20 13 - mymrt.com.my · kasih kepada ybhg tan sri sidek hassan, ... di bandar tun hussein onn pada...

53
2013

Upload: vuongkiet

Post on 18-Feb-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

2013

Mass Rapid Transit Corporation Sdn BhdVisi, Misi dan Nilai-nilai Teras Kata Aluan PengerusiUlasan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga PengarahBarisan PengurusanProjek MRT Lembah Klang

Tentang ProjekMRT Laluan Sungai Buloh-KajangStruktur Projek

Laporan KemajuanPembinaan Perolehan Hal Ehwal Tanah Kuarters Pekerja MRTPerhubungan Awam dan Hal Ehwal Pihak BerkepentinganPenyertaan BumiputeraProgram OffsetSorotan Penting

Laporan Kewangan Penyata Kewangan

468101214

161820

2529323536

434546

50

KANDUNGAN

Gambar muka depan:Mesin Pengorek Terowong Inai 2 sedang dipasang di dalam Syaf Inai Atas.Gambar oleh Mohd Adzreel Abd Makatar.

4 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

4 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

5 | MRT Corp • 2013 progress report

MASS Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) adalahsyarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan danditubuhkan dengan tujuan memajukan dan memiliki asetProjek MRT.

MRT Corp ditubuhkan pada September 2011 dan telahmengambil alih pemilikan projek daripada Syarikat PrasaranaNegara Bhd pada Oktober 2011.

Tanggungjawab MRT Corp termasuk memantau pembinaankesemua struktur bertingkat, stesen dan depoh projek. Syarikatini juga memantau kerja bawah tanah yang melibatkan kerjapembinaan terowong dan stesen bawah tanah.

MRT Corp bertanggungjawab ke atas kontrak-kontrak terbabit,proses perolehan dan penyelesaian pertikaian selain memastikankualiti daripada segi kos, penjadualan, kesihatan, keselamatandan keperluan persekitaran.

Syarikat ini juga bekerjasama dengan pihak lain dalampembangunan Projek MRT, iaitu MMC Gamuda KVMRT (PDP)Sdn Bhd sebagai Rakan Pelaksana Projek (Project DeliveryPartner) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)sebagai agensi penyelia.

MASS RAPID TRANSITCORPORATION SDN BHD

6 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

VISI, MISI DAN NILAI-NILAI TERAS

Untuk diiktiraf sebagai penyedia utamaperkhidmatan pengangkutan rel bandar.

KETERBUKAANKami saling menghormati antara satu samalain, menghargai perbezaan dan memanfaatkanperubahan di bawah satu kepimpinan

KERJASAMAKami bekerja dengan penuh berkesan sebagaisatu pasukan ke arah mencapai matlamat bersama

KEJUJURANKami mendukung amanah dan integriti padasetiap masa

KECEMERLANGANKami sentiasa melakukan perkara yang betuldengan cara yang betul

TANGGUNGJAWABKami sentiasa bertindak secara peka dan sediabertanggungjawab atas segala tindakan danhasil kerja

NILAI-NILAI TERAS

VISI

Untuk menghasil dan menyampaikan sistemaliran transit massa (MRT) secara efektif, cekap danbersepadu; dengan selamat, mengikut jadual sertamenepati kos.

MISI

7 | MRT Corp • 2013 progress report

8 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

9 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

KATA-KATA ALUANPENGERUSI

PERTAMA sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada YBhg Tan Sri Sidek Hassan, Pengerusi Mass RapidTransit Corporation Sdn Bhd terdahulu selaku peneraju yangmembolehkan Projek MRT berjalan dengan lancar sehinggahari ini.

Saya amat berbesar hati untukmenyampaikan kata-kata aluan pertamasaya selaku Pengerusi MRT Corp dalamLaporan Kemajuan Tahunan 2013. Malah,pelantikan saya pada Januari 2013 telahmembenarkan saya mengambil alih jawatanPengerusi syarikat dan seterusnya projek yangsaya petik kata-kata Perdana Menteri kita YABDato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telahberjaya menjadi bintang bersinar dalamkalangan projek-projek Kerajaan, denganpengurusan projek dan struktur tadbir urusyang kukuh, amalan perolehan yang telus dankerja pembinaan yang baik.

Tahun kewangan 2012/2013 telahmenyaksikan kemajuan Projek MRT padakadar yang luar biasa. Dengan hanya 2.15%kemajuan pada permulaan tahun kewangan,kini kita mengakhiri tahun ini dengan 28%kadar penyempurnaan projek. Perlu jugadimaklumkan bahawa kerja pembinaanhanya bermula dua tahun yang lepas, iaitusetelah perasmian oleh Perdana Menterisendiri pada 8 Julai 2011.

Sepanjang tahun kewangan ini, kita telahmenyaksikan permulaan kerja-kerja membinaterowong dan kerja-kerja penggalian untuksemua tujuh stesen bawah tanah bagibahagian bawah tanah MRT LaluanSungai Buloh–Kajang dengan jarak 9.5 km.Bermula dengan pelancaran mesin pengorekterowong (TBM) pertama pada 30 Mei 2013oleh Perdana Menteri, kita kini mempunyaiempat TBM untuk menggali terowong bagijajaran MRT di bawah bandaraya KualaLumpur.

Permulaan pembinaan terowongmempunyai kepentingan khusus keranaini adalah kali pertama TBM Variable Densitybaru, yang direka khas untuk penggalianterowong menembusi Formasi Batu KapurKuala Lumpur, digunakan. Mesin ini telahberfungsi dengan baik, menjadikan kerjapenggalian terowong lebih selamat.Kemajuan yang besar juga telah dicapaiuntuk bahagian-bahagian jajaran yangbertingkat, dengan 64% cerucuk, 30% tukupcerucuk, 12% tiang-tiang dan 14 rentangjejambat bertingkat telah berjaya dibina.

Satu lagi pencapaian yang bolehdibanggakan adalah penyelesaian secarabaik berkenaan isu-isu tanah yang menjadiperhatian ramai. Penyelesaian bagi beberapakes ini adalah penyelesaian cara baruiaitu dengan membenarkan tanah milikpersendirian untuk wujud bersama denganMRT melalui persetujuan bersama antarapemilik tanah dengan MRT Corp, suatupencapaian baru bagi Malaysia. Melalui jalanpenyelesaian ini, hampir semua pemilikrumah-rumah kedai di Jalan Sultan dapatmengekalkan pemilikan tanah merekadi samping membolehkan terowong MRTdibina di bawahnya.

Isu-isu tanah hanyalah salah satu daripadapelbagai cabaran projek infrastrukturbesar seperti Projek MRT. Sebagaimanapenyelesaian isu tanah, saya pasti cabaran-cabaran ini boleh ditangani menerusikesabaran, perjumpaan dengan pihakberkepentingan, dan dengan cadanganyang kreatif.

Harapan dan keterujaan terhadap JajaranMRT pertama di Malaysia berkembanghari demi hari. Tugas menyelesaikan danmenyerahkannya kepada rakyat terletakdi bahu pasukan dalam MRT Corp danpihak-pihak terlibat seperti Rakan PelaksanaProjek, Kontraktor Pakej Kerja dansubkontraktor serta Jabatan dan AgensiKerajaan berkaitan.

Dengan dedikasi dan komitmen daripadasetiap pemegang berkepentingan, sayasangat yakin bahawa kita dapat menyiapkanprojek ini dalam tempoh dan kos yangditetapkan, dengan selamat. Kamimenjangkakan masyarakat akan dapatmenggunakan perkhidmatan Fasa Pertamalaluan MRT dari Sungai Buloh ke Semantanmenjelang akhir tahun 2016, manakalakeseluruhan jajaran dijangka akan dapatdigunakan menjelang Julai 2017, setelahpelancaran Fasa Kedua dari Semantanke Kajang.

Terima Kasih.

TAN SRI DR ALI HAMSAPengerusi

10 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

ULASAN KETUAPEGAWAI EKSEKUTIF

TAHUN kewangan 2012/2013, yang juga merupakan tahun kedua sejak penubuhan MRT Corp,merupakan tahun yang penuh dengan lakaran peristiwa-peristiwa penting. Di kala prosespembinaan Projek MRT Lembah Klang Laluan Sungai Buloh-Kajang sedang giat dijalankan,beberapa kejayaan penting telah dicapai. Kejayaan-kejayaan ini menggariskan perkembangansignifikan yang telah kami capai sejak pelancaran projek pada Julai 2011, di mana kemajuanpelaksanaan pembinaan Projek MRT telah mencapai 28% pada 30 September 2013.

Antara kejayaan-kejayaan ulung yangdicapai adalah bermulanya kerja penggalianterowong projek oleh Kontraktor KerjaBawah Tanah kami iaitu MMC Gamuda KVMRT(T) Sdn Bhd. Peristiwa bersejarah ini, yangmengambil tempat pada 30 Mei 2013 di SyafPelancaran Cochrane, telah dirasmikan olehPerdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib TunAbdul Razak.

Selain menandakan permulaan fasa yangpaling mencabar, peristiwa ini juga telahmencatat sejarah kerana hari tersebut jugamerupakan hari pelancaran Mesin PengorekTerowong Variable Density yang pertamadi dunia. Hasil kerjasama MMC Gamudadengan pengilang TBM bertaraf duniaHerrenknecht AG, TBM Variable Densityini telah direka khusus untuk menggaliterowong menembusi formasi batu kapurKarst di bawah bahagian timur bandarayaKuala Lumpur. Formasi Batu Kapur KualaLumpur dianggap sebagai salah satupembentukan geologi yang paling mencabaruntuk kerja penggalian terowong.

Sejak pelancaran TBM pertama pada bulanMei 2013 hingga akhir tempoh tinjauanpada 30 September 2013, tiga lagi TBM telahmemulakan kerja penggalian, iaitu dua dariPortal Semantan di Jalan Duta, dan yangketiga dari Syaf Pelancaran Cochrane. Kamimenjangka akan melancarkan tiga lagiTBM menjelang akhir tahun 2013.

