kajian terhadap majlis agama islam negeri johor

24

Upload: lydan

Post on 20-Jan-2017

278 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor
Page 2: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor

Kewangan

Sosial Islam •ISLAMIC SOCIAL FINANCE•

PROSIDING PERSIDANGAN EKONOMI DAN

KEWANGAN ISLAM MALAYSIA KE-3 2016

PROCEEDINGS OF THE 3RD CONFERENCE ON MALAYSIAN ISLAMIC ECONOMICS AND FINANCE (CMIEF) 2016

Disunting oleh:

Sharifah Shazwani Syed Mohamed

Muhammad Hakimi Mohd Shafiai

Amiratul Nadiah Hasan

Suhaili Alma’amun

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BANGI • 2016

Page 3: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016

ii

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM

(CMIEF) 2016

Cetakan Pertama, 2016

Hak cipta Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM)

Universiti Kebangsaan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan

untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun,

sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis

daripada Penerbit terlebih dahulu.

Diterbitkan dan dicetak oleh

Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM),

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UKM Bangi,

Selangor Darul Ehsan, Malaysia

http://www.ekonis-ukm.my/

Tarikh dan Tempat Persidangan:

24 Ogos 2016 / 21 Zulkaedah 1437

International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia,

Jalan Elmu Off Jalan Universiti, 59100 Kuala Lumpur

Anjuran Bersama:

Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM),

Universiti Kebangsaan Malaysia, Institut Islam Hadhari UKM,

International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia,

Pusat Penyelidikan Antarabangsa Ekonomi Dan Kewangan Islam (IRCIEF), KUIS,

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM),

Persatuan Alumni Sahabat Ekonomi Islam, UKM

ISBN 978-983-3198-94-8

Page 4: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016

iii

ISI KANDUNGAN

Isi Kandungan iii

Kata Pengantar vi

WAQF & CROWDFUNDING

Aplikasi Konsep Istibdal ke Arah Penjanaan Dana Wakaf Oleh Perbadanan

Wakaf Selangor

Oleh Afiffudin Mohammed Noor & Che Zuina Ismail

1

Peranan Waqaf Dalam Meningkatkan Pendapatan Nelayan Tradisional di

Kuala Langat

Oleh Aidil Afandi Mohamad Alias, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai & Mohd

Adib Ismail

8

Potensi Waqf Dalam Pengurusan Bekalan Sumber Air Terawat di

Kalangan Negara Islam Terpilih

Oleh Mohammad Nasrul Hakim Roslan & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai

18

Wakaf Penerbangan Sebagai Bentuk Baru “Perniagaan Sosial Islam”:

Kajian di Air Riths Airline.

Oleh Mohd Salleh Abd Kadir & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai

31

Implikasi Pendedahan Pelaporan Wakaf Dalam Penyata Kewangan: Kajian

Terhadap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

Oleh Nur Fahana Zahari, Nur Adila Ayub & Hairunnizam Wahid

43

Isu-isu dan Penglibatan Organisasi Bukan Kerajaan di Dalam

Crowdfunding

Oleh Anisa Syazwani Aris

53

Equity Crowdfunding Patuh-Syariah di Malaysia

Oleh Hud Sabri, Shahida Shahimi & Suhaili Alma’amun 62

Dana Untuk Pendidikan di Universiti Melalui Crowdfunding: Satu Kajian

Awal

Oleh Nur Saadah Rozali, Suhaili Alma’amun & Shifa’ Mohd Nor

78

Potensi Sukuk dalam Membangunkan Tanah Wakaf di Malaysia:

Satu Tinjauan

Oleh: Latifah Nuroniah Selamat & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai

89

Proposal Penubuhan Platform Crowdfunding Berasaskan Wakaf Dari Segi

Perundangan Malaysia

Oleh Nur Sakinah Nabilah Nor Saeran, Suhaili Alma’amun & Asma Hakimah

Ab. Halim

104

The Role of Muslim Millionaires in Enhancing Waqf-Based Crowdfunding: A

Proposed Framework

Oleh Wan Shamilah Wan Mohammed, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai,

Mohd Fairuz Md Salleh

129

Page 5: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016

iv

TAKAFUL

Review On Trust in Takaful Agent-Client Relationship

Oleh Aimi Fadzirul Kamarubahrin & Syadiyah Abdul Shukor 236

Melindungi Golongan Berpendapatan Rendah Melalui Takaful Mikro:

Prospek & Cabaran

Oleh Mardziah Idris & Hendon Redzuan 245

Penganggaran Tahap Kesolvenan Pengendali Takaful Dengan Skor-Z

Altman

Oleh Noor Huzaidah Husin, Rubayah Yakob & Hairunnizam Wahid 264

Kajian Empirikal Terhadap Penentu Kepada Polisi Luput Pelan Takaful

Keluarga

Oleh Norasykeen binti Mohd Baharom & Rubayah Yakob 280

Penerimaan Penjawat Awam Terhadap Skim Perlindungan Takaful

Keluarga di Putrajaya Oleh Ratna Edayu Bt Jumiran & Hendon Redzuan

291

ZAKAT & PERCUKAIAN

Analisis Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Agihan

Zakat: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor

Oleh Ahmad Fathi Aminuddin, HairunnizamWahid & Mohd Ali Mohd Nor 142

Pengagihan Zakat Perubatan di Malaysia: Peranan Bank Rakyat

Oleh Mohd Yusof Bin Ismail Hairunnizam Wahid Zulkefly Abdul Karim 158

Localization Model for Education Zakat Distribution Among University

Students: A Theoretical Proposal to Islamic Religious Councils in Malaysia

(IRC) With Cooperation of Selangor Zakat Board (LZS)

Oleh Noor Afiqah Che Soh, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor

167

Lokalisasi Agihan Zakat Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi: Satu Kajian

Atas Status Anak Negeri

Oleh Nurul Aqilah Jalaludin, Noor Afiqah Che Soh & Hairunnizam Wahid 181

Lokalisasi dan Sosialisasi Antara Amil Dan Asnaf:

Kajian di Malaysia

Oleh Ramizah Begam Abd Aziz, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor 191

Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Agihan Zakat:

Kajian di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Oleh Samsiah Jumati, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor 200

Analisis Perubahan Pola Agihan Zakat: Kajian Kes Negeri Kelantan

Oleh Wan Nurhanini Wan Hassim & Hairunnizam Wahid 213

Layanan Cukai Terhadap Amalan Kewangan Sosial Islam di Malaysia

Oleh Nur Liyana Omar, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai & Suhaili Alma’mun 226

Page 6: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016

v

KONTRAK DAN PEMBIAYAAN ISLAM

Potensi Pembiayaan Kewangan Islam Dalam Peningkatan Produktiviti

Perladangan Kelapa Sawit di Kalangan Pekebun Kecil Oleh Muhammad Zaid Fahmi Bin Mahadzir

313

Kontrak Al-Murabahah Purchase Order (MPO): Implementasi Dalam

Produk Pembiayaan Kenderaan Daripada Sudut Memenuhi Keperluan

Pengguna

Oleh Nazhatul Shima Abdul Rahman & Hairunnizam Wahid

322

Pengurusan Dana Masjid Di Malaysia: Satu Kajian Mengenai Penggunaan

Akaun Amanah

Oleh Norakma Sabran, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad 334

Pemahaman Penjawat Awam Terhadap Produk Pembiayaan Perumahan

Secara Islam Oleh Kerajaan

Oleh Norzulaily Binti Ahmad Kamal, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai &

Ruzian Markom

343

Maqasid Al-Shariah in Ar-Rahnu

Oleh Nur Rasyidah Kamaruzaman & Salina Haji Kassim 357

LAIN-LAIN ISU BERKAITAN EKONOMI ISLAM

Impak Kepercayaan Dan Kesetiaan Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH)

Terhadap Risiko Kecairan

Oleh Nurul Ain Mohd Pauzi, Aisyah Abdul Rahman & Shifa Mohd Nor 367

Tingkah Laku Perancangan Persaraan dan Isu Caruman KWSP Pekerja

Sektor Swasta di Melaka

Oleh Nurul Fariha Jamaludin, Suhaili Alma’amun & Hairunnizam Wahid 381

Faktor-faktor Mempengaruhi Pemilihan Produk Halal Farmaseutikal

Oleh Rabiatul Aiisyah Muhammad, Mohd Ali Mohd Noor & Hairunnizam Wahid 394

Perkembangan Industri Makanan Halal Jepun di Malaysia

Oleh Sharifah Shazwani Syed Mohamed, Mohd Ali Mohd Noor &

Muhammad Hakimi Mohd Shafiai 405

Pasar Islam: Sebuah Model Masyarakat Ekonomi Madani Kajian Menerusi

Al-Quran, Hadis Dan Pasar Pada Masa Khulafaurrasyidin

Suwandi, Muhammadi Hakimi Mohd Shafiai & Wan Nasyrudin Wan Abdullah 414

Page 7: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016

vi

KATA PENGANTAR

Persidangan Ekonomi dan Kewangan Islam Malaysia (CMIEF) 2016 ini bertemakan

KEWANGAN ISLAM SOSIAL. Penganjuran persidangan ini merupakan kesinambungan daripada

persidangan CMIEF 2015 di mana penganjurnya adalah Pusat Penyelidikan Ekonomi dan

Kewangan Islam (EKONIS) Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan Institut Islam Hadhari, UKM.

