kajian tindajan pa

4
1. TAJUK KAJIAN : MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID DALAM MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN MELALUI PENGGUNAAN MODUL MENGIKUT ARAS BAGI TAJUK PENYATA KEWANGAN 2. NAMA PENYELIDIK: Pn. Robiah Bt Hussin SMK TUN AMINAH BATU PAHAT 3. REFLEKSI KAJIAN: Mata pelajaran Prinsip Perakaunan adakalanya dianggap sebagai matapelajaran yang sukar. Mungkin dalam kalangan pelajar yang lemah pandangan seperti ini adalah lumrah tetapi jika melibatkan pelajar-pelajar yang bijak, maka tanggapan ini tentunya menimbulkan tanda tanya. Semasa saya mengajar mata pelajaran ini, tidak dapat dinafikan terdapat tajuk-tajuk tertentu yang agak mencabar minda pelajar. Jika tajuk-tajuk asas juga menimbulkan masalah kepada pelajar, ini amat merungsingkan guru itu sendiri. Berdasarkan analisis ‘Head Count’ yang telah buat bagi ujian bulan Mei 2013 dan Peperiksaan Akhir Tahun 2013 didapati prestasi pelajar ramai berada pada tahap D , E dan potensi lulus. Pada bulan Mei 2013, peratus pelajar pada kedudukan kritikal ialah 28.6% dan pada kedudukan potensi lulus pula adalah pada 39.3%. Manakala pada Peperiksaan Akhir Tahun 2013 pula pada 21.4% pada tahap kritikal dan 71.4% pada tahap potensi lulus. Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2013 tersebut, didapati keputusan pencapaian pelajar didapati amat lemah dalam tajuk Penyata Kewangan dimana markah penuh 25 markah, beberapa pelajar masih mendapat markah bawah 10m

Upload: rabiatulhusna

Post on 02-Oct-2015

248 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

mengkaji tentang penglibatan pelajar dalam pnp

TRANSCRIPT

1. TAJUK KAJIAN : MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID DALAM MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN MELALUI PENGGUNAAN MODUL MENGIKUT ARAS BAGI TAJUK PENYATA KEWANGAN

2. NAMA PENYELIDIK: Pn. Robiah Bt Hussin

SMK TUN AMINAH BATU PAHAT

3. REFLEKSI KAJIAN:Mata pelajaran Prinsip Perakaunan adakalanya dianggap sebagai matapelajaran yang sukar. Mungkin dalam kalangan pelajar yang lemah pandangan seperti ini adalah lumrah tetapi jika melibatkan pelajar-pelajar yang bijak, maka tanggapan ini tentunya menimbulkan tanda tanya.

Semasa saya mengajar mata pelajaran ini, tidak dapat dinafikan terdapat tajuk-tajuk tertentu yang agak mencabar minda pelajar. Jika tajuk-tajuk asas juga menimbulkan masalah kepada pelajar, ini amat merungsingkan guru itu sendiri. Berdasarkan analisis Head Count yang telah buat bagi ujian bulan Mei 2013 dan Peperiksaan Akhir Tahun 2013 didapati prestasi pelajar ramai berada pada tahap D , E dan potensi lulus. Pada bulan Mei 2013, peratus pelajar pada kedudukan kritikal ialah 28.6% dan pada kedudukan potensi lulus pula adalah pada 39.3%. Manakala pada Peperiksaan Akhir Tahun 2013 pula pada 21.4% pada tahap kritikal dan 71.4% pada tahap potensi lulus. Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2013 tersebut, didapati keputusan pencapaian pelajar didapati amat lemah dalam tajuk Penyata Kewangan dimana markah penuh 25 markah, beberapa pelajar masih mendapat markah bawah 10mLantaran itu, pada pandangan saya cara atau kaedah yang digunakan oleh guru memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jika kaedah yang digunakan tidak begitu berkesan dan akibatnya pelajar-pelajar menjadi mangsa lalu menganggap Prinsip Perakaunan suatu yang sukar dipelajari. Oleh itu, kaedah yang berkesan amatlah penting dan perlu dirangka di dalam pengajaran dan pembelajaran Prinsip Perakaunan.

4. FOKUS KAJIAN/ PERNYATAAN MASALAHDi antara kelemahan utama pelajar yang memilih mata pelajaran ini sebagai mata pelajaran elektif mereka adalah mereka kurang menguasai kemahiran-kemahiran asas Prinsip Perakaunan. Semasa peperiksaan yang dijalankan, pelajar tidak dapat menjawab dengan baik soalan Penyata Kewangan sedangkan soalan tersebut yang menyumbangkan markah yang tertinggi dalam Kertas Dua Prinsip Perakaunan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), iaitu antara 25 markah daripada markah keseluruhan. Soalan penyata kewangan ialah soalan wajib. Kelemahan pelajar mengingati format akan menyebabkan mereka gagal atau tidak mendapat keputusan yang baik di dalam kertas tersebut. 5. MATLAMAT KAJIANMeningkatkan Gred pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan

6. OBJEKTIF KAJIAN6.1 Membantu meningkatkan penguasaan pelajar terhadap kemahiran asas mata pelajaran Prinsip Perakaunan6.2. Penggunaan modul mengikut aras dan menarik dapat meningkatkan kemahiran palajar menjawab soalan Penyata Kewangan.

7. SOALAN KAJIAN7.1.Berapakah bilangan murid yang tidak dapat mengingati format Penyata Kewangan?7.2.Apakah kaedah modul yang digunakan oleh guru yang boleh menarik (merangsang) minat pelajar untuk menjawab soalan penyata kewangan ?8. METODOLOGI KAJIAN8.1 KUMPULAN SASARAN15 orang murid tingkatan 5 Bijak (kumpulan sederhana)8.2 INSTRUMEN KAJIANKuantitatif (Analisis Data)Menyediakan rekod pencapaian pelajar dalam setiap ujian.

8.3 INTERVENSI YANG DICADANGKAN8.3.1 Mempelbagaikan kaedah PDP yang menarik seperti Tayangan Slaid berkaitan tajuk yang diajar, Persembahan berkumpulan, soal-jawab, 8.3.2 Menyediakan Bahan Bantu Mengajar yang boleh membantu murid memahami tajuk yang diajar seperti Modul Mengikut Aras 8.3.3 Melabel dan melengkapkan format Penyata Kewangan

9. JADUAL PELAKSANAAN KAJIANBilAktivitiTarikh/MingguPelaksanaanCatatan

1 Taklimat kepada pelajar6 Mei 2014

2 Ujian Pra-analisis kepada pelajar 9 Mei 2014

3 Menganalisis Data 9 Mei 2014

4 Rawatan kepada subjek kajian 15 Jun 2014

5 Ujian Pos16 Jun 2014

6 Menganalisis data kajian dan membuat laporan22 Jun 2014

Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan

10. BAHAN DAN ANGGARAN KOS KAJIANBilJenis BahanKuantiti X Harga seunitJumlah Kos

1Modul 2 modul (6X15)RM 90.00

2Cetak bahan dan laporan kajianRM 10.00

Jumlah BesarRM100.00

LAMPIRANBILAKTIVITI

1MARKAH UJIAN PRA DAN UJIAN POS

2PERBANDINGAN PENCAPAIAN UJIAN PRA DAN UJIAN POS