karangan biografi

Upload: roziah-md-amin

Post on 08-Jan-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

karangan

TRANSCRIPT

Aku budak kampung. Aku dilahirkan di dalam keluarga biasa-biasa sahaja. Ia lah mana tidaknya, aku dilahirkan di Kampung Ceruk Tok Kun , Bukit Mertajam Pulau Pinang. Bapaku Ibrahim bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen . Manakala ibuku adalah Che Yan , ahli pidato pergerakan Wanita UMNO.Semasa kecil, aku selalu mengikuti ibu. Bapa seperti biasa, sentiasa sibuk dengan kerjanya. Namun ada desas-desus yang mengatakan aku hanyalah anak pungut pasangan ini. Namun, aku tidak kisah asalkan aku cukup makan.

Semua orang ada cita-cita. Begitu juga diriku. Cita-cita merupakan impian setiap manusia.Bagiku, siapa yang tidak punyai cita-cita diibaratkan seperti kapal tiada nakhoda. Tiada matlamat hidup. Bagiku, aku ingin menjadi PERDANA MENTERI Malaysia. Mungkin disebabkan kedua-dua penjaga aku merupakan tokoh politik, di situlah aku disemai dengan ilmu-ilmu politik. Berpidato, tidak mempunyai masalah. Ibuku sangat pandai berpidato. Seperti aku nyatakan tadi, aku selalu mengikuti ibuku, ke mana lagi? berpidato lah...!

Aku tidak kisah apa orang nak kata kepadaku. Aku kan tetap menjadi Perdana Menteri Malaysia. Aku akan pastikan bahawa diriku akan disanjung apabila menjadi perdana Menteri. Tetapi aku perlu bermula dari bawah. Aku perlu menjadi lain dari yang lain. Aku perlu tampak sepertiRole Modelkepada masyarakat. Aku tidak boleh melakukan kesilapan. kesilapan yang bodoh memberi padah yang berganda. Itulah yang diperkatakan ibuku terhadapku.

Menjadi seorang Perdana Menteri dapat memimpin masyarakat. Tetapi gaya kepimpinan apakah yang perlu aku pakai? Siapakah yang akan mengikuti aku? Ohh. kalau begitu, aku perlu bermula dari bawah lagi. Dari sekolah, dari Universiti dan dari persatuan-persatuan. Aku perlukan sesuatu untuk menjadi menonjol. Ya , aku perlukan isu kontroversi. Jalan mudah, dengan bergiat aktif dalam pimpinan pelajar. Aku akan berdemonstrasi. Sepertimana negara mula-mula mahukan merdeka dahulu. Aku akan bawa kawan-kawan sekuliahku berdemonstrasi. Aku akan serang dasar-dasar kerajaan yang boleh menguntungkan aku. Dengan itu, aku akan kelihatan menonjol untuk ditonjolkan dalam arena politik.