Namun pada tahun 2016, pihak EKONIS telah bekerjasama dengan Institut Islam Hadhari UKM,

International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia, Pusat Penyelidikan

Antarabangsa Ekonomi Dan Kewangan Islam (IRCIEF) KUIS, Institut Latihan Islam Malaysia

(ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Persatuan Alumni Sahabat Ekonomi

Islam, UKM bagi sama-sama menjayakan penganjuran CMIEF 2016

Persidangan ini diadakan adalah lebih tertumpu bagi membincangkan hasil kajian dalam bidang

kewangan Islam sosial dan juga bidang-bidang lain yang berkaitan dengan ekonomi dan kewangan

Islam. Disamping itu, persidangan ini juga merupakan menjadi wadah perbincangan ilimah antara

penyelidik, pensyarah, pelajar pascasiswazah dan juga pengamal industri di Malaysia. Melalui

prosiding persidangan ini, kertas kerja yang mempunyai potensi akan diterbitkan di dalam jurnal

berindeks selain dikumpulkan untuk memberi manfaat kepada semua pihak.

Page 8: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

141

PROCEEDING OF THE 3rd CONFERENCE ON MALAYSIAN ISLAMIC ECONOMICS AND FINANCE (CMIEF) 2016

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

ANALISIS PRESTASI KECEKAPAN PENGURUSAN KEWANGAN DAN

PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT: KAJIAN TERHADAP MAJLIS AGAMA

ISLAM NEGERI JOHOR

_________________________________________________________________________

Ahmad Fathi Aminuddin1

Hairunnizam Wahid2

Mohd Ali Mohd Nor3

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

43600, UKM Bangi, Selangor

ABSTRAK

Situasi semasa menunjukkan masih wujud tanggapan negatif dalam kalangan masyarakat Islam

terhadap institusi zakat di Malaysia. Beberapa kajian terdahulu menunjukkan bahawa tanggapan

tersebut masih wujud disebabkan antaranya ketidakyakinan masyarakat terhadap institusi zakat dari segi

pengurusan kewangan institusi zakat serta kecekapan pengurusan dalam mengagihkan zakat kepada

asnaf tertentu. Tanggapan tersebut wujud berkemungkinan disebabkan oleh beberapa isu negatif yang

berlaku seperti kecekapan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) termasuklah isu lebihan zakat tahunan

yang banyak tidak diagihkan serta pengagihan zakat kepada lapan golongan asnaf yang lebih utama

menerima zakat yang perlu diberi perhatian oleh institusi zakat. Justeru, kajian telah dijalankan bagi

menilai prestasi kecekapan pengurusan kewangan dan agihan Zakat bahagian zakat bagi Majlis Agama

Islam Negeri Johor (MAINJ). Menggunakan nisbah aliran tunai sebagai proksi prestasi kewangan dan

mengkategorikan prestasi kecekapan agihan institusi zakat kepada dua iaitu kecekapan agihan berbentuk

kewangan (lebihan zakat tahunan) dan bukan kewangan (keutamaan asnaf). Kaedah regrasi mudah juga

digunakan untuk melihat corak agihan asnaf zakat MAINJ. Kajian ini menggunakan data laporan

kewangan tahunan dan laporan kutipan dan agihan zakat MAINJ bermula tahun 2000 sehingga 2013.

Hasil kajian mendapati prestasi agihan zakat berbentuk kewangan mengalami peningkatan dari tahun ke

tahun disamping peningkatan prestasi kewangan MAINJ. Manakala dalam aspek agihan bukan

kewangan menunjukkan purata skor agihan zakat belum berada pada nilai terbaik menunjukkan wang

zakat diagihkan tidak mengikuti kepentingan kategori asnaf mazhab As-Syafie. Hasil daripada kajian

boleh dijadikan sebagai salah satu kayu ukur prestasi kecekapan pengurusan kewangan dan kecekapan

agihan zakat oleh institusi zakat khususnya MAINJ dalam usaha meningkatkan prestasi agihan zakat di

Johor dan Malaysia amnya.

Kata Kunci: Majlis Agama Islam Negeri Johor, nisbah aliran tunai, kecekapan keutamaan asnaf, lebihan

agihan zakat

PENGENALAN

Zakat merupakan satu tuntutan wajib dan salah satu bentuk ibadah yang dituntut keatas setiap

muslim yang berkemampuan. tuntutan tersebut berbentuk menyerahkan sebahagian harta kepada

mereka yang memerlukan seperti yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Ia juga

merupakan salah satu bentuk instrumen kewangan dan sumber pembangunan ekonomi Islam. Bukti

1Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UKM.E-mail:[email protected] 2Pensyarah Kanan di FEP, UKM; email; [email protected] 3Pensyarah Kanan di FEP, UKM; email; [email protected]

Page 9: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

142

zakat sebagai sumber pembangunan ekonomi dapat dilihat pada konteks pembahagian kekayaan

dalam sesebuah negara apabila zakat ini dikenakan kepada harta sesorang atau dengan kata lain

zakat dikenakan atas orang kaya dan di berikan kepada golongan asnaf tertentu yang memerlukan.

Asnaf bagi zakat (penerima zakat) hanya boleh diagihkan kepada lapan golongan seperti yang

dinyatakan dalam surah at-Taubah, ayat 60 iaitu al-fuqara’ (orang fakir), al-masakin (orang

miskin), amil, muallaf, al-riqab (hamba), al-gharimin (orang yang dibebani hutang), fisabilillah

(orang yang berjuang di jalan Allah) dan ibn sabil (musafir di perjalanan). Secara umumnya

terdapat empat golongan yang perlu diutamakan terlebih dahulu dalam pengagihan dana zakat

mengikut keutamaan Mazhab Imam As-Syafie iaitu al-fuqara (golongan fakir), al-masakin

(golongan miskin), al-gharimin (golongan berhutang), dan ibn sabil (golongan bermusafir)

(Mohamad Uda, 2005; Eza Ellany et al. 2014). Justeru amil akan mengambil tempat ketiga selepas

asnaf fakir dan miskin berdasarkan hujah sekurang-kurangnya agihan dilaksanakan kepada tiga

golongan asnaf jika zakat diuruskan oleh pemimpin atau imam. Berlandaskan keutamaan ini, bagi

mencapai keadilan yang optimum, institusi zakat perlu memastikan dana zakat diagihkan terlebih

dahulu kepada kelima-lima asnaf di atas sebelum asnaf selebihnya yang dinyatakan dalam Al-

Quran.

Pengurusan zakat di Malaysia secara amnya diuruskan oleh badan-badan pengurusan zakat

mengikut setiap negeri dan dibawah bidang kuasa negeri seperti yang termaktub bawah

Perlembagaan Persekutuan: Jadual Kesembilan, Senarai 2: Senarai Negeri, yang menyenaraikan

perkara-perkara berkaitan urusan wasiat, zakat, baitulmal dan sebagainya, setiap negeri mempunyai

sistem pentadbiran dan pengurusan zakat tersendiri dalam memastikan pengurusan dana zakat

diuruskan dengan baik dan cekap serta mampu menstabilkan lagi pembangunan ekonomi sama ada

ia merupakan badan koporat mahupun dibawah seliaan majlis agama Islam negeri.

Walaubagaimanapun, institusi zakat masih belum mampu memberikan keyakinan kepada

masyarakat Islam mengenai kewajipan membayar zakat dan kewibawaan institusi zakat dalam

menguruskan kutipan dan agihan zakat. Antara punca adalah berlakunya ketidakcekapan agihan

dan pengurusan zakat institusi zakat itu sendiri. Terdapat banyak kajian yang telah dilakukan

berkaitan dengan persepsi pengurusan institusi zakat. Kajian-kajian tersebut menunjukkan bahawa

isu tentang persepsi masyarakat terhadap keberkesanan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)

merupakan antara faktor yang menurunkan kadar kutipan zakat oleh pusat zakat kerana terdapat

diantara masyarakat yang mencari jalan alternatif untuk membayar zakat iaitu dengan mengagihan

zakat terus kepada asnaf.

Rasional kajian dilakukan adalah menguji kecekapan dalam pengurusan kewangan majlis

agama dan institusi zakat dalam mengagihkan dana zakat, kerana sekiranya berlaku ketidakcekapan

maka akan mewujudkan persepsi yang kurang baik terhadap keduanya. Kurangnya kajian

mengenai prestasi pengurusan kewangan majlis agama Islam negeri di Malaysia khususnya di

Johor dan hubungannya dengan prestasi agihan zakat dalam bentuk agihan kewangan dan bukan

kewangan menjadi salah satu objektif kajian ini dilakukan. Kajian menjangkakan terdapat

hubungan yang signifikan antara kedua-dua prestasi tersebut. Kajian telah dilakukan keatas MAINJ

terhadap prestasi kewangan dan agihan zakat di Johor.

Pengurusan zakat di Negeri Johor

Pengurusan zakat di Negeri Johor pada awal dikenali sebagai Naqib Az-Zakat yang ditubuh pada

tahun 1957 sebelum ditukar nama kepada Jawatan Kuasa Zakat dan Fitrah pada tahun 1962 yang

berperanan dalam mengurusan kutipan dan agihan zakat di Negeri Johor. Pada tahun 1978

pengurusan zakat Negeri Johor telah diletakkan dibawah selian pentadbiran Majlis Agama Islam

Negeri Johor (MAINJ) dengan berkuatkuasanya Enakmen Pentadbiran Islam 1978. Pengurusan

zakat terus ditabir oleh MAINJ sehingga kini seperti mana yang termaktub dalam Enakmen

Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor 2003 Bahagian VI.

