kajian psh kss di pks - khalid husseine bin tuah

Upload: alep-myeyez-alep

Post on 07-Aug-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/20/2019 Kajian Psh Kss Di Pks - Khalid Husseine Bin Tuah

    1/10

    FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT UNTUK KURSUS

    SECARA SAMBILAN DI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

    Khalid Husseine Bin Tuah

    Mahathir Bin Mohamad Kamin

    Unit Latihan dan Pendidikan LanjutanPoliteknik Kuching Sarawak

    [email protected] 

    [email protected] 

    Abstrak   - Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong lepasan pelajar SPM, Sijil

    Kemahiran, Sijil Kolej Komuniti, Sijil Politeknik dan yang setaraf untuk mengikuti Pembelajaran Sepanjang Hayat

    (PSH) iaitu melanjutkan pengajian Diploma menerusi Kursus Secara Sambilan (KSS) di Politeknik Kuching

    Sarawak (PKS). Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan pelajar-pelajar KSS bagi Diploma

    Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dan Diploma Kejuruteraan Awam iaitu seramai 49 orang. Kajian ini

     berbentuk kuantitatif yang menggunakan instrumen borang soal selidik yang mana item-item yang digunakan telah

    memperoleh nilai kebolehpercayaan (Cronbach’s Alpha) setinggi 0.839. Data dalam kajian ini telah dianalisis

    dengan menggunakan SPSS versi 15.0 bagi mendapatkan nilai sisihan piawai, peratus, min dan Ujian t. Dapatan

    kajian menunjukkan faktor keinginan untuk melanjutkan pelajaran atas inisiatif sendiri merupakan faktor paling

    tinggi dalam mendorong PSH untuk KSS di PKS. Ini diikuti dengan faktor untuk meningkatkan taraf profesion,

     berminat untuk menambah ilmu dan program pengajian yang dijalankan relevan dengan pekerjaan serta masa depan.

    Selain itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan faktor pendorong PSH yang tertinggi iaitu menyambung belajar

    atas inisiatif sendiri untuk KSS di PKS merentas jantina dan program pengajian. Justeru, hasil dapatan kajian ini

    dicadangkan agar pihak majikan memberikan berbagai insentif yang boleh menggalakkan pekerjanya untuk

    melanjutkan pelajaran bagi mempertingkatkan martabat ilmu dan profesion masing-masing.

    Kata Kunci : PSH, KSS, PKS

    Pengenalan

    Pendidikan merupakan agenda yang sangat penting dalam menentukan hala tuju negara pada masa depan.Malah, Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak turut menyatakan pendidikan ialah

     penyumbang utama pembangunan modal sosial dan ekonomi negara (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012).

    Pada masa yang sama, pembelajaran sepanjang hayat sudah menjadi perkara penting dalam sektor pekerjaan dan

     polisi pekerja, baik dalam sektor kerajaan mahupun organisasi antarabangsa (Commision of The European

    Comunities, 2007).

    Klimaks idea ini mendapat perhatian dunia ialah apabila pihak UNESCO mendeklarasikan 1996 sebagai

    'Lifelong Learning Year'. Bertitik tolak dari situ, UNESCO dan Suruhanjaya Kesatuan Eropah telah menyasarkan

     pewujudan 'Masyarakat Berilmu' sebagai tema atau matlamat globalisasinya (Suruhanjaya Eropah, 2002).

    Penekanan diberikan UNESCO dan Suruhanjaya Kesatuan Eropah ini menjadikan keperluan 'belajar secara

     berterusan' satu kemestian bagi setiap individu.

    Rentetan daripada itu, Malaysia turut mengatur strategi serta mengambil langkah proaktif untuk berdayasaing dan terus maju melalui pencapaian modal insan yang berkualiti, berkemahiran dan berpengetahuan tinggi.

    Perkara ini diakui oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan bahawa program

     pembelajaran sepanjang hayat akan dijadikan sebagai agenda untuk meningkatkan keupayaan modal insan negara.

    Ini berikutan PSH amat penting untuk meningkatkan peratusan tenaga kerja berkemahiran tinggi daripada 28 peratus

     pada masa ini kepada 33 peratus menjelang tahun 2015 (Berita Harian, 2010).

    Secara amnya, PSH ialah pembelajaran yang berterusan sejak dari lahir sehingga ke liang lahad, sama ada

    secara formal atau tidak formal, sedar atau tidak, secara berkumpulan atau individu. Perkara yang baru dan berbeza

    dihadapi setiap hari dan ia memerlukan proses pembelajaran menghadapinya (Michael D. dan Diane R.,2008).

