kajian terhadap faktor-faktor yang · pdf filetermasuklah sains kimia, sains bahan dan...

24
KAJIAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR 4SPP DAN 4SPF DALAM SUBJEK FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA LEE KWAN HOW UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lamanh

Post on 31-Jan-2018

242 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG  · PDF filetermasuklah Sains Kimia, Sains Bahan dan Geologi. Dalam peringkat sekolah menengah, subjek Fizik merupakan sesuatu yang

KAJIAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

PENCAPAIAN PELAJAR 4SPP DAN 4SPF DALAM SUBJEK FIZIK DI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

LEE KWAN HOW

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KAJIAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG  · PDF filetermasuklah Sains Kimia, Sains Bahan dan Geologi. Dalam peringkat sekolah menengah, subjek Fizik merupakan sesuatu yang

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : KAJIAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

PENCAPAIAN PELAJAR 4SPP DAN 4SPF DALAM SUBJEK FIZIK DI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya ________________________________________________________________________ (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

LEE KWAN HOW

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

(TANDATANGAN PENYELIA)(TANDATANGAN PENULIS)Alamat Tetap: 34, Jalan Pulai 48, Taman Pulai Utama, 81300 Skudai, Johor.

Tarikh: 30-4-2008 Tarikh: 30-4-2008

EN. NORAFFANDY BIN YAHAYA (Nama Penyelia)

Disahkan Oleh,

Page 3: KAJIAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG  · PDF filetermasuklah Sains Kimia, Sains Bahan dan Geologi. Dalam peringkat sekolah menengah, subjek Fizik merupakan sesuatu yang

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)”.

Tandatangan : ……………………………………….......................

Nama Penyelia : .......................................................................................

Tarikh : ……………………………………….......................

EN. NORAFFANDY BIN YAHAYA

30-4-2008

Page 4: KAJIAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG  · PDF filetermasuklah Sains Kimia, Sains Bahan dan Geologi. Dalam peringkat sekolah menengah, subjek Fizik merupakan sesuatu yang

KAJIAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR 4SPP DAN 4SPF DALAM SUBJEK FIZIK DI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

LEE KWAN HOW

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan

[Fizik]

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAY 2008

Page 5: KAJIAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG  · PDF filetermasuklah Sains Kimia, Sains Bahan dan Geologi. Dalam peringkat sekolah menengah, subjek Fizik merupakan sesuatu yang

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : LEE KWAN HOW

Tarikh : 30-4-2008 W

ii

Page 6: KAJIAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG  · PDF filetermasuklah Sains Kimia, Sains Bahan dan Geologi. Dalam peringkat sekolah menengah, subjek Fizik merupakan sesuatu yang

Untuk ayah dan ibu yang tersayang.

Terima kasih atas kesabaran dan pengorbanan yang telah diberikan selama ini.

iii

Page 7: KAJIAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG  · PDF filetermasuklah Sains Kimia, Sains Bahan dan Geologi. Dalam peringkat sekolah menengah, subjek Fizik merupakan sesuatu yang

PENGHARGAAN

Dalam ruang ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan

setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Noraffandy Bin Yahaya

selaku pensyarah pembimbing, di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar, nasihat serta

teguran di sepanjang tempoh menyiapkan perisisan ini.

Ucapan terima kasih juga kepada semua rakan-rakan yang telah memberikan

kerjasama dan bantuan dalam menyiapkan projek ini. Tidak dilupakan juga

penghargaan kepada individu-individu yang terlibat secara tidak langsung dalam

menyiapkan projek ini.

iv

Page 8: KAJIAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG  · PDF filetermasuklah Sains Kimia, Sains Bahan dan Geologi. Dalam peringkat sekolah menengah, subjek Fizik merupakan sesuatu yang

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor matematik, kaedah pengajaran

pensyarah, kefahaman terhadap amali, dan faktor jantina dalam mempengaruhi

pencapaian pelajar 4SPP dan 4SPF dalam subjek Fizik. Terdapat empat objektif

kajian yang ingin dicapai. Pertama, mengenal pasti faktor kelemahan dalam subjek

Fizik berasas kepada faktor kelemahan dalam matematik. Kedua, mengenal pasti

faktor kelemahan dalam subjek Fizik berasas kepada faktor kekurangan kefahaman

tentang amali Fizik. Ketiga, mengenal pasti faktor kelemahan dalam subjek Fizik

berasas kepada faktor kaedah pengajaran pensyarah. Keempat, mengenal pasti faktor

kelemahan dalam subjek Fizik berasas kepada faktor jantina.Kajian melibatkan 44

orang pelajar dari subjek 4SPP dan 4SPF di Fakulti Pendidikan, UTM. Kajian ini

dilaksanakan dengan menggunakan satu set soal selidik. Data yang diperolehi

dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisisan komputer “Statistical

