasa. -   Kita seharusnya mengorak langkah untuk membendung masalah lumba haram daripada terus berlaku. -   Sesunggahnya, pengaruh media massa memainkan peranan yang  penting dalam hal ini. -   Ini adalah sebab, pengaruh media massa di negara ini, khususnya dan seluruh dunia amnya begitu kuat sekali ibarat tarikan magnet ke atas besi dan kenyataan ini sememangnya tidak dapat disangkal. -   Pihak media massa perlulah menyiarkan setiap kemala¬ngan yang berlaku tanpa menyelin¬dungkan kebenaran yang terdetik. -   Ini penting bagi mewujudkan keinsafan dalam diri golongan remaja supaya mematuhi undang-undang jalan raya, bukannya berpaksikan nafsu dan "darah muda" mereka sahaja apabila berada di jalan raya. -   Contohnya, kemalangan-kemalangan tragis yang melibatkan kematian-kematian yang ngeri perlu disiarkan untuk me¬nimbulkan perasaan takut dalam diri golongan remaja.-   Hal sedemikian boleh menyedarkan remaja bahawa tindakan ini boleh memudaratkan diri sendiri atau pengguna jalan raya yang lain. 

-   Dengan itu, negara kita akn bersih daripada kemelut sosial yang tidak sihat ini.-   Bak kata peribahasa, ‘Hati hendak semua jadi.”

2.   peranan pihak polis dan JPJ

-   Ketua polis telah mengarahkan semua anggota polis iaitu selain daripada anggota trafik turun padang untuk menyaman pesalah trafik.-   Pihak polis membuat serbuan mengejut pada waktu malam untuk mengheret pelumba haram dan penonton ke balai polis melalui Operasi Rhino.-   Selain itu, sesetengah mereka yang diberkas kerana kesalahan tidak memiliki lesen memandu, kenderaan tanpa cukai jalan, dan mengubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan pengangkutan Jalan.-   Mekanisme kawalan seperti  hukuman penjara atau denda telah dikena terhadap penunggang dan pembonceng supaya mereka tidak bersikap sudah terantuk baru tengadah .-   Di samping itu, mereka juga akan dibawa ke rumah mayat dan hospital untuk melahirkan keinsafan

Page 2: Karangan Lumba Haram

diri mereka.untuk mengelakan kemelut ini menjadi semakin serius.Bak kata pepatah “kecil api menjadi kawan ,besar menjadi lawan”-   Pada masa yang sama pihak penguatkuasa harus menggunakan peralatan yang canggih termasuk kamera digital, video dengan gambar kaku selain catatan siasatan kakitangan yang bertugas. -   Tindakan ini dapat mendapat hasil yang lumayan dan mengurangkan kemelut ini dengan lebih berkesan.

3.   Kempen-kempen dan ceramah perlu dijalankan

-   Di Asia Tenggara, kedudukan Malaysia adalah di bawah negara Singapura.-   Penyumbang utama ialah kemalangan akibat ketika berlumba haram.-   Sehubungan itu, pihak kerajaan terus berusaha mempergiat aktiviti pendidikan melalui kempen keselamatan jalan raya bagi mendidik, mendisiplin serta menyedarkan pelumba haram mengenai aspek keselamatan ketika berada di jalan raya.-   Dengan itu pemandu dapat menanamkan sikap bersopan santun di jalan raya-   Selain itu, pihak penganjur juga boleh membawa mangsa lumba haram tampil ke hadapan untuk membangkitkan perasaan insaf dalam kalangan pelajar semasa sesuatu kempen atau ceramah dijalankan.-   Dengan adanya alpukah ini dapat membentuk pemandu berhemah sejak dari kecil lagi.-   Mengikut kata orang-orang tua, “sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.”-   Jika nilai murni ini dapat disemai dalam diri para pelajar, akan melahirkan warga yang berwawasan yan sayang akan negara,agama, diri sendiri dan keluarga.

