kajian kes terhadap amalan pengetahuan · pdf fileguru fizik berpengalaman melalui penekanan...

30
KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI DAN KANDUNGAN (PTPK) GURU FIZIK JOHOR BAHRU SITI HIDAYANA BT NASSIRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: dinhminh

Post on 13-Mar-2018

216 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN · PDF fileguru fizik berpengalaman melalui penekanan penggunaan aplikasi teknologi dalam ... (T&L) in physics and ... D Nota Lapangan 149 E

KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI

DAN KANDUNGAN (PTPK) GURU FIZIK JOHOR BAHRU

SITI HIDAYANA BT NASSIRI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN · PDF fileguru fizik berpengalaman melalui penekanan penggunaan aplikasi teknologi dalam ... (T&L) in physics and ... D Nota Lapangan 149 E
Page 3: KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN · PDF fileguru fizik berpengalaman melalui penekanan penggunaan aplikasi teknologi dalam ... (T&L) in physics and ... D Nota Lapangan 149 E
Page 4: KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN · PDF fileguru fizik berpengalaman melalui penekanan penggunaan aplikasi teknologi dalam ... (T&L) in physics and ... D Nota Lapangan 149 E
Page 5: KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN · PDF fileguru fizik berpengalaman melalui penekanan penggunaan aplikasi teknologi dalam ... (T&L) in physics and ... D Nota Lapangan 149 E
Page 6: KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN · PDF fileguru fizik berpengalaman melalui penekanan penggunaan aplikasi teknologi dalam ... (T&L) in physics and ... D Nota Lapangan 149 E

Didedikasikan kepada ibu tersayang

HJH KHADIJAH BT HJ MOHAMMAD

Jasamu tidak mampu kubalas, kasih sayangmu tidak ternilai harganya..

Tidak lupa kepada arwah abah yang telah tiada

NASSIRI B HJ MOHAMAD

Doa dan sedekah jariah akan tetap mengiringimu di sana..Insya Allah..

Buat ahli keluarga yang lain,

Terima kasih di atas segala perhatian dan bakti yang kalian curahkan...

Buat teman hatiku,

Terima kasih kerana sentiasa memahami...

Dan tidak pernah jemu memberikan sokongan dan dorongan selama ini...

Semoga kita semua sentiasa diredhai dan berada dalam rahmat-Nya

Insya Allah

Page 7: KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN · PDF fileguru fizik berpengalaman melalui penekanan penggunaan aplikasi teknologi dalam ... (T&L) in physics and ... D Nota Lapangan 149 E
Page 8: KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN · PDF fileguru fizik berpengalaman melalui penekanan penggunaan aplikasi teknologi dalam ... (T&L) in physics and ... D Nota Lapangan 149 E

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, maka dapatlah saya

menyiapkan laporan Projek Sarjana Pendidikan Fizik ini dengan sebaiknya. Pada

kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada

penyelia saya iaitu Dr Fatin Aliah Phang atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang

telah diberikan kepada saya sepanjang usaha saya menyiapkan penyelidikan ini. Berkat

dedikasi serta kesungguhan beliau, segala kerumitan dapat diatasi.

Ucapan ribuan terima kasih ditujukan kepada responden-responden yang telah

memberikan kerjasama yang cukup baik sepanjang proses kajian dijalankan serta

Pengetua dan pihak sekolah yang berkenaan.

Ucapan terima kasih juga kepada teman dan rakan-rakan sekuliah kerana saling

memahami dan banyak memberi kerjasama dan sokongan sepanjang menyiapkan

penyelidikan ini. Penghargaan ini juga ditujukan kepada individu-individu yang terlibat

secara langsung dan tidak langsung dalam penghasilan penulisan ilmiah ini.

Akhir kata, semoga Allah SWT melimpahkan rahmat ke atas mereka yang telah

menyumbangkan kerjasama untuk menjayakan projek penyelidikan ini.

Page 9: KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN · PDF fileguru fizik berpengalaman melalui penekanan penggunaan aplikasi teknologi dalam ... (T&L) in physics and ... D Nota Lapangan 149 E

ABSTRAK

Kajian kes ini dijalankan untuk mengkaji amalan Pengetahuan Teknologi

Pedagogi dan Kandungan (PTPK) dalam kalangan guru fizik di sekolah sekitar Johor

Bahru. Kajian kes ini dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan protokol

temubual, senarai semak pemerhatian dan borang penelitian dokumen dan artifak ke atas

dua orang guru fizik, iaitu seorang guru baru dan seorang guru berpengalaman. Tujuan

kajian ini adalah bagi mengenalpasti tahap kesediaan guru fizik baru dan berpengalaman

terhadap pengintegrasian teknologi dalam P&P fizik, dan perbandingan amalan

pengajaran berlandaskan PTPK guru fizik baru dan guru fizik berpengalaman dalam

pengajaran fizik peringkat menengah. Hasil kajian mendapati bahawa guru fizik baru

