majlis agama islam selangor lwn alamelu a/p krishnan dan ... · pdf file1 majlis agama islam...

12
1 Majlis Agama Islam Selangor lwn Alamelu a/p Krishnan dan Jabatan Agama Islam Selangor [Mahkamah Rayuan Syariah Selangor, Shah Alam. Kes Mal No. 10000-043-0030-2015 (YAA Tan Sri Dr. Ibrahim b. Lembut (Pengerusi), YA Dato’ Seri Dr. Md. Yusup b. Che Teh (Ahli Panel), YA Datuk Aidi b. Moktar (Ahli Panel)] [22 Safar 1437 bersamaan 4 Disember 2015M] Permohonan Pengisytiharan Sebagai Bukan Lagi Islam di bawah seksyen 61(3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Fakta Kes [1] Responden 1 telah memfailkan Saman dan Pernyataan Tuntutan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 6 Oktober 2009 untuk mendapatkan perintah Pengisytiharan bahawa beliau bukan lagi Islam berdasarkan kepada seksyen 61(3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. [2] Perayu, Majlis Agama Islam Selangor dan Responden 2, Jabatan Agama Islam Selangor adalah badan yang bertanggungjawab dalam memastikan akidah umat Islam khususnya di Selangor terpelihara. Respenden 2 tidak menentang rayuan Perayu dan tidak memfailkan apa-apa hujahan dalam kes ini. [3] Responden 1 dilahirkan pada 29 Jun 1943 dan berbangsa India. Agama asal Responden adalah Hindu.

Upload: dangnga

Post on 12-Feb-2018

320 views

Category:

Documents


28 download

TRANSCRIPT

Page 1: Majlis Agama Islam Selangor lwn Alamelu a/p Krishnan dan ... · PDF file1 Majlis Agama Islam Selangor lwn Alamelu a/p Krishnan dan Jabatan Agama Islam Selangor [Mahkamah Rayuan Syariah

1

Majlis Agama Islam Selangor

lwn

Alamelu a/p Krishnan dan Jabatan Agama Islam Selangor

[Mahkamah Rayuan Syariah Selangor, Shah Alam. Kes Mal No. 10000-043-0030-2015 (YAA

Tan Sri Dr. Ibrahim b. Lembut (Pengerusi), YA Dato’ Seri Dr. Md. Yusup b. Che Teh (Ahli Panel),

YA Datuk Aidi b. Moktar (Ahli Panel)]

[22 Safar 1437 bersamaan 4 Disember 2015M]

Permohonan Pengisytiharan Sebagai Bukan Lagi Islam di bawah seksyen 61(3) Enakmen

Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Fakta Kes

[1] Responden 1 telah memfailkan Saman dan Pernyataan Tuntutan di Mahkamah Tinggi

Syariah Shah Alam pada 6 Oktober 2009 untuk mendapatkan perintah Pengisytiharan

bahawa beliau bukan lagi Islam berdasarkan kepada seksyen 61(3)(b)(x) Enakmen

Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

[2] Perayu, Majlis Agama Islam Selangor dan Responden 2, Jabatan Agama Islam Selangor

adalah badan yang bertanggungjawab dalam memastikan akidah umat Islam khususnya di

Selangor terpelihara. Respenden 2 tidak menentang rayuan Perayu dan tidak memfailkan

apa-apa hujahan dalam kes ini.

[3] Responden 1 dilahirkan pada 29 Jun 1943 dan berbangsa India. Agama asal Responden

adalah Hindu.

Page 2: Majlis Agama Islam Selangor lwn Alamelu a/p Krishnan dan ... · PDF file1 Majlis Agama Islam Selangor lwn Alamelu a/p Krishnan dan Jabatan Agama Islam Selangor [Mahkamah Rayuan Syariah

2

[4] Responden 1 telah memeluk agama Islam pada 29 September 1968 di Pejabat Agama

Daerah Kota Star, Kedah.