MAINJ telah ditubuhkan pada tahun 1925 di bawah kuatkuasa Bahagian 4, Bab 15,

Lembaga Aturan Bagi Pemerintahan Raja. Fungsi awal penubuhannya adalah menguruskan hal

ehwal Agama, memberi khidmat nasihat mengenai adat istiadat Raja memberi pelajaran dan

pendidikan kepada kerabat Di Raja dan menguruskan kebajikan masyarakat Islam. Selain itu antara

Page 10: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

143

fungsi utamanya adalah menguruskan dan mentadbir Kumpulan Wang Zakat & Fitrah dan

mengagihkan mengikut asnaf, mengurus dan mentadbir Kumpulan Wang / Harta Baitulmal.

Mengurus dan mentadbir Kumpulan Wang Wakaf sebagai Pemegang Amanah Wakaf. Pada tahun

1936 perlantikan Ahli Majlis dikuatkuasakan melalui Warta Kerajaan. Dengan itu fungsi Majlis

adalah sebagai Penggubal Dasar Agama Islam bagi Negeri Johor.

KAJIAN LEPAS

Institusi Zakat merupakan institusi awam yang berautoriti dan diberikan kepercayaan untuk

menguruskan dana zakat melalui kutipan daripada pembayar zakat dan agihan kepada golongan

asnaf yang layak. Dalam memastikan kepatuhan masyrakat untuk membayar zakat, aspek

kepercayaan terhadap kredibiliti institusi zakat amat diambil berat bagi memastikan kutipan zakat

meningkat dan mencukupi untuk menampung asnaf yang memerlukan. Kepercayaan ini dibina oleh

keberkesanan dan kecekapan Intitusi zakat yang mengurus dana zakat tersebut terutamanya dalam

aspek agihan zakat. kajian ini percaya aspek keyakinan dan kepercayaan masyarakat juga perlu

diberikan perhatian sewajarnya oleh institusi zakat agar usaha memartabatkan rukun Islam yang

ketiga serta dapat menambah baik sistem keberkesanan kutipan dan agihan zakat secara efektif dan

efisien (Shahir & Adibah, 2010). Zakat sekiranya dilaksanakan dengan berkesan bukan hanya akan

meningkatkan aspek rohani masyarakat sahaja, sebaliknya akan meningkatkan tahap sosio-ekonomi

ummah. (Patmawati, 2006) Mannan M.A (2003), Juga menyatakan dalam kajiannya iaitu aspek

agihan zakat merupakan aspek yang sangat penting kerana dana daripada zakat ini dapat

memberikan impak kepada masyarakat dan negara dalam memastikan kimiskinan dapat dibasmi

dan mampu memacu pembangunan ekonomi sesebuah negara. Kajian oleh Hairunnizam, Mohd Ali

dan Sanep (2005) mendapati kecekapan pengurursan institusi zakat terutamanya aspek agihan zakat

adalah penting dalam memepengaruhi kutipan zakat. Kajian tersebut juga menunjukkan sekiranya

institusi zakat berjaya mengagihkan kutipan zakat secara cekap dan adil maka masyarakat

cenderung untuk membayar zakat dan jumlah kutipan zakat sesebuah negeri akan meningkat.

Walaubagaimanapun terdapat kajian yang menunjukkan masih wujud persepsi kurang baik

masyarakat terhadap institusi zakat ini seperti kajian yang dijalankan oleh Hairunnizam, Sanep dan

Radiah, (2009) menunjukkan responden tidak membayar zakat berkemungkinan tidak berpuas hati

dengan pengagihan zakat oleh institusi zakat. Kajian lain juga mendapati kadar kutipan zakat

dipengaruhi oleh persepsi masyarakat dimana jika persepsi masyarakat yang baik terhadap institusi

zakat akan meningkatkan pembayaran zakat kepada institusi zakat dan sebaliknya.

Bagi memastikan persepsi yang tidak baik masyarakat tidak terus memberikan kesan

terhadap kadar kutipan zakat kepada institusi zakat, aspek prestasi kecekapan pengurusan perlu

diambil berat terutamanya kecekapan pengurusan agihan dan pengurusan kewangan isntitusi zakat

tersebut kerana aspek kecekapan pengurusan kewangan dan kecekapan pengurusan kutipan dan

agihan zakat kedua-dua aspek ini adalah sangat penting dalam memastikan sesebuah institusi zakat

dapat berjalan dengan baik. Kajian oleh eza Ellany et. al (2014) terhadap prestasi kecekapan

pengurusan agihan institusi zakat di Malaysia telah menggunakan kaedah pengukuran prestasi

kecekapan agihan zakat berbentuk kewangan menerusi pengukuran nisbah kutipan agihan dengan

melihat kepada peratusan lebihan zakat dan kaedah pengukuran agihan zakah mengikut keutamaan

asnaf Mazhab Imam As-Syafie zakat. kajian tersebut juga menyatakan terdapat kajian lepas

berkaitan prestasi kecekapan institusi zakat, tetapi tumpuan terhadap kecekapan agihan masih

kurang (Eza Ellany et. al, 2014).Antara kajian yang membincangkan mengenai prestasi kecakapan

institusi zakat seperti kajian oleh Md Hussain, et. al. (2012) walaubagaimanapun kajian ini hanya

mengkaji kecekapan tadbir urus institusi zakat dan masalah keyakinan masyarakat terhadap

institusi zakat sahaja dan tidak melihat kepada aspek kecekapan agihan zakat. Selain itu kajian oleh

Hairunnizam, Sanep dan Radiah hanya mengkaji persepsi masyarakat terhadap kecekapan agihan

dalam mempengaruhi kutipan zakat. Manakala kajian Norazlina & Abd Rahim (2011)

membincangkan kecekapan institusi zakat keseluruhannya dan tidak memfokus kepada prestasi

agihan.

Kajian ini juga menumpukan kepada prestasi kecekapan pengursan kewangan majlis

agama Islam negeri (MAIN) kerana prestasi kecekapan pengurusan kewangan berkait rapat dengan

Page 11: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

144

prestasi agihan zakat kerana majlis agama Islam adalah merupakan badan induk yang

bertanggungjawab dalam menguruskan zakat bagi sesebuah negeri. Maka MAIN perlu memastikan

kedudkan kewangannya berada dalam kedudukan yang baik bagi memastikan kelancaran

operasinya terutamanya dalam pengurusan kutipan dan agihan zakat. Mereka juga perlu

memastikan analisis kewangan dilakukan yang baik dan ia berkaitan dengan pemilihan, penilaian

dan tafsiran data kewangan, bersama-sama dengan maklumat lain yang berkaitan, untuk membantu

membuat keputusan dalam pelaburan dan kewangan. Menurut kajian oleh faiz et. al. (2014),

analisis kewangan boleh digunakan secara dalaman untuk menilai isu-isu seperti prestasi pekerja,

kecekapan operasi dan dasar-dasar kredit, dan secara luaran untuk menilai potensi pelaburan dan

kredit kepercayaan peminjam. Dalam kajian tersebut telah membandingkan prestasi kewangan

majlis agama Islam negeri (MAIN) dengan mengunakan nisbah tradisi dan nisbah aliran tunai

antara Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak

MAIPk dengan tujuan untuk mencari anomali dan menentukan fokus kepada perkara yang

mempunyai kedudukan yang penting di dalam kedudukan kewangan Majlis Agama Islam sesebuah

negeri. Penggunaan analisis nisbah aliran tunai hanya pada 1991 setelah dua tahun kemasukan

penyata aliran tunai dalam laporan tahunan dimana sebelum itu nisbah kewangan menjadi alat

utama dalam menganalisis kewangan sejak abad ke 19 (Mohammed, 2010; Faiz et. al. 2014).

Dalam menentukan keberkesanan dan tahap daya saing di pasaran, analisis aliran tunai dianggap

lebih berkesan kerana ia lebih dinamik (Maxwell, 2010; Faiz et al. 2014). Oleh itu kajian ini

mengambik kaedah analisis aliran tunai sebagai proksi pengukuran prestasi kecekapan kewangan

dengan melihat kepada kecairan, kesolvenan dan margin aliran tunai (keuntungan) bersumberkan

kajian oleh Faiz et. al. (2015) serta pengukuran prestasi agihan zakat berbentuk kewangan dan

bukan kewangan bersumberkan kaedah kajian oleh Eza Ellany et. al. (2014) bagi institusi zakat dan

menganalisis samaada wujud hubungan signifikan antara keduanya. limitasi kajian hanya kepada

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) sahaja.

METODOLOGI

Kajian telah dijalankan dengan melakukan beberapa kaedah analisis dengan menggunakan data-

data sekunder seperti laporan kewangan tahunan Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) dan data

jumlah kutipan dan agihan zakat tahunan yang diperolehi daripada bahagian kewangan dan

bahagian zakat MAINJ. Data dan rujukan berkaitan telah digunakan analisis daripada tahun 2000

sehingga 2013. Kemudian, data dianalisis dalam menentukan prestasi kewangan MAINJ

mengunakan kaedah analisis nisbah aliran tunai merujuk kepada kajian yang telah dijalankan oleh

Faiz et. al.(2014). Penentuan kecekapan prestasi kewangan menggunakan kaedah analisis nisbah

aliran tunai diukur melalui kecairan, kesolvenan dan keuntungan bagi kewangan MAINJ seperti di

JADUAL 1.

