e-book asas fardhu ain(1)

47
BIMBINGAN FARDHU AIN BIMBINGAN FARDHU AIN (Sila click pada tajuk yang ingin dilawati) 1-TAHARAH (BERSUCI) Pengertian bersuci: Taharah zahir dan batin. 2-Jenis-Jenis bersuci. 3-Istinjak Syarat Istinjak Rukun Istinjak. Cara beristinjak dengan Air (Air Mutlak). Cara Beristinjak dengan menggunakan batu pada dubur. Cara Istinjak Dengan Batu Pada Qubul ( Zakar atau Faraj). Hal-hal yang perlu diperhatikan ketika istinjak 4-Hukum Qada Hajat Qada Hajat atau Buang Air terbahagi kepada tiga hukum: Cara Qada Hajat yang diharamkan. Cara Qada Hajat Yang Dimakruhkan. Cara-cara Qada Hajat Yang disunatkan. Hal-hal yang harus dilakukan sebelum buang air. Adab buang air 5-Hikmah Bersuci 6-Najis dan jenis-jenisnya Benda-benda Najis Terdapat tiga bahagian najis iaitu: 1. Najis Mukhaffafah. (Ringan) 2. Najis Mutawassitah. (Pertengahan) 3. Najis Mughallazah. (berat) Cara menyucikan Najis Mukhaffafah (ringan). Cara menyucikan Najis Mutawasitah (Pertengahan). Cara Menyuci Najis Mughallazah (Najis Berat) Cara Menyucikan Kulit Bangkai Cara menyucikan cairan yang memabukkan. Perkara yang tidak dikira sebagai najis. Hukum Peluh dan air liur manusia dan binatang. Air Liur Basi Hukum Madu 7-Jenis-jenis Air Air Mutlak Air Musta'mal Air Mutaghayyir (Air Muqayyid) Air Mutanajjis Air Musyammas 8-Wudhu Syarat Wuduk ada lima: Rukun Wuduk ada enam: Sunat Wuduk ada 12: Perkara yang dapat membatalkan Wuduk ada lima: 9-Tayamum Syarat-syarat tayammum: Rukun Tayammum ada 4: Sunat Tayammum ada 2: 10-Mandi Wajib & Sunat Perkara yang mewajibkan mandi: Rukun Mandi ada 3: Sunat Mandi ialah: 11-Takrif Solat Syarat wajib solat: Syarat sah solat: Perkara-perkara yang membatalkan solat: Waktu-waktu Solat Fardhu: Perbuatan sunat sebelum solat: Waktu-waktu yang dimakruhkan solat tanpa sebab: 12-Rukun Solat Rukun solat ada 13: 1. Niat: 2. Takbiratul-Ihram 3. Berdiri bagi orang yang berkuasa. 4. Membaca al-Fatihah: 5. Rukuk, berserta tama'ninah. 6. Iktidal: 7. Sujud 8. Duduk di antara dua sujud berserta tama'ninah. 9. Tahiyyat/Tasyahud akhir. 10. Duduk ketika tahiyyat akhir. 11. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 12. Salam pertama: 13. Tertib. 13-Sunat Hai'ah & Ab'adh Sunat Hai'ah ada 15 perkara: Sunat Ab'adh ada 7 perkara: 14-Solat Berjemaah Syarat-syarat sah solat berjemaah: Antara syarat untuk menjadi imam: 15-Masbuq 16-Istikhlaf Cara Istikhlaf Dalam Sembahyang Istikhlaf Dalam Sembahyang Jumaat 17-Sujud Sahwi 1. Sujud Sahwi Kerana Kelebihan 2. Sujud Sahwi Kerana Kekurangan 3. Sujud Sahwi Kerana Ragu-ragu Hal-hal Penting Berkenaan Dengan Sujud Sahwi 18-Sujud Sajadah-Tilawah Hukum sujud sajadah Ayat-ayat sujud sajadah ialah: Bacaan doa yang sunat dibaca ketika sujud ialah: Rukun sujud sajadah di luar sembahyang ialah: Syarat sah sujud sajadah di luar sembahyang Sujud Syukur

Upload: abdrashid

Post on 06-Jun-2015

23.225 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: E-Book Asas Fardhu Ain(1)

BIMBINGAN FARDHU AIN

BIMBINGAN FARDHU AIN (Sila click pada tajuk yang ingin dilawati)

1-TAHARAH (BERSUCI) Pengertian bersuci:

Taharah zahir dan batin.

2-Jenis-Jenis bersuci.

3-IstinjakSyarat Istinjak

Rukun Istinjak.

Cara beristinjak dengan Air (Air Mutlak).

Cara Beristinjak dengan menggunakan batu pada dubur.

Cara Istinjak Dengan Batu Pada Qubul ( Zakar atau Faraj).

Hal-hal yang perlu diperhatikan ketika istinjak

4-Hukum Qada HajatQada Hajat atau Buang Air terbahagi kepada tiga hukum:

Cara Qada Hajat yang diharamkan.

Cara Qada Hajat Yang Dimakruhkan.

Cara-cara Qada Hajat Yang disunatkan.

Hal-hal yang harus dilakukan sebelum buang air.

Adab buang air

5-Hikmah Bersuci

6-Najis dan jenis-jenisnyaBenda-benda Najis

Terdapat tiga bahagian najis iaitu:

1.  Najis Mukhaffafah. (Ringan)

2.  Najis Mutawassitah. (Pertengahan)

3.  Najis Mughallazah. (berat)

Cara menyucikan Najis Mukhaffafah (ringan).

Cara menyucikan Najis Mutawasitah (Pertengahan).

Cara Menyuci Najis Mughallazah (Najis Berat)

Cara Menyucikan Kulit Bangkai

Cara menyucikan cairan yang memabukkan.

Perkara yang tidak dikira sebagai najis.

Hukum Peluh dan air liur manusia dan binatang.

Air Liur Basi

Hukum Madu

7-Jenis-jenis AirAir Mutlak

Air Musta'mal

Air Mutaghayyir (Air Muqayyid)

Air Mutanajjis

Air Musyammas

8-WudhuSyarat Wuduk ada lima:

Rukun Wuduk ada enam:

Sunat Wuduk ada 12:

Perkara yang dapat membatalkan Wuduk ada lima:

9-TayamumSyarat-syarat tayammum:

Rukun Tayammum ada 4:

Sunat Tayammum ada 2:

10-Mandi Wajib & SunatPerkara yang mewajibkan mandi:

Rukun Mandi ada 3:

Sunat Mandi ialah:

11-Takrif SolatSyarat wajib solat:

Syarat sah solat:

Perkara-perkara yang membatalkan solat:

Waktu-waktu Solat Fardhu:

Perbuatan sunat sebelum solat:

Waktu-waktu yang dimakruhkan solat tanpa sebab:

12-Rukun SolatRukun solat ada 13:

1. Niat:

2. Takbiratul-Ihram

3. Berdiri bagi orang yang berkuasa.

4. Membaca al-Fatihah:

5. Rukuk, berserta tama'ninah.

6. Iktidal:

7. Sujud

8. Duduk di antara dua sujud berserta tama'ninah.

9. Tahiyyat/Tasyahud akhir.

10. Duduk ketika tahiyyat akhir.

11. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

12. Salam pertama:

13. Tertib.

13-Sunat Hai'ah & Ab'adhSunat Hai'ah ada 15 perkara:

Sunat Ab'adh ada 7 perkara:

14-Solat BerjemaahSyarat-syarat sah solat berjemaah:

Antara syarat untuk menjadi imam:

15-Masbuq

16-IstikhlafCara Istikhlaf Dalam Sembahyang

Istikhlaf Dalam Sembahyang Jumaat

17-Sujud Sahwi1. Sujud Sahwi Kerana Kelebihan

2. Sujud Sahwi Kerana Kekurangan

3. Sujud Sahwi Kerana Ragu-ragu

Hal-hal Penting Berkenaan Dengan Sujud Sahwi

18-Sujud Sajadah-TilawahHukum sujud sajadah

Ayat-ayat sujud sajadah ialah:

Bacaan doa yang sunat dibaca ketika sujud ialah:

Rukun sujud sajadah di luar sembahyang ialah:

Syarat sah sujud sajadah di luar sembahyang

Sujud Syukur

Page 2: E-Book Asas Fardhu Ain(1)

TAHARAH (BERSUCI)

Ertinya:

Iman Al-Ghazali menegaskan dalam kitab Ihya Ulumuddin bersuci itu terbahagi kepada empat tingkat iaitu:

Taharah zahir dan batin.

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Pengertian bersuci:

Pada Bahasa:    Membersihkan diri atau sesuatu daripada sebarang kekotoran. Sama ada benda itu najis ataupun tidak. Benda-benda najis seperti darah, bangkai, tahi dan sebagainya. Benda-benda yang kotor tetapi tidak najis seperti air ludah, hingus dan lain-lain.

Erti pada Syarak:     Menghilangkan halangan beribadat kerana ada hadas atau najis atau menghilangkan halangan memakan sesuatu benda disebabkan terkena najis.

1.    Mensucikan anggota-anggota lahir daripada hadas-hadas, anasir-anasir jahat dan kelebihan-kelebihan yang tidak perlu.

2.    Mensucikan anggota-anggota badan dari perbuatan-perbuatan salah dan dosa.

3.    Mensuci kan hati dari akhlak yang terkeji dan kelakuan-kelakuan yang dibenci dan terkutuk.

4.    Mensucikan kebatinan dari semua perkara selain daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala, dan ini adalah cara bersuci para Nabi salawatullahi-alaihim dan juga pada Siddiqin.

Taharah yang bersifat batin ialah mensucikan jiwa daripada kekotoran dosa dan maksiat. Caranya ialah dengan bertaubat dengan sebenar-benarnya taubat. Dengan membersihkan hati daripada kotoran syirik, ragu-ragu, hasad, dengki, menipu dan dosa besar, juga daripada ujub, riya. Perkara ini dilakukan dengan ikhlas, yakin, mencintai kebaikan, bersabar, jujur dan rendah diri. Serta sentiasa mengharapkan memperoleh keredaan Allah dengan niat dan amalan soleh.

Taharah yang bersifat lahiriah pula ialah dengan membersihkan kotoran dan hadas . membersihkan kotoran dengan cara menghilangkan najis dengan air yang suci lagi menyucikan dari badan, tempat, dan pakaian untuk mengerjakan solat.  

SELEPASSEBELUM MENU UTAMA

Page 3: E-Book Asas Fardhu Ain(1)

Jenis-Jenis bersuci.

1.   Menyuci badan daripada hadas kecil:

Iaitu menyuci badan daripada hadas kecil dengan berwuduk atau bertayamum. Orang-orang yang berhadas kecil diharamkan mengerjakan solat dan menyentuh Al-Quran.

2.   Menyuci badan daripada hadas besar.

Orang yang berjunub atau berhadas besar hendaklah membersihkan dirinya dengan mandi.Orang yang berhadas besar diharamkan mengerjakan solat, mengerjakan haji, duduk di dalam masjid, menyentuh dan membaca Al-quran.

3.  Istinjak.

Iaitu bersuci selepas keluarnya kotoran daripada dua jalan iaitu air kencing atau tahi. 

4.   Menyucikan pakaian, alatan dapur (pinggan , mangkuk) dan masjid.

Pakaian hendaklah dibersihkan daripada segala najis. antara Syarat sah solat ialah pakaian dan tempat solat mestilah bersih daripada najis.

SELEPASSEBELUM MENU UTAMA

Page 4: E-Book Asas Fardhu Ain(1)

Istinjak

Apabila keluar kotoran dari salah satu, iaitu dari qubur atau dubur, wajib istinjak dengan menggunakan air atau dengan tiga ketul batu.

Hukum Istinjak

Beristinjak adalah hukumnya wajib berdasarkan Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

(Hadis Riwayat; Bukhari dan Muslim)

Syarat Istinjak

1. Menghilangkan rasanya.

2. Menghilangkan baunya.

3. Menghilangkan warnanya.

Rukun Istinjak.

1. Seorang Islam.

2. Alat untuk istinjak.Dengan menggunakan air, batu, kertas atau seumpamanya.

3. Tempat yang diistinja iaitu qubul dan dubur.

4. Yang diistinjakkan itu sesuatu yang keluar daripada dua jalan iaitu qubur atau dubur.

Cara mengerjakan Istinjak.

Cara beristinjak dengan Air (Air Mutlak).

Istinjak Ialah menghilangkan najis kecil atau besar dari tempat keluarnya dengan sesuatu yang bersih seperti air, batu, kertas dan sebagainya sehingga  kesan najis itu dibersihkan.

Bahawa Nabi (s.a.w) melalui dua buah kubur, ketika itu baginda berkata; 'kedua-dua orang ini (yang ada dalam kubur itu) diseksa oleh Allah . Yang seorang diseksa kerana mengumpat-gumpat orang dan yang seorang lagi diseksa kerana tidak beristinjak selepas buang air kecil.

1.  Istinjak itu 3 kali dan kalau masih belum suci, boleh diulang lagi sehingga suci.

2.  Alat dibuat istinjak itu mestilah melingkupi tempat yang disapu itu.

3.  Beristinjak itu mestilah dapat membersihkan tempat najis yang keluar.

1.    Tuangkan air dengan menggunakan tangan kanan di atas tempat najis.

SELEPASSEBELUM MENU UTAMA

Page 5: E-Book Asas Fardhu Ain(1)

1. Benda itu mesti kering sama ada kayu, batu, daun dan lain-lain. Kalau ia basah, maka tidak boleh digunakan.

2. Benda itu mesti kesat. Kalau kering tetapi licin maka tidak sah untuk istinjak seperti kertas atau plastik atau belakang buluh.

4. Bukan benda-benda yang bertulis dengan ayat-ayat al-quran, hadis dan seumpamanya. Sekiranya ada , berdosa menggunakannya.

5. Najis yang keluar tidak melecer ke tempat lain. Sekiranya ia melecer ke tempat lain maka air diperlukan untuk beristinjak.

Cara Beristinjak dengan menggunakan batu pada dubur.