[5] Responden 1 menyatakan tujuan beliau memeluk Islam adalah untuk membolehkan beliau

berkahwin dengan seorang lelaki Islam yang bernama Abdul Kadir. Responden 1 hanya

dapat bersama Abdul Kadir selama setahun sahaja di mana suaminya telah meninggal

dunia setahun selepas berkahwin. Sebelum berkahwin dengan Abdul Kadir, Responden 1

pernah berkahwin dengan Tanggavelu a/l Sinappa Pille dan telah memperolehi seorang

anak perempuan yang bernama Valliamah a/p Tanggavelu.

[6] Responden 1 juga menyatakan beliau tidak pernah diajar tentang agama Islam oleh

suaminya Abdul Kadir dan juga oleh mana-mana pihak. Responden 1 juga menyatakan

bahawa beliau tidak pernah mengamalkan ajaran Islam malah masih kekal mengikut ajaran

agama asalnya Hindu.

[7] Responden 1 seterusnya telah membuat Surat Akuan Berkanun pada 26 November 1993

untuk mengesahkan bahawa beliau mahu menggugurkan nama Islamnya Fatimah Abdullah

kerana tidak pernah mengamalkan ajaran Islam sebaliknya hanya mengamalkan ajaran

Hindu.

[8] Responden 1 menyatakan bahawa sejak tarikh beliau memeluk Islam pada tahun 1968

sehingga kini, Responden 1 tidak pernah mengamalkan ajaran Islam sebaliknya Responden

1 tetap meneruskan kehidupan dengan mengamalkan agama Hindu dan pergi ke kuil.

[9] Responden 1 menyatakan juga setelah beliau memeluk Islam pada tahun 1968, mana-mana

badan Islam tidak pernah menghubungi beliau dan Responden 1 juga tidak pernah

menghadiri mana-mana kursus mengenai agama Islam.

[10] Semasa sebutan kes pada 1 Disember 2010, Mahkamah telah memerintahkan Responden

1 untuk menjalani proses istitabah selama enam (6) bulan di Unit Penasihatan Akidah,

Page 3: Majlis Agama Islam Selangor lwn Alamelu a/p Krishnan dan ... · PDF file1 Majlis Agama Islam Selangor lwn Alamelu a/p Krishnan dan Jabatan Agama Islam Selangor [Mahkamah Rayuan Syariah

3

Jabatan Mufti Negeri Selangor. Pada 4 Mei 2011, Mahkamah telah melanjutkan tempoh

proses istitabah untuk melengkapkan 12 sesi.

[11] Laporan Istitabah telah diterima oleh Mahkamah semasa sebutan pada 10 November 2011.

Setelah beberapa kali penangguhan, kes ini mula dibicarakan pada 6 Mac 2013. Responden

1 telah mengemukakan dua (2) orang saksi dan Perayu telah mengemukakan seorang saksi.

[12] Mahkamah bicara telah memberi penghakiman pada 13 Ogos 2014 setelah mendengar

keterangan kedua-dua belah pihak, saksi-saksi dan hujahan seperti berikut:

1. Mahkamah meluluskan permohonan Plaintif (Responden 1) berdasarkan

seksyen 61(3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor)

2003.

2. Mahkamah dengan ini mengisytiharkan bahawa Alamelu a/p Krishnan, No.

Kad Pengenalan: XXXX adalah bukan seorang Islam.

[13] Perayu telah tidak berpuashati dengan keputusan tersebut dan telah memfailkan Notis

Rayuan pada 26 Ogos 2014 merayu ke Mahkamah Rayuan Syariah Selangor terhadap

keseluruhan keputusan tersebut.

[14] Perayu telah mengemukakan sepuluh (10) Alasan Rayuan sepertimana di mukasurat 143-

145 Rekod Rayuan.

Diputuskan

Setelah kami meneliti Notis Rayuan, Alasan Rayuan dan Hujah Pihak-Pihak, maka dengan ini

kami memutuskan seperti berikut :

1. Rayuan Perayu ini ditolak.

Page 4: Majlis Agama Islam Selangor lwn Alamelu a/p Krishnan dan ... · PDF file1 Majlis Agama Islam Selangor lwn Alamelu a/p Krishnan dan Jabatan Agama Islam Selangor [Mahkamah Rayuan Syariah

4

2. Perintah Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bertarikh 13 Ogos 2014 dalam kes No.

10200-043-0258-2009 adalah dikekalkan.

