suhaizadsan.files.wordpress.com€¦  · web viewmalaysia mengamalkan sistem dwi undang-undang...

36
PERKEMBANGAN SISTEM PENTADBIRAN KEHAKIMAN SYARIAH DI MALAYSIA : SATU SOROTAN Oleh : Suhaizad bin Saifuddin 1.0 PENGENALAN Dalam Islam, keadilan dalam undang-undang bersifat mutlak. Sebarang bentuk kezaliman, penyelewengan, rasuah, pilih kasih, penyalahgunaan kuasa dalam bentuk apa sekalipun ditentang dan wajib dihapuskan kerana Islam tidak pernah bertolak ansur terhadap perkara-perkara tersebut tadi. Melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang dalam Islam adalah satu tugas dan kewajipan setiap Muslim dan tidak boleh dipisahkan sama sekali. Hadaf syariat perundangan dalam Islam adalah untuk mencegah dan membanteras kezaliman dan menegakkan keadilan. Untuk melaksanakan kehendak syariat ini maka ianya memerlukan kepada wujudnya institusi kehakiman yang dikenali sebagai “ wilayah al-qada.” Untuk menyelesaikan perbalahan antara pihak yang terlibat dengan hukuman –hukuman yang hak yang berdasarkan kepada hukuman yang telah ditetapkan Allah s.w.t. Mewujud dan menegakkan institusi kehakiman Islam dan melantik kadi-kadinya dalah merupakan perjalanan sunah Baginda s.a.w. yang diikut, tuntutan syarak yang wajib dilaksanakan dan fardu yang tidak boleh dielak atau diabaikan. Malaysia mengamalkan sistem dwi undang-undang yang diimplementasi oleh dua institusi kehakiman yang berbeza iaitu Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Perlembagaan Persekutuan yang merupakan perundangan tertinggi di negara ini telah 1

Upload: others

Post on 19-Aug-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: suhaizadsan.files.wordpress.com€¦  · Web viewMalaysia mengamalkan sistem dwi undang-undang yang diimplementasi oleh dua institusi kehakiman yang berbeza iaitu Mahkamah Syariah

PERKEMBANGAN SISTEM PENTADBIRAN KEHAKIMAN SYARIAH DI

MALAYSIA : SATU SOROTAN

Oleh : Suhaizad bin Saifuddin

1.0 PENGENALAN

Dalam Islam, keadilan dalam undang-undang bersifat mutlak. Sebarang bentuk kezaliman,

penyelewengan, rasuah, pilih kasih, penyalahgunaan kuasa dalam bentuk apa sekalipun

ditentang dan wajib dihapuskan kerana Islam tidak pernah bertolak ansur terhadap perkara-

perkara tersebut tadi. Melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang dalam Islam

adalah satu tugas dan kewajipan setiap Muslim dan tidak boleh dipisahkan sama sekali.

Hadaf syariat perundangan dalam Islam adalah untuk mencegah dan membanteras kezaliman

dan menegakkan keadilan. Untuk melaksanakan kehendak syariat ini maka ianya

memerlukan kepada wujudnya institusi kehakiman yang dikenali sebagai “ wilayah al-qada.”

Untuk menyelesaikan perbalahan antara pihak yang terlibat dengan hukuman –hukuman yang

hak yang berdasarkan kepada hukuman yang telah ditetapkan Allah s.w.t. Mewujud dan

menegakkan institusi kehakiman Islam dan melantik kadi-kadinya dalah merupakan

perjalanan sunah Baginda s.a.w. yang diikut, tuntutan syarak yang wajib dilaksanakan dan

fardu yang tidak boleh dielak atau diabaikan.

Malaysia mengamalkan sistem dwi undang-undang yang diimplementasi oleh dua institusi

kehakiman yang berbeza iaitu Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Perlembagaan

Persekutuan yang merupakan perundangan tertinggi di negara ini telah menetapkan bahawa

Mahkamah Sivil diletakkan di bawah bidangkuasa persekutuan sebagaimana yang

diperuntukkan pada perkara 7, Jadual Kesembilan, senarai I (Senarai Persekutuan). Manakala

Mahkamah Syariah diletakkan di bawah bidangkuasa negeri-negeri sebagaimana yang di

peruntukan dalam Jadual Kesembilan, Senarai II (Senarai Negeri) yang menyentuh tentang

undang-undang Islam dan bidangkuasa Mahkamah Syariah. Perlembagaan Persekutuan

secara khusus menyentuh berhubung dengan undang-undang keluarga dan diri serta klausa

‘hukum Syarak’ dan ‘hukum dan doktrin Syarak’ yang menjadi intipati dalam bidangkuasa

Mahkamah Syariah.

Keunikan sistem perundangan di Malaysia banyak dipengaruhi dengan kedatangan Biritish ke

nagara ini. Dalam susur jalur sejarah, Mahkamah Syariah sebelum kedatangan penjajah telah

1

Page 2: suhaizadsan.files.wordpress.com€¦  · Web viewMalaysia mengamalkan sistem dwi undang-undang yang diimplementasi oleh dua institusi kehakiman yang berbeza iaitu Mahkamah Syariah

dijadikan tempat bagi mendapatkan keadilan dengan kuasa rayuan diberikan kepada Sultan

Walau bagaimanapun, selepas kedatangan British, mahkamah-mahkamah lain telah

ditubuhkan di atas nasihat pihak berkuasa British dan Mahkamah Syariah telah diletakkan di

taraf yang amat rendah dan bidang kuasanya telah dibatasi. Sebelum 1948, Mahkamah

Syariah telah diletakkan di dalam struktur dan hierarki mahkamah negara bersama mahkamah

yang lain. Namun dengan lulusnya Courts Ordinance 1948, mahkamah Syariah telah

dipisahkan dari Mahkamah Persekutuan. Namun selepas kemerdekaan Malaysia, status

Mahkamah Syariah telah diubah menjadi mahkamah negeri-negeri.

Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sejarah penubuhan Mahkamah Syariah di era

perkembangan Islam bermula dari zaman Baginda Rasulullah s.a.w. umumnya dan di negara

Malaysia khususnya. Kajian ini juga bertujuan untuk pengenalpasti perkembangan

Mahkamah Syariah sebelum dan selepas kemerdekaan di Malaysia selain mengenalpasti

apakah perubahan-perubahan yang berlaku sepanjang tempoh masa tersebut. Disamping itu,

kajian ini bertujuan untuk menjelaskan usaha-usaha yang dilakukan oleh Jabatan Kehakiman

Syariah Malaysia (JKSM) dalam memartabatkan Mahkamah Syariah selaras dengan

Mahkamah Sivil di Malaysia.

Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini akan mengupas perkembangan institusi

kehakiman Islam di Malaysia dimana secara khusus penulisan ini akan mengkaji perubahan

yang dialami oleh Mahkamah Syariah bermula dari era sebelum kemerdekaan sehingga pasca

kemerdekaan dan perkembangan terkini. Sebagai pengenalan kajian ini akan mengupas

secara literal berhubung dengan sejarah penubuhan institusi kehakiman Islam atau

Mahkamah Syariah bermula dari zaman Rasulullah s.a.w. sehinggalah era kerajaan Umayyah.

Dalam konteks ini juga penulisan ini akan menyentuh sejarah penubuhan Mahkamah Syariah

di Malaysia bagi melihat sejauhmana hubungan dan persamaan yang wujud di antara

Malaysia dengan zaman kebangkitan Islam. Oleh kerana Malaysia mengamalkan dwi

undang-undang yang berbeza, artikel ini juga turut membincangkan mengenai usaha yang

dilakukan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dalam memartabatkan

Mahkamah Syariah selaras dengan Mahkamah Sivil di Malaysia.

