kajian jawi misri

13
1 PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS JAWI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHAP SATU SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN PROGRAM LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH KPLI(SR)-LPBS-j-QAF AMBILAN JANUARI 2009 IPGM KAMPUS KENINGAU Oleh Misri Bin Hj Bohari [email protected] Mohamad Razali Bin Abu Bakar [email protected] IPGM Kampus Keningau dan Noorafeeda Binti Mohammed@Hj Asmawi SMK.Gunsanad , Keningau ABSTRAK Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi dalam kalangan murid tahap satu di sekolah-sekolah kebangsaan program j-QAF Ambilan 2009 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Keningau . Kajian ini merupakan satu tinjauan deskriptif menggunakan borang soal selidik dan ujian terhadap sampel 73 orang murid yang terdapat guru-guru pelatih j-QAF Ambilan Januari di sekolah tersebut. Dapatan kajian mendapati skor min antara 2.70 dan 2.34 pada kemahiran membaca pada tahap sederhana dan skor min 2.96 pada kemahiran menulis huruf bersambung pada tahap sederhana juga , namun pada kemahiran menukar perkataan rumi kepada jawi skor min 1.73 dengan sampel n=73 menunjukkan tahap yang rendah . ABSTRACT The study was conducted to identify the level of mastery of reading and writing skills among students in Jawi level in a national schools program j-QAF Intake 2009 Institute of Teacher Education Malaysia Campus Keningau. This study is a descriptive review using the form questionnaires and tests of 73 samples of students who are teachers trainees j-QAF Intake in January of the school. Research findings have scores between 2.70 and 2.34 min on reading skills in middle level and 2.96 min score on letter writing skills at advanced medium level also, but the skills to change the word rumi Jawi score min with 1.73 n = 73 samples showed a low level.

Upload: noorafeeda-hj-asmawi

Post on 24-Jul-2015

2.356 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian jawi Misri

1

PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS JAWI DALAMKALANGAN MURID-MURID TAHAP SATU SEKOLAH-SEKOLAH

KEBANGSAAN PROGRAM LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAHKPLI(SR)-LPBS-j-QAF AMBILAN JANUARI 2009 IPGM KAMPUS KENINGAU

OlehMisri Bin Hj [email protected]

Mohamad Razali Bin Abu [email protected]

IPGM Kampus Keningau

dan

Noorafeeda Binti Mohammed@Hj AsmawiSMK.Gunsanad , Keningau

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulisjawi dalam kalangan murid tahap satu di sekolah-sekolah kebangsaan program j-QAFAmbilan 2009 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Keningau . Kajian ini merupakansatu tinjauan deskriptif menggunakan borang soal selidik dan ujian terhadap sampel 73orang murid yang terdapat guru-guru pelatih j-QAF Ambilan Januari di sekolah tersebut.Dapatan kajian mendapati skor min antara 2.70 dan 2.34 pada kemahiran membaca padatahap sederhana dan skor min 2.96 pada kemahiran menulis huruf bersambung pada tahapsederhana juga , namun pada kemahiran menukar perkataan rumi kepada jawi skor min 1.73dengan sampel n=73 menunjukkan tahap yang rendah .

ABSTRACT

The study was conducted to identify the level of mastery of reading and writing skills amongstudents in Jawi level in a national schools program j-QAF Intake 2009 Institute of TeacherEducation Malaysia Campus Keningau. This study is a descriptive review using the formquestionnaires and tests of 73 samples of students who are teachers trainees j-QAF Intake inJanuary of the school. Research findings have scores between 2.70 and 2.34 min on readingskills in middle level and 2.96 min score on letter writing skills at advanced medium levelalso, but the skills to change the word rumi Jawi score min with 1.73 n = 73 samples showeda low level.

Page 2: Kajian jawi Misri

2

Pengenalan

Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1992 memasukkan pelajaran Jawi kedalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang memberi tumpuan kepadakemahiran membaca dan menulis Jawi dan tulisan ini hanya diajar dalam subjek pendidikanIslam dan bukannya subjek bahasa Melayu. Begitu juga melalui program j-QAF yang telahdicetuskan ideanya pada tahun 2004 oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi Mantan PerdanaMenteri dan pelaksanaannya pada tahun 2005 ,program ini menekankan pemulihan jawipenguasaan al-Quran , Bahasa Arab dan Fardu Ain sebagai elemen penting dalam usahamemperkasakan murid-murid di sekolah kebangsaan. Pendekatan yang dijalankanmerupakah salah satu langkah bijak untuk membentuk generasi kini yang celik Jawi.