Packages For Social Sciences” (SPSS 15.0). Analisis data kajian menggunakan

kaedah kekerapan, peratusan, dan min. Daripada nilai min yang diperolehi, didapati

bahawa faktor matematik, kaedah pengajaran pensyarah dan kefahaman terhadap

amali banyak mempengaruhi pencapaian pelajar dalam subjek fizik manakala faktor

jantina tidak mempengaruhi pencapaian pelajar dalam subjek fizik. Kajian ini juga

diharapkan dapat membantu pihak universiti dalam usaha meningkatkan pencapaian

pelajar dalam subjek fizik.

v

Page 9: KAJIAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG  · PDF filetermasuklah Sains Kimia, Sains Bahan dan Geologi. Dalam peringkat sekolah menengah, subjek Fizik merupakan sesuatu yang

ABSTRACT

The aim of this research is to study the mathematics, lecturer’s teaching

method, experiment understanding and gender factors in influencing the achievement

of 4SPP and 4SPF students in physics courses. There are four objectives in this

research. Firstly, to recognize the factor of weakness in physics subject based on

weakness in mathematics factor. Secondly, to recognize the factor of weakness in

physics subject based on lecturer’s teaching method. Next, to recognize the factor of

weakness in physics subject based on less understanding in experiment work.

Finally, to recognize the factor of weakness in physics subject based on gender

factor. This research involved 44 students from 4SPP and 4SPF courses in Faculty of

Education in UTM. A set of questionnaire has been created to proceed this research.

The data that collected was descriptively analyzed by using the “Statistical Packages

For Social Sciences” (SPSS 15.0). Data analysis of this research is based on

frequency, percentage, and mean. From the mean value that obtained, we can know

that mathematics factor, lecturer’s teaching method factor, and experiment

understanding factor do influence the achievement of students in physics courses,

whereas gender factor do not influence student’s achievement in physics courses.

This research is also hoped can help the university in improving the student’s

achievement in physics courses.

vi

Page 10: KAJIAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG  · PDF filetermasuklah Sains Kimia, Sains Bahan dan Geologi. Dalam peringkat sekolah menengah, subjek Fizik merupakan sesuatu yang

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xi

SENARAI GAMBARAJAH SENARAI LAMPIRAN

xii

xiii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1

1.2 Latar Belakang Masalah

2

1.3 Pernyataan Masalah

5

1.4 Objektif Kajian

6

1.5 Persoalan Kajian

6

1.6 Kepentingan Kajian

7

1.7 Batasan Kajian

7

1.8 Skop Kajian 7

vii

Page 11: KAJIAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG  · PDF filetermasuklah Sains Kimia, Sains Bahan dan Geologi. Dalam peringkat sekolah menengah, subjek Fizik merupakan sesuatu yang

1.9 Definisi Istilah 8

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

9

2.2 Kelemahan Dalam Matematik

10

2.3 Kaedah Pengajaran pensyarah

12

2.4 Faktor Kekurangan Kefahaman Tentang Amali Fizik

14

2.5 Faktor Jantina

16

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

20

3.2 Rekabentuk Kajian

20

3.3 Tempat Kajian

21

3.4 Populasi Kajian

21

3.5 Instrumen Kajian

22

3.5.1. Bahagian A:

22

3.5.2. Bahagian B:

22

3.6 Prosedur Kajian

23

3.7 Penganalisaan Data

24

3.8 Kajian Rintis

25

4 KEPUTUSAN DAN ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 26

viii

Page 12: KAJIAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG  · PDF filetermasuklah Sains Kimia, Sains Bahan dan Geologi. Dalam peringkat sekolah menengah, subjek Fizik merupakan sesuatu yang