2

Page 3: suhaizadsan.files.wordpress.com€¦  · Web viewMalaysia mengamalkan sistem dwi undang-undang yang diimplementasi oleh dua institusi kehakiman yang berbeza iaitu Mahkamah Syariah

2.0 SEJARAH PENUBUHAN MAHKAMAH SYARIAH

2.1 Zaman Perkembangan Islam

Kehakiman telah wujud sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Rasulullah s.a.w. telah diutus

oleh Allah untuk menjadi Nabi dan Rasul, menjadi rahmat untuk sekelian alam, menjadi

pemimpin dan ikutan, menjadi contoh dan teladan, menjadi pemerintah dan hakim

demikianlah seterusnya. Baginda Rasulullah s.a.w. merukpakan ketua pemerintah, pentadbir

dan pelaksanan bagi kerajaan Islam yang pertama di Madinah. Pada masa yang sama ketua

bagi institusi kehakiman Islam. Baginda merupakan hakim tertinggi dan rujukan terakhir

dalam bidang kehakiman. Baginda telah memutuskan kes dan menyelesaikan pertikaian

berdasarkan undang-undang Islam. Terdapat banyak contoh kes yang telah diputuskan oleh

Baginda Rasulullah s.a.w. dalam pelbagai aspek. Antaranya yang berhubung dengan harta

pusaka, nikah, cerai, khuluk, rujuk, nafkah, penjagaan anak, hudud dan qisas. Namun,

Rasulullah s.a.w. memutuskan kes dan mengadakan perbicaraan tidaklah di dalam sebuah

bangunan yang khusus, kerana keadaan pada masa itu tidak memerlukan,namun ini tidaklah

bermakna bahawa prinsip mewujudkan mahkamah di dalam bangunan yang khusus tidak

diperlukan. Sebagai contoh ada kalanya Rasulullah s.a.w. mengadakan perbicaraan di masjid

seperti yang terjadi dalam kes Safuan bin Ummayyah yeang telah menjadi mangsa kecurian.

Selepas kewafatan Baginda Rasulullah s.a.w. pada tahun 11 Hijrah bersamaan tahun

632 Masihi, maka berakhirlah zaman baginda Rasulullah s.a.w. dan bermulalah zaman

Khulafa Al-Rasyidin iaitu zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali.

Kesibukan sebagai khalifah telah mendorong Saidina Abu Bakar melantik Sidina Umar al-

Khatab menjadi kadi di Madinah pada zaman pemerintahan beliau. Walaupun Khalifah Abu

Bakar telah melanitk Umar menjadi kadi, namun beliau sendiri masih juga memegang

jawatan ketua hakim disamping menjadi ketua pentadbir dan kerajaan. Disamping bertugas

sebagai hakim, Khalifah Abu Bakar juga menggubal undang-undang yang tidak bercanggah

dengan wahyu ini kerana beliau seorang mujtahid yang berwibawa dan berkemampuan untuk

berijtihad dan menerangkan kehendak wahyu. Pada zaman tersebut masih belum terdapat

bangunan khas yang berfungsi sebagai mahkamah. Selepas wafatnya Saidina Abu Bakar,

jawatan khalifah telah disandang oleh Saidina Umar Al- Khattab. Khailfah Umar telah

memperkenalkan pemisahan kuasa antara pentadbir dan kehakiman yang tidak dilakukan

pada zaman sebelum itu. Sistem pemisahan kuasa ini demi menjamin pentadbiran kehakiman

utuh dan berwibawa di samping menjauhkan tohmah dan melicinkan pentadbirannya. Pada

3

Page 4: suhaizadsan.files.wordpress.com€¦  · Web viewMalaysia mengamalkan sistem dwi undang-undang yang diimplementasi oleh dua institusi kehakiman yang berbeza iaitu Mahkamah Syariah

zaman Khalifah Umar juga bangunan khusus untuk dijadikan mahkamah sebagai tempat

perbicaraan belum diadakan kerana keperluannya belum timbul. Perbicaraan masih

dijalankan di masjid atau di rumah para hakim.

Saidina Uthman bin Affan telah dilantik menjadi khalifah ketiga setelah Khalifah

Umar dibunuh oleh Abu Lukluah pada 23 Hijrah bersamaan 64 Masihi. Kaedah pengadilan

Khalifah Uthman sama seperti kaedah yang digunakan khalifah terdahulu iaitu dengan

merujuk kepada al-Quran, al-Sunnah, hukuman yang telah dijatuhkan leh khalifah terdahulu

dan akhirnya beliau akan merujuk kepada sahabat-sahabat yang ada dengan mengadakan

perbincangan dan musyawarah dengan mereka. Khalifah Uthman menjadi ketua institusi

kehakiman dan rujukan terakhir dalam pentadbiran undang-undang dan kehakiman. Khalifah

Uthman telah mewujudkan bangunan khas untuk dijadikan mahkamah bagi membicarakan

kes dan merupakan pemimpin pertama di awal perkembangan Islam yang melakukan

perubahan tersebut. Selepas kewafatan Saidina Uthman yang dibunuh oleh pihak

pemberontak beliau diganti oleh Khalifah Ali. Perlantikan Saidina Ali sebagai khalifah wajar

kerana beliau berpengaruh di samping seorang yang teralim dikalangan sahabat. Di bidang

kehakiman pula, Khalifah Ali merupakan seorang yang berpengalaman. Beliau pernah

menjawat jawatan hakim di Yaman pada hayat Baginda Rasulullah s.a.w. sedang pada masa

itu beliau masih muda.Beliau juga merupakan ketua institusi kehakiman dan rujukan terakhir

dalam pentadbiran undang-undang dan kehakiman. Pada zaman ini, kedudukan hakim telah

diutamakan dari segi pemilihan yang ketat, diberi ganjaran yang sesuai dan kedudukan taraf

dan kehormatan yang perlu dijaga. Khalifah Ali juga meneruskan kesimbungan Saidina

Umar dengan mengadakan bangunan khas yang berfungsi sebagai institusi kehakiman.

Sistem kehakiman pada zaman pemerintahan Bani Ummaiyyah pula bermula pada

tahun 41 hingga 132 Hijrah. Ini adalah kesinambungan daripada sistem kehakiman yang

wujud pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Pada zaman ini diperkenalkan catatan

hukuman agar dapat dipastikan yang ia tepat dan tidak dipertikaikan. Orang yang mula-mula

mencatatkan hukuman ini ialah Kadi Salim bin Atar, kadi di Mesir. Beliau telah memutuskan

suatu kes tentang harta, tetapi pihak berkenaan telah mempertikaikan tentang keputusan

tersebut. Mahkamah madzalim turut berfungsi dengan lebih berkesan, yang mempunyai

bidang kuasa istimewa. Ia diketuai oleh khalifah untuk memastikan undang-undang

dihormati dan keadilan ditegakkan. Sebagai contoh Khalifah Abdul Aziz telah menggunakan

4

Page 5: suhaizadsan.files.wordpress.com€¦  · Web viewMalaysia mengamalkan sistem dwi undang-undang yang diimplementasi oleh dua institusi kehakiman yang berbeza iaitu Mahkamah Syariah

mahkamah ini untuk mengembalikan hak orang yanag telah dizalimi oleh keluarga Bani

Ummaiyyah yang Mahkamah Kadi telah gagal melakukannya.

Selepas kejatuhan kerajaan Bani Ummaiyyah, bermulalah era pemerintahan Bani

Abbasiyyah pada tahun 132 Hijrah hingga 650 Hijrah. Pada ketika ini kehakiman Islam

merupakan sebuah institusi penting dalam mentadbir keadilan dan undang-undang telah

menrima pengaruh yang baik dan menggalakkan. Ijtihad telah memainkan peranan penting

dalam institusi kehakiman pada zaman pertama pemerintahan Bani Abbasiyyah ini.

Walaupun institusi kehakiman pada zaman ini terpisah daripada institusi khalifah dan

pentadbiran, pemisahan kuasa ini semakin jelas dengan perlantikan jawatan kadi al-qudah.

