kajiantindakankaedahbib- contoh

19
1.0 Pendahuluan 1-1 Pengenalan Matematik dikatakan satu bidang ilmu yang berstruktur dan berhierarki. Justeruitu, konsep-konsep asas dalam matematik perlu difahami secara tersusun dan berperingkat-peringkat. Seperti yang sedia maklum, setiap aktiviti sosial manusia menggunakan matematik. Jackson P.W. (1992), dalam bukunya menyatakan bahawa Newman melihat tiga ciri utama matematik iaitu matematik disajikan dalam bentuk pola dan bolehdigunakan secara meluas dalam bidang-bidang ilmu lain. Namun, menurut kajian Aplin, N. dan J.Saunders (1996), matematik terkenal sebagai mata pelajaran yang tidak menarik, kering, sukar dan membosankan jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain. Kementerian PendidikanMalaysiakhasnya dalam kurikulum matematik memberikan kelonggarankepada guru-guruuntuk mewujudkan persekitaranyangmenyenangkan dan bermaknasemasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pada masa yang sama, guru-guru juga dipertanggungjawabkan untuk memastikanmurid- muridmenunjukkanperkembangandalammengadaptasikankemahiranmatematik secara sistematik.Menurut Huraian Sukatan MatematikSekolah Rendah, matlamatkurikulummatematiksekolahrendahadalah untuk membolehkan murid-muridmenguasaioperasiasasmatematikyang melibatkanpenambahan, penolakan, pendarabandan pembahagian. Tambahan pula, matlamat pendidikan matematik sekolah rendah adalah untuk membina dan mengembangkan kefahaman murid-murid dalam konsep dan kemahiran asas matematik. Masa depan pendidikan matematik di Malaysia bergantung sepenuhnya kepada para pendidik matematik itu sendiri. Kecemerlangan pendidikan matematik tidak mungkin berlaku, kecuali guru-guru mempunyai keyakinan penuh terhadap matematik serta perubahan pengajaran dan pembelajaran (Noraini, 1994). Pengetahuan asas yang kuat dalam bidang matematik adalah penting dalam masyarakat kita yang sedang menuju ke arah sebuah

Upload: selvadz00

Post on 15-Dec-2015

13 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kajian

TRANSCRIPT

Page 1: kajiantindakankaedahbib- contoh

1.0 Pendahuluan

1-1 Pengenalan

Matematik dikatakan satu bidang ilmu yang berstruktur dan berhierarki. Justeruitu,

konsep-konsep asas dalam matematik perlu difahami secara tersusun dan berperingkat-

peringkat. Seperti yang sedia maklum, setiap aktiviti sosial manusia menggunakan matematik.

Jackson P.W. (1992), dalam bukunya menyatakan bahawa Newman melihat tiga ciri utama

matematik iaitu matematik disajikan dalam bentuk pola dan bolehdigunakan secara meluas

dalam bidang-bidang ilmu lain. Namun, menurut kajian Aplin, N. dan J.Saunders (1996),

matematik terkenal sebagai mata pelajaran yang tidak menarik, kering, sukar dan membosankan

jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain.

Kementerian PendidikanMalaysiakhasnya dalam kurikulum matematik memberikan

kelonggarankepada guru-guruuntuk mewujudkan persekitaranyangmenyenangkan dan

bermaknasemasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pada masa yang sama,

guru-guru juga dipertanggungjawabkan untuk memastikanmurid-

muridmenunjukkanperkembangandalammengadaptasikankemahiranmatematik secara

sistematik.Menurut Huraian Sukatan MatematikSekolah Rendah,

matlamatkurikulummatematiksekolahrendahadalah untuk membolehkan murid-

muridmenguasaioperasiasasmatematikyang melibatkanpenambahan, penolakan, pendarabandan

pembahagian. Tambahan pula, matlamat pendidikan matematik sekolah rendah adalah untuk

membina dan mengembangkan kefahaman murid-murid dalam konsep dan kemahiran asas

matematik.