Hashim Abdullah (1999), menyatakan kehilangan atau kelupusan tulisan Jawibermakna satu lagi daripada sekian banyak ‘warisan pusaka’ bangsa Melayu yang hilang.Dan inilah juga yang dikenalpasti kejahilan anak-anak muda Melayu membaca al-Quran,disebabkan ketidakbolehan mereka membaca Jawi. Ekoran daripada itu pelbagai krisisakhlak dan sosial di kalangan remaja kerana konsep Islam yang tulen tiada lagi dalam dirimereka. Menyedari hakikat itulah maka kini, pelbagai pihak tampil ke hadapan denganpelbagai pandangan untuk memartabatkan semula Jawi yang pernah mentamadunkan bangsaMelayu.

Menurut Fatimah Binti Saufee (2006), Tulisan Jawi merupakan sebuah kraf sepertikraf-kraf yang lain. Sebagai suatu hasil kraf dan seni, kemahiran menulis mesti diajardengan cara dan teknik yang betul di peringkat awal lagi. Oleh itu, menulis Jawimemerlukan latihan dan bimbingan yang bersistematik. Faktor-faktor di atas akanmenentukan kebolehan dan keupayaan murid-murid menulis Jawi. Peringkat menulis Jawisama seperti menulis Rumi yang mempunyai perbezaan dari segi arah tulisan dan bentukdan kaedah menyambungkan huruf menjadi suku kata atau perkataan. Pengajaran menulismemerlukan perancangan dan ketelitian yang rapi.

Latar belakang Masalah

Berdasarkan kajian dan laporan yang dijalankan, penguasaan pelajar dalam kemahiranmenulis dan membaca Jawi adalah lemah menurut Awang Mohamad Amin (1989). Kajian daripadaMustapha Yazid (1991) mendapati, 95 peratus pelajar mempunyai sikap negatif terhadap tulisan Jawiseperti susah dipelajari, tidak penting dan tidak dinilai dalam peperiksaan.

Program j-QAF setiap 6 bulan sekali satu pelaporan lengkap mengenai pencapaianmurid di bawah program ini mesti direkodkan dan dihantar ke PPD, JPN dan KPM.Pengkaji rasa terpanggil untuk mengkaji mengenai kebolehan murid-murid Tahap satudalam menguasai tulisan Jawi. Kajian ini cuba melihat sejauh manakah murid-murid tahapsatu membaca huruf jawi bersambung bagi satu suku kata, dua suku kata tiga suku kata danayat pendek . Bagi kemahiran menulis jawi pula kajian tertumpu kepada menulis huruf jawiyang bersambung dan menukar perkataan rumi kepada jawi .

Page 3: Kajian jawi Misri

3

Tujuan Kajian

Kajian ini dilakukan bagi mendapatkan maklumat mengenai tahap penguasaan murid tahapsatu di sekolah-sekolah Program Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah KPLI sekolahrendah j-QAF Ambilan Januari 2009 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Keningauyang terletak di kawasan bandar , kawasan luar Bandar dan pedalaman di negeri Sabahkhususnya untuk meninjau :

1. Tahap penguasaan kemahiran membaca huruf jawi bersambung bagi satu suku kata,dua suku kata ,tiga suku kata dan ayat pendek .

2. Tahap penguasaan kemahiran menulis jawi bagi huruf jawi yang bersambung danmenukar perkataan rumi kepada jawi.

Persoalan Kajian

Kajian ini meninjau beberapa persoalan utama. Antara lain ia mengkaji tentang persoalanberikut :

1. Apakah tahap sebenar penguasaan murid tahap satu terhadap kemahiran membacahuruf jawi bersambung bagi satu suku kata, dua suku kata ,tiga suku kata dan ayatpendek ?