2.     Gosok tempat najis dengan menggunakan jari tengah tangan kiri.

3.     Makruh memasukkan jari ke dalam dubur.

4.     Bagi perempuan yang dara semasa beristinjak  hendaklah membasuh benda yang zahir pada farajnya ketika ia duduk mencangkung dengan memasukkan sedikit ruas jarinya.*

5.     Mendahulukan istinjak pada qubul daripada dubur supaya tidak terpercik najis padanya ketika membasuh dubur.

6.      Sunat selepas intinjak menggosak tangan ke tanah sebelum membasuh tangan.

7.      Sunat ketika intinjak membaca doa : 

Ertinya ;    "Ya Allah, sucikanlah hatiku daripada sifat nifak dan peliharakanlah kemaluan aku daripada kejahatan."

8.       Tidak sunat mencium tangan selepas istinjak.

9.       Hendaklah hilang ain najis, warna dan rasanya (rasa di tangan). Jika sukar menghilangkan baunya atau warnanya selepas digosak dan dibasuh beberapa kali maka ianya dimaafkan. Bagi memastikan najis telah suci memadai bila merasai kesat pada kulit dubur lelaki dan licin bagi perempuan.* 

Cara yang baik dilakukan istinjak ialah dengan menggunakan air, tetapi harus juga dilakukan dengan benda-benda kesat yang suci dengan syarat.

3. Benda itu bukan  benda yang dihormati seperti makanan, pakaian, tulang atau seumpamanya.

6. Hendaklah dihilangkan najis itu sekurang-kurangnya dengan tiga ketul batu ataupun dengan sebiji batu tiga persegi. kiranya masih tidak suci, hendaklah ditambah batu sehingga suci.

1.  Sunat dimulai dengan menyapu yang pertama pada bahagian hadapan papan punggung yang kanan lalu diedarkan pada tempat permulaan sapuan.

2.  Kemudian mulakan sapuan yang kedua pada bahagian hadapan papan punggung kiri lalu diedarkan kepada tempat permulaan yang disapu.

3.  Sapuan yang ketiga pada hujung dubur atau qubur.

4.  Sunat ketika menyapu dimulai pada tempat yang suci ke tempat yang ada najis secara perlahan-lahan.

Page 6: E-Book Asas Fardhu Ain(1)

Cara Istinjak Dengan Batu Pada Qubul ( Zakar atau Faraj).

Hal-hal yang perlu diperhatikan ketika istinjak

2. Jangan bersuci dengan menggunakan tangan kanan atau memegang zakar dengan tangan kanan.

3. Hendaklah bersuci dengan batu dalam bilangan ganjil, seperti tiga ketul batu, lima ketul batu dan sebagainya..

5.  Sunat istinjak dengan batu, dahulukan istinjak pada dubur kerana najis pada dubur lebih dahulu kering daripada qubur. Jika najis telah kering, wajib menggunakan air.

Disapu di tiga tempat pada batu besar atau tiga ketul batu. Jika diulang-ulang di tempat yang sama dengan satu batu, maka wajib beristinjak dengan menggunakan air.

1. Jangan bersuci dengan tulang, makanan  atau tahi kering.

4. Bila bersuci dengan air dan batu, hendaklah menggunakan batu terlebih dahulu, kemudian dengan air, bila memilih salah satu, pilihlah air kerana air lebih baik digunakan untuk bersuci.

Page 7: E-Book Asas Fardhu Ain(1)

Hukum Qada Hajat

Qada Hajat atau Buang Air terbahagi kepada tiga hukum:

1.   Cara yang haram.

2.   Cara yang makruh.

3.   Cara yang sunat.

Cara Qada Hajat yang diharamkan.

1.   Membawa bersama sesuatu yang bertulis ayat-ayat quran, hadis atau nama-nama para rasul ketika qada hajat.

2.   Menghadap atau membelakangkan kiblat ketika qada hajat di tempat lapang. Sekiranya qada hajat di tempat yang berdinding maka tidaklah diharamkan.

3.   Membuang air besar atau kecil dalam lubang yang diketahui di dalamnya ada haiwan.

4.   Qada hajat di atas kubur.

5.   Membuang air di tempat ibadah seperti di surau, masjid, musalla dan sebagainya.

6.   Membuang air di atas kitab-kitab agama .

7.   Membuang air di atas makanan.

8.   Membuang air di tempat perhentian orang ramai atau di jalan raya.

Cara Qada Hajat Yang Dimakruhkan.

1.   Membuang air sambil berdiri kecuali dengan keuzuran atau darurat yang tidak membolehkan seseorang itu duduk seperti disebabkan sakit.

2.   Bercakap-cakap ketika buang air pada perkara yang tidak penting, kecuali dalam keadaan darurat.

3.   Membuang air di dalam lubang yang tidak diketahui di dalamnya ada binatang atau tidak.

4.   Membuang air di bawah pokok buah-buahan

5.   Membuang air dalam air tenang yang tidak mengalir.

6.   Membuang air berhampiran dengan kawasan perkuburan.

Cara-cara Qada Hajat Yang disunatkan.

1.   Membuang air di tempat terselindung dari orang ramai seperti di dalam tandas atau di sebalik  batu.

SELEPASSEBELUM MENU UTAMA

Page 8: E-Book Asas Fardhu Ain(1)

Hal-hal yang harus dilakukan sebelum buang air.

"ya Allah , hamba berlindung padamu dari segala yang kotor dan keji"

Adab buang air

1. Sunat mendahulukan kaki kiri ketika masuk ke tandas, dan mendahulukan kaki kanan ketika keluar.

2. Jangan membawa sesuatu kalimat Al-Quran, atau hadis atau zikrullah ke dalam tandas.

3. Hendak memakai sepatu atau terompah atau seumpamanya.

4. hendaklah jauh dari orang sehingga bau kotoran tidak sampai kepadanya.

5. Janganlah berkata-kata selama dalam tandas itu, kecuali apabila ada keperluan yang sangat penting yang tidak dapat ditangguhkan.

2.   Memulakan masuk ke dalam taandas dengan menggunakan kaki kiri.

3.   Ketika hendak masuk, baca doa ini:

Ertinya :  "wahai tuhanku, aku berlindung padaMu dari kejahatan syaitan jantan dan betina."

4.   Memakai alas kaki seperti selipar dan kasut ketika masuk tandas.

5.   Memakai penutup kepala seperti tudung, semutar dan sebagainya ketika qada hajat.

6.   Beristibak, iaitu berdehem-dehem supaya najis habis keluar.

7.   Ketika keluar dari tandas, mulai langkah kaki kanan dahulu.

8.   Ketika keluar dari tandas, membaca doa ini.

Ertinya:  "Wahai tuhanku, hilangkan dariku segala kekotoran dan beri kesihatan kepadaku."

1.  Hendaklah mencari tempat sunyi dan jauh daripandangan orang (kiranya tidak menggunakan tandas).

2.  Jangan memasuki tandas atau tempat buang air dengan membawa sesuatu yang ada kalimah Allah.

3.   Jangan membuka pakaian sebelum berada dekat tempat buang air, ini adalah bagi mempastikan agar aurat tetap terjaga sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh hukum syariat.

4.   Mendahulukan kaki kiri waktu masuk ke tandas dan disunatkan berdoa:

5.  Janganlah buang air dengan menghadap ke arah kiblat atau membelakanginya  jika sekiranya di tempat-tempat yang tidak berdinding..