JADUAL 1 : Penerangan nisbah aliran tunai yang digunakan

Nisbah Formula Penanda Aras Ukuran

ATO kepada LS ATO/LS >0.4 Kecairan

ATO kepada JL ATO/JL >0.2 Kesolvenan

Margin Aliran Tunai ATO/JP nilai positif Keuntungan Nota: ATO = Aliran Tunai daripada Aktiviti Operasi, LS = Liabiliti Semasa, JL = Jumlah Liabiliti, JP =

Jumlah Pendapatan, Penanda Aras ( menentukan nisbah yang sihat)

Sumber: Faiz, Hairunnizam & Sanep (2014)

Manakala bagi prestasi agihan zakat, kaedah pengukuran Skor Kecekapan Lebihan Zakat

(SKORLZ) telah digunakan bagi menilai prestasi agihan zakat berbentuk kewangan dan kaedah

pengukuran Skor Kecekapan Keutamaan Asnaf (SKORKA) bagi menilai prestasi agihan zakat

berbentuk bukan kewangan berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Eza Ellany et. al. (2014).

Berdasarkan PERSAMAAN 1, SKORLZ adalah pengukuran peratusan jumlah wang zakat

yang tidak diagihkan berbanding jumlah pungutan zakat yang diperolehi daripada data kutipan dan

agihan zakat MAINJ pada setiap hujung tahun.

Page 12: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

145

PERSAMAAN 1

SKORLZ = Jumlah Lebihan : (Jumlah Pendapatan – Jumlah Perbelanjaan)

Jumlah Pendapatan

Skor kecekapan lebihan zakat dibentuk dalam lingkungan nilai antara 0 hingga 1. Nilai 0

adalah nilai yang terbaik yang menunjukkan agihan berada di tahap kecakapan yang terbaik. Ini

bermakna kutipan zakat pada tahun tersebut diagihkan secara optimum dan tidak berlaku lebihan

pada agihan zakat. Walaubagaimanapun boleh berlaku keadaan agihan zakat pada tahun tertentu

melebihi kutipan yang mana skor akan menunjukkan nilai dibawah kosong iaitu negatif. Hal ini

menyebabkan berlaku ketidakcekapan dalam agihan zakat kerana lebihan pada agihan adalah

kemungkinan ia diambil daripada lebihan kutipan yang tidak diagih pada tahun sebelumnya.

Agihan yang cekap sepatutnya dilakukan pada tahun semasa kutipan wang zakat yang diperolehi (

Eza Ellany et. al, 2014).

Pengukuran prestasi agihan zakat juga dilakukan melalui analisis Skor kecekapan

keutamaan asnaf (SKORKA). Kaedah pengukuran ini dibentuk berdasarkan keutamaan asnaf yang

wajib didahulukan agihan zakat kepadanya seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur’an dan As-

sunnah, berpandukan mazhab yang diguna pakai di Malaysia iaitu Mazhab Imam As-Syafi’e.

Menurut pandangan Mazhab Imam As-Syafi’e, keutamaan zakat perlu diberikan kepada empat

golongan terlebih dahulu iaitu al-fuqara’ (orang-orang fakir), al-masakin (orang-orang miskin), al-

gharimin (orang-orang yang mempunyai hutang) dan ibn-sabil (orang yang bermusafir di

perjalanan) (Mohamad Uda 2005; dan Eza Ellany et. al, 2014). Seterusnya kedudukan amil akan

mengambil tempat ketiga bagi keutamaan agihan zakat berdasarkan hujah yang mana sekurang-

kurangnya zakat perlu diagihkan kepada tiga golongan asnaf sekirannya agihan zakat di uruskan

oleh Imam atau Pemerintah. Berdasarkan hujah keutamaan yang perlu diberikan kepada golongan

asnaf ini, institusi zakat perlu memastikan zakat di agihkan kepada kelima-lima golongan asnaf ini

terlebih dahulu sebelum diagihkan kepada tiga golangan asnaf yang lain yang disebutkan dalam Al-

Quran iaitu muallaf (orang yang hatinya dengan Islam/ orang baru peluk Agama Islam), al-riqab

(hamba) dan fisabilillah (orang yang berjuang di jalan Allah). Berikut adalah persamaan yang

dibentuk bagi Skor Keutamaan Asnaf (SKORKA) :

PERSAMAAN 2

Berdasarkan persamaan (2), SKORKA dibentuk dengan menjumlahkan perbezaan antara

skor agihan sebenar Mazhab Imam As-Syafi’e (rujuk JADUAL 2) dengan skor agihan MAINJ dan

dibahagikan dengan jumlah perbezaan skor maksimum yang diperolehi daripada skor kelapan-

lapan kategori asnaf ini.

JADUAL 2 : Skor Agihan sebenar Mazhab Imam As-Syafi’e

SKORKA =

Jumlah perbezaan skor bagi 8 kategori asnaf

(Skor agihan sebenar – skor agihan MAINJ)

Jumlah perbezaan skor maksimum

Bil Kategori Asnaf Skor Agihan

1

2

3

4

5

6

al-Fuqara’(orang fakir)

al-Masakin (orang miskin)

Amil

al-Gharimin (orang yang memiliki hutang)

1

2

3

4

Ibn sabil (musafir di perjalanan) 5

Muallaf 6

Page 13: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

146

JADUAL 3: Pengiraan Perbezaan Skor Maksimum untuk SKORKA

Skor Agihan Sebenar Skor Agihan Institusi

Terendah

Perbezaan Skor

Maksimum

1 6 5

2 6 4

3 6 3

4 5 1

5 4 1

6 3 3

6 2 4

6 1 5

Jumlah 26 Sumber: Eza Ellany et al. (2014)

Bagi melihat prestasi agihan zakat dengan lebih terperinci, analisis corak agihan zakat

kepada setiap kategori asnaf dilakukan dan data dianalisis menggunakan regresi mudah kuasa dua

terkecil mengikut kategori asnaf bagi melihat corak agihan zakat dan analisis data dilakukan

sepanjang tempoh 14 tahun dari tahun 2000 sehingga 2013. Data-data kemudiannya

dipersembahkan ke dalam bentuk jadual dan graf bagi menunjukkan corak dan penekanan dalam

agihan zakat. Model yang digunakan bagi tujuan analisis data adalah seperti yang ditunjukkan

dalam Model 1.(Sumber: Rashidah Unos et. Al. 2015)

Y = a + bt (1)

Berdasarkan Model 1, Y adalah peratus agihan zakat mengikut asnaf yang terdiri daripada

fakir, miskin, amil, muallaf, al-riqab, al-gharimin, fisabilillah dan ibn sabil, manakala t adalah

nilai masa bagi corak.

DAPATAN KAJIAN

Kajian ini telah menganalisis prestasi kecekapan agihan zakat di johor berdasarkan penilaian

prestasi agihan dengan melihat kepada prestasi agihan berbentuk kewangan dan berbentuk bukan

kewangan.

Prestasi kecekapan agihan zakat diukur berdasarkan skor kecekapan lebihan zakat (prestasi

agihan kewangan) dan skor kecekapan keutamaan asnaf (prestasi agihan bukan kewangan).

JADUAL 5 menunjukkan hasil analisis prestasi agihan zakat. Analisis dilakukan bagi mencapai

objektif kajian iaitu menilai prestasi institusi zakat berdasarkan kedua-dua jenis prestasi agihan

iaitu prestasi agihan berbentuk kewangan dan bukan kewangan. Hairunnizam et al. (2009),

menyatakan bahawa agihan zakat yang optimum kepada 100 peratus (lebihan bernilai 0.00) adalah

agihan yang terbaik (Hairunnizam et al. 2009; dan Eza Ellany et. al, 2014). Selain itu Andrés-

Alonso, Martín Cruz dan Romero-Merino (2006) menyatakan, kecekapan agihan berlaku apabila

hampir kesemua derma yang diterima, dibelanjakan sepenuhnya untuk aktiviti-aktiviti dan projek-

projek kebajikan yang dirangka. Namun, Eza Ellany (2014) dalam kajian beliau berpendapat

disebabkan ketiadaan sebarang penanda aras bagi menilai kecekapan agihan dari sudut lebihan

zakat maka skor di bawah lingkungan 0.228 sudah dianggap berprestasi baik (Eza Ellany et al.

2014). Bagi skor kecekapan keutamaan asnaf pula Eza Ellany et al. (2014) berpendapat skor di

bawah nilai 0.46 adalah skor kecekapan keutamaan asnaf terbaik berdasarkan kekerapan tertinggi

nilai skor yang diperoleh dalam hasil kajian beliau. Kajian ini turut menjadikan nilai skor di bawah

7

8

al-Riqab (hamba)

Fi-sabilillah (orang yang berjuang di

jalan Allah)

6

6

Sumber: Eza Ellany et. Al (2014)

Page 14: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

147

nilai 0.228 sebagai skor kecekapan lebihan zakat terbaik. Sekiranya terdapat skor yang bernilai

negatif maka nilai tersebut akan digantikan dengan nilai 0 kerana tiada lebihan zakat semasa yang

tidak diagihkan.

Daripada penilaian yang dibuat, secara keseluruhannya prestasi pengurusan kewangan dan

prestasi agihan zakat MAINJ menujukkan peningkatan dari semasa ke semasa walaupun

kadangkala ia menunjukkan nilai yang kurang konsisten.