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]

  • 8/20/2019 Kajian Psh Kss Di Pks - Khalid Husseine Bin Tuah

    2/10

     Namun, dalam konteks keperluan negara, PSH ditakrifkan sebagai semua pembelajaran yang dilalui oleh seseorang

    individu dalam lingkungan umur 15 tahun ke atas kecuali pelajar profesional (Kementerian Pengajian Tinggi

    Malaysia, 2011).

    Untuk menyokong dan mempercepat pembudayaan PSH ini, kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif

    dan proaktif untuk merealisasikannya. Ini dapat dilihat menerusi Sasaran Pelan Induk Pembudayaan PSH untuk

    Malaysia adalah 50% daripada penduduk berumur 15 hingga 64 tahun akan berpeluang menyertai program

     peningkatan diri PSH menjelang tahun 2020. Usaha ini akan memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 13.1 juta

    orang penduduk (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2011). Maka itulah, terdapat banyak institut pengajian

    tinggi seperti kolej komuniti, universiti, institusi pendidikan jarak jauh termasuklah politeknik telah menawarkan

     peluang PSH untuk kepentingan masyarakat (Bernama, 2010). Perkara ini menjadi lebih serius apabila PSH menjadi

    salah satu Projek Agenda Kritikal (CAP) dalam Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara Fasa 2 (2011  –   2015)

    untuk semua institusi di Malaysia agar kesedaran dan penyertaan rakyat dalam PSH semakin bertambah.

    Selaras dengan Teras Keempat, Pelan Strategik Pengajian Tinggi (PSPTN), iaitu Memperkasa Institusi

    Pengajian Tinggi dan Teras Keenam iaitu Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat, PKS juga tidak mahu

    ketinggalan dalam memberi kualiti pendidikan yang terbaik dalam penjanaan modal insan. Justeru, Pelaksanaan

    PSH di PKS menerusi medium Time Sector Privatisation (TSP) di bawah Akaun Amanah Latihan Khas Politeknik,

    KPM adalah suatu pendekatan pendemokrasian pendidikan melalui penawaran KSS, kursus-kursus pendek, kursus

    terlanggan dan sebagainya.

    KSS merupakan produk terlaris politeknik secara umumnya dalam memenuhi tujuan PSH. KSS ini

    sebenarnya merupakan program pengajian politeknik yang dilaksanakan dalam mod separuh masa yang terbuka

    kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Politeknik, Sijil Kemahiran dan yang setaraf. Di PKS, terdapat

     beberapa program pengajian yang ditawarkan seperti Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan), Diploma

    Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi), Diploma Akauntansi, Diploma Pengurusan Perniagaan, Diploma

    Kejuruteraan Awam (DKA) dan Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan  –   DIP). Namun demikian, pada

    masa sekarang, hanya 2 program pengajian yang dilaksanakan iaitu DKA dan DIP.

    Penyataan Masalah

    Pembelajaran sepanjang hayat menjadi semakin penting di Malaysia kerana tekanan daripada ledakan

    globalisasi, perubahan teknologi yang pantas dan pertumbuhan penduduk di Malaysia (Mohamed Rashid Navi Baxdan Mohd Nasir Abu Hassan, 2005). PSH yang dilaksanakan oleh IPT adalah melalui pendekatan pendidikan jarak

     jauh, pendidikan fleksibel, pengiktirafan pengalaman bekerja, penawaran kursus pendek, kursus terlanggan dan

    kursus secara sambilan. Justeru, menerusi Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara Fasa 2 (2011 –  2015) menerusi

    Kementerian Pengajian Tinggi (2011), salah satu mekanisma Pelan Tindakan Menjelang 2020 adalah untuk

    menambah enrolmen pelajar PSH sehingga 10 peratus di peringkat diploma dan ijazah dengan syarat kemasukan

    yang fleksibel. 

    Untuk menyahut seruan itu, politeknik tidak ketinggalan dalam turut serta merealisasikan hasrat tersebut

    dengan penawaran pengajian di peringkat diploma menerusi Kursus Secara Sambilan. Atas perkembangan ini, satu

    kajian perlu dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong individu melanjutkan pelajaran

     peringkat diploma melalui Kursus Secara Sambilan di politeknik. Lagipun, di Malaysia, masih terlalu kurang kajian

    yang dijalankan dalam skop PSH yang dilaksanakan di politeknik. Maka, atas dasar inilah, penyelidik menjalankan

    kajian bagi mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong individu melanjutkan pelajaran ke peringkat diplomamenerusi KSS di politeknik.

  • 8/20/2019 Kajian Psh Kss Di Pks - Khalid Husseine Bin Tuah

    3/10

    Objektif Kajian

    Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk:

    i. 

    Mengenalpasti faktor-faktor pendorong untuk melanjutkan pelajaran peringkat diploma melalui KSS di

    Politeknik Kuching Sarawak.

    ii. 