dan berpengalaman mempunyai tahap kesediaan yang tinggi terhadap pengintegrasian

teknologi dalam P&P dari aspek pengetahuan dan sikap terhadap teknologi. Walau

bagaimanapun, guru fizik baru menunjukkan amalan PTPK yang lebih baik berbanding

guru fizik berpengalaman melalui penekanan penggunaan aplikasi teknologi dalam

penyampaian pengajarannya. Dapatan utama dalam kajian ini ialah perisian Power

Point digunakan sebagai aplikasi utama dalam penyampaian fizik guru baru manakala

bagi guru berpengalaman pula, ia digunakan sebagai pemudah cara dalam sesi

pengajaran. Selain itu, kekerapan dan penggunaan perisian Power Point secara

interaktif oleh guru baru telah mengembangkan amalan PTPK ke tahap yang lebih baik

manakala penggunaan perisian secara asas hanya membina amalan PTPK guru

berpegalaman pada peringkat rendah. Dengan itu, amalan PTPK guru berpengalaman

perlu diperbaiki bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih aktif, berpusatkan

pelajar, interaktif, berfikiran kreatif dan bijak.

Page 10: KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN · PDF fileguru fizik berpengalaman melalui penekanan penggunaan aplikasi teknologi dalam ... (T&L) in physics and ... D Nota Lapangan 149 E

ABSTRACT

The case study was conducted to investigate the Technological Pedagogical and

Content Knowledge (TPCK) practice among physics teachers in Johor Bahru. The case

study was carried out qualitatively by using interview protocols, observation checklists

as well as documentation and artefact analysis forms on two physics teachers, a novice

and an experienced teacher. The purposes of this research are to investigate the

readiness level among novice and experienced teachers towards the technology

integration in teaching and learning (T&L) in physics and comparison of TPCK practice

among novice and experienced physics teachers in secondary level. The finding shows

that novice and experienced physics teachers exhibited a high level of readiness towards

the technology integration in T&L from knowledge aspect and attitude towards

technology. However, the novice physics teacher showed higher TPCK practice because

the novice teacher used technology application as a primary tool in delivering the

lessons. The major findings in this study are the Power Point software was used

primarily by novice teacher during T&L session whereas the experience teacher used it

as facilitator in T&L session. Besides, frequencies of usage and application of an

interactive Power Point software by novice teacher was help in developing the TPCK

practice into the higher level whereas the application of basic Power Point software only

fostering TPCK practice of experience teacher in the low level. Thus, TPCK practice

among experience teacher must be improved to built an active, student-centered,

interactive, creative thinking and smart learning environment.

Page 11: KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN · PDF fileguru fizik berpengalaman melalui penekanan penggunaan aplikasi teknologi dalam ... (T&L) in physics and ... D Nota Lapangan 149 E

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK HALAMAN

JUDUL i

PERAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.2.1 Perkembangan PTPK dalam kalangan Guru 5

1.2.2 Tahap Kesediaan Guru 6

1.2.3 Daya dan Gerakan 8

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 10

Page 12: KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN · PDF fileguru fizik berpengalaman melalui penekanan penggunaan aplikasi teknologi dalam ... (T&L) in physics and ... D Nota Lapangan 149 E

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.7 Kerangka Kajian 12

1.8 Definisi 14

1.8.1 Penggunaan Teknologi dalam kalangan Guru 14

1.8.2 Pengintegrasian Teknologi dalam Proses

Pengajaran 15

1.8.3 Pengetahuan Teknologi Pedagogi dan

Kandungan (PTPK) 15

1.8.4 Guru Berpengalaman 16

1.8.5 Guru Baru 16

1.9 Rumusan 16

2 SOROTAN KAJIAN 17

2.1 Pengenalan 17

2.2 Pengetahuan Teknologi Pedagogi dan Kandungan (PTPK)

Guru Sains 17

2.3 Daya dan Gerakan 21

2.4 Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Sains 23

2.5 Kajian-kajian lepas 26

2.5.1 Perkembangan PTPK dalam kalangan Guru Baru 27

2.5.2 Perkembangan PTPK dalam kalangan Guru

Berpengalaman 33

2.5.3 Cabaran dalam Pengintegrasian Teknologi di

Malaysia 38

2.6 Perbandingan Kajian Lepas 43

2.7 Rumusan 48

3 KAEDAH KAJIAN 50

Page 13: KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN · PDF fileguru fizik berpengalaman melalui penekanan penggunaan aplikasi teknologi dalam ... (T&L) in physics and ... D Nota Lapangan 149 E

3.1 Pengenalan 50

3.2 Reka Bentuk Kajian 50

3.3 Prosedur Kajian 52

3.4 Sampel Kajian 53

3.5 Pembangunan Instrumen Kajian dan Pengumpulan Data 55

3.5.1 Temubual 55

3.5.2 Pemerhatian 57

3.5.3 Penelitian Dokumen dan Artifak 59

3.6 Penilaian Kajian 60

3.6.1 Kredibiliti 61

3.6.1.1 Kesahan Instrumen 62

3.6.2 Kebergantungan 62

3.6.3 Kebolehgantian 63

3.7 Analisis Data 64

3.7.1 Temubual 64

3.7.2 Pemerhatian 66

3.7.3 Penelitian Dokumen dan Artifak 69

3.8 Rumusan 70

4 ANALISA DATA 71

4.1 Pengenalan 71

4.2 Data Demografi 71

4.2.1 Guru Baru 72

4.2.1 Guru Berpengalaman 73

4.3 Analisis Tahap Kesediaan Guru Terhadap Teknologi 75

4.3.1 Analisis Temubual 75

4.3.1.1 Analisis Temubual Soalan 1 75

4.3.1.2 Analisis Temubual Soalan 2 76

4.3.1.3 Analisis Temubual Soalan 3 77

Page 14: KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN · PDF fileguru fizik berpengalaman melalui penekanan penggunaan aplikasi teknologi dalam ... (T&L) in physics and ... D Nota Lapangan 149 E