Peguam Syarie

Perayu : diwakili oleh Mohd. Redzuan b. Ramli dari Tetuan Mohd. Redzuan Ramli

& Assoziates.

Responden 1 : diwakili oleh Puan Sa’adiah bt. Din dari Tetuan Sa’adiah, Khoo, Lo & Co

Responden 2 : diwakili oleh Puan Wan Aizaa bt. Wan Abdullah dari Kamar Penasihat

Undang-Undang Negeri Selangor.

Undang-undang yang dirujuk

1. Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 – s. 17 dan s.18.

2. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 2004 – s. 83 (1).

3. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s. 45.

4. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 - s. 61 (3) (b) (x), s.107 dan

s.108.

5. Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008.

6. Enakmen Undang-undang Pentadbiran Agama (Negeri Kedah) 1962 – s.139, s.140 dan s.141

Kitab-kitab yang dirujuk

1. Fatawa Al-Lajnah Al-Da’imah Lil-Buhuthi Al-Ilmiyyah Wa Al-Ifta’, 3/248.

2. Sistem Kehakiman Islam, Mohd. Saleh b. Hj. Ahmad.

Page 5: Majlis Agama Islam Selangor lwn Alamelu a/p Krishnan dan ... · PDF file1 Majlis Agama Islam Selangor lwn Alamelu a/p Krishnan dan Jabatan Agama Islam Selangor [Mahkamah Rayuan Syariah

5

Kes-kes yang dirujuk

1. MAIS lawan Nuraishah Wan Yin Chow (Kes no. 10000-043-0040-2014).

2. MAIWP lawan Nor Shahirah Lum Abdullah (Kes no. 14000-043-0031-2011).

3. Majlis Agama Islam Pulau Pinang lawan Siti Fatimah Tan binti Abdullah JH 27:2 (1430H) 185.

4. Pengisytiharan Status Si Mati Nyonya Tahir oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan JH 20:2

(1427H) 221.

Penghakiman YAA Tan Sri Dr. Ibrahim b. Lembut (Pengerusi), YA Dato’ Seri Dr. Md.

Yusup b. Che Teh (Panel), YA Datuk Aidi b. Moktar (Panel), HMRYS.

[15] Setelah kami meneliti alasan rayuan dan hujahan pihak-pihak, kami mendapati isu yang

perlu diputuskan adalah seperti yang berikut;

(a) Sama ada Responden 1 telah memeluk Islam secara sah ataupun tidak.

(b) Sama ada hakim terkhilaf menerima keterangan Responden 1 dan dua saksinya

sebagai iqrar.

(c) Sama ada Responden 1 mempunyai bukti-bukti dan keterangan-keterangan yang

mencukupi menunjukkan Responden 1 telah tidak lagi beragama Islam.

Isu pertama: Sama ada Responden 1 telah memeluk Islam secara sah ataupun tidak.

[16] Isu ini telah disentuh oleh Perayu dalam alasan rayuan pertama hingga alasan rayuan

keenam. Perayu menyatakan bahawa hakim bicara telah terkhilaf apabila mengatakan

dalam alasan penghakimannya bahawa pemelukan Islam Responden 1 adalah tidak

dibuktikan sah mengikut Hukum Syarak atau prosedur. Hakim bicara telah terkhilaf apabila

mempertikaikan dokumen surat pengesahan daripada Pejabat Agama Islam Daerah Kota

Setar sedangkan Perayu dan Responden-Responden tidak mempertikan dokumen tersebut

sehingga ianya ditandakan sebagai ekshibit P5 dalam perbicaraan.

Page 6: Majlis Agama Islam Selangor lwn Alamelu a/p Krishnan dan ... · PDF file1 Majlis Agama Islam Selangor lwn Alamelu a/p Krishnan dan Jabatan Agama Islam Selangor [Mahkamah Rayuan Syariah

6

[17] Kami telah meneliti berkenaan isu ini dan mendapati bahawa Responden 1dalam

keterangannya mengatakan bahawa beliau telah memeluk Islam di Alor Star, Kedah pada

satu tarikh yang tak diingatinya (mukasurat 56 Rekod Rayuan). Responden 1 telah

mengemukakan ekshibit P5 dan ekshibit Kad Pengenalannya yang tertera perkataan Islam

yang ditandakan P1.