2. Apakah tahap sebenar penguasaan murid tahap satu menulis jawi bagi huruf jawiyang bersambung dan menukar perkataan rumi kepada jawi ?

3. Apakah terdapat hubungan yang signifikan antara lokasi sekolah dengan tahappenguasaan kemahiran membaca huruf jawi ?

4. Apakah terdapat perbezaan antara jantina dengan tahap penguasaan kemahiranmenulis jawi ?

5. Apakah murid tahap satu minat untuk belajar jawi ?

Hipotesis Kajian

Berdasarkan persoalan kajian, hipotesis yang terlibat dalam kajian ini ialah:

Ho. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara lokasi sekolah dengan tahappenguasaan kemahiran membaca huruf jawi murid tahap satu.

H1. Terdapat hubungan yang signifikan antara lokasi sekolah dengan tahappenguasaan kemahiran membaca huruf jawi murid tahap satu .

Ho. Tidak terdapat perbezaan antara jantina dengan tahap penguasaan kemahiranmenulis jawi murid tahap satu.

H2. Terdapat perbezaan antara jantina dengan tahappenguasaan kemahiran menulis jawi murid tahap satu.

Page 4: Kajian jawi Misri

4

Tinjauan Literatur

Menurut Dr. Montessori dalam kajian oleh Siti Fatimah Binti Saufee (2006)mendapati bahawa , Penulisan mendahului bacaan. Penulisan adalah tindakan di manapsikomotor mekanisme amat ketara , sebaliknya dalam pembacaan hanya mencapai sesuatupekerjaan yang intelektual. Ini bermakna penguasaan menulis jawi merupakan langkahyang utama sebelum penguasai kemahiran membaca jawi.

Kajian Terdahulu

Nik Rosila Nik Yaacob (2007) dalam kajiannya menunjukkan tidak terdapat perbezaanyang jelas antara pelajar lemah, sederhana dan baik dalam penguasaan Jawi dengan minat merekaterhadap Pendidikan Islam yang diwakili oleh indikator "seronok belajar mata pelajaran lainberbanding Pendidikan Islam". Dapatan menunjukkan lebih tinggi peratusan pelajar yang bolehmenguasai Jawi tidak berminat terhadap Pendidikan Islam. Keadaan ini menggambarkankemungkinan besar pengajaran guru tidak begitu berkesan untuk menarik minat pelajar.

Satu kajian oleh Siti Fatimah binti Saufee (2006) mendapati prestasi murid-muridberkait rapat dengan latar belakang dan persekitaran di mana murid-murid yang mempunyaiibu bapa yang tiada pendedahan awal mengenai tulisan Jawi dan kesedaran tentangpentingnya pendidikan Jawi. Sikap murid-murid yang negatif juga mempengaruhi carapembelajaran mereka. Oleh itu, untuk memantapkan lagi penggunaan tulisan Jawi beberapasaranan dibuat sebagai kesinambungan ke arah mengembalikan semula keagungan tulisanJawi dan meletakkan fungsi dan kedudukan yang tinggi setanding dengan tulisan-tulisan laindi dunia.

Ustaz Zali bin Muda (1996) kajiannya mendapati bahawa pencapaiam dalampelajaran Jawi di kalangan murid-murid Darjah Lima adalah sederhana, terdapat banyakfaktor yang mempengaruhi dalam pencapaian tersebut. Dari segi sikap pula, kebanyakanpelajar tergolong dalam kategori sikap tinggi, mencadangkan mereka mempunyai sikappositif terhadap pelajaran.

Metodologi Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif yang dijalankan secara tinjauan (survey).Kajian ini juga menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dan pengumpulan maklumat darisampel yang menggunakan instrumen borang soal selidik. Untuk menguji setiap dimensi, skalaLikert empat poin digunakan bagi bahagian B dan C manakala skala Likert lima poin bagibahaian D . Kaedah tinjauan juga membolehkan kajian dijalankan ke atas pelbagai aspekdengan lebih menyeluruh. Melalui kaedah ini masa kajian dapat dijimatkan danpengumpulan data adalah lebih berkesan .

