undang-undang jenayah syariah undang-undang tatacara ... lwn ps.pdf · undang-undang tatacara...

15
1 NMMN lwn PS [Dalam Mahkamah Tinggi Syariah (Rayuan) Selangor Shah Alam (Y.A Puan Nenney Shuhaidah Binti Shamsuddin, HMTS), 29 Rabiulakhir 1439H bersamaan 17 Januari 2018M] [Rayuan Jenayah No: 10500-166-0008-2017] Undang-Undang Jenayah Syariah Kesalahan Khalwat Seksyen 29 (1)(a) dan (b) Tahanan di Baitul Ehsan dan Baitul Iman Seksyen 54 (2) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995. Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah Tahanan Di Baitul Iman Tertuduh Lelaki - Seksyen 97 (2)(b) Campurtangan Mahkamah Yang Mendengar Rayuan Seksyen 138 Rayuan Takat Hukuman Seksyen 136 - Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Undang-Undang Pentadbiran Rayuan Terhadap Hukuman Seksyen 63 (1)(a) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Fakta Kes [1] Kes ini merupakan kesalahan poligami tanpa kebenaran Mahkamah berdasarkan seksyen 124 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995. Atas pengakuan bersalah Perayu, Hakim Bicara Tuan Abdul Fattah Bin Kamarudin mendapati Perayu bersalah dan dikenakan hukuman denda penjara 3 hari bermula dari tarikh keputusan dibacakan pada 25 Oktober 2016. [2] Tindakan di dalam kes ini merupakan rayuan terhadap keputusan Tuan Abdul Fattah Bin Kamarudin, Hakim MRS Daerah Hulu Langat (selepas ini disebut Hakim Bicara) dalam kes No. 10005-166-0178-2016 yang telah diberikan pada 25 Oktober 2016. Hakim Bicara telah memerintahkan Perayu dijatuhi dengan hukuman penjara selama 3 hari dan tiada denda dikenakan atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah. Walaubagaimanapun Perayu tidak berpuas hati terhadap sebahagian keputusan tersebut mengenai hukuman penjara selama 3 hari yang dikenakan ke atasnya dan Perayu telah memfailkan satu notis rayuan ke Mahkamah Rendah Syariah pada tarikh yang sama keputusan tersebut dikeluarkan. Perayu

Upload: nguyenthuan

Post on 19-Jul-2019

344 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Undang-Undang Jenayah Syariah Undang-Undang Tatacara ... lwn PS.pdf · Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah – Tahanan Di Baitul Iman ... denda tidak memadai dan sepadan dengan

1

NMMN lwn PS

[Dalam Mahkamah Tinggi Syariah (Rayuan) Selangor Shah Alam (Y.A Puan Nenney

Shuhaidah Binti Shamsuddin, HMTS), 29 Rabiulakhir 1439H bersamaan 17 Januari 2018M]

[Rayuan Jenayah No: 10500-166-0008-2017]

Undang-Undang Jenayah Syariah – Kesalahan Khalwat – Seksyen 29 (1)(a) dan (b) –

Tahanan di Baitul Ehsan dan Baitul Iman – Seksyen 54 (2) Enakmen Jenayah Syariah

(Negeri Selangor) 1995.

Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah – Tahanan Di Baitul Iman Tertuduh Lelaki -

Seksyen 97 (2)(b) – Campurtangan Mahkamah Yang Mendengar Rayuan – Seksyen 138 –

Rayuan Takat Hukuman – Seksyen 136 - Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri

Selangor) 2003.

Undang-Undang Pentadbiran – Rayuan Terhadap Hukuman – Seksyen 63 (1)(a) Enakmen

Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Fakta Kes

[1] Kes ini merupakan kesalahan poligami tanpa kebenaran Mahkamah berdasarkan

seksyen 124 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995. Atas pengakuan

bersalah Perayu, Hakim Bicara Tuan Abdul Fattah Bin Kamarudin mendapati

Perayu bersalah dan dikenakan hukuman denda penjara 3 hari bermula dari tarikh

keputusan dibacakan pada 25 Oktober 2016.

[2] Tindakan di dalam kes ini merupakan rayuan terhadap keputusan Tuan Abdul Fattah

Bin Kamarudin, Hakim MRS Daerah Hulu Langat (selepas ini disebut Hakim

Bicara) dalam kes No. 10005-166-0178-2016 yang telah diberikan pada 25 Oktober

2016. Hakim Bicara telah memerintahkan Perayu dijatuhi dengan hukuman penjara

selama 3 hari dan tiada denda dikenakan atas kesalahan berpoligami tanpa

kebenaran Mahkamah. Walaubagaimanapun Perayu tidak berpuas hati terhadap

sebahagian keputusan tersebut mengenai hukuman penjara selama 3 hari yang

dikenakan ke atasnya dan Perayu telah memfailkan satu notis rayuan ke Mahkamah

Rendah Syariah pada tarikh yang sama keputusan tersebut dikeluarkan. Perayu

Page 2: Undang-Undang Jenayah Syariah Undang-Undang Tatacara ... lwn PS.pdf · Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah – Tahanan Di Baitul Iman ... denda tidak memadai dan sepadan dengan

2

kemudiannya telah membuat penggantungan perintah sementara prosiding kes

rayuan selesai. Mahkamah membenarkan permohonan Perayu dengan bon jamin

seorang penjamin.

