kamus besar bahasa melayu utusan drf

10
KAMUS BESAR BAHASA MELAYU UTUSAN 1. Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan ini disusun oleh Haji Zainal Abidin bin Safarwan. Buku ini dicetak oleh Percetakan KUM Sdn. Bhd. Lalu diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd (UP&D) pada tahun 1995 ( Terbitan Pertama). 2. Bagi menghasilkan kamus besar yang terbaik ianya mempunyai sidang pengarang yang terdiri daripada penyusun, perunding bahasa, editor, pembaca pruf, pengarah kreatif, ketua pereka bentuk, pereka bentuk, dan juga pengatur huruf. 3. Penyusun buku ini ialah Haji Zainal Abidin bin Safarwan. Beliau dilahirkan pada 27 Jun 1932 di Singapura. Beliau bersekolah di Victoria School dan lulus Sijil Persekolahan pada tahun 1962. 4. Wartawan veteran yang banyak menghabiskan masanya menyusun kamus . Hasil usaha gigihnya selama 36 tahun (1958 – 1994), tiga buah kamus telah berjaya dihasilkannya. 5. Keistimewaan kamus ini terletak pada sumber perkataan entri dan maklumat yang terkandung di dalamnya. Semua perkataan dan ungkapan yang dijadikan entri dan maknanya diambil daripada bahan bahasa melayu yang digunakan di dalam tulisan dan lisan. Ini terdiri daripada Bahasa Melayu Klasik dan semasa. Bahan yang mencakupi bahasa melayu yang digunakan di Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura. 6. Kamus ini disusun menggunakan kaedah tersendiri. Beliau menggunakan kebijaksanaan sendiri dalam menyusunnya.

Upload: masnishabiru

Post on 17-Jan-2016

98 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

NONE

TRANSCRIPT

Page 1: Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan Drf

KAMUS BESAR BAHASA MELAYU UTUSAN

1. Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan ini disusun oleh Haji Zainal Abidin bin Safarwan. Buku ini dicetak oleh Percetakan KUM Sdn. Bhd. Lalu diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd (UP&D) pada tahun 1995 ( Terbitan Pertama).

2. Bagi menghasilkan kamus besar yang terbaik ianya mempunyai sidang pengarang yang terdiri daripada penyusun, perunding bahasa, editor, pembaca pruf, pengarah kreatif, ketua pereka bentuk, pereka bentuk, dan juga pengatur huruf.

3. Penyusun buku ini ialah Haji Zainal Abidin bin Safarwan. Beliau dilahirkan pada 27 Jun 1932 di Singapura. Beliau bersekolah di Victoria School dan lulus Sijil Persekolahan pada tahun 1962.

4. Wartawan veteran yang banyak menghabiskan masanya menyusun kamus . Hasil usaha gigihnya selama 36 tahun (1958 – 1994), tiga buah kamus telah berjaya dihasilkannya.

5. Keistimewaan kamus ini terletak pada sumber perkataan entri dan maklumat yang terkandung di dalamnya. Semua perkataan dan ungkapan yang dijadikan entri dan maknanya diambil daripada bahan bahasa melayu yang digunakan di dalam tulisan dan lisan. Ini terdiri daripada Bahasa Melayu Klasik dan semasa. Bahan yang mencakupi bahasa melayu yang digunakan di Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura.

6. Kamus ini disusun menggunakan kaedah tersendiri. Beliau menggunakan kebijaksanaan sendiri dalam menyusunnya.

7. Dalam mnyusun perkataan entri itu, pada peringkat awal beliau menggunakan sistem kad. Setiap perkataan entri di tulis pada sekeping kad. Kad- kad itu disususn mengikut rentetan abjad.

8. Kamus ini mengandungi 100 000 entri. Ada dua jenis entri iaitu perkataan dan ungkapan. Semuanya meliputi bahasa melayu klasik dan semasa.

9. Kamus ini mempunyai keistimewaan besar kerana ia mempunyai perkataan entri daripada Bahasa Melayu Klasik dan bahasa serumpun. Contohnya :

abiad (kl) putih

Page 2: Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan Drf

abras (kl) kusta amarah (kl) babad (kl) riwayat baqa (kl) kekal berahi (kl)kasih yang amat sangat esa (kl) satu kelamkari (kl) kain cita

10.Kamus ini menggunakan sistem ejaan yang digubal oleh MABBIM yang diistiharkan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka.

11.Kamus ini mengandungi : Hampir 1 000 000 patah perkataan Melayu Lebih 100 000 entri serta homonym Lebih daripada 20 000 ungkapan lama dan baru serta ungkapan seerti. Hampir 500 000 sinonim dan antonim Himpunan peribahasa lama dan moden serta peribahasa seerti dari

seluruh Nusantara. Pelbagai rangkai kata dan bahasa kiasan.

