kamus antonim

Upload: jumiati-suparno

Post on 18-Oct-2015

93 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

manuskrip

TRANSCRIPT

2.MUNUSKRIP KAMUS ANTONIM :2.1 Aabadi 1.sementaraHidup di dunia ini tidak abadi.

abah 1.emakAbah saya seorang yang penyayang.

abai 1.awasDia tidak suka mengabaikan tugas yang diberikan kepadanya.

abang 1.adik 2.kakakAbang saya belajar di Universiti Malaya

abdi 1.tuanPada zaman dahulu, ramai hamba abdi dibawa dari Afrika

acah 1.betul-betulPesilat itu mengacah sebelum menikam lawannya.

acuh 1.biarAnand tidak mengacuhkan nasihat kedua-dua orang tuanya.

ada 1.tiadaAdik ada beberapa batang pensel.

adik 1.abang 2.kakakAdik saya sangat pandai menulis karangan.

adil 1.zalim 2.kejamRakyat amat mengasihi raja yang adil itu.

B

baca 1.tulisAdik sedang membaca buku di dalam biliknya.

bagi 1.ambilBagi saya segelas the tarik, kata pelanggan itu.

bagus 1.cacatKarangannya amat bagus.

bahagia 1.azab 2.derita 3.meranaSemua yang hadir di majlis itu mendoakan kebahagiaan pasangan yang baru berkahwin.

bahang 1.dinginKeadaan di dalam bilik itu sangat bahang.

baharu 1.lama 2.usangRumah baharunya amat besar.

bahaya 1.selamatRacun serangga amat bahaya untuk kesihatan manusia.

baik 1.buruk 2.jahatGurunya seorang yang amat baik.

baju 1.seluarBaju itu dibelinya di Kota Jakarta.

bakhil 1.pemurahOrang kaya itu seorang yang bakhil.

C

cabut 1.tanamAyah mencabut anak pokok yang tumbuh di halaman rumah.

cacat 1.sempurnaJiran saya cacat penglihatannya sejak kecil lagi.

caci 1.pujiHartawan itu suka mencaci pekerjanya.

cair 1.bekuAis di kutub utara semakin cair.

cakap 1.bisuAdik sedang bercakap-cakap dengan ibu di dalam bilik.

campak 1.kutipAbang mencampakkan majalah hiburan itu kepada adik.

campur 1.tolakIbu mencampurkan garam di dalam masakannya.

cantas 1.cantumPekebun itu sedang mencantas pokok bunganya.

cantik 1.burukPakaian seragam sekolahnya bersih dan cantik.

cantum 1.putus 2.pecahAdik sedang mencantumkan tali laying-layang yang terputus.

D

dahulu 1.sekarangPada zaman dahulu, manusia tinggal di dalam hutan.

daif 1.kaya-rayaKehidupan petani itu sangat daif.

daki 1.turunKumpulan pendaki itu berjaya sampai di puncak gunung.

dalam 1.luarAyah memasukkan perkakas pertukangannya di dalam stor.

damai 1.kelahiPuak-puak yang bersengketa di kampung itu sudah berdamai.

damping 1.pisahAdik mendampingi ayah ketika melancong ke luar negara.

dapur 1.serambiDapur rumahnya sangat besar.

dara 1.bujang 2.terunaTiga orang anak dara Pak Seman masih belum berumah tangga lagi.

darab 1.bahagiAdik sukar menyelesaikan soalan darab matematik.

depan 1.belakangDia duduk di baris depan dalam majlis penyampaian hadiah.

E

ekor 1.kepalaEkor kucingnya sangat cantik.

eksekutif 1.buruhAyahnya seorang eksekutif di sebuah syarikat pengiklanan.

eksport 1.importMalaysia mengeksport biji timah ke Britian.

ekspres 1.lambatBas ekspres itu akan bertolak pada pukul lima petang.

empuk 1.liatKuih itu sangat empuk.

encik 1.cikEncik Habib seorang peniaga.

enggan 1.mahuDia enggan menuruti nasihat ayahnya.

elok 1.burukTulisannya sangat elok.

emak 1.ayahEmak sedang menjahit baju adik.

esok 1.semalamDia akan ke Kuala Lumpur pagi esok.