[3] Berikutan daripada alasan-alasan yang dikemukakan di dalam petisyen rayuan,

Peguam Perayu di dalam hujahan yang difailkan pada 21 September 2017 telah

membangkitkan alasan-alasan rayuan dan hujahan rayuan bagi pihak Perayu.

Sehubungan dengan itu, Mahkamah akan memberi ulasan di dalam membuat

keputusan bagi kes ini berdasarkan alasan-alasan yang dibangkitkan oleh Peguam

Perayu tersebut kerana semua alasan tersebut telah dinyatakan di dalam petisyen

yang dikemukakan.

Peguam Syarie / Ketua Pendakwa Syarie

1. Perayu: diwakili oleh Tn. Mohd Nooraizan Bin Md Idros dari Tetuan Noor Aizan &

Partners.

2. Responden: diwakili oleh Tuan Hj. Fairus Bin Hj. Jaafar, Pendakwa Syarie Negeri

Selangor.

Surah Al-Quran Yang Dirujuk

1. Surah An-Nisa’: ayat 16.

2. Surah Al-Maidah : ayat 39.

Undang-Undang Yang Dirujuk

1. Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 199 - s. 17, s. 29.

2. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 - s. 61, s. 63.

3. Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 - s. 136, s. 138.

4. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 - s. 31, s. 123,

s.124.

Page 3: Undang-Undang Jenayah Syariah Undang-Undang Tatacara ... lwn PS.pdf · Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah – Tahanan Di Baitul Iman ... denda tidak memadai dan sepadan dengan

3

Kitab Yang Dirujuk

1. Dr. Abdul Qadir Audah. Al-Tasyri’ Al-Jinaie Al-Islamie. Juz 1. Risalah Publisher ;

Beirut-Lebanon.

Penghakiman YA Puan Nenney Shuhaidah Binti Shamsuddin, HMTS.

[4] Rayuan yang dibuat oleh Perayu dalam kes ini adalah berkenaan takat hukuman yang

telah dijatuhkan oleh Hakim Bicara dan bukannya terhadap sabitan kesalahan kerana

Perayu telah membuat pengakuan salah di hadapan Hakim Bicara. Rayuan ini dibuat

berdasarkan peruntukan seksyen 136, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri

Selangor) 2003 [ETJS 2003] yang menyatakan :

“Apabila seseorang tertuduh telah mengaku salah dan disabitkan oleh Hakim atas akuan

itu, maka tiada rayuan boleh dibuat kecuali tentang takat atau keesahan hukuman itu”

[5]Mahkamah juga berbidangkuasa untuk membuat keputusan terhadap kes ini berdasarkan

peruntukan di bawah Seksyen 146 (b) (ii) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor

2003 yang menyatakan;

146. Pada pendengaran sesuatu rayuan Mahkamah Tinggi Syariah boleh, jika ia berpendapat

bahawa tiada alasan yang mencukupi untuk campurtangan, menolak rayuan itu atau boleh –

(a) ...

(b) Dalam rayuan daripada suatu sabitan atau dalam rayuan tentang hukuman –

(i) ...

(ii) Mengubah dapatan, dengan mengekalkan hukuman, atau dengan atau tanpa

mengubah hukuman atau mengubah jenis hukuman itu.

[6]Mahkamah tidak berhasrat untuk mengulas dengan panjang lebar mengenai isu

bidangkuasa kerana tidak wujud pertikaian antara Perayu dan Responden mengenai

bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah. Ini kerana Mahkamah Syariah Yang Mulia ini

melalui seksyen 61 (3)(a), 63 (1) EPAIS , seksyen 124 EUUKIS 2003, seksyen 136, 138,

146 ETJS 2003 memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah ini “berkompeten” dan

berbidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan kes ini.

Page 4: Undang-Undang Jenayah Syariah Undang-Undang Tatacara ... lwn PS.pdf · Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah – Tahanan Di Baitul Iman ... denda tidak memadai dan sepadan dengan

4

[7] Bagi menjawab isu yang dihujahkan oleh Peguam Perayu Mahkamah telah meneliti dan

melihat kepada penghujahan dan alasan-alasan rayuan Perayu sebelum

mempertimbangkan dan membuat keputusan bagi kes ini. Perayu dalam hujahannya

berpendapat bahawa Hakim Bicara terdahulu dalam mengeluarkan dan mensabitkan

hukuman tersebut, telah terkhilaf dan tidak mengambil kira beberapa faktor penting

sebelum menjatuhkan sesuatu hukuman.

[8] Faktor-faktor yang dimaksudkan ialah berkenaan dengan rekod Perayu sendiri, kesalahan

kali keberapa, pengakuan bersalah Perayu, kesan-kesan terhadap sabitan atau hukuman,

serta faktor-faktor lain yang berkaitan. Hukuman sepatutnya dikenakan dari seringan-

ringan hukuman seperti memberi ruang kemaafan, denda sahaja dan bukan terus kepada

yang berat seperti penjara.