Page 5: Kajian jawi Misri

5

Batasan Kajian

Kajian ini dilakukan ke atas 73 orang sampel sahaja yang mewakili tiga lokasisekolah kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman. Kajian ini juga hanya berfokus kepadamurid tahap satu di sekolah-sekolah kebangsaan yang terdapat guru-guru pelatih j-QAFAmbilan Januari tahun 2009 yang sedang menjalani Latihan Perguruan Berasaskan Sekolahdi Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Keningau. Justeru itu hasil dapatan kajian initidak boleh mewakili atau dijadikan asas dapatan bagi keseluruhan aras penguasaan murid-murid tahap satu di Negeri Sabah atau Institut-institut Pendidikan Guru Malaysia.

Populasi dan Persampelan kajian

Persampelan kajian tertumpu kepada murid tahap satu di sekolah-sekolahkebangsaan yang terdapat guru-guru pelatih j-QAF Ambilan Januari tahun 2009 di sekolahtersebut. Populasi kajian seramai 90 orang murid tahap satu dengan mengambil sampel 73orang murid sahaja berdasarkan Jadual Penentuan saiz sampel Kerjcie dan Morgan (1970).Pecahan sampel dengan nisbah 34 orang murid lelaki atau 46.6% dan 39 orang muridperempuan atau 53.4% . Sampel yang diambil juga menggunakan persampelan berkelompok(cluster) iaitu berdasarkan lokasi sekolah bandar , luar bandar dan pedalaman .MemandangIPGM Kampus Keningau di kawasan pedalaman atas yang difokuskan bagi melatih gurupedalaman maka persampelan juga lebih kepada luar bandar dan pedalaman. Peratusanjumlah murid di sekolah yang berada di lokasi bandar iaitu 13 orang atau 17.8% , murid disekolah luar bandar sejumlah 46 orang atau 63% dan murid di sekolah pedalaman sejumlah14 orang atau 19.2%.

Instrumen Kajian

Soal selidik menggunakan skala Likert empat poin dan lima poin dibentuk berdasarkanubahsuai instrumen kajian Siti Fatimah binti Saufee (2006). Maklumat soal selidik sepertiberikut :

i. Bahagian A : Latar belakang responden = 12 itemii. Bahagian B : Minat responden terhadap tulisan jawi = 8 item

Selain itu satu ujian penguasaan yang telah telah diubahsuai berdasarkan istrumen ujian oleh NikRosila Nik Yacob (2007) dan Profesor Emeritus Dato' Dr. Ishak Haron, UPSI (2007) yangmenguji:

i. Bahagian C :Ujian Kemahiran mengeja dan membaca Jawiii. Bahagian D :Ujian Kemahiran menulis jawi dan menukar perkataan rumi kepada Jawi

Bagi menentukan kesahan data instrument, pengkaji menggunakan “Scale Alpha Cronbanch”dengan SPSS Version 11.5 dan hasil nilai kebolehpercayaan koefisien alpha ialah 0.9850suatu nilai yang tinggi tahap kebolehpercayaannya.

Page 6: Kajian jawi Misri

6

Pengumpulan Data

Bagi mengumpulkan data penyelidik bersama 31 orang pelatih j-QAF Ambilan Januari 2009telah menggunakan borang soal-selidik yang telah ditadbir dan responden yang dipilihmerupakan murid tahap satu di sekolah mereka yang diambil secara rawak.

Analisis Data

Bagi menganalisis data daripada soal selidik , beberapa kaedah telah dipilih bagimemberikan hasil dapatan kajian yang lebih tepat menggunakan SPSS Version 11.5 .Antaranya ialah :

1. Menggunakan min (mean)2. Menggunakan pengujian kolerasi untuk melihat hubungan3. Menggunakan pengujian-t untuk melihat perbezaan

Skala Likert yang digunakan

Bagi menguji tahap membaca skala empat poin digunakan . Bagi mengetahui tahapmembaca huruf Jawi bersambung satu suku kata, dua suku kata , tiga suku kata dan ayatpendek pilihan skala ujian “Lemah”, “Kurang Jelas”, “Jelas Sebutan”dan “Sangat jelasSebutan dan Tepat”. Nilai bagi setiap item adalah seperti jadual 1 berikut :

Jadual 1 : Nilai Bagi Item Tahap Membaca Huruf Jawi______________________________________________________

