kajian tentang penggunaan kemahiran pemikiran … · soal selidik terhadap ujian penilaian status...

25

Upload: dohanh

Post on 14-Mar-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN TENTANG PENGGUNAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN … · soal selidik terhadap ujian penilaian status kemahiran saintifik (UPSKS) telah ... The objective of this study is to examine the
Page 2: KAJIAN TENTANG PENGGUNAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN … · soal selidik terhadap ujian penilaian status kemahiran saintifik (UPSKS) telah ... The objective of this study is to examine the
Page 3: KAJIAN TENTANG PENGGUNAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN … · soal selidik terhadap ujian penilaian status kemahiran saintifik (UPSKS) telah ... The objective of this study is to examine the

KAJIAN TENTANG PENGGUNAAN KEMAHIRAN

PEMIKIRAN SAINTIFIK DI KALANGAN PELAJAR-

PELAJAR FIZIK FAKULTI PENDIDIKAN DI UTM SKUDAI

NORAZLIZA BT GHAZALI

Laporan projek ini dikemukakan

Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan Fizik

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2004

Page 4: KAJIAN TENTANG PENGGUNAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN … · soal selidik terhadap ujian penilaian status kemahiran saintifik (UPSKS) telah ... The objective of this study is to examine the
Page 5: KAJIAN TENTANG PENGGUNAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN … · soal selidik terhadap ujian penilaian status kemahiran saintifik (UPSKS) telah ... The objective of this study is to examine the

iii

Untuk abah, mama dan keluarga

tersayang

Page 6: KAJIAN TENTANG PENGGUNAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN … · soal selidik terhadap ujian penilaian status kemahiran saintifik (UPSKS) telah ... The objective of this study is to examine the

iv

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana di atas limpah

dan kurniaNya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini bagi

memenuhi syarat untuk mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer serta

Pendidikan Fizik.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya tujukan kepada penyelia

saya, Prof. Madya Dr. Shariff Bin Omar yang telah banyak membimbing

dan memberi tunjuk ajar serta sokongan kepada saya sehingga kajian projek

ini berjaya disiapkan

Buat ibu bapa dan keluarga yang banyak memberi sokongan

terutamanya dari segi kewangan, sesungguhnya ia banyak membantu

sepanjang kajian.

Ucapan terima kasih juga buat para pelajar Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai kerana telah memberi kerjasama sepanjang kajian berjalan.

Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan dan semua pihak

yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kajian ini.

Page 7: KAJIAN TENTANG PENGGUNAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN … · soal selidik terhadap ujian penilaian status kemahiran saintifik (UPSKS) telah ... The objective of this study is to examine the

v

ABSTRAK

Kajian ini adalah untuk mengkaji sejauhmana penggunaan kemahiran

pemikiran saintifik di kalangan pelajar-pelajar fizik Fakulti Pendidikan di

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Seramai 128 orang pelajar tahun 2 dan

tahun 4 daripada kursus fizik Fakulti Pendidikan telah diambil sebagai sampel.

Kajian telah dilakukan terhadap 3 pembolehubah bebas iaitu jantina, tahun

pengajian dan keputusan fizik SPM melibatkan 3 kemahiran saintifik.

Kemahiran saintifik yang dikaji ialah kemahiran mendefinisi secara operasi,

kemahiran mengukur dan kemahiran mereka bentuk ujikaji. Pemerhatian dan

soal selidik terhadap ujian penilaian status kemahiran saintifik (UPSKS) telah

digunakan sebagai instrumen kajian. Analisis statistik deskriptif menggunakan

min, sisihan lazim, peratusan aras penggunaan dan status penggunaan dibuat

menggunakan Statistical Package for Social Science’ (SPSS) for Windows bagi

memperoleh data yang diperlukan. Hasil kajian mendapati secara

keseluruhannya, kemahiran mengukur telah mencapai tahap penggunaan

tertinggi iaitu 6.52(79.1%) manakala kemahiran mendefinisi secara operasi,

5.45(69.1%) dan kemahiran merekabentuk ujikaji, 5.28(67.6%) masih berada di

tahap yang rendah. Hal ini menunjukkan bahawa masih ramai pelajar yang

belum mampu menggunakan kemahiran pemikiran saintifik dengan baik dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Langkah-langkah yang sewajarnya perlu

diambil bagi mempertingkatkan tahap penggunaan kemahiran pemikiran saintifik

pelajar.