Kadi pada zaman ini telah memakai pakaian khas yang merupakan pakaian rasmi mereka

untuk membezakan mereka daripada ulama dan orang ramai. Mereka juga mempunyai mohor

yang khusus digunakan salam surat menyurat di samping mempunyai kerani yang bertugas

mencatat dan menulis seperti seperti yang diarahkan oleh kadi dan pengawal yang sentiasa

berkawal dan berwaspada. Di mahkamah, kadi mempunyai pegawai yang cukup untuk

membantunya seperti pencatat perbicaraan, penjaga pintu mahkamah, pegawai yang bertugas

membawa masuk, keluar dan mengawal orang yang dituduh agar tidak lari. Perbicaraan tidak

lagi diadakan di masjid tetapi di kawasan atau bangunan yang luas dan lapang dan dapatlah

orang yang menghadiri perbicaraan duduk dengan selesa.

Walaupun kerajaan Bani Abbasiyyah telah berakhir pada tahun 560 Hijrah, namun

system kehakimannya yang dibina berdasarkan pentadbiran kehakiman pada zaman

sebelumnya terus diwarisi dan diamalkan oleh negara-negara Islam kemudiannya. Namun

apabila negara-negara Islam mula lemah, maka kedudukan mahkamah dan hakimnya turut

lemah dan undang-undang Islam mula dipinggirkan. Bidangkuasa mahkamah Islam yang

mentadbir undang-undang Islam menjadi kecil akibat kelemahan negara-negara Islam sendiri.

Kedatangan penjajah barat telah banyak mempengaruhi strukri kehakiman sesebuah negara

terutamanya melemahkan kedudukan Mahkamah Syariah. Sebagai contoh, negara Mesir di

bawah naungan Khalifah Usmaniyyan pada tahun 1876 Masihi telah mempunyai lima badan

kehakiman yang mana pada asalnya hanya terdapat satu sahaja untuk mentadbir undang-

undang yang berbeza iaitu:

1. Mahkamah Syariah, mentadbir dan melaksanakan hukun yang bersumberkan

fiqh Islam.

5

Page 6: suhaizadsan.files.wordpress.com€¦  · Web viewMalaysia mengamalkan sistem dwi undang-undang yang diimplementasi oleh dua institusi kehakiman yang berbeza iaitu Mahkamah Syariah

2. Mahkamah Nizamiyyah, yang mula didirikan pada tahun 1875 Masihi.

Mahkamah ini mentadbir dan melaksanakan undang-undang yang berasal

daripada undang-undang asing.

3. Mahkamah Ahliyyah, yang melaksanakan dan mentadbir undang-undang yang

diambil daripada undang-undang Perancis dan dipinda mengikut undang-

undang Itali.

4. Mahkamah Milli ( Agama) yang mengendalikan kes untuk orang Mesir yang

bukan beragama Islam

2.2 Zaman Kesultanan Melayu Lama

Zaman Kesultanan Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan pelaksanaan

undang-undang Islam dan penubuhan Mahkamah Syariah dan di Malaysia. Ini kerana pada

zaman tersebut bermulanya proses Islamisasi dengan kedatangan Islam ke Asia Tenggara.

Mengikut laporan daripada tulisan orang Cina dan penemuan kesan sejarah, kedatang Islam

ke Asia Tenggara bermula pada aabd pertama Hijrah apabila orang-orang Arab Islam

membuat penempatan di timur Sumatera ( San-Fu_Chi, Seriwijaya dan Palembang) kira-kira

tahun 55 Hijrah bersamaam 674 Masihi. Sebilangan pengkaji pula membuat rumusan bahawa

agama Islam dibawa oleh saudagar-saudagar Arab dan India ke Tanah Melayu seawal kurun

ke-8. Di antara kurun ke- 12 dan ke-15 agama Islam sudah menapak dan terbentuk di Tanah

Melayu. Proses Islamisasi di Nusantara boleh dibahagikan kepada tiga fasa. Fasa pertama

dinamakan sebagai fasa penyesuaian atau perubahan yang bermula sekitar tahun 1200-1400.

Fasa kedua juga dinamakan sebagai penyesuaian dari segi spirit atau jiwa yang membawa

kepada ilmu tasawuf, mistik dan juga kalam ( 1400-1700). Akhir sekali fasa ketiga yang

melihat kesinambungan antara fasa pertama dan kedua dan pada masa yang sama kedatangan

orang-orang barat ke Asia Tenggara.

Menurut Profesor Syed Muhammad Naquib, Islam mula diterima di Melaka kira-kira

pada tahun 812 Hijrah bersamaan 1409 Masihi. Melaka merupakan institusi kesultanan

Melayu Islam pertama di Semenanjung Malaysia. Parameswara memeluk Islam dan telah

menukar namanya kepada Sultan Iskandar Shah. Baginda diislamkan oleh pendakwah dari

Jeddah bernama Sayyid Abd Aziz. Islam bertapak kuat pada zaman Sultan Mansor Shah di

Melaka pada tahun 1459-1477 Masihi. Malah zaman itu digelar zaman kegemilangan Islam

6

Page 7: suhaizadsan.files.wordpress.com€¦  · Web viewMalaysia mengamalkan sistem dwi undang-undang yang diimplementasi oleh dua institusi kehakiman yang berbeza iaitu Mahkamah Syariah

di Tanah Melayu dan pada masa yang sama berlaku keruntuhan kerajaan Hindu di Jawa. Pada

zaman kesultanan Melayu Melaka Islam berada di puncak kegemilangan yang melihat faktor

agama membawa kepada kedatangan pedagang Arab dan India untuk membuat urusan

perdagangan di Melaka. Dari segi perundangan juga Undang-undang Islam adalah undang-

undang yang terpakai pada zaman itu. Mazhab Syafi’I pula amat berpengaruh sehinggalah ia

menjadi mazhab rasmi kerajaan Islam di rantau ini sejak beratus-ratus tahun yang lalu.

Undang-undang Islam berdasarkan pendapat mazhab ini juga telah dikanunkan, ia menjadi

undang-undang negara dan dilaksanakan. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka Islam

berada di puncak kegemilangan yang melihat faktor agama membawa kepada kedatangan

pedagang Arab dan India untuk membuat urusan perdagangan di Melaka. Dari segi

perundangan juga Undang-undang Islam adalah undang-undang yang terpakai pada zaman

itu. Pada masa pemerintahan Sultan Muhammad Shah ( 1422 M -1444 M) usaha telah

dimulakan untuk mengkanunkan undang-undang ini. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar

Shah ( 1445 M- 1450 M). Ia Berjaya disempurnakan dan seterusnya dilaksanakan.

Teks Hukum Kanun Melaka yang diselenggarakan oleh Dr. Ph.S. Ronkel mengandungi 27

fasal, manakala Kitab Undang-undang Melaka dari Mizium British mengandungi 44 fasal dan

Undang-undang Melaka yang diselenggara oleh Liaw Yock Fang mengandungi 44 fasal.

Teks ini telah dikaji dan diteliti dan kesimpulannya Undang-undang Kanun Melaka ini pada

keseluruhannya berdasarkan undang-undang Islam menurut mazhab Syafi’i.

Walaubagaimanapun tidak dinafikan bahawa terdapat juga unsur-unsur adat Melayu.

Walaupun peruntukan dalam Kanun Melaka ini terhad tetapi ia meliputi bidang yang luas

termasuk jenayah, mua’malah, keluarga, acara, keterangan, adab al-kadi dan undang-undang

pentadbiran dan pemerintahan. Hukuman keseksaan terhadap orang-orang yang dibuktikan

melakukan kesalahan adalah dalam bentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir. Antara bukti mazhab

Syafi’I dijadikan asas kepada kanun ini ialah Undang-undang Kanun Melaka telah

memperuntukkan hukuman qisas dalam fasal 5(1), 5(3), 8(2), 8(3) dan 39. Fasal –fasal ini

antaranya mengenai pembunuhan yang sengaja dilakukan oleh orang Islam ke atas ornaf

kafir, orang merdeka ke atas hamba dan bapa ke atas anaknya idmana hukuman qisas tidak

dijatuhkan terhadap pesalah tersebut. Terdapat banyak lagi peruntukan dalam Undang-

undang Kanun Melaka yang selaras dengan pandangan mazhab Syafi’i seperti hukuman

hudud, hukuman mati terhadap murtad, hukuman sebat ke atas peminum arak, bab jual beli,

tentang perkahwinan dan sebagainya.