[9] Peguam Perayu berpendapat bahawa Hakim Bicara telah gagal dalam mengambil faktor

kesalahan kali pertama sebagai satu peringanan hukuman dan menyangkal kenyataan

Responden yang berhujjah secara spekulatif sedangkan tiada siasatan yang dibuat oleh

Hakim Bicara berkenaan dengan kemampuan kewangan Perayu dan tanggungan Perayu.

Meskipun Perayu berpendapatan RM5000 sebulan perkara tersebut tidak menjadikan

Perayu tidak terkesan dengan hukuman penjara yang dikenakan memandangkan Perayu

kini perlu menanggung 2 buah keluarga. Hakim Bicara telah terkhilaf dalam menjadikan

pendapatan bulanan Perayu sebagai kayu ukur dalam memutuskan bahawa hukuman

denda tidak memadai dan sepadan dengan Perayu dan dengan itu menjatuhkan hukuman

penjara.

[10] Perayu juga berpendapat bahawa Hakim Bicara terdahulu telah gagal membuat

pertimbangan bahawa pengakuan salah yang dibuat oleh Perayu adalah bertujuan untuk

tidak mahu membuang masa Mahkamah. Jika sekiranya Perayu tidak mengaku bersalah

maka sudah semestinya pihak mahkamah akan melalui proses perbicaraan yang panjang

dan keadaan ini pastinya akan mengambil masa mahkamah dan ada kos yang terpaksa

ditanggung.

Page 5: Undang-Undang Jenayah Syariah Undang-Undang Tatacara ... lwn PS.pdf · Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah – Tahanan Di Baitul Iman ... denda tidak memadai dan sepadan dengan

5

[11] Perayu dalam hujahannya memberitahu bahawa dia telah sedar dan insaf akan kesalahan

yang telah dilakukan dan telah merayu supaya hukuman denda sahaja dikenakan serta

dikecualikan dari hukuman penjara. Jika hukuman penjara ini dijatuhkan ke atas Perayu,

sudah tentu akan mewujudkan perasaan takut kepada masyarakat sekeliling untuk

berpoligami sedangkan ianya merupakan perkara yang harus di sisi Islam bagi mereka

yang berkemampuan. Akibatnya, sudah tentu wujud pelbagai maksiat dan perzinaan di

kalangan masyarakat Islam kerana takut untuk berpoligami tanpa mengikut prosedur

yang betul disebabkan mempunyai faktor-faktor tertentu yang menghalang.

[12] Hakim Bicara juga telah khilaf membuat pertimbangan fakta bahawa Perayu dalam kes

ini adalah merupakan pesalah kali pertama, bukan melakukan kesalahan bertindih atau

berganda. Mahkamah sepatutnya melihat kepada wujud atau tidak rekod jenayah Syariah

perayu sebelum ini kerana ianya memainkan peranan penting dalam menentukan sesuatu

hukuman sama ada hukuman yang berat ataupun ringan. Oleh yang demikian,

disebabkan Perayu tidak pernah mempunyai rekod jenayah sebelum ini, maka adalah

tidak wajar sama sekali hukuman penjara dikenakan ke atas Perayu. Seksyen 129

Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Selangor 2003 memperuntukkan bahawa:-

(1) Apabila mana-mana orang yang bukan seorang pesalah muda telah disabitkan di hadapan mana-

mana Mahkamah atas apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan, maka

jika didapati oleh Mahkamah itu bahawa dengan mengambil kira watak, latar belakang, umur,

kesihatan atau keadaan mental pesalah itu atau kepada hakikat ringannya jenis kesalahan itu atau

kepada apa-apa hal keadaan peringan yang dalamnya kesalahan itu telah dilakukan adalah

suaimanfaat bahawa pesalah itu dilepaskan dalam cubaan akhlak untuk berkelakuan baik,

Mahkamah boleh, dengan tidak menghukumnya serta-merta dengan apa-apa hukuman, mengarahkan

supaya pesalah itu dilepaskan apabila dia mengikat bon dengan penjamin-penjamin dan sepanjang

apa-apa tempoh sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah untuk hadir dan menerima

penghakiman jika dan apabila dipanggil dan sementara itu hendaklah berkelakuan baik.

[13] Perayu selanjutnya menegaskan bahawa kesalahan yang dilakukan adalah di bawah tajuk

penalti mal dan tidak tersenarai di bawah kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah

sepertimana yang diperuntukan di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri

Selangor 1995. Jelasnya kesalahan Perayu di bawah seksyen 40(2) EUUKI (NS) 2003

iaitu bernikah tanpa kebenaran adalah kesalahan tatacara sahaja.

Page 6: Undang-Undang Jenayah Syariah Undang-Undang Tatacara ... lwn PS.pdf · Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah – Tahanan Di Baitul Iman ... denda tidak memadai dan sepadan dengan

6

[14] Perayu selanjutnya menghujahkan bahawa dari segi Hukum Syarak, berpoligami adalah

diharuskan oleh Islam dan berdasarkan kepada alasan penghakiman, Hakim Bicara

terdahulu menyatakan bahawa kesalahan Perayu adalah bentuk kesalahan ta’zir yang

menyentuh kepentingan umum kerana dibimbangi memberi kesan kepada masalah

sosial kekeluargaan dan masyarakat. Walau bagaimanapun, Perayu hujahkan bahawa

kenyataan tersebut adalah suatu andaian Tuan Hakim bicara terdahulu sahaja kerana

sepanjang tempoh Perayu bernikah kemaslahatan tersebut dapat dijaga sebaiknya.