Kejayaan memulakan pembinaan terowongdalam masa dua tahun sejak Projek MRTdilancarkan membawa kebanggaan besarkepada kami semua di MRT Corp, dan jugakepada MMC Gamuda. Segala persediaanyang ditempuh amat mencabar, antaranyaialah urusan penyelesaian isu-isu tanahsehinggalah kepada pemilihan TBMyang paling sesuai untuk digunakan.Walaubagaimanapun, apabila butangpelancaran ditekan oleh PerdanaMenteri pada 30 Mei 2013, dan TBM mulamenjalankan fungsinya menghancurkanbatuan keras dan membina terowong MRTdi bawah bandaraya Kuala Lumpur, jelasbahawa segala penat lelah dalam mengatasicabaran-cabaran tersebut sangat berbaloi.

Selain kerja-kerja menggali terowong,Kontraktor Kerja Bawah Tanah kami juga telahmemulakan pembinaan untuk kesemua tujuhstesen bawah tanah, serta kerja penggaliankekotak stesen bagi kebanyakan stesen. Padaakhir tempoh tinjauan, kemajuan kerja-kerjapembinaan bagi Pakej Kerja Bawah Tanahtelah mencapai 41%.

Sepanjang tempoh tinjauan, satu lagiperistiwa penting telah dicapai, kali inimelibatkan seksyen jajaran bertingkat projek.MRT Corp menyaksikan rentang pertamajejambat bertingkat MRT Laluan SungaiBuloh-Kajang mula dibina dalam Pakej V6di Bandar Tun Hussein Onn pada bulan Jun.Sejak itu, sebanyak 14 lagi rentang jejambattelah dibina dalam Pakej V2, V5 dan V6.

Kelajuan pembinaan jejambat dijangkameningkat, berikutan pemasangan enamgantri pelancar (dengan tiga daripadanyatelah beroperasi dalam pembinaan enamrentang yang dinyatakan sebelum ini) padaakhir September 2013.

Kerja-kerja lain berkaitan pembinaanbahagian bertingkat jajaran tersebut, sepertipenempatan semula utiliti dan pembinaanserta pemasangan cerucuk, tukup cerucuk,dan tiang, juga menunjukkan kemajuanyang bagus semasa tempoh tinjauan.

Pada akhir tempoh tinjauan, status kemajuanPakej Kerja Bertingkat ialah 19.27%. BagiPakej-pakej Kerja Sistem, kesemuanya telahdianugerahkan menjelang akhir tempohtinjauan. Kontraktor-kontraktor Sistem kinisedang melakukan proses reka bentuk danperolehan bahan-bahan yang memerlukanmasa penyediaan panjang. Pada akhir tempohtinjauan, status kemajuan bagi keseluruhanPakej Kerja Sistem ialah 22.75%.

Antara Pakej Kerja Sistem yang palingmenarik ialah untuk tren elektrik kami,yang akan dibekalkan oleh Siemens AG.Dalam tempoh tinjauan, MRT Corp telahmemuktamadkan reka bentuk luaran bagi58 set tren berasaskan tema “Guiding Light”,yang diinspirasikan oleh seni bina KualaLumpur. Tren-tren ini akan dipasang di kilangpemasangan tren pertama Malaysia di Rasa,Hulu Selangor, yang masih dalam pembinaan

ketika tempoh tinjauan. Tren pertamadijangka akan diserahkan kepada MRT Corppada Mei 2014.

Perkara lain yang wajar dimaklumkanadalah inisiatif Agenda Bumiputera kamiyang dilaksanakan bagi memastikan segalapeluang yang ada dikongsikan bersamasyarikat-syarikat Bumiputera, termasuk merekayang berada dalam Kelas G1, G2, G3 dan G4(dahulunya Kelas D, E dan F), agar merekamendapat peluang melibatkan diri dalamprojek infrastruktur mega ini.

Sukacita saya laporkan bahawa dalamtempoh tinjauan, 45% daripada keseluruhannilai kontrak telah dianugerahkan kepadasyarikat-syarikat Bumiputera. Unjuran kamimenunjukkan bahawa kami akan melepasisasaran 43% daripada keseluruhan nilaikontrak untuk dianugerahkan kepadasyarikat-syarikat Bumiputera seperti yangtelah ditetapkan oleh Kerajaan, apabila kamiselesai menganugerahkan kesemua 86 pakejkerja bagi pembinaan MRT Laluan SungaiBuloh–Kajang.

Kontraktor-kontraktor kecil tidakdilupakan, di mana MRT Corp telah berjayamenganugerahkan 44 pakej kerja kepadakontraktor-kontraktor Bumiputera daripadaKelas G1, G2, G3 dan G4 melalui cara undiandalam tempoh tinjauan. Kami menjangkaakan menganugerahkan 51 lagi pakej kerjakepada kontraktor-kontraktor ini padaDisember 2013.

Segala yang dinyatakan di atas hanyalahrumusan bagi keseluruhan aktiviti danpencapaian kami dalam Tahun Kewanganyang lepas.

Lembaran-lembaran seterusnya dalamLaporan Kemajuan Tahunan, yang sayadengan sukacita persembahkan ini, akanmemberi anda gambaran yang lebihlengkap tentang aktiviti-aktiviti kami.

Terima kasih.

DATUK WIRA AZHAR ABDUL HAMIDKetua Pegawai Eksekutif

11 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

12 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

TAN SRI DR ALI HAMSAPengerusi

TAN Sri Dr Ali Hamsa, 58, adalah KetuaSetiausaha Negara.

Sebelum perlantikannya pada 2012,Tan Sri Dr Ali memegang jawatan KetuaPengarah Unit Kerjasama Awam Swasta(UKAS) di Jabatan Perdana Menteri pada2009. Sebelum itu, beliau berkhidmat diUnit Perancang Ekonomi di Jabatan PerdanaMenteri dan memegang jawatan PengarahBahagian Pembahagian diikuti Timbalan KetuaPengarah Program Transformasi dan KemajuanNasional.

Tan Sri Dr Ali menyertai Perkhidmatan Tadbirdan Diplomatik pada tahun 1981 sebagaiPenolong Pengarah di KementerianPerdagangan Antarabangsa dan Industri.Beliau kemudiannya ditugaskan sebagaiPengurus Projek Kanan, Pengurusan Ekonomidan Dasar Awam (PUTERA) di Institut TadbiranAwam Negara (INTAN).

Tan Sri Dr Ali berkelulusan Ijazah SarjanaMuda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malayasebelum melanjutkan pelajaran ke OklahomaState University, Amerika Syarikat di manabeliau menerima Ijazah Sarjana Ekonomi padatahun 1986, diikuti Ijazah Doktor Falsafah dalambidang Sains Alam Sekitar dan Ekonomi padatahun 1997.

Beliau merupakan Pengerusi Institut IntegritiMalaysia (IIM), Pengerusi Bersama bagi PasukanPetugas Khas Pemudahcara Perniagaan(Pemudah) dan Timbalan Pengerusi JohorCorporation (JCorp).

LEMBAGA PENGARAH

DATUK WIRA AZHAR ABDUL HAMIDAhli

DATUK Wira Azhar Abdul Hamid, 52,adalah Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp.

Sebelum menyandang jawatan ini, beliauadalah Pengarah Urusan Sime Darby PlantationSdn Bhd. Pada masa yang sama, beliaumerupakan Pengarah Bahagian untukPerladangan dan Makanan di Sime Darby Bhd.Datuk Wira Azhar pernah menjadi PengerusiPersatuan Minyak Sawit Malaysia, dan ahliLembaga Minyak Sawit Malaysia dan MajlisMinyak Sawit Malaysia. Beliau pernahmenyandang jawatan Pengarah Urusandi Tractors Malaysia Holdings Bhd dan dilantiksebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulandi Pernas International Holdings Bhd pada2001.

Beliau adalah Akauntan Bertauliah danmerupakan Felo Persatuan Akauntan BertauliahUnited Kingdom, selain menjadi ahli InstitutAkauntan Malaysia.

Beliau juga adalah pengasas dan pemegangsaham Chelsea Capital Sdn Bhd, sebuahsyarikat pegangan pelaburan dan penasihatkorporat yang menumpu kepada sektorminyak sawit, hartanah dan makanan.

TAN SRI DR MOHD IRWAN SERIGARABDULLAH

Ahli

TAN Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, 56,adalah Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Sebelum perlantikannya, beliau memegangbeberapa jawatan di Kementerian Kewangantermasuk Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar),di Bahagian Ekonomi dan Antarabangsakementerian tersebut dari 2003 sehingga2008, beliau memegang jawatan SetiausahaBahagian, Ketua Bahagian PerhubunganPelbagai Hala, Ketua di Seksyen Ekonometrik,dan Ketua Penolong Setiausaha. Di UnitPerancang Ekonomi di Jabatan PerdanaMenteri dari 1987 sehingga 1999, Tan SriDr Mohd Irwan berkhidmat sebagai PenolongPengarah Kanan di Unit Penswastaan danPenolong Pengarah Kanan di Unit Tenaga.

Beliau mempunyai kelulusan Doktor Falsafahdalam bidang Ekonomi dari Universiti IslamAntarabangsa Malaysia; Ijazah Sarjana Sainsdalam bidang Tenaga, Pengurusan dan Dasardari University of Pennsylvania; dan IjazahSarjana Muda dalam Kajian Populasi dariUniversiti Malaya.

Tan Sri Dr Mohd Irwan adalah ahli lembagauntuk beberapa organisasi termasuk MalaysiaAirline System (MAS), Petroliam NationalBerhad (PETRONAS), Lembaga KemajuanTanah Persekutuan (FELDA), RegionalDevelopment Authority (RECODA), RazakSchool of Government (RSOG), Tabung Haji(TH), The International Islamic University ofMalaysia (IIUM) dan Bank Negara Malaysia(BNM). Beliau juga merupakan PengerusiKumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP),Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), ProkhasSdn Bhd dan Cyberview Sdn Bhd.