Masa depan pendidikan matematik di Malaysia bergantung sepenuhnya kepada para pendidik

matematik itu sendiri. Kecemerlangan pendidikan matematik tidak mungkin berlaku, kecuali

guru-guru mempunyai keyakinan penuh terhadap matematik serta perubahan pengajaran dan

pembelajaran (Noraini, 1994). Pengetahuan asas yang kuat dalam bidang matematik adalah

penting dalam masyarakat kita yang sedang menuju ke arah sebuah negara maju yang

Page 2: kajiantindakankaedahbib- contoh

berteraskan sains dan teknologi. Murid-murid kita perlu kuat terhadap konsep-konsep

matematik asas yang akan membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih

tinggi. Bagi menjamin masa depan negara, kita perlu mengkaji semula dan menggunakan

pendekatan yang lebih berkesan dalam mengajar kanak-kanak asas pemikiran tentang matematik

dari peringkat awal persekolahan.

Salah satuoperasiasas dalam matematik adalahpenolakanyang merupakansuatu

kemahiranyang sangat penting dikuasai oleh murid-muridsekolah rendah.Penolakan dibahagikan

kepada dua bentuk iaitu penolakan tanpapengumpulan semula danpenolakan

denganpengumpulan semula. Objektif pembelajaranmenyatakan bahawa

bagipenolakandenganpengumpulan semula, murid-murid perlu mendapatkan

pemahamanpenolakan sebagai: "mengambil"atau"perbezaan"antara dua kumpulanobjek.

Menurut Margaret M. Flores (2009), murid-murid mengalami kesulitan dalam

mempelajari matematik apabila mereka gagal memahami cara menyelesaikan soalan penolakan

dengan pengumpulan semula. Secara amnya, apabila guru menggunakan cara traditional semasa

proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid mungkin tidak dapat memperolehipemahaman

yang betul tentangkonsep yang dibelajar. Mohd.

SapiyanBabadanThanaletchumiDarmalingam(2003),mendakwa bahawakaedahtradisionaldalam

proses pengajaranmengabaikanpemahaman murid-murid dimana iahanya

menekankanpadapenghafalandanpengaplikasianformula tanpa sebarang penjelasan.

Berdasarkan pengalaman pengajaran yang ada pada para guru , mereka dapat

memikirkan cara yang ideal bagi membantu murid memahami dan mempelajari sesuatu tajuk

dalam pembelajaran.Kaedah yang digunakan amat bersesuaian dengan tahap murid dan menarik

minat mereka untuk mempelajari tajuk tersebut.Hasil kajian tidak hanya berjaya menyelesaikan

masalah kefahaman murid sebaliknya dapat mencipta suatu teknik yang baru bagi menambah

kepelbagaian dalam menyelesaikan masalah matematik.

Page 3: kajiantindakankaedahbib- contoh

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Berdasarkan pemerhatian dan analisis hasil evidens pentaksiran berasaskan sekolah

(PBS) , didapati bahawa 14 daripada 37 orang murid Tahun 2 Usaha , tidak dapat menjawab ke

semua soalan tolak dengan mengumpul semula melibatkan bentuk lazim. Ketika menjawab

soalan tolak dengan kumpul semula melibatkan bentuk lazim, kebanyakan murid menolak

nombor di bawah dengan nombor di atas kerana nombor di atas adalah lebih kecil berbanding

nombor di bawah. Contoh, Rajah 1.1

Rajah 1.1: Kesilapan Murid

Selain itu, semasa di dalam kelas mereka juga dilihat kurang memberi tumpuan dengan

bermain, mengganggu rakan dan berkhayal ketika guru mengajar. Bedasarkan masalah tersebut,

saya telah mencari punca yang menyebabkan kegagalan mereka dalam menyelesaikan masalah

tolak dengan mengumpul semula melibatkan bentuk lazim.

Masalah murid tidak dapat menyelesaikan soalan penolakan matematik yang melibatkan

pengumpulan semula telah membangkitkan semangat saya untuk membantu murid-murid

tersebut menguasai topik penolakan yang melibatkan pengumpulan semula dengan mudah dan

berkesan.