Adalah tidak adil jika Hakim Bicara terdahulu memberatkan hukuman dengan

menjatuhkan hukuman penjara diatas suatu andaian tanpa fakta sebenar yang

bersangkut paut dengan Perayu.

[15] Mahkamah sewajarnya boleh bertolak ansur dalam kes-kes sebegini. Pertimbangan

terhadap rayuan tertuduh selepas mengaku bersalah dan juga fakta-fakta lain harus

diambil kira. Perayu bukanlah seorang yang ditangkap oleh Jabatan Agama Islam

Selangor, lalu membuat laporan selepas itu atau membuat laporan selepas tempoh 6

bulan. Sebaliknya Perayu dengan sukarela membuat laporan di Pejabat Agama Islam

dalam masa yang diperuntukkan untuk mendaftarkan perkahwinan.

[16] Perayu juga telah mengambil tindakan untuk mendaftarkan perkahwinan bukannya

menyembunyikan perkahwinan tersebut yang boleh mengundang perkara buruk selepas

itu. Tambahan pula, perkahwinan baru Perayu tidak memberi kesan yang buruk kepada

keluarga sedia ada. Pada masa ini keluarga Perayu hidup aman bahagia dan Perayu

juga mampu menunaikan tanggungjawab sebagai suami kepada dua orang isteri tanpa

wujud pergaduhan dan perbalahan.

[17] Tambahan lagi di dalam hujahan lisan Pendakwa Syarie, pihak pendakwa langsung tidak

meminta supaya Perayu dipenjarakan. Pendakwa Syarie hanya memohon supaya

Mahkamah Yang Mulia ini menjatuhkan hukuman yang berat yang akan menjadi

pengajaran kepada Perayu.

[18]Responden pula dalam hujahannya menegaskan tidak melihat dimana perlunya untuk

dikatakan kegagalan Hakim Bicara dalam mempertimbangkan hukuman yang dikatakan

tidak memadai bagi Tertuduh iaitu penjara sedangkan segala isu yang dibangkitkan oleh

Perayu telah disentuh oleh Hakim Bicara dalam Alasan Penghakimannya. Responden

berhujah bahawa kesalahan kali pertama dan pengakuan salah bukan merupakan isu

Page 7: Undang-Undang Jenayah Syariah Undang-Undang Tatacara ... lwn PS.pdf · Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah – Tahanan Di Baitul Iman ... denda tidak memadai dan sepadan dengan

7

persoalan undang-undang kerana telah ada banyak keputusan dan dapatan prinsip yang

dibuat oleh Mahkamah berhubung perkara tersebut. Oleh yang demikian adalah tidak

wajar Pemohon membangkitkan perkara kesalahan kali pertama dan pengakuan salah di

peringkat penghujahan ini memandangkan tiada merit dari sudut undang-undang dan

hukum syarak untuk dipertimbangkan. Justeru, hukuman tersebut masih dalam ruang

lingkup yang dibenarkan dan tidak dilihat berlebih-lebihan sehingga memudharatkan

Perayu.

[19]Responden juga bersetuju kesalahan ini merupakan kesalahan kali pertama oleh Perayu,

namun Responden berpendirian bahawa ia bukanlah suatu yang bersifat mutlak untuk

diberi peringanan hukuman seperti yang dirayu. Isunya, adakah kesalahan kali pertama,

Hakim Bicara tidak wajar atau tidak patut mengenakan hukuman denda dan penjara

terhadap Perayu.

[20]Mengikut prinsip syarak dan rujukan undang-undang Islam, kesalahan dihukum sesuai

dengan kehendak nas dan maslahat tanpa mengira rekod lampau pernah melakukan

kesalahan tersebut atau tidak termasuklah pengakuan pesalah dan kesalahan kali

pertama. Sebagai contoh dalam kisah yang sahih diriwayatkan salah seorang sahabat

Rasulullah S.A.W, Maiz seorang penggembala kambing yang mengaku berzina kali

pertama, Rasulullah S.A.W menyuruhnya direjam tanpa ada rekod lampau sebagai faktor

peringanan.

[21]Responden seterusnya merujuk kepada kes Muhammad Sufi Bin Abdullah lwn Ketua

Pendakwa Syarie Selangor yang menyentuh isu kesalahan kali pertama yang mana

dalam penghakimannya menyebut “Mahkamah berpendapat kesalahan kali pertama

bukannya alasan untuk tidak didenda dan dipenjarakan memandangkan peruntukkan

yang ada jelas tidak membezakan antara kesalahan kali pertama dilakukan mahupun

yang kedua atau seterusnya selama mana ianya masih di bawah peruntukkan yang

diberikan...”

