kajian tindakan masalah tidur di dalam kelas

19
1.0 Pendahuluan Kajian ini dijalankan untuk mengkaji masalah tidur di dalam kelas semasa proses pembelajaran dan pengajaran sedang berlangsung. Kajian ini dijalankan di dalam kelas KPD (Group B) dan seramai 2 orang pelajar dari kelas ini menjadi responden dalam kajian ini. Kaedah soal selidik, temubual, dan pemerhatian telah digunakan untuk memperoleh maklumat. Responden yang terlibat dalam kajian ini dipilih secara rawak yang terdiri daripasa pelajar yang selalu tidur dalam kelas. Rasional kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan responden mengantuk di dalam kelas. Menurut Kamus Dewan, tidur boleh didefinisikan sebagai keadaan tidak sedar dengan mata terpejam. Manakala istilah ‘kaki tidur’ pula digunakan oleh orang Melayu sebagai orang yang suka tidur. Penulisan ini berkisarkan tentang cara dalam mengatasi dan menangani masalah pelajar yang dilabelkan sebagai ‘kaki tidur’ di dalam kelas sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Tumpuan penuh daripada pelajar ,memberikan kesan yang mendalam dalam proses penyampaian p&p. Oleh yang demikian, bagi memastikan proses p&p dilaksanakan dengan berkesan perlu ada satu mekanisma dalam mengurus tingkah laku pelajar secara spesifik di dalam kelas terutama pelajar yang dikategorikan sebagai ‘kaki tidur’. 1 | Page

Upload: musliha-ismail

Post on 15-Sep-2015

2.140 views

Category:

Documents


219 download

DESCRIPTION

contoh kajian tindakan

TRANSCRIPT

1.0Pendahuluan Kajian ini dijalankan untuk mengkaji masalah tidur di dalam kelas semasa proses pembelajaran dan pengajaran sedang berlangsung. Kajian ini dijalankan di dalam kelas KPD (Group B) dan seramai 2 orang pelajar dari kelas ini menjadi responden dalam kajian ini. Kaedah soal selidik, temubual, dan pemerhatian telah digunakan untuk memperoleh maklumat. Responden yang terlibat dalam kajian ini dipilih secara rawak yang terdiri daripasa pelajar yang selalu tidur dalam kelas. Rasional kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan responden mengantuk di dalam kelas. Menurut Kamus Dewan, tidur boleh didefinisikan sebagai keadaan tidak sedar dengan mata terpejam. Manakala istilah kaki tidur pula digunakan oleh orang Melayu sebagai orang yang suka tidur. Penulisan ini berkisarkan tentang cara dalam mengatasi dan menangani masalah pelajar yang dilabelkan sebagai kaki tidur di dalam kelas sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Tumpuan penuh daripada pelajar ,memberikan kesan yang mendalam dalam proses penyampaian p&p. Oleh yang demikian, bagi memastikan proses p&p dilaksanakan dengan berkesan perlu ada satu mekanisma dalam mengurus tingkah laku pelajar secara spesifik di dalam kelas terutama pelajar yang dikategorikan sebagai kaki tidur.Tidak ada satu pun kajian ataupun kaedah khusus dalam menentukan ciri-ciri seorang yang dilabelkan sebagai kaki tidur. Seorang guru hanya dapat mengetahui ciri-ciri pelajar yang dilabel sebagai kaki tidur berdasarkan pengalamannya. Pelajar yang dilabelkan ini mungkin hanya dapat dikenal pasti selepas simptom mengantuk ataupun mudah untuk tidur semasa sesi P&P dijalankan. Memang tidak dinafikan, inilah ciri yang paling jelas dapat dilihat oleh seseorang guru bagi mengenali pelajar yang kaki tidur. Biasanya berlaku pada awal pagi dan waktu tengah hari. Manakala bagi tahap kaki tidur yang serius ialah hampir keseluruhan waktu sama ada siang hari.Kebanyakannya pelajar yang kaki tidur biasanya berada dalam keadaan tidak aktif atau pun lesu di dalam kelas. Taktik yang sering dilakukan oleh pelajar yang kaki tidur adalah dengan menempatkan diri mereka di bahagian yang terhalang oleh penglihatan guru.2.0Penyataan MasalahMasalah yang saya hadapi ketika menjalankan sesi pengajaran ialah terdapat beberapa orang pelajar tidak aktif di dalam kelas. Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah pelajar yang tidak aktif semasa sesi pengajarann dilakukan. Seramai 2 orang pelajar daripada 32 orang dalam kelas tersebut terlibat dalam kajian ini dimana mereka telah tidur semasa sesi pengajaran dijalankan. Tinjauan awal dilakukan semasa sesi pengajaran makroteaching yang pertama. Hasil tinjauan pertama mereka sudah menunjukan tingkahlaku suka tidur semasa sesi pengajaran dan tinjauan kedua dilakukan semasa sesi makroteaching kedua dan pelajar-pelajar tersebut masih lagi menunjukan tingkahlaku yang sama. Antara tingkahlaku atau cara suka tidur yang ditunjukan oleh pelajar tersebut ialah berada di tempat yang terlindung dari pandangan guru, tidur semasa guru yang mengajar kurang tegas, dan tidur semasa aktiviti perbincangan dalam kumpulan. Selain itu, semasa aktiviti kumpulan dilakukan mereka melakukan hal-hal sendiri dan tidak memberikan kerjasama kepada ahli kumpulan walaupun sudah ditegur oleh guru.Perlakuan pelajar yang tidur di dalam kelas merupakan satu masalah yang sering ditegur oleh guru ketika proses p&p. Isu tidur ini boleh dianggap sebagai satu amalan pelajar tanpa mengira bangsa dan umur. Jika sikap pelajar yang suka tidur ini tidak diambil tindakan oleh pihak guru maka pastinya akan menjejaskan prestasi dalam akademik dan menyebabkan pelajar ketinggalan dalam pelajaran. Hal ini menunjukkan bahawa sahsiah remaja semakin merosot. Bagi pelaksanaan kajian ini, pengkaji telah menyatakan beberapa persoalan yang menjadi punca berlakunya masalah tidur di kalangan pelajar ini. Antaranya ialah apakah punca berlakunya masalah tidur dalam kalangan pelajar, bagaimana masalah tidur ini berlaku dan apakah langkah yang sewajarnya bagi mengurangkan masalah tidur di kalangan pelajar. Di samping itu juga,pengkaji turut mengadakan sesi temu bual bersama dengan pelajar-pelajar lain di dalam kelas tersebut seramai 8 orang. Melalui analisis ini, pengkaji dapat membuat kesimpulan terhadap masalah tidur di kalangan pelajar semasa P&P.

3.0Objektif KajianKajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tentang masalah tidur di kalangan pelajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Secara terperincinya,objektif kajian adalah seperti berikuti. Mengetahui faktor pelajar tersebut tidur di dalam kelasii. Mengetahui Kesan masalah tidur di dalam kelasiii. Mencadangkan langkah untuk Mmengatasi masalah pelajar tidur di dalam kelas

4.0Metodologi KajianMetodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada;4.i.PemerhatianPemerhatian telah dibuat sepanjang kajian ini dilaksanakan. Melalui kaedah ini guru memerhatikan tingkah laku pelajar sepanjang proses p&p dijalankan. Guru juga memerhati tingkah laku pelajar di waktu pengajaran guru lain. Hasil pemerhatian menunjukan pelajar tersebut sememangnya kaki tidur dan seringkali tidur semasa proses p&p.

4.ii.Temu bualTemu bual juga dilakukan oleh guru bagi mengenalpasti masalah yang menyebabkan pelajar tersebut suka tidur di dalam kelas. Temubual ini dilakukan terhadap kawan-kawan pelajar tersebut untuk mengetahui masalah dan latar belakang pelajar tersebut. Setelah mengenalpasti masalah tindakan susulan akan diambil untuk mengatasinya.

iii. Soal SelidikSepanjang tempoh kajian ini, satu set borang soal selidik telah diedarkan kepada responden kajian bagi mengetahui punca pelajar tersebut suka tidur dalam kelas. Soal selidik ini terdiri daripada 15 item berdasarkan kepada keperluan kajian yang dilampirkan dalam lampiran .