SKALA NILAI______________________________________________________Lemah 1Kurang Jelas 2Jelas Sebutan 3Sangat Jelas Sebutan dan Tepat 4_______________________________________________________

Sementara bagi mengkaji tahap menulis huruf jawi bersambung dan menulis perkataan rumikapada jawi skala empat poin dengan pilihan skala ujian “Tidak Tepat Sambungan Huruf ”,“Kurang Jelas Sambungan Huruf ”,”Jelas dan Hampir Tepat Sambungan Huruf ” dan “Sangat Tepat Sambungan dan Ejaan”. Nilai bagi setiap item adalah seperti jadual 2 berikut :

Jadual 2 : Nilai Bagi Item Tahap Menulis Huruf Jawi______________________________________________________

SKALA NILAI______________________________________________________Tidak Tepat Sambungan Huruf 1Kurang Jelas Sambungan Huruf 2Jelas dan Hampir Tepat Sambungan Huruf 3Sangat Tepat Sambungan dan Ejaan 4_______________________________________________________

Page 7: Kajian jawi Misri

7

Bagi mengkaji minat murid secara umum terhadap tulisan Jawi skala lima poin digunakandengan pilihan respon “Sangat Tidak Setuju”, “Tidak Setuju”, “Tidak Pasti”, “Setuju” dan “Sangat Setuju”. Nilai bagi item adalah seperti jadual 3 di berikut :

Jadual 3 : Nilai Bagi Item Minat Terhadap Tulisan Jawi______________________________________________________

SKALA NILAI______________________________________________________Sangat Tidak Setuju 1Tidak Setuju 2Tidak Pasti 3Setuju 4Sangat Setuju 5_______________________________________________________

Dapatan Kajian dan Perbincangan

Bagi menjelaskan dapatan bagi persoalan satu , dua dan lima skor min digunakan.Pengkaji telah menggunakan interpretasi skor min oleh Jamil Ahmad (2002) seperti berikut:

Jadual 4 : Interpretasi skor min______________________________________________________

Skor Tahap______________________________________________________1.00 hingga 2.33 Rendah2.34 hingga 3.66 Sederhana3.67 hingga 5.00 Tinggi_______________________________________________________Sumber: Jamil Ahmad (2002)

Tahap sebenar penguasaan murid tahap satu terhadap kemahiran membaca huruf jawibersambung bagi satu suku kata, dua suku kata ,tiga suku kata dan ayat pendek .

Jadual 5 : Membaca Huruf Jawi Bersambung

____________________________________________________________________ITEM MIN SP N

____________________________________________________________________Satu Suku Kata dan Dua Suku Kata 2.70 1.00 73Tiga Suku Kata dan Ayat Pendek 2.34 1.07 73____________________________________________________________________

Page 8: Kajian jawi Misri

8

Merujuk kepada Jadual 5. di atas secara keseluruhan skor min tahap membaca hurufbersambung satu suku kata dan dua suku kata sampel (n=73) ialah 2.70 dengan sisihanpiawai 1.00 .Dan skor min bagi tahap membaca tiga suku kata dan ayat pendek sampel(n=73) ialah 2.34 dengan sisihan piawai 1.07 . Ini menunjukkan tahap penguasaan membacamurid tahap satu pada tahap sederhana.

Tahap sebenar penguasaan murid tahap satu menulis jawi bagi huruf jawi yangbersambung dan menukar perkataan rumi kepada jawi

Jadual 6 : Menulis Huruf Jawi Bersambung dan Menukar Perkataan Rumi

kepada Jawi

____________________________________________________________________ITEM MIN SP N

____________________________________________________________________Menulis Huruf Jawi Bersambung 2.96 0.90 73Menukar Perkataan Rumi kepada Jawi 1.73 0.83 73____________________________________________________________________

Merujuk kepada Jadual 6 di atas secara keseluruhan skor min tahap menulis hurufbersambung sampel (n=73) ialah 2.96 dengan sisihan piawai 0.96 menunjukkan muriddapat menulis pada tahap sederhana .Dan skor min bagi item menukar perkataan rumikepada jawi dengan sampel (n=73) ialah 1.73 dengan sisihan piawai 0.83 . Ini menunjukkantahap penguasaan menulis jawi dengan menukar perkataan rumi kepada jawi pada tahapyang rendah .

