karangan galus ; usaha meningkatkan industri pelancongan

Upload: azamiya

Post on 07-Jul-2018

315 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/19/2019 KARANGAN GALUS ; Usaha Meningkatkan Industri Pelancongan

    1/3

     Sebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa, Malaysia mempunyai alam

    semula jadi yang unik dengan deretan pulau yang menawan. Malaysia juga terkenal

    dengan destinasi hub halal dan menjadi tumpuan pelancong asing terutamanya, Asia

    Barat, Timur Tengah dan Asia Tenggara. Industri pelancongan Malaysia merekodkan

    purat kemasukan pelancong asing sebanyak juta setahun. !leh itu, terdapat pelbagai

    usaha yang dapat dilakukan untuk meningkatkan industri pelancongan di Malaysia.

    "saha perdana untuk meningkatkan industri pelancongan ialah kempen Tahun

    Melawat Malaysia. Kempen Tahun Melawat Malaysia perlu diadakan dengan lebih

    berkesan dan melibatkan lebih banyak penyertaan. Tahun Melawat Malaysia ialah

    kempen untuk menggalakkan pelancong datang ke negara kita dengan lebih besar 

    bilangannya. Kempen yang diadakan sepanjang tahun ini menyediakan pelbagai acara

    untuk menarik minat pelancong datang ke negara ini. Misalnya, pelbagai acara

    kebudayaan pelbagai kaum dipersembahkan untuk para pelancong. #enyertaan

    pelbagai pihak digalakkan untuk memeriahkan sambutan Tahun Melawat Malaysia ini

    lagi. Selain badan$badan kerajaan, pihak swasta juga memikul tanggungjawab untuk

    mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang kompetiti%. &otel$hotel,

    syarikat penerbangan, dan syarikat pengangkutan awam mestilah melibatkan diri untuk

    menjayakan kempen ini. 'elaslah, kempen Tahun Melawat Malaysia dapat

    meningkatkan sektor pelancongan di negara kita.

    Seterusnya ialah kerajaan perlu menyediakan prasarana yang mencukupi,

    selesa, jimat dan mudah. &al ini demikian kerana, kemudahan ini memudahkan dan

    memberikan keselesaan kepada pelancong. Sebagai contoh, kementerian

    pengangkutan bekerjasama dengan kementerian pelancongan untuk menyediakan

    pengangkutan awam seperti bas dan teksi dengan kadar yang berpatutan serta cekap.

    #ihak perhotelan pula seharusnya menyediakan penginapan hotel yang selesa dan

    mengenakan bayaran yang berpatutan. Syarikat pelancongan juga boleh menyediakan

    khidmat pemandu pelancong untuk membimbing atau melayan pelancong asing ketika

    mereka berada di Malaysia. (engan itu, imej negara yang baik boleh ditunjukkan

    kepada pelancong.

  • 8/19/2019 KARANGAN GALUS ; Usaha Meningkatkan Industri Pelancongan

    2/3

    'ika ditinjau dari sudut yang lain, langkah$langkah keselamatan juga perlu

    diambil bagi menjamin kepuasan dan kesejahteraan pelancong semasa berada di

    negara kita. )aktor kawalan keselamatan yang terjamin di sesuatu destinasi

    pelancongan sering menjadi kayu pengukur untuk mereka datang ke destinasi

    pelancongan yang menjadi pilihan di hati mereka. Kita tidak seharusnya lupa dengan

    gelagat segelintir masyarakat yang mengambil kesempatan ke atas pelancong. !leh

    itu, "nit Keselamatan #elancong perlu ditubuhkan untuk membantu pihak polis

    menangani jenayah ke atas pelancong. Kejadian$kejadian rogol, mencabul kehormatan,

    menghendap, peras ugut, rompak dan tipu harus ditangani secepat mungkin. &al ini

    perlu dilakukan agar pelancong asing terus berkunjung ke negara ini. Bilangan

    keanggotaan pasukan keselamatan perlu ditambah supaya rondaan dapat dilakukan

    dengan lebih kerap di kawasan tumpuan pelancong. Sehubungan dengan itu,

    pelancong dapat melancong di negara kita dengan lebih selesa dan sekali gus imej

    negara terpelihara di mata dunia. #endek kata, kawalan keselamatan yang baik mampu

    meningkatkan industri pelancongan negara.

    Selain itu, kerajaan juga boleh mengurangkan cukai belian barangan , peraturan

    imigresen perlu dilonggarkan dan menambah pusat perkhidmatan tukaran wang asing.

    &al ini demikian kerana, pelancong asing dapat membeli belah di Malaysia dengan

    pembelajaan yang sederhana. Sebagai contoh, #ulau *angkawi merupakan pulau

    bebas cukai yang menjadi destinasi pelbagai peancong dari dalam mahupun luar 

    negara. (i sana , mereka dapat membeli cenderahati, pinggan mangkuk, kra%tangan,

    dan coklat untuk di bawa pulang. (engan itu, pendapatan penduduk setempat

    bertambah dan mereka dapat meningkatkan tara% hidup masing$masing.

    Bukan itu sahaja, kerajaan melalui *embaga #enggalakan #elancongan

    Malaysia +*##M wajar menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi

    menarik yang terdapat di negara ini, khususnya di tempat$tempat baharu yang dikenal

    pasti boleh menjadi daya tarikan yang menguntungkan. &al ini dapat dilakukan sama

    ada menerusi media cetak seperti risalah, buku, poster, majalah, dan akhbar atau

    media elektronik seperti radio dan tele-isyen. Selain itu, dengan kewujudan halaman

    pelancongan dalam internet juga merupakan cara terbaik untuk memperkenalkan

  • 8/19/2019 KARANGAN GALUS ; Usaha Meningkatkan Industri Pelancongan

    3/3

    Malaysia sebagai sebuah negara yang wajar dikunjungi oleh pelancong asing. "saha

    *##M mempromosi Malaysia dengan mengiklankan negara kita pada dinding / buah

    bas di kota *ondon pada suatu ketika dahulu menandakan usaha serius pihak terbabit

    dalam menarik lebih banyak pelancong datang ke negara ini. 'ika maklumat yang

    lengkap sampai ke pengetahuan pelancong, mereka tentunya akan datang melawat

    negara kita pada suatu hari kelak. #endek kata, komitmen kerajaan dengan

    badan$badan tertentu dalam menyebarkan keunikan negara kita ke peringkat global

    turut merancakkan perkembangan industri ini.

    Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang dapat dirancang dan

    dilaksanakan untuk meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Semua pihak

    hendaklah tampil dan menunjukkan ilti0am yang tinggi untuk membantu kerajaan

    mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang hebat. 'ika tidak,

    segala keunikan dan kehebatan budaya pelbagai kaum di negara ini akan sia$sia dan

    tidak dapat diketengahkan untuk dinikmati oleh pelancong tempatan dan mancanegara.

    Kerjasama dan kesungguhan semua pihak yang terbabit akan menonjolkan Malaysia

    sebagai sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di dunia.