Bagi prestasi pengurusan kewangan, dengan berpandukan kajian terdahulu menggunakan

kaedah analisis aliran nisbah tunai dengan menentukan tahap prestasi kewangan melalui prestasi

kecairan, kesolvenan dan keuntungan MAINJ. Berdasarkan JADUAL 5 hasil kajian mendapati,

bagi prestasi kecairan kewangan MAINJ adalah sangat baik dengan purata 1.28 atau 128 peratus

dan prestasi baik ditubjukkan pada tahun 2000 hingga 2001, 2003 hingga 2009 dan 2012 yang

mana nilai nisbah kecairan melebihi nilai nisbah kecairan minimum 0.4 atau 40 peratus. Tahun

2012 mencatatkan nisbah kecairan tertinggi dengan nilai sebanyak 6.89 atau 689 peratus. Tahun

2002, 2010 dan 2013 mencatatkan nisbah kecairan dibawah nilai minimum penanda aras kecairan

yang baik iaitu 40 peratus atau 0.4 dengan nilai masing-masing 0.09, 0.28 dan 0.32. Tahap kecairan

negatif dicatatkan pada tahun 2011. Bagi analisis prestasi tahap kesolvenan kewangan MAINJ pula,

tahap kesolvenan kewangan MAINJ tidak dapat diukur kerana penyata kewangan MAIJ hanya

melaporkan item liabiliti semasa sahaja dan tiada melaporkan jumlah liabiliti keseluruhan termasuk

liabiliti jangka panjang. Nisbah margin aliran tunai merupakan penunjuk keupayaan penjanaan

tunai yang lebih baik berbanding dengan nisbah lebihan pendapatan yang memberi tumpuan

kepada akruan berdasarkan pendapatan perakaunan Faiz et. al.(2014). Hasil kajian mendapati

nisbah margin aliran tunai menunjukkan tahap prestasi yang sangat baik dengan purata nisbah

keuntungan adalah 27.63 peratus. Hasil menunjukkan keseluruhan setiap tahun menunjukkan

nisbah margin aliran tunai yang positif kecuali pada tahun 2011 mencatatkan nilai nisbah margin

aliran tunai yang negatif iaitu 5.26 peratus. Nisbah margin aliran tunai tertinggi dicatatkan pada

tahun 2002 iaitu 73.56 peratus.

Hasil kajian bagi prestasi agihan zakat berbentuk kewangan MAINJ secara keseluruhan

menunjukkan prestasi berada dalam keadaan yang baik dan berlaku peningkatan dari tahun ke

tahun walaupun tidak konsisten. Hasil analisis selari dengan kajian terdahulu oleh Eza Ellany et. al.

(2014), nilai skor dibawah 0.228 atau 22.8 peratus adalah nilai skor kecekapan lebihan zakat

(SKORLZ) yang dianggap berprestasi baik walaupun belum mencapai tahap prestasi agihan yang

optimum dimana semua kutipan hendaklah diagihkan kesemuanya iaitu dengan nilai skor 0.

Berdasarkan JADUAL 5, hampir keseluruhan setiap tahun mendapati skor prestasi kecekapan

agihan lebihan zakat berada dibawah nilai 0.228 iaitu pada tahun 2002 hingga 2010 dan 2012

hingga 2013 dimana prestasi terbaik dicatatkan pada tahun 2000 dengan nilai skor 0.02 hampir

kepada nilai optimum 0.00 dan diikuti pada tahun 2010 dengan nilai skor 0.03. manakala skor

terendah dicatatkan pada tahun 2000 dengan nilai skor 0.51. Purata dicatatkan bagi SKORLZ

adalah 0.17 atau 17 peratus dan ini menunjukkan prestasi keseluruhan agihan zakat berbentuk

kewangan adalah baik.

Bagi prestasi kecekapan agihan zakat berbentuk bukan kewangan pula, nilai skor dibawah

0.46 dianggap berprestasi baik bagi skor kecekapan keutamaan kategori asnaf mengikut mazhab

Imam As-syafie (SKORKA). Berdasarkan JADUAL 5, hasil mendapati prestasi kecekapan agihan

mengikut keutamaan asnaf bagi MAINJ belum berada di tahap yang baik dengan purata dicatakan

adalah 0.50 dan tiada tahun yang mencatatkan nilai skor prestasi kecekapan keutamaan asnaf di

bawah nilai 0.46. nilai skor terbaik dicatatkan hanya pada tahun 2005 hingga 2006, 2008 dan 2010

hingga 2013 dengan nilai skor kesemuanya adalah 0.46.

Hubungan antara prestasi kewangan dalam aspek kecairan dan keuntungan dengan prestasi

kecekapan agihan dalam aspek lebihan agihan zakat dan keutamaan asnaf dapat dirumuskan dalam

JADUAL 5. Prestasi yang baik yang ditunjukkan oleh nilai skor dalam kedua-dua aspek dapat

ditunjukkan melalui nilai yang telah digelapkan. Berdasarkan JADUAL 5, kajian mendapati

terdapat hubungan yang signifikan antara prestasi kewangan dengan prestasi agihan zakat

berbentuk kewangan MAINJ. Namun terdapat hubungan yang tidak signifikan antara prestasi

kewangan dengan prestasi keutamaan asnaf. Justeru hasil kajian ini berjaya membuktikan secara

deskriptif wujud hubungan antara prestasi kewangan MAINJ dan prestasi pengagihan zakat oleh

Page 15: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

148

MAIN berbentuk kewangan tetapi tidak signifikan bagi prestasi agihan berbentuk bukan kewangan

(keutamaan asnaf).

Analisis Corak Agihan Zakat

Daripada hasil analisis terperinci melibatkan prestasi agihan zakat, JADUAL 6 menunjukkan

peratusan agihan dana zakat bagi setiap kategori asnaf sepanjang tempoh 14 tahun bermula dari

tahun 2000 hingga 2013. asnaf fakir dan miskin di gabungkan bagi tujuan penyeragaman kerana

data yang diperolehi bagi tahun 2000 sehingga 2006 tidak diasingkan untuk agihan zakat asnaf

fakir dan miskin.

Asnaf Fakir dan Miskin

Asnaf fakir dan miskin adalah golongan paling utama dalam menerima agihan zakat mengikut

pandangan mazhab As-syafie. Kedua-duanya secara amnya adalah golongan yang pendapatannya

hampir tiada atau pendapatannya belum cukup untuk menampung keperluan hariannya. Melalui

Rajah 1, kajian mendapati berlaku peningkatan dalam agihan zakat untuk asnaf fakir dan miskin

dari tahun ke tahun, peningkatan ini disebabkan keseriusan daripada pihak MAINJ dalam usaha-

usaha menigkatkan taraf hidup asnaf dan dalam membasmi kemiskinan di negeri jodor dengan

mempelbagaikan bantuan serta program-program pembangunan asnaf yang dijalankan.

Berdasarkan JADUAL 7, hasil regresi adalah seperti berikut:

Y = 17.53 + 1.88t

Ini menunjukkan bahawa dengan peningkatan 1 unit dalam tahun, maka peratus agihan

zakat untuk asnaf fakir akan meningkat sebanyak 1.88 peratus. Corak agihan dana zakat bagi asnaf

fakir didapati meningkat dan signifikan pada aras keertian 5 peratus.

Asnaf Amil

Amil pula adalah mereka yang dilantik oleh pemerintah yang bertanggungjawab menguruskan dana

zakat daripada kutipan sehinggalah agihan. Dana agihan zakat kepada amil di MAINJ ini

termasuklah gaji dan elaun yang diperuntukkan untuk kakitangan pengurusan dan pentadbiran,

sagu hati untuk amil yang dilantik mengutip zakat fitrah dan harta, kursus dan latihan kakitangan

dan amil, kos pengurusan seperti percetakan dan kos penyelengaraan harta. Bagi asnaf amil secara

kesuluruhanya berlaku penurunan peratusan agihan zakat untuk amil dari tahun ke tahun. Kadar

peratusan agihan kepada amil ini menurun mungkin disebabkan dasar-dasar yang diambil oleh

kerajaan negeri dalam mengurangkan perbelanjaan dalam sektor awam di negeri johor iaitu dengan

mengurangkan pekerja termasuk MAINJ itu sendiri. Ia juga disebabkan pelbagai kemudahan-

kemudahan yang disediakan untuk pembayar zakat melunaskan zakat seperti, pembayaran melalui

pemotongan gaji, pembayaran melalui perbankan internet dan juga baru-baru ini pembayar zakat

boleh membayar zakat melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Kemudahan ini mampu

menjimatkan perbelajaan dengan mengurangkan tenaga kerja dan mengurangkan agihan kepada

asnaf amil selaku yang yang menguruskan dana zakat tersebut. Berdasarkan JADUAL 7, hasil

regrasi adlah seperti berikut:

Y = 24.97 – 1.11t

Hasil regresi menunjukkan bahawa dengan peningkatan 1 unit dalam tahun, maka peratus

agihan zakat untuk asnaf amil akan menurun sebanyak 1.11 peratus. Corak agihan dana zakat bagi

asnaf ini pula didapati menurun dan signifikan pada aras keertian 5 peratus.

Page 16: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

149

Asnaf Muallaf

Berdasalkan Rajah 1 corak peratusan agihan bagi asnaf Musallaf tidak konsisten dimana terdapat

tahun yang berlaku peningkatan dan penurunan dalam peratusan agihan zakat setiap tahun.

Berdasarkan JADUAL 7, hasil regrasi seperti berikut:

Y = 9.01 – 0.12t

Hasil regresi menunjukkan bahawa dengan peningkatan 1 unit dalam tahun, maka peratus

agihan zakat untuk asnaf amil akan menurun sebanyak 1.11 peratus. Corak agihan dana zakat bagi

asnaf ini pula didapati menurun tetapi tidak signifikan pada aras keertian 5 peratus.