4.2 Analisis Data 26

4.3 Analisis Maklumat Diri dan Ciri-ciri

Responden

27

4.3.1 Berdasarkan Kursus

27

4.3.2 Berdasarkan Jantina

27

4.3.3 Berdasarkan Bangsa

27

4.3.4 Berdasarkan keputusan CGPA

28

4.4 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian

28

4.4.1 Dapatan Persoalan Kajian Pertama

29

4.4.2 Dapatan Persoalan Kajian Kedua

32

4.4.3 Dapatan Persoalan Kajian Ketiga

35

4.4.4 Dapatan Persoalan Kajian Keempat

38

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

41

5.2 Perbincangan Persoalan

41

5.2.1 Perbincangan Persoalan Pertama

42

5.2.2 Perbincangan Persoalan Kedua

43

5.2.3 Perbincangan Persoalan Ketiga

45

ix

Page 13: KAJIAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG  · PDF filetermasuklah Sains Kimia, Sains Bahan dan Geologi. Dalam peringkat sekolah menengah, subjek Fizik merupakan sesuatu yang

5.2.4 Perbincangan Persoalan Keempat

46

5.3 Rumusan

47

5.4 Cadangan

48

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

49

5.6 Penutup

49

RUJUKAN

50

LAMPIRAN 52

x

Page 14: KAJIAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG  · PDF filetermasuklah Sains Kimia, Sains Bahan dan Geologi. Dalam peringkat sekolah menengah, subjek Fizik merupakan sesuatu yang

SENARAI JADUAL

NOMBOR JADUAL

TAJUK HALAMAN

1.1 Senarai definisi perkataan tajuk

9

2.1 Lima jenis kerja amali dan tujuannya

17

3.1 Taburan item soal selidik mengikut aspek

kajian

26

3.2 Pengkelasan maklum balas responden

27

4.1 Taburan responden mengikut Kursus.

30

4.2 Taburan responden mengikut Jantina

31

4.3 Taburan mengikut bangsa

31

4.4 Taburan mengikut keputusan CGPA

32

4.5 Soal selidik yang berkaitan persoalan

pertama.

33

4.6 Soal selidik yang berkaitan persoalan kedua

36

4.7 Soal selidik yang berkaitan persoalan ketiga.

40

4.8 Soal selidik yang berkaitan persoalan keempat

44

Page 15: KAJIAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG  · PDF filetermasuklah Sains Kimia, Sains Bahan dan Geologi. Dalam peringkat sekolah menengah, subjek Fizik merupakan sesuatu yang

SENARAI RAJAH

NOMBOR RAJAH

TAJUK HALAMAN

2.1 Persepsi perempuan terhadap lelaki dalam kelas fizik

20

2.2 Persepsi pelajar lelaki terhadap perempuan dalam kelas fizik.

21

xii

Page 16: KAJIAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG  · PDF filetermasuklah Sains Kimia, Sains Bahan dan Geologi. Dalam peringkat sekolah menengah, subjek Fizik merupakan sesuatu yang

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Soal Selidik Kajian

52

B Item-Total Statistics

57

xiii

Page 17: KAJIAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG  · PDF filetermasuklah Sains Kimia, Sains Bahan dan Geologi. Dalam peringkat sekolah menengah, subjek Fizik merupakan sesuatu yang

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Fizik merupakan salah satu cabang sains yang mengkaji fenomena yang

berlaku dalam kehidupan alam sekeliling. Antaranya termasuklah optik, daya,

elektrik, mekanik dan haba. Fizik amat penting terhadap semua aspek sains yang lain

termasuklah Sains Kimia, Sains Bahan dan Geologi.

Dalam peringkat sekolah menengah, subjek Fizik merupakan sesuatu yang

tidak pernah didengar oleh pelajar sehingga sampai ke tingkatan empat dan lima.

Pelajar-pelajar ini telah banyak melalui kejadian-kejadian Fizik dalam kehidupan

seharian mereka dengan tanpa menyedari bahawa iaitu Fizik. Contohnya pantulan

imej pada cermin, pergerakan kereta dan penggunaan radio.

Di peringkat universiti, subjek Fizik sering dikaitkan dengan Mekanik

Kuantum, lohong hitam, dan teori kerelatifan. Pelbagai teori yang terkenal sering

membuat pelajar terasa tertekan dan susah. Pelajar-pelajar yang mengambil subjek

Fizik sering diberi pandangan yang positif dan hebat dalam aspek sains. Imej ahli

Fizik yang terkenal, Albert Einstein sering dikaitkan dengan pelajar-pelajar Fizik.