5.0Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Tersebut Tidur di Dalam Kelas5.1 Faktor GuruGuru merupakan faktor utama penyebab pelajar tidur di dalam kelas. Mereka mengatakan bahawa terdapat guru yang mengajar dengan cara yang membosankan. Apatah lagi suara yang lembut dan tidak jelas didengar. Hal ini menyebabkan pelajar terus terlena kerana seolah-olah suara guru mendodoikan. Selain itu, bagi guru yang kurang tegas juga menyebabkan pelajar berani untuk tidur di dalam kelas.5.2Faktor Persekitaran KelasKeadaan kelas yang tidak terurus dengan baik menjejaskan minat untuk belajar. Pelajar mengatakan ada kelas yang berbau dan tiada hiasan yang boleh menarik pandangan mereka. Kelas yang kurang bersih juga menyebabkan pelajar tidak ada semangat untuk belajar di dalam kelas. Ada juga pelajar yang mengatakan bahawa kelas terlalu sunyi disebabkan membuat latihan dan hal ini menyebabkan pelajar mengantuk.5.3Faktor Masa Mata PelajaranTerdapat juga responden yang mengatakan faktor masa mata pelajaran diajar juga menyebabkan mereka mengantuk dan tertidur. Waktu selepas rehat merupakan waktu kemuncak apatah lagi apabila mencecah pukul 10 lebih. Waktu ini amat menyukarkan pelajar untuk menahan daripada mengantuk. Di samping itu,pelajar juga suka tidur selepas waktu rehat kerana mereka rasa terlalu kenyang.5.4Faktor Minat Terhadap Mata PelajaranMinat amat penting dalam pembelajaran. Terdapat pelajar yang berminat pada mata pelajaran tertentu sahaja. Apabila masa p&p mata pelajaran yang mereka tidak minati, maka mereka akan mengambil tindakan untuk tidur. Keadaan ini lebih teruk lagi apabila masa mata pelajaran tersebut ialah 40 minit. Hal ini akan menyebabkan mereka ketinggalan mata pelajaran yang di ajar pada ketika itu. Keadaan ini akan menyebabkan prestasi pelajar itu akan merosot bagi subjek-subjek yang mereka tidak minati.5.5Faktor Bebanan Kerja RumahKerja rumah atau (assignment) sememangnya tugasan yang sinonim dengan pelajar. Tugasan inni merupakan kerja rumah kepada pelajar sebagai syarat kerja kursus untuk memperolehi 60%. Malah secara tidak langsung sebagai ulang kaji. Namun terdapat pelajar yang mengatakan mereka terlalu banyak tugasan menyebabkan mereka terpaksa menyiapkan tugasan sehingga terpaksa tidur lewat. Kesannya pada paginya, mereka sudah berada dalam keadaan mengantuk kerana tidak dapat menahan mata.Ada juga yang terpaksa bangun awal pagi gara-gara hendak menyiapkan kerja rumah yang belum di siapkan. Kesanya,mereka akan mengantuk semasa p&p waktu pagi disebabkan lewat tidur pada waktu malam.

6.0 Kesan Masalah Mengantuk Terhadap PelajaranSebarang tingkahlaku yang ditunjukkan oleh pelajar di dalam kelas mempengaruhi proses P & P yang dijalankan. Tingkahlaku ini walaupun dianggap biasa dan remeh bagi seseorang tetapi ianya tetap memberi kesan terhadap guru , rakan sekelas serta persekitaran pembelajaran. Bagi guru, ianya mungkin mempengaruhi mood mengajar. Seorang guru mungkin akan berasa tidak yakin terhadap apa yang diajar seperti timbulnya persoalan adakah cara mengajar yang aku gunakan terlalu boring, ataupun mungkin menimbulkan perasaan marah dan kurang senang kerana tidak dihormati. Rakan sekelas pula akan beranggapan bahawa tingkahlaku tersebut dibenarkan, disamping merasakan bahawa guru tersebut kurang mengambil berat terhadap pelajar.Suasana persekitaran pembelajaran pula umumnya akan kelihatan kurang ceria, tidak aktif serta tidak merangsang minat pelajar yang lain sekiranya terdapat beberapa orang pelajar yang tidur di dalam kelas sebelum atau semasa proses P & P berlangsung. Kelakuan tidur di dalam kelas ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi tabiat kebanyakkan pelajar di dalam kelas berkenaan. Pelajar yang meniru kelakuan tersebut akhirnya menjadikannya sebagai satu tabiat yang biasa bagi dirinya. Keadaan fizikal pelajar pula akan menjadi lemah dan kurang bersedia untuk menerima P & P.

