bab 1 pendahuluan 1.1 pengenalan - fp.utm.my fileguru sebagai profesional adalah semakin mencabar...

23
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan mempunyai impak yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan manusia untuk memperolehi dan mengekalkan kualiti kehidupan. Pendidikan berperanan sebagai pembentuk bangsa dengan mengeluarkan tenaga manusia mahir, melahirkan insan harmonis, warga negara yang cekap, berketrampilan, beretika, berilmu dan beriman, berkebolehan, berfikiran terbuka, kreatif dan inovatif, bijak mencari dan menggunakan maklumat yang diperoleh, serta memiliki ciri-ciri seorang keusahawanan (Norasmah,1998). Di Malaysia, perkembangan dan kemajuan dalam sistem pendidikan menjadi tunjang utama untuk membangunkan negara. Sistem pendidikan akan berubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, budaya dan politik. Hakikat ini dijelaskan oleh Najib (2004) yang mengatakan bahawa sistem pendidikan di Malaysia adalah pada tahap pembangunan yang berubah mengikut keperluan semasa. Sebagai contoh, dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat keguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan misi

Upload: trankiet

Post on 18-Aug-2019

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my fileguru sebagai profesional adalah semakin mencabar dan untuk menjadi seorang guru yang unggul, mereka perlu memiliki kebolehan akademik

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan mempunyai impak yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan

manusia untuk memperolehi dan mengekalkan kualiti kehidupan. Pendidikan berperanan

sebagai pembentuk bangsa dengan mengeluarkan tenaga manusia mahir, melahirkan

insan harmonis, warga negara yang cekap, berketrampilan, beretika, berilmu dan

beriman, berkebolehan, berfikiran terbuka, kreatif dan inovatif, bijak mencari dan

menggunakan maklumat yang diperoleh, serta memiliki ciri-ciri seorang keusahawanan

(Norasmah,1998).

Di Malaysia, perkembangan dan kemajuan dalam sistem pendidikan menjadi

tunjang utama untuk membangunkan negara. Sistem pendidikan akan berubah sejajar

dengan perubahan aspek ekonomi, budaya dan politik. Hakikat ini dijelaskan oleh Najib

(2004) yang mengatakan bahawa sistem pendidikan di Malaysia adalah pada tahap

pembangunan yang berubah mengikut keperluan semasa. Sebagai contoh, dalam era

globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan

guru hendaklah memastikan martabat keguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke

semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan misi

Page 2: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my fileguru sebagai profesional adalah semakin mencabar dan untuk menjadi seorang guru yang unggul, mereka perlu memiliki kebolehan akademik

2

nasional kerajaan. Ini selaras dengan pernyataan Y.B. Dato’ Sri Hishamuddin bin Tun

Hussein dalam Perutusan Hari Guru 2006 yang menyatakan bahawa sebagai golongan

yang berada di barisan paling hadapan dalam menjayakan wawasan negara, peranan

guru amat penting untuk memastikan nilai nasional dapat disempurnakan.

Dalam hal ini, segala dasar dan perubahan yang diperkenalkan kerajaan

menuntut seluruh kaum pendidik memahami, menghayati dan melaksanakanya dengan

sebaik mungkin. Ini bermakna di bahu kaum pendidik dipertanggunjawabkan tugas berat

bagi merelisasikan segala perubahan yang dibawa oleh negara.

Dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan guru dalam mengharungi

perubahan ini, peranan institusi pendidikan dalam melahirkan guru adalah sangat

penting. Institusi pendidikan hendaklah bergerak seiring dengan perubahan-perubahan

yang diperlukan oleh masyarakat dinamik abad ke-21 iaitu bagi tujuan mencapai aspirasi

negara untuk mendapat taraf negara maju bertonggakkan kepada Falsafah Pendidikan

Negara dan Wawasan 2020. Pada asasnya, institusi pendidikan sepatutnya berjaya

melahirkan guru yang bersedia dan mempunyai kemahiran dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Walau bagaimanapun, hal ini dilihat tidak berlaku apabila sejak

kebelakangan ini, profesion keguruan ditimpa pelbagai masalah dan perkara yang

negatif. (Abdul Rahim, 2006)