7

Page 8: suhaizadsan.files.wordpress.com€¦  · Web viewMalaysia mengamalkan sistem dwi undang-undang yang diimplementasi oleh dua institusi kehakiman yang berbeza iaitu Mahkamah Syariah

Selain Melaka,terdapat beberapa buah negeri yang melaksanakan undang-undang

Islam yang dipengaruhi oleh Undang-undang Melaka sama ada secara langsung atau tidak

langsung seperti Hukum Kanun Pahang yang ditulis pada masa pemerintahan Sultan Abdul

Ghafur al- Muhaiyudin ( 1592-1614) yang mengandungi 93 fasal, Undang-undang 99 Perak,

Undang-undang Pahang, Undang-undang Sungai Ujong dan sebagainya. Berikut merupakan

beberapa carta sistem kehakiman dan pentadbiran Islam semasa Kesultanan Melayu Melaka.

Rajah 1: Sistem Pentadbiran dan Kehakiman Islam

Kesultanan Melayu Melaka ( 1400-1511) sebelum kedatangan penjajah

Rajah 1 menunjukkan bahawa Sultan adalah legislatif, eksekutif dan mahkamah.

Kedudukan ini adalah sama dengan pemerintahan secara monarki yang diasaskan oleh

Kerajaan Bani Ummayyah dahulu. Mahkamah Balai adalah Mahkamah Syariah yang

berasaskan kepada Hukum Kanun Melaka dan juga undang-undang lain yang berkaitan. Oleh

yang demikian jelaslah bahawa penubuhan Mahkamah Syariah di Malaysia sudah lama

bertapak sebelum kedatang penjajah-penjajah ke negara ini. Selepas kedatangan Portugis dan

Belanda corak pentadbiran dan kehakiman masih kekal seperti zaman Kesultnanan Melaka.

Carta berikutnya menunjukkan struktur Mahkamah Kesultnan Melayu Lama di Malaysia.

8

Sultan

Mahkamah Balai

Ulama Kadi : Penasihat Balai

Bendahara Temenggung Laksamana Syah Bandar

Page 9: suhaizadsan.files.wordpress.com€¦  · Web viewMalaysia mengamalkan sistem dwi undang-undang yang diimplementasi oleh dua institusi kehakiman yang berbeza iaitu Mahkamah Syariah

Rajah 2 : Sistem Pentadbiran dan Kehakiman Kesultanan Melayu Lama

di Malaysia ( 1511-1800)

Rajah 2 menjelaskan bahawa corak pentadbiran dan kehakiman yang diamalkan

semasazaman kesultanan Melayu Lama di Malaysia adalah serupa dengan zaman

Kesultanan Melayu Melaka. Tiada perubahan drastik terhadap system kehakiman Islam dan

kedudukan agama Islam selepas penjajahan Portugis dan Belanda di Tanah Melayu. Malah

boleh dikatakan b ahawa pada zaman itu telah mencapai tahap kematangan sebelum

kedatangan British dengan mempunyai system kehakiman yang lengkap dan padat serta

bercirikan pola-pola pentadbiran di Timur Tengah. Mahkamah Balai diatas bermaksud

tempat perbicaraan dan merupakan mahkamah tertinggi sebelum rayuan dibuat kepada

Sultan.

9

Sultan

Mahkamah Balai

Ulama/Kadi : Penasihat Mahkamah Masjid [Imam(Hakim)]

Panglima, Hulubalang, Penghulu, Imam, Pegawai Masjid/Surau, Pegawai Pentadbiran dan

Penguatkuasa Undang-undang

Page 10: suhaizadsan.files.wordpress.com€¦  · Web viewMalaysia mengamalkan sistem dwi undang-undang yang diimplementasi oleh dua institusi kehakiman yang berbeza iaitu Mahkamah Syariah

3.0 PERKEMBANGAN MAHKAMAH SYARIAH SEBELUM DAN SELEPAS

KEMERDEKAAN

3.1 Sebelum Kemerdekaan

Corak landskap perundangan Islam dan Mahkamah Syariah di negara ini banyak

dipengaruhi dan berubah selepas kedatangan British. Campur tangan tidak rasmi British di

Tanah Melayu bermula pada tahun 1786 oleh Sir Francais Light di Pulau Pinang dan di

Singapura oleh Sir Stamford Raffles pada tahun 1824. Kemasukan British pada waktu itu

bertujuan untuk memonopoli perdagangan dan bersaing dengan Belanda yang menjajah

Indonesia. Campur tangan British secara rasminya adalah pada 20 Januari 1874 apabila

Perjanjian Pangkor dimeterai antara British dengan negeri Perak. Pada masa yang sama

Sultan Perak yang baru dilantik itu bersetuju untuk menerima Residen British sebagai

penasihat dalam semua hal ehwal negeri kecuali hal-hal yang berkaitan dengan adat istiadat

dan agama Islam. Perjanjian yang serupa juga telah ditandatangani oleh pemimpin Melayu di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Kesannya, pada akhir abad ke-19, kesemua negeri di Tanah Inggeris ini. Kesan penerimaan penasihat Inggeris di negeri-negeri Melayu ini menyebabkan pelaksanaan undang-undang Islam yang berjalan sekian lama terhakis dengan cara British memperkenalkan undang-undang Inggeris bagi menggantikan undang-undang Islam.

M.B. Hooker menyatakan tujuan sebenar British memperkenalkan Undang-undang Sivil di

tanah Melayu dan sekali gus mengurangkan status undang-undang Islam bukan disebabkan

undang-undang Islam tidak bertamadun atau pun Undang-undang Islam bukanya tidak

sistematik, tetapi lebih kepada faktor-faktor ekonomi. Mereka juga berpendapat bahawa

agama Islam merupakan faktor penghalang ke atas misi mereka untuk memajukan Tanah

Melayu. Carta dibawah menjelaskan bagaimana corak sistem kehakiman di zaman

Kesultanan Melayu selepas kedatangan British:

10

Page 11: suhaizadsan.files.wordpress.com€¦  · Web viewMalaysia mengamalkan sistem dwi undang-undang yang diimplementasi oleh dua institusi kehakiman yang berbeza iaitu Mahkamah Syariah

Rajah 3 : Sistem Kehakiman pada zaman Kesultanan Melayu pada zaman pertengahan

penjajahan British di Malaysia ( 1800-1900)

Carta 3 diatas menunjukkan kedudukan system kehakiman Islam pada aman

pertengahan pemerintahan British di Tanah Melayu. Sultan masih lagi ditampuk

pemerintahan selaku pemerintah dan ketua agama Islam negeri. Walau bagaimanapun,

Mahkamah Balai yang diwujudkan sejak zaman Kesultanan Melayu Lama dihapuskan pada

tahun 1920-an. Manakala mufti dikira sebagai penasihat kepada Sultan dalam hal-hal

mengenai agama Islam. Mahkamah pada zaman itu dibahagai kepada dua iaitu Mahkamah

Syariah yang diketuai oleh kadi dan Mahkamah Adat yang diketuai oleh hakim. Carta

tersebut juga menjelaskan bahawa undang-undang Adat adalah salah satu sumber

perundangan selain undang-undang Islam.

Pada 1 Februari 1948 Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan yang terdiri daripada

negeri Perlis, Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Pulau Pinang, Selangor, Negeri

Sembilan, Melaka dan Johor. Pada tahun itu juga Courts Ordinance 1948 ditubuhkan dan

Syariah Court dimasukkan dalam struktur mahkamah peringkat kebangsaan bersama-sama

dengan Mahkamah penghulu. Selepas Courts Ordinance 1948 dimansuhkan dan di ganti

dengan Akta Mahkamah rendah 1948, Mahkamah Syariah telah diturunkan statusnya

daripada peringkat kebangsaan ke peringkat negeri.

