tesis 2 meningkatkan kemahiran penggunaan huruf besar bagi murid dipermulaan ayat dan kata nama khas

32
[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN] FCE3900 MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN HURUF BESAR BAGI MURID DIPERMULAAN AYAT DAN KATA NAMA KHAS TAHUN 5 RESTU BAB 1 1.1 PENGENALAN Kemahiran menulis merupakan kemahiran Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan tentang kemahiran menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah di luar Bandar (Abdul Rasid Jamian, 2011) Kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi antara kemahiran membaca dan menulis, keupayaan menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian kemahiran membaca dan menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu (Abdul Rasid Jamian). Menurut Abdul Rasid dan Zulkifli(2008), masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan 1 | Page

Upload: jinchow

Post on 17-Dec-2015

247 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

hkh

TRANSCRIPT

PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN]FCE3900

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN HURUF BESAR BAGI MURID DIPERMULAAN AYAT DAN KATA NAMA KHASTAHUN 5 RESTUBAB 11.1 PENGENALANKemahiran menulis merupakan kemahiran Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan tentang kemahiran menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah di luar Bandar (Abdul Rasid Jamian, 2011) Kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi antara kemahiran membaca dan menulis, keupayaan menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian kemahiran membaca dan menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu (Abdul Rasid Jamian).Menurut Abdul Rasid dan Zulkifli(2008), masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya.

Levin (1987) yang dikutip oleh Noraini Ombi (2009), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor halus menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang pensel, memasang butang baju dan menyusun manik. Kanak-kanak yang menghadapi dyspraxia motor halus menunjukkan kelemahan dalam koordinasi motor. Kanak-kanak ini tidak berupaya mengawal saraf memegang dan menggerakkan pensel secara stabil. Kanak-kanak yang tidak menggunakan motor halus ketika menulis menyebabkan cengkaman pensel yang tidak kuat. Mereka sebenarnya menggunakan lengan dan pergelangan tangan dan bukan jari untuk menulis.

Sasson (19930 pula mendapati guru kurang memberi penekanan kepada pengajaran menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul, menulis huruf mengikut pergerakan yang betul, menentukan saiz huruf dan menentukan ruang antara huruf dan perkataan. Kanak-kanak sepatutnya didedahkan kepada kaedah menulis yang betul pada peringkat awal lagi supaya kanak-kanak minat untuk melahirkan idea melalui tulisan yang cantik dan penuh dengan kesenian.Brenna (1995) pula menyatakan kanak-kanak cenderung untukmemanipulasikan pengetahuan yang mereka ada untukmenyelesaikan sesuatu masalah.Contohnya, seperti ketika mereka berhadapan dengan masalah hurufterbalik, iaitu memberikan jawapan alternatifb kepadap yang ditunjukkan. Selain dari masalah kekeliruan huruf terbalik, kekeliruan jenis imej cermin juga wujud dan contoh kekeliruan yang sering didapati adalah kekeliruan antara huruf b dengan huruf ddan hurufp dengan q ( Higgins et al.1996).

Satu analisis menunjukkan bahawa satu kajian telah dibuat untuk kanak-kanak tadika oleh Popp (1964) melaporkan bahawa mereka mengalami kesukaran memadankan bentukhuruf kecil seperti u, q, d, h, p, v, b, c, f, l, j dan k.Kajian Popp (1964) jugamenunjukkan kanak-kanak tadika juga mengalami kekeliruan abjad dalam usaha memadankan bentuk-bentuk huruf kecil seperti b-d,p-q, b-q, dan d-p yang dinamakan masalah pembalikan huruf (reversal of letters).

Merujuk pada pandangan tokoh yang telah dinyatakan di atas, saya dapati perkara yang dijelaskan ini sama dengan masalah yang saya hadapi. Saya menghadapi masalah murid yang tidak menggunakan huruf besar di tempat yang betul. Walaupun setiap kali pengajaran dan pembelajaran dalam kelas saya akan sentiasa mengingatkan murid tetapi masih tetap ada juga kesilapan yang dibuat oleh murid. Murid tidak dapat membezakan kata nama am dan kata nama khas.