4.3.1.4 Analisis Temubual Soalan 4 78

4.3.1.5 Analisis Temubual Soalan 5 80

4.3.1.6 Analisis Temubual Soalan 6 80

4.3.1.7 Analisis Temubual Soalan 7 81

4.3.1.8 Analisis Temubual Soalan 8 82

4.3.1.9 Analisis Temubual Soalan 9 83

4.3.1.10 Analisis Temubual Soalan 10 84

4.3.1.11 Analisis Temubual Soalan 11 85

4.3.2 Keputusan Analisis Temubual 86

4.4 Analisis Amalan PTPK Guru Fizik 88

4.4.1 Analisis Pemerhatian 88

4.4.1.1 Sesi Pemerhatian 88

4.4.1.2 Alat Bantu Mengajar yang Digunakan 90

4.4.1.3 Strategi Pengajaran Guru 92

4.4.1.4 Pengurusan Kelas Guru 93

4.4.1.5 Pengetahuan Pedagogi 94

4.4.1.6 Pengetahuan Kandungan 96

4.4.1.7 Pengetahuan Teknologi Pedagogi 98

4.4.1.8 Pengetahuan Teknologi Kandungan 100

4.4.1.9 Pengetahuan Teknologi Pedagogi dan Kandungan 104

4.4.2 Analisis Dokumen dan Artifak 106

4.4.3 Rumusan Perbandingan Amalan PTPK Guru Baru

dan Guru Berpengalaman 110

4. 5 Rumusan. 109

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN 112

5.1 Pendahuluan 112

Page 15: KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN · PDF fileguru fizik berpengalaman melalui penekanan penggunaan aplikasi teknologi dalam ... (T&L) in physics and ... D Nota Lapangan 149 E

5.2 Perbandingan Kesediaan Guru Fizik dalam

Mengintegrasikan Teknologi 113

5.3 Perbincangan Amalan PTPK Guru Fizik 114

5.3.1 Perbincangan Amalan PTPK Guru Baru 115

5.3.2 Perbincangan Amalan PTPK Guru Berpengalaman 118

5.3.3 Perbandingan Amalan PTPK Guru Fizik dalam

Mengintegrasikan Teknologi dalam P&P 123

5.4 Implikasi Kajian 129

5.5 Cadangan 130

5.6 Cadangan untuk Kajian Lanjutan 131

5.7 Rumusan 132

RUJUKAN 133

LAMPIRAN A- M 141 - 169

Page 16: KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN · PDF fileguru fizik berpengalaman melalui penekanan penggunaan aplikasi teknologi dalam ... (T&L) in physics and ... D Nota Lapangan 149 E

SENARAI JADUAL

NOMBOR JADUAL TAJUK HALAMAN

4.1 Respons Temubual Bagi Soalan 1 76

4.2 Respons Temubual Bagi Soalan 2 77

4.3 Respons Temubual Bagi Soalan 3 78

4.4 Respons Temubual Bagi Soalan 4 79

4.5 Respons Temubual Bagi Soalan 5 80

4.6 Respons Temubual Bagi Soalan 6 81

4.7 Respons Temubual Bagi Soalan 7 82

4.8 Respons Temubual Bagi Soalan 8 83

4.9 Respons Temubual Bagi Soalan 9 84

4.10 Respons Temubual Bagi Soalan 10 85

4.11 Respons Temubual Bagi Soalan 11 86

4.12 Jadual Ringkasan Keputusan Temubual Bagi Menguji Kesediaan Guru

Fizik Terhadap Pengintegrasian Teknologi dalam P&P 87

4.13 Data Pemerhatian Mengikut Tajuk dan Kelas Bagi R1 89

4.14 Data Pemerhatian Mengikut Tajuk dan Kelas Bagi R2 89

4.15 Kekerapan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang digunakan Guru 90

4.16 Kekerapan Strategi Pengajaran Guru 92

Page 17: KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN · PDF fileguru fizik berpengalaman melalui penekanan penggunaan aplikasi teknologi dalam ... (T&L) in physics and ... D Nota Lapangan 149 E