Sejak akhir-akhir ini, media massa sering memaparkan salah laku pelajar sama

ada di dalam atau di luar sekolah. Antara kegiatan yang berunsur ganas yang kerap

berlaku di sekolah adalah seperti mencuri, bergaduh, peras ugut, malah percubaan

merogol (Sharifah Raudzah , 2007). Dalam kajiannnya, beliau turut menyatakan bahawa

dalam beberapa keadaan, guru-guru sendiri dianggap menjadi penyebab kepada

kelakuan tidak baik pelajar. Ramai guru yang mengambil bidang perguruan sebagai

pilihan terakhir dan mereka tidak mempunyai minat tulen hendak mengajar. Terdapat

juga beberapa orang guru yang tidak cekap dan menunjukkan sikap tidak acuh.

Sumbangan mereka kepada pembentukan dan pengawalan tatatertib yang baik di

kalangan murid-murid boleh dikatakan tidak ada sama sekali. Oleh itu, sewajarnya

Page 3: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my fileguru sebagai profesional adalah semakin mencabar dan untuk menjadi seorang guru yang unggul, mereka perlu memiliki kebolehan akademik

3

institusi pendidikan melengkapkan bakal guru dengan kemahiran, pengetahuan,

pendedahan dan pengalaman bagi menghadapi cabaran murid yang mempunyai minda

yang kreatif pada masa sekarang.

Selain mempunyai masalah dalam pengajaran dan pembelajaran, guru juga turut

mempunyai masalah dalam membina imej yang positif bersesuaian dengan profesion

perguruan itu sendiri. Profesion perguruan memerlukan individu yang efisien dan

berketerampilan dalam menghadapi era pendidikan yang global serta cabaran yang besar

(M. Noor Ariffin:2008). Seseorang yang menceburkan diri dalam profesion perguruan,

hendaklah bertanggungjawab dan menjaga nama baik profesion dengan mengamalkan

profesionalisme keguruan semasa menjalankan tugasnya. Bagi memastikan bakal guru

atau guru yang masih dalam perkhidmatan memberi khidmat yang cemerlang dan

berkualiti, mereka haruslah mematuhi dan mengamalkan etika-etika yang telah

digariskan oleh Kementerian Pendidikan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Guru boleh diibaratkan sebagai lilin yang menyinarkan hidup pelajar. Mengikut

Iman Al-Ghazali guru ditakrifkan sebagai seseorang yang menyampaikan sesuatu yang

baik, positif, kreatif atau membina kepada seseorang yang berkemampuan tanpa mengira

peringkat umur walau terpaksa melalui dengan pelbagai cara dan kaedah sekali pun

tanpa mengharapkan sebarang ganjaran (Hamid Fahmy, 1990).

Sebenarnya, tanggungjawab seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah dan

boleh dilakukan oleh semua orang. Guru sebagai profesional dan konsep pengajaran itu

sendiri telah mengukuhkan pandangan bahawa tugas guru adalah mengajar di dalam

bilik darjah atau membantu tercapainya pembelajaran (Abdul Rahman dan Zakaria,

1998). Peranan guru lebih penting sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran.

Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia dan peka mewujudkan dan menggunakan

Page 4: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my fileguru sebagai profesional adalah semakin mencabar dan untuk menjadi seorang guru yang unggul, mereka perlu memiliki kebolehan akademik

4

situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Murid perlu digerak supaya

berfikir secara kreatif dan kritikal. Malahan murid dijangka dapat menyoal guru serta

membantu guru membuka luas pintu pembelajarannya. Menurut Zainun (1994) peranan

guru sebagai profesional adalah semakin mencabar dan untuk menjadi seorang guru

yang unggul, mereka perlu memiliki kebolehan akademik dan profesional secukupnya

untuk melaksanakan tugas mereka dengan berkesan.