[22]Responden menjelaskan isu yang utama disini ialah pengakuan kesalahan Perayu yang

mewajarkan sabitan dan hukuman. Adapun hukuman adalah kembali kepada prinsip

syarak dan maslahat seperti yang dijelaskan dalam hujahan di atas. Hakim Bicara melihat

kesalahan tertuduh adalah menyentuh kepentingan awam, implikasi undang-undang dan

Page 8: Undang-Undang Jenayah Syariah Undang-Undang Tatacara ... lwn PS.pdf · Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah – Tahanan Di Baitul Iman ... denda tidak memadai dan sepadan dengan

8

kesan akibat kesalahan. Undang-undang di bawah seksyen 124 EUUKIS 2003 pula

digubal dengan tujuan memelihara hukum syarak dan maqasid syariyyah agar kerukunan

berpoligami suatu yang mulia dan mencerminkan keadilan bagi masyarakat. Dalam isu

ini, dapatan prinsip yang jelas iaitu kesalahan kali pertama bukanlah secara mandatori

mendapat peringanan hukuman semata-mata. Responden merujuk kes Abdul Razak Bin

Othman lwn Ketua Pendakwa Syarie Melaka Mahkamah Rayuan Syariah menyatakan;

“ dalam mempertimbangkan hukuman antara prinsip dan faktor yang utama

adalah kepentingan umum atau maslahah ‘ammah dan bergantung pada beratnya

kesalahan yang dilakukan perayu”.

[23]Responden bertegas hukuman Hakim Bicara terhadap Perayu adalah berasas dan

berpegang teguh dengan prinsip keadilan kerana jika hukuman tidak memberi kegerunan

atau pengajaran kepada Perayu jelas ianya dipandang ringan oleh Perayu sedangkan

jenayah khalwat sering berlaku dan berulang dalam masyarakat. Oleh itu sewajarnya

permintaan Perayu ini tidak wajar dipertimbangkan sama sekali kerana ia hanya

memenuhi kepentingan Perayu dan bukan maslahat undang-undang itu sendiri apatah

lagi kepentingan awam menyentuh dari sudut maqasid syariyyah. Sedangkan

kepentingan umum itu perlu diutamakan dan mencakupi keseluruhan kes ini berbanding

dengan kepentingan peribadi. Ini seperti yang dijelaskan dalam kaedah fiqhiyyah yang

menyebut ;

Bermaksud: Perbuatan mencakupi kepentingan umum lebih utama daripada

kepentingan sendiri.

[24]Responden menegaskan bahawa bagi kesalahan kali pertama tidak semestinya

Mahkamah ini mempertimbangkan hukuman adalah memadai dengan denda sahaja.

Undang-undang juga tidak mengikat jika kesalahan kali pertama perlu didenda dahulu.

Tujuannya ialah untuk memberi ruang kepada Mahkamah untuk melihat keseriusan

jenayah yang dilakukan, motif jenayah, fakta kes dan lain-lain yang menentukan faktor

hal keadaan peringanan dan pemberatan sebelum menjatuhkan hukuman.

[25]Responden dalam kenyataanya berhujjah dengan mengatakan bahawa keseriusan suatu

kesalahan adalah tidak boleh disamakan dengan kesalahan yang lain. Atas sebab itu

hukuman yang diperuntukkan adalah berbeza seperti yang dijelaskan di atas melihat

kepada fakta kes tersebut. Dalam ijtihad juga, suatu hukuman juga berubah mengikut

Page 9: Undang-Undang Jenayah Syariah Undang-Undang Tatacara ... lwn PS.pdf · Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah – Tahanan Di Baitul Iman ... denda tidak memadai dan sepadan dengan

9

perubahan masa dan zaman yang berlaku. Hukuman kesalahan bagi seksyen 124

EUUKIS 2003 berbeza dengan kesalahan jenayah khalwat misalnya. Isu keseriusan atau

beratnya kesalahan tidak boleh disamakan dengan kesalahan akidah dan yang lain. Ianya

dalam ruang lingkup kesalahan itu sendiri. Oleh itu Hakim tidak khilaf dalam mentafsir

serius, berat atau ringan. Suatu jenayah akidah boleh menjadi ringan jika mens-rea tidak

dibuktikan walaupun actus-rea dibuktikan dan teguran ataupun hukuman alternatif boleh

diberi.

[26] Dari segi prinsipnya dan hukum asalnya bernikah adalah diharuskan. Oleh itu, tindakan

atau kesalahan Perayu hanyalah melanggar tatacara sahaja kerana pernikahan yang

dilangsungkan tidak mendapat kebenaran bertulis daripada pihak Pendaftar/Mahkamah

terlebih dahulu. Hakim juga gagal mempertimbangkan tentang hukuman penjara

kepada Perayu berdasarkan seksyen 129 (1) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah

(Negeri Selangor) 2003.

[27] Sehubungan dengan itu, Mahkamah akan meneliti dan mengambil kira kesemua faktor

tersebut kerana hukuman penjara yang dikenakan boleh menjejaskan kedudukan

kewangan Perayu. Memandangkan Perayu seorang yang bekerja, semestinya hukuman

penjara selama 3 hari tersebut akan menjejaskan pekerjaan Perayu sehingga

berkemungkinan akan dibuang kerja oleh majikannya. Sekiranya hukuman penjara

dikekalkan, ia akan memudharatkan diri Perayu dan sekaligus akan mengakibatkan

kemudharatan terhadap keluarga Perayu. Perayu berkemungkinan hilang sumber

pendapatan dan tidak mampu menunaikan kewajipan kepada diri malah seluruh ahli

keluarganya.