4.17 Kekerapan Amalan Pengurusan Kelas 93

4.18 Kekerapan Konstruk Pengetahuan Pedagogi guru (PP) 95

4.19 Kekerapan konstruk Pengetahuan Fizik guru (PK) 97

4.20 Kekerapan konstruk Pengetahuan Teknologi Pedagogi guru (PTP). 99

4.21 Kekerapan konstruk Pengetahuan Teknologi Kandungan guru (PTK) 103

4.22 Kekerapan konstruk Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan

guru (PTPK) 105

4.23 Jadual Analisis Dokumen dan Artifak R1 108

4.24 Jadual Analisis Dokumen dan Artifak R2 109

4.25 Perbandingan Ringkas Amalan PTPK Guru Fizik Baru dan

Berpengalaman 110

Page 18: KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN · PDF fileguru fizik berpengalaman melalui penekanan penggunaan aplikasi teknologi dalam ... (T&L) in physics and ... D Nota Lapangan 149 E

SENARAI RAJAH

NOMBOR RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Model PTPK dan Komponen Pengetahuan yang terlibat 4

1.2 Kerangka Kajian amalan PTPK dalam kalangan guru Fizik. 11

Page 19: KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN · PDF fileguru fizik berpengalaman melalui penekanan penggunaan aplikasi teknologi dalam ... (T&L) in physics and ... D Nota Lapangan 149 E

SENARAI SINGKATAN

ABM - Alat Bantu Mengajar

ICT - Teknologi Komunikasi dan Maklumat

IWB - Interactive Whiteboard

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PBI - Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

PK - Pengetahuan Kandungan

PP - Pengetahuan Pedagogi

PPK - Pengetahuan Pedagogi dan Kandungan

PPP - Program Pembangunan Profesional

PT - Pengetahuan Teknologi

PTK - Pengetahuan Teknologi dan Kandungan

PTM - Pengintegrasian Teknologi dalam Matematik

PTP - Pengetahuan Teknologi dan Pedagogi

PTPK - Pengetahuan Teknologi Pedagogi dan Kandungan

Page 20: KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN · PDF fileguru fizik berpengalaman melalui penekanan penggunaan aplikasi teknologi dalam ... (T&L) in physics and ... D Nota Lapangan 149 E

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Soalan Temubual Bagi Mengukur Tahap Kesediaan Guru

dalam Mengintegrasikan Teknologi dalam P&P Fizik 141

B Senarai Semak Pemerhatian Proses P&P Fizik Berlandaskan

PTPK 143

C Pengesahan Instrumen Temubual 148

D Nota Lapangan 149

E Borang Penelitian Dokumen Dan Artifak 150

F Pengesahan Instrumen Kajian 2 151

G Kelulusan Menjalankan Kajian Oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) 152

H Kelulusan Menjalankan Kajian Oleh Jabatan Pelajaran

Negeri (JPN) Johor 153

I Contoh Teks Naratif Pengkaji 154

J Contoh Penelitian Pengkaji 165

K Susun Atur Kedudukan Skrin Projektor bagi sesi P&P R1 167

L Susun Atur Kedudukan Skrin Projektor bagi sesi P&P R2 168

M Contoh Modul Pembelajaran Fizik Pelajar 169

Page 21: KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN · PDF fileguru fizik berpengalaman melalui penekanan penggunaan aplikasi teknologi dalam ... (T&L) in physics and ... D Nota Lapangan 149 E

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Arus pemodenan yang semakin berkembang telah banyak mengubah gaya

hidup dan tahap kemahiran seseorang. Tidak dapat dinafikan lagi, pada abad ke-21

ini, penguasaan teknologi yang juga merangkumi teknologi komunikasi dan

maklumat (ICT) adalah sangat penting dan menjadi suatu keperluan. Kehadiran

teknologi telah membawa banyak perubahan dan kemajuan di seluruh dunia,

termasuklah di Malaysia. Peralatan semakin canggih, sistem komunikasi semakin

baik, maklumat dapat disampaikan dengan lebih cepat, gaya hidup semakin moden

dan suasana kerja juga semakin selesa.

Selaras dengan perkembangan teknologi, pelbagai usaha giat dijalankan

untuk mempertingkatkan kemahiran berasaskan teknologi serta mengoptimumkan

pengaplikasiannya dalam kebanyakan aspek. Ini menyebabkan kerajaan Malaysia

sentiasa memberi galakan dalam mentransformasikan rakyat Malaysia kepada

masyarakat yang celik teknologi dan maklumat. Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM) juga turut serta dalam usaha mempertingkatkan penggunaan dan kemahiran

teknologi iaitu merangkumi aspek pendidikan dan pembelajaran. Rosnaini dan

Mohd Arif (2010) menjelaskan bahawa KPM ada melaksanakan dan menyediakan

pelbagai latihan dan kursus ICT kepada guru dan bakal guru kerana mereka perlu

menguasai teknologi terlebih dahulu sebelum mampu melengkapkan pelajar dengan

Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) berasaskan teknologi.

Page 22: KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN · PDF fileguru fizik berpengalaman melalui penekanan penggunaan aplikasi teknologi dalam ... (T&L) in physics and ... D Nota Lapangan 149 E

2

Hanuscin et al. (2010) menyatakan bahawa bidang sains telah ditekankan

sebagai komponen literasi yang kritikal dalam konteks reformasi pendidikan sains.