    Mengetahui perbezaan yang signifikan mengikut statistik menerusi faktor pendorong yang tertinggi

    untuk melanjutkan pelajaran peringkat diploma melalui KSS di Politeknik Kuching Sarawak merentas

     jantina.

    iii.  Mengetahui perbezaan yang signifikan mengikut statistik menerusi faktor pendorong yang tertinggi

    untuk melanjutkan pelajaran peringkat diploma melalui KSS di Politeknik Kuching Sarawak merentas

     program pengajian Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dan Diploma Kejuruteraan Awam,

    PKS.

    Kepentingan Kajian

    Melanjutkan pelajaran sambil bekerja merupakan satu cabaran kepada pelajar-pelajar KSS di PKS terutama

    yang telah berkeluarga, pengorbanan dari segi masa, tenaga dan wang ringgit. Dalam keadaan yang sedemikian,

     pelajar-pelajar KSS ini tetap tidak melepaskan peluang untuk memohon melanjutkan pelajaran apabila tawaran

    Diploma KSS dikeluarkan oleh PKS.

    Oleh hal yang demikian, diharapkan kajian ini akan dapat membantu pihak Kementerian Pendidikan

    Malaysia khususnya Jabatan Pengajian Politeknik untuk memberi penekanan terhadap faktor-faktor pendorong PSH

     bagi tujuan promosi PSH yang lebih efektif. Selain itu, dengan adanya kajian ini akan dapat memberi panduan

    kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia atau Jabatan Pengajian Politeknik untuk merangka sesuatu program

    kursus PSH yang bersesuaian dan relevan kepada masyarakat. Malah, pihak kerajaan dan agensi lain juga dapat

    mengenal pasti untuk memperkenalkan bantuan dari sudut pinjaman, kewangan, biasiswa dan kemudahan bagi

    menggalakkan masyarakat untuk membudayakan PSH. Di samping itu, hasil kajian ini diharapkan dapat menambah

    sumber rujukan dan menjadi pendorong kepada penyelidik lain membuat kajian ke arah meningkatkan lagi

    keberkesanan sistem pendidikan negara.

    Rekabentuk Kajian

    Kaedah kajian yang digunakan adalah tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah

    kuantitatif iaitu penggunaan set soal selidik yang diedarkan sendiri oleh penyelidik kepada responden yang terdiri

    daripada pelajar-pelajar KSS bagi Diploma Kejuruteraan Awam dan Diploma Teknologi Maklumat

    (Pengaturcaraan), PKS. Kajian berbentuk deskriptif akan dapat memberikan gambaran atau maklumat mengenai

    sesuatu keadaan pada suatu masa tertentu, di samping membantu untuk membuat perancangan pada masa akan

    datang (Wiersma, 1991).

    Kajian deskriptif hanya melibatkan punca dan akibat berdasarkan data yang diperolehi. Dengan kata lain,

     penyelidik tidak boleh memanipulasikan apa-apa faktor atau fenomena yang akan mempengaruhi tingkah laku

     pencapaiannya (McMillan, 1996). Borang soal selidik digunakan sebagai alat untuk mendapatkan maklumat yang

    dikehendaki. Menurut Mohd Majid Konting (2000), instrumen borang soal selidik adalah kaedah paling mudah dan

    cepat untuk memperoleh maklumat penyelidikan.

    Populasi dan Persampelan

    Populasi kajian adalah pelajar-pelajar KSS bagi Diploma Kejuruteraan Awam dan Diploma Teknologi

    Maklumat (Pengaturcaraan), PKS iaitu seramai 49 orang. Menurut Krejcie dan Morgan (1970), apabila bilangan

     populasi 50 orang, maka sampel yang perlu diambil ialah 44 orang. Namun demikian, bilangan sampel yang dipilih

    melalui kaedah pemilihan rawak mudah telah melebihi tahap yang disarankan oleh Krejcie dan Morgan (cadangan

    44 orang) iaitu kesemua pelajar KSS seramai 49 orang dikaji.

  • 8/20/2019 Kajian Psh Kss Di Pks - Khalid Husseine Bin Tuah

    4/10

    Instrumen Kajian 

    Untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dalam kajian ini, penyelidik telah menyediakan 1 set soal

    selidik yang terdiri daripada 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A mengandungi soalan yang

     berkaitan maklumat latar belakang responden. Manakala, Bahagian B mengandungi 25 soalan berhubung dengan

    faktor-faktor pendorong melanjutkan pelajaran.

    Responden dikehendaki menjawab semua soalan di kedua-dua bahagian tersebut. Item-item soal selidik di

    Bahagian B mengikut skala kaedah Likert. Kaedah Likert ini digunakan kerana ia mempunyai kesahan dan

    kebolehpercayaan seperti di dalam Jadual 1.