Asnaf Ibn Sabil

MAINJ mentakrifkan asnaf ibnu sabil sebagai orang yang terputus bekalan (perbelanjaan) semasa

perjalanan (safar) dan orang yang hendak memlukan perjalanan yang diharuskan oleh syarak. Di

Johor agihan zakat asnaf ibn sabil seperti penajaan perjalanan pelajar yang menuntut di luar negara

dan juga bantuan untuk mereka yang musafir terkandas ketika dalam permusafiran. Berdasarkan

Rajah 1, peratusan agihan asnaf ibn sabil meningkat bermula tahun 2000 sehingga 2007 dan

menurun secara mendadak pada tahun 2008 dan menaik dan menurun mengikut tahun tertentu.

Berikut adalah hasil regrasi seperti dalam JADUAL 7.

Y = 0.11 + 0.007t

Ini menunjukkan bahawa dengan peningkatan 1 unit dalam tahun, maka peratus agihan

zakat untuk asnaf ibn sabil akan meningkat sebanyak 0.007 peratus. Corak agihan dana zakat bagi

asnaf ibn sabil didapati meningkat tetapi tidak signifikan pada aras keertian 5 peratus.

Asnaf al-Gharimin

Asnaf al-gharimin adalah mereka yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri keluarga,

tangungannya dan masyarakat dan tidak mampu menyempurnakan hutang tersebut seperti yang

ditakrifkan oleh MAINJ. Berdasarkan Rajah 5, peratusan agihan bagi asnaf al-gharimin secara

keseluruhan menunjukkan peningkatan. Jumlah peratusan ini meningkat secara mendadak bermula

pada tahun 2008 sehingga 2012. Keadaan ini mungkin disebabkan pertambahan asnaf al-gharimin

disebabkan krisis ekonomi dunia yang turut memberikan kesan kepada negara dan krisis berakhir

sekitar tahun 2012. Berikut adalah hasil regresi seperti dalam JADUAL 7.

Y = 0.37 + 0.09t

Ini menunjukkan bahawa dengan peningkatan 1 unit dalam tahun, maka peratus agihan

zakat untuk asnaf al-gharimin akan meningkat sebanyak 0.09 peratus. Corak agihan dana zakat

bagi asnaf al-gharimin didapati meningkat tetapi tidak signifikan pada aras keertian 5 peratus.

Asnaf Fisabilillah

Secara Keseluruhan asnaf fisabilillah adalah antara penerima terbesar dana agihan zakat pada

hampir setiap tahun di Johor. Peratusan terbesar dana zakat diterima pada tahun 2006 dengan 62.6

peratus agihan zakat untuk asnaf fisabilillah. Akan tetapi berdasarkan Rajah 6, peratusan agihan

zakat kepada asnaf fisabilillah secara keseluruhan berlaku penurunan walaupun jumlah sebenar

agihan semakin meningkat. Berdasarkan JADUAL 7, berikut adalah hasil regrasi:

Page 17: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

150

Y = 47.97 – 0.75t

Hasil regresi menunjukkan bahawa dengan peningkatan 1 unit dalam tahun, maka peratus

agihan zakat untuk asnaf fisabilillah akan menurun sebanyak 0.75 peratus. Corak agihan dana zakat

bagi asnaf ini pula didapati menurun tetapi tidak signifikan pada aras keertian 5 peratus.

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI DASAR

Secara keseluruhan, prestasi kewangan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Menunjukkan

prestasi yang memberansangkan dan semakin meningkat, walaupun nilai skor yang diperolehi

kurang konsisten. Tahap kecairan yang memberangsangkan membuktikan kemampuan MAINJ

dalam memenuhi tanggungan dan liabiliti. Tambahan nilai kecairan yang tinggi membolehkan

penambahan pelaburan bagi yang mampu memberikan pulangan. Selain itu, margin aliran tunai

menunjukkan prestasi yang baik ini menunjukkan keupayaan MAINJ dalam menguruskan

kewangan untuk masa hadapan dengan lebih selesa. Oleh itu, anilisis kewangan yang baik dan

cekap adalah amat dititik beratkan oleh MAINJ kerana institusi ini menjadi cermin kepada umat

islam menguruskan kewangan dalam memastikan kemajuan ekonomi umat islam terjamin dan juga

sebagai badan yang bertanggunjawab dalam pengurusan zakat di Negeri Johor. Perkara ini selari

dengan Enakmen Pentadbiran Agam Islam (negeri Johor) 2003, bahagian II, Fasal 7 yang

menyatakan bahawa menjadi kewajpan kepada Majlis (MAINJ) dalam memestikan kemajuan

ekonomi dan sosial orang islam dengan menjalakan aktiviti yang mampu memberikan keuntungan

kepada Majlis seperti melabur dalam pelaburan yang dibenarkan sebagaimana yang ditakrifkan

oleh Akta Pemegang amanah 1949 [Akta 208] seterusnya dapat memberikan keuntungan kepada

masyarakat secara amnya di Negeri Johor.

Pengurusan agihan zakat di Johor sepenuhnya adalah dibawah pengurusan MAINJ seperti

yang termaktub dalam Enakmen 6, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor (2003)

Bahagian VI dimana Baitulmal, Zakat & Fitrah dan Wakaf telah diletakkan secara khusus dibawah

pentadbiran MAINJ. Berbeza dengan sebahagian pengurusan zakat di negeri lain yang mana

terdapat sebahagian negeri agihan zakat diuruskan oleh lembaga zakat negeri yang telah dilantik

dan di swastakan. Secara keseluruhan prestasi agihan zakat berbentuk kewangan menunjukkan

prestasi yang semakin meningkat dimana agihan zakat memenuhi kehendak kajian iaitu dalam

mengoptimumkan agihan zakat dimana hasil kutipan yang dibuat perlulah diagihkan kesemuanya

atau sifar lebihan kutipan, walaupun tidak seratus peratus agihan dibuat pada setiap akhir tahun,

tetapi secara keseluruhan agihan diatas indikator tahap skor yang baik. Walaubagaimanapun,

kaedah penentuan kecekapan prestasi agihan zakat melalui analisis lebihan zakat hendaklah

diperhalusi, ini kerana ia masih belum cukup dalam menentukan kecekapan prestasi sebenar agihan

zakat insitusi zakat khususnya MAINJ terutama jurang tempoh waktu dan agihan dilaksanakan. Ini

kerana, kutipan zakat yang diperolehi pada sepanjang tahun adalah tidak konsisten dimana

kebiasaaanya kutipan mencapai waktu puncak pada bulan Ramadhan dan dipenghujung tahun. Ini

menyebabkan berlakunya lebihan zakat semasa. Selain itu, Hasil sumber dari perseorangan yang

diperolehi4, dalam mengoptimum agihan zakat bagi MAINJ bagi setiap akhir tahun adalah sukar

kerana timbul beberapa faktor antaranya, zakat yang diperolehi pada hujung tahun yang

menyebabkan agihan tidak sempat di agihkan untuk tahun tersebut.

Kajian ini juga memfokuskan kecekapan agihan berbentuk bukan kewangan dengan

perlaksanaan agihan yang adil perlu mengikut keutamaan asnaf mengikut mazhab As-Syafie. Hasil

kajian menunjukkan MAINJ masih belum dapat mencapai prestasi agihan mengikut keutamaan

asnaf yang dikehendaki. Jika dilihat pada jumlah agihan yang diagih kepada setiap asnaf, hampir

keseluruhan setiap tahun menunjukkan golongan asnaf fisabilillah adalah penerima terbanyak zakat

dan ini memberikan kesan kepada skor nilai kecekapan keutamaan asnaf di mana ia menunjukkan

hampir keseluruhan setiap tahun skor tidak berada di tahap kecekapan. Ini tidak selari dengan

kehendak kajian ini dimana dalam meningkat prestasi agihan berbentuk bukan kewangan agihan

hendaklah diagih mengikut keutamaan. Walaubagaimanapun, hasil perbincangan dengan orang

4 Penolong Pengarah Bahagian Zakat, MAINJ, Ustaz Azlan bin Abdullah

Page 18: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

151

perseorangan5, antara faktor kepada tidak memenuhi keutamaan asnaf ini adalah, asnaf fisabilillah

memerlukan dana yang lebih besar dalam menampung keperluan asnaf ini berbanding asnaf fakir

dan miskin kerana sebahagian besar bantuan zakat pendidikan diletakkan pada asnaf

fisabilillah.Sebagai contoh, antara penerima bagi asnaf fisabilillah merangkumi pentadbiran dan

pengurusan pelajaran dan pendidikan seperti Pusat Pengajian Tinggi Bahasa Arab Johor, Maahad

Johor, Maahad Pontian dan Sekolah Menengah Agama Parit raja yang mana pusat pendidikan ini

adalah dibawah selian MAINJ dan memerlukan dana yang besar untuk membiyainya

pengurusannya. Selain itu juga, penuntut universiti luar negara juga dibawah dana asnaf fisabilillah

yang kebanyakannya adalah penuntut bidang agama daripada universiti timur tengah iaitu Mesir

dan Jordan dan memerlukan dana yang lebih besar bagi setiap individu yang ditaja melalui zakat

berbanding dana yang diagih kepada setiap individu dalam golongan asnaf fakir dan miskin. Selain

itu juga, agihan seperti elaun imam, bilal dan noja masjid dan surau, bantuan kursus diploma

pendidikan, bantuan dana masjid dan surau, sagu hati penghafaz Al-Quran dan lain-lain dana

dibawah agihan asnaf fisabilillah. Walaubagaimanapun, daripada analisis regresi corak agihan

menunjukkan penurunan peratusan agihan zakat bagi asnaf fisabillah. Akan tetapi dari segi jumlah

agihan semakin bertambah mungkin disebabkan jumlah agihan bagi asnaf fisabilillah adalah

konsisten akan tetapi kutipan semakin meningkat menyebabkan peratusan agihan kepada asnaf

fisabilillah semakin menurun. Hasilnya, secara keseluruhan MAINJ memperlihatkan berlaku

peningkatan pada prestasi kecekapan agihan zakat mengikut keutamaan asnaf dimana jika dilihat

trend agihan berubah kearah agihan mengikut keutamaan asnaf bermula pada tahun 2005 berlaku

penigkatan berbanding pada beberpa tahun sebelumnya dan ini menunjukkan kesungguhan MAINJ

dalam memenuhi keutamaan agihan zakat kepada asnaf. Hasil juga dapat dilihat daripada

peningkatan dari tahun-tahun agihan kepada asnaf fakir dan miskin yang mana keduanya ini adalah

golongan yang paling utama menerima zakat. Pelbagai skim-skim bantuan dan program turut diatur

dalam memastikan golongan ini terbela.