Menurut McCrorey (2008) pula, bilik darjah sains merupakan tempat semulajadi

untuk penggunaan teknologi kerana sains pada hari ini banyak bergantung pada

teknologi. Ini menunjukkan bahawa bidang pendidikan sains merupakan salah satu

cabang pendidikan yang penting dan kompleks. Mata pelajaran Fizik merupakan

salah satu daripada tiga mata pelajaran selain Kimia dan Biologi yang diberi

penekanan penting dalam bidang pendidikan sains tulen di peringkat sekolah

menengah (Tamby Subahan, 1999). Mata pelajaran fizik juga adalah salah satu

bidang ilmu yang mengkaji tentang jirim dan tenaga serta perkaitan antara keduanya.

Selain itu, fizik juga merupakan cabang ilmu sains yang dinamik, di mana ia sentiasa

berkembang dan penggunaan ilmu ini mampu menyumbang ke arah kemajuan dan

kesejahteraan hidup khususnya pada zaman sains dan teknologi.

Menurut Showalter (1984), tugas sebagai guru sains merupakan tugas yang

kompleks dan dinamik di mana ia sentiasa mengalami perubahan dan peningkatan.

Oleh itu, guru sains perlu berusaha secara berterusan dalam mengembangkan dan

meningkatkan profesion mereka agar tidak ketinggalan dengan perkembangan dan

peningkatan arus. Kemajuan teknologi yang banyak mempengaruhi bidang

pendidikan telah menyebabkan guru-guru turut sama terkena tempias arus teknologi

terkini. Mishra dan Koehler (2006) menjelaskan bahawa tidak memadai jika

teknologi hanya diperkenalkan dalam bidang pendidikan tanpa menggabungkannya

ke dalam proses pengajaran atau pedagogi. Ini bermaksud, selain pengetahuan

tentang proses pedagogi, pengetahuan mengenai teknologi dan bagaimana untuk

menggunakannya harus dikuasai guru sebagai prasyarat untuk membentuk

pengetahuan bermakna yang berasaskan teknologi di dalam kelas.

Sebagai persediaan kepada pelajar dari segi sains dan teknologi, Khairun

Nadwa (2007) menjelaskan bahawa reformasi pendidikan sains umumnya dan Fizik

khususnya meminta guru-guru mengintegrasikan pembelajaran berasaskan teknologi

dan inkuiri dalam pengajaran mereka. Novak dan Krajcik (2006) juga bersetuju

bahawa guru digalakkan menggunakan kepelbagaian teknologi seperti instrumen

Page 23: KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN · PDF fileguru fizik berpengalaman melalui penekanan penggunaan aplikasi teknologi dalam ... (T&L) in physics and ... D Nota Lapangan 149 E

3

pengukuran dan komponen penyiasatan saintifik yang ada di makmal bagi

menyokong pembelajaran pelajar secara inkuiri atau penyiasatan. Dengan

menggunakan alatan teknologi dalam pembelajaran subjek sains secara penyiasatan

dalam bilik darjah atau makmal akan membawa pelajar kepada suasana penyelidikan

seperti ahli saintis.

Menurut Koehler dan Mishra (2008), konteks pendidikan pada hari ini di

mana teknologi diintegrasikan ke dalam bidang pendidikan telah membawa kepada

konsep Pengetahuan Teknologi Pedagogi dan Kandungan (PTPK). Seperti yang

disarankan di dalam buku bertajuk Handbook of Technological Pedagogical Content

Knowledge (AACTE Committee on Innovation and Technology, 2008), banyak

kajian perlu dijalankan untuk mengkaji peranan guru dan kesediaan mereka terhadap

perkembangan PTPK. Oleh yang demikian, penyelidik ingin mengkaji berkenaan

dengan PTPK yang diamalkan oleh guru fizik peringkat menengah di Johor Bahru

dengan lebih dekat.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pada awal sejarah teknologi pendidikan, guru diajar dalam kursus teknologi

yang memberi tumpuan kepada kemahiran teknologi dan bebas daripada kursus

pedagogi atau kandungan (Graham et al., 2004; Hargrave dan Hsu, 2000; Willis dan

Mehlinger, 1996). Pengintegrasian teknologi kemudian menjadi ungkapan penting

yang mencirikan kepada usaha untuk menggunakan teknologi dengan lebih efektif

dalam konteks pendidikan.

Mishra dan Koehler (2006) telah mewujudkan satu model rangka kerja yang

menekankan perhubungan, interaksi, pengurusan dan batasan di antara domain

teknologi, pedagogi dan kandungan. Ia menekankan interaksi kompleks yang wujud

di antara tiga domain pengetahuan. Dalam model yang dihasilkan, pengetahuan

tentang teknologi, pedagogi dan kandungan adalah berpusat dan bertindih dalam

mewujudkan suasana pengajaran yang baik. Ini bermakna, pengetahuan tentang

Page 24: KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN · PDF fileguru fizik berpengalaman melalui penekanan penggunaan aplikasi teknologi dalam ... (T&L) in physics and ... D Nota Lapangan 149 E

4

kaedah pengajaran atau pedagogi serta isi kandungan mata pelajaran yang diajar

perlulah diintegrasikan bersama kemudahan teknologi dan ketiga-tiga elemen ini

tidak dipisahkan. Niess (2005), Hughes (2005) serta Margerum-Leys dan Marx

(2002) turut bersetuju bahawa pengetahuan tentang teknologi tidak boleh dipisahkan

kerana pengajaran yang baik memerlukan pemahaman tentang bagaimana teknologi

boleh dikaitkan dengan strategi pedagogi dan kandungan subjek yang diajar guru.