Semasa saya mengajar topik penambahan didapati murid-murid tidak menghadapi

masalah dan mereka dapat menyelesaikan soalan penambahan nombor bulat hingga 1000.Topik

penambahan nombor bulat hingga 1000 yang saya ajar pada murid-murid tahun 2 Usaha telah

mencapai objektif dan saya amat gembira dengan keputusan tersebut berdasarkan latihan

didalam buku tulis dan buku aktiviti.

554-347213

7 – 4 = 3

Page 4: kajiantindakankaedahbib- contoh

Apabila saya mengajar topik penolakan iaitu selepas topik penambahan, murid-murid

masih dapat memahami konsep penolakan iaitu pengurangan dari jumlah yang besar menjadi

kecil berdasarkan latihan lembaran kerja dan buku akatiivti.Namun apabila saya meneruskan

pengajaran topik penolakan dengan mengumpul semula didapati ramai murid tidak mampu

untuk menyelesaikannya . Kesilapan ini dapat dikesan melalui latihan yang diberikan di papan

tulis.Saya telah meminta beberapa orang murid tampil ke hadapan kelas bagi menyelesaikan

contoh soalan bagi operasi penolakan dengan mengumpul semula . Mereka mengambil masa

yang agak lama untuk berfikir , akhirnya mereka lambat menyelesaikan soalan serta banyak

melakukan kesilapan.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Matematik bukan hanya digunakan oleh ahli Matematik, tetapi juga oleh semua

orang.Kita menggunakan asas matematik dalam kehidupan seharian. Ini meliputi

aktiviti ataubidang pekerjaan seperti pertukaran wang, membaca carta, mengira

diskaun, mengukurjarak, masa dan sebagainya. Kita juga mengaplikasikan

pengetahuan matematik untukmenyelesaikan masalah praktikal mahu pun masalah

berbentuk abstrak. Sewajarnyalah,kita menghargai ilmu, kemahiran dan konsep yang

telah kita pelajari di sekolah dahulu.

Kemajuan dalam bidang matematik juga dilihat sangat penting dalam mempastikan

tercapainya Wawasan 2020. Cabaran yang keenam dalam Wawasan 2020 iaitu “the

buildingof a progressive scientific society with creative and far-sighted abilities”, telah

memberiimpak yang besar, bukan sahaja kepada perkembangan silibus matematik

yang baru, tetapijuga terhadap peranan guru-guru matematik pada masa hadapan.

(Mok, 2005).Oleh itu “Guru ibarat pelita yang membakar diri untuk menerangi orang

lain” Topik tolak merupakan tajuk besar dalam matematik. Di sekolah rendah, topik

tolak digabungkan dengan tajuk-tajuk lain seperti wang, masa dan waktu serta lain-lain

lagi. kemahiran tolak telah didedahkan hingga konsep mengumpul semula.Sepatutnya,

Page 5: kajiantindakankaedahbib- contoh

apabila murid melangkah ke kelas yang lebih tinggi, pemahaman konsep semakin

mantap dan boleh dikembangkan dengan nombor yang lebih besar dan diaplikasikan

dengan tajuk-tajuk lain.

Konsep ini tidak boleh dipandang remah kerana tanpa pemahaman yang kukuh

murid akan keliru dengan kemahiran-kemahiran lain seperti membahagi, menolak

wang, menolak pecahan, menolak nombor bercampur, operasi bergabung dan lain-lain

lagi.

Kaedah alternatif merupakan salah satu cara terbaik bagi membantu murid

dalam subjek matematik. Terdapat banyak kaedah alternatif yang dipelopori oleh

pencinta matematik. Salah satu kaedah yang saya maksudkan adalah kaedah jari.

Kaedah ini telah pun dikomersial penggunaannya terutama untuk pemahaman konsep

asas. Kaedah ini memperjelas nilai nombor yang diwakili dan boleh mengurangkan

kesalahan murid semasa menolak. Murid tidak lagi keliru dengan nilai nombor. Murid

lebih yakin dalam menyelesaikan soalan tolak kerana kaedah ini terbukti lebih jelas dan

sistematikserta menggunakan bahan maujud yang ada pada tubuh badan murid..