[18] Kami dapati bahawa fakta pemelukan Islam Responden 1 ini telah dipersetujui oleh Perayu

dan juga Responden 2 dalam perbicaraan apabila mereka tidak membantah berkenaan

dokumen P5 dan P1. Oleh yang demikian, kami bersetuju dengan hujah Peguam Perayu di

mukasurat 24 Hujah Penuh Perayu bahawa fakta tersebut tidak perlu dibuktikan kerana

ianya telah diakui. Ini adalah merujuk kepada seksyen 45 Enakmen Keterangan Mahkamah

Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang menyatakan ;

Seksyen 45. Fakta yang diakui tidak perlu dibuktikan.

(1) Tertakluk kepada subseksyen 17(2) tiada fakta perlu dibuktikan dalam

mana-mana prosiding jika pihak-pihak dalam prosiding itu atau ejen

mereka bersetuju untuk mengakuinya dalam pendengaran itu atau sebelum

pendengaran itu mereka bersetuju untuk mengaku dengan apa-apa tulisan

di bawah tandatangan mereka, atau yang menurut apa-apa kaedah pliding

yang sedang berkuat kuasa, mereka disifatkan telah mengakuinya dengan

pliding mereka

(2) Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, menghendaki supaya fakta

yang diakui itu dibuktikan selain daripada dengan iqrar sedemikian.

[19] Kami juga mendapati bahawa Hakim Bicara telah merujuk kepada seksyen 107 dan 108

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [EPAINS 2003] untuk

menentukan sah atau tidaknya pemelukan Islam Responden 1 (mukasurat 132-133 Rekod

Rayuan). Dengan hormatnya kami katakan bahawa rujukan kepada Enakmen tersebut

adalah tidak tepat kerana proses pengislaman Responden 1 berlaku di Negeri Kedah dan

rujukan sepatutnya di buat kepada Enakmen yang berkuatkuasa di Negeri Kedah pada

tarikh pemelukan Islam berlaku pada 29 September 1968.

Page 7: Majlis Agama Islam Selangor lwn Alamelu a/p Krishnan dan ... · PDF file1 Majlis Agama Islam Selangor lwn Alamelu a/p Krishnan dan Jabatan Agama Islam Selangor [Mahkamah Rayuan Syariah

7

[20] Undang-undang berkenaan pemelukan Islam yang berkuatkuasa di Negeri Kedah pada

tahun 1968 ialah Enakmen Undang-undang Pentadbiran Agama (Negeri Kedah) 1962 yang

kini telahpun dimansuhkan oleh Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah

Darul Aman) 2008. Di dalam Enakmen Undang-undang Pentadbiran Agama (Negeri

Kedah) 1962 hanya terdapat 3 seksyen berkenaan pemelukan Islam iaitu seksyen 139, 140

dan 141. Seksyen-seksyen berkenaan hanyalah berkaitan pendaftaran mualaf di Majlis

Agama Islam Kedah dan tiada peruntukan khusus tentang cara dan syarat pemelukan Islam

sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang terkini seperti EPAINS 2003 dan

juga Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008.

[21] Keterangan Responden 1 dan dua orang saksinya, Surat Pengesahan daripada Pejabat

Agama Islam Kota Star, Kedah (P5) dan Kad Pengenalan Responden 1 yang tertera

perkataan Islam (P1) adalah boleh diterima sebagai bukti yang menyokong fakta berkenaan

pemelukan Islam Responden 1. Tambahan pula, fakta berkenaan juga telah tidak

dipertikaikan oleh pihak Perayu dan Responden 2 pada mana-mana peringkat perbicaraan.

[22] Oleh yang demikian, berdasarkan ulasan-ulasan tersebut, Kami dengan ini mendapati

bahawa Responden 1 telahpun memeluk Islam secara sah mengikut Hukum Syarak dan

Undang-undang pada 29 September 1968.

Isu Kedua: Sama ada hakim terkhilaf menerima keterangan Responden 1 dan dua saksinya

sebagai iqrar.