Rajah 1.1 menunjukkan model rangka kerja PTPK yang telah dihasilkan oleh

Mishra dan Koehler (2006) di mana ketiga-tiga bulatan iaitu teknologi (T), pedagogi

(P) dan kandungan (K) adalah bertindan seterusnya menghasilkan empat domain

pengetahuan yang berasingan (PPK, PTK, PTP dan PTPK).

Rajah 1.1 : Model PTPK dan komponen pengetahuan yang terlibat. Tiga bulatan

mewakili konstruk pengetahuan Kandungan (K), Pedagogi (P) dan Teknologi (T).

(diadaptasi daripada AACTE Committee on Innovation and Technology, 2008; 12)

Page 25: KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN · PDF fileguru fizik berpengalaman melalui penekanan penggunaan aplikasi teknologi dalam ... (T&L) in physics and ... D Nota Lapangan 149 E

5

1.2.1 Perkembangan PTPK dalam kalangan Guru

Beberapa kajian lepas yang dijalankan sebelum ini berhubung dengan PTPK

mendapati segelintir guru bermasalah dalam mengaplikasikan kemudahan teknologi

dalam corak pengajaran mereka. Contohnya, dalam kajian kes oleh Polly (2011),

hasil kajian mendapati guru yang telah lama mengajar dan lebih berpengalaman

mempunyai tahap PTPK yang rendah. Walaupun guru berpengalaman ini

mempunyai inisiatif untuk mempertingkatkan corak pedagogi dengan mengikuti

program profesional, namun guru tidak mengimplementasikan sepenuhnya hasil

pembelajaran mereka ke dalam sesi P&P. Ini kerana guru masih memerlukan

sokongan secara berterusan bagi membantu dan memperbaiki amalan PTPK mereka.

Rosnaini dan Mohd Arif (2010) juga mendapati guru yang berpengalaman perlu

dikenalpasti dan diberi perhatian kerana mereka memerlukan lebih banyak masa dan

kesediaan untuk mengintegrasikan teknologi dalam P&P.

Dalam kajian kes yang melibatkan guru baru yang mengajar subjek sains

(Guzey dan Roehrig, 2009), hasil kajian mendapati bahawa guru baru lelaki lebih

cenderung dan selesa dalam menggunakan elemen teknologi seperti peta konsep

CMap dan simulasi semasa proses P&P. Pelajar mereka digalakkan untuk

menghantar kerja rumah secara atas talian dan simulasi pula digunakan kerana ia

mampu membina kefahaman pelajar yang lebih baik dari segi konsep dan abstrak.

Namun begitu, hasil kajian terhadap dua orang guru baru wanita mendapati mereka

kurang selesa menggunakan teknologi dalam proses P&P walaupun telah mempunyai

asas pengetahuan teknologi yang baik dan merasakan perlu menjalani latihan

berkaitan teknologi dengan lebih banyak.

Sebagai cadangan, Guzey dan Roehrig (2009) menyatakan supaya kajian

perbandingan perlu dilakukan ke atas guru sains yang berpengalaman dengan guru

sains yang baru mengajar untuk melihat perkembangan berkaitan PTPK yang mereka

amalkan. Oleh yang demikian, penyelidik akan mengkaji corak pengajaran yang

Page 26: KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN · PDF fileguru fizik berpengalaman melalui penekanan penggunaan aplikasi teknologi dalam ... (T&L) in physics and ... D Nota Lapangan 149 E

6

diamalkan oleh guru baru dan guru berpengalaman dalam mengajar fizik di sekolah.

Ini akan membolehkan amalan PTPK dalam kalangan guru fizik berpengalaman

dengan guru fizik baru dapat dikaji.

1.2.2 Tahap Kesediaan Guru

Tahap kesediaan guru yang baik dalam penggunaan teknologi berasaskan

komputer juga merupakan aspek yang penting bagi mencapai proses P&P sains yang

berkesan selain bagi membantu negara membentuk masyarakat saintifik dan

progresif (Mohd. Izham dan Noraini, 2007). Kajian oleh Morton (1996) menyatakan

bahawa kebanyakan guru di Sydney Barat sudah bersedia untuk

mengimplementasikan teknologi dalam P&P mereka namun masalah timbul kerana

mereka tidak tahu bagaimana untuk menggunakan komputer dalam proses P&P.

Rosenthal (1999) memetik kajian yang dijalankan oleh National Center for

Education Statistics mendapati hanya 20% daripada 2.5 juta guru di sekolah awam

merasa selesa menggunakan teknologi dalam proses P&P mereka. Ini kerana, hanya

segelintir guru sahaja yang diberikan tunjuk ajar untuk mengajar subjek mereka

dengan mengintegrasikan aplikasi berunsur teknologi.