[28] Mahkamah mengambil maklum mengenai pengakuan Perayu yang telah insaf dan sedar

daripada kesalahan yang dilakukan. Namun Mahkamah melihat dan bersetuju dengan

hujahan Responden bahawa insaf merupakan perkara yang subjektif yang tidak dapat

dinilai dengan mata kasar dan dilihat oleh pencaindera kita. Hanya Allah s.w.t sahaja

yang tahu tentang keadaan seseorang itu sama ada dia insaf atau tidak. Isu taubat dan

insaf adalah lebih kepada antara hubungan manusia sebagai hamba dengan Allah SWT.

Justifikasi untuk perkara ini sebenarnya tersangat subjektif, sukar dinilai kerana perkara

disebalik tabir.

Page 10: Undang-Undang Jenayah Syariah Undang-Undang Tatacara ... lwn PS.pdf · Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah – Tahanan Di Baitul Iman ... denda tidak memadai dan sepadan dengan

10

[29]Mahkamah merujuk soal keinsafan Perayu. Mahkamah menyatakan bahawa perbuatan

sedar dan insaf adalah suatu perkara yang tidak dapat dibuktikan dengan fakta dan

seseorang Hakim hanya boleh menghukum apa yang dilihatnya, bukan soal kesedaran

atau keinsafan pihak Perayu yang bersifat subjektif. Ini selaras dengan sabda Nabi s.a.w :

نحن نحكم بالظاهر, واللة يتولى السرائر

Maksudnya : “Kami menghukum dengan zahir, dan Allah menghukum yang

tersembunyi”

[30]Permohonan maaf oleh Perayu tidak menggambarkan kesedaran dan keinsafan Perayu

serta ia tidak boleh dipertimbangkan sebagai faktor peringanan hukuman yang

memerlukan Mahkamah ini campurtangan. Walaupun begitu, ketika ini sewajarnya

Perayu bertaubat dan insaf terhadap kesalahan yang telah dilakukan atas sifatnya sebagai

seorang manusia muslim dan hamba kepada tuhan pencipta. Allah berfirman di dalam

Surah An-Nisa : ayat 16 yang bermaksud:

“Dan (mana-mana) dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu,

(setelah sabit kesalahannya) maka hendaklah kamu menyakiti keduanya; kemudian jika

mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk itu), maka

biarkanlah mereka; kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa menerima taubat, lagi

Maha luas rahmatNya”

Firman Allah dalam Surah al-Maidah : ayat 39 yang bermaksud:

“Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan (curi) itu dan

memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah

Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

[31]Berkenaan alasan rayuan kesalahan kali pertama yang dibangkitkan oleh Perayu

Mahkamah juga bersetuju dengan hujahan Pendakwa Syarie bahawa kesalahan kali

pertama bukan merupakan faktor dan alasan pertimbangan Mahkamah untuk

meringankan hukuman. Walaupun kesalahan yang dilakukan oleh Perayu bukan

kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, namun ianya

juga dilihat mengundang kepada masalah sosial masyarakat dan Mahkamah sekali lagi

bersetuju dengan hujahan Responden. Namun Mahkamah menerima dan tidak menafikan

Page 11: Undang-Undang Jenayah Syariah Undang-Undang Tatacara ... lwn PS.pdf · Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah – Tahanan Di Baitul Iman ... denda tidak memadai dan sepadan dengan

11

hujahan Peguam Perayu yang menegaskan pengakuan bersalah Perayu dapat

menjimatkan masa Mahkamah serta pihak-pihak yang berkaitan dengan kes ini.

[32]Mengenai mitigasi Perayu, Mahkamah tidak menafikan bahawa sesuatu mitigasi yang

dikemukakan perlu diberi perhatian yang sewajarnya sebelum menjatuhkan sebarang

hukuman. Melihat kepada penghakiman Hakim Bicara dan mitigasi Perayu,

sememangnya peringkat mitigasi ini tidak digunakan sebaik mungkin oleh Perayu dan

tidak hairanlah jika Hakim Bicara bertindak menjatuhkan hukuman sedemikian kepada

Perayu.

[33]Namun begitu, adakah Hakim Bicara memberi maklum kepada Perayu berkaitan dengan

mitigasi itu supaya Perayu menggunakan sebaik mungkin samada menasihatkan Perayu

menggunakan khidmat peguam atau sebaliknya? Seseorang Hakim tidak boleh

menganggap semua orang awam mengetahui prosedur Mahkamah terutamanya

kepentingan sesuatu mitigasi itu.

[34]Oleh itu, Mahkamah yakin bahawa Perayu tidak diberi ruang sewajarnya semasa proses

mitigasi tersebut walaupun Hakim Bicara mempertimbangkan mitigasi Perayu sekadar

apa yang dikemukakan walaupun setelah tiga kali Hakim bertanyakan soalan yang sama

“ jadi apakah rayuan kamu sebelum dijatuhkan hukuman”. Namun P masih tetap dengan

jawapannya mohon dikurangkan denda sahaja tanpa apa-apa justifikasi atau menzahirkan

keinsafan bahkan sama ada sekurang-kurangnya menyatakan sebab-sebab rayuan

pengurangan tersebut.

