kanak kumpulan ykk asia 2013” menyokong pertumbuhan ... · pdf filehelaian fakta...

6
“Klinik Bola Sepak Kanak-kanak Kumpulan YKK Asia 2013” Menyokong pertumbuhan kanak-kanak sihat melalui Sukan – Satu Projek TSK KUMPULAN YKK ASIA Siaran Akhbar UNTUK SIARAN SEGERA Jalinan kerjasama YKK Holding Asia Pte Ltd (YHA) dengan Yayasan Real Madrid untuk membentuk satu pengalaman unik untuk kanak-kanak dan pada masa sama menyokong pertumbuhan kanak-kanak sihat melalui sukan di Asia. Kuala Lumpur, 31 Mei 2013 YHA dan YKK (Malaysia) Sdn Bhd sekali lagi memilih untuk bekerjasama dengan kelab paling bernilai dunia, Real Madrid, bagi inisiatif terbaru Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia. Sejak 2007, projek CSR Klinik Bola Sepak Kanak-kanak Kumpulan YKK Asia – yang bertujuan memberikan keceriaan dan pengalaman berharga untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik – telah dianjurkan di serata Asia. Ini termasuk negara seperti Bangladesh, Kemboja, India, Indonesia, Philippines, Singapura, Sri Lanka, Thailand dan Vietnam. Kejayaan penganjuran Klinik Bola Sepak Kanak-Kanak Kumpulan YKK Asia sejak beberapa tahun ini sudahpun terbukti, sekaligus mendorong YHA untuk meneruskan projek ini di lokasi lain dalam Asia. Bermula dari 31 Mei hingga 2 Jun 2013, seramai 30 jurulatih tempatan dan 250 kanak-kanak- sebahagian besar mereka terdiri daripada anak-anak yatim atau mereka yang kurang bernasib baik- akan diberi peluang untuk bersemuka dan bermain bersama beberapa jurulatih dari Yayasan Real Madrid, yang menjadi inisiatif CSR milik kelab bola sepak terbesar Sepanyol itu. Menerusi jalinan kerjasamanya bersama Real Madrid, YKK berharap dapat membawakan satu pengalaman berharga dalam kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Barisan kejurulatihan Yayasan Real Madrid yang terdiri daripada Pablo Gomez Revenga, Javier Garcia Torres and Ivan Garcia Sacristan akan terlebih dahulu berkongsi metodologi dan teknik latihan kelab dengan sekumpulan jurulatih tempatan pada tengah hari Jumaat, 2.30-5.30 petang. Sebaik sahaja para jurulatih tempatan selesai dilatih, mereka akan diberi peranan untuk membantu Real Madrid mengendalikan empat klinik untuk 250 kanak-kanak pada 1 dan 2 Jun, 8-11 pagi dan 2-5 petang untuk dua hari berkenaan di Kompleks Sukan PKNS, Petaling Jaya. YHA menjadikan klinik ini sebagai acara tahunan kerana ia melihat kepentingan syarikat dalam menyumbang kepada masyarakat.

Upload: dinhhuong

Post on 08-Mar-2018

239 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: kanak Kumpulan YKK Asia 2013” Menyokong pertumbuhan ... · PDF fileHELAIAN FAKTA “Klinik ola Sepak Kanak-kanak Kumpulan YKK Asia 2013” ialah satu klinik bola sepak yang menyokong

“Klinik Bola Sepak Kanak-kanak Kumpulan YKK Asia 2013” Menyokong pertumbuhan kanak-kanak sihat melalui Sukan – Satu Projek TSK KUMPULAN YKK ASIA

Siaran Akhbar UNTUK SIARAN SEGERA

Jalinan kerjasama YKK Holding Asia Pte Ltd (YHA) dengan Yayasan Real Madrid untuk membentuk satu

pengalaman unik untuk kanak-kanak dan pada masa sama menyokong pertumbuhan kanak-kanak sihat

melalui sukan di Asia.

Kuala Lumpur, 31 Mei 2013 – YHA dan YKK (Malaysia) Sdn Bhd sekali lagi memilih untuk bekerjasama

dengan kelab paling bernilai dunia, Real Madrid, bagi inisiatif terbaru Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

yang akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia. Sejak 2007, projek CSR Klinik Bola Sepak Kanak-kanak

Kumpulan YKK Asia – yang bertujuan memberikan keceriaan dan pengalaman berharga untuk kanak-kanak

yang kurang bernasib baik – telah dianjurkan di serata Asia. Ini termasuk negara seperti Bangladesh,

Kemboja, India, Indonesia, Philippines, Singapura, Sri Lanka, Thailand dan Vietnam. Kejayaan penganjuran

Klinik Bola Sepak Kanak-Kanak Kumpulan YKK Asia sejak beberapa tahun ini sudahpun terbukti, sekaligus

mendorong YHA untuk meneruskan projek ini di lokasi lain dalam Asia.