13 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

DATUK Dr Rahamat Bivi Yusoff, 56, adalahKetua Pengarah di Unit Perancang Ekonomidi Jabatan Perdana Menteri.

Beliau telah berkhidmat dalam Kerajaanlebih 30 tahun, bermula sebagai PenolongSetiausaha Bahagian Cukai dan kemudiannyasebagai Penolong Setiausaha Bahagian Kontrakdan Bekalan, kedua-duanya di KementerianKewangan. Datuk Dr Rahamat juga pernahberkhidmat sebagai Pegawai Projek di InstitutTadbiran Awam Negara (INTAN), PenolongPengarah dan kemudiannya TimbalanPengarah di Seksyen Makroekonomi dan KetuaPenolong Pengarah di Seksyen Industri danPerkhidmatan di Unit Perancang EkonomiJabatan Perdana Menteri, dan PengarahBahagian Pembangunan Industri diSuruhanjaya Tenaga.

Datuk Dr Rahamat Bivi memegang kelulusanIjazah Sarjana dalam bidang Ekonomi daripada

University of Western Michigan dan DoktorFalsafah dalam bidang Ekonomi daripadaAustralian National University, Ijazah SarjanaMuda dalam bidang Sains Sosial (Ekonomi)(Kepujian) daripada Universiti Sains Malaysia,dan Diploma dalam Pentadbiran Awamdaripada INTAN.

Beliau merupakan ahli lembaga untuk agensi-agensi seperti Malaysia Thailand Joint Authority(MTJA), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA), dan Perbadanan Insurans DepositMalaysia (PIDM). Datuk Dr Rahamat Bivi jugaadalah ahli majlis Iskandar RegionalDevelopment Authority (IRDA), SabahEconomic Development and InvestmentAuthority (SEDIA), Sarawak Corridor ofRenewable Energy (SCORE) and East CostEconomic Region Development Council(ECERDC). DATUK DR RAHAMAT BIVI YUSOFF

Ahli

DATO’ Sri Shahril Mokhtar, 41, adalah PengarahUrusan Kumpulan, Syarikat Prasarana NegaraBhd.

Sebelum dilantik ke jawatan itu, beliau pernahmenjadi Ketua Pegawai Operasi SuruhanjayaPengangkutan Awam Darat (SPAD). Sebelumitu, beliau adalah Pengurus Besar PerancanganKorporat di RapidKL. Beliau juga pernahdipinjamkan sebagai Penasihat di UnitPerancang Ekonomi di Jabatan PerdanaMenteri, di mana beliau terlibat dalampenggubalan Akta Suruhanjaya PengangkutanAwam Darat 2010 dan Akta PengangkutanAwam Darat 2010. Dato’ Sri Shahril juga terlibatdi dalam makmal untuk penambahbaikanpengangkutan awam dibawah ProgramTransformasi Kerajaan.

Jawatan-jawatan yang pernah disandangDato’ Sri Shahril sebelum ini termasuk PengurusBesar Penerbangan Malaysia Bhd, Pengurusdi PricewaterhouseCoopers Malaysia, danEksekutif Kanan di Maybank Group.

Beliau mempunyai Ijazah Sarjana dalamPengurusan (Kepujian) daripada UniversitiMalaya dan Ijazah Sarjana Muda Sains dalambidang Psikologi Organisasi dan Industridaripada University of Missouri.

Beliau juga merupakan Pengerusi PrasaranaIntegrated Development Sdn Bhd (PRIDE),ahli lembaga Rapid Rail Sdn Bhd, RapidBus Sdn Bhd dan Prasarana IntegratedManagement and Engineering ServicesSdn Bhd (PRIME). Beliau juga merupakanPengerusi Jawatankuasa Audit MRT Corp.

DATO’ SRI SHAHRIL MOKHTARAhli

DATUK Che Mokhtar Che Ali, 58, adalahpengasas dan rakan kongsi di Tetuan CheMokhtar & Ling, sebuah firma undang-undangdi Kuala Lumpur.

Dengan pengalaman hampir 30 tahunsebagai pengamal undang-undang, DatukChe Mokhtar telah berkhidmat sebagai ahliPanel Jawatankuasa Tatatertib dalam LembagaTatatertib Peguam-Peguam dan pernahmenjadi Pengerusi Jawatankuasa tersebut.Beliau pernah dilantik sebagai Notari Awamoleh Peguam Negara. Sebagai seorangpeguam, beliau pernah mengendalikankes-kes bagi pelbagai syarikat awam danswasta, institusi perbankan, pemaju-pemaju,dan badan-badan berkanun seperti DatukBandar Kuala Lumpur.

Beliau memegang kelulusan Ijazah SarjanaMuda Sastera (Sains Politik dan PentadbiranAwam) dan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Victoria University di Wellington,New Zealand. Datuk Che Mokhtar diterimasebagai Peguamcara dan Peguambela diMahkamah Agung New Zealand pada 1980dan tiga tahun kemudian sebagai Peguambeladan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya.Beliau juga pernah berkhidmat sebagaiMajistret dan Timbalan Pendakwa Raya.

Datuk Che Mokhtar merupakan ahli lembagasyarikat-syarikat awam dan swasta termasukSumatec Resources Bhd dan KYS CollegeSdn Bhd. Beliau adalah bekas Pengarah EcoWorld Development Group Bhd (dahulunyadikenali sebagai Focal Aim Holdings Bhd),Idris Hydraulic (M) Bhd dan Idaman UnggulSdn Bhd. DATUK CHE MOKHTAR CHE ALI

Ahli

14 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

BARISAN PENGURUSAN

9

7 53 1 2

15 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

1 Datuk Wira Azhar Abdul HamidKetua Pegawai Eksekutif

2 Marcus Levon KarakashianPengarahProjek

3 Haris Fadzilah HassanPengarahHal Ehwal Pihak Berkepentingandan Pengurusan Tanah

4 Syed Mahdhar Syed HussainPengarahPiawaian dan Pematuhan

5 Zainudin IsmailPengarah Sumber Manusia Strategik

6 David Loo Kean BengSetiausaha Syarikat

7 Mohd Hairul Abdul HamidKetua Pegawai Kewangan

8 Zaharudin Sa’atPengurus BesarPembangunan Hartanah

9 Amir Mahmood RazakPengarah Komunikasi Strategikdan Perhubungan Awam

4 68

16 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

17 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

PROJEK MRT LEMBAH KLANGPROJEK MRT Lembah Klang melibatkan pembinaanjaringan pengangkutan awam yang berasaskan rel,yang akan berintegrasi dengan sistem sedia adaseperti transit aliran ringan (LRT), monorel, KTMKomuter, KLIA Ekspres dan KLIA Transit. Sistempengangkutan rel ini akan menjadi tulang belakangperkhidmatan pengangkutan awam di kawasanGreater Kuala Lumpur/Lembah Klang.

Projek ini diluluskan oleh Kerajaan pada Disember2010. Laluan pertama yang dilaksanakan adalahMRT Laluan Sungai Buloh-Kajang dengan jarak 51km.

Pembinaan laluan ini telah dilancarkan secara rasmioleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd NajibTun Abdul Razak pada 8 Julai 2011.

Projek MRT ini telah dicadangkan oleh satu konsortiumsektor swasta pada awal 2010. Cadangan tersebutadalah untuk pembinaan sistem MRT dengan tigalaluan.

Kerajaan telah mengkaji cadangan tersebut danmeluluskan perlaksanaan Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang sebagai laluan pertama sistem MRT LembahKlang. Kerajaan juga memutuskan bahawa dua laluanyang lain akan dilaksanakan setelah kajian dijalankanmenerusi Pelan Induk Pengangkutan Awam DaratGreater Kuala Lumpur/Lembah Klang yang dirangkaoleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Projek MRT Lembah Klang merupakan satu ProjekPenggerak Ekonomi di bawah Bidang Ekonomi UtamaNegara (NKEA) Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang.Ianya merupakan salah satu daripada 12 NKEA yangmerangkumi Program Transformasi Ekonomi (ETP).Program ini dilaksanakan oleh Unit Pengurusan Prestasidan Perlaksanaan (Pemandu) di Jabatan PerdanaMenteri.

18 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

MRT LALUAN SUNGAI BULOH-KAJANG

PETUNJUK

LALUAN SUNGAI BULOH-KAJANG

STESEN

STESEN MASA DEPAN

PARK AND RIDE

Perkhidmatan rel yang lain:

KTM KOMUTER LALUAN SEREMBAN

KTM KOMUTER LALUAN PORT KLANG

LRT LALUAN AMPANG

LRT LALUAN KELANA JAYA

KLIA EKSPRES

KLIA TRANSIT

KL MONORAIL

Berintegrasi dengan:

Berintegrasi dengan:

Berintegrasi dengan: Berintegrasi dengan:

Berintegrasi dengan:

Berintegrasi dengan:

SUNGAI BULOH

DEPOHKG. BARU

SUNGAI BULOH

KOTADAMANSARA

RRI

TAMAN INDUSTRISUNGAI BULOH

TEKNOLOGI

PJU 5

DATARANSUNWAY

THECURVE

ONE UTAMA

TAMAN TUNDR ISMAIL

PUSAT BDR.DAMANSARABUKITKIARA

SEKSYEN 16

SEMANTAN

PASAR SENIBUKIT BINTANGSENTRAL

MERDEKA

KL SENTRAL TAMAN BUKIT RIA

PASAR RAKYAT

COCHRANE

MALURI

TAMAN BUKIT MEWAH

LEISURE MALLPLAZA

PHOENIX

TAMAN SUNTEX

TAMANCUEPACS

BALAKONG

TAMANKOPERASI

BANDAR TUNHUSSEIN ONN

SAUJANAIMPIAN

BANDARKAJANG

KAJANG

DEPOH

LALUAN pertama yang dilaksanakan untuk Projek MRTLembah Klang adalah MRT Laluan Sungai Buloh-Kajangdengan jarak 51km.

Laluan ini bermula dari Sungai Bulohyang terletak di kawasan barat laut KualaLumpur, melalui pusat bandar raya danberakhir di Kajang, sebuah bandar yangpesat membangun di tenggara KualaLumpur.