[35]Berdasarkan kepada hujah Responden mengenai konsep kepentingan awam. Perkara ini

dibangkitkan oleh Responden iaitu aspek kepentingan awam adalah perlu diberi

keutamaan oleh Mahkamah dan tidak perlu melihat kepada kepentingan diri Perayu

semata-mata. Mahkamah juga perlu melihat kesan kesalahan Perayu ini terhadap

masyarakat sekiranya hukuman pemenjaraan dikekalkan setidaknya menimbulkan rasa

gentar kepada masyarakat.

[36]Kepentingan awam menghendaki agar hukuman yang dijatuhkan bukan sahaja boleh

menjadi pengajaran kepada tertuduh dan mencegah beliau dari melakukan kesalahan

yang sama di masa hadapan tetapi juga untuk mencegah lain-lain anggota masyarakat

Page 12: Undang-Undang Jenayah Syariah Undang-Undang Tatacara ... lwn PS.pdf · Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah – Tahanan Di Baitul Iman ... denda tidak memadai dan sepadan dengan

12

dari melakukan kesalahan yang serupa. Walaupun demikian, faktor ini adalah bergantung

kepada keadaan sesuatu kes itu di samping prinsip berpadanan/kesetimpalan

penghukuman juga diberi perhatian dengan keseriusan kesalahan yang dilakukan.

Sesuatu keputusan yang bakal dibuat bagi setiap kes hendaklah dibuat dengan

pertimbangan-pertimbangan yang sewajarnya sepertimana yang dinyatakan oleh Dr.

Abdul Qadir Audah dalam kitabnya Al-Tasyri’ Al-Jinaie Al-Islamie, Juz 1, hlm. 615

yang menyatakan bahawa :

“adapun bagi kesalahan-kesalahan takzir, syariat memberi kebebasan kepada hakim di

dalam memilih hukuman yang sesuai di antara sekumpulan hukuman. Sebagaimana juga

diberikan kebebasan kepada hakim di dalam menetapkan kadar hukuman dan kebebasan

menentukan pemilihan hal keadaan jenayah dan hal keadaan penjenayah ( dalam

persoalan meringan atau memberatkan hukuman). Sekiranya hakim berpendapat bahawa

hal keadaan jenayah dan hal keadaan penjenayah tidak menghendaki peringanan,

maka hakim hendaklah menghukum penjenayah mengikut hukuman yang selayaknya

dengan jenayah yang dilakukannya. Sekiranya hakim berpendapat hal keadaan

penjenayah menghendaki peringanan hukuman, maka hakim hendaklah menghukum

dengan hukuman yang sesuai dengan keperibadiannya, hal keadaannya dan hal

keadaan kehidupannya serta akhlaknya. Sekiranya pula bahawa hal keadaan jenayah

menghendaki pemberatan hukuman, sedangkan hal keadaan penjenayah menghendaki

ia diringankan, maka hakim hendaklah menghukum dengan hukuman pertengahan, dia

tidak boleh memberatkan hukuman dan tidak juga boleh meringankannya”

[37]Mahkamah tidak nafikan bahawa kepentingan awam atau “maslahah amamah” perlu

dipertimbangkan, tetapi maslahah Perayu juga perlu dilihat. Hukuman pemenjaraan

kepada Perayu sedikit sebanyak boleh mendatangkan kegerunan kepada masyarakat

awam, namun begitu adakah ia mampu menyelesaikan masalah berpoligami tanpa

kebenaran secara total. Pemenjaraan kepada Perayu juga bakal menimbulkan masalah

terhadap kepentingan awam yang melibatkan isteri-isteri dan anak-anak Perayu pula

terutamanya kehilangan tempat bergantung dan kebajikan mereka akan terjejas.

[38]Seterusnya Mahkamah mengambil maklum dengan fakta yang dibentangkan tertuduh

yang dijadikan alasan rayuan yang mana akan memberi kesan kepada diri Perayu jika

hukuman penjara dikekalkan. Mahkamah bersetuju dengan hujahan yang dibangkitkan

oleh peguam Responden bagi isu kedua iaitu pengakuan salah dan kesalahan kali

pertama Perayu namun bagi isu ketiga yang dibangkitkan oleh Perayu dalam kes ini,

Page 13: Undang-Undang Jenayah Syariah Undang-Undang Tatacara ... lwn PS.pdf · Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah – Tahanan Di Baitul Iman ... denda tidak memadai dan sepadan dengan

13

Mahkamah percaya setelah meneliti dan mempertimbangkan rayuan Perayu terhadap

kesan dan akibat hukuman yang dijatuhkan dan disabitkan oleh Hakim Bicara.

Mahkamah mendapati sekiranya hukuman penjara dikekalkan, hukuman ini akan

menjejaskan kehidupan Perayu bukan sahaja diri Perayu malah keluarga Perayu turut

menerima tempias akibat perbuatan salah laku dan tatacara mereka. Perayu juga yang

sedang bekerja akan kehilangan pekerjaan dan amat sukar untuk mencari semula dan

mendapat pekerjaan yang stabil zaman ini memandangkan kegawatan ekonomi yang

memuncak.