Bermula dari 31 Mei hingga 2 Jun 2013, seramai 30 jurulatih tempatan dan 250 kanak-kanak- sebahagian

besar mereka terdiri daripada anak-anak yatim atau mereka yang kurang bernasib baik- akan diberi peluang

untuk bersemuka dan bermain bersama beberapa jurulatih dari Yayasan Real Madrid, yang menjadi inisiatif

CSR milik kelab bola sepak terbesar Sepanyol itu. Menerusi jalinan kerjasamanya bersama Real Madrid, YKK

berharap dapat membawakan satu pengalaman berharga dalam kehidupan kanak-kanak yang kurang

bernasib baik di Malaysia.

Barisan kejurulatihan Yayasan Real Madrid yang terdiri daripada Pablo Gomez Revenga, Javier Garcia Torres

and Ivan Garcia Sacristan akan terlebih dahulu berkongsi metodologi dan teknik latihan kelab dengan

sekumpulan jurulatih tempatan pada tengah hari Jumaat, 2.30-5.30 petang. Sebaik sahaja para jurulatih

tempatan selesai dilatih, mereka akan diberi peranan untuk membantu Real Madrid mengendalikan empat

klinik untuk 250 kanak-kanak pada 1 dan 2 Jun, 8-11 pagi dan 2-5 petang untuk dua hari berkenaan di

Kompleks Sukan PKNS, Petaling Jaya.

YHA menjadikan klinik ini sebagai acara tahunan kerana ia melihat kepentingan syarikat dalam

menyumbang kepada masyarakat.

Page 2: kanak Kumpulan YKK Asia 2013” Menyokong pertumbuhan ... · PDF fileHELAIAN FAKTA “Klinik ola Sepak Kanak-kanak Kumpulan YKK Asia 2013” ialah satu klinik bola sepak yang menyokong

“Adalah penting untuk YKK menyumbang dan mendekatkan diri kepada masyarakat tempatan. Saya

percaya bahawa acara ini satu peluang terbaik untuk kanak-kanak di rantau ini menikmati keseronokan di

samping membentuk minat terhadap sukan. Kami mahu menyokong pertumbuhan mereka melalui acara

bola sepak ini,” kata Presiden dan CEO YHA, En. Ken Nakano.

Selepas mengendalikan klinik di seluruh dunia, pasukan kejurulatihan Yayasan Real Madrid banyak

berkongsi teknik bertaraf dunia kepada ribuan kanak-kanak. Perbezaan bahasa dan budaya bukan satu

penghalang buat Pablo Gomez dan rakan-rakan sekerjanya. Bagi mereka adalah bahasa global. Senyuman

yang terukir di bibir dan wajah kanak-kanak adalah pulangan yang terbaik untuk pembabitan jurulatih-

jurulatih Yayasan. Pablo berkata beliau dan pasukannya berasa tidak sabar untuk datang ke Malaysia.

“Kami sudah menjadi sebahagian daripada projek ini sejak 2012 dan kami menikmati sepenuhnya

pengalaman dan terharu dengan layanan mesra di Asia. Kami juga sedar bahawa terdapat sokongan padu

kepada Real Madrid di seluruh Asia dan inilah peluang terbaik untuk kami mendekatkan diri dengan

komuniti,” jelas Ketua Jurulatih Projek.

Setiap peserta klinik akan dibekalkan satu set lengkap jersi YKK/Yayasan Real Madrid. Malah, YKK juga akan

menderma semua bola yang digunakan dalam acara dua hari itu kepada komuniti peserta. Ini akan

membolehkan program CSR YKK berterusan dan mendorong kanak-kanak di sekitar Lembah Klang untuk

menyemai keinginan untuk bermain bola sepak.