6.  Jangan membuang air besar atau air kecil (berak atau kencing) di tempat orang biasa berteduh, di jalan-jalan, di tempat mandian atau di bawah pokok yang berbuah.

7.  Janganlah bercakap-cakap sewaktu buang air.

Page 9: E-Book Asas Fardhu Ain(1)

6. Jangan buang air di air yang tenang, kecuali jika air tenang itu terbentang luas seperti tasik yang luas atau laut.

7. Jangan buang air di lubang tanah, kerana kemungkinan ada binatang yang mendapat kesakitan di dalam lubang itu.

8. Jangan membuang air di atas kubur.

10. Jangan membuang air di atas kitab-kitab agama atau di atas makanan.

11. jangan buang air di mana-mana tempat perhentian

9. Jangan membuang air besar atau kecil di tempat-tempat beribadat seperti masjid, surau dan sebagainya (Kecuali di tandas-tandas yang telah disediakan di tempat-tempat ibadat tersebut).

Page 10: E-Book Asas Fardhu Ain(1)

SELEPAS

Page 11: E-Book Asas Fardhu Ain(1)

Hikmah-Hikmah Bersuci

1. Dapat menjauhkan diri daripada  jangkitan penyakit

2.  Amalan-amalan tertentu tidak diterima Allah tanpa bersuci.

3.  Kebersihan lahir juga membawa kepada kebersihan jiwa seseorang.

4.  Amalan kebersihan yang dilakukan itu menjadi syiar dan identiti umat Islam di dalam kehidupan manusia, agar dengan itu umat Islam menjadi contoh dan teladan kepada manusia seluruhnya.

5.  Kebersihan dapat mencerminkan keperibadian seseorang.

SELEPASSEBELUM MENU UTAMA

Page 12: E-Book Asas Fardhu Ain(1)

Najis dan jenis-jenisnya

Bagaimanapun benda yang jijik tapi pada syariat tidak membatalkan solat seperti kahak, hingus dan lain-lain tidak dikira sebagai najis.

Menurut hukum aslinya sesuatu benda itu adalah suci selama tak ada dalil yang menunjukkan bahawa benda itu najis.

Benda-benda Najis

Segala najis tidak dapat disucikan kecuali arak dan kulit bangkai binatang.

Terdapat tiga bahagian najis iaitu:

1. Najis mukhaffafah (najis ringan). 2. Najis mutawassitah (najis pertengahan).

Agama Islam amat mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian. Sehubungan itu, setiap manusia wajib membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada najis. Bersih dan suci daripada najis merupakan salah satu syarat untuk menunaikan ibadah serta mengabdikan diri kepada Allah. Najis adalah benda-benda yang kotor dan boleh membatalkan sembahyang. Sebagai umat Islam, kita hendaklah sentiasa berada dalam keadaan suci dan bersih kerana ia mencerminkan keperibadian seseorang.

1.  Bangkai haiwan darat yang berdarah. (kecuali mayat manusia tidak najis) bahagian-bahagian bangkai seperti daging, kulit, urat, tulang, bulu dan sebagainya semuanya adalah najis.

2.  Air kencing.

3.  Tahi.

4.  Darah. Semua jenis darah kecuali hati dan limpa.

5.  Nanah. Segala macam nanah adalah najis sama ada ainya berbentuk kental atau cair.

6.  Muntah.

7.  Mazi. Iaitu air putih yang keluar dari kemaluan ketika memuncak syahwat. Ia hanya terdapat pada lelaki dan perempuan. Tetapi lebih banyak pada kaum perempuan.

8.  Wadi. Iaitu air putih kental yang keluar dari kemaluan mengiringi kencing atau kerana letih.

9.  Arak atau tuak ( masam) . Setiap minuman keras yang memabukkan.

10. Anjing dan babi serta keturunannya. 

Arak apabila sudah menjadi cuka dengan sendirinya ia menjadi suci. Begitu juga dengan kulit bangkai dapat disucikan dengan cara disamak.

Firman Allah; " Mengenai pakainmu, hendaklah kamu bersihkan" Al Muddatstsi ayat 4." Sesungguhnya Allah mengisihi orang orang yang taubat, dan mengisihi orang orang yang bersuci." Al Baqarah ayat 222.

SELEPASSEBELUM MENU UTAMA

Page 13: E-Book Asas Fardhu Ain(1)

3. Najis mughallazah (najis berat)

Rasulullah SAW bersabda;

Dalam satu hadith lain:

Cara menyucikan najis mukhaffafah:

- Basuh bahagian yang terkena najis dan lap.- Percikkan air di tempat yang terkena najis. - Lap dengan kain bersih sehingga kering.

Nabi SAW bersuci setelah buat hajat besar itu menunjukkan bahawa kotoran manusia itu najis.

Dicucinya kemaluan yang keluar wadi menunjukkan wadi itu najis.

1.  Najis Mukhaffafah. (Ringan). seperti kencing kanak-kanak lelaki yang belum makan makanan selain daripada susu ibu. Untuk mensuci benda yang terkena najis ini, memadai dengan memercikkan air atas benda itu meskipun tidak mengalir. Adapun kencing kanak-kanak perempuan yang belum makan selain susu hendaklah dibasuh sampai mengalir air di atas benda yang kena najis itu dan hilang zat dan sifat-sifat nya sebagaimana mensuci kencing orang dewasa.

Ertinya : "Kencing bayi lelaki menyucikannya dengan dipercikkan air kepadanya dan kencing bayi perempuan dengan disuci." Riyawat Ahmad

Ertinya : " Barang yang terkena air kencing anak perempuan harus disuci, sedang bila terkena air kencing anak lelaki cukuplah dengan merecikkan air padanya. Riwayat Abu Daud dan Nasa'i

2.  Najis Mutawassitah. (Pertengahan) - Najis ini terdiri dari segala najis kecuali najis yang tergolong kepada najis berat. Yakni Najis Mughaladzah. . Najis pertengahan ini terbahagi kepada dua bahagian.

     2.1  Najis Hukmiah. - iaitu najis yang diyakini adanya tetapi tidak nyata zatnya, baunya , rasanya serta warnanya.  seperti kencing yang sudah lama kering, sehingga sifat-sifatnya sudah hilang. cara mensuci najis ini cukup dengan mengalirkan air di atas benda yang kena itu kemudian dilap hingga kering.

     2.2  Najis Ainiah.  Najis yang nampak dan kelihatan najisnya yang ada rupa, rasa dan baunya seperti tahi, darah dan lain-lain. Membersihkan najis ini ialah dengan membasuhnya sehingga hilang segala sifat sifat nya.

Kotoran manusia, berdasar hadiths Anas bin Malik berkata. " Biasanya Rasulullah SAW pergi kebilek air lalu saya ( Anas bin Malik) dan seorang anak lelaki sebayaku membawakan sebaldi air dan sebuah tongkat. Tetapi baginda beristinjak dengan air " - Bukhari dan Muslim.

Kencing Manusia, berdasarkan perintah Nabi SAW kepada sahabat sahabat nya menyiram kencing seorang Arab Gunung yang

kencing disudut masjid Nabi SAW. Ertinya : Nabi SAW menyuruh mengambil segayuny air, lalu disiramkan diatas tempat yang dikencingi (oleh orang Arab gunung tersebut)".- Bukhari dan Muslim.

