karangan fakta kebaikan bersenam.doc

3
Karangan Fakta: Senaman Asas Kesihatan Senaman adalah asas kesihatan kita. Senaman secara teratur dan berterusan akan memastikan kesihatan kita sentiasa baik. Kita boleh bersenam dengan pelbagai cara seperti berjoging, berbasikal, berenang dan bermain bola sepak. Senaman mempunyai banyak faedahnya. Apabila kita bersenam, badan kita akan berpeluh, otot menjadi kuat dan melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan. Ini menjadikan badan kita sihat lalu menyukarkan daripada terkena penyakit seperti demam, batuk, selsema dan lain-lain lagi. Senaman juga menjadikan bentuk badan lebih menarik iaitu tidak terlalu gemuk atau kurus. Penampilan diri akan lebih menarik kerana badan yang langsing akan memudahkan pergerakan kita. Oleh itu, kita akan lebih berkeyakinan apabila berhadapan dengan masyarakat. Selain itu, aktiviti senaman dapat mengisi masa lapang. Ini dapat mengelakkan kita daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah atau memudaratkan seperti melepak, merokok dan sebagainya.

Upload: aduka-humaira

Post on 03-Sep-2015

316 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Karangan Fakta: Senaman Asas Kesihatan

Senaman adalah asas kesihatan kita. Senaman secara teratur dan berterusan akan memastikan kesihatan kita sentiasa baik. Kita boleh bersenam dengan pelbagai cara seperti berjoging, berbasikal, berenang dan bermain bola sepak.

Senaman mempunyai banyak faedahnya. Apabila kita bersenam, badan kita akan berpeluh, otot menjadi kuat dan melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan. Ini menjadikan badan kita sihat lalu menyukarkan daripada terkena penyakit seperti demam, batuk, selsema dan lain-lain lagi.

Senaman juga menjadikan bentuk badan lebih menarik iaitu tidak terlalu gemuk atau kurus. Penampilan diri akan lebih menarik kerana badan yang langsing akan memudahkan pergerakan kita. Oleh itu, kita akan lebih berkeyakinan apabila berhadapan dengan masyarakat.

Selain itu, aktiviti senaman dapat mengisi masa lapang. Ini dapat mengelakkan kita daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah atau memudaratkan seperti melepak, merokok dan sebagainya.

Justeru, kita mestilah mengambil berat tentang senaman kerana senaman dapat menjamin kesihatan kita. Tambahan lagi, kajian pakar membuktikan senaman dapat mencerdaskan pemikiran.Oleh itu, jadikan senaman sebagai amalan hidup kita seharian.

Karangan Fakta: Senaman Asas Kesihatan

Senaman adalah asas kesihatan kita ___________________________________________________

_________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Senaman mempunyai banyak faedahnya. _________________________________________

_________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Senaman juga _____________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Senaman __________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________