kajian tindakan bahasa melayu tahun 2.doc

18
PEJABAT PELAJARAN DAERAH KULAI LAPORAN KAJIAN TINDAKAN MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA MURID TAHUN DUA MELALUI PENDEKATAN L-B-T OLEH : LIM AI NOI ROZITA BINTI A.RASHID WONG SAU WAA SJK ( C ) SENGKANG, 81000 KULAI, JOHOR. 1

Upload: celyn-lee

Post on 19-Dec-2015

82 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tindakan Bahasa Melayu Tahun 2.doc

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KULAI

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN PENGUASAANKEMAHIRAN MEMBACA MURID TAHUN DUA

MELALUI PENDEKATAN L-B-T

OLEH :

LIM AI NOIROZITA BINTI A.RASHID

WONG SAU WAA

SJK ( C ) SENGKANG,81000 KULAI, JOHOR.

JULAI 2005

1

Page 2: Kajian Tindakan Bahasa Melayu Tahun 2.doc

KANDUNGAN

Kandungan Muka Surat

Abstrak 3 1.0 Refleksi Pergajaran dan Pembelajaran Lalu 4

2.0 Fokus Kajian 4

3.0 Objektif Kajian 4

4.0 Kumpulan Sasaran 4

5.0 Pelaksanaan Kajian 5

5.1 Tinjauan Masalah 5.2 Analisis Tinjauan Masalah5.3 Tindakan yang dijalankan5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/penilaian 5 - 12

6.0 Refleksi Kajian 12

7.0 Cadangan untuk Kajian Seterusnya 13

2

Page 3: Kajian Tindakan Bahasa Melayu Tahun 2.doc

ABSTRAK

Kajian tindakan kemahiran membaca murid telah bermula dari Februari hingga Jun 2005 di

Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Sengkang,Kulai. Kaedah pendekatan L-B-T (lihat-baca-tulis)

telah dipilih sebagai cara pendekatan untuk meningkatkan kemahiran membaca dikalangan

murid. Kajian ini disasarkan kepada 8 orang murid Tahun 2 dan dikendalikan oleh 3 orang

guru bahasa. Daripada analisis yang telah dilakukan, kami mendapati kaedah pengajaran

guru adalah baik kecuali tumpuan hanya dapat diberi kan kepada sebahagian murid sahaja.

Ini disebabkan oleh perbezaan keupayaan murid yang terlalu berbeza. Perancangan bagi

meningkatkan kemahiran membaca murid menggunakan kaedah L-B-T telah dirancang dan

dijalankan oleh guru pengkaji 60 minit dua kali seminggu. Setelah kajian dijalankan, ujian

lisan dan bacaan mendapati bahawa objektif dan matlamat kajian tidak dapat dicapai 100%

tetapi hanya 50% objektif tercapai apabila murid hanya dapat membaca perkataan-perkataan

yang telah dipelajari sahaja. Maka kajian ini akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi

meningkatkan kemahiran membaca murid Tahun 2 disekolah ini. Akhir kata beberapa

tindakan susulan akan dilakukan bagi mengatasi masalah membaca murid Tahun 2 sekolah

kami seterusnya meningkatkan peratus murid yang boleh membaca pada akhir tahun 2005.

3

Page 4: Kajian Tindakan Bahasa Melayu Tahun 2.doc

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Kemahiran membaca merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid

di peringkat awal persekolahan. Kemahiran ini diperlukan dalam setiap mata pelajaran lain,

terutamanya dalam mata pelajaran bahasa. Jadi adalah penting bagi murid untuk menguasai

kemahiran ini pada peringkat awal bagi memudahkan pembelajaran di masa akan datang.

Guru Bahasa Melayu mendapati murid Tahun 2 menghadapi masalah membaca yang amat

serius. Kesukaran mengenal huruf dan menyebut suku kata dengan betul menyebabkan murid

sukar untuk membaca sesuatu perkataan yang diberi. Ianya memberikan kesan yang serius

kepada kemahiran menulis murid dan keseluruhan prestasi pelajaran mereka dalam Bahasa

Melayu.

2.0 Fokus Kajian

Kajian yang dijalankan adalah berfokuskan kepada kemahiran membaca ayat Bahasa

Melayu melalui kaedah L-B-T (lihat-baca-tulis).

3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Am

Meningkatkan penguasaan kemahiran membaca lapan orang murid Tahun 2.

3.2 Objektif Khusus

3.2.1 Membantu murid mengenal huruf ABC

3.2.2 Membantu murid membaca suku kata.

3.2.3 Membantu murid membaca perkataan mudah dengan menggabungkan

suku-suku kata.