Wadi, iaitu air putih kental yang keluar mengiringi kencing. Wadi ini najis berdasarkan ucapan Aisyah: Ertinya :- " Wadi itu keluar setelah kencing. Maka hendaklah orangnya mencuci kemaluannya lelaki mahupun wanita dan wuduk, tetapi tidak mandi." Ibnu Mundzir.

Madzi, iaitu air putih yang bergetah yang keluar kerana mengangan angan jimak atau ketika bergurau dengan perempuan maka is

tergolong najis, berdasar hadith Ali, Ertinya :- " Saya lelaki yang sering keluar madzi, Maka kusuruh seorang lelaki, kerana akulah suami puterinya. Lalu is bertanya. Maka jawab baginda kepadanya: Wuduklah dan cucilah kemaluanmu". Bukhari.

Darah haid dan darah nifas : Darah haid iaitu darah merah kekuning kuningan atau kuning bercampur coklat yang keluar dari alat perempuan, bukan kerana luka dan cedera.

Page 14: E-Book Asas Fardhu Ain(1)

Sabda Rasullullah (SAW)

Cara menyucikan Najis Mukhaffafah (ringan).

Cara menyucikan Najis Mutawasitah (Pertengahan).

1. Najis Ainiyah.

Cara Menyuci Najis Mughallazah (Najis Berat)

Cara Menyucinya.

Hilangkan najis itu terlebih dahulu kiranya najis haiwan itu yang tersentuh. Basuhan pertama menggunakan air lumpur (Selut).

Darah nifas iaitu darah perempuan sewaktu melahirkan anak dan berjalan hingga 40 hari. Darah haid termasuk benda najis, berdasarkan hadith dari Asma puteri Abu Bakar, bahawa Nabi SAW bersabda tentang darah haid yang mengenai pakaian.

Ertinya: Hendaklah (perempuan itu) mengeriknya (darah haid tersebut) kemudian menggosoknya dengan air kemudian mencucinya, kemudia ia (boleh) solat dengan kainnya itu." Bukhari dan Muslim

Adanya perintah mencuci kain yang terken dara haid itu menunjukkan najisnya darah haid. Begitu pula darah nifas hukumnya sama dengan darah haid.

Darah :- Baik ia darah yang mengalir atau tertumpah, misalnya yang mengalir dari haiwan yang disembelih, ataupun darah haid. Tetapi

dima'afkan kalau hanya sedikit. Dari  Aisyah r.a. katanya : " kami makan daging sedang darah nampak merupakan benang benang dalam periuk."  - Bukhari.

3.  Najis Mughallazah. (berat) iaitu anjing dan babi. Benda yang terkena najis ini hendaklah dibasuh tujuh kali, sekali daripadanya hendaklah dicampur dengan tanah.

cara mencuci bejana seseorang kamu, apabila dijilat anjing hendaklah dibasuh tujuh kali, air pertama hendaklah dicampur dengan tanah." (Riwayat Muslim).

 Memadai dengan merenjiskan air pada benda atau tempat yang terkena najis sehingga rata.

    i.  Buangkan najis itu terlebih dahulu.

    ii.  Basuh bekas itu sehingga hilang bau, warna dan rasa dengan air mutlak.

2.  Najis Hukmiyah.

    i.  Memadai dengan mengalirkan (Menjirus) air mutlak pada tempat yang terkena najis.

* Anjing dan babi serta keturunan salah satu daripadanya. - termasuk dagingnya, lemak, tulang, darah, liur, tahi, kulit serta bulunya serta seluruh bahagian badannya.

Peringatan. 

1.  Tersentuh anjing yang kering dengan tangan yang kering tidaklah dikirakan najis. Sekiranya salah satu di antara keduanya basah atau kedua-duanya basah, maka dikira najis dan ianya wajib disamak.

2.  Menyentuh babi yang kering ataupun basah adalah dikira najis (Wajib disamak).

Page 15: E-Book Asas Fardhu Ain(1)

Kemudian dijirus dengan enam kali air mutlak. Basuhan ini hendaklah menghilangkan bau, rasa dan ainnya.

Cara Menyucikan Kulit Bangkai

Cara menyucikan cairan yang memabukkan.

Perkara yang tidak dikira sebagai najis.

Bagi haiwan yang mati tanpa disembelih hukumnya bangkai yang bernajis kecuali yang berikut di bawah:

Hukum Peluh dan air liur manusia dan binatang.

Air Liur Basi

Air yang keluar daripada mulut ketika seseorang tidur.

Binatang yang mati tidak disembelih adalah bangkai. Kulit bangkai kecuali binatang laut dan sungai tidak boleh dipergunakan sebelum disuci.

Cara menyucinya ialah dengan dibersihkan menggunakan air bercampur daun bidara atau juga biasa disebut samak. Sebelum disamak kulit bangkai itu adalah najis.

Kiranya minuman yang memabukkan jatuh pada benda-benda cair, maka buanglah semuanya. Tetapi jika minuman yang memabukkan jatuh pada benda-benda beku, cukuplah dibuang bahagian yang terkena dan kawasan sekelilingnya.

1.  Mayat manusia sama ada Islam atau kafir.

2.  Ikan sama ada besar atau kecil halal dimakan.

3.  Belalang.

4.  Ulat dalam buah-buahan atau seumpamanya yang ada dalam makanan. Kalau diketahui ada ulat dalam buah-buahan dan dimakannya bersama , maka hukumnya makruh.

5.  Semua binatang yang darahnya tidak bersifat mengalir, maka air tidak menjadi najis jika binatang berkenaan jatuh ke dalamnya. Tetapi memakannya tetap dilarang.

1.   Air liur, kahak yang keluar daripada dada atau otak, air hidung, air mata, peluh , mani, susu jika ia keluar dari:

i.  Anjing dan babi atau keturunannya adalah haram kerana ianya adalah najis.

ii.  Keluar daripada binatang atau manusia adalah suci semuanya. tapi benda itu adalah dianggap jijik dan haram dimakan. 

2.  Tidak najis air liur kucing, jika pasti semasa itu ia tidak memakan benda najis seperti cicak, tikus dan seumpamanya.

i.  Selepas makan tikus lalu kucing itu menjilat air minuman, maka air yang dijilati itu menjadi najis.

ii. Jika selepas makan tikus atau sebagainya, kesan darah di mulut kucing itu telah hilang, kemudian kucing itu menjilat minuman.  Air minuman itu tidak najis.

1.  Jika air itu berwarna kuning atau busuk, maka iar liur basi itu najis kerana ia keluar dari perut.

Page 16: E-Book Asas Fardhu Ain(1)

Hukum Madu

2.  Jika air liur itu tidak berwarna dan tidak berbau busuk, maka iar liur itu tidak najis kerana bukan keluar dari perut.

1.  Halal meminum madu  kerana madu keluar daripada mulut lebah.

2.  Haram memakan anak lebah sekalipun belum bernyawa.

3.  Tidak makruh meminum madu daripada lebah yang memakan najis.

Page 17: E-Book Asas Fardhu Ain(1)

SELEPAS

Page 18: E-Book Asas Fardhu Ain(1)

Jenis-jenis Air

Bahagiannya Air Hukum bersuci dengannya

Air Mutanajis Air sedikit yang kemasukan najis. Tidak harus digunakan.