Namun, pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Fizik sering dikhuatiri oleh

pihak pensyarah, universiti dan masyarakat. Dalam proses pembelajaran Fizik,

pelajar terpaksa menghadapi rumus-rumus dan teori-teori Fizik yang rumit. Ini

Page 18: KAJIAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG  · PDF filetermasuklah Sains Kimia, Sains Bahan dan Geologi. Dalam peringkat sekolah menengah, subjek Fizik merupakan sesuatu yang

memerlukan asas Fizik dan matematik yang kukuh pada peringkat sekolah menengah.

Justeru, faktor pensyarah, dan jantina turut memberi pengaruh yang kuat kepada

pencapaian pelajar subjek Fizik.

Oleh itu, dalam kajian ini, pengkaji ingin mencari faktor-faktor yang

mempengaruhi pencapain pelajar-pelajar UTM dalam mata pelajaran Fizik.

1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Subahan (1988), perkembangan Sains di Malaysia pernah melalui

beberapa peringkat yang penting. Pada awal tahun 1950-an higga akhir tahun 1960-

an, sebuah kurikulum yang dilaksanakan untuk perkembangan pendidikan Sains

iaitu, Kurikulum Tradisi Sains Sekolah Menengah telah diadakan. Namun, dalam

kurikulum ini, ia terlalu mementingkan fakta dalam mata pelajan sains. Pelajar-

pelajar kurang faham tentang sains walaupun tersedia dengan pengetahuan fakta

sains yang luas. Kerja-kerja makmal hanya menyediakan latihan untuk

mengembangkan kemahiran manipulatif dan bukan menyediakan latihan untuk

pemikiran saintifik. Matlamat pengajaran dan pembelajaran sains tradisi pula tidak

dinyatakan dengan jelas dalam sukatan pelajaran, yang diketahui ialah hanya

bertujuan menyediakan pelajar-pelajar untuk sesuatu peperiksaan. Kurikulumnya

merupakan satu sukatan pelajaran yang menyenaraikan isi kandungan yang perlu

diajar, diikuti satu penerangan umum tentang kerja amali sahaja.

Selepas itu, Kementerian Pendidikan telah memperbaiki mata pelajaran sains

di sekolah menengah. Untuk mempercepatkan proses perubahan kurikulum,

keputusan dibuat untuk mengadaptasi kurikulum inovatif dari barat. Kurikulum Sains

Moden mula diperkenalkan di sekolah menengah pada 1969. Kurikulum itu ialah:

i. Sains Paduan untuk Sekolah Menengah Rendah yang diubah suai daripada

‘Scottish Integrated Science’. Sukatan pelajaran ini mula diperkenalkan pada

2

Page 19: KAJIAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG  · PDF filetermasuklah Sains Kimia, Sains Bahan dan Geologi. Dalam peringkat sekolah menengah, subjek Fizik merupakan sesuatu yang

1969 kepada 22 buah sekolah dan beransur-ansur kepada semua sekolah selepas

itu;

ii. Sains tulen moden iaitu biologi, fizik dan kimia untuk sekolah menengah atas

diperkenalkan pada 1972 kepada 10 buah sekolah. Sukatan pelajaran ini diubah

suai daripada kursus Nuffield ‘0’ Level biologi, fizik dan kimia dari England.

iii. Rampaian Sains Moden untuk Sekolah Menengah bagi aliran Sastera yang

diperkenalkan pada tahun 1974. Sukatan pelajaran ini juga diubahsuai daripada

‘Nuffield General Science’ dari England.

Perubahan-perubahan ini bertujuan membaiki mutu pendidikan Sains di

sekolahmenengah. Antara objektifnya adalah untuk:

i. Mengemaskinikan kandungan Sains dan menggunakan bahan tempatan di

mana sesuai.

ii. Menggunakan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan

inkuiri/penemuan, berpusatkan murid dan berorientasikan aktiviti.

iii. Memperluaskan kefahaman konsep dan penggunaan kepada situasi

kehidupan sebenar.

Pada masa itu terdapat beberapa rasional mengapa pengubahsuaian

kurikulum dibuat (Subahan et. al 1988). Antaranya termasuklah:

i. Matlamat dan objektif kursus itu mengikut perkembangan semasa dan

relevan dengan kehidupan seharian serta mempunyai pendekatan yang

konsisten dengan falsafah dan amalan moden. Kursus ini mudah disesuaikan

dengan keadaan tempatan.

ii. Sistem pelajaran yang diwarisi itu masih sama dengan Britain. Selain itu,

Kementerian Pendidikan juga mempunyai penasihat dari Britain yang

3

Page 20: KAJIAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG  · PDF filetermasuklah Sains Kimia, Sains Bahan dan Geologi. Dalam peringkat sekolah menengah, subjek Fizik merupakan sesuatu yang

bertindak sebagai pakar rujuk, bersedia untuk memberi sokongan dan

latihan dalam persediaan dan pelaksanaan kurikulum tersebut.

iii. Kementerian Pendidikan juga berpendapat adalah lebih baik mengubahsuai

sesuatu yang telah wujud daripada membina sesuatu yang baru. Tambahan

pula pada masa itu kita kekurangan pakar tempatan yang mahir dan

berpengalaman.