11

Sultan

Mahkamah Balai

( Dihapuskan pada 1920-an)

Shaykh- Islam/ Mufti (Penasihat)

Mahkamah Adat (Hakim) Mahkamah Syariah (Kadi)

Page 12: suhaizadsan.files.wordpress.com€¦  · Web viewMalaysia mengamalkan sistem dwi undang-undang yang diimplementasi oleh dua institusi kehakiman yang berbeza iaitu Mahkamah Syariah

Rajah 4 : Hierarki Mahkamah di Malaysia sebelum tahun 1948

Carta 4 diatas menunjukkan bahawa sebelum tahun 1948, kedudukan Mahkamah Kathi

( Mahkamah Syariah) adalah bersama-sama mahkamah-mahkamah lain yang ditubuhkan

ketika itu. Walaupun kedudukannya berada di tahap paling bawah namun sekurang-

kurangnya ia berada dalam hierarki mahkamah persekutuan.

Rajah 5 : Hierarki Mahkamah di Malaysia selepas tahun 1948

Carta berikutnya pula menunjukkan pemisahan Mahkamah Syariah dari hierarki

Mahkamah Persekutuan di Malaysia selepas Courts Ordinance 1948 berkuatkuasa.

Mahkamah Syariah diletakkan di bawah bidangkuasa negeri –negeri. Sekaligus menjadikan

Mahkamah Syariah dibawah pentadbiran Sultan atau Raja-raja disetiap negeri. Pengasingan

12

MaMahkamah Agung

Mahkamah Majistret Kelas Pertama

Mahkamah Majistret Kelas Kedua

Mahkamah Kathi

Mahkamah Agung

Mahkamah Sesyen

Mahkamah Majistret

Mahkamah Penghulu

Page 13: suhaizadsan.files.wordpress.com€¦  · Web viewMalaysia mengamalkan sistem dwi undang-undang yang diimplementasi oleh dua institusi kehakiman yang berbeza iaitu Mahkamah Syariah

in menggambarkan bahawa pihak British secara halus telah menurunkan tahap dan

kedudukan undang-undang Islam sebagai undang-undang utama sebelum ini.

Sebelum negara mencapai kemerdekaan terdapat beberapa enakmen yang berkaitan

dengan perundangan Islam seperti tentang perkahwinan dan beberapa kesalahan syariah. Apa

yang dilihat menunjukkan bahawa Inggeris walaupun dalam pelbagai teriti dengan Raja-raja

Melayu menyatakan dengan jelas bahawa Raja-raja Melayu bersetuju menerima semua

nasihat Inggeris kecuali dalam hal ehwal mengenai agama Islam dan adat istiadat Melayu.

Bagaimanapun, secara langsung atau tidak langsung Inggeris telah banyak campur tangan

dalam hal ehwal pentadbiran agama Islam. Akibatnya hukum syarak hanyalah terpakai dalam

undang-undang keluarga, perwarisan dan beberapa aspek jenayah syariah. Beberapa undang-

undang yang dipakai di India telah diterima pakai. Bahkan apabila Inggeris menduduki Pulau

Pinang mereka telah memberi gambaran salah tentang fakta. Sir Benson Maxwell

menjelaskan kedudukan Pulau Pinang sehingga pengistiharan Piagam Keadilan 1807 dalam

kes Regina lwn Willans menyatakan :

“It is clear beyond all doubt not for the first twenty years and upwards of its history, no

body of known law was in fact recognized as the law of the place”

Begitu juga dengan pentadbiran hukum syarak pada permulaannya jawatan naib kadi

dan kadi telah diiktiraf dengan menubuhkan Mahkamah Kadi dan Mahkamah Naib Kadi di

negeri-negeri Melayu dalam struktur Mahkamah Awam. Kedudukannya lebih rendah dari

Mahkamah Majistret, walaupun berada dalam struktur mahkamah yang sama. Akhirnya

apabila diadakan Ordinan Mahkamah 1948 bagi menubuhkan sistem kehakiman bagi

Persekutuan, Mahkamah Naib Kadi dan Mahkamah Kadi telah diabaikan dengan

mengeluarkannya daripada hierarki Mahkamah Persekutuan dan hari ini dikenali dengan

Mahkamah Syariah dan mempunyai status mahkamah negeri dengan bidang kuasa amat

rendah dan terbatas.

Beberapa tahun sebelum Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31

Ogos 1957 ada dua peristiwa penting yang berlaku iaitu penubuhan Suruhanjaya Reid untuk

menderaf Perlembagaan Persekutuan dan kedua pengkanunan Undang-undang Pentadbiran

Hukum Syarak 1952 bagi negeri Selangor. Enakmen ini telah menjadi model bagi

pentadbiran perundangan Islam di negara ini. Akhirnya setiap negeri telah mengadakan

13

Page 14: suhaizadsan.files.wordpress.com€¦  · Web viewMalaysia mengamalkan sistem dwi undang-undang yang diimplementasi oleh dua institusi kehakiman yang berbeza iaitu Mahkamah Syariah

enakmen Pentadbiran Hukum Syarak masing-masing. Enakmen ini mempunyai 180 seksyen

dan kandungannya menyentuh penubuhan Majlis Agama Islam, perlantikan Mufti dan

Jawatankuasa Fatwa, undang-undang Islam berkaitan dengan perkahwinan dan perceraian,

nafkah, penjagaan anak, keterangan, prosedur jenayah dan sivil, perwarisan, pembahagian

harta sepencarian, wakaf dan nazar, zakat dan fitrah dan Baitulmal, pengurusan masjid,

pemelukan agama Islam, wasiat dan beberapa kesalahan matrimoni dan kesalahan yang boleh

dihukum ta’zir. Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1952 ini ada membuat peruntukan bagi

penubuhan Mahkamah Kadi dan Kadi Besar dan bidang kuasanya. Rayuan dibuat ke

Jawatankuasa Ulangbicara.

3.2 Selepas Kemerdekaan

Malaysia telah mendapat kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957. Artikel 3(1)

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah ugama bagi Persekutuan,

tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian

Persekutuan. Walaupun peruntukan ini secara tidak langsung seperti mengiktiraf undang-

undang Islam sebagai undangundang yang meliputi semua aspek kehidupan, namun demikian

pada hakikatnya peruntukan mengenai undang-undang Islam di Malaysia hanya berkaitan

mengenai keluarga, warisan dan terhad kepada orang-orang Islam. Begitu juga dengan

undang-undang keterangan Islam, pemakaian undang- undang keterangan Islam ini hanya

berlaku dalam kes tertentu malahan ianya tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.

Selepas negara mencapai kemerdekaan, Mahkamah syariah ialah mahkamah yang

membicarakan kes yang berkaitan dengan orang Islam, yang terletak di bawah bidang kuasa

kerajaan negeri, yang berkaitan dengan agama Islam sebagaimana yang terdapat dalam

Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, perlembagaan. Sebelum kedatangan penjajah, kerajaan

negeri-negeri Melayu terutamanya Melaka meletakkan kuasa mahkamah berasaskan undang-

undang Islam dengan menjadikan sultan sebagai tribunal rayuan tertinggi. Selepas

penjajahan, British telah mewujudkan mahkamah sivil yang berasaskan undang-undang

Inggeris dengan bidang kuasa yang luas. Mahkamah syariah pula diletakkan di tempat yang

rendah dan mempunyai bidang kuasa yang terhad. Selepas mencapai kemerdekaan,

perlembagaan mengekalkan keadaan tersebut, dan masih meletakkan bidang kuasa

mahkamah syariah di bawah kerajaan negeri. Mahkamah syariah hanya diberi kuasa untuk

14

Page 15: suhaizadsan.files.wordpress.com€¦  · Web viewMalaysia mengamalkan sistem dwi undang-undang yang diimplementasi oleh dua institusi kehakiman yang berbeza iaitu Mahkamah Syariah

membicarakan perkara yang terdapat dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan, iaitu bagi

perkara yang meliputi undang-undang keluarga, zakat, wakaf, dan kesalahan berkaitan rukun

Islam sahaja. Mahkamah syariah juga hanya boleh membicarakan penganut agama Islam

sahaja. Mahkamah syariah telah ditubuhkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam di

Negeri-negeri, selaras dengan butiran 1, Senarai II, Jadual Kesembilan Perlembagaan.