[23] Isu ini telah dibangkitkan oleh Perayu dalam alasan rayuan yang pertama. Perayu berhujah

bahawa hakim bicara telah terkhilaf apabila menerima keterangan Responden 1 dan dua

saksinya sebagai iqrar menurut seksyen 17 dan 18 Enakmen Keterangan Mahkamah

Syariah (Negeri Selangor) 2003. Dalam alasan penghakimannya di mukasurat 130 Rekod

Rayuan, Hakim Bicara menyatakan bahawa keterangan Responden 1 hendaklah diterima

sebagai ikrar kerana telah memenuhi semua elemen yang dinyatakan dalam seksyen 18(1)

Enakmen Keterangan tersebut.

Page 8: Majlis Agama Islam Selangor lwn Alamelu a/p Krishnan dan ... · PDF file1 Majlis Agama Islam Selangor lwn Alamelu a/p Krishnan dan Jabatan Agama Islam Selangor [Mahkamah Rayuan Syariah

8

[24] Isu ini telahpun diputuskan sebelum ini dalam penghakiman Mahkamah Rayuan Syariah

Wilayah Persekutuan dalam kes MAIWP lawan Nor Shahirah Lum Abdullah (Kes no.

14000-043-0031-2011). Dalam kes tersebut, Panel Hakim Mahkamah Rayuan telah

menyatakan bahawa keterangan Responden (Plaintif) bukanlah merupakan ikrar dibawah

sekyen 17 dan 18 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997

(peruntukan yang sama dengan Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Selangor 2003)

tetapi ianya merupakan pengakuan kepada apa yang berlaku kepada diri sendiri.

[25] Kami dengan ini mendapati bahawa Hakim Bicara telah terkhilaf apabila menerima

keterangan Responden 1 dan dua saksinya sebagai ikrar mengikut maksud Enakmen

Keterangan Mahkamah Syariah.

Isu Ketiga: Sama ada Responden 1 mempunyai bukti-bukti dan keterangan-keterangan

yang mencukupi menunjukkan Responden 1 telah tidak lagi beragama Islam.

[26] Isu ini adalah berkaitan dengan alasan rayuan pertama, ketujuh, kesembilan dan kesepuluh

Perayu. Pihak Perayu mengatakan bahawa keterangan saksi-saksi yang bukan beragama

Islam tidak boleh diterima sebagai bayyinah dalam kes pengisytiharan bukan lagi orang

Islam mengikut Hukum Syarak dan ianya tidak menepati peruntukan seksyen 83(1)

Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Perayu telah merujuk

kepada otoriti buku Sistem Kehakiman Islam oleh Mohd. Saleh b. Hj. Ahmad, m.s. 228

(rujuk muka surat 15-17 Hujah Penuh Perayu).

[27] Berkenaan isu penerimaan bayyinah saksi bukan Islam, telahpun ada beberapa

penghakiman sebelum ini yang telah diputuskan sebelum ini oleh Mahkamah Rayuan

Syariah di negara ini antaranya kes Pengisytiharan Status Si Mati Nyonya Tahiroleh Majlis

Agama Islam Negeri Sembilan JH 20:2 (1427H) 221 dan kes Majlis Agama Islam Pulau

Pinang lawan Siti Fatimah Tan binti Abdullah JH 27:2 (1430H) 185. Di dalam kedua-dua

kes ini, Mahkamah telah menerima keterangan saksi-saksi bukan Islam sebagai bayyinah

berdasarkan Hukum Syarak dan peruntukan dalam Enakmen Keterangan Mahkamah

Syariah.

Page 9: Majlis Agama Islam Selangor lwn Alamelu a/p Krishnan dan ... · PDF file1 Majlis Agama Islam Selangor lwn Alamelu a/p Krishnan dan Jabatan Agama Islam Selangor [Mahkamah Rayuan Syariah

9

[28] Di dalam kes Majlis Agama Islam Pulau Pinang lawan Siti Fatimah Tan binti Abdullah,

Mahkamah Rayuan Syariah Pulau Pinang telah menyatakan seperti berikut;

“Keterangan saksi Responden boleh diterima oleh Mahkamah sebagai

bayyinah berdasarkan peruntukan seksyen 83(1) Enakmen Keterangan

Mahkamah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 2004”.

