kajian tindakan meningkatkan kemahiran murid...

3
KAJIAN TINDAKAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN 6 KEMAHIRAN OPERASI BERGABUNG MELIBATKAN PERPULUHAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Di Malaysia matematik, adalah satu mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Sukatan pelajaran matematik telah diubah suai mengikut kehendak selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaa (FPK). Pengajaran dan pembelajaran matematik KBSR memberi tumpuan khas kepada penerapan nilai murni dalam masyarakat Malaysia, memperkembangkan kemahiran penyelesaian masalah, menekankan keseimbangan di antara kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran. Matematik merupakan ilmu yang sentiasa mengalami anjakan paradigma apabila unsur-unsur baru dimasukkan ke dalam sukatan pelajarannya bagi memenuhi kehendak dan cabaran masa hadapan murid. Pengajaran dan pembelajaran matematik berasas (KBSR) dan yang terkini Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) perlulah dirancang dan dikendalikan dengan berkesan bagi mewujudkan suatu pengalaman pembelajaran yang bermakna serta berkesan bagi murid-murid. Pengalaman, kebolehan, minat, daya dan gaya setiap murid perlu diambil kira dan diberi perhatian. Maklamat pendidikan matematik sekolah rendah ialah untuk membina dan mengembangkan kefahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira (Kementerian Pendidikan Malaysia 1995). Comment [LWH1]: Tidak jelas. Nyatakan teknik yang digunakan. Cth Penggunaan teknik ABC dalam membantu murid ....... Comment [LWH2]: Tukarkan format semua perenggan yang lain (left margins) supaya seperti perenggan ini Comment [LWH3]: Apa maksud matematik berasas? Comment [LWH4]: Buat rujukan kepada salinan kurikulum yang terkini. 1995 hingga sekarang sudah banyak perubahan

Upload: leanh

Post on 11-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN TINDAKAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID …eduideas.weebly.com/uploads/4/7/4/4/4744396/komen_sampel_1.pdf · KAJIAN TINDAKAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN ... pemahaman murid dalam

KAJIAN TINDAKAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN 6

KEMAHIRAN OPERASI BERGABUNG MELIBATKAN PERPULUHAN

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Di Malaysia matematik, adalah satu mata pelajaran teras dalam Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Sukatan pelajaran matematik telah diubah suai

mengikut kehendak selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaa (FPK).

Pengajaran dan pembelajaran matematik KBSR memberi tumpuan khas kepada

penerapan nilai murni dalam masyarakat Malaysia, memperkembangkan kemahiran

penyelesaian masalah, menekankan keseimbangan di antara kefahaman konsep dan

penguasaan kemahiran.

Matematik merupakan ilmu yang sentiasa mengalami anjakan

paradigma apabila unsur-unsur baru dimasukkan ke dalam sukatan

pelajarannya bagi memenuhi kehendak dan cabaran masa hadapan murid.

Pengajaran dan pembelajaran matematik berasas (KBSR) dan yang terkini

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) perlulah dirancang dan

dikendalikan dengan berkesan bagi mewujudkan suatu pengalaman

pembelajaran yang bermakna serta berkesan bagi murid-murid.

Pengalaman, kebolehan, minat, daya dan gaya setiap murid perlu diambil

kira dan diberi perhatian. Maklamat pendidikan matematik sekolah

rendah ialah untuk membina dan mengembangkan kefahaman murid

dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira (Kementerian

Pendidikan Malaysia 1995).

Comment [LWH1]: Tidak jelas. Nyatakan teknik yang digunakan. Cth Penggunaan teknik ABC dalam membantu murid .......

Comment [LWH2]: Tukarkan format semua perenggan yang lain (left margins) supaya seperti perenggan ini

Comment [LWH3]: Apa maksud matematik berasas?