Sehubungan dengan itu, pendidikan Bahasa Melayu masa kini tertumpu pada usaha menguasai kemahiran, bukannya pengetahuan. Satu daripada kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar ialah kemahiran menggunakan huruf besar. Kegagalan menguasai kemahiran ini boleh mencacatkan mutu penulisan mereka, khususnya dalam peperiksaan berpusat seperti UPSR.1.2 PENYATAAN MASALAHKegagalan mengusai sesuatu kemahiran dalam penyelidikan bahasa Melayu pada peringkat tahap satu akan memberi kesan negatif pada peringkat tahap dua. Pemerhatian menunjukkan bahawa banyak pelajar tahap 2 belum menguasai beberapa kemahiran yang sepatutnya dikuasai oleh murid pada tahap satu. Antaranya ialah kemahiran menggunakan huruf besar. Pelajar melakukan pelbagai kesilapan seperti tidak menggunakan huruf besar di tempat yang sepatutnya. Pelajar mungkin juga menggunakan huruf besar pada tempat yang perlu menggunakan huruf kecil sahaja seperti Rajah 1

Rajah 1

Kemahiran menggunakan huruf besar kelihatan seperti masalah yang kecil sahaja. Akibatnya pelajar mengabaikan perkara ini dalam penulisan mereka. Oleh itu, penyelidik berusaha mengesan sebab-sebab yang menjadi punca pelajar mengabaikan kemahiran ini. Diharapkan guru dapat mengubahsuai kaedah pengajaran mereka bagi mengatasi masalah ini.Berdasarkan pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di dalam kelas terdapat dua fenomena yang menyebabkan berlakunya masalah ini. Pertama pelajar hanya menggunakan kemahiran ini ketika proses pembelajaran. Kesilapan tetap berulang kerana mereka hanya membetulkan kesilapan apabila ditegur. Kedua, pelajar tidak tahu membezakan kata nama am dan kata nama khas. Akibatnya mereka tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya melakukan kesilapan.1.3 LATAR BELAKANG KAJIANBerpengalaman 14 tahun mengajar murid Tahap 2 membuatkan saya rasa pengalaman yang selama ini saya simpan begitu berharga. Bermula dengan sukatan pelajaran yang mudah bagi murid tahun 5 sehinggalah ke zaman era perubahan sukatan yang begitu ketara. Namun setiap kali latihan di dalam kelas, ujian atau peperiksaan, murid yang bijak pun kadangkala cuai dengan penggunaan huruf besar dan tanda bacaan yang betul.Soalan kegemaran para guru setiap kali latihan adalah Salin semula ayat-ayat di bawah menggunakan tanda baca di tempat yang sesuai. Di samping itu, kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar dan tanda bacaan secara tidak langsung akan mengurangkan markah kerana markah akan dipotong untuk setiap kesalahan tersebut, Saya mengambil satu daripadanya untuk dipertingkatkan penguasaannya iaitu penggunaan huruf besar dan tanda bacaan. Jika murid menulis ayat tanpa penggunaan huruf besar sekurang-kurangnya di permulaan ayat terutama dalam penulisan bahagian A iaitu memerlukan murid membina 5 ayat, maka kehilangan markah amat ketara.Walaupun setiap kali sebelum mula menulis saya mengulangi ungkapan yang sama iaitu permulaan ayat dan nama khas mesti ditulis dengan huruf besar tetapi kadangkala murid leka dan menganggapnya tidak penting. Oleh itu, saya menjalankan kajian ini untuk mengatasi masalah tersebut.1.4 OBJEKTIF KAJIANObjektif Umumi) Meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar.

Objektif Khususi) Meningkatkan penguasaan murid untuk menggunakan huruf besar pada permulaan ayat dan pengejaan kata nama khas.ii) Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf besar.1.5 Persoalan KajianKajian ini dibuat untuk menjawab persoalan seperti:

1. Apakah kesan penggunaan pensel warna terhadap kekeliruan penggunaan huruf besar dalam penulisan bagi murid tahun 5 Restu?

2. Bagaimanakah penggunaan pensel warna menambah baik amalan saya dalam mengatasi kekeliruan penggunaan huruf besar dalam penulisan?1.6 Definisi istilah

1. Ujian Pra

Ujian pra bertujuan mendapatkan gambaran tahap penguasaan kemahiran pelajar terhadap penggunaan huruf besar dalam penulisan bahasa Melayu.