Seterusnya, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dilancarkan.

Matlamat Kurikulum Sains dan Matematik KBSM dibina khusus untuk melahirkan

warga negara yang mempunyai pengetahuan asas (Sains dan Matematik) dan

kemahiran saintifik secukupnya. Selain itu, ia juga untuk melahirkan pelajar yang

mempunyai akhlak yang mulia serta bertanggungjawab, ke arah membentuk

masyarakat yang mengamalkan budaya sains dan teknologi.

Dari segi kurikulum di sekolah, didapati bahawa kerajaan menekankan

kepentingan dan penggunaan sains dan teknologi dengan bersungguh-sungguh.

Kurikulum lama digubal semula agar lebih sesuai dengan keperluan sesebuah negara

yang berkembang pesat dalam abad ke-21, iaitu yang menunjukkan ciri-ciri moden,

berunsurkan industri dan menggunakan teknologi maklumat yang canggih.

Di samping itu, subjek Fizik merupakan subjek yang amat penting dan

berkaitan rapat dengan bidang teknikal dan kejuruteraan. Tamadun manusia yang

cemerlang sekarang adalah dibangunkan pada asas pengetahuan Fizik yang luas. Di

sini dapat dilihat betapa pentingnya Fizik dalam pembangunan masyarakat dan

tamadun manusia.

Walau bagaimanapun, jika dilihat daripada aspek pencapaian pelajar 4SPP

dan 4SPF pada tahun 2007 di UTM, Skudai, masih terdapat pelajar yang mendapat

keputusan yang kurang memuaskan. Kalau dibandingkan pencapaian subjek fizik

dengan subjek pendidikan lain, pencapaian fizik agak kurang memuaskan. Keputusan

pelajar dalam peperiksaan fizik hanya sekitar gred B+ manakala keputusan pelajar

dalam peperiksaan subjek pendidikan lain ialah sekitar gred A. Oleh itu, perlunya

4

Page 21: KAJIAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG  · PDF filetermasuklah Sains Kimia, Sains Bahan dan Geologi. Dalam peringkat sekolah menengah, subjek Fizik merupakan sesuatu yang

kita mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran Fizik di UTM

supaya pensyarah dan pelajar dapat mengenalpasti faktor-faktor tersebut demi tujuan

penambahbaikan.

1.3 Pernyataan Masalah

Salah satu daripada matlamat sistem pendidikan ialah mendapat pencapaian

akedemik yang cemerlang. Oleh yang demikian, pelajar harus mempunyai keupayaan

untuk lulus cemerlang dalam mata pelajaran yang diambil semasa peperiksaan.

Walaupun dilihat terdapat pelajar yang mencapai tahap yang membanggakan, tetapi

masih terdapat pelajar yang ketinggalan dalam subjek Fizik.

Pelajar mempunyai peranan utama dalam menentukan kecemerlangan

prestasi mereka dalam peperiksaan. Kajian ini akan memfokaskan pelajar-pelajar

4SPP dan 4SPF yang mengambil subjek Fizik sebagai subjek utama mereka. Kajian

ini akan mengkaji faktor-faktor yang mungkin menjadi masalah dalam usaha

pencapaian prestasi yang baik dalam subjek Fizik.

Ketidakcemerlangan pelajar dalam subjek Fizik telah menarik perhatian

pengkaji. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor kelemahan dalam Matematik,

faktor kaedah pengajaran pensyarah, faktor kekurangan kefahaman tentang amali dan

faktor jantina. Semua faktor ini akan dibincangkan dalam bab-bab yang seterusnya.

Kajian ini perlu dijalankan supaya dapat kita mengenal pasti sama ada faktor-

faktor tersebut betul-betul mempengaruhi pencapaian pelajar dalam subjek Fizik atau

tidak. Diharapkan keputusan kajian ini dapat memberi maklumat-maklumat yang

penting kepada pihak Universiti Teknologi Malaysia dan pensyarah-pensyarah dalam

usaha mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam subjek Fizik pada masa yang

akan datang.