Page 8: KAJIAN TENTANG PENGGUNAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN … · soal selidik terhadap ujian penilaian status kemahiran saintifik (UPSKS) telah ... The objective of this study is to examine the

vi

ABSTRACT

The objective of this study is to examine the use of scientific thinking

skills among physics student from Faculty of Education in Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai. 128 physics students from 2nd year and 4th year of Education

Faculty were chosen as respondents. Three variables including sex, year of study

and physics SPM result have been used in this research. Scientific skills that

have been measured in this research were operational definition skills,

measurement skills and experimental skills. Observation and questionnaires

against the Status of Scientific Skills Assessment Test (UPSKS) were used as the

instrument of the study. Descriptive statistic analysis using mean, standard

deviation, percentage of level usage and usage status were examined using

Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows to gain data. The

result of this study showed that, measurement skills, 6.52(79.1%) reached the

highest level of scientific skills while the operational definition skills,

5.45(69.1%) and experimental skills, 5.28(67.6%) still under the level. This

showed that, there were students who were still not good in using scientific

skills. Expedient steps should be taken to enhance the usage of scientific thinking

skill among the students.

Page 9: KAJIAN TENTANG PENGGUNAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN … · soal selidik terhadap ujian penilaian status kemahiran saintifik (UPSKS) telah ... The objective of this study is to examine the

vii

ABSTRACT

The objective of this study is to examine the use of scientific thinking

skills among physics student from Faculty of Education in Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai. 128 physics students from 2nd year and 4th year of Education

Faculty were chosen as respondents. Three variables including sex, year of study

and physics SPM result have been used in this research. Scientific skills that

have been measured in this research were operational definition skills,

measurement skills and experimental skills. Observation and questionnaires

against the Status of Scientific Skills Assessment Test (UPSKS) were used as the

instrument of the study. Descriptive statistic analysis using mean, standard

deviation, percentage of level usage and usage status were examined using

Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows to gain data. The

result of this study showed that, measurement skills, 6.52(79.1%) reached the

highest level of scientific skills while the operational definition skills,

5.45(69.1%) and experimental skills, 5.28(67.6%) still under the level. This

showed that, there were students who were still not good in using scientific

skills. Expedient steps should be taken to enhance the usage of scientific thinking

skill among the students.

Page 10: KAJIAN TENTANG PENGGUNAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN … · soal selidik terhadap ujian penilaian status kemahiran saintifik (UPSKS) telah ... The objective of this study is to examine the

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xii

TATANAMA

BAB I PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar belakang masalah 3

1.2 Pernyataan masalah 7

1.3 Objektif kajian 9

1.4 Persoalan kajian 10

1.5 Kepentingan kajian 11

1.6 Skop dan batasan kajian 12

1.7 Definisi operasional 13

1.7.1 Kemahiran Pemikiran saintifik 13

1.7.2 Kemahiran Saintifik 13

Page 11: KAJIAN TENTANG PENGGUNAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN … · soal selidik terhadap ujian penilaian status kemahiran saintifik (UPSKS) telah ... The objective of this study is to examine the

viii

1.7.3 Pemikiran kreatif 14

1.7.4 Domain kognitif 14

1.7.5 Pelajar 14

1.8 Rumusan 15

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 16

2.1 Konsep pemikiran 16

2.2 Kemahiran saintifik 19

2.2.1 Kemahiran mengukur dan 21

menggunakan nombor

2.2.2 Kemahiran mendefinisi 23

secara operasi

2.2.3 Kemahiran mengeksperimen 24

/ merekabentuk ujikaji

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 28

3.1 Rekabentuk kajian 29

3.2 Populasi dan sampel kajian 29

3.3 Instrumen kajian 30

3.3.1 Bahagian A 30

3.3.2 Bahagian B 31

3.3.3 Kajian rintis 31

3.4 Kebolehpercayaan dan kesahan 32

3.5 Prosedur kajian 34

3.6 Penganalisaan data 34

3.7 Rumusan 35

Page 12: KAJIAN TENTANG PENGGUNAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN … · soal selidik terhadap ujian penilaian status kemahiran saintifik (UPSKS) telah ... The objective of this study is to examine the