    Jadual 1 : Skala Pemeringkatan Likert

    Skala Likert Pengkelasan

    1 Sangat Tidak Setuju (STS)

    2 Tidak Setuju (TS)

    3 Kurang Setuju (KS)

    4 Setuju (S)

    5 Sangat Setuju (S)

    Kajian Rintis

    Bagi mendapatkan kebolehpercayaan dan kesahan alat kajian iaitu instrumen kajian, ujian rintis telah

    dijalankan ke atas 10 orang pelajar KSS di PKS. Kajian rintis ini bertujuan untuk mengetahui sama ada responden

    memahami atau tidak soalan-soalan yang dikemukakan dan melihat kesesuaian item-item yang digunakan untuk

    menentukan kesahan dan kebolehpercayaannya. Set soal selidik diproses dengan menggunakan perisian Statistical

     Package For Social Science (SPSS).

    Menurut Mohamad Najib Ghaffar (1999), instrumen yang dibina sendiri oleh pengkaji memerlukan kajian

    rintis untuk menguji keobjektifan, kesahan dan kebolehpercayaan soalan. Melalui kajian rintis, kebolehpercayaan

    soal selidik dapat ditentukan di mana kebolehpercayaan memberi darjah ketekalan dan ketepatan instrumen

     pengukuran.

    Hasil daripada kajian rintis ini, penyelidik telah mendapati nilai Cronbach’s Alpha ialah 0.839 setelah

    diproses dengan menggunakan SPSS Windows 15.0. Menurut Mohamad Najib Ghaffar (1999), kebolehpercayaan

    yang tinggi mempunyai nilai Cronbach’s Alpha melebihi 0.80. Ini menunjukkan soal selidik yang dibina itu

    mempunyai nilai kebolehpercayaan yang agak tinggi dan berupaya mengukur pembolehubah-pembolehubah dalam

    kajian ini dengan baik.

    Kaedah Penganalisisan Data

    Data yang diperolehi daripada responden dikumpul dan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 15.0.

    Analisis deskriptif telah digunakan untuk mencapai objektif kajian yang pertama untuk mengenal pasti perbandingan

    skor min, sisihan piawai dan peratus. Manakala, bagi mencapai objektif kajian yang kedua dan ketiga iaitu statistikinferensi, Ujian t untuk dua sampel tak bersandaran digunakan.

  • 8/20/2019 Kajian Psh Kss Di Pks - Khalid Husseine Bin Tuah

    5/10

    Dapatan Kajian dan Perbincangan

    Menerusi kajian yang telah dijalankan, sebanyak 49 orang responden telah mengembalikan borang soal

    selidik yang telah diedarkan. Jadual 2 merupakan data skor min yang diperolehi berdasarkan pemeringkatan yang

    telah dibuat.

    Jadual 2 : Pemeringkatan Faktor-Faktor Pendorong Program Pengajian Diploma (KSS) di PKS

    Faktor-Faktor Pendorong MinSisihan

    PiawaiPemeringkatan

    Sambung belajar atas inisiatif sendiri 4.80 0.407 1

    Untuk meningkatkan taraf profesion 4.73 0.491 2

    Berminat untuk menambahkan ilmu pengetahuan 4.67 0.474 3

    Program yang dijalankan relevan dengan pekerjaan dan

    masa depan4.67 0.516 4

    Merasa diri mampu untuk mengikutinya 4.63 0.487 5

    Mendapati kekurangan ilmu pada diri 4.57 0.612 6

    Syarat kemasukan yang bersesuaian dengan sijil sedia

    ada4.55 0.542 7

    Program pengajian di pusat pembelajaran telah diiktiraf 4.55 0.614 8

    Berminat dengan program pengajian yang ditawarkan 4.43 0.645 9

    Sedar belajar itu tuntutan agama 4.41 0.705 10

    Dorongan ahli keluarga 4.39 0.731 11

    Keperluan kenaikan pangkat 4.39 0.885 12

    Kejayaan rakan-rakan yang mengikuti program ini 4.24 0.855 13

    Reputasi pusat pembelajaran yang tinggi dan baik 4.18 0.635 14

    Tiada masalah walaupun lokasi pusat pembelajaran jauh 4.18 0.905 15

    Mampu menguruskan masa dengan baik 4.10 0.797 16

    Sokongan rakan-rakan sekerja 4.08 0.786 17

    Tiada masalah belajar di hujung minggu 4.06 0.944 18

    Kaedah pengajaran dan pembelajaran di pusat

     pembelajaran yang menarik4.02 0.721 19

    Mampu dari segi kewangan 3.86 0.866 20

  • 8/20/2019 Kajian Psh Kss Di Pks - Khalid Husseine Bin Tuah

    6/10

    Tertarik untuk melanjutkan pelajaran menerusi iklan PSH

    di media massa3.86 0.957 21

    Kemudahan di pusat pembelajaran yang mencukupi 3.82 0.858 22

    Galakan pihak kerajaan 3.78 1.085 23

    Adanya bantuan kewangan dari sumber lain (PTPTN,KWSP, biasiswa dan lain-lain)