Dalam usaha untuk menjadi guru yang berkesan, mereka harus

bertanggungjawab terhadap diri dan kerjaya. Untuk itu, warga guru perlu bijak

berkomunikasi, mempunyai sahsiah dan akhlak yang boleh diteladani oleh para pelajar

serta sentiasa bersikap profesional terhadap kerjayanya. Guru-guru juga perlu mengawal

keadaan fizikal dan emosi supaya proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) menjadi

tidak bercelaru.

Seiring dengan arus globalisasi, pada hari ini kita semua tidak dapat menafikan

bahawa telah berlaku perubahan dalam pendidikan. Tanggungjawab dan peranan guru

bertambah dan menjadi lebih mencabar berbanding era sebelumnya. Ini perlu kerana

profesion perguruan sentiasa berkembang, justeru guru perlu bertugas mengikut

keperluan dan perkembangan semasa.

Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, profesion perguruan ditimpa

pelbagai masalah dan perkara yang negatif. Media massa sering mengeluarkan

kenyataan-kenyataan yang mengkritik profesion perguruan. Tidak kiralah mengenai

sistem pengurusannya ataupun mengenai guru itu sendiri. Prestij profesion perguruan

amat rendah dan kurang mendapat sambutan di mata masyarakat pada hari ini. Ini

membayangkan betapa masyarakat kurang memberi penghormatan sewajarnya terhadap

sumbangan guru dalam masyarakat pada hari ini. Hal ini berlaku kerana pada hari ini

terlalu banyak profesion lain yang telah membayangi peranan seorang guru. (Abdul

Rahim Bin Hamdan, 2006)

Page 5: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my fileguru sebagai profesional adalah semakin mencabar dan untuk menjadi seorang guru yang unggul, mereka perlu memiliki kebolehan akademik

5

Kerjaya guru tidak lagi menjadi pilihan utama atau status yang tinggi. Cuma

sebilangan kecil sahaja yang benar-benar berminat dalam bidang pendidikan. Tambahan

pula, dalam situasi hari ini, sesetengah masyarakat masih lagi menganggap profesion

perguruan bukanlah suatu pekerjaan yang profesional. Ini kerana ramai di kalangan

individu yang terbabit memikirkan bahawa profesion keguruan ini tidak ‘seglamour’

pentadbir, eksekutif firma-firma, akauntan, doktor perubatan ataupun peguam (Dewan

Masyarakat, Januari 2004).

Selain itu, masyarakat luar menganggap pekerjaan tersebut merupakan pekerjaan

biasa yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Mereka masih terpengaruh dengan

keadaan lampau di mana seseorang yang telah tamat Darjah Enam boleh menjadi guru.

Wujudnya guru pengganti semasa seorang guru cuti bersalin juga adalah satu sebab yang

mendorong mereka mengatakan bahawa pekerjaan guru bukanlah satu pekerjaan yang

profesional.

Menurut kajian Kidder (1990), telah berlaku kemerosotan persepsi masyarakat

terhadap guru sepuluh tahun kebelakangan ini adalah berpunca dari pengamalan etika

dalam pendidikan guru yang semakin luntur dan telah berlaku fenomena yang negatif

terhadap tanggapan tentang dunia perguruan di mana profesion perguruan dianggap

remeh akibat segelintir guru-guru yang tidak menjalankan tugas dengan baik.

Berita tempatan telah melaporkan terdapat pelajar yang telah membakar makmal,

menumbuk guru dan cuba untuk membunuh mereka. Oleh itu, Etika Profesion

Perguruan (EPP) telah digubal dalam tahun 1970-an. Etika ini menggariskan satu set

tingkah laku atau tanggung jawab guru terhadap masyarakat dan negara, terhadap

pelajar, terhadap rakan sejawat dan terhadap ibu bapa wajar dipatuhi oleh setiap guru

memastikan martabat pendidikan terus terpelihara dan tidak terpinggir dalam perubahan

arus zaman.