5

Page 22: KAJIAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG  · PDF filetermasuklah Sains Kimia, Sains Bahan dan Geologi. Dalam peringkat sekolah menengah, subjek Fizik merupakan sesuatu yang

1.4 Objektif Kajian

1.4.1 Mengenalpasti faktor kelemahan dalam subjek Fizik berasas kepada faktor

kelemahan dalam matematik.

1.4.2 Mengenalpasti faktor kelemahan dalam subjek Fizik berasas kepada faktor

kekurangan kefahaman tentang amali Fizik.

1.4.3 Mengenalpasti faktor kelemahan dalam subjek Fizik berasas kepada faktor

kaedah pengajaran pensyarah.

1.4.4 Mengenalpasti faktor kelemahan dalam subjek Fizik berasas kepada faktor

jantina.

1.5 Persoalan Kajian

Faktor matematik, faktor kaedah pengajaran pensyarah, faktor kefahaman

tentang amali Fizik, dan faktor jantina merupakan faktor-faktor yang dipercayai

mempengaruhi pencapaian pelajar dalam subjek Fizik. Oleh itu, pengkaji berusaha

untuk mencari jawapan persoalan-persoalan berikut:

1.5.1 Apakah persepsi pelajar terhadap pengaruh kelemahan pencapaian matematik

terhadap pencapaian dalam subjek Fizik?

1.5.2 Apakah persepsi pelajar terhadap pengaruh kaedah pengajaran pensyarah

terhadap pencapaian dalam subjek Fizik

1.5.3 Apakah persepsi pelajar terhadap pengaruh kekurangan kefahaman tentang

amali Fizik terhadap pencapaian dalam subjek Fizik?

1.5.4 Apakah persepsi pelajar terhadap pengaruh jantina terhadap pencapaian

dalam subjek Fizik.

6

Page 23: KAJIAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG  · PDF filetermasuklah Sains Kimia, Sains Bahan dan Geologi. Dalam peringkat sekolah menengah, subjek Fizik merupakan sesuatu yang

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dapat memberi maklumat kepada pihak fakulti dan UTM dalam

usaha memperbaiki pencapaian pelajar yang mengambil subjek Fizik dan Sains. Hal

ini demikian kerana fakulti dapat mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi

pencapaian dalam subjek fizik demi meningkatkan nama UTM di peringkat

universiti mahupun antarabangsa.

Selain itu, penghasilan kajian ini dapat memberi suatu gambaran kepada

sesiapa yang ingin mengambil subjek fizik supaya dapat mengetahui faktor-faktor

yang mempengaruhi pencapaian dalam fizik. Hal ini dapat memberi peluang kepada

mereka untuk membuat persediaan yang secukupnya sebelum mengambil bahagian

dalam subjek ini.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai, Johor. Kajian ini terhad kepada pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan

4SPP dan 4SPF sahaja. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelbagai kaum iaitu kaum

Melayu dan kaum Cina. Selain itu, tempat penghantaran dan pengutipan soal-selidik

ialah di dalam fakulti pendidikan sahaja.

1.8 Skop Kajian

Skop kajian ini hanya mengkaji faktor yang mempengaruhi pencapaian Fizik

mengikut persepsi pelajar iaitu berkaitan faktor kelemahan dalam matematik, faktor

kaedah pengajaran pensyarah,, faktor kefahaman tentang amali Fizik, dan faktor

jantina

7

Page 24: KAJIAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG  · PDF filetermasuklah Sains Kimia, Sains Bahan dan Geologi. Dalam peringkat sekolah menengah, subjek Fizik merupakan sesuatu yang

1.9 Definisi Istilah

Menurut Kamus Dewan edisi 2005: definisi perkataan tajuk adalah seperti

dalam jadual 1.1.

Jadual 1.1 Senarai definisi perkataan tajuk Faktor Unsur atau sebab yang menyumbang kepada sesuatu hasil.

Mempengaruhi: Berpengaruh atas, menggunakan pengaruh kepada,

menguasai.

Pencapaian Apa yang telah dicapai(dihasilkan atau diperoleh), prestasi.

Fizik Cabang ilmu yang mengkaji sifat-sifat jirim dan tenaga (seperti haba, cahaya, bunyi, gravity, magnetisme) dan perkaitan antara semua unsur ini.

Pelajar Orang yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktab), orang yang mengaji (menyelidiki ilmu)

8