ix

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan 36

4.1 Aras Penggunaan Kemahiran 37

Pemikiran Saintifik

4.2 Persoalan Kajian 38

4.2.1 Tahap Penggunaan Kemahiran 38

Pemikiran Saintifik dalam

Mata Pelajaran Fizik

4.2.2 Tahap Penggunaan Kemahiran 40

Pemikiran Saintifik Merentasi

Jantina

4.2.3 Tahap Penggunaan Kemahiran 42

Pemikiran Saintifik Merentasi

Tahun Pengajian

4.2.4 Tahap Penggunaan Kemahiran 44

Pemikiran Saintifik Keputusan

Fizik SPM

4.3 Rumusan 46

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN &

CADANGAN

5.0 Pengenalan 47

5.1 Ringkasan & Perbincangan 48

5.1.1 Penguasaan Terhadap 49

Penggunaan Kemahiran

Pemikiran Saintifik dalam

Mata Pelajaran Fizik

5.1.2 Tahap Penggunaan Kemahiran 50

Pemikiran Saintifik Merentasi

Jantina

Page 13: KAJIAN TENTANG PENGGUNAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN … · soal selidik terhadap ujian penilaian status kemahiran saintifik (UPSKS) telah ... The objective of this study is to examine the

x

5.1.3 Tahap Penggunaan Kemahiran 52

Pemikiran Saintifik Merentasi

Tahun Pengajian

5.1.4 Tahap Penggunaan Kemahiran 53

Pemikiran Saintifik Keputusan

Fizik SPM

5.2 Kesimpulan 56

5.3 Cadangan 57

5.3.1 Cadangan Umum 58

5.3.1.1 Tenaga Pengajar 58

(pensyarah)

5.3.1.2 Pihak Pentadbir 59

(Fakulti & Universiti)

5.3.1.3 Pelajar 59

5.3.2 Cadangan Kajian Lanjutan 60

5.4 Penutup 61

BIBLIOGRAFI 62

LAMPIRAN 67

Lampiran A - Soal Selidik (Bahagian A) 70

Lampiran B - Soal Selidik (Bahagian B) 71

Lampiran C - Senarai Formula 84

Penganalisaan Data

Lampiran D - Klasifikasi Soalan-Soalan 85

Ujian Penilaian Status Kemahiran

Saintifik (UPSKS)

Page 14: KAJIAN TENTANG PENGGUNAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN … · soal selidik terhadap ujian penilaian status kemahiran saintifik (UPSKS) telah ... The objective of this study is to examine the

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Bilangan Responden yang Terlibat 12

4.1 Status Penggunaan Kemahiran Pemikiran 39

Saintifik Pelajar Terhadap Kemahiran Mendefinisi

Secara Operasi, Kemahiran Mengukur dan

Kemahiran Merekabentuk Ujikaji.

4.2 Status Penggunaan Kemahiran Pemikiran Saintifik 40

Pelajar Terhadap Kemahiran Mendefinisi Secara

Operasi, Kemahiran Mengukur dan Kemahiran

Merekabentuk Ujikaji Merentasi Jantina.

4.3 Status Penggunaan Kemahiran Pemikiran Saintifik 42

Pelajar Terhadap Kemahiran Mendefinisi Secara

Operasi, Kemahiran Mengukur dan Kemahiran

Merekabentuk Ujikaji Merentasi Tahun Pengajian

4.4 Status Penggunaan Kemahiran Pemikiran Saintifik 44

Pelajar Terhadap Kemahiran Mendefinisi Secara

Operasi, Kemahiran Mengukur dan Kemahiran

Merekabentuk Ujikaji Merentasi Keputusan Fizik SPM

Page 15: KAJIAN TENTANG PENGGUNAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN … · soal selidik terhadap ujian penilaian status kemahiran saintifik (UPSKS) telah ... The objective of this study is to examine the