[39]Mahkamah yakin dan percaya bahawa Hakim Bicara terdahulu telah gagal membuat

pertimbangan berkenaan dengan kesan-kesan sabitan atau hukuman yang dijatuhkan

tersebut. Ini kerana sesuatu hukuman yang dijatuhkan ke atas pesalah sudah pasti

memberi kesan, bukan sahaja terhadap pesalah bahkan kepada seluruh ahli keluarga

beliau serta terhadap pekerjaan beliau.

[40] Perayu mengatakan bahawa Hakim Bicara terdahulu sebelum memutuskan hukuman ke

atas Perayu maklum mengenai kedudukan dan pekerjaan Perayu. Namun dalam

pengamatan Mahkamah sebagai seorang pekerja yang berpendapatan RM5000 sebulan

sebagai penasihat Unit Amanah, sudah pasti Perayu juga cukup terbeban dengan kos sara

hidup masa kini yang semakin menigkat naik dan tanggungjawab Perayu terhadap dua

buah keluarga perlu diambil kira. Tambahan pula, jika diteliti pendapatan bersih Perayu

setelah ditolak hutang-piutang, kos sara hidup, duit untuk keluarga dan tanggungjawab

lain tidaklah sebesar mana.

[41]Perayu merupakan ketua keluarga yang mempunyai tanggungjawab untuk memberikan

dan menanggung nafkah bagi kedua-dua isteri dan anak-anak. Sekiranya hukuman

penjara masih dikekalkan terhadap P nescaya pendapatan beliau akan terjejas. Malah

masyarakat umum akan membuat tanggapan yang buruk terhadap P seolah-olah beliau

melakukan kesalahan jenayah yang berat sehingga dipenjarakan, di mana lambat laun

akan turut menjejaskan pekerjaan P dan kemungkinan besar P akan dibuang kerja.

[42] Oleh yang demikian, Mahkamah percaya kesalahan Perayu adalah merupakan kesalahan

ta’zir yang menyentuh hak pemerintah yang boleh dimaafkan. Mahkamah berpendapat

bahawa dengan hukuman denda yang maksima iaitu sebanyak RM1000.00 sudah

Page 14: Undang-Undang Jenayah Syariah Undang-Undang Tatacara ... lwn PS.pdf · Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah – Tahanan Di Baitul Iman ... denda tidak memadai dan sepadan dengan

14

memadai sebagai hukuman untuk mengajar (ta’dib), pencegahan, pengajaran di samping

pemulihan dan pendidikan untuk Perayu.

[43]Malahan Mahkamah mengambil kira faktor keluarga Perayu yang besar kerana terdapat

dua isteri yang masih dalam tanggungan beserta kebajikan anak-anak yang perlu

dipelihara dan dijaga. Sekiranya Mahkamah mengekalkan hukuman penjara 3 hari

kepada Perayu Mahkamah membiarkan kemudharatan yang lebih besar berlaku. Ini

kerana keluarga Perayu akan hilang sumber kewangan yang akan menjejaskan

perkembangan emosi anak-anak untuk terus hidup dengan baik, aman dan harmoni. Oleh

yang demikian Mahkamah perlu untuk memastikan dan mengelakkan kemudharatan

yang lebih besar dengan menggugurkan kemudharatan yang kecil.

[44]Kesimpulannya daripada alasan-alasan rayuan yang yang dikemukakan oleh pihak

Perayu, Mahkamah mendapati bahawa Hakim Bicara gagal mengambil kira faktor-faktor

peringanan dalam menjatuhi hukuman kepada Perayu sebaliknya memberatkan hukuman

tersebut dengan menjatuhi hukuman penjara selama 3 hari.

[45]Hakim Bicara tidak menggunakan budi bicara yang sewajarnya ketika menjatuhkan

hukuman penjara 3 hari tersebut. Adalah tidak wajar hukuman penjara ini dikenakan

selama 3 hari tanpa melihat faktor-faktor peringanan yang ada. Berdasarkan penjelasan

yang Mahkamah kemukakan terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak Perayu,

Mahkamah berpendapat hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Bicara perlu diubah.

Justeru Mahkamah menerima rayuan Perayu dan membatalkan serta mengakaskan

hukuman penjara 3 hari namun mengenakan hukuman denda maksima RM1,000.00

sahaja.

Page 15: Undang-Undang Jenayah Syariah Undang-Undang Tatacara ... lwn PS.pdf · Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah – Tahanan Di Baitul Iman ... denda tidak memadai dan sepadan dengan

15

KEPUTUSAN

SETELAH MAHKAMAH melihat Rekod Rayuan bertarikh 12 Mei 2017 DAN setelah

meneliti Hujahan Perayu bertarikh pada 21 September 2017 SERTA Hujahan Balas

Responden 7 Ogos 2017 dan otoriti-otoriti yang dikemukakan, MAKA DENGAN INI,

MAHKAMAH MEMUTUSKAN SEPERTI BERIKUT :

1. Mahkamah menerima rayuan Perayu.

2. Mahkamah meminda perintah Tuan Hakim MRS Daerah Hulu Langat dalam Kes

Jenayah No. 10005-166-0178-2016 iaitu Perayu dijatuhkan hukuman Penjara (3) hari.

3. Mahkamah memutuskan hukuman penjara 3 hari terhadap Perayu diketepikan dan

mengenakan hukuman denda maksima RM1,000.00 atau penjara 2 bulan jika gagal

membayar denda