SUSUNAN ENTRI/ KATA MASUKAN

1. Kata Dasar/ pokok Abjad kata dasar dicetak dengan huruf tebal/ hitam. Cthnya :

Krematorium : tempat membakar mayat Kriminal : jenayah / pidana Krisis : ketegangan, kegentingan, keributan, kemelut,

keadaan berbahaya.

2. Kata Terbitan / Imbuhan Abjad kata terbitan dicetak dengan huruf tebal/ hitam. Dimuatkan dibawah

abjad kata dasar tetapi dilekukkan ke dalam. Contohnya : Bawa : angkut/ pikul/ kelek/ junjung/ bimbit Berbawaan : berpadanan/ sesuai dengan ; Berpembawaan : berbakat, bersifat semulajadi dan mempunyai

kebolehan semulajadi. Membawa : mengangkut, mendukung, menjunjung, menjinjit,

menanggung atau memikul atas bahu. Membawakan : menempatkan diri/ menyenaraikan diri

3. Simpulan Bahasa/ Ungkapan

Page 3: Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan Drf

Abjad simpulan bahasa/ ungkapan dicetak dengan huruf tebal/ hitam seperti kata dasar. Contohnya :

Bawa agung spb sudah cukup umur Bawa alamat spd ada tanda Bawa arus spdhanyut dibawa aliran air Bawa aturan sendiri spd ikut citarasa sendiri.

4. Peribahasa Abjad peribahasa dicetak dengan huruf tebal/ hitam seperti kata dasar,

manakala di bawah abjad kata terbitan dicetak dengan huruf condong. Contohnya :

Bagai toman makan anak : orang yang mencabul kehormatan anaknya atau anak saudaranyua

Bagai tulisan diatas air : sia- sia member nasihat atau ajaran. Bagai tulang dalam rongkongan : sangat musykil Bagai tunggul di hias : wajah yang buruk disolek tetap buruk jugak

5. Rangkai kata dan frasa Ajab rangkai kata dan frasa dicetak dengan huruf tebal/ hitam seperti kata

dasar manakal a di bawah abjad kata terbitan dicetak denganb huruf condong. Contohnya :

Mudah menyebut tetapi susah melakukan 1 prb payahnya menaupkan / menawakkan atau menggerakkan bibir atas bawah. 2 prb senduk besar tak mengeyang. 3 prb apa payahnya menggoyangkan lidah sahaja. 4 prb ya sepanjang hari, janji sepanjang jalan.

Mudah menyesuaikan diri adaptif, tidak kaku, tidak canggung.

6. Bahasa kiasan. Abjad bahasa kiasan dicetak dengan huruf tebal/ hitam dimuatkan

dibawah abjad kata dasar tetapi perkataan macam/ seperti dictak condong. Contohnya :

Lambat macam/ seperti kura- kura/ siput (bk).

7. Homonim Abjad homonym dicetak dengan huruf tebal/ hitam seperti kata dasar.

Contohnya : Ratus I; meratus, mericau, berkicau Ratus II : bilangan sepuluh kali sepuluh.

Page 4: Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan Drf

Ratus III: dupa

8. Semua perkataan dalam kamus ini menggunakan ejaan yang digubal oleh MABBIM yang diisytiharkan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka, dan panduan Ejaan Rumi Bahasa Melayu oleh Abdullah Hassan dan Ainon Mohd.

9. Kamus ini mengandungi senarai ungkapan yang paling lengkap berbanding dengan kamus lain.

10.Bahan- bahan menyusun kamus ini juga melalui beberapa sumber iaitu: Kamus- kamus Buku- buku tatabahasa Buku- buku peribahasa Akhbar Majalah Siaran radio Siaran televisyen

Page 5: Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan Drf

KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT

1. Kamus Dewan edisi keempat disusun oleh dewan Bahasa dan Pustaka. Buku ini dicetak oleh Dawama Sdn. Bhd. Lalu diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1970. ( Cetakan Pertama)

2. Kosa kata bahasa Melayu sentiasa bertambah dari sehari ke sehari. Pelbagai kata baru yang muncul sama ada yang berbentuk istilah, kata umum ataupun slanga.

3. Kamus Dewan Edisi Keempat muncul selepas kira- kira 10 tahun edisi semakan nya yang ketiga diterbitkan.

4. Kamus dewan Edisi Keempat telah mengalami beberapa perubahan penting, antaranya penambahan entri, subentri dan frasa entri berjumlah 5843 yang emncakupi pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi, linguistic, computer, astronomi, agama, politik, pelayaran dan muzik.