Selain daripada mempelbagaikan skim dan program, Perkara yang perlu dititik beratkan

dalam memastikan tidak berlaku keciciran dalam senarai penerima asnaf yang layak adalah dengan

meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pengumpulan data-data asnaf yang layak menerima

zakat. Perkara ini termasuklah dengan melakukan bancian dan pengumpulan data-data asnaf yang

lebih sistematik dan tersusun. Kebiasaannya golongan asnaf fakir dan miskin mereka menetap di

kawasan-kawasan pendalaman dan ada diantara mereka adalah daripada kaum asli yang tinggal di

pedalaman dan ini menyukarkan dalam usaha-usaha menjejaki asnaf ini. Penempatan amil agihan

zakat di setiap mukim dilihat dapat menangani masalah ini, perkara ini dibuktikan dengan

keberkesanan agihan apabila dapat menyelesaikan masalah 700 kes asnaf tercicr di negeri johor6.

Dengan yang demikian, kecekapan agihan zakat kepada asnaf yang memerlukan dapat

dipertingkatkan.

Selain itu, agihan zakat yang lebih meluas kepada semua golongan asnaf juga dapat

mengimbangi agihan zakat dengan lebih adil. Ini termasuklah perlaksanaan agihan zakat kepada

asnaf al-riqab dimana data menunjukkan tiada agihan diberikan kepada golongan ini di Johor. Ini

adalah disebabkan perkataan asnaf al-riqab ditarifkan sebagai hamba dan telah diguna pakai di

Johor. Agihan kepada hamba dilihat tidak releven memandangkan masa kini sudah tidak menguna

pakai sistem perhambaan di dalam maysarakat. Walaubagaimanapun, istilah al-riqab ini boleh

diperluaskan seperti mana yang diguna pakai oleh majlis fatwa negeri selangor yang mentakrifkan

asnaf al-riqab sebagai golongan yang terbelenggu dengan kes jenayah termasuk banduan di penjara

dan mereka yang terlibat dengan dadah7. Golongan ini diberikan zakat dalam membantu mereka

keluar daripada belenggu kesalahan tersebut. asnaf al-riqab juga telah diperuntukkan sebagai

penerima zakat di Negeri Sembilan dengan menyenaraikan asnaf demasiswa sebagai penerima

5 Penolong Pengarah Agihan Zakat, MAINJ 2016, Ustaz Shafie bin Mustapha 6 Sumber diperoleh daripada petikan berita laman sesawang Sinar Harian bertarikh 31 mei 2016 ;

www.sinarharian.com/edisi/johor/maij-lantik-amil-ikut-mukim-1.527013 7 Sumber diperoleh daripada laman sesawang Jabatan Mufti Negeri Selangor. Artikel: Hukum Penggunaan

Wang Zakat Asnaf Riqab Bagi Mereka Yang Terbelenggu Dengan Masalah Sosial Dalam Menjamin Akidah

Umat Islam Agar Kembali Ke Pangkal Jalan .

Page 19: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

152

bermula pada tahun 2003. Oleh yang demikian, definisi atau pentakrifan boleh diperluaskan dalam

aspek pembebasan daripada kejahilan, politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, prestasi pengurusan kewangan dan agihan MAINJ ini telah

diuruskan dengan sebaik mungkin dan terdapat pelbagai ruang dalam menambah baik pengurusan

sedia ada. Selain itu usaha-usaha pihak MAINJ dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat

juga perlu diberi pujian yang mana menunjukkan peningkatan pada jumlah kutipan pada setiap

tahun dan seterunya pengurusan agihan perlu ditingkatkan seiring dengan peningkatan kutipan

zakat. Kajian ini secara implikasi dasarnya diharapkan dapat dijadikan kayu ukur kepada prestasi

pengurusan kewangan dan prestasi agihan zakat MAINJ dan seterusnya meningkatkan keyakinan

pembayar zakat yang akhirnya akan meningkatkan lagi jumlah kutipan zakat di Johor khususnya

pada masa akan datang.

KESIMPULAN

Prestasi kecekapan pengurusan sesebuah institusi sering dikaitkan dengan kepercayaan masyarakat

kepada institusi tersebut dimana prestasi pengurusan yang cekap akan menambahkan kepercayaan

masyarakat. Institusi zakat juga tidak terlepas daripada permaslahan ketidakpercayaan masyrakat

Islam kepada institusi tersebut yang berauthoriti dalam menguruskan zakat. Prestasi agihan zakat

yang cekap adalah sesuatu yang dipandang penting oleh masyarakat Islam terutamanya dalam

pembayar zakat diamana prestasi agihan zakat yang cekap memberikan kesan pada kutipan zakat

pada masa akan datang. Dalam memastikan agihan berada pada prestasi terbaik majlis agama Islam

negeri sebagai badan induk yang bertanggungjawab atas pengurusan zakat negeri perlu ditadbir

urus dengan baik terutamanya dalam hal-hal kewangan seperti yang termaktub dalam Enakmen 16,

Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor (2003) Bahagian VI Fasal 86 hingga 88 yang

memperuntukkan MAINJ sebagai insitutsi yang bertanggunjawab mengurus dan mentadbir zakat di

negeri Johor. Ini kerana kecekapan prestasi kewangan amat berkait rapat dengan pengurusan

agihan dana zakat dan prestasi pengurusan kewangan yang cekap dan telus mampu memberikan

kesan positif terhadap pengurusan zakat terutamanya aspek pengagihan zakat. Justeru, Institusi

zakat perlu memastikan aspek kecekapan pengurusan kewangan dan agihan menjadi faktor utama

dalam memastikan keberkesanan pengurusan zakat sesebuah negeri disamping meningkatkan

kepercayaan masyarakat terhadap instutusi ini. Selain, segala usaha majlis agama Islam negeri

dalam meningkatkan prestasi dan kecekapan perlu disokong dan didokong oleh semua lapisan

masyarakat termasuklah pembyar dan penerima zakat supaya institusi ini terus kukuh dalam

menguruskan dana zakat di Malaysia.

RUJUKAN

Ahmad Shahir, M, & Adibah, A.B (2010). Pengurusan Zakat Di Negeri Selangor: Isu Dan

Cabaran. Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam

Islam

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor), 2013 http://www2.esyariah.gov.my/esyariah

/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Ori.nsf/100ae747c72508e748256faa00188094/ddb20a

ce9c8593cd482571220004cf0f?OpenDocument.

Eza Ellany, Md Rizal & Mt. Sabri. 2014. Prestasi kecekapan agihan kewangan dan bukan

kewangan dalam kalangan institusi zakat di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia 48(2): 51-

60.

Faiz M.I, Hairunnizam & Sanep. 2014. Pengukuran prestasi menggunakan nisbah aliran tunai dan

nisbah tradisi: perbandingan di antara Majlis Agama Islam Selangor dan Majlis Agam

Islam dan Adat Melayu Perak. Dlm. Prosiding International Conference Muamalat,

Economic & Islamic Finance. 310-325.

Hairunnizam, W., Sanep A., & Radiah. 2009. Pengagihan zakat oleh institusi zakat di Malaysia:

Mengapa masyarakat Islam tidak berpuas hati?. Shariah Journal 17(1): 89-112.

Hairunnizam, W., & Sanep A. 2014. Faktor mempengaruhi tahap keyakinan agihan zakat: Kajian

terhadap masyarakat Islam di Selangor. Jurnal Ekonomi Malaysia 48(2): 41-50.

Page 20: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

153

Hairunnizam, W., Sanep A., Md Ali M.N., & Maryam A.R. (2015). Prestasi Kecekapan

Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Agihan zakat: Perbandingan antara Majlis Agama

Islam Negeri. Dlm Nor Aini Ali et.al (penyt). Isu Kontemporari agihan zakat di Malaysia.

Kuala Lumpur: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). hlm 21-35.

Ismail Hj. A. & Masturah M. 2014. The efficiency of zakat collection and distribution: Evidence

from two stage analysis. Journal of Economics and Development 35(3): 133-170.

Jabatan Mufti Negeri Selangor. Hukum Penggunaan Wang Zakat Asnaf Riqab Bagi Mereka Yang

Terbelenggu Dengan Masalah Sosial Dalam Menjamin Akidah Umat Islam Agar Kembali

Ke Pangkal Jalan. Dlm : http://www.muftiselangor.gov.my/ms/fatwa-tahunan/2010-terkini.

Laporan Tahunan Kewangan Majlis Agama Islam Negeri Johor 2010-2013.

Laporan Tahunan Kutipan dan Agihan Zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor 2010-2013

Mahadi, Md., & W.Md. Khairul Firdaus, W.K. Falsafah pengagihan zakat menurut Islam.