7.0Cadangan Dan Langkaah Untuk Mengatasi Masalah7.5Aktiviti pembelajaran yang menarik.Guru perlu memainkan peranan menyediakan aktiviti semasa proses pembelajaran dengan menarik. Tujuan aktiviti ini dilaksanakan di dalam kelas adalah untuk menarik minat pelajar serta memastikan pelajar menumpukan perhatian di dalam kelas dan seterusnya pelajar tidak mengantuk. Aktiviti pembelajaran yang menarik ini juga merangkumi cara guru mengajar menggunakan kaedah yang berlainan dalam erti kata lain guru mempelbagaikan kaedah pengajaran. Contoh kaedah pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar seperti simulasi, Lakonan, nyanyian, kuiz, pendebatan dan sebagainya. Kesimpulanya disini seorang guru perlu bijak merancang aktiviti yang akan dilakukan agar bersesuaian dengan tajuk pengajaran disamping menarik minat pelajar.7.2 Mengalakkan pelajar mencatat nota Mencatat nota ketika sesi pembelajaran dalam kelas membantu anda mengekalkan flow ataupun aliran idea yang disampaikan guru. Pelajar yang tertinggal, hilang punca aliran idea ketika pembelajaran seringkali merasa tension dan tidak lagi fokus dalam kelas. Pemahaman mereka ibarat berlubang-lubang. Yang ini sikit, yang itu sikit. Jadi, mencatat nota dapat mengatasi masalah ini. Pelajari teknik dan skil mencatat nota untuk menghasilkan nota yang lebih efektif.7.3Kawal PernafasanTerdapat dua teknik pernafasan iaitu teknik pernafasan aktif dan tenang. Ketika di dalam kelas, lebihkan pernafasan aktif (pernafasan beta), iaitu pernafasan yang dalam tetapi pendek. Pernafasan ini adalah pernafasan normal manusia ketika sedar. Pernafasan ini membuatkan minda berada dalam keadaan aktif. Selepas seketika, selangkan pernafasan anda dengan pernafasan tenang (pernafasan alpha), iaitu menarik nafas dalam dan panjang ke dalam diafragma (paru-paru), hembuskannya perlahan-lahan. Pernafasan alpha menghasilkan ketenangan kepada otak.

7.4Cukup TidurKurang tidur menyebabkan pelajar seringkali mengantuk di dalam kelas. Apabila tidur tidak cukup jamnya, bermakna badan dan otak tidak mendapat rehat yang secukupnya. Kesannya, badan menjadi tidak bermaya, keletihan dan mengantuk. Hal ini menyebabkan pelajar tidak mampu fokus. Oleh yang demikian, dapatkan tidur yang cukup setiap hari. Tidur awal, tidur dengan postur yang betul serta ruang tidur anda selesa, antara petua untuk anda mendapatkan tidur yang merehatkan.

7.5Gerakkan Badan Lazimnya, anda duduk dan menulis untuk sesuatu mata pelajaran selama40 minit hingga sejam. Berada dalam keadaan yang sama untuk tempoh yang panjang membuatkan otot-otot menjadi tegang. Gerakkan sedikit anggota badan untuk menghilangkan ketegangan otot. Goyang kaki, tangan, lakukan senaman ringkas serta pelbagai lagi pergerakan fizikal. Selain menghilangkan ketegangan otot, pergerakan fizikal juga membantu menghantar lebih banyak darah ke otak sekaligus menghilangkan mengantuk.