2. Ujian Pos

Ujian pos bertujuan mengetahui pencapaian pelajar terhadap masalah yang dikaji semasa dan setelah diberi bimbingan.1.7 BATASAN KAJIANSewaktu mata pelajaran Bahasa Melayu, saya dapati masih ketara di kalangan murid Tahun 5 Restu tidak dapat menulis ayat dengan lengkap iaitu tidak menggunakan huruf besar dan tanda bacaan di tempat yang sepatutnya seperti menulis jawapan pemahaman, menyalin ayat dan sebagainya. Oleh kerana saya mengajar murid yang sama semasa Tahun 4 Restu (2013), maka agak mudah untuk saya mengesan pencapaian mereka. Situasi ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana penggunaan huruf besar dan tanda bacaan adalah penting setiap kali menulis. Kemungkinan besar jika masalah ini tidak di atasi, peratus markah dalam subjek Penulisan Bahasa Melayu Tahap 2 nanti akan terjejas. Merujuk Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5, setiap Rancangan Mingguan terdapat kemahiran menulis menitik beratkan penggunaan tanda baca. Contoh :

Aras 1 : 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.

i. Menulis perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul dan tulisan

yang cantik.

Aras 2 : 10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.

ii. Mengenal pasti dan membetulkan kesilapan ejaan perkataan dan tanda

baca dalam ayat.

Aras 3 : 9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan.

i. Mengambil imlak teks yang diperdengarkan menggunakan ejaan dan tanda

baca yang betul.

Oleh itu, saya mesti lakukan sesuatu. Saya perlu meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar melalui teknik yang dirancang.1.8 KEPENTINGAN KAJIANKajian ini mempunyai beberapa kepentingan kepada guru-guru di sekolah, kerana di sini guru memainkan peranan sebagai seorang penyelidik yang mengkaji sistem pengajaran dan pembelajarannya di kelas. Pelaksanaan kajian tindakan di dalam kelas ini bertujuan untuk:1. Meningkatkan keberkesanan pengajaran guru.

2. Meningkatkan prestasi pencapaian murid.

3. Mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar .4. Membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran.Selain bertujuan untuk menangani masalah pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan pencapaian rendah di kalangan murid.Kajian ini juga boleh dijadikan strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap cemerlang.BAB 2

2.1 SOROTAN LITERATUR

Kamaruddin Hj. Husin (1988) menyatakan bahawa Tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Ketika tulisan itu dibunyikan semula, ia dikatakan bahasa (ms 178).Oleh itu, kemahiran menulis mestilah dikuasai oleh murid semenjak daripada sekolah rendah lagi sebelum masuk ke alam sekolah menengah untuk mengelak permasalahan yang berkaitan dengan kemahiran menulis berlaku seperti kekeliruan dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan.Keupayaan menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kamahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hushim Haji Musa dan Abdullah Hamid Mahmood (2007), kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada benda atau perkara yang umum sifatnya. Kata nama am abstrak. Dari aspek penulisan kata nama am, huruf pertama tidak semestinya huruf besar. Kata Nama Khas ialah kata yang mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama Kata Nama Khas ditulis dengan huruf besar.Zalian Jemat (2005) ada menyatakan bahawa huruf besar tidak boleh dituliskan ditengah sesuatu perkataan kerana perbuatan itu merupakan suatu kesalahan tanda baca. Hal tersebut merupakan masalah yang dihadapi oleh beberapa orang peserta kajian saya. Kaedah penggunaan pensel warna dipilih bagi membantu masalah murid dalam menggunakan huruf besar pada huruf pertama perkataan sesebuah ayat, menggunakan huruf kecil pada Kata Nama Am dan huruf besar pada Kata Nama khas. Selain itu, penyelidikan yang telah dibuat oleh Jerome Agong, Jamurah Galitang dan Sobina Boisi (2008)dilaksanakan dengan menggunakan kaedah gambar dan saya mendapati murid-murid diajar menulis ayat menggunakan perkataan yang diberi berdasarkan gambar dengan betul.Campbell(1989) menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai sebagai teknik bagi menarik perhatian murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Hasil daripada kajian beliau mendapati murid-murid menunjukkan kemajuan yang baik dalam pelajaran termasukkah dari segi kemahiran dan disiplin. Selain daripada membantu murid-murid untuk belajar. Campbell telah dapat memperkembangkan pelbagai kemahiran murid.Ribot (20040 menyatakan pengalamannya menggunakan Kecerdasan Pelbagai dalam mengajar bahasa Inggeris. Beliau melaporkan keputusan yang agak memuaskan. Bagi kecerdasan imej visual, beliau telah memperkenalkan satu aktiviti kepada murid-murid beliau iaitu My city in a box yang merupakan satu pembelajaran koperatif. Murid-murid diminta untuk membina bangunan yang mereka pernah lawati dengan menggunakan kadbod, kotak kecil dan kertas warna. Selesainya aktiviti tersebut, beliau menyatakan bahawa saya amat teruja melihat murid-murid berjaya mencipta objek-objek tambahan seperti perabot, pintu dan jendela. Ini telah memberi peluang kepada saya untuk memperkenalkan lebih banyak kosa kata pada hari tersebut(ms 52).Carmelya (2010) telah menggunakan imej visual untuk membantu mengurang masalah murid dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan yang mana beliau menggunakan keluarga ayamsebagai bahan bantu utama untuk mengatasi masalah pernggunaan huruf besar pada huruf pertama dalam perkataan pertama pada sesebuah ayat dalam penyelidikan beliau. Penyelidikan beliau berakhir dengan sebuah kejayaan yang bermakna kerana berjaya mengatasi masalah yang murid beliau hadapi.