Penubuhannya juga disertai dengan bidang kuasa eksklusif yang tersendiri, yang melibatkan

kes mal dan jenayah setakat yang diperuntukkan dalam perlembagaan bagi orang-orang yang

beragama Islam. Dalam melaksanakan bidang kuasa jenayahnya, mahkamah syariah hanya

mempunyai bidang kuasa terhad, untuk mendengar dan memutuskan kes jenayah syariah

yang melibatkan kesalahan yang boleh dihukum penjara tiga tahun, denda tidak melebihi

RM5000, tidak melebihi enam sebatan atau gabungan mana-mana hukuman tersebut.19

Mahkamah syariah diletakkan di bawah bidang kuasa mahkamah sivil. Apa-apa keputusan

mahkamah syariah boleh diubah atau dipinda oleh mahkamah sivil.

Terdapat beberapa institusi yang terlibat dalam perlaksanaan perundangan Islam iaitu

Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam, Mufti, dan Mahkamah Syariah. Struktur institusi-

instusi ini telah mengalami perubahan selaras dengan peredaran zaman. Berikut merupakan

kedudukan institusi-institusi ini selepas kemerdekaan dan sebelum 1990-an.

Rajah 6 : Sistem Perundangan Islam sebelum 1990-an

15

Sultan/Raja ( Ketua Agama Negeri)

Majlis Agama Islam

Jabatan Agama Islam

Mufti

Mahkamah Kadi BesarJawatankuasa Ulang Bicara

Mahkamah Kadi Daerah

Page 16: suhaizadsan.files.wordpress.com€¦  · Web viewMalaysia mengamalkan sistem dwi undang-undang yang diimplementasi oleh dua institusi kehakiman yang berbeza iaitu Mahkamah Syariah

Rajah 6 diatas menunjukkan selepas negara mencapai kemerdakaan, Mahkamah Syariah

masih kekal diletakkan di bawah pentadbiran sultan atau ketua agama negeri-negeri

sehinggalah diakhir era 80-an. . Kesemua institusi ini diletakkan di bawah pentadbiran Majlis

Agama Islam dan Jabatan Agama Islam Negeri. Ketika ini Mahkamah Syariah masih dikenali

sebagai Mahkamah Kadi dan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Jawatankuasa Ulang

Bicara, Mahkamah Kadi Besar dan Mahkamah Kadi Daerah. Pada ketika itu juga seseorang

yang memegang jawatan sebagai Mufti merupakan Ketua Hakim Syarie yang mentadbir

Mahkamah Kadi.

Rajah 7 : Sistem Perundangan Islam pada 1990-an

Rajah diatas menunjukkan bahawa terdapat beberapa perubahan yang berlaku

terhadap insitusi-institusi agama pada era 1990-an. Perubahan ini berlaku rentetan daripada

penggubalan undang-undang baru seperti Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri

Sembilan 1990, Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah-wilayah Persekutuan

1993 dan di negeri-negeri lain. Ketika ini nama Mahkamah Kadi telah ditukar kepada

Mahkamah Syariah dan diletakkan di bawah pentadbiran sendiri yang diberi nama Jabatan

Kehakiman Syariah. Hakim-hakim Mahkamah Syariah juga telah dilantik oleh institusi khas

ini sendiri selain jawatan Mufti dan jawatan Ketua Hakim Syarie dipisahkan.

Pindaan kepada Perkara 121 dan Perkara 5 Perlembagaan pada tahun 1988 dilihat

memberikan nafas baharu khususnya kepada bidang kuasa mahkamah syariah. Perkara 121

fasal (1) menyatakan bahawa terdapat dua mahkamah tinggi yang mempunyai bidang kuasa

16

Sultan/Raja ( Ketua Agama Negeri)

Jabatan Kehakiman Syariah Majlis Agama Islam

Jabatan Agama Islam

Jabatan Mufti

Mahkamah Rayuan Syariah

Mahkamah Tinggi Syariah

Mahkamah Rendah Syariah

Page 17: suhaizadsan.files.wordpress.com€¦  · Web viewMalaysia mengamalkan sistem dwi undang-undang yang diimplementasi oleh dua institusi kehakiman yang berbeza iaitu Mahkamah Syariah

yang selaras dan setaraf. Fasal (IA) telah ditambah kepada Perkara 121 dengan

memperuntukkan bahawa;

“Mahkamah mahkamah yang disebutkan dalam fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidang

kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah syariah”.

Kesan pindaan tersebut telah mengeluarkan atau mengasingkan mahkamah syariah

daripada berada di bawah mahkamah sivil. Apa-apa jua yang berada dalam bidang kuasa

mahkamah syariah, mahkamah tinggi (sivil) tidak boleh campur tangan. Pindaan kepada

Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan memberikan pengiktirafan yang lebih tinggi kepada

mahkamah syariah, apabila satu proviso baru telah dimasukkan ke dalam fasal (4) Perkara 5

untuk mahkamah syariah iaitu;

“Dan dengan syarat selanjutnya bahawa dalam hal penangkapan bagi sesuatu kesalahan yang

boleh dibicarakan oleh Mahkamah Syariah, sebutan-sebutan dalam fasal ini mengenai seorang

Majistret hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk sebutan-sebutan mengenai seorang hakim

Mahkamah Syariah.”

Dengan pindaan ini, seseorang yang melakukan kesalahan yang boleh dibicarakan di

Mahkamah Syariah akan mendapat hak-hak yang sama yang diberikan kepadanya sekiranya

beliau dibicarakan di Mahkamah Majistret. Kesannya ialah jika beliau ditahan untuk tujuan

ini, beliau hendaklah dibawa ke hadapan hakim mahkamah syariah dalam masa 24 jam

daripada masa ditangkap tanpa kelengahan yang tidak munasabah. Jika ingin ditahan lebih

anjut lagi, kebenaran hakim mahkamah syariah hendaklah dipohon. Pindaan Perkara 5

menjadikan kuasa hakim mahkamah syariah setaraf dengan kuasa seorang majistret.

Mahkamah Syariah boleh dikatakan telah dibebaskan daripada gangguan Mahkamah

Sivil. Pada hakikatnya taraf Mahkamah Syariah boleh dianggap masih rendah dan Mahkamah

Sivil masih menerima kes-kes yang bidang kuasa sememangnya terletak pada Mahkamah

Syariah seperti dalam kes Dalip Kaur lwn Pegawai Polis Daerah, Balai Polis Daerah Bukit

Mertajam. Dalam kes tersebut mahkamah memutuskan bahawa Mahkamah Sivil mempunyai

bidang kuasa selagi tiada undang-undang negeri yang memberi bidang kuasa kepada

Mahkamah Syariah. Bagi mengatasi masalah percanggahan bidang kuasa antara Mahkamah

Syariah dan Mahkamah Tinggi, Prof Ahmad Ibrahim berpendapat masih ada terdapat

undang-undang bertulis yang lama yang perlu dipinda untuk mengelakkan apa-apa keraguan.

17

Page 18: suhaizadsan.files.wordpress.com€¦  · Web viewMalaysia mengamalkan sistem dwi undang-undang yang diimplementasi oleh dua institusi kehakiman yang berbeza iaitu Mahkamah Syariah

Rajah 7 : Sistem kehakiman di Malaysia pada masa kini

Rajah 7 diatas menjelaskan bahawa Sistem Kehakiman yang diamalkan di Malaysia kini terbahagi kepada dua iaitu Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidangkuasa tertentu dan hanya tertakluk kepada orang Islam sahaja. Manakala bidangkuasa Mahkamah Sivil adalah lebih luas dan ianya berbidangkuasa terhadap Orang Islam dan Orang Bukan Islam. Selain kedua-dua sistem ini diperuntukkan pada perundangan yang berbeza, lokasi dan insfratruktur juga adalah berlainan. Dari aspek lain, Mahkamah Sivil mempunyai lima peringkat mahkamah manakala Mahkamah Syariah hanya mempunyai tiga peringkat mahkamah, ini bermakna Mahkamah Sivil mempunyai empat lapisan mahkamah untuk merayu manakala Mahkamah Syariah hanya mempunyai dua lapisan mahkamah bagi membuat rayuan.