Comment [LWH4]: Buat rujukan kepada salinan kurikulum yang terkini. 1995 hingga sekarang sudah banyak perubahan

Page 2: KAJIAN TINDAKAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID …eduideas.weebly.com/uploads/4/7/4/4/4744396/komen_sampel_1.pdf · KAJIAN TINDAKAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN ... pemahaman murid dalam

Nombor perpuluhan merupakan salah satu topik yang digolongkan

dalam bidang nombor dalam sukatan pelajaran KBSR dari tahun empat

hingga enam di sekolah. Murid telah mengenali nombor perpuluhan

dengan pecahan persepuluh, perseratus dan perseribu iaitu sehingga tiga

titik perpuluhan sahaja. Pelajar juga didedahkan dengan operasi asas

melibatkan tempat perpuluhan yang lebih besar lagi.

Pemahaman konsep nombor perpuluhan sangat penting bagi murid

untuk meneruskan pembelajaran matematik yang berikutnya seperti

perkaitan nombor perpuluhan dengan topik pecahan dan topik wang.

Menurut Skemp (1997), pembelajaran suatu konsep matematik perlu dan

penting untuk dilaksanakan dalam suatu proses pengajaran dan

pembelajaran. Kesilapan konsep matematik adalah jawapan yang

diperolehi guru dalam mengenal pasti punca-punca kelemahan murid

dalam suatu topik matematik. Murid sering memperoleh tahap pencapaian

yang rendah dalam topik nombor perpuluhan. Pembelajaran nombor

perpuluhan sukar difahami dan dianggap sukar oleh murid-murid. Ini

adalah disebabkan oleh murid keliru dengan cara penyebutan nombor

perpuluhan dan mengalami masalah dalam istilah matematik. Kegagalan

memahami konsep dalam sesuatu topik merupakan faktor utama dalam

pencapaian matematik. Oleh sebab itu, kegagalan pelajar dalam

menguasai konsep nombor perpuluhan merupakan faktor penghalang

pemahaman murid dalam topik ini. Kajian ini bertujuan untuk

mengenalpasti masalah pejalar dalam penyelesaian yang membabitkan

penambahan nombor perpuluhan dan penolakan nombor perpuluhan. Comment [LWH5]: Ini jelas BUKAN kajian tindakan

Page 3: KAJIAN TINDAKAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID …eduideas.weebly.com/uploads/4/7/4/4/4744396/komen_sampel_1.pdf · KAJIAN TINDAKAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN ... pemahaman murid dalam

Kajian memberi focus dalam pengenalpastian terhadap cara ataupun

kaedah yang digunakan oleh pelajar dalam penyelesaian melibatkan

nombor perpuluhan. Tumpuan kajian ini juga bertujuan mengenalpasti

tahap kefahaman pelajar berkaitan dengan nombor perpuluhan ini. Hal ini

dikaji berdasarkan cara-cara pelajar ini menyelesaikan soalan – soalan

melibatkan operasi tambah dan tolak. Kajian ini juga dapat mengenalpasti

samada pelajar memahami konsep perpuluhan ataupun hanya mengetahui

cara penyelesaian yang sering diberi latih tubi oleh guru.

1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran

Sekolah ini adalah sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang

terletak di luar bandar dan ia mempunyai 109 orang pelajar 12 orang.

Murid-murid di sekolah ini terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Cina,

Melayu dan Siam. Dalam sekolah ini hanya terdapat satu kelas bagi setiap

tahun dan bilangan murid tahun enam ialah 24 orang murid.

Saya merupakan seorang guru matematik bagi murid-murid tahun

enam. Murid-murid tersebut akan menghadapi peperiksaan Ujian

Pencapain Sekolah Rendah (UPSR) pada bulan Setemper ini. Oleh itu,

saya telah mengajar dan menghabiskan semua topik yang berada dalam

sukatan pelajaran matematik. Saya mendapati bahawa sebahagian murid

sentiasa memberi jawapan yang salah dalam buku latihan mereka. Murid-

murid tersebut juga tidak dapat menguasai topik perpuluhan dalam

peperiksaan percubaan UPSR.

Oleh itu, saya membuat keputusan menjalankan kajian ini.

Comment [LWH6]: Sudah tentu ini merupakan kajian yang telah dibuat oleh orang lain dan tidak sesuai untuk anda

Comment [LWH7]: Refleksi pdp perlu ada 2-3 isu, lebih baik jika ada 3 isu. Di sini anda hanya dapat kenal pasti 1 isu sahaja

Comment [LWH8]: Isu 1.