xii

SENARAI SINGKATAN TATANAMA

KPM -Kementerian Pendidikan Malaysia

P&P -Pengajaran dan pembelajaran

PPK -Pusat Perkembangan Kurikulum

RRJP 2 -Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua

SPSS -Statistical Package for Social Science

FPN -Falsafah Pendidikan Negara

KBSM -Kurikulum Bersepadu sekolah Menengah

KPS -Kemahiran Proses Sains

KM -Kemahiran Manipulatif

SPM -Sijil Pelajaran Malaysia

SPP -Sarjana Muda Sains Komputer Serta Pendidikan Fizik

SPF -Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Fizik

UTM -Universiti Teknologi Malaysia

UPSKS -Ujian Penilaian Status Kemahiran Saintifik

TIPS II -Test of Integrated Science Process Skills

PKG -Pusat Kegiatan Guru

Page 16: KAJIAN TENTANG PENGGUNAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN … · soal selidik terhadap ujian penilaian status kemahiran saintifik (UPSKS) telah ... The objective of this study is to examine the

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Dalam era globalisasi ini, negara Malaysia telah merancang bagi

meningkatkan taraf negara sebagai sebuah negara maju. Sehubungan dengan itu,

Malaysia telah mengemukakan pelbagai cadangan di mana antara salah satunya

telah dikemukakan di Persidangan Majlis Perdagangan Malaysia pada 28

Februari 1991 iaitu berhubung dengan cabaran Wawasan 2020. Perdana Menteri

Malaysia Y.A.B Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dalam ucapannya telah

melahirkan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju

menjelang tahun 2020 dari segi ekonomi, politik, sosial kerohanian dan

kebudayaan. (Kerajaan Malaysia,1991)

Ini menunjukkan bahawa untuk menuju ke arah matlamat tersebut, semua

pihak iaitu masyarakat Malaysia khususnya perlulah memainkan peranan

Page 17: KAJIAN TENTANG PENGGUNAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN … · soal selidik terhadap ujian penilaian status kemahiran saintifik (UPSKS) telah ... The objective of this study is to examine the

2

masing-masing bagi memelihara kemakmuran dan membangunkan negara.

Masyarakat Malaysia yang prihatin adalah masyarakat yang menggunakan

pemikiran secara rasional dan saintifik selaras dengan cabaran ke-6 Wawasan

2020 iaitu ;

Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif yang

mempunyai daya cipta tinggi dan memandang ke depan yang

bukan sahaja menjadi pengguna teknologi malah menjadi

penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

(Kerajaan Malaysia,1991)

Dalam konteks persekolahan di Malaysia , guru merupakan antara yang

diberi tanggungjawab melahirkan individu yang berbudaya ilmu, kreatif, inovatif

dan mampu menjana idea original. Hasil tinjauan awal yang dilakukan oleh

Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) jelas menunjukkan pelajar tidak dilatih

untuk mengembangkan kemahiran saintifik mereka dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (Abu Hassan b. Kassim, 2001). Apa yang dilakukan pelajar dalam

makmal lebih mengarah kepada melatih perkembangan psikomotor sebagaimana

dalam kurikulum tradisi. Di samping itu, apa yang dipelajari oleh pelajar di

sekolah tidak mempunyai perkaitan yang jelas dengan kehidupan harian.

Seharusnya, tenaga pengajar khususnya guru-guru perlu lebih memahami

konsep dan objektif pengajaran dan pembelajaran berorientasikan kemahiran

pemikiran saintifik supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan

dengan lancar. Menurut Armstrong (1973), kaedah saintifik tidak boleh diajar

secara kuliah atau melalui teknik demonstrasi. Pelajar perlu melakukan

penyiasatan atau eksperimen dengan sendiri sebagaimana yang dilakukan oleh

Page 18: KAJIAN TENTANG PENGGUNAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN … · soal selidik terhadap ujian penilaian status kemahiran saintifik (UPSKS) telah ... The objective of this study is to examine the

3

ahli sains atau penyelidik asal. Untuk itu, peranan guru penting di sini bagi

membantu serta membimbing pelajar mencapai pembelajaran yang optimum.

Dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2)(1991-2000)

ada menyatakan bahawa usaha-usaha dalam bidang pendidikan dan latihan akan

diteruskan untuk melahirkan warganegara yang mempunyai imbangan yang

sesuai dengan pengetahuan dan kemahiran dengan penumpuan terhadap sains

dan teknologi, nilai-nilai murni dan moral yang tinggi, rasa tanggungjawab,

berdaya cipta, bermudah lentur diri dan berupaya memberi sumbangan berkesan

kepada pembangunan negara yang harmoni, makmur dan bersatu.