    3.57 1.225 24

    Dorongan majikan 3.53 1.002 25

    Skala Skor Min: 1.00 –  2.49 = Rendah; 2.50  –  3.49 = Sederhana; 3.5  –  5.00 = Tinggi (Skala diadaptasi daripada

     Mohd. Najib Bin Abdul Ghaffar,1999)

    Berdasarkan kepada Jadual 2, faktor utama yang menjadi pendorong untuk PSH di PKS ialah responden

    ingin mengikuti PSH bagi program pengajian Diploma KSS adalah disebabkan atas insiatif diri sendiri. Data juga

    turut menunjukkan 98% responden bersetuju terhadap faktor ini. Perkara ini menunjukkan bahawa motivasi

    responden sangat tinggi untuk melanjutkan pelajaran tanpa paksaan dan mengikut kerelaan hati. Responden sanggup

    mengikuti aktiviti PSH atas inisiatif diri sendiri dan tetap menyahut cabaran yang mendatang. Ini bertepatan dengan pendapat Siti Hawa Munji (1990) yang menyatakan bahawa motivasi menerusi inisiatif diri merupakan daya

     penggerak utama yang menjamin kejayaan seseorang untuk mencapai matlamat.

    Merujuk kepada kadar pemeringkatan yang dibuat, faktor pendorong kedua yang tertinggi ialah

    meningkatkan taraf profesion. Sebanyak 96% responden bersetuju bahawa dengan melanjutkan pelajaran, taraf

     profesion akan dapat dipertingkatkan. Lagipun, responden yang dikaji majoritinya merupakan pelajar lepasan SPM

    (6%), Sijil Kolej Komuniti (4%) dan Sijil Politeknik (86%). Ditambah lagi, 88% daripada responden bekerja sebagai

     juruteknik (juruteknik awam dan juruteknik komputer). Oleh hal yang demikian, dengan melanjutkan pelajaran ke

     peringkat diploma, sekurang-kurangnya responden berpendapat bahawa gred dalam perjawatan turut berubah dan

    kenaikan gaji juga akan diprolehi. Ini berkait rapat dengan motivasi ekstrinsik yang mempengaruhi individu untuk

     berusaha bagi mendapatkan status sosial untuk taraf kehidupan yang lebih baik (Ramlah dan Mahani, 2002).

    Faktor pendorong yang ketiga pula dengan nilai min 4.67 ialah responden ingin melanjutkan pelajaran

    kerana ingin menambah ilmu pengetahuan dalam diri masing-masing. Data juga menunjukkan 98% responden

     bersetuju akan hal ini. Maknanya, aspek ilmu turut menjadi perkara pokok terhadap responden semasa membuat

    keputusan untuk melanjutkan pelajaran demi meningkatkan kemahiran dan penguasaan kurikulum semasa. Menurut

    Mahmood Nazar (2005), minat untuk mempelajari sesuatu merupakan sifat utama dalam pembangunan modal insan.

    Ditambah lagi, individu atau pekerja yang berminat untuk mempelajari sesuatu adalah merupakan pekerja yang

     produktif.

    Semasa membuat keputusan untuk mengikuti program Pembelajaran Sepanjang Hayat di Politeknik

    Kuching Sarawak, faktor pendorong keempat yang menjadi keutamaan responden ialah program pengajian yang

    dijalankan di PKS adalah relevan dengan pekerjaan dan masa depan responden (96% bersetuju dan 4% kurang

    setuju). Jika dikaitkan dengan latar belakang responden, sememangnya 86% responden merupakan lepasan Sijil

    Politeknik. Maka, dengan penawaran KSS dalam bidang Diploma Kejuruteraan Awam dan Diploma Teknologi

    Maklumat (Pengaturcaraan) di PKS, perkara ini menjadi satu tarikan cukup penting kepada responden untuk

    mengikutinya. Lebih-lebih lagi, responden sememangnya bekerja dalam bidang tersebut. Ini juga dapatmemudahkan mereka untuk mengikuti Latihan Industri di jabatan atau agensi mereka sendiri selain daripada

    meneruskan minat dalam bidang masing-masing.