Kaedah ini akan menambahkan lagi keyakinan serta keupayaan murid dalam

menyelesaikan soalan tolak. Selari dengan itu, mereka akan lebih berkeyakinan dan

berminat untuk mempelajari matematik.Saya berharap dengan kaedah yang telah

diajarkan dapat membantu murid-murid memahami dan menyelesaikan operasi

penolakan dengan mudah.Saya juga dapat meneruskan proses pengajaran dan

pembelajaran untuk topik yang seterusnya bagi menghabiskan standard kandungan

KSSR yang telah tiga tahun diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

( KPM ).

Page 6: kajiantindakankaedahbib- contoh

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Isu kajian

Menguasai kemahiran asas matematik merupakan satu aspek yang sangat penting bagi

seseorang murid. Hal ini kerana matematik merupakan sebahagian daripada kehidupan. Banyak

masalah dalam kehidupan hari ini yang memerlukan kemahiran matematik untuk

menyelesaikannya. Contohnya, menentukan masa dan waktu, menentukan bilangan barang yang

ingin diguna, urusan jual beli di kedai dan di kantin, tambang bas dan sebagainya. Oleh itu

adalah sangat penting seseorang individu itu didedahkan dengan kemahiran-kemahiran asas

matematik agar mereka boleh menjalani kehidupan dengan lebih terancang dan sempurna.

  Oleh yang demikian, seseorang pendidik memainkan peranan yang penting dalam

menyampaikan sesuatu maklumat secara berkesan kepada murid agar murid dapat memahami

dan seterusnya mengaplikasi pengetahuan dalam masalah yang dihadapi. Menurut Wong (1987,

seperti dinyatakan dalam Azizi & Elanggovan, 2011), kebolehan matematik yang lebih tinggi

adalah bergantung kepada kebolehan yang lebih rendah, iaitu dalam bentuk hirarki. Ramai

murid tidak dapat menyelesaikan masalah atas sebab-sebab tiada penguasaan konsep yang

sebenar atau berlakunya kesalahfahaman konsep.

Page 7: kajiantindakankaedahbib- contoh

Di atas kesedaran betapa peri pentingnya kemahiran asas bagi murid-murid, saya

terpanggil untuk membuat kajian terhadap masalah kemahiran asas matematik. Fokus kajian

saya adalah mengenai tajuk tolak hingga 1000 yang melibatkan murid Tahun 2.

Melalui pemerhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran ,saya mendapati murid-

murid hilang minat untuk menyelesaikan soalan penolakan dengan mengumpul

semula.Kebanyakan mereka menyatakan soalan yang diberi terlalu susah dan mereka malas

untuk menyelesaikannya.Mereka juga cuai semasa menyelesaikan operasi penolakan dengan

mengumpul semula.

Saya juga telah menjalani satu temu bual dengan mereka.Hasil temu bual tersebut

murid-murid telah meluahkan perasaan mereka terhadap topik penolakan dengan mengumpul

semula..Masalah ini jelas dapat dilihat melalui lembaran kerja ,latihan buku kerja dan aktiviti di

papan tulis.Saya terfikir bahawa murid-murid akan berminat untuk belajar sekiranya mereka

bergerak didalam kelas dan tidak duduk sahaja sepanjang proses pengajaran dan

pembelajaran.Oleh sebab itusaya mengambil inisiatif menggunakan kaedah jari supaya

membolehkan murid-murid melibatkan diri secara aktif didalam kelas dengan menggerakkan

jari tangan dan bukan hanya duduk dan mendengar penjelasan guru tanpa berbuat apa-apa.

Berdasarkan masalah tersebut , saya cuba membantu murid Tahun 2 Usaha , dalam

menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka dengan memperkenalkan kaedah jari untuk

menolak nombor dengan mengumpul semula menggunakan bentuk lazim.Saya telah mengesan

lima orang murid dari tahun 2 Usaha sebagai sampel kajian dalam penyelidikan kajian tindakan

ini.Kelima-lima orang murid ini mempunyai masalah dalam pembelajaran seperti sering

melakukan kesilapan , tidak menjawab soalan dalam latihan yang diberi , tidak menyelesaikan

soalan dengan cara yang betul.Oleh itu saya telah memperkenalkan kaedah jari bagi membantu

murid menjawab soalan penolakan dengan mengumpul semula.