Sepanjang 9.5km laluan ini akandibina bawah tanah. Terdapat 31 stesendi sepanjang stesen ini, di mana tujuhadalah stesen bawah tanah.

Fasa pertama MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang dari Stesen Sungai Buloh hingga

Stesen Semantan, akan beroperasipada akhir 2016. Fasa kedua dari StesenSemantan ke Stesen Kajang akanberoperasi pada Julai 2017 dan ini akanmembolehkan tren beroperasi di seluruhlaluan.

Setiap tren mempunyai empat gerabakdengan kapasiti penumpang sebanyak1,200 orang. Jumlah penumpang dijangkamencecah kira-kira 400,000 orang setiaphari. Kekerapan tren dijangka setiap 3.5minit apabila dilancarkan.

19 | MRT Corp • 2013 progress report

20 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

• Pematuhan rekabentuk• Menapis pembayaran

STRUKTUR PROJEK

SYARIKAT PROJEK

• Menasihat, mengurus danmendapatkan pembiayaanbagi projek infra

Syarikat Pembiaya

Ketua Audit Negara

(Kontraktor Pakej Kerja)

KERJA BAWAH TANAHMMC GAMUDA KVMRT (T) SDN BHD

SISTEM

(Kontraktor Pakej Kerja)

• Pemilik projek dan aset• Penyerahan semua dokumen projek

(skim keretapi, pelan pengambilan balik tanah,laporan kesan impak alam sekitar)

• Melantik Rakan Pelaksana Projek (PDP)• Mengesahkan kos sasaran PDP dan sasaran masa• Platform bagi pembayaran• Pengurus bersama proses perolehan• Menjalankan pembangunan hartanah

RAKAN PELAKSANA PROJEK (PDP)

• Pengurus bersama proses perolehan (kecuali kerja bawah tanah)

• Kualiti, prestasi dan penyeliaan KontraktorPakej Kerja

• Memperolehi kelulusan pihak berkuasatempatan

AGENSI PENYELIA

• Pihak berkuasa atas koridor dan jajaran• Membangunkan pelan induk bersepadu• Meluluskan skim keretapi• Bekerjasama dengan agensi-agensi lain

Jurutera Perunding Bebas

JURURUNDING REKABENTUK(SIVIL/SISTEM)

• Rekabentuk kerja sivil

JAJARANBERTINGKAT/ DEPOH

21 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

22 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

laporan kemajuan

23 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

24 | MRT Corp • 2013 progress report

25 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

PEMBINAAN

KERJA-KERJA pembinaan jajaran bertingkat MRT Laluan SungaiBuloh–Kajang terdiri daripada lapan pakej jejambat bertingkat yangmelibatkan 24 stesen bertingkat dan dua depoh, iaitu satu di SungaiBuloh dan satu lagi di Kajang.

PAKEJ KONTRAK SIVIL UTAMA

Kerja-kerja pembinaan bawah tanah pulamelibatkan pembinaan terowong berkembaryang mempunyai jarak sejauh 9.5km dantujuh stesen bawah tanah.

Pada penghujung tempoh tinjauan,kemajuan keseluruhan bagi kerja-kerjapembinaan bertingkat serta kerja-kerjapembinaan bawah tanah adalah 28%.

Bagi kerja-kerja pembinaan bahagianjajaran bertingkat serta untuk sistem,aspek elektrikal dan mekanikal bagi projekini, peranan Pasukan Projek MRT Corp adalahuntuk menyelia kerja-kerja tersebut danmemastikan kerja-kerja tersebut dilaksanakanselaras dengan Keperluan Pemilik dan amalanterbaik industri.

Bagi kerja-kerja pembinaan bawah tanah,peranan Pasukan Projek MRT Corp adalahuntuk menyelia kerja-kerja pembinaan darisegala aspek dan memastikan kerja-kerjatersebut mematuhi Syarat Kontrak danSpesifikasi.

PAKEJ JAJARAN BERTINGKATPADA akhir September 2013, kerja- kerjaSivil Bertingkat telah siap sebanyak 19.27%.Kemajuan tersebut meletakkan programini tujuh minggu lewat berbanding tarikhsasaran paling awal siap dan lapan minggulebih cepat berbanding tarikh sasaran palinglewat siap.

Kerja-kerja yang sedang berlangsungdi kesemua lapan pakej jejambat melibatkanpengalihan utiliti yang menghalangpemasangan cerucuk serta pembinaantukup cerucuk; pemasangan cerucuk bagitiang-tiang dengan menggunakan cerucukgerek, cerucuk berpintal dan teknik kaisongalian tangan; serta aktiviti-aktiviti berkaitanpembinaan tukup cerucuk dan tiang.

Pada akhir September 2013:• 5,090 daripada 7,873 cerucuk

telah dipasang (64%)• 449 daripada 1,478 tukup cerucuk

telah dibina (30%), dan• 170 daripada 1,364 tiang

telah didirikan (12%).

Untuk pembinaan jejambat MRT, enam gantripelancar telah siap dipasang.

Tiga daripada gantri-gantri tersebut telahberoperasi sepenuhnya dan telah berjayamembina 14 rentang daripada jejambattersebut. Baki tiga gantri sedang dalamproses pengujian dan pentauliahan.

Acuan galang kekotak bersegmen untukpembinaan jejambat sedang disiapkan,dengan 5,933 daripada 16,894 segmen(35%) telah siap.

Dua depoh bagi tujuan penyelenggaraandan penyimpanan tren elektrik jugamerupakan sebahagian daripada kerja-kerjajajaran bertingkat. Depoh utama terletakdi Sungai Buloh dan depoh sokonganterletak di Kajang. Di Sungai Buloh,pembinaan bangunan Stok Kereta Apidan Bengkel Infrastruktur sedang dijalankandengan lebih daripada 2,300 tan rangkakeluli (67%) telah didirikan.

Selain itu, Bangunan Pentadbiran yangmenempatkan Pusat Kawalan Operasijuga sedang dalam pembinaan, begitujuga landasan sisi untuk tren-tren elektrikyang kini dalam pembinaan. Di Kajang,kerja-kerja terhad kepada penambahbaikantanah dengan menggunakan SaliranTegak Pasang Siap (PVD), turus batudan penambahan tanah.

26 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

Jadual 1 • Status Pembinaan Stesen

*Status pada 30 September 2013

BAWAH TANAHPADA akhir September 2013, Pakej KerjaBawah Tanah telah siap sebanyak 41%.Ini meletakkan program ini 7 ½ minggudi belakang tarikh awal dan 2 ½ minggudi hadapan tarikh lewat.

Bagi kerja pembinaan stesen bawah tanah,kerja-kerja pemasangan empangan kekotaktelah siap di empat daripada tujuh stesen.Stesen-stesen tersebut adalah stesen-stesen KL Sentral, Merdeka, Pasar Rakyatdan Cochrane. Tembok diafragma bagimembentuk empangan kekotak yangakan menempatkan stesen masih dalampembinaan di Stesen Pasar Seni dan BukitBintang, manakala pemasangan cerucuksekan sedang dilakukan di Stesen MRT Maluri.

Penggalian kekotak stesen sedang dijalankanatau telah siap di enam stesen iaitu KLSentral, Pasar Seni, Merdeka, Pasar Rakyat,Cochrane dan Maluri. Status kemajuanstesen-stesen ini ditunjukkan dalam Jadual 1.

Merujuk kerja-kerja penggalian terowong,kesemua 10 Mesin Pengorek Terowong (TBM)telah sampai di Malaysia, dan penggalianterowong sedang dijalankan dengan empatdaripada 10 mesin yang diperlukan. Tiga TBMlagi sedang dalam proses pemasangan/pengujian/pentauliahan.

Pada akhir bulan September 2013, 1,693 mterowong telah dibina.

SISTEMPADA akhir September 2013, kesemua12 Kontrak Sistem telah dianugerahkan.Kontraktor-kontraktor Sistem kini sedangmelakukan proses reka bentuk dan perolehanbahan-bahan yang memerlukan masapenyediaan panjang. Status kemajuanadalah 22.75%.

Bagi Kontrak Tren Elektrik, pembuatangerabak sedang dijalankan di Puzhen, China.Gerabak pertama akan dihantar ke Malaysiapada Mei 2014.

Bagi Kontrak Peralatan Depoh, kesemuabahan yang memerlukan masa penyediaanpanjang telah ditempah.

Bagi Kontrak Semboyan dan KawalanKereta Api, dokumen-dokumen reka bentukakhir telah diterima dan kini sedang diteliti.

Bagi Kontrak Pintu Skrin Platform, semuaisu-isu berkaitan reka bentuk telahdiselesaikan dan pelan penyerahanperolehan/ pembuatan telah diluluskan.

Bagi Kontrak Pembinaan Landasan,reka bentuk terperinci sedang dibuatdan pemeriksaan kemudahan pembuatanbelokan keluar/ penyilangan di Indiasedang dilakukan.

STATUS PEMBINAAN STESEN*

STESEN KAEDAH STATUS KEMAJUANPEMBINAAN

KL Sentral Atas ke bawah Empangan kekotak telah siap.

Kerja penggalian besar-besaran di bawah papak bumbung hingga papak aras ruang legar sedang dijalankan dan telah siap 88%.

Papak bumbung telah siap sepenuhnya dan papak aras ruang legartelah siap 67%.

Pasar Seni Separa atas Pembinaan tembok diafragma bagi empangan kekotak sedang ke bawah/ dijalankan.bawah ke atas

Kerja penggalian sedang dijalankan di tapak Perhentian Bas Klang.

Merdeka Bawah ke atas Empangan kekotak telah siap.

Pemasangan topang-topang lapisan ketiga sedang dijalankan.

Penggalian bagi topang-topang lapisan keempat sedang dijalankan.

Penggalian keseluruhan telah siap 50%.

Bukit Atas ke bawah Pembinaan tembok diafragma Fasa Satu telah siap.Bintang Penggalian bagi papak bumbung Fasa Satu sedang dijalankan

dan telah siap 30%.