Peranan guru bukan lagi setakat mengajar subjek yang telah ditetapkan oleh

pihak sekolah, tetapi bertindak mendidik minda dan membina sahsiah pelajar seiring

Page 6: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my fileguru sebagai profesional adalah semakin mencabar dan untuk menjadi seorang guru yang unggul, mereka perlu memiliki kebolehan akademik

6

dengan FPN yang telah ditetapkan. Kita patut sedar bahawa masa depan pelajar, bangsa

dan sekaligus negara adalah berkait rapat dengan corak didikan guru pada hari ini.

Kesan globalisasi dan perkembangan ICT menuntut semua warga guru berusaha gigih

bagi menghasilkan anak didik yang benar-benar berilmu, berakhlak mulia, mempunyai

jati diri, dan mampu bersaing pada peringkat nasional mahupun global. Kerana itu, guru

sebagai agen pengubah minda sangat dituntut agar menguasai pelbagai kemahiran dan

pengalaman demi mencapai wawasan negara.

Memandangkan profesion perguruan sentiasa berubah fungsi dan peranan seiring

dengan perkembangan dunia masa kini, EPP amat diperlukan kerana ia merupakan garis

panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam

perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan

peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku. Maka, pengamalan EPP di

kalangan guru- guru adalah penting demi menjamin martabat profesion perguruan

sentiasa dipandang mulia di mata masyarakat (Zainuddin,2003).

1.3 Pernyataan Masalah

Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan

mencabar. Perkembangan yang berlaku ini telah mendedahkan golongan pendidik di

negara ini dengan pelbagai tekanan.memandangkan profesion perguruan adalah salah

satu profesion yang mencabar dan amat mendesak, guru diharap mengetahui serba serbi

tingkah laku manusia dan memainkan pelbagai peranan untuk menjadikan dirinya

seorang pendidik yang berkesan. Hanya warga profesion perguruan sahaja yang

berkemampuan memberi perkhidmatan pendidikan terbaik kepada masyarakat

Pendidikan yang baik memberi kesan yang besar terhadap perkembangan personaliti,

mental dan fizikal setiap insan (Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan, 1993).

Page 7: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my fileguru sebagai profesional adalah semakin mencabar dan untuk menjadi seorang guru yang unggul, mereka perlu memiliki kebolehan akademik

7

Selain terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya

mempunyai sahsiah yang baik. Guru adalah model yang baik kepada pelajar. Dalam hal

ini Mohd Kamal (1989) menjelaskan contoh teladan para pendidik inilah yang banyak

membantu pembentukan akhlak pelajar. Walau bagaimanapun, hari ini kita masih lagi

mendengar berita- berita yang tidak menyenangkan baik dari segi tindakan atau

hukuman terhadap pelajar yang melampau mahupun salah laku guru sendiri yang

mencalar kewibawaan profesion perguruan ini. Perkara ini tidak seharusnya berlaku

kerana guru bukan sahaja menjadi pendidik dan pengasas kepada pengetahuan pelajar-

pelajar tetapi juga menjadi pemimpin, penasihat dan agen perubahan dalam masyarakat

(Fatimah, 2002)

Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap penguasaan

kemahiran tanggungjawab pengajaran dan pengetahuan amalan etika profesion

perguruan di kalangan pelajar semester akhir Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi

Malaysia.

1.4 Objektif Kajian

Beberapa objektif telah ditetapkan dalam kajian ini iaitu :

i) Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran tanggungjawab pengajaran

pelajar semester akhir Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia.

ii) Mengenal pasti tahap kebolehan amalan etika profesionalisme keguruan

pelajar semester akhir Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia.

iii) Melihat perbezaan penguasaan kemahiran tanggungjawab pengajaran

berdasarkan kursus dan jantina.

iv) Melihat perbezaan pengetahuan amalan etika profesionalisme keguruan

berdasarkan kursus dan jantina.