2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian

Page 8: kajiantindakankaedahbib- contoh

Matlamat wawasan negara dapat direalisasi melalui masyarakat yang berilmu, berpengetahuan

dan berketrampilan mengaplikasi pengetahuan Matematik. Antara usaha ke arah mencapai

wawasan ini adalah dengan memastikan masyarakat membudayakan matematik dalam

kehidupan seharian. Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan

perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Oleh yang demikian, kemahiran Matematik

perlu diterapkan dari awal lagi iaitu dari sekolah rendah.

Pendidikan di sekolah rendah adalah pendidikan asas. Kurikulum Matematik telah

direkabentuk bagi membolehkan semua murid-murid memperoleh kemahiran, pengetahuan dan

nilai-nilai dalam pendidikan Matematik. Setiap murid dirangsang dan dibimbing untuk

menguasai kemahiran asas Matematik dan pada masa yang sama membentuk murid supaya lebih

kreatif. (Sukatan Pelajaran KBSR Matematik,2012)

Masa depan pendidikan Matematik di Malaysia bergantung sepenuhnya kepada para

pendidik Matematik itu sendiri. Kecemerlangan pendidikan Matematik tidak mungkin berlaku,

kecuali guru-guru mempunyai keyakinan penuh terhadap matematik serta perubahan pengajaran

dan pembelajaran (Noraini, 2001).

Oleh yang demikian, sebelum kita membuat keputusan untuk mengkaji, para guru

perlulah terlebih dahulu mengesan kesukaran dan kesilapan yang dihadapi oleh murid. Noraini

Idris (2001) menyatakan penilaian dalam bilik darjah boleh mengesan kesukaran dan kesilapan

yang di hadapi pelajar. Maklum balas ini boleh memberi gambaran pencapaian oleh murid

untuk diperbetulkan khususnya kepada guru dalam merancang aktiviti pemulihan untuk murid

yang memerlukannya.

Dalam kajian Janting anak Ringkai (2005), kaedah jari sesuai digunakan kerana ianya

dekat dengan murid dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja.Kaedah jari boleh menjadi

peransang kepada otak untuk berlatih berfikir dengan lebih cepat sebagai perkembangan dalam

Page 9: kajiantindakankaedahbib- contoh

diri murid-murid dan seterusnya mereka mungkin tidak perlu lagi menggunakan kaedah jari

sebaliknya mencongak untuk menyelesaikan masalah penolakan.

Dalam kajian Chua ( 2005) , menyatakan kaedah jari ini senang digunakan oleh murid

kerana pada peringkat awal murid mudah hilang fokus..Apabila mereka menggunakan kaedah

jari penumpuan mereka untuk menyelesaikan masalah Matematik meningkat .Menurut Chieng

( 2011 ), murid-murid sering didedahkan kepada pembilangan nombor dengan jari bermula dari

nombor 1 hingga 10 sejak kecil lagi.Ini kerana kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui apa

yang dapat disentuh , dirasai dan dilihat.Tinjauan literatur mendapati bahawa kaedah jari dapat

dipelbagaikan dengan merujuk kepada kemahiran yang hendak diajar.Bagi topik penolakan ,

trdapat tiga jenis kaedah yang boleh digunakan.Yang paling umum adalah mengira ke hadapan

dan mengira ke belakang.Dalam penyelidikan tindakan ini , saya telah memilih kaedah jari

mengira atau menolak ke belakang kerana berpendapat kaedah ini sesuai dengan murid-murid

saya.Kaedah jari juga membolehkan murid menggunakan tenaga mereka secara positif , iaitu

menggunakan jari mereka untuk menyelesaikan soalan penolakan dengan mengumpul semula.

Westreich (2002) , telah menjalankan satu kajian tentang prinsip kinestetik dalam

pembelajaran Matematik .Beliau mendapati bahawa melalui aktiviti pembelajaran yang

melibatkan prinsip kinestetik , murid telah menunjukkan perkembangan yang positif.Ini kerana

penggunaan kaedah jari telah menerapkan prinsip kinestetik.