    Berhubung dengan program pengajian Diploma KSS yang ditawarkan di PKS, 96% responden bersetuju

     bahawa syarat kemasukan ke program berkenaan adalah bersesuaian dengan sijil yang mereka ada. Selain daripada

    itu, sebanyak 96% responden (nilai min = 4.55) bersetuju bahawa mereka tertarik untuk melanjutkan pelajaran di

    PKS kerana mereka percaya bahawa program yang ditawarkan telah diiktiraf iaitu daripada Malaysian Qualification

    Agency (MQA). Di samping itu, 94% responden turut berminat dengan program yang ditawarkan. Bahkan, 90%

  • 8/20/2019 Kajian Psh Kss Di Pks - Khalid Husseine Bin Tuah

    7/10

    daripada responden terdorong untuk melanjutkan pelajaran di PKS kerana mereka percaya PKS mempunyai reputasi

     pusat pembelajaran yang tinggi dan baik. Ini ditambah lagi dengan faktor bahawa responden sedar belajar itu adalah

    dituntut dalam agama dengan skor min yang agak tinggi iaitu 4.41.

    Dari segi kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) di PKS, nilai skor min turut berada di tahap yang

    tinggi iaitu 4.02 yang mana 82% bersetuju, 12% kurang setuju dan 4% tidak setuju. Keseluruhannya, faktor kaedah

    P&P di PKS yang mengamalkan konsep Outcome Based Education  (OBE) mampu untuk menarik minat pelajar

    untuk terus menambahkan ilmu pengetahuan. Dari aspek geografi, 76% responden bersetuju bahawa mereka tiada

    masalah untuk melanjutkan pelajaran walaupun lokasi PKS terletak jauh dari tempat kediaman mereka (22% kurang

    setuju dan 2% sangat tidak setuju). Ini kerana menerusi Bahagian A : Latar Belakang Responden, pelajar KSS ini

     bukan sahaja mereka yang berada di sekitar Kuching, tetapi ada dalam kalangan mereka yang bekerja dan berasal

    dari Kapit, Bintulu, Mukah, Sibu, Sri Aman, Sarikei dan Betong. Hanya 48% responden yang berasal dari Kuching

    dan selebihnya iaitu 52% responden berasal dari luar Kuching. Jarak lokasi pusat pembelajaran yang agak jauh

    dengan ulang alik menaiki kenderaan darat dan air, tidak menjadi halangan untuk mereka terus belajar.

    Elemen seterusnya juga turut dikaitkan dengan faktor belajar di hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad. Nilai

    minnya masih tinggi iaitu 4.18 yang mana 80% responden bersetuju bahawa mereka tiada masalah belajar di hujung

    minggu. Ini ditambah lagi dengan faktor dorongan oleh ahli keluarga iaitu 88% (min = 4.18) menyebabkan motivasi

    responden untuk belajar di hujung minggu tidak menjadi masalah. Lagipun, 82% responden percaya bahawa mereka

    mampu untuk menguruskan masa dengan baik dari segi masa bersama keluarga, bekerja sambil menyiapkan tugasan

     pembelajaran.

    Dalam aspek kenaikan pangkat, 86% responden bersetuju bahawa kriteria kenaikan pangkat menjadi salah

    satu aspek yang penting untuk mereka melanjutkan pelajaran. Secara tidak langsung, apabila mereka memperoleh

    diploma dan menjawat jawatan yang bersesuaian, taraf hidup mereka sekeluarga turut meningkat. Malah, rakan-

    rakan juga menjadi faktor pendorong mereka untuk belajar lagi. Ini kerana 86% responden bersetuju bahawa mereka

    ingin belajar ke peringkat diploma kerana melihat kepada faktor kejayaan rakan-rakan mereka yang telah mengikuti

     program ini. Malah, 84% responden turut bersetuju bahawa rakan-rakan sekerja mereka turut memberikan dorongan

    dan motivasi untuk mereka terus belajar.

    Untuk skor min pada skala sederhana, walaupun tidak kritikal, tetapi perlu diberi perhatian. Dari aspek

    kewangan, 76% responden bersetuju bahawa mereka mampu dari segi kewangan untuk pembayaran yuran, kos

     penginapan dan pengangkutan semasa mengikuti PSH. Namun, 24% responden tidak setuju akan hal tersebut. Ini

    ditambah lagi dengan nilai skor min untuk faktor bantuan kewangan yang agak sederhana (min = 3.57), hanya 62%responden bersetuju mereka terdorong untuk menyambung belajar kerana adanya bantuan kewangan. Maknanya,

    inisiatif dari pihak kerajaan, kerajaan negeri mahupun pihak majikan adalah amat diharapkan agar dapat memberi

    alternatif bantuan kewangan kepada komuniti yang ingin menyambung belajar seperti bantuan biasiswa, pinjaman

    atau tajaan daripada agensi syarikat.

    Berdasarkan kepada faktor pengiklanan, 72% responden bersetuju bahawa mereka terdorong untuk

    melanjutkan pelajaran menerusi iklan PSH di media massa. Kemudian, dengan nilai min 3.82 pada skala sederhana,

    hanya 68% responden bersetuju bahawa kemudahan yang disediakan adalah mencukupi. Oleh itu, satu kajian

    tindakan perlu dilaksanakan untuk mengenal pasti kemudahan yang belum mencukupi tersebut.