Pasar Bawah ke atas Pemasangan pemotong cerucuk sekan telah siap.Rakyat Penggalian sedang dijalankan dan telah siap 49%.

Cochrane Bawah ke atas Penggalian siap sepenuhnya.

Papak dasar telah siap 83%.

Pembinaan dinding tepi dari papak dasar hingga papak aras ruang legar sedang dijalankan.

Maluri Bawah ke atas Kerja pemasangan cerucuk gerekan sekan bagi empangan kekotak hampir siap.

Penggalian bagi kekotak stesen sedang dijalankan.

27 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

28 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

29 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

PEROLEHAN

PENGANUGERAHAN PAKEJ KERJA PADA TAHUN KEWANGAN 2012-2013

Jadual 1 • Penganugerahan Pakej Kerja pada tahun kewangan 2012-2013

NO. KATEGORI PAKEJ BILANGAN PROJEK YANG JUMLAH PROJEK DIANUGERAHKAN DARI YANG TELAH1 OKT 2012 HINGGA 30 SEP 2013 DIANUGERAHKAN

1. Kerja Awalan - 22

2. Jejambat - 8

3. Stesen 3 8

4. Depoh - 2

5. Bangunan Letak Kereta 1 2Bertingkat

6. Sistem 8 12

7. Perolehan Berpusat 11 13

8. Kerja-kerja Bawah Tanah - 1

JUMLAH 23 68

PELBAGAI peristiwa penting telah berlaku bagi Projek MRTdi sepanjang tempoh di bawah tinjauan. Sementara sejumlahbesar pakej kerja telah dianugerahkan pada tahun kewanganyang lepas, sebanyak 23 pakej kerja telah dianugerahkandi sepanjang tempoh kewangan di bawah tinjauan. Senarai pakejkerja yang telah dianugerahkan adalah seperti dalam Jadual 1.

Perolehan untuk pakej-pakej kerjadi atas mematuhi sepenuhnya Dasardan Prosedur Perolehan (atau 3P:Procurement Policies and Procedures)KVMRT. Kebanyakan tender tersebut telahdiiklankan di dalam akhbar tempatanBahasa Melayu dan Inggeris. Manakalabeberapa tender seperti Pakej Sistem danPakej Penghadang Bunyi telah diiklankandalam warta kereta api antarabangsademi memastikan bahawa kontraktor-kontraktor yang berkaitan turut dijemputuntuk mengambil bahagian.

Tender-tender ini juga telah diumumkanmenerusi laman web rasmi Projek MRT.

Taklimat tender dan lawatan ke tapakkerja kemudiannya dijalankan untukmeningkatkan kefahaman mengenaiskop kerja untuk sesuatu tender bagimereka yang berminat mengambilbahagian. Taklimat tender dan lawatanke tapak kerja ini merupakan syarat-syaratyang perlu dipenuhi bagi sebarangpembelian dokumen tender danpenyertaan dalam tender.

30 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

Apabila proses panggilan tenderselesai, Jawatankuasa Penilaian Tendermenyemak semula penyerahan tender.Proses penilaian dilakukan oleh empatjawatankuasa utama yang membuatpenilaian tender di dalam persekitaranyang terkawal dan dipantau ketat– dariaspek teknikal, kewangan, perundangandan komersial.

Cadangan daripada Jawatankuasaini kemudiannya dibentangkan kepadaJawatankuasa Kerja (WC). WC akanmenilai dan mengesyorkan kepadaJawatankuasa Teknikal Sehenti (OSTC)yang dipengerusikan oleh KetuaPegawai Eksekutif MRT Corp Datuk WiraAzhar Abdul Hamid. OSTC kemudianmembuat cadangan selanjutnya kepadaJawatankuasa Perolehan Sehenti (OSPC).Peringkat kelulusan dan Pengerusi bagisetiap OSPC ditunjukkan dalam Jadual 2.

Sepanjang tempoh tinjauan, sebanyak38 mesyuarat telah diadakan untukmembincangkan dan seterusnyamempersetujui kesemua tender-tenderbagi Projek MRT. Butir-butir mesyuarattersebut adalah seperti dalam Jadual 3.

Syarikat-syarikat antarabangsa jugadiberi peluang untuk mengambilbahagian dalam proses tender PakejSistem. Sebanyak 12 kontrak telahdianugerahkan kepada syarikat-syarikatternama antarabangsa. Demi memenuhiagenda nasional, sekurang-kurangnya30% daripada nilai suatu kontrak perludianugerahkan kepada subkontraktorBumiputera, sama ada secara langsungatau melalui persetujuan usaha sama.

Jadual 2 • Peringkat Kelulusan Jawatankuasa Perolehan Sehenti

Jadual 3 • Senarai Mesyurarat Jawatankuasa

PERINGKAT KELULUSAN JAWATANKUASA PEROLEHAN SEHENTI

PERINGKAT NILAI TENDER (RM) PENGERUSI

OSPC I Melebihi RM 300 juta Menteri Kewangan

OSPC II Antara RM 50 juta Menteri Kewangan IIhingga RM 300 juta

OSPC III Kurang dari RM 50 juta Ketua Setiausaha Perbendaharaan

SENARAI MESYURARAT JAWATANKUASA

NO. JENIS MESYUARAT BILANGAN MESYUARAT

1. Jawatankuasa Kerja (WC) 13

2. Jawatankuasa Teknikal Sehenti (OSTC) 7

3. Jawatankuasa Perolehan Sehenti (OSPC) 9

OSPC III 4

OSPC II 4

OSPC I 1

31 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

32 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

HAL EHWAL TANAH

PENGAMBILAN TANAH BAGI PROJEK MRT LEMBAH KLANG

PERKARA SELANGOR KUALA LUMPURFASA 1 FASA 2 FASA 1 FASA 2 FASA 3

Bil. Lot Diwartakan 89 167 1 94 55

Bil. Lot Telah Diambil 64 162 2 43 27

Tanah Milik Negara/ Rizab 10 7 - 1 1

Persetujuan Bersama 4 - - 42 5

Lot untuk Dibatalkan 11 5 - 8 22

Pengambilan - 5 1 - -Tanah Tambahan

Jumlah Pampasan (RM) 95,396,522.78 487,245,965.98 125,687,673.30 546,308,083.40 269,327,752.40

JUMLAH KESELURUHAN (RM) RM1,523,965,997.86

Sebanyak 516 lot telah dikenal pastiselaras dengan Seksyen 4 AktaPengambilan Tanah 1960 sebagai tanahberpotensi untuk diambil bagi ProjekMRT. Setelah Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang diluluskan, sebanyak 406 lot tanahtelah diwartakan di bawah Seksyen 8 AktaPengambilan Tanah 1960 bagi tujuanpengambilan. Daripada keseluruhanjumlah ini, 256 lot terletak di Selangormanakala 150 lot terletak di WilayahPersekutuan Kuala Lumpur.

Pada akhir tempoh tinjauan, urusanpengambilan tanah di WilayahPersekutuan Kuala Lumpur telah berjayadiselesaikan manakala di Selangor,perbicaraan bagi dua baki lot tanahmasih lagi dalam proses penyelesaian.

Berikutan pelaksanaan konsepperwujudan bersama (coexistence)menerusi skim Persetujuan Bersamaantara pihak MRT Corp dan pemilik-pemilik tanah, maka pengwartaan bagipengambilan beberapa lot tanah telahdibatalkan.

Bayaran pampasan bagi pengambilantanah dibuat oleh Kerajaan Malaysiamelalui Kementerian Wilayah Persekutuandan Suruhanjaya Pengangkutan AwamDarat. Pada akhir tempoh tinjauan,sebanyak RM1,523,965,997.86 telahdibayar sebagai pampasan kepadapemilik tanah yang tanahnya telahdiambil.

PERSETUJUAN BERSAMASKIM Persetujuan Bersama telahdilaksanakan oleh MRT Corp bagimembolehkan perwujudan bersama(coexistence) terhadap tanah milikpersendirian dengan jajaran MRT dalamkeadaan-keadaan tertentu. Skim inimemberi ruang kepada beberapa pemiliktanah yang pada asalnya akan diambilselaras dengan Akta Pengambilan Tanah1960 untuk mengekalkan pemilikan tanahmereka, tertakluk kepada hak milik tanahyang menunjukkan wujudnya strukturMRT.

Salah satu pencapaian sepanjangtahun dalam tinjauan adalah majlismenandatangani Persetujuan Bersamadengan pemilik hartanah di sepanjangJalan Sultan. Sebanyak 21 lot telahdikenal pasti untuk turut serta dalamskim Persetujuan Bersama di manapemilik tanah akan terus memeganghak hartanah mereka sementaramembenarkan terowong MRT dibinadi bawah tanah tersebut. Rundingandengan kesemua pemilik tanah tersebuttelah berjaya dilakukan, melainkanpemilik satu lot. Proses pengambilantanah terakhir ini telah diselesaikanoleh Kerajaan.

Sehingga 30 September 2013,pemilik 50 lot tanah telahmenandatangani Persetujuan Bersamadi kawasan-kawasan di sekitar KualaLumpur dan Selangor.

PROSES pengambilan tanah bagi Projek MRT bermula pada tahun2011. Proses ini telah dibahagikan kepada lima fasa, di mana tigafasa melibatkan tanah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpurdan dua fasa lagi melibatkan tanah di Selangor.

33 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

34 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

35 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

KUARTERS PEKERJA MRT

1 2

3 4

1 RUMAH JAUH DARI KAMPUNG HALAMANPandangan udara Kuarters Pekerja MRTCheras pada waktu malam.

2 PEMERIKSAANKetua Pegawai Eksekutif MRT Corp DatukWira Azhar Abdul Hamid menyambut delegasi atase pekerja asing pada 17 Jun 2013.