Tahap sebenar minat murid tahap satu kepada Tulisan Jawi

Jadual 7 : Minat murid tahap satu kepada Tulisan Jawi

____________________________________________________________________ITEM MIN SP N

____________________________________________________________________Menghadiri Kelas Pemulihan Jawi 3.82 1.32 73Menulis Nama dalam Tulisan Jawi 3.42 1.18 73Sering Membaca Bahan-bahan Jawi 3.34 1.22 73Buku Teks dan Latihan Jawi 3.60 1.11 73Rancangan berunsurkan Jawi 3.05 1.24 73Memahami Pelajaran Jawi yang diajar Guru 3.82 1.13 73Pelajaran Jawi Mudah dipelajari 3.65 1.13 73Pengaruh Kawan 3.54 1.20 73____________________________________________________________________Skor Min Keseluruhan Minat Murid 3.53 0.92 73

Merujuk kepada Jadual 7 di atas secara keseluruhan skor min tahap minat murid tahap satuterhadap Tulisan Jawi dengan sampel (n=73) ialah 3.53 dengan sisihan piawai 0.92menunjukkan tahap minat murid tahap satu pada tahap sederhana . Namun terdapat dua

Page 9: Kajian jawi Misri

9

item yang menunjukkan minat murid pada tahap yang tinggi iaitu item menghadiri kelaspemulihan jawi dengan skor min 3.82 dan memahami pelajaran jawi yang diajar oleh gurudengan skor min 3.82.

Ini bermakna kesan yang positif hasil daripada kelas-kelas pemulihan jawi yang menjadifokus kepada program j-QAF itu sendiri . Melalui kelas pemulihan jawi yang menggunakanpendekatan “al-‘ab ar-riadhiah” iaitu pendekatan bermain seperti permainan bowling ,permaian teng-teng, permainan pancing ikan, permaian pokok jawi dan banyak lagi. Begitujuga dengan pendekatan pengajaran jawi melalui aktiviti nasyid dan nyanyian dengan iramaseperti wau bulan , abcd.. dan lain-lain lagi menarik murid untuk mendekati dan menguasaiTulisan Jawi .

Sebab itulah Kementerian Pelajaran Malaysia meletakkan perkataan j-QAF yang dimulaidengan huruf ‘j’ kecil yang membawa intrepetasi pemulihan jawi suatu pendekatan bagimemulihkan sekumpulan murid yang kurang menguasai jawi melalui ujian saringandiagnostik pada setiap awal tahun bagi murid-murid tahap satu. Huruf ‘Q’ iaitu celik danmemperkasakan al-Quran. Huruf ‘A’ iaitu memperkenalkan dan memperkasakan bahasatambahan iaitu Bahasa Arab. Huruf ‘F’ iaitu memperkasakan fardu ain yang mesti dikuasaioleh setiap murid Islam di peringkat sekolah rendah.

Bagi menjelaskan hubungan antara pembolehubah Hubungan Pearson di gunakan denganmerujuk jadual 8 berikut :

Jadual 8 Pekali korelasi dan kekuatan hubungan

Pekali korelasi (r) Kekuatan hubungan

0.00 – 0.20 Boleh diabaikan

0.20 – 0.40 Rendah

0.40 – 0.60 Sederhana

0.60 – 0.80 Tinggi

0.80 – 1.00 Sangat tinggi

Sumber : Alias Baba. (1999)

Antara persoalan hubungan yang akan dikaji ialah hubungan lokasi sekolah dengan tahapkemahiran membaca murid .Manakala persoalan perbezaan antara jantina dengan kemahiranmenulis murid ujian –t digunakan.