Page 8: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my fileguru sebagai profesional adalah semakin mencabar dan untuk menjadi seorang guru yang unggul, mereka perlu memiliki kebolehan akademik

8

v) Melihat hubungan antara penguasaan kemahiran tanggungjawab pengajaran

dan pengetahuan amalan etika profesionalisme keguruan di kalangan pelajar

semester akhir Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia.

1.5 Persoalan Kajian

i) Apakah tahap penguasaan kemahiran tanggungjawab pengajaran oleh pelajar

semester akhir Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia?

ii) Apakah tahap pengetahuan amalan etika profesionalisme keguruan oleh

pelajar semester akhir Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia?

iii) Adakah terdapat perbezaan penguasaan kemahiran tanggungjawab

pengajaran berdasarkan kursus dan jantina?

iv) Adakah terdapat perbezaan pengetahuan amalan etika profesionalisme

keguruan berdasarkan kursus dan jantina?

v) Adakah terdapat hubungan antara penguasaan kemahiran tanggungjawab

pengajaran dan pengetahuan amalan etika profesionalisme keguruan di

kalangan pelajar semester akhir Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi

Malaysia?

Page 9: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my fileguru sebagai profesional adalah semakin mencabar dan untuk menjadi seorang guru yang unggul, mereka perlu memiliki kebolehan akademik

KEMAHIRAN TANGGUNGJAWAB PENGAJARAN DAN ETIKAPROFESIONALISME KEGURUAN DALAM KALANGAN PELAJAR UTM

NORDIANA BT HASAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 10: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my fileguru sebagai profesional adalah semakin mencabar dan untuk menjadi seorang guru yang unggul, mereka perlu memiliki kebolehan akademik

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Catatan : * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesisini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

♦ Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secarapenyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,atau laporan Projek Sarjana Muda ( PSM )

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL : KEMAHIRAN TANGGUNGJAWAB PENGAJARAN DANETIKA PROFESIONALISME KEGURUAN DALAM KALANGAN

PELAJAR UTM

SESI PENGAJIAN : 2009/2010

Saya NORDIANA BT HASAN______ _( HURUF BESAR )

mengaku membenarkan tesis ( PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah )* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( √)

SULIT ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalamAKTA RAHSIA RASMI 1972 )

TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan )

√TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

____________________________ _____________________________( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA )

Alamat Tetap :Lot 103, Lorong Pak Kassim, DR MOHD ANUAR B ABDUL RAHMANKg. Surau Hj Daud , Atas Tol NAMA PENYELIA21070, Kuala Terengganu, Terengganu.Tarikh : 23 APRIL 2010 Tarikh : 23 APRIL 2010

Page 11: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my fileguru sebagai profesional adalah semakin mencabar dan untuk menjadi seorang guru yang unggul, mereka perlu memiliki kebolehan akademik

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi dan Pendidikan

( Kemahiran Hidup)“

Tandatangan : …………………………………..

Nama Penyelia : DR MOHD ANUAR B ABDUL RAHMAN

Tarikh : APRIL 2010

Page 12: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my fileguru sebagai profesional adalah semakin mencabar dan untuk menjadi seorang guru yang unggul, mereka perlu memiliki kebolehan akademik

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap

satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ...............................................

Nama Penulis : Nordiana bt Hasan

Tarikh : 23 April 2010

Page 13: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my fileguru sebagai profesional adalah semakin mencabar dan untuk menjadi seorang guru yang unggul, mereka perlu memiliki kebolehan akademik

iii

DEDIKASI

Untuk Ayahanda dan bonda

Hasan b Bakar dan Wan Marizan bt W.yusof

yang dikasihi dan disayangi , terima kasih kerana tidak jemu mendidik, melayan

serta

mendoakan kejayaan anak-anaknya di dunia dan akhirat. Moga ayah dan ibu akan terus

tabah dan berbahagia di dunia dan akhirat

Buat pensyarah yang Disanjungi,

Dr. Mohd Anuar b Abdul Rahman

Akanku manfaatkan segala ilmu yang dicurahkan. Semoga Allah merahmati

perjuangan murni dalam mendidik anak bangsa. Terima kasih untuk segalanya

Buat Teman Seperjuangan yang Dikasihi,

Nurul Hidayah Adnan, Noor Idahwati Mohd Noor dan Siti Ruhaidah Sharuin

Kenangan bersama tak mungkin hilang ditelan usia, suka duka telah diharungi bersama.