Kajian Gan (2007) , melaporkan bahawa kaedah jari berjaya membantu muridnya

menguasai kemahiran penolakan fakta asas.Kajian Janting anak Ringkai (2005) juga mendapati

bahawa murid-murid lebih seronok menghafal sifir dengan menggunakan jejari tangan.Saya

turut menggunakan kaedah jari dalam kajian ini tetapi telah diubah suai , sesuai dengan murid

saya.Kaedah jari ini mungkin kecil pada pandangan orang lain namun besar ertinya bagi murid-

murid dalam membantu mereka menyelesaikan masalah Matematik kerana keupayaan seseorang

individu adalah berbeza.

Page 10: kajiantindakankaedahbib- contoh

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Umum Kajian

KajiantindakaninidijalankanuntukmelihatsejauhmanapenguasaanmuridTahun 2 yang

tidakmenguasaikemahiranmenolakdenganmengumpulsemulamenggunakan

bentuklazim.

3.2 Objektif Khusus Kajian

Selain daripada mengkaji objektif umum tersebut, kajian ini juga dijalankan untuk :

a. Melatih murid melakukan operasi tolak dengan mengumpul semula menggunakan

bentuk lazim.

b. Meningkatkan keupayaan murid menolak dengan mengumpul semula dengan

menggunakan kaedah jari.

3.3 Soalan Kajian

Setelah meneliti objektif-objektif kajian yang telah dinyatakan, beberapa persoalan yang

boleh ditimbulkan melalui kajian ini ialah :

a. Adakah kaedah ‘jari’ berkesan terhadap pengajaran guru bagi tajuk tolak dengan

mengumpul semula menggunakan bentuk lazim?

b. Adakah kaedah ‘jari’ dapat membantu murid yang tidak menguasai menyelesaikan

soalan tolak dengan mengumpul semula melibatkan bentuk lazim dengan tepat?

Page 11: kajiantindakankaedahbib- contoh

4.0 KUMPULAN SASARAN

Responden-responden yang telah ditentukan bukanlah dipilih secara rawak. Malahan,

mereka yang dipilih adalah daripada kumpulan murid yang tidak menguasai kemahiran iaitu

mereka tidak dapat melakukan operasi asas tolak bagi sebarang dua nombor bulat hingga tiga

digit dengan mengumpul semula. Responden adalah terdiri daripada 15 daripada 33 orang

murid Tahun Dua, iaitu tujuh orang murid lelaki dan lapan orang murid perempuan.

Jadual 4.1 : Bilangan Murid dari Segi Jantina

Jantina Bilangan Murid

Lelaki 7

Perempuan 8

Jumlah 15

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

Kaedah kajian tindakan yang dilaksanakan ialah kaedah ‘jari’ . Kajian ini dilaksanakan

mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti berikut:

5.1 Mengenal pasti murid yang tidak menguasai

Pada peringkat permulaan, saya membuat pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)

terhadap murid-murid Tahun Dua mengenai kemahiran asas menolak bagi sebarang dua nombor

bulat hingga tiga digit. Lima belas orang murid didapati mengalami masalah untuk

menyelesaikan masalah tolak.

Page 12: kajiantindakankaedahbib- contoh

5.2 Ujian Pra

Tujuan ujian pra dijalankan adalah untuk memahami tahap kefahaman murid-murid

terhadap operasi tolak. Di samping itu, saya juga membuat analisis ke atas murid-murid untuk

memahami masalah yang dihadapi dan mengenal pasti miskonsepsi yang dialami oleh mereka.