BAB 3METODOLOGI KAJIAN3.1 PENDAHULUANPenyelidikan ini melibatkan 34 orang murid Tahun 5 Restu yang terdiri daripada 16 orang murid lelaki dan 18 orang murid perempuan. Semua murid kelas 5 Restu boleh membaca dengan lancar dan boleh membina ayat tunggal dan majmuk dengan baik. Walau bagaimanapun, mereka tidak menitik beratkan penggunaan huruf besar dalam penulisan mereka. Oleh itu, penyelidikan tindakan ini dijalankan sekurang-kurang bagi mengurangkan masalah yang mereka hadapi. Pada masa yang sama, penyelidikan ini boleh menambah baik amalan pengajaran saya dalam Bahasa Melayu. Tiga puluh orang murid yang mempunyai pencapaian akademik yang sederhana dalam kelas dan empat orang adalah sebaliknya. Dalam kajian ini metodologi yang digunakan tertumpu kepada keberkesanan penggunaan pensel warna dapat membantu murid peningkatan pengguasaan huruf besar dalam membina ayat. Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah tersebut terhadap peningkatan minat murid untuk belajar.3.2 Rekabentuk KajianKajian akan dilakukan menggunakan kaedah power point untuk membezakan kata nama am dan kata nama khas. Selepas murid memahami dan dapat membezakan kata nama am dan kata nama khas , guru akan menggunakan pensel warna apabila setiap kali mereka membuat latihan dalam kelas. 3.3 Etika PenyelidikanSaya telah meminta kebenaran secara lisan terlebih dahulu sebelum menyerahkan surat memohon kebenaran daripada ibu bapa dan penjaga secara bertulis kepada peserta kajian.

3.4 Kaedah Mengumpul Data. Antara kaedah mengumpul data yang saya gunakan dalam kajian ini ialah pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Kaedah pemerhatian secara langsung telah saya pilih kerana ini mudah serta menyeluruh. Kaedah ini tidak memerlukan apa-apa peralatan khusus melainkan pensel, dan kertas sahaja.

a) Pemerhatian Instrumen yang saya gunakan dalam teknik pemerhatian ini ialah catatan refleksi. Catatan refleksi ditulis selepas setiap kali berlangsungnya pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti yang berkaitan dengan kajian ini. Berikut merupakan contoh catatan refleksi yang saya gunakan.

Masih ramai murid yang tidak dapat membezakan Kata Nama am dan Kata Nama Khas walaupun telah diajar oleh guru.

(Catatan refeklsi, 25 Mac 2014)

Sikap murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung.b) Analisis dokumen(Item Ujian)Saya telah menggunakan dua set ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. Ujian pra bertujuan mendapatkan gambaran tahap penguasaan kemahiran pelajar terhadap penggunaan huruf besar dalam penulisan bahasa Melayu. Ujian pos bertujuan mengetahui pencapaian pelajar terhadap masalah yang dikaji semasa dan setelah diberi bimbingan.

c) Soal selidik .

Borang soal selidik diberi kepada murid dan guru membacakannya untuk mendapatkan jawapan yang tepat secara jujur. Selain itu, saya juga menemubual guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu untuk mengenal pasti samada murid-murid yang dipilih turut membuat kesilapan yang sama. Saya menemubual guru yang mengajar Pendidikan Sivik Kewarganegaraan dan Kajian Tempatan bagi tahun 5 Restu . Soalan soalan yang saya tanyakan adalah seperti berikut:1. Adakah murid-murid ini dapat menulis dengan baik semasa pengajaran dan pembelajaran cikgu?

