kandungan kertas pertimbangan lembaga tatatertib (tahan kerja)

8
KANDUNGAN KERTAS PERTIMBANGAN LEMBAGA TATATERTIB (TAHAN KERJA)

Upload: devaki

Post on 20-Jan-2016

176 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KANDUNGAN KERTAS PERTIMBANGAN LEMBAGA TATATERTIB (TAHAN KERJA). - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: KANDUNGAN KERTAS PERTIMBANGAN LEMBAGA TATATERTIB (TAHAN KERJA)

KANDUNGAN KERTAS PERTIMBANGAN LEMBAGA TATATERTIB (TAHAN KERJA)

Page 2: KANDUNGAN KERTAS PERTIMBANGAN LEMBAGA TATATERTIB (TAHAN KERJA)

Kertas ini bertujuan untuk meminta Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No.1) menimbang dan memutuskan cadangan untuk menahan kerja terhadap (nama pegawai, no. kad pengenalan, jawatan, gred dan tempat bertugas) yang telah dituduh di Mahkamah (nyatakan mahkamah) atas pertuduhan di bawah Seksyen (nyatakan) Akta (nyatakan).

Page 3: KANDUNGAN KERTAS PERTIMBANGAN LEMBAGA TATATERTIB (TAHAN KERJA)

2. Latar belakang dan butir-butir pegawai adalah seperti berikut : Nama : Encik XYZNo. Kad Pengenalan : 831220 – 14 - 6651Tarikh Lahir dan Umur : 20 Disember 1983 / 28 tahunTarikh Lantikan Pertama : 14 Mac 2007Ke Dalam PerkhidmatanKerajaan Tarikh Dilantik Dalam : 14 Mac 2007Jawatan SekarangTaraf Jawatan : Tetap dan berpencenJawatan Semasa : Penolong Pegawai TadbirPelanggaran Tatatertib Bahagian Operasi KejuruteraanJawatan Sekarang : Penolong Pegawai Tadbir

Bahagian Pengurusan MaklumatGaji Sekarang dan : RM1,404.20 (P1T4)TanggagajiTarikh Kenaikan Gaji : 1 Januari Salinan Kenyataan Perkhidmatan pegawai adalah seperti di Lampiran A.

Page 4: KANDUNGAN KERTAS PERTIMBANGAN LEMBAGA TATATERTIB (TAHAN KERJA)

3. Pegawai sewaktu berkhidmat sebagai ....... ditangkap oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Kuala Lumpur kerana disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah. Makluman Tangkapan pegawai bil. ........ bertarikh ......... adalah seperti di Lampiran C.

4. Pegawai telah ditangkap pada ........ dan hasil siasatan awal oleh pihak polis melalui sampel urine pegawai mengesahkan ia mengandungi dadah jenis Methamphetamine.

5. Lanjutan daripada tangkapan tersebut, satu laporan telah diterima daripada ........ mengenai penahanan pegawai di ........ bagi tujuan sebutan kes di Mahkamah. Memo daripada ... bertarikh ..... seperti di Lampiran D. Salinan laporan seperti di Lampiran E.

6. Pegawai pada ………….. telah dituduh di Mahkamah ………… di atas pertuduhan …………. Seksyen ….. Akta …….. Salinan pertuduhan jenayah terhadap pegawai adalah d

Page 5: KANDUNGAN KERTAS PERTIMBANGAN LEMBAGA TATATERTIB (TAHAN KERJA)

7. Pegawai ini boleh ditahan kerja di bawah Peraturan 44, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan berhak menerima emolumen tidak kurang daripada 50% dalam tempoh penahanan kerjanya di bawah Peraturan 44(6), Peraturan-Peraturan yang sama.

8. Peraturan 44(1)(a) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 menyatakan Pihak Berkuasa Tatatertib (PBTT) yang berkenaan yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman buang kerja atau turun pangkat boleh, jika difikirkannya sesuai dan patut dan dengan mengambil kira perkara-perkara yang dinyatakan dalam subperaturan (4), menahan seorang pegawai daripada menjalankan tugasnya jika prosiding jenayah telah dimulakan terhadap pegawai itu dan mengikut peraturan 44(2) jika seseorang pegawai itu telah ditahan kerja di bawah perenggan (1)(a), penahanan kerjanya boleh dijadikan berkuatkuasa mulai dari tarikh pegawai itu telah ditangkap atau dari tarikh saman telah disampaikan kepadanya

Page 6: KANDUNGAN KERTAS PERTIMBANGAN LEMBAGA TATATERTIB (TAHAN KERJA)

9. Dalam membuat pertimbangan untuk menahan kerja pegawai mengikut peraturan yang disebut di atas, Lembaga Tatatertib hendaklah terlebih dahulu mengambil kira faktor-faktor berikut sepertimana yang diperuntukkan dalam Peraturan 44(4)(a),(b),(c) dan (d) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 iaitu:  “...(a) sama ada jenis kesalahan yang dengannya pegawai itu dipertuduh adalah secara langsung berhubungan dengan tugasnya; i) sama ada kehadiran pegawai itu di pejabat akan mengendalakan penyiasatan; ii) sama ada kehadiran pegawai itu di pejabat untuk menjalankan tugas dan tanggungjawabnya yang biasa boleh memalukan atau boleh menjejaskan nama atau imej jabatan pegawai itu; atau iii) sama ada dengan mengambil kira jenis kesalahan yang dengannya pegawai itu dipertuduh, penahanan kerja pegawai itu akan menyebabkan Kerajaan menanggung kerugian.” 

Page 7: KANDUNGAN KERTAS PERTIMBANGAN LEMBAGA TATATERTIB (TAHAN KERJA)

10. Ketua Jabatan mengesyorkan supaya pegawai ditahan kerja di Bawah Peraturan 44 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 bermula dari tempoh prosiding oleh Mahkamah sehingga perbicaraan selesai dan keputusan dikeluarkan oleh Mahkamah. Salinan syor Ketua Jabatan adalah di Lampiran G.

11. Urus setia berpandangan bahawa pegawai wajar disyorkan untuk ditahan kerja di bawah Peraturan 44(c), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 kerana .....................

Page 8: KANDUNGAN KERTAS PERTIMBANGAN LEMBAGA TATATERTIB (TAHAN KERJA)

12. Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No.1) dengan ini diminta membuat pertimbangan dan keputusan di bawah subperaturan 44(1)(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 untuk menahan kerja/tidak menahan kerja ............. susulan pertuduhan jenayah terhadap pegawai di Mahkamah ......

13. Lembaga Tatatertib turut dipohon membuat keputusan berhubung jumlah emolumen yang layak pegawai terima sepanjang tempoh penahanan kerja tidak kurang daripada 50%.