Di Malaysia pula, kajian oleh Norizan dan Salleh-Huddin (1997) mendapati

bahawa tahap kesediaan guru-guru sekolah menengah masih rendah dari segi

penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran. Ini membuktikan bahawa

mereka masih lagi tidak bersedia untuk menggunakan komputer dalam pengajaran

mereka. Ia selaras dengan kenyataan Graham et al. (2004) iaitu guru hanya mampu

mengendalikan kemudahan teknologi sahaja tanpa mampu mengetahui bagaimana

untuk menggunakannya dengan berkesan dalam P&P sekaligus memberi kesan

terhadap perkembangan pembelajaran pelajar.

Sepuluh tahun kemudian, Mohd. Izham dan Noraini (2007) pula telah

menjalankan kajian bagi mengenalpasti tahap kesediaan guru terhadap penggunaan

teknologi berasaskan komputer bagi P&P sains di dalam bilik darjah. Terdapat dua

Page 27: KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN · PDF fileguru fizik berpengalaman melalui penekanan penggunaan aplikasi teknologi dalam ... (T&L) in physics and ... D Nota Lapangan 149 E

7

aspek yang diukur dalam kajian ini iaitu aspek pengetahuan terhadap teknologi dan

sikap guru terhadap penggunaan teknologi. Dapatan mereka menunjukkan bahawa

tahap kesediaan guru sains di daerah Hulu Langat dari aspek pengetahuan adalah

pada peringkat sederhana. Bagi aspek sikap pula, guru-guru menggunakan komputer

adalah atas urusan pelbagai namun lebih kepada untuk memudahkan pengurusan

seharian. Walaupun mereka tahu dan menyedari kegunaannya dalam membantu

pengajaran di dalam kelas, namun sebahagian guru tidak mengaplikasikan

penggunaan teknologi maklumat ini dalam P&P mereka.

Kajian yang dijalankan oleh Kumar et al. (2008) mengenai kesediaan guru

Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris (SMI) dalam menggunakan teknologi di

dalam kelas di sekitar Selangor mendapati bahawa kebanyakan guru SMI masih

berada pada tahap yang sederhana. Selebihnya, hanya 38.4% guru SMI mempunyai

tahap penggunaan teknologi yang tinggi. Didapati, aspek sikap merupakan aspek

atau konstruk yang bersalingan dengan penerimaan teknologi dalam kalangan guru

dan ia memberikan pengaruh yang besar terhadap tahap penggunaan teknologi guru.

Dari sub-skala yang diukur, penggunaan teknologi adalah tinggi bagi urusan-urusan

pentadbiran manakala sederhana bagi urusan P&P. Ini menunjukkan penggunaan

teknologi bagi tujuan P&P masih sederhana berbanding tujuan pentadbiran yang

berada pada tahap lebih tinggi, walhal urusan P&P merupakan urusan utama yang

perlu diambilkira oleh guru-guru.

Pendekatan penggunaan teknologi dalam proses P&P sebenarnya mampu

membantu pembinaan kefahaman pelajar yang lebih mendalam bagi konsep sains

serta mewujudkan suasana bilik darjah atau makmal yang lebih mesra pelajar (Novak

dan Krajick, 2006). Selain itu, ia membolehkan pelajar-pelajar menerokai sendiri

pengalaman belajar yang lebih bermakna dengan kaedah penerokaan maklumat. Jika

permasalahan yang timbul seperti dalam kajian-kajian di atas tidak diperbaiki, maka

perkembangan suasana bilik darjah yang mesra pelajar dan bermakna tidak dapat

dinikmati oleh para pelajar.

Page 28: KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN · PDF fileguru fizik berpengalaman melalui penekanan penggunaan aplikasi teknologi dalam ... (T&L) in physics and ... D Nota Lapangan 149 E

8

1.2.3 Daya dan Gerakan

Mata pelajaran sains merupakan mata pelajaran yang kompleks dan

mempunyai konsep yang pelbagai (McCrory, 2008). Fizik pula merupakan salah

satu cabang sains yang turut mempunyai pelbagai konsep yang perlu difahami dan

juga bersifat abstrak. Namun begitu, Lilia et al. (2002) menyatakan bahawa bidang

ilmu fizik yang dinamik dan abstrak ini sebenarnya mampu menyumbang ke arah

pembangunan negara dan masyarakat seandainya bidang ilmu ini diteroka dengan

bijak dan meluas. Norasykin dan Normashita (2007) berkata negara perlu

melahirkan lebih ramai graduan dalam bidang fizik dan teknologi bagi membantu

mencapai peningkatan taraf pembangunan negara.

Namun begitu, mata pelajaran fizik bukanlah satu mata pelajaran yang mudah

dikuasai oleh pelajar. Terdapat pelbagai masalah yang dihadapi pelajar dalam

mempelajari mata pelajaran ini dan pengkaji akan memfokuskan kepada

pembelajaran tajuk Daya dan Gerakan, iaitu tajuk dalam bab 2 silibus fizik tingkatan

empat sekolah menengah di Malaysia. Menurut Rohana dan Shaharom (2008), tajuk

daya merupakan tajuk yang asas dan penting dalam subjek Fizik. Ia juga merupakan

tajuk yang sering mengalami miskonsepsi dalam kalangan pelajar. Ini kerana, ramai

pelajar menganggap tajuk ini sebagai sukar kerana terdapat pelbagai eksperimen,

formula, pengiraan, graf dan penerangan konsep yang perlu mereka fahami dan

pelajari.