2. Daripada hasil penulisan murid 5 Restu , adakah mereka mengalami masalah dari segi penggunaan huruf besar dalam penulisan?d) Tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Tindakbalas murid dinilai semasa mereka menjawab soalan yang dikemukakan. Saya turut menggunakan analisis dokumen dalam bentuk hasil kerja murid. Setelah saya memperkenalkan kaedah yang saya rancang, saya menganalisis dan menyemak secara terperinci buku latihan dan lembaran kerja sama ada dalam bahagian penulisan, tatabahasa, pemahaman atau ujian imlak supaya saya dapat menilai tahap perkembangan murid dalam menguasai kemahiran berkenaan. 3.5 Proses analisis data

Analisis data dilakukan dengan menentukan markah skor bagi kedua-dua ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. Skor maksimum dalam setiap ujian ialah 10. Skor-skor yang diperoleh dikategorikan kepada tahap-tahap pencapaian pelajar iaitu baik, sederhana dan lemah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1SkorTahap Pencapaian

8-10Sangat Baik

5-7Baik

3-4Sederhana

2-3Lemah

0-1Sangat Lemah

Jadual 1: Skor markah Ujian dan Tahap Pencapaian Pelajar

3.6 Sampel KajianKajian ini akan dijalankan di sebuah sekolah rendah di negeri Selangor. Sekolah ini mempunyai 9 kelas dalam aliran tahun 5. Kelas yang dipilih ialah kelas 5 Restu kerana saya mengajar mata pelajaran bahasa Melayu dalam kelas 5 Restu. Oleh itu, memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini.3.7 Prosedur KajianSetelah melihat masalah kekeliruan murid-murid dari perspektif psikologi, termasuklah setiap aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan juga intelektual, sekali lagi persekitaran murid-murid ini baik di sekolah ataupun di rumah harus diberi perhatian yang secukupnya terutama sekali aspek ejaan kerana terdapat interaksi antara perkembangan dan persekitarannya. Walau apa jua kaedah yang hendak digunakan adalah untuk membantu murid-murid ini dengan membuat penyesuaian yang cukup dengan permintaan situasinya, dengan tidak melupakan batasan yang dikenakan oleh keadaan dan kebolehan semulajadinya. Kaedah untuk mengatasi masalah kekeliruan penggunaan huruf besar dan huruf kecil akan dijelaskan. Kaedah penggunaan pensel warna bagi menulis huruf besar dalam ayat telah digunakan bagi mengatasi masalah kekeliruan penggunaan hurf besar ini. Berikut adalah langkah-langkah untuk menjalankan kaedah ini:

Langkah 1

Untuk langkah pertama ini, saya akan menjalankan pemerhatian untuk mengenalpasti secara tidak langsung tentang kekeliruan terhadap penggunaan huruf besar. Pemerhatian akan dilakukan dengan saya membuat pemerhatian terhadap hasil kerja murid di dalam buku tulis mereka. Di situ terdapat masalah di mana murid sering kali salah dalam menulis huruf besar dalam setiap ayat yang dibina. Selain itu, saya juga membuat ujian pra terhadap murid-murid. Ujian ini dijalankan semasa ujian bulan Mac yang lalu dalam ujian penulisan bahagian A. Jadi hasil daripada ujian inilah guru dapat merancang latihan yang bersesuaian dengan murid. Ujian ini juga dapat melihat kemahiran yang diajar adalah berpandukan kepada kelemahan murid tersebut.Dalam langkah ini juga , saya akan menjalankan sesi temubual bersama guru mata pelajaran lain. Temubual ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan murid-murid tersebut. Dalam temubual itu pelbagai soalan akan ditanya dan fokus temubual ini adalah untuk menentukan tahap seseorang murid dalam masalah yang dikaji.

Langkah 2

Setelah mendapat hasil keputusan ujian pra dan juga temu bual bersama guru mata pelajaran lain , tindakan selanjutnya adalah dengan memulakan sesi penerangan dan pengajaran teknik menggunakan pensel warna untuk membetulkan penggunaan huruf besar dalam ayat. Dalam langkah ini, saya akan menerangkan kepada murid yang akan digunakan dalam kajian saya nanti.