Page 10: Kajian jawi Misri

10

Hubungan antara lokasi sekolah dengan tahap penguasaan kemahiran membaca hurufjawi

Jadual 9. Hubungan antara lokasi sekolah dengan tahap penguasaan kemahiranmembaca huruf jawi (membaca huruf bersambung satu suku kata , duasuku kata, tiga suku kata dan ayat pendek)

___________________________________________________________________Pembolehubah Kolerasi Pearson ( r ) sig (p)( 2 Hujung )Lokasi Sekolah___________________________________________________________________

Membaca Huruf Bersambung -.205 .082Satu dan Dua Suku Kata

Membaca Huruf Bersambung -.217 .065Tiga Suku Kata dan Ayat Pendek

___________________________________________________________________** . Correlation is significant at the 0.01 level ( 2-tailed)

Jadual 9 di atas menunjukkan hasil ujian korelasi antara lokasi sekolah dengan tahappenguasaan kemahiran membaca huruf jawi bersambung satu suku kata , dua suku kata, tigasuku kata dan ayat pendek .

Hasil ujian korelasi menunjukkan tidak signifikan ( r = -0.205, p=0.082 ) di antara lokasisekolah dengan tahap penguasaan kemahiran membaca huruf jawi bersambung satu sukukata dan dua suku kata.

Hasil ujian korelasi menunjukkan tidak signifikan ( r = -0.217, p=0.065 ) di antara lokasisekolah dengan tahap penguasaan kemahiran membaca huruf jawi bersambung tiga sukukata dan ayat pendek.

Perbezaan antara jantina dengan tahap penguasaan kemahiran menulis jawi

Jadual 10. Perbezaan tahap penguasaan kemahiran menulis jawi hurufbersambung berdasarkan jantina

____________________________________________________________________

Jantina n Min SP t sig

____________________________________________________________________

Lelaki 34 2.87 .932 -.706 .940

Perempuan 39 3.02 .872 -.702

____________________________________________________________________

Page 11: Kajian jawi Misri

11

Jadual 10 di atas menunjukkan hasil ujian t untuk menentukan perbezaan tahap penguasaankemahiran menulis jawi huruf bersambung berdasarkan jantina . Hasil ujian inimenunjukkan perbezaan yang sangat kecil jawi huruf bersambung berdasarkan jantina bagilelaki ( t= -0.706 , p=0.940) dan perempuan ( t= -0.702 , p=0.940 ) .

Jadual 11. Perbezaan tahap penguasaan kemahiran menulis jawi dengan menukarrumi kepada Jawi berdasarkan jantina

____________________________________________________________________

Jantina n Min SP t sig

____________________________________________________________________

Lelaki 34 1.71 .807 -.233 .942

Perempuan 39 1.75 .865 -.234

____________________________________________________________________

Jadual 11 di atas menunjukkan hasil ujian t untuk menentukan perbezaan tahap penguasaankemahiran menulis jawi dengan menukar rumi kepada Jawi berdasarkan jantina. Hasil ujiant ini menunjukkan perbezaan yang sangat kecil menulis huruf jawi dengan menukar rumikepada Jawi berdasarkan jantina bagi lelaki ( t= -0.233 , p=0.942) dan perempuan( t= -0.234 , p=0.942 ) .

Dapatan kajian menunjukkan bahawa hipotesis awal yang boleh di terima ialah:

Ho. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara lokasi sekolah dengan tahappenguasaan kemahiran membaca huruf Jawi murid tahap satu.

H2. Terdapat perbezaan antara jantina dengan tahap penguasaan kemahiran menulisJawi murid tahap satu.

Walaupun dalam kajian-kajian sebelum ini yang memfokuskan lebih kepada perinciankepada menulis huruf-huruf tunggal seperti kajian oleh Siti Fatimah Saufee (2006) yangmenggunakan peratusan dan dapatan kajiannya ialah hasil kajian menunjukkan 65.4% muridtidak tahu dan tidak boleh menulis huruf Jawi dengan betul dan hanya 34.6% sahaja muridboleh menulis huruf Jawi. Siti Fatimah menggunakan kajian kes iaitu seramai 10 orang yangdijadikan sampel.

Oleh itu, pengkaji mengambil contoh-contoh latihan menulis huruf jawi bersambung danmenukar perkataan rumi kepada Jawi yang telah diadaptasikan daripada bahan tulisan dankajian rintis di Negeri Perak oleh Profesor Emeritus Dato' Dr. Ishak Haron, UPSI (2007) dantelah dibukukan dengan tajuk Mudah Jawi dengan menggunakan min pula .