Air banyak

Air sedikit

Air yang sah dibuat bersuci.

1. Air hujan.

2. Air embun.

3. Air laut.

4. Air sungai.

5. Air perigi.

6. Air mata air.

7. Air Salji.

Air tersebut tidak diambil kira sifatnya sama ada berwarna putih, jernih, keruh, masam, masim dan sebagainya.

Hukumnya suci tetapi tidak boleh menyucikan benda lain.

Peringatan.

Air mutlak – suci lagi menyucikan Segala air yang turun dari langit dan keluar dari bumi seperti air hujan, perigi dan laut.

Suci: harus dibuat makan dan minum, boleh menyucikan, harus digunakan untuk bersuci kerana dapat menghilangkan najis dan hadasAir Musyammas – Suci lagi menyucikan

tapi makruhAir dalam tin yang terdedah pada sinar matahari di negeri panas

Suci dan menyucikan tapi makruh digunakan pada tubuh badan.

Air Musta’mal – suci tapi tidak menyucikan. Air sedikit yang sudah terpakai kerana wudhu atau mandi wajib.

Harus digunakan untuk lain dari maksud bersuci.

 

Air yang ukurannya lebih 190kg atau 11 tin minyak tanah.

Harus digunakan selagi ia tidak mengalami perubahan sebab kemasukan najis di dalamnya.

Air yang kurang daripada ukuran tersebut di atas

Harus digunakan selagi ia tidak terhitung sebagai muata’mal atau mutanajjis.

1. Air Mutlak - Air yang tidak bercampur dengan benda lain dan belum digunakan untuk bersuci dan mengangkat hadas.

2.  Air Musta'mal - Air yang telah digunakan untuk basuhan pertama bagi mengangkat hadas besar atau hadas kecil.

3.  Air Mutaghayyir (Air Muqayyid) - Air yang suci bercampur dengan benda suci yang boleh mengubah air itu.

Hukumnya, suci tetapi tidak boleh menyucikan benda yang lain. 

contoh:   Air kopi, air teh, air sirap , air kelapa, air mawar, air tebu dan sebagainya.

i.  Air yang berubah disebabkan keruh lumpur dan air laut adalah suci.

SELEPASSEBELUM MENU UTAMA

Page 19: E-Book Asas Fardhu Ain(1)

iii. Air yang berubah disebabkan daun kayu gugur di dalam telaga kerana kesukaran menjaganya adalah suci.

Hukumnya: Haram digunakan untuk memasak makanan , minuman dan bersuci.

contohnya air yang bercampur tahi atau bangkai.

Peringatan.

Air Mutanajjis terbahagi kepada dua;

Sukatan dua kolah.

Jika diukur dalam timbangan atau sukatan.

Keterangan:

ii.  Air yang berubah disebabkan sesuatu tempat berhenti atau tempat laluannya seperti sungai di kawasan belerang atau kapur adalah suci.

iv.  Juga dikirakan sebagai air mutlak apabila berubah baunya disebabkan jatuh ke dalamnya sesuatu seperti gharu atau kapur yang keras jika tidak bercerai jisimnya di dalam air itu.

4.  Air Mutanajjis - Air yang sudah bercampur dengan benda-benda najis.

i.  Air yang kurang daripada dua kolah jika termasuk atau dimasukkan ke dalamnya najis, air itu menjadi najis walaupun tidak berubah sifatnya.

ii.  Air yang lebih daripada dua kolah , jika termasuk atau dimasukkan najis ke dalamnya sehingga berubah salah satu daripada sifatnya iaitu warna, bau atqau rasanya, maka air itu menjadi najis. Sebaliknya jika tidak berubah sifatnya, maka ia adalah suci.

i.  Bagi bekas segi empat sama;

Panjang  -   60 cm (22.5 inci).

Lebar  -       60 cm (22.5 inci).

Dalam    -     62.5 cm  ( 25 inci).

i.  liter   - 174 liter

ii. Kilogram -  190 kilogram.

iii. kati    -  317 kati.

iv. tin minyak tanah  - 11 tin

5.  Air Musyammas - Air mutlak yang terjemur panas matahari di dalam bekas logam yang boleh berkarat.

hukumnya;  Makruh digunakan ketika air itu masih panas pada anggota badan dan untuk dibuat minuman dan makanan. Tidak markuh digunakan untuk membasuh pakaian atau barang-barang lain.

i.  Air di tanah sawah atau di dalam kolam tidak air musyammas walaupun panas kerana ia bukan dalam bekas yang berkarat.

ii.  Makruh menggunaan air yang sangat panas atau sangat sejuk walaupun bukan di dalam bekas yang tidak berkarat.

iii. Air Musyammas makruh digunakan pada anggota badan atau digunakan untuk memasak makanan atau minuman kerana boleh mendatangkan penyakit.

iv.  Air Musyammas tidak makruh digunakan apabila air itu kembali sejuk.

Page 20: E-Book Asas Fardhu Ain(1)

Wuduk

Syarat Wuduk ada lima:1. Islam2. Baligh3. Tidak berhadas besar4. Memakai air yang mutlak (suci dan menyucikan)5. Tidak ada yang menghalangi kulit

Rukun Wuduk ada enam:1. Niat dengan bacaan:"Aku niat berwuduk untuk menghilangkan hadas kecil kerana Allah."

2. Membasuh muka dari tempat tumbuh rambut di kepala sampai ke tulang dagu, dan dari batas telinga kanan sampai batas telinga kiri.3. Membasuh dua tangan sampai ke siku.4. Mengusap sebahagian kepala dengan air.5. Membasuh dua kaki sampai mata kaki (buku lali).6. Tertib (berturutan).

Sunat Wuduk ada 12:1. Diawali dengan membaca Bismillah dalam hati.2. Membasuh telapak tangan sampai pergelangan.3. Berkumur.4. Menggosok gigi (bersiwak).5. Membersihkan hidung dengan air.6. Mengusap seluruh kepala dengan air.7. Membasuh kedua cuping telinga.8. Menyeliti jemari tangan dan jemari kaki.9. Tidak berbicara.10. Mendahulukan basuhan anggota kanan.11. Membasuh anggota wuduk sampai tiga kali.12. Membaca doa sesudah berwuduk:

Perkara yang dapat membatalkan Wuduk ada lima:1. Keluar sesuatu dari qubul dan dubur.2. Hilangnya akal sama ada gila, pengsan ataupun mabuk.3. Bersentuhan kulit laki-laki dengan kulit perempuan kecuali mereka itu masih muhrim.4. Menyentuh kemaluan dengan telapak tangan, sama ada milik sendiri maupun milik orang lain, dewasa maupun anak-anak.5. Tidur, kecuali apabila tidurnya dengan duduk dan masih dalam keadaan semula (tidak berubah kedudukannya).

Wuduk adalah salah satu cara bersuci dari hadas kecil sebelum mengerjakan ibadah solat atau membaca Al-Qur'an. Perintah wajib wuduk ini turun bersama dengan perintah wajib solat. Firman Allah SWT, "Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat maka basuhlah mukamu, kedua tanganmu sampai siku dan sapulah kepalamu serta basuhlah kedua kakimu sampai mata kaki."(Al-Maidah : 6). Sabda Rasulullah saw: "Allah SWT tidak akan menerima solat seseorang yang berhadas sehingga ia berwuduk." (H.R. Abu Daud).