3 WAKTU HIDANGAN MAKANPekerja-pekerja Projek MRT menikmatihidangan makan malam di ruang makandan dapur umum.

4 SELESAKeadaan kabin dalam Kuarters Pekerja Berpusat.

MASS Rapid Transit Corporation Sdn Bhd telah memperkenalkankonsep Kuarters Pekerja MRT (CLQ) bagi projek ini, sekali gus telahmewujudkan satu piawaian baru untuk penempatan pekerjaasing yang bekerja dalam industri pembinaan di Malaysia.

Menerusi konsep CLQ, para pekerja asingakan ditempatkan dalam empat kompleksyang berfungsi sebagai sebuah bandarmini, lengkap dengan tempat tinggalyang selesa dan pelbagai kemudahanlain. Terdapat sebanyak 11 CLQ dibinadi empat buah kompleks; di Sungai Buloh(enam CLQ), Cheras (dua CLQ), Cochrane(satu CLQ) dan Kajang (dua CLQ).

Pada hujung tempoh tinjauan, kesemuaCLQ di Sungai Buloh, Cochrane danCheras beroperasi sepenuhnya manakalaCLQ di Kajang masih lagi belumberoperasi secara penuh. Sepanjangtempoh hingga 30 September 2013,jumlah penghuni di CLQ adalah lebih3,500 orang yang terdiri daripada pekerjaasing serta pekerja warganegara Malaysia.

Pergerakan keluar masuk pekerja-pekerjadari CLQ dipantau dengan teliti.Kemudahan pengangkutan disediakanbagi membawa pekerja ke tapak lokasikerja masing-masing setiap hari danmereka dibawa pulang ke CLQ sejurustamatnya syif kerja mereka. Pemeriksaanpermit pekerja asing dijalankan secaraberkala sementara aspek keselamatan,kebajikan dan keperluan asas merekadisediakan di setiap CLQ.

Sekitar 12,000 orang pekerja asingdijangka akan diambil bekerja untukpembinaan MRT jajaran Sungai Buloh-Kajang.

4 5 6

36 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

PERHUBUNGAN AWAM DAN HAL EHWALPIHAK BERKEPENTINGAN

KOMUNIKASI merupakan komponen penting bagi mana-mana projekpembangunan besar, dan begitu juga bagi Projek MRT Lembah Klang.Projek MRT berpotensi untuk memberi pelbagai manfaat kepadahampir setiap penduduk di Lembah Klang, justeru adalah penting untukmemberikan kesedaran kepada masyarakat umum tentang kepentinganprojek ini.

Aktiviti-aktiviti pembinaan sedangdijalankan di keseluruhan 51 km Laluan MRTSungai Buloh-Kajang dan penglibatandengan pihak berkepentingan yangmenerima kesan langsung daripada aktiviti-aktiviti projek perlu dilaksanakan juga.

PENGLIBATAN PIHAKBERKEPENTINGANSEJAK ditubuhkan, MRT Corp telah berjanjiuntuk menetapkan piawaian baru dalamsektor pembinaan, khususnya dari segipenglibatan pihak berkepentingan. MRTCorp telah mempraktikkan suatu amalanpiawaian di mana masyarakat ataupunsyarikat perniagaan yang berhampirandengan laluan MRT dan berpotensimendapat kesan daripada aktivitipembinaan Projek MRT perlu sentiasadimaklumkan akan kegiatan-kegiatanpembinaan.

Langkah penglibatan pihak berkepentinganyang dilaksanakan, merangkumi sesi dialogbersama masyarakat hingga ke pertemuanlangsung empat mata antara pihak MRTCorp dan masyarakat,. telah terbukti dapat

memberi ruang kepada masyarakat untukmenyuarakan isu-isu serta memberi maklumbalas berkaitan Projek MRT supaya MRTCorp dapat mengambil tindakan sewajarnyauntuk menangani kesulitan mereka.

Setiap pihak yang terlibat dalam Projek MRT,iaitu MRT Corp, PDP dan Kontraktor PakejKerja yang berkaitan hadir di setiap sesidialog dan pertemuan tersebut, justeruisu-isu yang dibangkitkan boleh diselesaikansecara menyeluruh.

Sepanjang tempoh tinjauan, lebih 60sesi pertemuan telah diadakan bersamapenduduk, persatuan-persatuan penduduk,komuniti perniagaan, peniaga-peniagakecil dan pihak berkepentingan yang lain.Maklum balas yang sering diutarakanmasyarakat termasuklah isu pencemaranbunyi yang berpunca daripada kerja-kerjapembinaan, kesesakan lalu lintas dankebimbangan tentang lokasi tempattinggal mereka yang berdekatan denganjajaran MRT.

1 2 3

1 LAWATAN BERKUMPULANMRT Corp sentiasa menerima kunjungan daripada pelajar-pelajar sekolah dan pelawat-pelawat lain di Pusat Informasi MRT.

2 AKSES YANG MUDAHTrak Informasi MRT ditempatkan di acara-acara, pasar malam dan kawasan-kawasan lain yang padat dengan pejalan kaki.

3 MENARIKDua set Kios Informasi MRT memberi aksesmudah kepada orang awam untuk mendapatkan maklumat tentang Projek MRT.

4 SENTIASA BERHUBUNGPertemuan berterusan dengan orang ramai dapat memberi kefahahaman kepada penduduk yang menetap berhampiran laluan MRT mengenai kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan.

5 TAHNIAHKetua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Wira Azhar Abdul Hamid (kiri) dan Pengarah Eksekutif MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd Dato' Azmi Mat Nor bersama pemenang-pemenang peraduanmelengkapkan slogan "Saya perlu MRT sebab ..." pada majlis makan malam kemuncak pada29 Januari 2013.

6 BERINFORMASIMRT Corp sentiasa bertemu dengan pihak media yang juga merupakan pemegang berkepentingan utama bagi Projek MRT.

37 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

38 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

Mereka juga menyuarakan harapan agarProjek MRT dapat diselesaikan dengansecepat mungkin supaya segala kesulitanini dapat dikurangkan. Pertemuan secaraberterusan dengan pihak berkepentinganmembolehkan MRT Corp menyelesaikanbeberapa isu kritikal. Sepanjang tempohtinjauan, MRT Corp berjaya menandatanganiPersetujuan Bersama dengan semua pemiliktanah kecuali bagi satu unit hartanahdi Jalan Sultan, di mana pemilik-pemiliknyamempersetujui perwujudan bersama(coexistence) ke atas hartanah yang beradadi atas terowong MRT itu.

Persetujuan juga telah dicapai bersamapenduduk-penduduk di kawasan lainseperti Taman Sri Raya, Kampung SungaiRaya, Kampung Landasan dan Jalan Peel.

Selari dengan kegiatan pembinaan yangkini rancak dilaksanakan, MRT Corp akanterus menjalankan penglibatan bersamapemegang berkepentingan.

SALURAN INFORMASIDAN MAKLUM BALASSELAKU projek berkepentingan negara,MRT Corp telah menyediakan beberapasaluran bagi membolehkan masyarakatawam mendapat maklumat terkinimengenai perkembangan Projek MRT,serta untuk memberikan maklum balasatau membuat aduan.

Pusat Informasi MRTPusat Informasi MRT (MIC) telah ditubuhkanpada Disember 2011 dan berfungsi sebagaitempat bagi orang ramai mendapatkanmaklumat mengenai Projek MRT. Selainmaklumat yang dipaparkan dan edaranrisalah, MIC juga dilengkapi dengan aplikasiinteraktif skrin sesentuh "Hawkeye" yangmemaparkan pandangan 360 darjah dariatas laluan MRT Sungai Buloh- Kajang.

Pada asalnya terdapat lima MIC yangtelah ditubuhkan, tetapi berikutan langkahrasionalisasi kos yang telah dijalankansemasa tempoh tinjauan, jumlah MICini telah dikurangkan menjadi satu,iaitu di Taman Tun Dr Ismail. MIC iniakan dipindahkan ke Damansara Utamamenjelang suku pertama 2014.

Sebuah Galeri MRT telah dibuka di ibupejabat MRT Corp di mana ianya berfungsiseperti MIC dan memperkenalkan parapengunjung kepada Projek MRT.

Sepanjang tempoh tinjauan, MIC telahmenerima seramai 5,896 pengunjung (lihatJadual 1).

Kios Informasi MRTTerdapat dua Kios Informasi MRT (MIK)bergerak yang ditempatkan secara bulanandi pelbagai pusat membeli belah, pasar raya,hub pengangkutan dan pusat-pusat aktivitilain. MIK sentiasa menarik perhatian ramaidan berjaya menerima 53,214 pengunjungsepanjang tempoh tinjauan (lihat Jadual 2).

Trak Informasi MRT (MIT)Trak Informasi MRT (MIT) telah dilancarkanoleh MRT Corp pada Jun 2012 untukmemudahkan orang awam mendapatkanmaklumat tentang Projek MRT. Denganadanya MIT, MRT Corp dapat mendekatimasyarakat tanpa memerlukan orang ramaiuntuk datang ke pusat informasi bagimendapatkan maklumat. MIT mempunyaipapan maklumat yang lengkap denganbutiran dan informasi mengenai projekserta dua aplikasi interaktif skrin sesentuh“Hawkeye”.

MIT telah ditempatkan di pusat-pusatmembeli belah, pejabat, masjid, sekolahdan kolej, pasar pagi dan pasar malam,serta pelancaran projek hartanah.

Sepanjang tempoh tinjauan, MIT telahmenerima 27,525 pelawat (lihat Jadual 3).

Hotline MRTProjek MRT mengendalikanperkhidmatan talian hotline dengannombor 1-800-82-6868 yang beroperasisejak Disember 2011 bagi memudahkanorang awam mendapatkan maklumat,memberi maklum balas dan membuataduan. Talian hotline ini pada asalnyahanya beroperasi pada waktu pejabattetapi telah beroperasi 24 jam mulai1 April 2013.

Sepanjang tempoh tinjauan, talianHotline MRT telah menerima sebanyak942 panggilan, meningkat daripada 334panggilan pada tahun kewangan yanglepas (lihat Jadual 4). Daripada 942panggilan, 66% diklasifikasikan sebagaipanggilan aduan dan aduan-aduantersebut telah dapat diselesaikan dalamtempoh seperti yang ditetapkan di dalamprosedur operasi standard untuk sistempengurusan aduan.