Kerajaan Malaysia sendiri telah menunjukkan keprihatinan terhadap

pendidikan bagi membentuk dan melahirkan individu yang bukan sahaja berilmu

malah berkemahiran serta mempunyai nilai-nilai murni yang boleh menjadi

contoh dan penyumbang kepada agama, masyarakat dan negara. Untuk itu,

kemahiran pemikiran saintifik ini perlu diberi perhatian dan disalurkan dalam

minda-minda individu terutamanya kanak-kanak agar ia akan terdidik untuk

sentiasa berfikiran saintifik sama ada dalam bidang akademik mahupun

kehidupan luar.

1.1 Latar Belakang Masalah

Bagi membolehkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran itu

bermakna, penekanan perlu diberikan kepada teori konstruktivisme dengan

Page 19: KAJIAN TENTANG PENGGUNAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN … · soal selidik terhadap ujian penilaian status kemahiran saintifik (UPSKS) telah ... The objective of this study is to examine the

4

memberi peluang kepada pelajar supaya terlibat secara aktif. Ketiga-tiga domain

kognitif, domain afektif dan domain psikomotor perlu dilibatkan secara harmonis

dan seimbang dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi

mewujudkan kemahiran pemikiran saintifik. Melalui pendekatan ini, usaha

untuk melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif, kritis dan analitis serta

mempunyai akhlak yang mulia sebagaimana yang disarankan dalam Wawasan

2020 dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan dapat dicapai.

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) menyatakan bahawa

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan

ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan

yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab

dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan

diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara.(Abu Hassan bin Kassim, 1999)

Menurut FPN, pendidikan sains di Malaysia bertujuan memupuk budaya

sains dan teknologi dengan memberikan tumpuan kepada perkembangan

individu yang berdaya saing, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat

menguasai ilmu sains dan teknologi.

Page 20: KAJIAN TENTANG PENGGUNAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN … · soal selidik terhadap ujian penilaian status kemahiran saintifik (UPSKS) telah ... The objective of this study is to examine the

5

Berdasarkan FPN ini, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

telah menggariskan beberapa objektif utama iaitu :

1. Mengembangkan kemahiran saintifik yang meliputi

pemikiran secara saintifik, kemahiran menjalankan penyiasatan dan

penyelidikan sains serta kemahiran manipulatif.

2. Menggunakan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik

secara kreatif dan bijaksana bagi menyelesaikan masalah

dalam kehidupan.

Maklumat dan pemikiran adalah dua perkara yang berbeza di mana pada

suatu ketika gabungan keduanya perlu untuk pemahaman yang jitu. Maklumat

tidak boleh menggantikan pemikiran seperti juga pemikiran tidak boleh

menggantikan maklumat. Namun kedua-duanya diperlukan untuk

perkembangan intelek(Edward de Bono, 1976). Seseorang individu yang bijak

adalah individu yang memperoleh maklumat dan kemudiannya menggunakan

pemikirannya untuk memahami maklumat yang diperolehi secara lebih jelas.

Justeru, adalah perlu kepada minda yang boleh berfikiran saintifik supaya

maklumat tersebut dapat terus diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Kurikulum Sains KBSM juga memberikan penekanan yang jelas terhadap

penguasaan kemahiran saintifik iaitu Kemahiran Proses Sains (KPS) dan

Kemahiran Manipulatif (KM) melalui aktiviti-aktiviti amali.

Kemahiran proses sains (KPS) ini melibatkan proses memerhati,

mengukur dan menggunakan nombor, mengelas, membuat inferens,

Page 21: KAJIAN TENTANG PENGGUNAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN … · soal selidik terhadap ujian penilaian status kemahiran saintifik (UPSKS) telah ... The objective of this study is to examine the

6

menggunakan perhubungan ruang dan masa, meramal, berkomunikasi, membuat

hipotesis, mendefinisi secara operasi, mengeksperimen, mengawal

pembolehubah dan mentafsir maklumat.