5. Sebanyak 37 entri huruf jawi telah diselaraskan ejaannya berdasrkan Daftar Kata Bahasa Melayu (DBP, 2001)

6. Bagi Kamus Dewan Edisi Keempat , maklumat sebutan diletakkan di dalam kurung selepas entri. Entri-entri yang terlibat adlah seperti berikut :

i. Entri yang melibatkan penggunaan e- taling, misalnya bearis (bearis),mes (mes) dan teleinfo (teleinfo).

ii. Entri yang mengekalkan ejaan dan sebutan bahasa asalnya, misalnya czarina (zarina), lasagna (lezaniye) dan hi-fi (haifi)

iii. Antri nama Allah yang dalam tulisan Arab bemula dengan alif syamsiah, iaitu huruf alif lam diikuti dengan huruf yang bersabdu, misalnya al- Rahman dengan maklumat sebutan (ar- Rahman), al- Syakur dengan maklumat sebutan as- Syakur dan al- Nur dengan sebutan an- Nur.

iv. Entri nama Allah yang dalam Arab mempunyai sabdu dihujung perkataan, misalnya al- Muiz dengan maklumat sebutan (al- Mu’izz).

v. Terdapat juga beberapa entri yang dimasukkan pemenggalan kata pada maklumat sebutan bagi menggelakkan kekeliruan dari segi sebutan, misalnya sai (sa.i), mangan (man.gan), malun (mal.un) dan kobokan (kobok.an)

Page 6: Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan Drf

7. Kamus Dewan Edisi Keempat ini telah membuang beberapa label kata pinjaman yang sebelum ini berlabel Jw ( Jawa), IB ( Indonesia Belanda) Id (Indonesia) dan Ar (Arab) disebabkan kata tersebut difikirkan telah terserap dan mantap penggunaan di Malaysia.

8. Pembaharauan yang agak ketaraialah unsure kata ganda yang tidak membawa apa- apa makna jika tidak digandakan tidak dijadikan entri. Misalnya ramaII

SUSUNAN KATA MASUKAN.

1. Kata Dasar Perkataan- perkataan yang dimuatkan didalam kamus ini disusun menurut

abjad kata dasarnya yang dicetak dengan huruf tebal. Kata- kata dasar yang berupa homonym diperturunkan berasingan diikuti

dengan angka- angka I, II dan setrusnya sebagai penanda yang memisahkan :

Ketam I Ketam II Ketam III Ketam VI

2. Kata Terbitan Kata terbitan dimutakan dibawah kata dasar yang berkenaan. Cthnya :

Persenyawaan terdapat dibawah nyawa. Keberangkatan di bawah angkat dan sebagainya.

Dua atau beebrapa kata terbitan yang membawa makna yang sama ditempatkan bergandingan dan dipisahkan dengan tanda koma.

3. Frasa, ungkapan, kata majkuk, kata ganda Rangkai kata yang berupa frasa , ungkapan, kata majmuk dan kata ganda

yang menerima turutan atau membentuk kata terbitan melalui pengimbuhan, umumnya dijadikan kata masukan yang tersendiri.

Aneka ragan yang mempunyai turunan beraneka ragamdan keanekaragaman dijadikan kata masukan yang tersendiri.

4. Ejaan- Kata standard dan Variasi Ejaan yang digunakan dalam kamus iani ialah ejaan rumi yang

berasaskan daftar kata bahasa melayu Bentuk standard dan ejaan rasmi Variasi kata Variasi ejaan

Page 7: Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan Drf

5. Sebutan Secara dasrnyasebutan yang diberikan terbatas kepada keterangan bagi

sebutan huruf e kepada kata dasar. Huruf e yang disebut [ ] (iaitu e pepet) tidak diberikan keterangan sebutan sedangkan e taling diberikan keterangan sebutannya dengan lambing e. Contohnya :

Bela Bela ( bela )

Semak Semak ( semak)

6. Etimologi Keterangan etimologi tidak diberikan selengkapnhya tetapi hanya sekadar

untuk menyatakan bahasa sumber sesuatu perkataan yang sudah meresap ke dalam perbendaharaan bahasa melayutetapi masih terasa sifat- sifat keasingan tanpamemperhintungkan taraf atau peringkat kemeresapan perkataan yang berkaitan di kalanagn bahasa.

7. Tanda Tanda tidle (~) yang terdapat pada kata masukan pecahan dan pada

contoh penggunaan kata digunakan untuk menggantikan kta dasar atau kata terbitan yang ditakrifkan sebelumnya.

Tanda anak panah beerti lihat Tanda persamaan (=) beerti atau, sama dengan.

8. Label arkaik (ark) Label arkaik (ark) digunakan sebagai peringatan bahawa kata yang

berkenaan: Jarang dipakai Penggunaan terbatas kepada sesuatu daerah atau lingkungan

sahaja. Sudah kuno atau mati Disangsikan kebenarannya ( disebabkan oleh salah baca, salah

tulis, salah dengar dan lain- lain.)