“PKNS FC sungguh berbesar hati dipilih YKK sebagai tuan rumah kepada acara berperstij ini dan untuk

padang kami dikunjungi dan digunakan oleh barisan kejurulatihan sebuah pasukan terbaik dunia adalah

satu penghormatan besar. Kami gembira untuk menjadi sebahagian daripada elemen CSR ini dengan

membekalkan peralatan bola sepak untuk acara ini. Ia pastinya satu pengalaman hebat untuk mereka yang

menyertai Klinik Bola Sepak Kanak-Kanak Kumpulan YKK Asia 2013, dan buat para jurulatih tempatan juga,”

kata En Noor Hisham Mohd Ghouth, Presiden PKNS FC.

Bola sepak adalah sukan paling popular di Malaysia – di mana lebih daripada 60% daripada populasinya

mengikuti perkembangan sukan ini menerusi televisyen dan lebih 50% bermain secara aktif. Dengan status

Real Madrid selaku antara kelab paling masyur di dunia, pengalaman menyertai klinik ini pastinya sungguh

mengujakan.

Jawatankuasa penganjur tempatan mengalu-alukan kedatangan dan sokongan ahli-ahli media ke acara ini.

PEGAWAI MEDIA UNTUK DIHUBUNGI

YKK (Malaysia) Sdn Bhd – Rosalie Wong, Tel. bimbit: +60 12 722 9962

Total Sports Asia – Mohd Rafee, Tel bimbit: +60 19317 3814

Page 3: kanak Kumpulan YKK Asia 2013” Menyokong pertumbuhan ... · PDF fileHELAIAN FAKTA “Klinik ola Sepak Kanak-kanak Kumpulan YKK Asia 2013” ialah satu klinik bola sepak yang menyokong

HELAIAN FAKTA “Klinik Bola Sepak Kanak-kanak Kumpulan YKK Asia 2013” ialah satu klinik bola sepak yang menyokong pertumbuhan kanak-kanak sihat melalui sukan dan mensasarkan golongan berusia dalam lingkungan 10-14 tahun. Dalam satu sesi latihan selama tiga jam dikendalikan oleh jurulatih Yayasan Real Madrid, para peserta akan menerima latihan secara ala-Sepanyol, pembangunan karakter dan pembentukan kemahiran sosial tatkala menikmati keseronokan bermain bola sepak dan menimba pengalaman sekali dalam seumur hidup sewaktu menghadiri klinik itu. Tarikh : 1 dan 2 Jun 2013

Tempat : Kompleks Sukan PKNS, Jalan SS 7/20 Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Masa : Sesi pagi (8pg-11pg)

Sesi tengah hari (2ptg-5ptg)

Kategori : Lelaki dan perempuan berumur 10-14 tahun

Laman web : http://www.ykkasia.com/upcoming.htm

Maklumat tambahan:

Semua peserta akan menerima satu set jersi, seluar, sarung kaki, topi dan sijil penyertaan. Jamuan dan snek

akan disediakan.

Page 4: kanak Kumpulan YKK Asia 2013” Menyokong pertumbuhan ... · PDF fileHELAIAN FAKTA “Klinik ola Sepak Kanak-kanak Kumpulan YKK Asia 2013” ialah satu klinik bola sepak yang menyokong

Profile Penaja:

YKK Holding Asia Pte. Ltd.

YKK Corporation ialah pemaju, pengilang dan pembekal produk ‘fastening’ dan seni bina bermutu tinggi. Kini, Kumpulan YKK mempunyai 109 anak syarikat bernaung di bawahnya dalam pembangunan perniagaan di 71 buah negara di Eropah, Jepun dan rantau Asia Pasifik. YKK Corporation ialah pertubuhan global dengan rangkaian syarikat yang mengutamakan Kualiti, Berdaya Cipta dan Tangkas Ditubuhkan pada 1991, YKK Holding Asia Pte Ltd bertindak sebagai pejabat pengurusan serantau dan juga ibupejabat YKK Corporation kepada rantau ASIA. Kami beroperasi di 17 buah negara dan bertanggungjawab untuk menyokong anak-anak syarikat di rantau ini.

Page 5: kanak Kumpulan YKK Asia 2013” Menyokong pertumbuhan ... · PDF fileHELAIAN FAKTA “Klinik ola Sepak Kanak-kanak Kumpulan YKK Asia 2013” ialah satu klinik bola sepak yang menyokong

Profil Penganjur:

YKK (Malaysia) Sdn. Bhd.