Page 12: Kajian jawi Misri

12

Secara umumnya dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan murid dalam aspekmembaca dan menulis jawi murid-murid tahap satu di sekolah-sekolah program j-QAFAmbilan Januari 2009 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Keningau berada padatahap yang sederhana . Dapatan kajian ini menunjukkan skor min antara 2.70 dan 2.34dengan sampel n=73 pada kemahiran membaca dan skor min 2.96 pada kemahiran menulishuruf bersambung pada tahap sederhana , namun pada kemahiran menukar perkataan rumikepada jawi skor min 1.73 dengan sampel n=73 menunjukkan tahap yang rendah .

Kalau dilihat dapatan kajian tahap menulis huruf bersambung (min = 2.96)lebih tinggi berbanding dengan membaca huruf bersambung (min = 2.70 ). Dapatan inimembuktikan teori Dr. Montessori bahawa penulisan mendahului bacaan .

Cadangan kajian akan datang

Bagi memantapkan kajian ini dan dengan harapan dapat memberi manfaat kepadajabatan yang terlibat maka dicadangkan supaya kajian akan datang akan mengambilkiraperkara-perkara berikut;

1. Kajian akan datang boleh dibuat dengan lebih menyeluruh kepada sekolah-sekolah kebangsaan yang terdapat program j-QAF kepada murid-murid tahapdua di Negeri Sabah.

2. Kajian juga boleh dibuat dengan membandingkan tahap penguasaan Jawi murid-murid tahap satu dan tahap dua di Semenanjung Malaysia dengan murid tahapsatu dan tahap dua di Sabah dan Sarawak .

3. Kajian yang akan datang juga boleh mengkaji keberkesanan kaedah-kaedahmenguasai Tulisan Jawi seperti Kaedah Mudah Jawi oleh Profesor EmeritusDato' Dr. Ishak Haron , Kaedah Doktor Jawi Kuasai Jawi Dalam Masa 4 Jamoleh Ustaz Abdul Manan Ali alMerbawi , Kaedah Jawi Mesra Pengamal Rumioleh Lee Guan Hooi dari Kelantan.

4. Kajian yang akan datang juga boleh membuat kajian terhadap penguasaan Jawikepada murid-murid bukan Islam dan orang awam .

Kesimpulan

Kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran permulaan penguasaan jawi di kalanganmurid-murid tahap satu di Negeri Sabah berbanding kajian-kajian yang pernah di buat diSemenanjung Malaysia.

Page 13: Kajian jawi Misri

13

Rujukan

Alias Baba. (1999). Statistik penyelidikan dalam Pendidikan dan Sains Sosial. Bangi.Universiti Kebangsaan Malaysia.

Awang Mohamad Amin. (1989). Tulisan Jawi ke arah penggunaan yang lebih meluas danberkesan. Jurnal Dewan Bahasa, 33(12), 937–941.

Chua Yan Piaw.(2006) . Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur : McGraw-Hill (Malaysia)Sdn.Bhd.

Ishak Haron . (2007) .Mudah Jawi . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Likert, Rensis (1932) A Technique for the Measurement of Attitudes , Archivesof Psychology 140: 1–55

Mustapha Yazid. (1991). Penguasaan Jawi di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengahdi negeri Kelantan: Satu kajian khusus di daerah Kota Bharu. Latihanilmiah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Nik Rosila Nik Yaacob .(2007). Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat danPencapaian Pelajar dalam Pendidikan Islam .Pulau Pinang : Pusat PengajianIlmu Pendidikan ,USM.

Siti Fatimah Saufee (2006) Penguasaan tulisan Jawi di kalangan murid-murid tahap satudi sekolah rendah di Daerah Meradong. Seminar Penyelidikan PendidikanInstitut Perguruan Rajang Bintangor, Sarawak.

Zali bin Muda (1996) . Faktor-faktor psikologi dan permasalahan dalam pengajaran danpembelajaran jawi di kalangan murid darjah lima di Sekolah KebangsaanBukit Tunggal , Kuala Terengganu . Terengganu : Jabatan Pendidikan Islamdan Moral,Institut Perguruan Kuala Terengganu.

.