3.2.4 Membantu murid membaca satu ayat pendek.

4

Page 5: Kajian Tindakan Bahasa Melayu Tahun 2.doc

4.0 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran terdiri daripada 8 orang murid Tahun 2 yang didapati lemah

dalam membaca Bahasa Melayu.

5.0 Perlaksanaan Kajian

5.1. Tinjauan Masalah

5.1.1 Pemerhatian

Murid didapati telah memberikan tumpuan terhadap petikan yang terdapat dalam

buku teks. Keadaan kelas adalah terkawal dan semua murid bersedia dengan buku masing-

masing.

Guru memulakan kelas dengan sesi membaca petikan di dalam buku teks. Terdapat

sebilangan murid yang tidak memberikan perhatian semasa pembacaan tetapi hanya mengikut

guru semata-mata. Sesi pembacaan secara kumpulan juga telah dilakukan. Melalui kaedah ini

guru telah mendapati bahawa sekumpulan murid tidak dapat mengeja dan membaca dengan

betul.

Pengajaran guru terhadap topik memuaskan. Kawalan suara guru terang, jelas dan

mudah difahami. Guru menggunakan ABM yang menarik disamping kawalan kelas yang

terkawal.

Walaubagaimanapun guru tidak dapat menumpukan kepada semua murid. Guru terlalu

memfokuskan kepada murid-murid yang lemah.

5

Page 6: Kajian Tindakan Bahasa Melayu Tahun 2.doc

5.1.2 Ujian Pra

Guru penyelidik menjalankan ujian pra bagi menguji tahap sebenar pencapaian pelajar

di dalam menguasai kemahiran membaca. Keputusannya adalah seperti berikut.

Gred Peratus A 25B 16.6C 25D 20.8E 12.5

Jadual 1 : Pencapaian Murid Tahun 2 di dalam Ujian Pra (lisan)

Berdasarkan Ujian Pra yang telah dilakukan didapati peratus bagi gred A dan B adalah

25% dan 16.6%. Manakala keputusan gred C yang telah dicatatkan adalah 25 %. Dan jumlah

peratus murid yang mendapat gred D dan E adalah 33.3%. Ini menunjukkan wujudnya

perbezaan kemahiran membaca yang ketara dikalangan murid-murid Tahun 2. Kajian tindakan

perlu dilakukan bagi meningkatkan kemahiran membaca murid Tahun 2.

5.1.3 Temubual

Dialog 1 :

G : Anda minat dalam membaca buku?

M : Ya

G : Buku apa yang anda selalu baca ?

M : Buku cerita.

G : Buku cerita Bahasa Melayu atau Bahasa Cina ?

M : Buku cerita Bahasa Cina.

G : Kenapa anda tidak suka membaca buku cerita Bahasa Melayu ?

M : Tidak pandai baca.

6

Page 7: Kajian Tindakan Bahasa Melayu Tahun 2.doc

Dialog 2

G : Anda suka membaca buku Bahasa Melayu?

M : Kurang Minat.

G : Kenapa ?

M : Saya tidak pandai membaca.

G : Anda boleh mengeja ?

M : Boleh …tapi sikit-sikit sahaja

Dialog 3

G : Anda suka membaca buku Bahasa Melayu?

M : Tidak

G : Kenapa ?

M : Saya tidak tahu baca .

G : Anda kenal ABC ?

M : Kenal

G : Anda boleh baca perkataan ini “ meja” ?

M : ‘m’ , ‘e’, ‘j’, ‘a’,…….

G : Bunyinya ?

M : Saya tidak tahu cikgu.

7

Page 8: Kajian Tindakan Bahasa Melayu Tahun 2.doc

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Carta 1 : Punca Kelemahan Membaca Murid Tahun 2

tidak mengenalhuruf

tidak bolehmembunyi sukukatatidak minat

Berdasarkan carta 1 Punca Kelemahan Membaca Murid Tahun 2 adalah kerana tidak

mengenal huruf, tidak boleh membunyikan suku kata dan tidak minat membaca. Kesemua

punca kelemahan kemahiran membaca ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan kemahiran

membunyikan suku kata murid perlu diperkukuhkan semula dan seterusnya meningkatkan

minat membaca dikalangan murid-murid Tahun 2. Ini kerana murid dapat mengenal huruf

ABC tetapi tidak dapat membunyikan suku-suku kata yang dibaca. Maka kajian tindakan ini

diharapkan dapat mengurangkan masalah membaca d di kalangan murid Tahun 2 melalui

beberapa aktiviti yang telah dirancangkan olah guru penyelidik.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan

Sebanyak lima aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dirancang bagi menangani masalah

kemahiran membaca murid Tahun 2. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti:

5.3.1 Aktiviti 1 : Mengenal dan menyebut huruf ABC.

1. Membaca dan menyanyi huruf ABC.

2. Menulis huruf ABC

3. Permainan

8

Page 9: Kajian Tindakan Bahasa Melayu Tahun 2.doc

5.3.2 Aktiviti 2 : Mengenal dan membunyikan huruf-huruf vocal.

1. Memperkenalkan huruf-huruf vokal ‘A’, ‘E’, ‘I’, ‘O’, ‘U’.

2. Membunyikan huruf-huruf vokal secara kelas, kumpulan dan individu melalui

nyanyian.