Memandangkan trend globalisasi yang semakin berkembang pesat dan maju ke depan, masyarakat dunia

juga menjadi kian terbuka dan mempunyai permintaan tinggi. Seiring dengan perkembangan itu, Kumpulan

YKK telah memperkenalkan sebagai “sebuah syarikat cekap yang pelanggan boleh bergantung kepada”,

“sebuah syarikat yang mewujudkan nilai baru dengan kelebihan teknologi” dan “sebuah syarikat global”.

Kumpulan YKK beroperasi di serata dunia, membekalkan pelanggannya yang berlainan dengan produk

berkualiti tinggi di samping perkhidmatan pasca-jualan yang berkesan. Pada Julai 1961, YKK memperluaskan

sayapnya ke Malaysia. Operasi di negara ini dimulakan sepenuhnya pada 1962 apabila syarikat yang

didaftarkan atas nama MALAYAN ZIPS SDN. BHD telah ditubuhkan selepas sebuah kilang di Johor Bahru

siap dibina. Operasi di Malaysia memegang rekod sebagai syarikat kedua paling lama beroperasi dalam

kalangan anak-anak syarikat YKK di luar negara, selepas New Zealand (YKK Ocenia Ltd).

Sejak itu, YKK yang pada peringkat awalnya sekadar menghasilkan ‘Metal Zipper’ kini giat dengan rangkaian

produk yang luas termasuk ‘Nylon Zipper’, ‘Vislon’, ‘Concealed Zipper’ dan lain-lain produk ‘fastening’.

Kami, YKK (MALAYSIA) SDN. BHD., sebagai penambah kepada kehadiran global kami di 71 buah negara, 109

syarikat dan sejumlah 39,000 tenaga kerja, mempunyai semangat berdaya saing yang tinggi dalam

penghasilan produk-produk ‘Fastening’ bermutu tinggi dan pemasarannya.

Perkhidmatan pelanggan yang prihatin lagi pantas serta pasukan jualan dan pemasaran dinamik kami akan

menjadi nilai tambah kepada industri yang semakin mencabar ini.

Tarikh penubuhan : 11 Julai 1961

Lokasi : No. 19, Jalan Bakti, Kawasan Perindustrian Larkin,

Pejabat Pusat dan Kilang 80350 Johor Bahru, Johor,Malaysia.

Keluasan kawasan kilang : 19,800㎡

Keluasan kilang : 15,606㎡

Pelaburan : 38 juta AS$

Tenaga kerja : 130

Page 6: kanak Kumpulan YKK Asia 2013” Menyokong pertumbuhan ... · PDF fileHELAIAN FAKTA “Klinik ola Sepak Kanak-kanak Kumpulan YKK Asia 2013” ialah satu klinik bola sepak yang menyokong

Profil Barisan Jurulatih Yayasan Real Madrid

Pablo Gomez Revenga (Ketua Jurulatih)

Pablo Gomez Revenga ialah Ketua Jurulatih Yayasan Real Madrid dan Pengarah Teknikal Kem Pasukan sejak

2009.

Beliau memiliki MBA dalam Pengurusan Sukan dan Masters dalam Pengurusan Golf dari Universidad

Europea de Madrid, kedua-duanya pada 2008-2009 dan 2007-2008. Beliau juga memperolehi kelayakan

dalam Fizik dan Sains Sukan di universiti yang sama pada 2007. Sejak menyertai Yayasan Real Madrid,

beliau telah mengendalikan lebih 40 klinik bola sepak di seluruh dunia untuk berkongsi metodologi

kejurulatihan Real Madrid.

Javier García Torres (Jurulatih)

Javier Garcia Torres merupakan seorang pemain profesional sebelum menjadi jurulatih pada 2001.

Berlatih dan mengembangkan kemahirannya di Real Madrid, beliau adalah calon terbaik untuk menurunkan

ilmunya kepada bakat-bakat masa depan. Torres seorang yang bersungguh-sungguh dalam berkongsi

pengalamannya dan cintanya terhadap bola sepak bersama kanak-kanak, sekaligus memainkan peranan

penting dalam menjayakan klinik bola sepak kendalian Yayasan Real Madrid.

Ivan Garcia Sacristan (Jurulatih)

Ivan Garcia Sacristan mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Sosiologi dan Undang-undang dan

berperanan sebagai Jurulatih Bola Sepak Kebangsaan dan Juruteknik Sukan,

Sacristan sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Jurulatih Bola Sepak Serantau pada 2008-2009.

Beliau telah menglibatkan diri dalam pelbagai Kem Pasukan Yayasan Real Madrid di seluruh pelusuk dunia

sejak 2010.