Semoga Allah memberkati usaha kita semua.

Buat adik-beradikku jua….

Semoga kalian sekeluarga berbahagia dan berjaya mencapai cita-cita serta

matlamat kehidupan masing-masing

Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati kita sekeluarga

serta umat Islam sekalian.

Amin.

Page 14: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my fileguru sebagai profesional adalah semakin mencabar dan untuk menjadi seorang guru yang unggul, mereka perlu memiliki kebolehan akademik

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Salam sejahtera saya ucapkan sebagai pembuka laluan bagi coretan penghargaan

ini. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada penyelia Projek

Sarjana Muda, Dr Mohd Anuar B Abdul Rahman atas bimbingan dan dorongan yang

telah diberikan sepanjang tempoh penyelidikan Projek Sarjana Muda ini. Beliau telah

banyak memberi tunjuk ajar tanpa rasa jemu dalam proses menyempurnakan Projek

Sarjana Muda (PSM) ini.

Tidak ketinggalan juga kepada semua pensyarah yang telah mencurahkan ilmu

dan bakti sepanjang pembelajaran saya di sini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan

terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung

dalam membantu saya menjayakan projek penyelidikan ini.

Kemaafan juga saya pinta sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan

dalam projek penyelidikan ini. Akhir kata, saya berharap projek ini dapat memberi

manfaat kepada kita semua. Sekian.

Page 15: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my fileguru sebagai profesional adalah semakin mencabar dan untuk menjadi seorang guru yang unggul, mereka perlu memiliki kebolehan akademik

v

ABSTRAK

Kajian deskriptif berbentuk tinjauan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti

tahap penguasaan kemahiran tanggungjawab pengajaran dan tahap kebolehan amalan

profesionalisme dalam kalangan pelajar semester akhir Fakulti Pendidikan UTM dan

hubungan kedua-dua pembolehubah tersebut. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal

pasti sama ada terdapat perbezaan dari segi penguasaan kemahiran tanggungjawab

pengajaran dan kebolehan amalan profesionalisme berdasarkan jantina dan kursus.

Responden kajian terdiri daripada 190 orang pelajar semester akhir dalam lapan kursus

di Fakulti Pendidikan, UTM. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang

mengandungi 64 item soalan berdasarkan empat domain tanggungjawab pengajaran

Danielson (1996), dan aspek amalan profesionalisme keguruan yang diubahsuai

daripada kajian Zainuddin Masrom (2003). Hasil kajian rintis menunjukkan nilai

kebolehpercayaan alpha cronbach iaitu 0.924 dan 0.963. Data-data yang diperolehi

diproses dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social

Sciences). Dapatan kajian menunjukkan keupayaan pelajar-pelajar dalam kemahiran

tanggungjawab pengajaran adalah pada tahap tinggi / baik. Selain itu, tahap kebolehan

amalan profesionalisme keguruan di kalangan pelajar semester akhir Fakulti Pendidikan

UTM juga adalah pada tahap tinggi. Analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat

perbezaaan yang signifikan pada aras penguasaan kemahiran tanggungjawab pengajaran

di antara jantina da kursus. Selain itu, dapatan yang sama juga diperoleh bagi aspek

kebolehan amalan profesionalisme keguruan iaitu tidak terdapat perbezaaan yang

signifikan pada aras kebolehan amalan profesionalisme keguruan berdasarkan jantina

dan kursus. Walau bagaimanapun terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran

tanggungjawab pengajaran dan amalan profesionalisme keguruan di kalangan pelajar

semester akhir Fakulti Pendidikan UTM .Berdasarkan kepada dapatan kajian ini,

beberapa cadangan telah dikemukakan sebagai tindakan susulan.