3. Menggabungkan huruf konsonan dengan huruf vocal.

4. Permainan

5.3.3 Aktiviti 3 : Mengenal suku kata.

1. Membunyikan suku kata : contoh ‘ba , bi , bu , bo , be ,’.

2. Membina suku kata menggunakan kad huruf.

3. Menggabungkan 2 atau 3 suku kata menjadi perkataan.

4. Membunyikan perkataan-perkataan yang dibina.

5. Pandang dan sebut berdasarkan gambar.

6. Permainan

5.3.4 Aktiviti 4 : Membaca dan membina ayat pendek.

1. Membina perkataan dengan menggabungkan kad-kad suku kata.

2. Membunyikan perkataan yang dibentuk.

3. Menyusun perkataan membentuk ayat mudah.

4. Pencerakinan unsure besar kepada unsure kecil.

5. Memadankan ayat dengan gambar yang sesuai.

6. Permainan

5.3.5 Aktiviti 5 : Ujian Penilaian

1. Membaca ayat-ayat mudah.

2. Ejaan

3. Membina perkataan lain daripada huruf-huruf dalam perkataan atau rangkai

kata.

4. Ujian Pos

9

Page 10: Kajian Tindakan Bahasa Melayu Tahun 2.doc

5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian

5.4.1 Aktiviti 1 : Mengenal dan menyebut huruf ABC

Murid didedahkan dengan huruf-huruf ABC menggunakan kad- kad huruf. Murid

seterusnya diajar membunyikan setiap huruf secara menyanyi. Selepas beberapa latihan dibuat,

murid telah diminta memilih kad huruf masing-masing dan membunyikannya. Murid telah

diberikan peluang beberapa kali untuk mencuba sebelum menulis huruf di dalam kertas yang

telah disediakan Murid juga diberi beberapa lembaran kerja dalam bentuk permainan seperti

mewarna dan mencari huruf tersembunyi.

Daripada pemerhatian yang telah dibuat, kami mendapati bahawa murid telah

mempunyai asas huruf-huruf ABC. Walau bagaimanapun, murid masih memerlukan latihan

pengukuhan untuk mengingat dan mengenali huruf-huruf ini. Ini kerana tahap perkembangan

murid masih belum mencapai tahap yang sepatutnya. Maka pengukuhan yang lebih adalah

wajar diteruskan agar murid akan dapat terus mengenali huruf ABC dan seterusnya dapat

menguasai kemahiran membaca.

5.4.2 Aktiviti 2 : Mengenal dan membunyikan huruf-huruf vokal.

Murid diberikan kad-kad huruf yang berbeza dan dilatih untuk membunyikannya.

Kemudian murid didedahkan dengan huruf-huruf vokal A, E, I, O dan U dan

membunyikannya. Contohnya A = ayam, arnab dan alam.

Daripada pemerhatian yang dibuat, murid lebih cepat mengingat sesuatu huruf vokal

dengan contoh yang berada disekitar mereka. Contohnya ayam bagi ‘A’ , udang bagi ‘U’ , ikan

bagi ‘I’ dan banyak lagi. Murid dapat membunyikan huruf-huruf vokal dengan baik.

10

Page 11: Kajian Tindakan Bahasa Melayu Tahun 2.doc

5.4.3 Aktiviti 3 : Mengenal suku kata.

Selepas mengenal huruf vokal dan konsonan, murid telah diajar membaca suku kata

seperti ba, ‘bi’, ‘bu’, ‘bo’, ‘be’. Murid telah didedahkan dengan beberapa suku kata lain.

Selepas menguasainya murid diarahkan menggabungkan 2 suku kata untuk membentuk satu

perkataan. Contohnya suku kata ‘bo’ dan ‘la’ digabungkan menjadi perkataan ‘bola’. Murid

kemudiannya didedahkan dengan gambar yang berkaitan dengan perkataan yang sesuai.