[29] Oleh yang demikian, Hakim bicara tidak terkhilaf apabila menerima keterangan dua orang

saksi bukan Islam Responden 1 sebagai bayyinah dalam kes ini.

[30] Di dalam perbicaraan kes ini, Responden 1 telah memanggil 2 orang saksi iaitu anaknya

Valiammah a/p Tanggavelu (SP1) dan juga menantunya Pakinadzan a/l Sakaravathy (SP2).

Manakala Perayu telah memanggil seorang saksi iaitu Ustaz Faizal bin Qayyum (SD1).

[31] SP1 dan SP2 telah memberi keterangan berkenaan kehidupan Responden 1 selepas

memeluk Islam pada tahun 1968. Kesemua saksi-saksi ini telah mengesahkan Responden

tidak langsung mengamalkan ajaran Islam selepas pemelukan Islam beliau dan tetap

bersembahyang mengikut ajaran agama Hindu dan selalu ke kuil di Batu Caves dan Taman

Medan. SD1 pula dalam keterangannya menyatakan bahawa ada patung sembahan di

dalam rumah Responden 1 dan juga gambar Dewa Hindu (mukasurat 76 Rekod Rayuan)

semasa SD1 membuat kunjungan ke rumah Responden 1. Berdasarkan Rekod Rayuan,

kami dapati kesemua keterangan saksi-saksi Responden 1 ini tidak dibantah dan tidak

dicabar keterangan mereka semasa soal balas oleh peguam Perayu dan juga peguam

Responden 2 di Mahkamah bicara. Di dalam kes ini juga Perayu dan Responden 2 tidak

memberikan sebarang keterangan kecuali hanya memanggil SD1 sahaja.

[32] Kegagalan mencadangkan kes Perayu kepada Responden semasa soal balas akan

mengakibatkan pembelaan perayu gagal dan versi Responden harus diterima. Di dalam kes

MAIS lawan Nuraishah Wan Yin Chow (Kes no. 10000-043-0040-2014), Mahkamah

Rayuan Syariah Selangor telah menyatakan sperti berikut;

Page 10: Majlis Agama Islam Selangor lwn Alamelu a/p Krishnan dan ... · PDF file1 Majlis Agama Islam Selangor lwn Alamelu a/p Krishnan dan Jabatan Agama Islam Selangor [Mahkamah Rayuan Syariah

10

“Efek dari kegagalan Perayu mencabar keterangan Responden dan saksi-

saksi Responden di atas ketika disoal balas dianggap sebagai tidak

mempertikai keterangan tersebut.Apabila keterangan Responden dan saksi-

saksi yang diberikan di dalam mahkamah tidak dicabar atau dibantah

semasa soal balas, maka keterangan itu hendaklah diterima oleh

Mahkamah.Berdasarkan dapatan ini, YA Hakim Bicara tidak terkhilaf

apabila memutuskan Responden telah mengemukakan keterangan yang

mencukupi bagi menyokong permohonan beliau”.

[33] Di dalam kes ini, kami mendapati bahawa Responden 1 telah memeluk Islam kerana mahu

berkahwin dengan suami keduanya iaitu Abdul Kadir. Keterangan Responden 1 dan saksi-

saksinya menunjukkan bahawa Responden 1 tidak memahami ajaran Islam dan tidak

mengamalkannya. Malah Responden 1 masih lagi mempercayai dan mengamalkan agama

Hindu sejak memeluk Islam pada tahun 1968 sehinggalah kes ini difailkan pada tahun

2009. Dalam tempoh 41 tahun tersebut (1968-2009) Responden 1 masih berterusan

mengamalkan kepercayaan agama Hindu dan tiada mana-mana individu atau badan Islam

yang membimbing dan mengajar Responden 1 tentang Agama Islam.

[34] Responden 1 memeluk Islam bagi tujuan untuk berkahwin dengan pasangan Islam semata-

mata pada tahun 1968 tanpa memahami dan mempercayai hakikat Agama Islam yang

sebenar. Fakta ini adalah sama dengan fakta dalam kes Siti Fatimah Tan, Nor Shahirah

Lim binti Abdullah dan Nuraishah Wan Yin Chow yang telah kami rujuk dalam

penghakiman ini dimana semua Responden tersebut memeluk Islam kerana hendak

berkahwin dengan pasangan Islam semata-mata tanpa memahami dan mempercayai

kebenaran Agama Islam.