4.0 LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL JKSM DALAM

MEMARTABATKAN MAHKAMAH SYARIAH SELARAS DENGAN

MAHKAMAH SIVIL

18

Sistem Mahkamah Malaysia

Mahkamah Syariah

Mahkamah Rayuan Syariah

Mahkamah Tinggi Syariah

Mahkamah Rendah Syariah

Mahkamah Sivil

Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Rayuan

Mahkamah Tinggi

Mahkamah Sesyen

Mahkamah Majistret

Page 19: suhaizadsan.files.wordpress.com€¦  · Web viewMalaysia mengamalkan sistem dwi undang-undang yang diimplementasi oleh dua institusi kehakiman yang berbeza iaitu Mahkamah Syariah

Di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) terdapat sebuah jabatan yang

menguruskan hal ehwal perundangan dan kehakiman syariah di negara ini yang

dikenali sebagai Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang beribu pejabat di

Putrajaya. Jabatan ini ditubuhkan pada tahun 1998 dan bertanggungjawab menyelaras

aspek-aspek perundangan dan pentadbiran Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia.

Disebabkan hal ehwal agama Islam dan perundangan Islam diletakkan di bawah

bidangkuasa negeri, terdapat dua jenis penerimaan setiap negeri terhadap struktur

kerja. Negeri-negeri gunasama ialah negeri-negeri yang bernaung di bawah JKSM

dan dari sudut perlantikan kakitangan adalah melalui JKSM dan juga melalui negeri-

negeri. Negeri-negeri yang bernaung di bawah skim guna sama seperti ialah

Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah-wilayah Persekutuan, Perlis dan Sabah.

Selain dari negeri-negeri tersebut masih belum mengganggotai skim guna sama di

mana perlantikan hampir kesemua jawatan adalah melalui Setiausaha Kerajaan Negeri

masing-masing. Sungguhpun begitu disetiap negeri tersebut ditubuhkan Jabatan

Kehakiman Syariah Negeri seperti Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor dan

Perak.

Visi JKSM ialah meningkatkan institusi kehakiman syariah dalam sistem

kehakiman dan perundangan negara disamping meningkatkan kecekapan dan

keseragaman dalam sistem pentadbiran kehakiman syariah seluruh Malaysia sebagai

misi utama. Antara objektif JKSM ialah untuk menggubal dasar dan strategi untuk

mempertingkatkan prestasi Mahkamah Syariah negeri-negeri, menyelaras prosuder

kehakiman untuk diterima pakai di negeri-negeri, membina dan menyelaras kaedah-

kaedah dah Arahan Amalan serta peraturan kepada semua pegawai syariah di JKSM,

negeri-negeri dan lain-lain agensi berkaitan dan melaksanakan penyelidikan berkaitan

system perundangan dan kehakiman Syariah sesuai dengan perekembangan

semasa.Dengan erti kata lain, JKSM adalah satu badan penting dalam menyusun

strategi agar pentadbiran Mahkamah Syariah menjadi lebih teratur, cekap dan

professional.

19

Page 20: suhaizadsan.files.wordpress.com€¦  · Web viewMalaysia mengamalkan sistem dwi undang-undang yang diimplementasi oleh dua institusi kehakiman yang berbeza iaitu Mahkamah Syariah

Disebabkan penyusunan Mahkamah Syariah baru bermula pada awal 1990-an,

Mahkamah Syariah telah terkebelakang dari pelbagai aspeks berbanding Mahkamah

Sivil seperti insfratruktur, bilangan kakitangan, gaji pegawai dan sebagainya. Sejak

tertubuhnya JKSM pada tahun 1998, JKSM telah giat mencari dan mencadangkan

pelbagai langkah bagi memartabatkan Mahkamah Syariah selaras dengan Mahkamah

Sivil. Bermula dari syarat pengambilan pegawai untuk skim Pegawai Syariah LS41,

JKSM telah mewajibkan calon-calon yang ingin memohon jawatan tersebut untuk

memiliki Pentadbiran Undang-undang dan Kehakiman (DAIJJ) yang ditawarkan di

mana-mana universiti yang diiktiraf selain calon-calon wajib memiliki Ijazah Sarjana

Muda Undang-undang atau Ijazah Sarjana Muda Syariah. Syarat ini adalah untuk

memastikan pegawai-pegawai yang berkhidmat di bawah JKSM adalah mereka yang

berpengetahuan dalam konteks perundangan Islam di negara ini. Dari sudut gaji,

Pegawai Syariah gred LS 41 dan keatas juga telah menerima gaji yang sama dengan

Pegawai Undang-undang gred L 41 dan keatas selepas beberapa tahun penubuhan

JKSM . Ini kerana sebelum itu terdapat perbezaan gaji permulaan yang diterima bagi

kedua-dua jawatan tersebut. JKSM juga sentiasa berusaha kearah memperkasakan

sumber manusia dengan penambahan kakitangan, mewujudkan perjawatan baru dan

menaiktaraf perjawatan ke gred yang lebih tinggi sebagaimana yang dinikmati oleh

Mahkamah Sivil. Hasilnya, jawatan Pegawai Sulh diperkenalkan di setiap Mahkamah

Syariah negeri-negeri pada tahun 2002 dan mewujudkan Bahagian Sokongan

Keluarga (BSK) di setiap negeri bermula tahun 2009. Selain itu beberapa jawatan

telah ditambahbaik dari segi gred jawatan seperti jawatan hakim-hakim dan Ketua

Hakim Syarie setiap negeri.

Kakitangan JKSM samaada yang berkhidmat di ibu pejabat dan di negeri-

negeri juga sentiasa diberi latihan dengan penganjuran kursus-kursus, seminar-

seminar bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran samada dari sudur

perundangan, teknologi maklumat (ICT) dan sebagainya. Bagi merealisasikan hasrat

tersebut, JKSM telah menubuhkan Unit Latihan iaitu unit khas yang

bertanggungjawab mengurus dan menyelia latihan kepada kakitangan dan pegawai

dari semua gred dan untuk semua perjawatan yang berbeza. Diantara latihan yang

dianjurkan setiap tahun seperti kursus melibatkan pentadbiran dokumentasi, rekod,

teknlogi maklumat, kemahiran sulh, kemahiran kehakiman, kemahiran guaman dan

20

Page 21: suhaizadsan.files.wordpress.com€¦  · Web viewMalaysia mengamalkan sistem dwi undang-undang yang diimplementasi oleh dua institusi kehakiman yang berbeza iaitu Mahkamah Syariah

sebagainya. JKSM juga telah mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk

mendirikan suatu tempat dan bangunan khas sebagai pusat latihan untuk kakitangan

dan pegawai. Setiap tahun tidak kurang dari tiga puluh kursus dianjurkan JKSM yang

melibatkan pelbagai skim jawatan.

Bagi menjamin keselesaan dan memudahkan urusan pelanggan-pelanggan di

Mahkamah Syariah menerima kemudahan seperti di Mahkamah Sivil, JKSM telah

memperjuangkan pembinaan bangunan Mahkamah Syariah disetiap negeri dan daerah

melalui peruntukan kerajaan persekutuan. Diantara negeri yang telah menerima

bangunan baharu adalah Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor di Shah Alam, Jabatan Kehakiman Syariah

Negeri Sembilan di Sendayan, Jabatan Kehakiman Syariah Melaka di MITC Melaka

dan Jabatan Kehakiman Syariah Kota Baharu. Bangunan atau kompleks baharu ini

telah menyediakan kemudahan insfratruktur yang lebih banyak dan selesa seperti

bilangan dewan perbicaraan yang lebih besar dan banyak, kaunter pendaftaran yang

luas, parkir kenderaan yang banyak, Bilik Peguam Syarie, Bilik Pendakwa Syarie,

perpustakaan, Bilik Hadhanah, akses keselamatan dan lain-lain. Dengan terbinanya

bangunan dan kemudahan yang lebih baik, JKSM berharap supaya kes-kes

tertunggak dapat diselesaikan segera. Bagi memantapkan pengurusan, JKSM bakal

menerima bangunan khas di Putrajaya tidak lama lagi dimana sebelum ini ibu pejabat

JKSM adalah berkongsi bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JKSM). JKSM

dijangka berpindah ke bangunan baharu tersebut pada tahun 2015.