Dalam ujian pra ini, saya telah menyediakan sepuluh soalan yang melibatkan operasi tolak

dengan mengumpul semula seperti yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Matematik Tahun

Dua, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

5.3 Cara-Cara Penolakan dengan Mengumpul Semula.

Sebelum saya memulakan kajian ini , saya telah memulakan langkah pertama iaitu,

mengedarkan latihan operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula.Sayatelah

memperuntukan masa selama dua puluh minit untuk menyiapkan latihan tersebut.Murid-murid

dikehendaki menyelesaikan soalan penolakan dengan mengumpul semula mengikut kaedah yang

telah dipelajari.Kaedah yang biasa dipelajari oleh murid ialah dengan meminjam dari rumah

sebelah contohnya rumah puluh atau ratus.Setelah murid selesai menjawab soalan operasi tolak

dengan mengumpul semula tersebut , saya telah menyemak hasil kerja mereka.Di dapati masih

ramai murid tidak boleh menjawab dengan betul.

Murid telah diajar menolak dengan menggunakan kaedah jari bagi operasi mengumpul

semula.Semasa saya mengajar menggunakan kaedah jari ,saya menekankan kepada murid

supaya berhati-hati semasa menolak dan murid perlu menyusun nombor dalam bentuk lazim

dengan jelas mengikut nilai tempat .Saya tegaskan pada murid supaya selalu memulakan

menulis nombor bermula dari rumah ‘sa’.Murid perlu menguasai konsep nilai tempat dahulu

sebelum mereka dapat menyelesaikan operasi tambah dan tolak.

Langkah-langkah berikut merupakan langkah pelaksanaan tindakan saya untuk kajian ini.

Page 13: kajiantindakankaedahbib- contoh

Jadual 5.1 : Langkah pelaksanaan Tindakan

Langkah Pelaksanaan

1. Murid menetukan nilai tempat bagi setiap digit nombor.

2. Pada nilai tempat ‘sa’ : Murid perlu menentukan sama ada nombor pada

bahagian atas cukup untuk menolak nombor pada bahagian bawah.

6 10

Contoh : 7 5

- 8

____

3. Murid melakukan pengumpulan semula dengan meminjam sebanyak 10 dari

rumah ‘puluh’.

4. Nilai ‘satu puluh’ yang dipinjam dari rumah puluh akan diberi kepada rumah

‘sa’.sebanyak sepuluh.Satu puluh tersebut mewakili 10 jari murid.Murid akan

menutup 8 jari dan jari yang terbuka adalah 2.Selepas itu murid diminta untuk

tambah dengan 5 dengan cara membuka 5 jari dari 8 jari yang telah ditutup tadi.

5. Murid diminta mengira berapakah bilangan jari yang telah terbuka.Murid akan

mendapati terdapat 7 jari yang terbuka. Maka itulah jawapannya.

6. Murid meneruskan soalan dengan mencari jawapan pada nilai tempat puluh.

Nombor atas

Nombor bawah

Page 14: kajiantindakankaedahbib- contoh

5.4 Prosedur Tindakan

5.4.1 Fasa Perancangan

Pada peringkat ini saya telah melakukan langkah-langkah dalam mengenalpasti masalah

sehingga persediaan dalam menjalankan strategi tindakan bagi meningkatkan penguasaan murid

terhadap topik tolak dengan mengumpul semula.Berikut adalah langkah-langkah yang dilakukan

dalam kajian ini.

a) Saya telah melakukan tinjauan berhubung masalah yang dihadapi oleh murid

Tahun 2 Usaha semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik

tolak dengan mengumpul semula.

b) Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran saya dapat mengenalpasti masalah yang

berlaku iaitu murid teragak-agak untuk melakukan pengumpulan semula.Kebanyakan

daripada mereka akan melakukan penolakan nombor yang lebih besar tanpa meminjam

dari rumah “puluh”.

c) Bagi mendapatkan maklumat seterusnya dengan lebih jelas , saya telah melakukan

analisis dokumen dengan membuat pemeriksaan terhadap latihan di dalam buku tulis dan

buku kerja.

d) Seterusnya saya telah menetapkan objektif dan persoalan kajian bagi menyelesaikan

masalah yang dihadapi.Saya juga memastikan penetapan objektif dan persoalan kajian

ini relevan dengan masalah yang telah di kenalpasti bagi melakukan penambahbaikan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Antara objektif utama yang ditetapkan adalah

membantu murid menguasai kemahiran operasi tolak yang melibatkan pengumpulan

semula melalui kaedah jari dan murid dapat menyelesaikan masalah penolakan dengan

pengumpul semula dengan lebih mudah.

e) Saya juga telah memikirkan kaedah yang sesuai untuk membantu murid menguasai

kemahiran operasi tolak dengan pengumpulan semula dengan mudah menggunakan

kaedah jari.Saya juga telah merancang langkah-langkah dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dilakukan berdasarkan kaedah penggunaan jari bagi merangsang

kefahaman dan minat murid.