"Saya bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah yang esa, tidak ada sekutu bagiNya. Dan saya bersaksi bahwa Muhamad adalah hamba dan pesuruhNya. Wahai Allah jadikanlah saya termasuk orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah saya termasuk orang-orang yang suci serta jadikanlah saya termasuk golongan hamba-hambaMu yang soleh."

SELEPASSEBELUM MENU UTAMA

Page 21: E-Book Asas Fardhu Ain(1)

nota: penulis mendapati bahawa ada kekeliruan tentang sama ada batal wuduk apabila tersentuh yang bukan muhrim. Menurut mazhab Syafi'i, hukum wuduk batal secara mutlak (tanpa syarat) bila tersentuh bukan muhrim termasuk dengan isteri/suami sendiri ("bukan muhrim" ertinya tidak haram dinikahi). Menurut Mazhab Maliki pula, menyentuh kulit perempuan ajanabi membatalkan wuduk lelaki jika dengan tujuan `talazzuz' (berlazat-lazat), ataupun merasai keghairahan ketika bersentuhan. Mazhab Hanafi pula berpendapat bahawa menyentuh kulit perempuan ajnabi tidak membatalkan secara mutlak, samada dengan tujuan talazzuz atau merasainya ketika bersentuhan.

Page 22: E-Book Asas Fardhu Ain(1)

Tayammum

Syarat-syarat tayammum:1. Sudah masuk waktu solat2. Tidak ada air dan sudah diusahakan mencarinya3. Sakit, sehingga jika memakai air takut penyakitnya bertambah parah.

5. Memakai tanah yang suci dan berdebu.

Rukun Tayammum ada 4:1. Niat2. Menyapu muka dengan tanah3. Menyapu kedua tangan sampai siku dengan tanah4. Tertib atau berturutan

Sunat Tayammum ada 2:1. Mengawali dengan bacaan Bismillah dalam hati.2. Mendahulukan anggota badan sebelah kanan.

nota:Hal-hal yang membatalkan tayammum sama dengan yang membatalkan wuduk.

Tayammum ertinya menghilangkan hadas dengan menggunakan debu suci, kerana ketiadaan air atau sakit yang menghalang penggunaan air. Cara tayammum ialah dengan menyapukan debu yang suci ke muka dan dua tangan sampai ke siku dan disertai dengan niat.

4. Sedang dalam perjalanan. Firman Allah SWT : "... Jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau sehabis buang air atau menyentuh wanita lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah/debu yang baik (bersih dan suci). Sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu."(Q.S. Al-Maidah : 6)

SELEPASSEBELUM MENU UTAMA

Page 23: E-Book Asas Fardhu Ain(1)

Mandi Wajib & Sunat

Mandi wajib adalah mandi untuk bersuci bagi seseorang yang menanggung hadas besar atau sedang junub. Firman Allah SWT.

"Apabila kamu junub, maka mandilah/bersuci." (Al-Maidah: 6)

Perkara yang mewajibkan mandi:

1. Bersetubuh, sama ada mengeluarkan mani atau tidak.

2. Keluar air mani, sama ada sengaja atau tidak.

3. Meninggal dunia, kecuali mati syahid.

4. Habis masa haid.

5. Nifas, iaitu mengeluarkan darah setelah melahirkan anak.

Rukun Mandi ada 3:

1. Niat.

2. Menghilangkan kotoran dan najis pada badan.

3. Membasuh seluruh tubuh.

Sunat Mandi ialah:

* Diawali membaca bismillah dalam hati

* Menggosok seluruh tubuh dengan tangan

* Mendahulukan bahagian yang kanan dari yang kiri

* Berwuduk sebelum mandi

* Tertib atau berturut-turut.

Selain mandi wajib, ada juga mandi-mandi sunat, iaitu:

Mandi bagi orang yang akan melaksanakan solat Jumaat

Mandi pada hari raya Aidil-Fitri dan Aidil-Adha

Mandi bagi orang yang baru sembuh dari gila

Mandi menjelang Ihram haji dan Umrah

Mandi sehabis memandikan mayat

Mandi bagi orang kafir yang baru masuk Islam

SELEPASSEBELUM MENU UTAMA

Page 24: E-Book Asas Fardhu Ain(1)

Takrif solat:

Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zuhur, asar, maghrib dan isya'.

Syarat wajib solat:1. Islam2. Baligh3. Berakal

Syarat sah solat:1. Suci badan dari dua hadas.2. Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat solatnya, dan di pakaiannya.3. Menutup aurat.4. Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya)5. Yakin masuk waktu solat.

Perkara-perkara yang membatalkan solat:1. Keluar/kedatangan hadas.2. Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit, atau tertawa.3. Makan/minum walau sedikit.4. Melakukan gerakan di luar gerakan solat tiga kali berturut-turut (mutawaliyat).5. Berniat keluar dari solat (mufaraqah).6. Terkena najis yang tidak dimaafkan.7. Beralih arah dari qiblat dengan sengaja.8. Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.9. Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.10. Meninggalkan rukun solat.

Waktu-waktu Solat Fardhu:Waktu-waktu yang telah ditetapkan untuk menunaikan solat ialah seperti berikut:1. Solat Subuh - bermula daripada fajar menyinsing hinggalah terbit matahari. Masa yang diperuntukkan kira-kira 2 jam.2. Solat Zuhur - bermula selepas matahari mulai condong daripada puncaknya sehingga bayang melebihi separuh panjangnya.3. Solat Asar - bermula selepas berakhirnya waktu solat Zuhur sehinggalah matahari terbenam.4. Solat Maghrib - bermula selepas matahari terbenam sehingga hilang mega merah di ufuk barat.5. Solat Isya' - bermula selepas mega merah di ufuk timur hilang dan berterusan sehingga terbit fajar pada hari keesokannya.

Perbuatan sunat sebelum solat:

2. Iqamah.3. Bersugi - ertinya membersihkan mulut dan gigi dengan alatan bersugi.

Waktu-waktu yang dimakruhkan solat tanpa sebab:1. Selepas solat subuh sehingga naik matahari.2. Ketika naik matahari sehingga sekadar segalah.3. Ketika matahari di tengah-tengah langit.4. Selepas solat asar sehingga masuk matahari atau matahari terbenam.5. Ketika masuk matahari.

Solat dari segi bahasa ertinya doa. Dari segi syarak pula ia bermaksud beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam, mengikut syarat-syarat yang tertentu. Firman Allah swt:

"Dan dirikanlah olehmu solat, kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar" (Al Ankabut : 45)

(nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi - misalnya didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangi solat itu kerana ianya tidak menepati syarat sah solat)

1. Azan - ertinya memberitahu, dan pada syarak adalah perkataan tertentu untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang masuknya waktu solat fardu.