Bagi memantapkan aspek pengurusan perundangan pula agar selaras dengan

Mahkamah Sivil, JKSM telah melaksanakan pelbagai alternatif bagi mencapai hasrat

tersebut. Diantaranya bermula tahun 2005, JKSM telah membangunkan Sistem

Elektronik Mahkamah Syariah atau dikenali sebagai E-Syariah. Ianya telah

dilancarkan pada 7 Februari 2003 oleh YAB Perdana Menteri ketika itu dengan kos

RM 12.4 juta. Portal E-Syariah ini menyediakan kemudahan melalui internet untuk

menyebarkan maklumat perkhidmatan, menyediakan maklumat secara online

mengenai undang-undang, menfailkan kes dan borang-borang disamping

21

Page 22: suhaizadsan.files.wordpress.com€¦  · Web viewMalaysia mengamalkan sistem dwi undang-undang yang diimplementasi oleh dua institusi kehakiman yang berbeza iaitu Mahkamah Syariah

menghubungkan ke laman web mahkamah-mahkamah syariah dan agensi dalam dan

luar negara. Kini seluruh Mahkamah Syariah di setiap negeri telah menggunapakai

Sistem E-Syariah versi 2 yang mula dilaksanakan pada tahun 2011. Kini, pengurusan

kes seperti statistik, catatan perbicaraan hakim, pendaftaran kes, notis perbicaraan dan

sebagainya adalah melalui sistem tersebut. Dengan adanya sistem ini, proses

pengurusan di Mahkamah Syariah adalah lebih efektif dan membantu menjimatkan

masa serta kos pelbagai pihak.

Selain itu, JKSM sedang berusaha memartabatkan perundangan Islam dengan

menaiktaraf dari tiga peringkat mahkamah kepada lima peringkat mahkamah

sebagaimana yang diamalkan di Mahkamah Sivil. Sebagaimana yang telah dijelaskan

sebelum ini, Mahkamah Sivil mengamalkan lima peringkat mahkamah bermula dari

Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan

Mahkamah Persekutuan. Sedangkan Mahkamah Syariah kini hanya mempunyai tiga

peringkat mahkamah sahaja iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi

Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. JKSM mempergiatkan usaha untuk

mendapatkan persetujuan dari Ketua Agama setiap negeri bagi menambah peringkat

mahkamah di Mahkamah Syariah iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah

Tengah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah dan Majlis

Rayuan Syariah. Satu sejarah penting bakal tercipta bagi Mahkamah Syariah di negara

ini apabila kedudukannya akan berada sama taraf dengan Mahkamah Sivil dari segi

perjawatan, emolument dan lain-lain yang berkaitan. Untuk mencapai tujuan di atas, 2

Akta di peringkat Persekutuan telah dicadangkan iaitu Akta Suruhanjaya Perlantikan

Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan Syariah Negeri dan Majlis

Rayuan Syariah dan Akta Saraan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah,

Mahkamah Rayuan Syariah dan Majlis Rayuan Syariah. Kedua-dua Akta yang akan

dicadangkan ini memperuntukkan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan dan Penetapan

Saraan (gaji, elaun, pencen dan faedah-faedah lain) Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi

Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah Negeri dan Majlis Rayuan Syariah. Kewujudan

Suruhanjaya ini akan menjadikan taraf Hakim-Hakim di Mahkamah Syariah bermula

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah sehingga ke atas akan setaraf dengan Hakim-

Hakim di Mahkamah Tinggi Sivil.

22

Page 23: suhaizadsan.files.wordpress.com€¦  · Web viewMalaysia mengamalkan sistem dwi undang-undang yang diimplementasi oleh dua institusi kehakiman yang berbeza iaitu Mahkamah Syariah

5.0 KESIMPULAN

Secara umumnya dapat disimpulkan bahawa perlaksanaan Hukum Syarak di negara ini

mempunyai asas dan latar belakang yang kukuh dan telah dilaksanakan sejak penubuhan

kerajaan Melayu Melaka dan berterusan sehingga ke zaman penjajah dengan penyempitan

pelaksanaan Hukum Syarak. Penjajah British telah memberi bentuk baru dalam pentadbiran

Hukum Syarak di negara ini iaitu dengan memperkenalkan dalam bentuk perundangan.

Apabila negara mencapai kemerdekaan, Islam telah diberi kedudukan dalam Perlembagaan

dan raja telah diberi status ketua agama. Perlembagaan juga telah memberi bidang kuasa

kepada Badan Perundangan Negeri bagi membuat perundangan Islam di dalam batas-batas

yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan dan tertakluk kepada Perundangan Persekutuan

yang juga membatas pelaksanaan sepenuhnya Hukum Syarak. Kedudukan Mahkamah

Syariah buat masa ini telah diberi kedudukan yang lebih baik berbanding di zaman penjajah.

Bagaimanapun pembaikan, peningkatan dan pemantapan masih ada ruang. Justeru

Mahkamah Syariah perlulah disusun semula dan diberi kuasa yang lebih besar dan

menyeluruh. Begitu juga kakitangan mahkamah yang terlatih dan mencukupi. Cadangan

untuk menambah dari tiga kepada lima peringkat Mahkamah Syariah perlu diimplementasi

segera bagi mewujudkan ruang dan peluang untuk merayu bagi menjamin keadilan dan

kesaksamaan dalam melaksanakan undang-undang Islam di negara ini.

23

Page 24: suhaizadsan.files.wordpress.com€¦  · Web viewMalaysia mengamalkan sistem dwi undang-undang yang diimplementasi oleh dua institusi kehakiman yang berbeza iaitu Mahkamah Syariah

RUJUKAN

Abdul Munir Yaacob, 2009, Perlaksanaan Perundangan Islam di Malaysia: Satu Penilaian,

Jurnal Fiqh, No.6

Mahmud Saedon bin Awang Othman, 1402 H, Mahkamah Syariah/ Kadi di Malaysia : Taraf,

Bidang Kuasa dan Masalah-masalah yang dihadapinya, Islamiyat

Mahmud Saedon bin Awanag Othman, 2003, Institusi Pentadbiran Undang-undang &

Kehakiman Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd Saleh Hj Ahmad, 1993, Terjemahan Buku Sistem Kehakiman Islam oleh Dr. Abdul

Karim Zaidan, Pustaka Haji Abdul Majid

Musa Awang, 2015, Di manakah kita dalamPemantapan Pentadbiran Keadilan Jenayah

Syariah?, Jurnal Undang-undang Malaysia, 27 Kanun (1)

Ramizah Wan Muhammad, 2009, Sejarah Pentadbiran Kehakiman Islam di Malaysia: Satu

Sorotan, Jurnal Undang-undang Malaysia, 21 Kanun (1)

24

Page 25: suhaizadsan.files.wordpress.com€¦  · Web viewMalaysia mengamalkan sistem dwi undang-undang yang diimplementasi oleh dua institusi kehakiman yang berbeza iaitu Mahkamah Syariah

Rusni Hassan, Mohammad Azam Hussain, Adnan Yusoff, Penubuhan dan Bidangkuasa

Mahkamah Muamalat di Malaysia: Isu dan Cabaran, 2013, Jurnal Undang-undang Malaysia,

25 Kanun (1)

Sinar Harian, 15 November 2014, Kerajaan Usaha Naik Taraf Mahkamah Syariah, Kumpulan

Media Karangkraf

Suhaizad bin Saifuddin, Pegawai Syariah JKSM ditempatkan sebagai Pegawai Sulh di

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, temuramah pada 1 Mac 2015

25