    Kendatipun begitu, faktor galakan daripada pihak kerajaan untuk PSH mencapai nilai skor min 3.78 iaitu

    (78% responden bersetuju). Manakala, 70% responden bersetuju mereka menyambung pelajaran atas dorongan

    majikan dan 30% tidak bersetuju. Disebabkan faktor dorongan majikan berada di kedudukan bawah sekali, justeru pihak majikan perlu mengambil perhatian dengan menawarkan insentif yang lebih menarik agar pekerja lebih

    tertarik untuk mengikuti program PSH (hanya 56% bersetuju dan 44% tidak setuju).

    Manakala, untuk dapatan kajian bagi objektif kajian kedua, berdasarkan Jadual 3, didapati tidak terdapat

     perbezaan yang signifikan untuk faktor pendorong PSH tertinggi (menyambung belajar atas inisiatif sendiri) secara

    KSS di PKS antara pelajar lelaki dan perempuan (t = 0.201 ; p ˃ 0.05). Bahkan, faktor   pendorong menyambung

     belajar atas inisiatif sendiri untuk pelajar lelaki (min = 4.79) adalah sama dengan pelajar perempuan (min = 4.81).

  • 8/20/2019 Kajian Psh Kss Di Pks - Khalid Husseine Bin Tuah

    8/10

     

    Jadual 3 : Faktor Pendorong PSH Tertinggi Secara KSS di PKS Mengikut Jantina

    Jantina Bilangan Min Sisihan Piawai Nilai-t Tahap

    Signifikan

    Lelaki 28 4.79 0.418 -0.201 0.688

    Perempuan 21 4.81 0.402

    Selain itu, menerusi Jadual 4, untuk objektif kajian ketiga, didapati tidak terdapat perbezaan yang

    signifikan untuk faktor pendorong PSH yang tertinggi (menyambung belajar atas inisiatif sendiri) secara KSS di

    PKS antara pelajar program Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dan Diploma Kejuruteraan Awam (t =

    0.626; p ˃ 0.05). Skor min bagi program pengajian DIP (min = 4.83) dan DKA (min = 4.76) adalah hampir sama.

    Jadi, faktor-faktor pendorong PSH secara KSS di PKS untuk pelajar DIP dan DKA adalah sama.

    Jadual 4 : Faktor-Faktor Pendorong PSH Secara KSS di PKS Mengikut Program Pengajian

    Program Pengajian Bilangan Min Sisihan Piawai Nilai-t Tahap

    Signifikan

    Diploma Teknologi Maklumat

    (Pengaturcaraan) [DIP]

    24 4.83 0.381 0.626 0.211

    Diploma Kejuruteraan Awam-

    [DKA]

    25 4.76 0.436

    Kesimpulan

    Secara keseluruhannya, majoriti keseluruhan elemen faktor-faktor pendorong PSH secara KSS di PKS yang

    dikaji adalah amat penting untuk dititikberatkan bukan sahaja dari pihak pelaksana PSH, bahkan majikan dan

    kerajaan turut serta bekerjasama memahaminya agar agenda PSH negara yang dicanang-canangkan dapat

    direalisasikan. Pemeringkatan yang dilakukan terhadap faktor-faktor pendorong yang dikaji juga adalah mustahak

    untuk diteliti bagi memudahkan urusan pelaksanaan PSH di sesebuah institut pengajian. Faktor pendorong PSH

    yang tertinggi ialah menyambung belajar atas inisiatif sendiri. Selain itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan

    antara jantina dan juga program pengajian terhadap faktor menyambung belajar atas inisiatif sendiri.

    Cadangan

    Menerusi kajian ini, bagi menggalakkan lagi budaya PSH dalam masyarakat, khususnya kepada individu

    yang bekerja, promosi PSH daripada pihak kerajaan perlu lebih giat lagi. Dapat dikenalpasti juga, dorongan majikan

    untuk pekerjanya melanjutkan pelajaran agak sederhana hasil dapatan kajian. Justeru, dicadangkan agar pihak

    majikan boleh mengambil inisiatif untuk menggunakan bantuan kewangan di bawah Skim Bantuan Latihan (SBL) di

     bawah  Human Resources Development Fund   (HRDF) yang mana objektif skim ini adalah untuk menggalakan

    majikan-majikan melatih semula dan meningkatkan kemahiran pekerja selaras dengan keperluan perniagaan syarikat

    mereka.