F

faedah 1.rugiCikgu Amri menasihati murid-muridnya agar yang melakukan kerja-kerja yang berfaedah pada musim cuti sekolah.

faham 1.jahil 2.keliruDia faham akan tanggungjawabnya sebagai anak sulung dalam keluarga.

fajar 1.senjaNelayan ke laut pada waktu fajar.

fakir 1.kayaFakir itu seorang yang peramah.

fakta 1.palsuAdik sedang menghafal beberapa fakta sejarah.

fantasi 1.nyata 2.realitiKanak-kanak amat meminati cerita fantasi.

fasih 1.gagapLelaki melayu itu fasih berbahasa Mandarin.

G

gabung 1.pisahPenduduk Melaka bergabung tenaga menentang penjajah.

gadai 1.tebusTanah sawahnya sudah lama tergadai.

gaduh 1.damaiDua orang lelaki sedang bergaduh di tepi jalan.

gagah 1.lemahBadang sangat gagah orangnya.

gagal 1.berjaya 2.menangDia gagal mengawal emosinya apabila mengetahui dirinya dipilih mewakili negara ke Sukan SEA.

galak 1.halang 2.cegahKerajaan menggalakkan rakyat menabung di bank.

gali 1.timbusAyah sedang menggali lubang untuk menanam sampah sarap.

gamat 1.senyapSorakan gemuruh para penyokong pasukan bola sepak Malaysia menggamatkan Stadium Merdeka.

ganas 1.jinakDi Zoo Negara, binatang ganas ditempatkan di dalam sangkar besi.

gergasi 1.kenitGergasi dikatakan berbadan besar dan tinggal di hutan.

H

habis 1.adaSemua wang simpanan emak habis dibelanjakan untuk menampung perbelanjaan pendidikan abang.

hadapan 1.belakangRumahnya terletak di hadapan sekolah.

hadir 1.pontengAhmad tidak hadir ke sekolah selama dua minggu.

hafal 1.lupaDia berjaya menghafal serangkap pantun.

haiwan 1.manusiaKucing adalah haiwan yang jinak.

halal 1.haramSemua makanan yang dijual di restoran itu adalah halal.

halang 1.dorongPengawal bank gagal menghalang perompak itu.

halau 1.jemputDia menghalau kambing yang memasuki kawasan kebunnya.

hampir 1.jauhPelari pecut itu sedang menghampiri garisan penamat.

hodoh 1.cantikWanita hodoh itu belum berumah tangga.

I

ibu 1.bapaIbunya pandai memasak.

ikat 1.bukaAdik sedang mengikat tali kasut.

ikhlas 1.pura-puraKita perlulah ikhlas apabila membantu orang lain.

ikut 1.tinggalDia mengikut datuknya ke pasar setiap minggu.

import 1.eksportMalaysia banyak mengimport kereta dari luar negara.

indah 1.burukPemandangan di kawasan bukit itu sangat indah.

individu 1.masyarakatSetiap individu bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara.

ingat 1.lupaKita perlu sentiasa mengingati seruan pemimpin negara.

ingkar 1.patuhRakyat Melaka yang mengingkari perintah sultan akan dihukum bunuh.

isi 1.kulitIsi durian sangat enak.

J

jaga 1.tidurAdik baru terjaga semasa abah pulang.

jahat 1.baikPemuda yang jahat itu telah berjaya ditangkap oleh orang kampung.

jahil 1.alimOrang jahil wajib menuntut ilmu.

jaja 1.beliPenjaja itu menjual pelbagai jenis makanan ringan.

jajah 1.bebasKerajaan Belanda pernah menjajah negara kita.

janda 1.dudaJanda itu sudah lama hidup bersendirian.

janji 1.mungkirDia berjanji akan ke perpustakaan esok.

jarang 1.rapatBaju jarang itu menampakkan susuk tubuhnya.

jatuh 1.bangunAdik terjatuh dari basikal.

jernih 1.keruhAir tasik itu sangat jernih.