39 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

30000

20000

10000

0

BILANGAN PELAWAT TRAK INFORMASI MRT

Trak Informasi MRT

1000

800

600

400

200

0

JUMLAH PANGGILAN YANG DIBUATKE HOTLINE MRT

Hotline MRT

Jadual 1 • Bilangan Pelawat ke Pusat-pusatInformasi MRT

Tahun Kewangan 2011/ 2012 Tahun Kewangan 2012/ 2013

6000

4000

2000

0

BILANGAN PELAWAT KE PUSAT-PUSATINFORMASI MRT

Pusat Informasi MRT

60000

40000

20000

0

BILANGAN PELAWAT KE KIOSINFORMASI MRT

Kios Informasi MRT

Jadual 2 • Bilangan Pelawat ke Kios Informasi MRT

Tahun Kewangan 2011/ 2012 Tahun Kewangan 2012/ 2013

Jadual 3 • Bilangan Pelawat Trak Informasi MRT

Tahun Kewangan 2011/ 2012 Tahun Kewangan 2012/ 2013

Jadual 4 • Jumlah Panggilan yang dibuat ke Hotline MRT

Tahun Kewangan 2011/ 2012 Tahun Kewangan 2012/ 2013

40 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

KEMPEN DAN ACARASEPANJANG tempoh tinjauan, pelbagaikempen dan program telah dirancanguntuk meningkatkan kesedaran orangramai tentang Projek MRT. Objektifprogram-program ini adalah untukmendidik orang ramai mengenaikepentingan MRT dan memberimaklumat terkini tentang perkembanganpembinaan MRT Laluan SungaiBuloh-Kajang.

Pada 30 Mei 2013, MRT Corp telahmengadakan majlis pelancaranMesin Pengorek Terowong VariableDensity pertama yang disempurnakanoleh Perdana Menteri Dato’ Sri MohdNajib Tun Abdul Razak. Permulaan kerjapenggalian terowong melakar peristiwayang sangat penting bagi Projek MRTsejak kerja-kerja pembinaan projekbermula pada 8 Julai 2011 yang turutdirasmikan oleh Perdana Menteri.

MRT Corp turut menjadi hos bagibeberapa siri lawatan ke tapakpembinaan Projek MRT oleh orang-orang kenamaan sepanjang tempohtinjauan, bermula dengan lawatan olehPerdana Menteri Dato' Sri Mohd NajibTun Abdul Razak pada 4 Januari 2013,Jawatankuasa Kerja MRT yang diketuaioleh Pengerusinya, iaitu Ketua SetiausahaNegara Tan Sri Dr Ali Hamsa pada14 Februari 2013 serta JawatankuasaPemandu Greater Kuala Lumpur/ KlangValley pada 25 March 2013.

Selain lawatan itu, MRT Corp juga telahmenjadi hos bagi beberapa lawatandari institusi-institusi pengajian tinggi.

Peraduan “Saya perlu MRT sebab…”anjuran MRT Corp yang berlangsungselama tiga bulan dari September 2012hingga November 2012 berakhir denganacara kemuncak makan malam pada29 Januari 2013. Pemenang hadiah utamatelah menerima hadiah wang tunaiRM10,000 sementara tiga pemenangbulanan menerima hadiah bernilaiRM5,000 seorang.

Acara-acara lain yang dianjurkan olehMRT Corp termasuklah sesi mencabutundi bagi kontraktor-kontraktorBumiputera pada 30 Januari 2013dan Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitripada 22 Ogos 2013. MRT Corp jugamengambil bahagian dalam beberapapameran yang dianjurkan agensi-agensiKerajaan, serta acara perasmian danpameran hartanah oleh pemajuperumahan.

Di setiap acara ini, MRT Corpmempromosikan gaya hiduppengangkutan rel bandar kepadapengunjung. Sesi-sesi ini seringmengetengahkan sebab mengapaKuala Lumpur memerlukan sistempengangkutan rel bandar danmenunjukkan bahawa MRT LaluanSungai Buloh-Kajang terintegrasi dengansistem-sistem rel lain di Kuala Lumpur.

41 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

42 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

1 2

43 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

PENYERTAAN BUMIPUTERA

SEJAJAR dengan Agenda Bumiputera oleh Kerajaan, MRTCorp perlu menetapkan sasaran di mana 43% daripada nilaikeseluruhan kontrak-kontrak bagi Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang dianugerahkan kepada syarikat-syarikat Bumiputera.

Sasaran ini merangkumi peluangbagi penyertaan kontraktor-kontraktorBumiputera Kelas G3, G4 (kedua-duanyaadalah Kelas D sebelum ini), G2(dahulunya Kelas E) dan G1 (dahulunyaKelas F) agar syarikat-syarikat ini dapatmeningkatkan prestasi perniagaanmereka dan akhirnya mampu bersaingsecara kompetitif dalam industripembinaan dan kereta api di dalamdan luar negara.

Sehingga 30 September 2013, sebanyak29 pakej kerja telah dianugerahkankepada kontraktor Bumiputera denganjumlah keseluruhan bernilai RM9.36bilion. Ini termasuk 16 pakej kerja yangtelah dibuka khusus kepada kontraktorBumiputera dan 12 pakej kerja yangtelah dibuka kepada semua kontraktor.

Nilai tersebut merangkumi 12 KontrakSistem yang telah dianugerahkan, dimana sekurang-kurangnya 30% daripadanilai kontrak telah disubkontrak kepadasubkontraktor Bumiputera sama adasecara langsung atau melalui persetujuanusaha sama.

Butiran bilangan dan nilai pakej kerja yangdianugerahkan kepada syarikat-syarikatBumiputera dirumuskan dalam Jadual 1.

Sepanjang tempoh tinjauan, sebanyak44 pakej kerja dengan jumlah sebesarRM20 juta turut telah dianugerahkankepada kontraktor-kontraktor Bumiputeradaripada Kelas G1, G2, G3 dan G4. Pakej-pakej kerja ini telah dianugerahkanmelalui cabutan undi (atau balloting)di mana kontraktor-kontraktor dicabutdaripada kalangan 550 syarikat-syarikatBumiputera.

Kontraktor-kontraktor yang berjayadipilih perlu melalui kursus wajib iaituKursus Latihan Kontraktor BumiputeraD (G3/G4) E (G2) F (G1) Projek MRTyang dianjurkan oleh MRT Corp dengankerjasama Pusat Khidmat KontraktorKementerian Kerja Raya, Unit PenerajuAgenda Bumiputera (Teraju) dan IkramSdn Bhd.

Sesi cabutan undi yang seterusnyadijangka akan diadakan pada bulanDisember 2013 untuk penganugerahan55 pakej kerja.

1 TAHNIAHKetua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Wira Azhar Abdul Hamid bergambar bersamakontraktor-kontraktor bumiputera yangtelah berjaya.

2 TELUSPresiden Persatuan Kontraktor Melayu Dato’ Mokhtar Samad sedang mencabut nama peserta untuk dianugerakan kontrak.

44 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

STATUS PENYERTAAN BUMIPUTERA SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2013

Jadual 1 • Status Penyertaan Bumiputera sehingga 30 September 2013

BIL PENERANGAN SASARAN PAKEJ TELAH PAKEJ TELAH PAKEJ TELAH PAKEJ TELAH RAMALANKERAJAAN UNTUK DIANUGERAHKAN DIANUGERAHKAN DIANUGERAHKAN YANG MASIH AKHIRBUMIPUTERA SEHINGGA KINI SEHINGGA KINI KEPADA BELUM PAKEJ

(TERBUKA) BUMIPUTERA DIANUGERAHKAN BUMIPUTERASEHINGGA KINI

Bil RM (Jut) Bil RM (Jut) Bil RM (Jut) Bil RM (Jut) Bil RM (Jut) Bil RM (Jut)

1. Kerja Awalan 22 0,174 12 0,097 10 0,076 10 0,076

2. Jejambat 3 1,350 8 7,389 5 4,367 3 3,022 3 3,022i Stesen 3 0,490 8 2 6 6ii Perolehan 13 8 5 4 9

Berpusat

3. 1,800 12 4,010 12 2,719 1,291 1,291

4. Depoh 1 0,400 2 0,655 2 0,655 2 0,655

5. 9 0,270 2 0,176 2 0,176 6 0,154 8 0,330

6. 0.5 4,250 1 8,280 0.5 4,140 0.5 4,140 0.5 4,140

JUMLAH 16.5 8,560 68 20,683 39.5 11,323 28.5 9,360 10 0,154 38.5 9,514

PROGRAM KEUSAHAWANANGRADUAN MUDA MRTSALAH satu inisiatif di bawah AgendaBumiputera MRT Corp adalah ProgramKeusahawanan Graduan Muda MRT.Program ini diperkenalkan dengankerjasama Perbadanan UsahawanNasional Bhd (PUNB) yang menjadisebahagian daripada usaha berterusanuntuk melahirkan usahawan-usahawanbaru di kalangan graduan Bumiputera.

Program Keusahawanan GraduanMuda MRT menyediakan platformalternatif kepada graduan mudaBumiputera untuk menceburi bidangkeusahawanan dengan memulakanperniagaan mereka dalam sektorpembinaan, bagi membolehkan merekamendapat pengalaman secara langsung.

Sehingga 30 September 2013, seramai14 graduan telah menjalani latihandengan PDP untuk tempoh antara enamhingga 12 bulan. Program latihan tersebutdireka untuk memberi pendedahan dancara pendekatan terbaik dalam industripembinaan. Pelatih-pelatih akan dinilaioleh MRT Corp, PUNB dan PDP dansekiranya berjaya, mereka akanmenubuhkan syarikat mereka sendiridan dianugerahkan pakej kerja bagiProjek MRT. Sehingga akhir tempohtinjauan, sebanyak empat syarikat telahditubuhkan oleh para graduan terpilihdan mereka dijangka akan mendapatpakej kerja pada November 2013.