4.   Peranan ibu bapa

-   Anak-anak yang kecil dan meningkat remaja perlu diberi perhatian.-   Menurut edisi siasat yang disiarkan oleh oleh ntv7, dikatakan ramai ibu bapa hanya beranak dan tidak melaksanakan tanggungjawab mereka sehingga anak-anak mereka mati katak di jalan raya.-   Pepatah Melayu ada menyatakan, “melentur buluh biarlah dari rebungnya” iaitu ibu bapa harus membentuk akhlak remaja biarlah dari awal atau semasa kecil.-   Jangan berjanji kepada anak-anak dengan janji-janji manis untuk meningkatkan prestasi akademik seperti jika anak-anak lulus PMR akan dibelikan motosikal kerana anak-anak yang baru mendapat Lesen L akan menjadi jaguh di jalan raya.-   Pada masa yang sama menjadi diri mereka sebagai suri teladan serta memberikan kasih sayang yang secukupnya bagai menatang minyak yang penuh.-   Selain itu, ibu bapa juga seharusnya sentiasa memberikan perhatian, pengawasan dan mengawal kebebasan-   Dengan itu , mereka akan menghargai diri sendiri dan kedua-dua orang tuanya.

5.   pegangan didikan agama

-   Pendidikan agama dan moral hendaklah disemai sebelum anak-anak meningkat remaja.-   Tapak semaian atau moral tidak akan menghasilkan benih yang subur jika penyemai itu sendiri ketandusan  ilmu tentangnya.-   Ibu bapa sendiri mestilah melengkapkan mereka dengan ilmu agama dan moral supaya didikan, bimbangan, nasihat dan teguran daripada ibu bapa kepada anak-anak menjadi lebih mudah.-   memastikan anak-anak tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan norma budaya, undang-undang dan ajaran agama masing-masing.-   Pendidikan yang bertunjangkan kekuatan agama akan membolehkan seseorang membuat pertimbangan seawajarnya antara yang baik dan buruk.-   Agama memang bersifat menggalakkan penganutnya melakukan kebaikan.-   Ibu bapa yang mengejar kemewahan hidup tidak wajar mengabaikan anak-anak dan seharusnya mengajar anak-anak ke jalan yang betul.

Page 3: Karangan Lumba Haram

-   Menurut At-Tarmizi, “Tiada satu anugerah yang lebih mulia yang diberikan oleh seseorang ayah kepada anaknya selain daripada tunjuk ajar dan budi perkerti yang baik.”

6.    Penguatkuasaan undang-undang 

-   Susulan itu, Kementerian Pengangkutan telah mewujudkan sub seksyen baru di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 kepada penonton lumba haram selain meningkatkan jumlah denda dan hukuman penjara kepada mereka yangmenaja lumba haram.-   Menurut mantan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy, pihaknya akan meminda Seksyen 81 APJ berkenaan mereka yang menaja lumba haram memandangkan hukuman yang sedia ada iaitu denda sehingga RM2000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan adalah terlalu ringan dan tidak berkesan untuk mencegah kegiatan itu. -   Bagi pelumba haram atau popularnya ‘mat rempit’, mereka boleh disabitkan di bawah Seksyen 42 APJ iaitu membawa kepada hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda kurang daripada RM15000 atau kedua-duanya sekali bagi sabitan pertama.-   Denda serta hukuman penjara akan bertambah kepada tidak lebih RM20000 dan penjara kurang daripada 10 tahun bagi sabitan kedua.-   Selain itu, orang yang terlibat dalam lumba haram motosikal harus disenaraihitamkan dan lesen memandunya harus digantung agar situasi seperti sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna tidak akan berlaku.-   Menurut pepatah Latin “Undang-undang yang baik datangnya daripada perangai yang baik.” 

Penutup

-   Justifikasinya, Malaysia telah pun meletakkan matlamat tahun 2020 sebagai tarikh penanda aras untuk merealisikan impian untuk menjadi negara maju.-   Satu persoalan yang besar perlu dijawab ialah sama ada atau tidak mencapai matlamat tersebut dengan senario remaja yang terlibat gejala lumba haram.-   Oleh itu, sebagai generasi yang akan menyambut tampuk kepimpinan pada masa akan datang wajar menoleh semula ke belakang dan melihat semula fenomena yang berlaku.-   Gejala lumba haram ini sebenarnya menjejaskan banyak pihak sama ada ibu bapa, masyarakat mahupun negara.-   Justeru, semua pihak wajarlah berganding bahu dan mengamalkan sikap berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dalam usaha untuk membanteras gejala ini terus berleluasa demi masa depan negara.