Page 15: kajiantindakankaedahbib- contoh

5.4.2 Fasa Tindakan

Saya akan melaksanakan kaedah yang dipilih terhadap murid-murid yang menjadi kumpulan

sasaran.Dalam proses pelaksanaan itu nanti saya akan menerangkan kaedah penggunaan jari

langkah demi langkah kepada murid –murid yang telah dikenalpasti.

Rajah 5.2 : Cara Penolakan Bentuk Lazim

Contoh :

i) Susunkan nilai digit dalam bentuk lazim seperti di atas

Rajah 5.3 : Cara Penolakan Dengan Meminjam

ii) Nilai 8 pada rumah “sa” lebih tinggi daripada 4 maka operasi penolakan tidak

boleh dijalankan sebaliknya murid perlu meminjam daripada rumah “puluh”

seperti ditunjukkan dalam rajah di atas.

54

- 8

4 10

54

- 8

Page 16: kajiantindakankaedahbib- contoh

iii) Selepas meminjam satu puluh dari rumah “puluh” ,saya meminta murid melihat

10 jari yang ada pada mereka.Lapan daripada jari-jari tersebut akan ditutup , maka

akan tinggal dua jari sahaja.

iv) Langkah seterusnya ialah murid diminta membuka semula jari yang tertutup tadi

sebanyak empat sahaja.

v) Jadi dari dua jari ditambah dengan empat jari ,maka bilangan jari yang sudah

terbuka menjadi enam jari semuanya.

5.4.3 Fasa Pemerhatian

Fasa ini dilakukan berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas.Seramai lima belas orang responden dipilih.Saya akan memilih respondan tersebut

berdasarkan analisis dokumen yang telah dilakukan berdasarkan latihan buku tulis, buku kerja

dan lembaran kerja.

Saya akan mengkhususkan pemerhatian terhadap tingkah laku respondan semasa

pelaksanaan kaedah jari semasa melakukan operasi penolakan yang melibatkan pengumpulan

semula.Rasionalnya fasa ini diadakan adalah untuk memastikan sejauh mana keberkesanan

kaedah ini terhadap murid yang berpencapaian rendah di dalam akademik.Hasil pemerhatian

mendapati murid melibatkan diri secara aktif semasa aktiviti berlangsung.

5.4.4 Fasa Refleksi

5.2.1 Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan ( Carta Gantt) (Jun 2014 Hingga Mei 2015)

Page 17: kajiantindakankaedahbib- contoh

Item/ Bulan Jun JulOgo

sSept Okt

No

v

Di

sJan Feb

Ma

cApr Mei

Kuliah dan perbincangan

dengan pensyarah

pembimbing

Perbincangan awal

dengan penyelia kajian

Serahan draf kertas

cadangan

Mengenal pasti

responden dengan kajian

Serahan kertas cadangan

Ujian pra

Pemerhatian dan pelaksanaan

Ujian pasca

Analisis data

Rumusan kajian

Hantar kajian

Seminar

5.2.2 Kos Kajian

BIL PERKARA KOS

1. Ujian Pra 10 x RM 0.50 = RM 5.00

2. Ujian Pasca 10 x RM 0.50 = RM 5.00

Page 18: kajiantindakankaedahbib- contoh

3. CD – penyimpanan video rakaman 1 x RM 1.00 = RM 1.00

4. Dakwat warna pencetak 1 x RM 55.00 = RM 55.00

5. Dakwat hitam pencetak 1 x RM 45.00 = RM 45.00

6. Kertas A4 1 x RM 8.50 = RM8.50

JUMLAH RM 119.50