K

kabur 1.jelasPenglihatannya agak kabur sejak kebelakangan ini.

kacak 1.hodohLelaki kacak itu suaminya.

kacau 1.amanKeadaan di kampong itu kacau-bilau.

kahwin 1.ceraiPasangan kekasih itu akan berkahwin tidak lama lagi.

kakanda 1.adindaKakanda Sultan Ismail akan berangkat ke Singapura.

kaki 1.tanganKedua-dua belah kakinya bengkak.kaku 1.lembutDia kaku melihat kemalangan ngeri itu.

kalah 1.menangDia amat sedih kerana kalah dalam perlawanan tenis.

kalbu 1.jasadKalbunya sedih mendengar berita kehilangan kawan karibnya yang terkorban dalam kemalangan jalan raya.

kawan 1.musuhMereka berkawan sejak belajar di sekolah rendah lagi.

L

laba 1.rugi Dia mendermakan keseluruhan laba perniagaan kepada rumah anak-anak yatim.

labuh 1.singkatKainnya agak labuh sehingga mencecah lantai.

lahir 1.kandungKakak lahir pada bulan November

lain 1.samaMukanya lain daripada abangnya.

laju 1.perlahanAyah suka memandu kereta dengan laju.

laki 1.biniLakinya seorang guru.

lalai 1.prihatinEncik Ramli mengingatkan para pekerjanya agar tidak lalai ketika bertugas.

lama 1.baruAgak lama dia menunggu bas di perhentian bas itu.

lambak 1.susun 2.kumpulSampah sarap dilambakkan di tepi tong sampah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

luas 1.sempitPadang bola sepak di stadium itu sangat luas.

M

mahal 1.murahHarga barangan runcit semakin hari semakin mahal.

maju 1.mundurEngland adalah sebuah negara maju.

malang 1.tuahDia bernasib malang apabila keretanya terlibat dalam kemalangan jalan raya.

malas 1.rajinOrang malas selalu rugi.

manis 1.pahitMadu asli sangat manis rasanya.

mara 1.mundurTentera Amerika semakin mara ke dalam negara Iraq.

marah 1.gembiraAmirah berasa marah apabila adiknya menconteng bukunya.

marak 1.padamAhli bomba berjaya mengawal api yang semakin marak dalam kebakaran itu.

masin 1.tawarAir laut sangat masin.

mirip 1.berbezaWajahnya mirip seperti ayahnya.

N

nafi 1.akuiPesalah itu menafikan tuduhan ke atas dirinya.

naik 1.turunHarga saham sentiasa naik dan turun.nakal 1.baikBudak nakal itu memanjat pokok jambu.

nakhoda 1.kelasiNakhoda kapal memberikan arahan kepada anak-anak kapalnya.

negatif 1.positifJanganlah kita memandang negative terhadap bekas penagih dadah.

nenek 1.datukNenek tinggal di kampong.

neraka 1.syurgaManusia yang banyak melakukan dosa akan menjadi penghuni neraka.

nganga 1.tutupAdik mengangakan mulutnya apabila ibu menyuapkan nasi.

nikah 1.ceraiMajlis akad nikahnya akan berlangsung di masjid.

normal 1.abnormalTekanan darahnya normal.

O

objektif 1.subjektifDia dapat menjawab soalan berbentuk objektif dalam peperiksaan itu dengan mudah.

olok-olok 1.sungguh-sungguhAdik olok-olok sakit perut kerana malas hendak ke sekolah.

optimis 1.pesimisDia seorang yang berfikiran optimis dan berpandangan jauh.

orang 1.haiwanRamai orang yang hadir ke majlis pelancaran buku itu pada minggu lalu.

P

padam 1.pasangGuru memadam lampu yang menyala di dalam bilik darjah.

padan 1.bezaPasangan pengantin itu sama padan.

padat 1.kosongLori itu padat dengan muatan.

pahala 1.dosaSetiap perbuatan yang baik akan mendapat pahala dari Tuhan.

pahit 1.manis Ubat itu sangat pahit.

paksa 1.sukarelaRamai buruh paksa dibawa ke selatan Thailand untuk membina landasan kereta api.

palsu 1.benarWang kertas palsu tidak laku.

panas 1.sejukCuaca di luar sangat panas.

pandai -1.bodohAdik sudah pandai membaca, menulis dan mengira walaupun baru berusia lima tahun.

panggil 1.usirAyah memanggilnya masuk ke dalam rumah.