Norasykin dan Normashita (2007) menjelaskan bahawa konsep Daya dan

Gerakan dalam subjek fizik memerlukan pelajar memahami dengan menyeluruh

terlebih dahulu berkenaan jisim, halaju dan pecutan kerana ia akan diaplikasikan ke

dalam topik fizik yang lebih lanjut. Jika pelajar tidak dapat mengaitkan dengan

pengetahuan yang sedia ada, pelajar akan mengalami kesukaran untuk memahami

konsep dan prinsip keabadian dalam tajuk momentum contohnya. George et al.

(2001) juga melaporkan bahawa di bawah topik ini, ramai pelajar mengalami

kerumitan untuk memahami mengapa dan bila untuk menggunakan sesuatu konsep

seperti konsep momentum, terutama prinsip keabadian. Selain itu, laporan oleh

Tamby Subahan (1999) juga menyatakan bahawa ramai pelajar daripada pelbagai

Page 29: KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN · PDF fileguru fizik berpengalaman melalui penekanan penggunaan aplikasi teknologi dalam ... (T&L) in physics and ... D Nota Lapangan 149 E

9

negara mengalami masalah salah konsep dalam pembelajaran termasuklah dalam

tajuk Daya dan Gerakan. Pengalaman harian pelajar akan mempengaruhi cara

pemikiran mereka seterusnya menyumbang kepada masalah prekonsepsi dan salah

konsep.

1.3 Pernyataan Masalah

Walaupun teknologi sudah lama diperkenalkan dalam bidang pendidikan

(Norizan dan Salleh-Huddin, 1997), namun kebanyakan guru masih mempunyai

tahap kesediaan yang sederhana (Mohd. Izham dan Noraini, 2007). Oleh itu,

pengkaji akan menyiasat dan mengenalpasti sejauhmana tahap kesediaan guru fizik

baru dan guru fizik berpengalaman terhadap pengintegrasian teknologi dalam P&P

mereka. Selain itu, dapatan kajian lepas menunjukkan bahawa guru yang lebih

berpengalaman memerlukan lebih bimbingan dalam mengadaptasikan teknologi

dalam P&P mereka (Polly, 2011; Rosnaini dan Mohd Arif, 2010). Guru yang lebih

muda dan baru pula biasanya sudah mempunyai asas dan pengetahuan tentang

teknologi (Rosnaini dan Mohd Arif, 2010) namun masih ada yang tidak bersedia

untuk menggunakannya dalam sesi P&P (Guzey dan Roehrig, 2009).

Memandangkan rangka kerja PTPK ini dilaksanakan kurang dari sepuluh

tahun, maka kajian yang dijalankan berkaitan dengan amalan PTPK dalam kalangan

guru Fizik peringkat menengah di Malaysia umumnya dan di negeri Johor khasnya

masih belum meluas. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mendalami

amalan PTPK guru Fizik sekolah menengah di daerah Johor Bahru. Amalan PTPK

guru pula akan berkisar kepada tajuk Daya dan Gerakan iaitu tajuk pembelajaran bab

dua tingkatan empat. Ini kerana, sarjana-sarjana lepas telah mendapati bahawa

pelajar mengalami masalah miskonsepsi dalam tajuk ini (Tamby Subahan, 1999) dan

pelajar turut menganggap bahawa tajuk ini sebagai sukar (Rohana dan Shaharom,

2008). Norasykin dan Normashita (2007) pula menjelaskan bahawa pelajar akan

mengalami kesukaran untuk mempelajari tajuk fizik dalam bab-bab seterusnya jika

mereka tidak dapat menguasai konsep-konsep asas dalam tajuk ini. Dengan itu,

Page 30: KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN · PDF fileguru fizik berpengalaman melalui penekanan penggunaan aplikasi teknologi dalam ... (T&L) in physics and ... D Nota Lapangan 149 E

10

kajian terhadap amalan PTPK guru akan berlangsung bagi sesi P&P tajuk Daya dan

Gerakan.

1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan beberapa permasalahan yang timbul seperti yang diterangkan

dalam penyelidikan lepas, kajian ini dilakukan dengan objektif untuk:

(i) Mengenalpasti sejauh mana tahap kesediaan guru fizik baru dalam

mengintegrasikan teknologi semasa pengajaran fizik.

(ii) Mengenalpasti sejauh mana tahap kesediaan guru fizik berpengalaman

lebih lima tahun dalam mengintegrasikan teknologi semasa

pengajaran fizik.

(iii) Membandingkan corak pengajaran berlandaskan PTPK antara guru

fizik baru dan guru fizik berpengalaman lebih lima tahun bagi sesi

P&P tajuk Daya dan Gerakan.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian yang ingin dijalankan, persoalan kajian yang

ingin diselesaikan dalam kajian ini adalah seperti di bawah:

(i) Apakah tahap kesediaan guru fizik baru di peringkat menengah dalam

mengintegrasikan teknologi semasa pengajaran dan pembelajaran

fizik?