Kemahiran berfikir antara individu dengan individu yang lain adalah

berbeza walaupun ia menggunakan kaedah berfikir yang sama. Ini kerana tahap

atau darjah pemikiran seseorang adalah tidak sama. Barang siapa yang cuba

mengkaji darjah kemahiran berfikir seseorang, ia adalah usaha yang sukar dan

kompleks (Bartlett,1958). Contohnya, seorang pelajar yang paling bijak dalam

sebuah kelas dan sentiasa mendapat 100 markah untuk subjek sains, tidak

membolehkannya menjadi kayu pengukur kepada penguasaan pelajar tersebut

dalam kemahiran pemikiran saintifik. Ini menunjukkan bahawa tahap

kepintaran yang sebenar seseorang individu tidak dapat memastikan bahawa dia

telah menguasai kemahiran pemikiran saintifik.

Pemikiran saintifik adalah penting dalam menentukan tingkahlaku dan

kejayaan seseorang. Pemikiran saintifik berkaitan dengan aktiviti mental yang

berlaku dalam otak. Ia adalah suatu proses penyusunan kembali maklumat dan

pengetahuan dengan cara teratur, membuat keputusan, menemui hubungan yang

tersembunyi supaya mendapat fahaman dan pengertian baru daripada maklumat

yang sedia ada. Biasanya pemikiran saintifik adalah menuju ke arah mencapai

dan memenuhi sesuatu tujuan (Ea Ah Meng,1994).

Sekiranya difikirkan secara logikal, semestinya kita akan mengatakan

bahawa pelajar yang terbaik adalah pelajar yang bijak berfikir. Namun begitu,

menurut Gunstone and White (1980), dalam kajiannya mendapati pelajar-pelajar

terbaik yang dihasil oleh sekolah-sekolah di Australia tidak memiliki kemahiran

berfikir. Hal ini sekali lagi disokong oleh Edward & Marland yang mana mereka

Page 22: KAJIAN TENTANG PENGGUNAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN … · soal selidik terhadap ujian penilaian status kemahiran saintifik (UPSKS) telah ... The objective of this study is to examine the

7

telah mengemukakan bukti apa yang berlaku dalam minda pelajar-pelajar

sewaktu di bilik darjah di Australia jauh lari dari apa yang dikehendaki oleh

pembuat dasar pendidikan. Pelajar-pelajar ini lebih bersikap mengambil

maklumat tanpa berfikir dahulu tentang sesuatu maklumat.

Untuk itu, penguasaan kemahiran pemikiran saintifik sekurang-

kurangnya perlu memenuhi ciri-ciri :

i. Pelajar berpeluang mengemukakan pandangannya tentang

sesuatu konsep.

ii. Pelajaran berpusatkan pelajar-guru sebagai fasilitator.

iii. Aktiviti berasaskan hands-on dan minds-on.

iv. Pelajar mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza

untuk mengukuhkan kefahaman idea tersebut.

v. Mewujudkan situasi interaktif seperti perbincangan dan

penyiasatan.

vi. Penumpuan lebih kepada domain kognitif peringkat tinggi iaitu

analisis, sintesis dan penilaian.

1.2 Pernyataan Masalah

Hasil kajian oleh Tobin & Copie (1980), mendapati pelajar-pelajar

sekolah menengah masih tidak berupaya menggunakan kemahiran pemikiran

saintifik dalam pembelajaran serta terdapat pertalian antara kemahiran pemikiran

saintifik dengan keupayaan menaakul secara formal. Ini disebabkan pelajar

Page 23: KAJIAN TENTANG PENGGUNAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN … · soal selidik terhadap ujian penilaian status kemahiran saintifik (UPSKS) telah ... The objective of this study is to examine the

8

tersebut kurang mengamalkan serta kurang didedahkan dengan kemahiran

pemikiran saintifik semasa di sekolah menengah.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkonsepkan kemahiran

pemikiran saintifik terdapat dua perkara asas berkaitan dengan kemahiran

pemikiran saintifik iaitu :

i. Pemupukan keupayaan berfikir secara mantik, analitis,

bersistem, kritis dan rasional.

ii. Perkembangan daya imaginatif, kreatif dan rasional.