Majlis Agama Islam Negeri Johor. http;//www.maij.gov.my.

Mannan M.A. (2003). Public Sector Management of Zakat dalam :Hannan S.A (eds.). Zakat and

Poverty Alleviation. Dhaka: Islamic Economics Research Bureau.

Maxwell S. A. (2006). Dissertasi. Cash flow ratio as a measure of performance of listed companies

in emerging economies: the Ghana example. St. Clements University, Turks and Caicos

Islands.

Md Hairi, Md. H., Kamil, Md. I., & Ram, A.J.(2012) Ketelusan di dalam tadbir urus institusi

zakat. Dlm. Prosiding: Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat Di Malaysia di Langkawi,

Kedah, 25-27. Univesiti Utara Malaysia.

Md Uda, K. 2005. Zakat: Teori, Kutipan dan Agihan. Kuala Lumpur: Utusan Publications &

Distributors Sdn Bhd.

Nor Azlina, A.W., & Abd. Rahim, A.R. 2011. A framework to analyse the efficiency and

governance of zakat institutions, Journal of Islamic Accounting and Business Research,

2(1), 43-42.

Othman, S., & Luqman, A. (2014) Pengurusan zakat Asnaf Mualaf di Negeri Johor: satu sorotan,

Jurnal Fiqh, (11), 29-54.

Pamawati, I. (2006). Pembangunan Ekonomi Melalui Agihan Zakat: Tinjauan Empirikal. Jurnal

Syariah, 16(2), 223-244.

Ram AJ Saad, Zainol Bidin, Kamil Md. Idris & Md Hairi Md Hussain (2010). Faktor-Faktor yang

Mempengaruhi Gelagat Kepatuhan Zakat Perniagaan, Jurnal Pengurusan, 30, 49-61.

Sanep, A. & Hairunnizam, W. (200) Faktor mempengaruhi tahap keyakinan agihan zakat kajian

terhadap masyarakat Islam di Selangor Kesedaran membayar zakat: apakah faktor

penentunya? International Journal of Management Studies, 12 (2). pp. 171-189

Sanep, A. & Hairunnizam, W. (2005). Persepsi agihan zakat dan kesannya terhadap pembayaran

zakat melalui institusi formal. Jurnal Ekonomi Malaysia 39: 53–69.

Rashidah, U., Sanep A., & Hairunnizam, W.. (2015). Zakat: analisis perubahan corak agihan di

Negeri Sembilan. Dlm Nor Aini Ali et.al (penyt). Isu Kontemporari agihan zakat di

Malaysia. Kuala Lumpur: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). hlm 179-

195.

Page 21: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

154

LAMPIRAN

Rajah 1: Trend Peratusan Agihan Zakat Kepada Asnaf oleh MAINJ (2000-2013)

Page 22: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

155

JADUAL 4: Statistik Kutipan dan Agihan Bahagian Zakat MAINJ (dalam RM)

Tahun Kutipan Agihan Lebihan Zakat

Agihan Mengikut Asnaf

Fakir Miskin Amil Muallaf Al-

Riqab Ibn Sabil

Al-

Gharimin Fi-sabilillah

2000 36,277,985.63 17,831,029 18,446,956.63 3,657,845.00 4,898,026.00 1,538,158.00 0 2,166.00 4,8856.00 7,685,978.00

2001 31,432,921.95 22,474,139.5 8,958,782.45 4,646,150.76 4,831,925.94 2,017,904.13 0 27,326.36 117,930.20 10,832,902.11

2002 29,735,716.6 29,053,833.06 681,883.54 5,507,274.30 3,515,621.80 1,615,715.58 0 22,828.25 198,249.58 18,194,143.55

2003 33,959,015.36 26,546,996.03 7,412,019.33 6,450,380.04 5,453,563.59 2,602,529.19 0 23,225.00 137,298.21 11,880,000.00

2004 38,052,802.62 30,076,294.42 7,976,508.20 8,189,534.85 7,181,065.58 2,738,516.16 0 86,873.00 188,775.04 11,691,529.79

2005 49,357,154.03 39,243,990 10,113,164.03 14,276,097.71 8,927,168.11 3,468,060.39 0 137,491.90 285,636.31 12,149,535.58

2006 54,730,081.95 46,183,163.81 8,546,918.14 17,030,117.73 8,802,643.2 4,000,715.71 0 197,795.98 291,354.08 15,860,537.11

2007 73,321,840.6 67,675,527.82 5,646,312.78 5,180,181.01 14,539,827.71 10,968,747.86 6,253,841.34 0 47,499.00 506,591.50 30,178,839.4

2008 100,737,539.8 78,627,641.25 22,109,898.51 6,913,072.00 17,926,266.19 11,918,083.47 6,186,416.72 0 133,065.50 1,794,993.43 33,755,743.94

2009 109,228,126.3 96,368,143.19 12,859,983.08 9,896,091.37 22,885,290.05 11,084,748.35 8,772,522.51 0 192,648.70 2,090,175.02 41,446,667.19

2010 122,336,032 118,105,089.7 4,230,942.32 14,196,462.35 30,139,387.83 13,481,432.6 9,107,726.14 0 153,151.70 2,623,277.94 48,403,651.12

2011 137,469,741.2 151,427,478.6 -13,957,737.37 14,891,099.42 34,913,964.36 15,676,137.67 9,222,345.21 0 131,214.97 3,983,001.53 72,609,715.39

2012 170,849,621.2 143,346,570.8 27,503,050.47 16,891,288.31 43,795,285.74 15,693,967.92 10,867,450.5 0 266,898.52 511,120.79 55,320,558.98

2013 199,328,056.2 159,545,424.5 39,782,631.72 24,312,205.52 55,866,769.54 16,725,505.26 10,609,258.11 0 256,273.66 629,049.21 51,146,363.17

Sumber: Laporan Tahunan Kewangan MAInj & Laporan Zakat MAINJ pelbagai tahun.

Page 23: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

156

JADUAL 5: Prestasi Aliran Tunai dan kecekapan agihan zakat MAINJ

Nota: ATO/JLS; nilai >0.4: memenuhi kriteria kecairan;

ATO/JL; nilai >0.2: memenuhi kriteria kesolvenan

ATO/JP; nilai positif: memenuhi kriteria keuntungan

SKORLZ: nilai antara 0 hingga 1; lebihan zakat di bawah nilai 0.228 adalah sebagai skor terbaik

SKORKA: nilai skor di bawah 0.46 sebagai skor kecekapan keutamaan asnaf terbaik

Na : tiada data

Item

2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 Purata

Kecairan (ATO/LS) 1.64 2.33 0.09 1.36 0.47 0.85 1.11 0.74 1.12 0.81 0.28 -0.12 6.89 0.32 1.28

Kesolvenan (ATO/JL) na na na na na na na na na Na na na na na na

Keuntungan (ATO/JP)

[%] 73.56 65.53 2.64 47.96 32.26 25.87 28.84 17.35 30.34 23.85 9.48 -5.26 25.13 9.30 27.63

Nilai skor kecekapan

agihan zakat

(SKORLZ)

0.51 0.29 0.02 0.22 0.21 0.20 0.16 0.08 0.22 0.12 0.03 -0.10 0.16 0.20 0.17

Nilai skor kecekapan

keutamaan asnaf

( SKORKA)

0.54 0.54 0.54 0.54 0.54 0.46 0.46 0.54 0.46 0.5 0.46 0.46 0.46 0.46 0.50

Page 24: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

157

JADUAL 6: Peratus Agihan Zakat Mengikut Asnaf (2000-2013)

Tahun Peratus Agihan Mengikut Asnaf

Masa (t) Fakir/Miskin Amil Muallaf Al-Riqab Ibn Sabil Garimin Fisabilillah

2000 20.514 27.469 8.626 0 0.012 0.274 43.105 1

2001 20.673 21.500 8.979 0 0.012 0.525 48.202 2

2002 18.9554 12.100 5.561 0 0.070 0.682 62.622 3

2003 24.298 20.543 9.803 0 0.087 0.517 44.751 4

2004 27.23 23.876 9.105 0 0.289 0.628 38.873 5

2005 36.378 22.748 8.837 0 0.350 0.728 30.959 6

2006 36.875 19.060 8.663 0 0.428 0.631 34.343 7

2007 29.139 16.028 9.241 0 0.070 0.749 44.593 8

2008 31.591 15.158 7.868 0 0.169 2.283 42.931 9

2009 34.017 11.503 9.103 0 0.200 2.169 43.009 10

2010 37.539 11.415 7.712 0 0.130 2.221 40.984 11

2011 32.89 10.352 6.09 0 0.087 2.630 47.950 12

2012 42.336 10.948 7.581 0 0.186 0.357 38.592 13

2013 50.255 10.483 6.650 0 0.161 0.394 32.058 14

Sumber: Diolah daripada Laporan Tahunan Kewangan MAINJ dan Laporan Agihan zakat MAINJ pelbagai tahun.

JADUAL 7: Hasil Regresi Peratus Agihan Zakat Mengikut Asnaf (2000-2013)

Pembolehubah Asnaf (Y)

Fakir&Miskin Amil Muallaf Al-Riqab Ibn Sabil Al-Gharimin Fi-sabilillah

c (a) 17.52960 24.96667 9.008187 0.0000 0.112011 0.369582 47.97424

t (b) 1.878818 -1.108099 -0.117101 0.0000 0.006503 0.091560 -0.749213

t-statistik 6.413427 -4.591349 -1.439807 n/a 0.781891 1.748242 -1.491485

Prob. 0.000033 0.000620 0.175496 1.000 0.449431 0.105933 0.161648