Daripada pemerhatian yang dilakukan, murid hanya dapat mengingati sebahagian suku

kata yang telah diajarkan. Murid nampaknya memerlukan masa yang lebih lama untuk betul-

betul menguasai kemahiran ini. Adalah dicadangkan agar masa untuk murid menguasai

kemahiran ini dilanjutkan lagi. Ini kerana tahap perkembangan murid masih di tahap Tahun

satu. Murid hanya dapat mengingati huruf-huruf dalam jangka masa pendek sahaja.

5.4.4 Aktiviti 4 : Membaca dan membina ayat pendek.

Murid kemudian diajar membaca perkataan yang mudah. Semua perkataan yang telah

dibaca adalah dibentuk sendiri oleh murid hasil dari penggabungan suku-suku kata yang telah

murid belajar. Setelah menguasai teknik menggabung dan membaca perkataan-perkataan

murid seterusnya telah diajar juga mencerakinkan unsur besar kepada unsur kecil.

Nampaknya murid masih kurang menguasai kemahiran untuk menggabungkan suku-

suku kata menjadi perkataan. Ini dapat dilihat apabila murid gagal untuk membentuk perkataan

baru selain daripada yang pernah dipelajari. Manakala latihan pencerakinan unsur besar ke

unsur kecil juga tidak dapat dikuasai dengan sepenuhnya oleh murid. Kemahiran ini

memerlukan masa yang agak panjang untuk dikuasai oleh murid. Maka adalah tidak wajar

murid dapat menguasai kemahiran membaca dalam masa yang terlalu singkat. Di sini faktor

masa memainkan peranan penting bagi murid menguasai sesuatu kemahiran yang telah

dipelajari.

11

Page 12: Kajian Tindakan Bahasa Melayu Tahun 2.doc

5.4.5 Aktiviti 5 : Ujian Penilaian

Ujian yang telah dilakukan adalah terdiri daripada ujian membaca, mengeja dan ujian

pos. Murid telah diberikan beberapa perkataan baru dan yang telah dipelajari untuk dibaca dan

dieja. Murid keseluruhannya hanya dapat membaca dan mengeja dengan betul perkataan-

perkataan yang telah dipelajari. Manakala bagi perkataan baru, murid tidak dapat mengeja dan

membaca tanpa bantuan guru. Dari segi menulis menggunakan kemahiran mendengar, murid

memerlukan masa yang agak lama untuk mengeja sendiri. Begitu juga kemahiran menulis ayat

mudah berdasarkan gambar, murid masih lemah dan ada di antara mereka tidak dapat

menguasainya langsung. Maka dapatlah dirumuskan bahawa murid memang tidak menguasai

sepenuhnya keseluruhan aktiviti yang telah dijalankan. Terdapat pelbagai faktor

mempengaruhi kebolehupayaan seseorang murid untuk membaca dengan cepat dan lancar.

Antaranya masa sesuatu kemahiran itu diajar, sejauh mana penekanan dan motivasi yang telah

diberikan dan paling penting tahap perkembangan murid itu sendiri disamping motivasi

internal yang dipunyai oleh murid.

6.0 Refleksi Kajian

Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan

adalah memuaskan. Kawalan kelas dan suara guru cukup jelas semasa menyampai isi

pengajaran. Alat bantuan mangajar yang disediakan mencukupi dan menarik. Teknik yang

berpusatkan murid lebih banyak memberikan maklumat kepada guru tentang tahap pencapaian

murid bagi sesuatu aktiviti yang telah dijalankan.

Kebolehan murid adalah terhad kepada proses mendengar dan menghafal tetapi tidak

kepada mengenal. Ini dapat dilihat apabila guru menunjukkan kad begambar murid dapat

12

Page 13: Kajian Tindakan Bahasa Melayu Tahun 2.doc

menyebut perkataan atau nama objek dengan betul. Tetapi apabila murid diarahkan

mengejakan perkataan tersebut murid gagal untuk berbuat demikian.

Murid bagaimanapun berpotensi untuk membaca tetapi masa yang diperuntukkan adalah

terlalu pendek dan terdapat kekangan-kekangan lain yang mempengaruhi kebolehupayaan

murid membaca. Maka kajian ini tidak dapat mencapai objektifnya untuk meningkatkan

kemahiran membaca murid. Walau bagaimanapun kami akan meneruskan aktiviti ini semasa P

& P di dalam kelas. Kami memang berharap kemahiran membaca murid dapat ditingkatkan

sebelum mereka memasuki Tahun 3 nanti.

7.0 Cadangan untuk kajian seterusnya.

Antara cadangan yang dicadangkan adalah seperti:

1. Masa kajian diperpanjangkan.

2. Kajian perlu dilakukan oleh guru-guru mata pelajaran teras untuk meningkat prestasi

sedia ada.

13

Page 14: Kajian Tindakan Bahasa Melayu Tahun 2.doc

14