Page 16: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my fileguru sebagai profesional adalah semakin mencabar dan untuk menjadi seorang guru yang unggul, mereka perlu memiliki kebolehan akademik

vi

ABSTRACT

The purpose of this descriptive research is to identify the level of professional

practice mastery and the ability of professional teaching ethics among the final semester,

Faculty of Education students and the relationship between these two variables. Besides,

another purpose of this research is to identify the differentiate of professional practice

mastery and the ability of professional teaching ethics between genders and courses. The

respondents were 190 final semester students who are currently enrolled in eight

education programme in Faculty of Education UTM. Instrument that is used in this

research is a questionnaire which contains 64 items according to proffessional practice

by Danielson (1996) and Zainuddin Masrom (2003). The result of pilot survey that was

done to identify the reliability of the questionnaire showed the value of cronbach alpha

is 0.924 and 0.963. The data obtained which were analyzed using the Statistical Package

of the Social Sciences (SPSS) software. The findings of the research show that the level

of Professional Practice Mastery among the last semester of Faculty of Education

students is high. The t-test finding showed that there is no significant difference between

gender and courses for the Professional Practice Mastery and Professional Teaching

Ethics. However, there are a significant relationship between Professional Practice

Mastery and Professional Teaching Ethics. Based on the analysis, some suggestions

were put forward to improve the practices of Professional Practice Mastery and

Professional Teaching Ethics among students.

Page 17: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my fileguru sebagai profesional adalah semakin mencabar dan untuk menjadi seorang guru yang unggul, mereka perlu memiliki kebolehan akademik

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

PENGESAHAN

JUDUL

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

ii

iii

iv

v

vi

vii

xi

xiii

Page 18: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my fileguru sebagai profesional adalah semakin mencabar dan untuk menjadi seorang guru yang unggul, mereka perlu memiliki kebolehan akademik

viii

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK HALAMAN

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Hipotesis

1.6.1 Hipotesis Nol 1

1.6.2 Hipotesis Nol 2

1.6.3 Hipotesis Nol 3

1.6.4 Hipotesis Nol 4

1.6.5 Hipotesis Nol 5

1.7 Rasional Kajian

1.8 Kepentingan Kajian

1.9 Skop dan Batasan Kajian

1.10 Kerangka Kajian

1.11 Definisi Kajian

1.11.1 Penguasaan

1.11.2 Kemahiran Tanggungjawab Pengajaran

1.11.3 Amalan

1.11.4 Etika

1.11.5 Profesionalisme Keguruan

1

3

6

7

8

8

8

9

9

9

9

9

9

10

11

12

12

13

13

14

14

Page 19: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my fileguru sebagai profesional adalah semakin mencabar dan untuk menjadi seorang guru yang unggul, mereka perlu memiliki kebolehan akademik

ix

2

3

1.12 Penutup

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

2.2 Kemahiran Tanggungjawab Pengajaran

2.2.1 Konsep Pengajaran

2.2.2 Model Pengajaran Berkesan

2.2.2.1 Model pengajaran Glaser

2.2.2.2 Model pengajaran Sim

2.2.3 Ciri-Ciri Pengajaran Berkesan

2.2.4 Kemahiran Tanggungjawab Pengajaran

2.3 Etika Profesion Perguruan

2.3.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

2.3.2 Etika Profesion Perguruan

2.4 Dapatan Kajian Lepas

2.5 Penutup

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

3.2 Reka Bentuk Kajian

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

3.4 Instrumen Kajian

3.5 Kajian Rintis

3.6 Proses Kajian

3.7 Penganalisisan Data Kajian

3.8 Penutup

14

16

17

17

18

18

19

20

24

28

28

30

33

35

36

37

37

38

40

42

43

47

Page 20: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my fileguru sebagai profesional adalah semakin mencabar dan untuk menjadi seorang guru yang unggul, mereka perlu memiliki kebolehan akademik