Oleh kerana pelajar beranggapan bahawa pengajaran adalah proses

memberi fakta dan maklumat manakala pembelajaran adalah proses menerima

maklumat, maka proses pemikiran sering diabaikan. Antara yang menjadi

penyebab kepada kurangnya penguasaan kemahiran berfikir secara saintifik

adalah disebabkan sikap malas untuk berfikir. Pelajar-pelajar yang malas untuk

berfikir secara saintifik biasanya hanya akan menerima sesuatu maklumat tanpa

banyak menyoal dan malas untuk mentafsir maklumat yang diperolehi. Pelajar

ini biasanya akan mengalami masalah dalam memahami maklumat apabila perlu

digunakan kelak.

Sikap guru atau tenaga pengajar yang tidak bersikap positif terhadap

kemahiran pemikiran saintifik menyebabkan pelajar kurang penguasaan terhadap

kemahiran pemikiran saintifik. Menurut Jaus (1975) mendapati guru-guru yang

bersikap positif terhadap sains lebih kerap menggunakan kemahiran pemikiran

saintifik dalam perancangan pengajarannya berbanding dengan guru-guru yang

bersikap negatif terhadap sains. Lawrence & Cohen (1985) turut menyatakan

bahawa tanpa kefahaman yang lengkap tentang kemahiran pemikiran saintifik,

Page 24: KAJIAN TENTANG PENGGUNAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN … · soal selidik terhadap ujian penilaian status kemahiran saintifik (UPSKS) telah ... The objective of this study is to examine the

9

didapati guru-guru tersebut tidak mempunyai pengetahuan untuk mengajar

pelajar-pelajarnya tentang kemahiran pemikiran saintifik secara efektif.

Apa yang lebih merumitkan lagi ialah apabila seseorang itu kurang

berminat atau hilang minat tentang sesuatu maklumat. Contohnya, apabila

seseorang pelajar terpaksa mengambil subjek fizik disebabkan oleh faktor

pengaruh rakan sebaya tetapi pada hakikatnya dia tiada minat dalam subjek

tersebut, maka pelajar tersebut sukar untuk menggunakan pemikirannya untuk

berfikir secara saintifik apabila memperolehi sesuatu maklumat fizik. Ini

dibuktikan lagi oleh Crow & Piper (1983) di mana pelajar yang mempunyai

sikap yang positif terhadap sains mendapat markah yang tinggi dalam ujian

sains.

Justeru, berdasarkan masalah ini, kajian ini cuba meninjau

sejauhmanakah pelajar fizik Fakulti Pendidikan telah dapat menguasai

kemahiran pemikiran saintifik dan seterusnya mampu untuk menggunakannya

dalam proses pembelajaran yang berkonsepkan kemahiran pemikiran saintifik.

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang penggunaan kemahiran

pemikiran saintifik di kalangan para pelajar fizik Fakulti Pendidikan di UTM ke

atas kemahiran mendefinisi secara operasi, kemahiran mengukur dan kemahiran

mereka bentuk ujikaji dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 25: KAJIAN TENTANG PENGGUNAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN … · soal selidik terhadap ujian penilaian status kemahiran saintifik (UPSKS) telah ... The objective of this study is to examine the

10

1.4 Persoalan Kajian

Bagi menjawab pernyataan masalah di atas, pengkaji telah

mengemukakan beberapa aspek yang berkaitan untuk dijawab oleh responden.

Berikut adalah beberapa persoalan kajian bagi mencapai objektif kajian ini iaitu:

i. Adakah tahap penggunaan kemahiran pemikiran saintifik dalam

mata pelajaran fizik di kalangan pelajar fizik Fakulti Pendidikan di UTM

boleh dianggap dikuasai?

ii. Sejauh manakah tahap penggunaan kemahiran mendefinisi secara

operasi, kemahiran mengukur dan kemahiran merekabentuk ujikaji di

kalangan pelajar fizik Fakulti Pendidikan di UTM dalam mata pelajaran

fizik merentasi jantina?

iii. Sejauh manakah tahap penggunaan kemahiran mendefinisi secara

operasi, kemahiran mengukur dan kemahiran merekabentuk ujikaji di

kalangan pelajar fizik Fakulti Pendidikan di UTM dalam mata pelajaran

fizik merentasi tahun pengajian?

iv. Sejauh manakah tahap penggunaan kemahiran mendefinisi secara

operasi, kemahiran mengukur dan kemahiran merekabentuk ujikaji di

kalangan pelajar fizik Fakulti Pendidikan di UTM dalam mata pelajaran

fizik merentasi keputusan fizik SPM?