Sejumlah 20 pakej kerja telah dikenalpasti di bawah program ini.

MEMBERI NASIHATDatuk Wira Azhar Abdul Hamid sedang berkongsi pengalaman beliau dengan peserta-peserta keusahawan Graduan Muda.

Bukan Kerja-kerjaAwam

Medan LetakKereta Bertingkat

Kerja-KerjaBawah Tanah

8%2%

32%

23%

18%

17%

Pelaburan

Pakej Kerja Tempatan

Pemindahan Teknologi

Akses Pasaran Global

Pengeluaran Alat Gantidan Komponen

Reka Bentuk dan Pembangunan

21

Kerjasama ini merangkumi aspek-aspekseperti pemindahan teknologi darikontraktor kepada penerima offsetterpilih, peningkatan penggunaankandungan dan bahan-bahan tempatan,mewujudkan usaha sama danperkongsian pintar, serta memupukpengkomersialan teknologi untuk negara.

Bagi Projek MRT, Program Offset telahdiperkenalkan dalam beberapa PakejKerja Sistem tertentu dan telah dimulaisemasa dalam tempoh tinjauan.

Pakej Kerja yang dimaksudkan adalah:• Pembinaan terowong dan kerja-kerja

bawah tanah

• Stok kereta api

• Isyarat dan sistem kawalan kereta api

• Pembinaan landasan

• Sistem kutipan tambang automatik

• Bekalan kuasa & sistem pengedaran

Manfaat ekonomi yang telah berjayadicapai dari segi Nilai Kredit Offset (OCV)adalah sebanyak RM 2.859 bilion. Butir-butir keberhasilan OCV ditunjukkan dalamJadual 1.

45 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

PROGRAM OFFSET

KEBERHASILAN NILAI KREDIT OFFSET PROJEK MRT

DASAR Offset Kerajaan telah mewujudkan sebuah platformkerjasama dengan kontraktor-kontraktor dari luar negarayang terlibat dalam projek-projek Kerajaan, berteraskan objektifuntuk memperoleh faedah nilai tambah yang seterusnya akanmenyumbang dalam pembangunan ekonomi Malaysia,terutamanya dalam sektor teknologi negara.

1 PERHATIAN PENUHKakitangan MRT Corp sedang menjalani latihan kemahiran praktikal di bawah Program Offset Projek MRT.

2 TERPILIHPerwakilan MRT Corp di Erlangen, Jerman, mengikuti Program Offset Projek MRT bersama Siemens AG.

Jadual 1 • Keberhasilan Nilai Kredit Offset Projek MRT

46 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

SOROTAN PENTING

Kakitangan MRT Corp dan pihak media dari Malaysiabergambar di acara penerimaan TBM Variable Densitypertama di kilang pembuatan Herrenknecht AG di Schwanau,Jerman pada 22 November 2012.

Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak diberitaklimat oleh Pengarah Terowong Bawah Tanah MRT CorpEn. Blaise Pearce semasa lawatan mengejut beliau ke SyafPelancaran Cochrane pada 4 Januari 2013.

Pemenang Hadiah Utama Puan Angeline Tu Sun Ingbergambar bersebelahan sebuah poster yangmenunjukkan penyertaan yang dimenanginyapada 29 January 2013.

Ketua Eksekutif CIDB Malaysia Dato’ Sri Ir. Dr. Judin Abdul Karim(dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp DatukWira Azhar Abdul Hamid (dua dari kanan) bertukar dokumenselepas menandatangani Memorandum Persefahaman untukmenjadikan Projek MRT Lembah Klang sebagai kayu ukurindustri dari aspek kualiti pembinaan dan kepatuhan kepadaprosedur keselamatan dan kesihatanpada 21 Februari 2013.

Ujian bebanan dijalankan ke atas gantri pelancar pertamadi bawah Pakej V6 berhampiran Bandar Tun Hussein Onnpada 9 April 2013.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Sri IdrisJala melawat Syaf Pelancaran Cochrane pada28 Mei 2013.

22

November 2012

Penerimaan Mesin PengorekTerowong Variable Density pertamaoleh MRT Corp dan Kontraktor KerjaBawah Tanah MMC-GamudaKVMRT (T) Sdn Bhd di kilangpembuatannya, Herrenknecht AGdi Schwanau, Jerman.

Pemeteraian PerjanjianBekalan Elektrik antaraTenaga Nasional Bhddan MRT Corp.

Lawatan mengejutoleh Perdana MenteriDato’ Sri Mohd NajibTun Abdul Razak ke SyafPelancaran Cochrane.

Acara kemuncakPeraduan “Saya perluMRT sebab…”

Cabutan undi bagi44 pakej kerja untukkontraktor-kontraktorBumiputera daripadaKelas G1, G2, G3 dan G4.

12

Disember 2012

4

Januari 2013

29

Januari 2013

30

Januari 2013

2

September 2013

Perasmian ProgramKeusahawanan GraduanMuda MRT

Majlis Rumah TerbukaHari Raya Aidil FitriMRT Corp.

Pelancaran Mesin PengorekTerowong keempat untukProjek MRT di Syaf PelancaranCochrane.

Pelancaran MesinPengorek Terowongketiga untuk Projek MRTdi Portal Semantan.

Kunjungan olehdelegasi atase pekerjaasing ke Kuarters PekerjaMRT Cheras.

22

Ogos 2013

22

Julai 2013

17

Julai 2013

17

Jun 2013

47 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Dato' Mokhtar Samad,mencabut undi semasa proses pengundian bagi 44 pakej kerjauntuk kontraktor-kontraktor Bumiputera daripada Kelas G1, G2 ,G3 dan G4 pada 30 Januari 2013.

Mesin Pengorek Terowong Variable Density pertama di duniadihantar ke Syaf Pelancaran Cochrane selepas tiba dari Jermanpada 1 Februari 2013

Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razakmerasmikan Mesin Pengorek Terowong PembolehubahKetumpatan yang pertama di dunia dan permulaan kerjakerja penggalian terowong di Syaf Pelancaran Cochranepada 30 Mei 2013.

Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif MRT Tan Sri Dr Ali Hamsamengetuai rombongan kunjungan oleh Exco MRT ke sekitarProjek MRT pada 14 Februari 2013.

TBM Variable Densitypertama di dunia tibadi Pelabuhan Klang dandibawa ke Syaf PelancaranCochrane untuk prosespemasangan.

Kunjungan olehJawatankuasa EksekutifMRT, diketuai olehPengerusi JawatankuasaTan Sri Dr Ali Hamsa,yang juga merupakanKetua SetiausahaNegara.

MRT Corp dan LembagaPembangunan Industri Pembinaan(CIDB) menandatanganiMemorandum Persefahaman untukmenjadikan Projek MRT LembahKlang sebagai kayu ukur industridari aspek kualiti pembinaandan kepatuhan kepada prosedurkeselamatan dan kesihatan.

Pengujian bebananuntuk gantri pelancarpertama bagi pembinaanjejambat bertingkat dibawah Pakej V6 di BandarTun Hussein Onn.

1

Februari 2013

14

Februari 2013

21

Februari 2013

9

April 2013

Pelancaran MesinPengorek Terowongkedua untuk Projek MRTdi Portal Semantan.

Pelancaran Mesin PengorekTerowong Variable Densityyang pertama di dunia danbermulanya kerja-kerjapenggalian terowong,disempurnakan oleh PerdanaMenteri Dato’ Sri Mohd Najib TunAbdul Razak di Syaf PelancaranCochrane.

Menteri di JabatanPerdana Menteri Dato’Sri Idris Jala melawatSyaf PelancaranCochrane.

Lawatan ke tapakpembinaan olehJawatankuasa PemanduGreater Kuala Lumpur/Lembah Klang.

13

Jun 2013

30

Mei 2013

28

Mei 2013

15

April 2013

48 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

laporan kewangan

49 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

50 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

Tahun Kewangan berakhir 30 September 2013Sorotan Penting Kewangan

Jumlah dalam RM’000

PENYATA UNTUNG ATAU RUGI Bagi tahun 2013 Bagi tahun 2012 +/-Diaudit Diaudit

Pendapatan lain 649 3,316 (2,667)

Pendapatan kewangan 462 124 338

Perbelanjaan pentadbiran (21,305) (10,430) (10,875)

Kos kewangan (3) (212) 209

Kerugian sebelum cukai (20,197) (7,202) (12,995)

Perbelanjaan cukai - (31) 31

Kerugian bersih bagi tahun (20,197) (7,233) (12,964)

Tahun Kewangan berakhir 30 September 2013Sorotan Penting Kewangan

Jumlah dalam RM’000

PENYATA KEDUDUKAN Bagi tahun 2013 Bagi tahun 2012 +/-KEWANGAN Diaudit Diaudit

Hartanah dan kelengkapan 4,435,084 1,360,953 3,074,131

Aset semasa 11,364 7,255 4,109

Jumlah aset 4,446,448 1,368,208 3,078,240

Ekuiti 4,234 430 3,804

Sumbangan daripada Kerajaan 3,999,187 1,361,615 2,637,572

Liabiliti semasa 443,027 6,163 436,864

Jumlah ekuiti & liabiliti 4,446,448 1,368,208 3,078,240

PENYATA KEWANGANPEMBIAYAAN untuk Projek MRT diperuntukkan sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia melalui DanaInfraNasional Berhad (DanaInfra) yang merupakan sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang ditubuhkan khususuntuk mendapatkan pembiayaan bagi projek-projek infrastruktur Kerajaan.

Pada hujung tempoh tinjauan, Danainfra telah menerbitkan tiga siri Sukuk berjumlah RM6.5 bilion.Sukuk tersebut mempunyai tempoh matang antara tujuh hingga 25 tahun, dengan kadar keuntunganantara 3.62% hingga 5.10%.

51 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013

MASS RAPID TRANSIT CORPORATION SDN BHD (902884-V)Level 5, Menara I & P 1 No. 46, Jalan Dungun, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur

HOTLINE 24 JAM

www.mymrt.com.my1800 82 6868

52 | MRT Corp • laporan kemajuan 2013