kambi t

10
B. SAMBUNGAN T / KAMBI T 1.0 PENGENALAN Kimpalan Arka Tungsten Gas (TIG) merupakan salah satu proses penyambungan logam menggunakan haba dari arka kimpalan yang dijana oleh kuasa elektrik dengan penggunaan gas tertentu bagi mendapatkan kekuatan sambungan yang baik. Dalam bengkel kimpalan TIG, pelajar dikehendaki untuk menghasilkan beberapa jenis sambungan asas yang terdiri daripada bahan kerja iaitu logam dan aluminium serta menghasilkan sebuah projek berkumpulan dimana ia memerlukan pelajar mengaplikasikan segala kemahiran dan teknik yang telah dipelajari dalam kimpalan TIG. Bahan Kerja : a) Keluli lembut (Mild Steel) Alatan dan perkakasan: a) Mesin Kimpalan TIG b) Elektod c) Rod Penambah d) Silinder Gas e) Pembaris keluli f) Berus Dawai g) Penggarit

Upload: eizanie-muhamad

Post on 17-Dec-2015

59 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

tig

TRANSCRIPT

B.SAMBUNGAN T / KAMBI T1.0Pengenalan

Kimpalan Arka Tungsten Gas (TIG) merupakan salah satu proses penyambungan logam menggunakan haba dari arka kimpalan yang dijana oleh kuasa elektrik dengan penggunaan gas tertentu bagi mendapatkan kekuatan sambungan yang baik. Dalam bengkel kimpalan TIG, pelajar dikehendaki untuk menghasilkan beberapa jenis sambungan asas yang terdiri daripada bahan kerja iaitu logam dan aluminium serta menghasilkan sebuah projek berkumpulan dimana ia memerlukan pelajar mengaplikasikan segala kemahiran dan teknik yang telah dipelajari dalam kimpalan TIG.

Bahan Kerja :a) Keluli lembut (Mild Steel)

Alatan dan perkakasan:

a) Mesin Kimpalan TIG

b) Elektod

c) Rod Penambah

d) Silinder Gas

e) Pembaris keluli

f) Berus Dawai

g) Penggarit

h) Mesin pencanai

i) Playar

2.0JENIS ALATAN TANGAN DAN KEGUNAAN

Alatan tangan dan mesinKegunaan

1) Mesin Kimpalan TIG

Mesin kimpalan TIG boleh membekalkan samada arus terus atau arus ulang alik ke elektrod kimpalan. Pemilihan jenis mesin kimpalan TIG bergantung kepada ciri-ciri kimpalan yang dikehendaki.

2) Elektod

Elektrod diperbuat daripada tungsten tulen atau aloi tungsten disebabkan takat leburnya yang tinggi. Pemilihan dimeter elektrod adalah berdasarkan faktor pemilihan arus yang digunakan, jenis logam dan juga ketebal logam yang hendak dikimpal.

3) Rod Penambah

Rod penambah digunakan bagi menguatkan sambungan kimpalan dengan mengenapkan leburan rod penambah kedalam kawah leburan.

4) Silinder Gas

Gas lengai yang biasa digunakan sebagai gas pelindung ialah gas argon, helium atau campuran gas argon dan helium.

5) Penggarit

Untuk membuat garisan atau penandaan pada benda kerja.

6) Berus Dawai

Membersihkan bahan kerja daripada kekotoran. Untuk kerja-kerja kemasan.

7) Pembaris keluli

Pembaris keluli diletakkan di atas benda kerja yang hendak diukur. Selarikan bahagian hujung pembaris dengan bahagian hujung bahan tersebut. Kemudian, tandakan menggunakan pensel atau penggarit pada sengatan ukuran yang dikehendaki

3.0LANGKAH LANGKAH KESELAMATAN

1) Pakai pelindung muka, sarung tangan dan apron semasa kerja kimpal dilakukan.

2) Pakai kasut keselamatan untuk mengelakan logam atau barang-barang jatuh atas kaki.

3) Pastikan sambungan kabel kimpalan dan kabel bumi selamat dan dalam keadaan sempurna untuk digunakan supaya tidak berlaku renjatan elektrik.

4) Pastikan kerja dilakukan dalam keadaan suasana pengudaraan yang baik dan selesa.

5) Pastikan kerja kimpalan dilakukan jauh dari bahan mudah terbakar.

6) Tutup suis mesin dan matikan pengaliran gas selepas digunakan.

7) Jangan bergurau senda semasa kerja kimpal dilakukan.

4.0PROSEDUR KERJA1. Bahan kerja dibersihkan daripada sebarang kekotoran dan minyak.

2. Bahan kerja diletakkan diatas meja kerja dan arus serta tekanan dilaraskan mengikut kesesuaian jenis logam dan tebal benda kerja. Kemudian, laraskan elektrod tungsten.

3. Kedua-dua bahagian bahan kerja dirapatkan sehingga tiada rongga pada bahagian yang akan dikimpal.

4. Mesin kimpalan dihidupkan dan proses mengimpal paku pada sebelah sisi dilakukan bagi memastikan bahan kerja tidak bergerak semasa dikimpal.

5. Proses kimpalan TIG dimulakan pada bahagian atas benda kerja sehingga selesai tanpa menggunakan rod penambah. Setelah selesai, sejukkan bahan kerja sebelum memulakan proses yang seterusnya.

6. Proses kimpalan TIG dimulakan pada sebelah lagi dengan menggunakan rod penambah.

7. Matikan suis dan tutup tekanan gas apabila kerja mengimpal selesai dan sejukkan bahan kerja.

8. Bahan kerja dibersihkan dengan menggunakan berus dawai bagi mendapatkan hasil yang lebih kemas.

5.0Gambarajah Projek

Dengan rod penambah

Tanpa rod penambah 6.0Refleksi

Proses kimpalan TIG memiliki pelbagai kelebihan dari segi kemasan permukaan dan hasil kimpalan yang lebih baik. Melalui proses kimpalan TIG dalam menghasilkan sambungan T atau kambi T, pelbagai masalah dan penambahbaikan yang telah dilakukan. Antara masalah yang di hadapi adalah untuk mengimpal antara dua plat itu. Ini kerana ruang adalah terhad. Teknik mengimpal perlu betul supaya hasil kimpal sama rata bagi kedua dua bahagian plat.

FAKULTI PENDIDIKAN

KIMPALAN TIG (SPPE2322)LAPORAN PROJEK SAMBUNGAN T

NAMANO. MATRIK

MUHAMAD EIZANIE BIN MUHAMADA11PP0145

Pensyarah: DR. YUSRI KAMIN