x

4

5

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

4.2 Analisis Dapatan Kajian Bahagian A

4.3 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian dan

Hipotesis Kajian

4.4 Penutup

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Rumusan

5.3 Perbincangan dan kesimpulan

5.3.1 Kemahiran Tanggungjawab Pengajaran

5.3.2 Kebolehan Amalan Profesionalisme

5.3.3 Hubungan Antara Kemahiran Tanggungjawab

Pengajaran Dengan Kebolehan Amalan

Profesionalisme

5.4 Cadangan Kajian

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

5.6 Penutup

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

48

48

51

71

72

72

74

74

78

51

81

82

83

84-90

91-98

Page 21: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my fileguru sebagai profesional adalah semakin mencabar dan untuk menjadi seorang guru yang unggul, mereka perlu memiliki kebolehan akademik

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Perbandingan Model Dan Strategi Pengajaran-Pembelajaran 21

2.2 Preferen Pelajar Keseluruhan terhadap Teknik Pengajaran 24

2.3 Domain tanggungjawab pengajaran 29

3.1 Taburan item-item soal selidik Bahagian B 39

3.2 Taburan item-item soal selidik Bahagian C 40

3.3 Kod item, Bilangan item, Pekali kebolehpercayaan Alpha 41

bagi setiap aspek

3.4 Jenis ujian yang digunakan

3.5 Pengkelasan Tahap Penguasaan Dan Pemahaman Pelajar 44

Berdasarkan Skor Min

3.6 Penentuan Hipotesis Nol Berdasarkan Nilai Signifikan 45

3.7 Interprestasi nilai pekali korelasi 46

3.8 Hipotesis yang diuji 46

4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 49

4.2 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 49

4.3 Taburan Responden Berdasarkan Agama 50

4.4 Taburan Responden Berdasarkan Kursus 50

4.5 Taburan Min Mengikut Domain Kemahiran Tanggungjawab 51

Pengajaran 52

4.6 Dapatan Kajian Dalam Aspek Perancangan dan Persediaan 39

4.7 Dapatan Kajian Dalam Aspek Pengurusan Bilik Darjah 54

4.8 Dapatan Kajian Dalam Aspek Pengurusan Pengajaran 55

4.9 Dapatan Kajian Dalam Aspek Tanggungjawab Profesional 58

Page 22: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my fileguru sebagai profesional adalah semakin mencabar dan untuk menjadi seorang guru yang unggul, mereka perlu memiliki kebolehan akademik

xiii

4.10 Taburan Min Mengikut Domain Kemahiran TanggungjawabPengajaran 60

4.11 Dapatan Kajian Dalam Aspek Tanggungjawab Terhadap Pelajar61

4.12 Dapatan Kajian Dalam Aspek Tanggungjawab Terhadap Rakan

Sejawat Dan Profesion 63

4.13 Dapatan Kajian Dalam Aspek Tanggungjawab Terhadap

Masyarakat Dan Negara 65

4.14 Dapatan Kajian Dalam Aspek Tanggungjawab Terhadap

Ibu Bapa 67

4.15 Penguasaan Kemahiran Tanggungjawab Pengajaran

Berdasarkan Kursus 69

4.16 Analisis Ujian-T Terhadap Penguasaan Kemahiran

Tanggungjawab Pengajaran Berdasarkan Jantina 70

4.17 Kebolehan Amalan Profesionalisme Berdasarkan Kursus 70

4.18 Analisis Ujian-T Terhadap Kebolehan Amalan ProfesionalismeBerdasarkan Jantina 71

4.19 Nilai Kolerasi Hubungan Penguasaan Kemahiran TanggungjawabPengajaran Dengan Kebolehan Amalan Profesionalisme 71

Page 23: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my fileguru sebagai profesional adalah semakin mencabar dan untuk menjadi seorang guru yang unggul, mereka perlu memiliki kebolehan akademik

xiii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH

1.1

3.1

TAJUK

Kerangka Konsep

Proses Kajian

MUKA

SURAT

12

42