R

rabun 1.jelasSemenjak menghidap penyakit diabetes penglihatannya semakin rabun.

rajin 1.malasAdik rajin menulis karangan.

rakan 1.musuhRakan baiknya anggota polis.

rakyat 1.raja Rakyat Malaysia hidup bersatu padu.

ramah 1.sombongIsterinya seorang yang ramah.

rapat 1.jarang 2.jauhAdik duduk rapat dengan ibu.

rapi 1.selerak 2.sepahKeadaan di dalam pejabat itu bersih dan rapi.

rebah 1.bangunPelari itu rebah selepas menamatkan lariannya.

rehat 1.kerjaAyah sedang berehat di dalam bilik.

rela 1.engganAdik rela menemani ibu ke pasar.

S

sabar 1.gopohWanita yang mengandung itu sabar menanti kelahiran bayi sulungya.

sah 1.batalSurat akaun majikannya tidak sah.

sahabat 1.musuhSahabat karib lamanya akan berkunjung ke rumahnya pada malam ini.

sahut 1.panggilRamai pemuda-pemudi telah menyahut seruan kerajaan agar berhenti merokok.

sakit 1.sihatPesakit itu sudah dibenarkan pulang ke rumah.

saksama 1.zalimSultan Iskandar seorang yang adil dan saksama.

salah 1.betulJawapan yang diberikannya salah.

salut 1.bukaIbu menyalut buku adik dengan kertas plastik.

sama 1.bezaWarna bajunya sama dengan baju anak jirannya.

samar 1.terangKeadaan di dalam bilik itu samar-samar.

T

taat 1.derhakaDia amat taat pada ibu bapanya.

tahan 1.lepasBanduan itu telah dibebaskan dari tahanan.

tahniah 1.takziahIbu mengucapkan tahniah kepada abang yang berjaya menamatkan pengajiannya dengan cemerlang.

tajam 1.tumpulAbah mengasah parang itu sehingga tajam.

takut 1.beraniDia ketakutan melihat harimau liar di Zoo Negara.

tamat 1.mulaPerlawanan bola sepak itu sudah tamat.

tambah 1.kurangBerat badannya semakin bertambah sejak berhenti bersukan.

tampan 1.hodohLelaki tampan itu seorang yang budiman.

tangkap 1.lepasPolis itu berjaya menangkap penjenayah itu.

tidur 1.jagaDia tertidur di dalam kelas.

Uubah 1.tetapDia tidak dapat mengubah tulisannya yang cakar ayam itu.

umpat 1.pujiJiran saya sering mengumpat orang lain.

undang 1.halauDia mengundang saya ke majlis perkahwinan adiknya.

undur 1.maraDia mengundurkan keretanya dari bahu jalan.

untung 1.rugiPerniagaan kayu jatinya amat menguntungkan.

usang 1.baruRumah usang itu akan dirobohkan tidak lama lagi.

usir 1.jemputDia mengusir anjing liar itu.

utama 1.remehIsu disiplin adalah perkara utama yang akan dibincangkan dalam mesyuarat itu.

utara 1.selatanNegeri Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia.

uzur 1.sihatNenek sudah lama terlantar uzur di hospital.

W

wafat 1.hidupSelepas Rasulullah wafat, Saiyidina Abu Bakar telah dilantik menjadi Khalifah.

wajib -1.haramKita wajib mematuhi peraturan jalan raya ketika menggunakan jalan raya.

wangi 1.busukBedak wangi itu mahal harganya.

wanita 1.lelakiWanita itu ibu mertuanya.

waras 1.gilaFikirannya masih waras walaupun usianya telah lanjut.

waspada 1.lekaKita perlu berwaspada apabila berbual-bual dengan orang yang tidak dikenali.

waswas 1.yakinDia berasa waswas dengan promosi jualan penghabisan stok itu.

wira 1.wirawatiWira-wira negara akan diraikan ketika sambutan hari kemerdekaan pada bulan Ogos nanti.

Z

zahir 1.batinRakyat Malaysia sentiasa memohon maaf zahir dan batin pada musim perayaan.

zalim 1.adil 2.berperikemanusiaanRakyat membenci raja yang zalim.