Langkah 3

Dalam langkah ini, saya akan menerangkan pada murid perbezaan kata nama am dan kata nama khas dengan menggunakan slaid power point. Kemudian, apabila murid faham saya akan meminta murid menggunakan pensel warna setiap kali apabila membina ayat dalam latihan di dalam kelas. Cara ini bagi membiasakan murid apabila menggunakan huruf besar mereka akan menggunakan huruf besar supaya mereka lebih mengingati , terutamanya dipermulaan ayat. Manakala ujian pos pula akan dijalankan setelah selesai sesi pembelajaran selama enam minggu. Pengumpulan dan Pemprosesan Data

Penganalisaan data dilakukan untuk membandingkan tahap pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos. Bagi meninjau persepsi pelajar terhadap keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran , pengkaji akan mentafsir datanya dan skor setiap item dalam soal selidik. Sekiranya terdapat peningkatan markah maka menunjukkan penerimaan murid baik dalam kaedah yang digunakan.BORANG SOAL SELIDIK MURIDTAHUN 5 RESTU2014BIL.SILA JAWAB DENGAN JUJURYa (/)Tidak ( x )

1.Pengajaran cikgu menyeronokkan

2.Cikgu beri tumpuan kepada saya

3.Saya minat mata pelajaran Bahasa Melayu

4.Keluarga beri bimbingan di rumah

5.Bimbingan yang cikgu beri mencukupi

6.Belajar menyeronokkan

7.Kerja sekolah yang diberi mudah

8.Saya suka menulis

9.Saya suka membaca

10.Saya faham arahan cikgu

11.Percakapan cikgu terlalu laju

Contoh : BORANG SKOR ITEM MENYALIN AYATBILNAMA MURIDUJIAN PRAUJIAN POS PERBANDINGAN

1A

2B

3C

4D

5E

6F

7G

8H

9I

10J

11K

12L

13M

14N

150

16P

17Q

18R

19S

20T

21U

22V

23W

24X

25Y

26Z

27AB

28CD

29EF

30GH

31IJ

32KL

33MN

34OP

CONTOH LATIHAN DALAM BUKU TEKS TAHUN 5

CONTOH LATIHAN 2

BIBLIOGRAFI Abdul Karim Bin Haji Jawi.(2003). Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 5 Hudiya dalam Aspek Tanda Baca dengan kaedah Pembelajaran Khusus serta Bimbingan Rakan Sebaya. Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003 Anjuran Bersama MPTAR dan JPB Sri Aman Betong.

Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 5 Dewan Bahasa dan Pustaka.Esa Bin Awang dan Md. Hatta Md. Nor. (2003). Tahap Penguasaan Tatabahasa bahasa Melayu di Kalangan Guru Pelatih KDPM di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Johor Bharu , Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim.Hasnalee Bin Tubah. ( 2008 ).Tahap Penguasaan dan Kesukaran Membaca dan Menulis dalam Kalangan Murid KIA2M. Jurnal Penyelidikan Pendidikan 2008 Institit Pendidikan Tun Abdul Razak, Kota Samarahan Sarawak.Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 Unit Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran MalaysiaSemya Chundi. ( 2003 ).Menangani Masalah Mengenal dan Menyebut Huruf Besar Seorang Murid Tahun 4 dengan Pendekatan Latih Tubi. Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003. Anjuran Bersama MPTAR dan JPB Sri Aman-Betong.

Siti Zainab bt Haji Md Saman. ( 2003 ). Jadual Formula Warna Kaedah untuk Menerangkan Fakta. Penyelidikan Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran.Kementerian Pelajaran Malaysiahttp://www.ipgkbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/BM/7%20ARTIKEL%20AMIRAH.pdfhttp://pbahasa.dbp.my/wordpress/?p=457ISI KANDUNGAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Penyataan Masalah. 21.3 Latar Belakang Masalah .41.4 Objektif Kajian 51.5 Persoalan Kajian ...51.7 Definisi Istilah ..61.8 Kepentingan Kajian ..72.0 Sorotan Literatur .93.0 Metodologi Kajian 123.1 Pendahuluan . .. 123.2 Rekabentuk Kajian.. 123.3 Etika Penyelidikan133.4 Kaedah Mengumpul Data 133.5 Proses Analisis data..15

3.6 Sampel Kajian15

3.7 Prosedur Kajian..16

3.8 Pengumpulan dan Pemprosesan Data17Bibliografi1 | Page