[35] Berdasarkan Hukum Syara’ seseorang yang berlafaz dengan dua kalimah syahadah itu

adalah memberi pengakuan berkenaan adanya Tuhan yang sebenar iaitu Allah s.w.t dan

memberi pengakuan bahawa sebenarnya Tuhan telah mengutuskan Rasulnya kepada

sekalian alam ini iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Page 11: Majlis Agama Islam Selangor lwn Alamelu a/p Krishnan dan ... · PDF file1 Majlis Agama Islam Selangor lwn Alamelu a/p Krishnan dan Jabatan Agama Islam Selangor [Mahkamah Rayuan Syariah

11

[36] Di dalam dua kalimah syahadah itu terkandung kepercayaan kepada ketuhanan yang

sebenarnya dan kepercayaan kepada RasulNya. Jelasnya, seseorang yang hendak

mengucap dua kalimah syahadah hendaklah ia beriman terlebih dahulu dengan rukun iman

dan barulah diikuti dengan lafaz syahadah.

[37] Di dalam Kitab Fatawa Al-Lajnah Al-Da’imah Lil-Buhuthi Al-Ilmiyyah Wa Al-Ifta’, 3/248

ada menyatakan mengenai soal keimanan iaitu yang bermaksud:

“Iman yang sebenar dan sah mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah ialah

mengucapkannya dengan lidah, beramal dengan rukun-rukunnya dan membenarkannya

dengan hati adalah tidak mencukupi jika sekadar mengucap dengan lidah. Namun jika

dia meninggal dunia dan pada masa yang sama tidak diketahui tanda-tanda kekufurannya,

maka mayatnya hendaklah dimandikan, dikafankan, dan dikebumikan mengikut cara

pengurusan jenazah Islam. Penyaksian bahawa ‘Tiada Tuhan selain Allah’ adalah

bermakna tiada sembahan yang hak melainkan Allah.Penyaksian seperti ini adalah tidak

memadai hanya dengan kata-kata, bahkan lebih daripada itu mestilah beriman dengan

maknanya dan beramal dengan segala yang diperintahkan”.

[38] Penyaksian bahawa ‘Tiada Tuhan selain Allah’ adalah bermakna tiada sembahan yang hak

melainkan Allah. Penyaksian seperti ini adalah tidak memadai hanya dengan kata-kata,

bahkan lebih daripada itu mestilah beriman dengan maknanya dan beramal dengan segala

yang diperintahkan. Kami dapati keadaan ini tidak berlaku kepada Responden 1. Dari fakta

kes ini, Responden 1 masih berterusan dengan amalan dan kepercayaan agama Hindu

selepas memeluk Islam pada tahun 1968 sehinggalah permohonannya difailkan pada tahun

2009.

[39] Berdasarkan fakta kes dan keterangan yang ada, kami berpendapat tujuan Responden 1

memeluk Islam hanyalah untuk membolehkannya berkahwin dengan lelaki Islam sahaja.

Responden 1 tidak pernah melaksanakan tuntutan-tuntutan Islam dan membersihkan

dirinya daripada perkara-perkara yang syirik. Oleh yang demikian kami berpendapat

Page 12: Majlis Agama Islam Selangor lwn Alamelu a/p Krishnan dan ... · PDF file1 Majlis Agama Islam Selangor lwn Alamelu a/p Krishnan dan Jabatan Agama Islam Selangor [Mahkamah Rayuan Syariah

12

kelakuan dan amalan Responden 1 telah menunjukkan dengan jelas tentang status

aqidahnya yang telah terkeluar dari aqidah Islam.

KEPUTUSAN

Setelah kami meneliti Notis Rayuan, Alasan Rayuan dan Hujah Pihak-Pihak, maka dengan ini

kami memutuskan seperti berikut:-

1. Rayuan Perayu ini ditolak.

2. Perintah Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bertarikh 13 Ogos 2014 dalam kes No.

10200-043-0258-2009 adalah dikekalkan.