    Untuk cadangan kajian lanjutan, pengkaji seterusnya boleh mengguna pakai elemen di dalam faktor-faktor pendorong menerusi soal selidik kajian ini untuk menguji responden yang mengikuti program PSH di institusi

    masing-masing. Di samping itu, pengkaji seterusnya juga boleh mengkaji bidang PSH yang lain selain daripada

    Kursus Secara Sambilan seperti kursus jangka pendek, kursus terlanggan dan sebagainya. Pada masa yang sama,

     pengkaji seterusnya boleh membuat kajian mengenai faktor-faktor yang menarik minat pelajar lepasan Sijil Kolej

    Komuniti atau Sijil Politeknik untuk melanjutkan pengajian Diploma secara KSS setelah kemasukan secara  Point-

    of-Entry dilaksanakan berdasarkan kelulusan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

  • 8/20/2019 Kajian Psh Kss Di Pks - Khalid Husseine Bin Tuah

    9/10

     

    Rujukan

    Berita Harian (2010). 20.8.2010 Pembelajaran Sepanjang Hayat Jadi Agenda Tingkat Keupayaan Modal Insan

     Negara

    http://www.bharian.com.my/articles/Pembelajaransepanjanghayatjadiagendatingkatkeupayaanmodalinsann

    egara/Article/. Dicapai pada 18 September 2013.

    Bernama (2010). “Pembelajaran Sepanjang Hayat Jadi Agenda Tingkat Keupayaan Modal Insan

     Negara.”http://www.web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=522725/. Dicapai pada 19

    September 2013.

    Commission of the European Communities (2007). “Delivering Lifelong Learning for Knowledge, Creativity and

    Innovation.” Draft 2008 joint progress report of the Council and the Commission on the Implementation of

    the Education and Training 2010 Work Programme .

    Kementerian Pendidikan Malaysia (2012). “Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.”

    Kementerian Pendidikan Malaysia, September 2012.

    Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2011). “Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara Fasa 2 (2011 –  2015) :

    Mencetus Transformasi Pengajian Tinggi.” KTPM 

    Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). “Determining Sample Size for Research Activities.” Educational and

    Psychological Measurement, 30, 607-610.

    Mahmood Nazar Mohamed (2005). “Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa dan Tingkahlaku

    Manusia.” Dewan Bahasa & Pustaka : Kuala Lumpur. 

    Michael D. Tovey And Diane R. Lawlor (2008). “Training in Australia”. Australia. Pearson –  Education Australia

    Mimi Mohaffyza dan Che Munira (2011). “Keperluan Pembelajaran Sepanjang Hayat Bagi Tenaga Pengajar Di

    Institut Latihan Kemahiran Di Malaysia.” Tesis : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.  

    Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). “Penyelidikan Pendidikan.” Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.  

    Mohd Majid Konting (2000). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan.” Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka, Siri

    Pendidikan.

    Muhammad Sukri Saud dan Norhisham Monil (2005). “Faktor -Faktor Pendorong Guru-Guru Teknikal Bukan

    Siswazah Menyambung Pengajian Memiliki Ijazah.” Penerbit : Universiti Teknologi Malaysia.  

     Nur Iwani Azmi dan Mohamad Hisyam (2012). “Penerapan Pembelajaran Sepanjang Hayat Melalui Pelaksanaan 

    Pendidikan Asas Vokasional.” Tesis : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 

    Ramlan Bin Zainal Abidin, Ahmad Esa dan Wan Mohd. Rashid (2008). “Pendidikan Sepanjang Hayat : Isu, Cabaran

    dan Peranan Sekolah Membangun Modal Insan Dalam Komuniti Setempat.” Seminar Kebangsaan

    Pengurusan Pendidikan PKPGB 2008, 16 Oktober 2008, UTHM.

    Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2002). “Psikologi Pendidikan: Pendekatan Kontemporari.” McGraw-Hill

    (Malaysia) Sdn. Bhd.

    Siti Hawa Munji (1990). “Pengantar Psikologi.” Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti.

    Suruhanjaya Eropah (2002). “European Report On Quality Indicators of Lifelong Learning.” Brusseles: Directorate -

    General for Education and Culture.

    http://www.bharian.com.my/articles/Pembelajaransepanjanghayatjadiagendatingkatkeupayaanmodalinsannegara/Article/http://www.bharian.com.my/articles/Pembelajaransepanjanghayatjadiagendatingkatkeupayaanmodalinsannegara/Article/http://www.bharian.com.my/articles/Pembelajaransepanjanghayatjadiagendatingkatkeupayaanmodalinsannegara/Article/http://www.bharian.com.my/articles/Pembelajaransepanjanghayatjadiagendatingkatkeupayaanmodalinsannegara/Article/

  • 8/20/2019 Kajian Psh Kss Di Pks - Khalid Husseine Bin Tuah

    10/10

    Wiersma, William (1991). “Research Methods in Education : An Introduction.” Penerbi t : National Library of

    Australia.