8.0KesimpulanKajian ini adalah untuk mengkaji masalah tidur di kalangan pelajar kelas KPD (kumpulan B). Secara khususnya, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti faktor pelajar tidur ketika sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh bakal-bakal guru dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Daripada hasil dapatan kajian yang telah dianalisis, jelas sekali bahawa tidur semasa P&P adalah memberi impak kepada pelajar. Responden memberikan alasan bahawa mereka terlalu banyak tugasan yang perlu disiapkan sehingga terpaksa tidur lewat tidur malam. Hal ini menyebabkan mereka sering mengantuk dalam kelas. Selain itu, pelajar tersebut juga memberi alasan bahawa mereka kurang tidur menyebabkan sering mengantuk dalam kelas pagi. Sesetengah pelajar yang suka tidur di dalam kelas merupakan pelajar yang lewat tidur malam. Kesimpulannya daripada hasil kajian yang dijalankan diharapkan dapat memberi impak yang positif daripada semua pihak terutamanya pelajar itu sendiri.

9.0RujukanAdnan Kamis (1985) Pertalian Antara Sikap Pelajar Mata Pelajaran Dan Kaitannya DenganPencapaian Akademik., Jurnal Pendidikan :UKM.Alis Putih (2008)Kajian Tindakan Di Sekolah, Satu Pengenalan. , Jitra : Pure Honey Enterprise.Kamaruddin Hussin (1999). Psikologi Bilik Darjah : Asas Pedagogi. Kuala Lumpur : UtusanPublication And Distributors Sdn. Bhd.

Lampiran 1Borang Soal Selidik Tentang Masalah Tidur Dalam KelasBAHAGIAN A Maklumat DemografiArahan: Sila Tandakan ( ) bagi jawapan yang sesuai1.Jantina Perempuan ( ) Lelaki ( )2.Agama Islam ( ) Hindu ( ) Buddha ( ) Kristian ( ) Lain-Lain ( )

BAHAGIAN B Penilaian Tabiat suka Tidur Dalam Kalangan Pelajar Arahan : i.. Sila baca kenyataan yang diberikan. ii. Sila tandakan ( ) dalam petak berkenaan. iii.Isikan jawapan untuk tempat kosong

3.Adakah anda suka tidur di dalam kelas?Ya ( ) Tidak ( )Nyatakan kenapa? ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------4.Adakah cara guru yang mengajar menyebabkan anda mengantuk?Ya ( ) Tidak ( )Nyatakan kenapa? -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------5.Adakah suasana di dalam kelas yang kurang menyenangkan menyebabkan anda mengantuk?Ya ( ) Tidak ( )Nyatakan kenapa? ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------6.Pada waktu bilakah anda sering mengantuk?Nyatakan kenapa? ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------7.Adakah anda suka tidur lewat pada waktu malam?Ya ( ) Tidak ( )Nyatakan kenapa? ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

8.Adakah persekitaran rumah anda yang kurang menyenangkan menyebabkan anda kurangselesa untuk tidur pada waktu malam?Ya ( ) Tidak ( )Nyatakan kenapa? ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------9.Apakah aktiviti yang dilakukan oleh anda pada waktu malam menyebabkan anda tidurlewat? ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

10.Adakah dengan adanya banyak tugasan membuatkan anda tidur lewat dan mengantuk didalam kelas pada waktu P&P?Ya ( ) Tidak ( )Nyatakan kenapa? -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------11.Adakah anda suka tidur sebelum waktu rehat?Ya ( ) Tidak ( )Natakan kenapa? -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------12.Adakah anda suka tidur selepas waktu rehat?Ya ( ) Tidak ( )Nyatakan kenapa? -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------13.Adakah bangun terlalu awal menyebabkan anda suka tidur di dalam kelas semasa P&P?Ya ( ) Tidak ( )Nyatakan kenapa? -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------14.Adakah guru yang mengajar itu kurang ceria bila mengajar menyebabkan andamengantuk?Ya ( ) Tidak ( )Beri sebab? -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------15.Apakah Pandangan rakan-rakan yang lain terhadap pelajar yang suka tidur dalam kelas?Beri sebab? -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

13 | Page