SELEPASSEBELUM MENU UTAMA

Page 25: E-Book Asas Fardhu Ain(1)

Rukun Solat

1. Niat.2. Takbiratul-Ihram (Allahu-Akhbar yang pertama).3. Berdiri bagi yang mampu.4. Membaca surah Al-fatihah.5. Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru).6. Iktidal dengan tama'ninah.7. Sujud dua kali, dengan tama'ninah.8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah.9. Tasyahhud/Tahiyyat Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.10. Duduk dalam Tasyahhud akhir.11. Selawat kepada Nabi Muhammad saw dalam Tasyahhud Akhir.12. Membaca salam13. Tertib.

Huraian rukun solat:

Sahaja aku solat Fardhu Zuhur, empat rakaat, tunai, kerana Allah Taala

Oleh itu, niat "Sahaja aku solat Fardhu Zuhur" sudah mencukupi syarat sebagai niat.

Rukun solat ada 13:

1. Niat: niat dilafazkan di dalam hati. Lafaz yang disebut oleh mulut itu tidaklah dipanggil sebagai niat. Niat solat berlaku semasa seseorang mengangkat takbiratul-ihram iaitu tatkala ia mengata Allahu-Akbar. Umpamanya, untuk solat Zuhur, maka seseorang itu akan bertakbiratul-ihram dan lalu hatinya berkata:

Nota: tidak semua perkara dalam niat seperti contoh di atas adalah perkara-perkara yang dituntut dalam perbuatan niat. Perkara yang dituntut dalam niat ada 3, iaitu Qasad ("Sahaja aku solat"), Ta'arrudh (Fardhu) dan Ta'yin (Zuhur, sebagainya).

Niat "Empat Rakaat", "Tunai" atau "Kerana Allah Ta'ala" adalah tidak disyaratkan, bahkan hanya sunat hukumnya. Namun begitu adalah lebih baik untuk menghadirkan kesemuanya di dalam hati.

Adapun niat menjadi imam ("Imaman") atau makmum ("Makmuman/Makmumatan") ketika takbiratul-ihram hanyalah disyaratkan pada sembahyang Jumaat sahaja, tetapi pada sembahyang lain tidaklah disyaratkan dan hanya sunat hukumnya.

Jika tidak diniatkan menjadi imam atau makmum ketika takbiratul-ihram untuk sembahyang Jumaat, maka tidaklah sah sembahyang Jumaat seseorang itu.

Jika seseorang makmum tidak berniat menjadi makmum ketika takbiratul-ihram dalam sembahyang (selain daripada fardhu Jumaat), dia masih lagi dibolehkan berniat mengikut imam pada mana-mana rukun sembahyang, contohnya ketika rukuk. Namun begitu, adalah makruh hukumnya jika seseorang itu berterusan dengan sengaja mengikuti imam dengan tanpa berniat menjadi makmum.

Imam yang tidak berniat menjadi imam ketika takbiratul-ihram, atau ketika mana-mana rukun yang lain, tidaklah terbatal sembahyangnya ataupun sembahyang makmumnya.

Bagi sembahyang Qasar (memendekkan solat fardhu yang empat rakaat menjadi dua rakaat), perkara-perkara yang manjadi tuntutan ketika takbiratul-ihram selain Qasad, Ta'arrudh dan Ta'yin ialah niat Qasar. Maka bagi seseorang yang hendak solat Qasar perlulah berniat sekurang-kurangnya: "Sahaja aku sembahyang Fardhu Zuhur Qasar."

Bagi sembahyang sunat yang mempunyai waktu dan sembahyang sunat yang mempunyai sebab, maka wajiblah disertakan di dalam niat hanya dua perkara, iaitu Qasad ("Sahaja aku sembahyang") dan Ta'yin (sunat Hari Raya Adha, sunat gerhana bulan, dan sebagainya).

SELEPASSEBELUM MENU UTAMA

Page 26: E-Book Asas Fardhu Ain(1)

"Maha suci Allah yang Maha Agung dengan sifat kepujian-Nya."

"Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya."Kemudian disambung pula dengan bacaan:

"Ya Tuhan kami! Bagi-Mu segala puji."

Doa ketika sujud ialah:

Dituntut juga dalam perkara niat ini ialah menentukan qabliyah (sebelum) dan ba'diyah (selepas) dalam sembahyang sunat Rawatib. Ini tertentu kepada sembahyang sunat Zuhur, Maghrib dan Isya' sahaja, seperti dinyatakan dalam niat: "Sahaja aku solat Sunat Zuhur qabliyah/ba'diyah" atau "Sahaja aku solat Sunat Sebelum/Selepas Zuhur."

Adapun sembahyang sunat Subuh dan Asar tidaklah disyaratkan niat qabliyah, kerana kedua-dua sembahyang tersebut hanya ada qabliyah sahaja dan tiada ba'diyah (iaitu tidak ada solat sunat Rawatib selepas Subuh dan Asar).

Bagi sembahyang sunat mutlak pula wajib disertakan di dalam niat semasa takbiratul-ihram satu perkara sahaja iaitu Qasad. Umpamanya seseorang hanya perlu berniat: "Sahaja aku sembahyang".

2. Takbiratul-Ihram, iaitu mengucapkan Allahu-Akbar untuk memulakan solat. Perkataan Allahu-Akbar itu tidak boleh ditukar dengan lafaz lain.

Sebutan kalimah Allahu-Akbar itu diwajarkan agar tidak melebihi daripada empat belas harakat (tujuh alif), dan pergerakan tangannya tidak melebihi tiga kali pergerakan, kerana semua ini akan menjejaskan kesahihan dan kesempurnaan solat.

Nota: sebutan Allahu-Akbar yang teramat panjang ketika niat, dan pergerakan tangan yang berkali-kali, adalah disebabkan oleh was-was atau berterusan tidak kepastian sama ada apa yang dilakukanya itu telah sempurna atau belum. Was-was adalah berpunca dari bisikan syaitan, dan seseorang yang ditimpa was-was ini perlulah banyak berzikir, sebaiknya zikir "Laa-Ilaha-Illallah."

3. Berdiri bagi orang yang berkuasa. Sekiranya seseorang itu berdiri tetapi condong ke hadapan, ke belakang, ke kanan atau ke kiri hingga tidak dapat dinamakan sebagai berdiri maka hukum solat itu tidak sah. Sekiranya tidak mampu berdiri maka bolehlah dilakukan solat secara duduk, baring mengiring, menelentang atau secara mana yang termampu. Untuk solat sunat dibolehkan sembahyang secara duduk, namun tidak digalakkan.

4. Membaca al-Fatihah: pada tiap-tiap rakaat dengan memelihara segala makhraj dan tajwid fatihah. Mazhab Syafi'e mewajibkan rukun al-Fatihah untuk makmum dalam solat berjemaah.

5. Rukuk, berserta tama'ninah. Sekurang-kurangnya rukuk ialah membongkokkan belakangnya sampai dua tangan di atas dua kepala lutut, disertai dengan tama'ninah iaitu berhenti sebentar sekadar lama bacaan Subhanallah, dan anggota-anggota berat kemudian berhenti. Doa tasbih ketika rukuk ialah:

6. Iktidal: Ertinya berdiri tegak semula selepas rukuk, berserta tama'ninah. Doa tasbih ketika iktidal ialah:

7. Sujud ialah meletakkan dahi di atas tempat sujud, dan dahi itu mestilah tidak berlapik dengan sesuatu. Sekiranya terpaksa seperti dahi dibalut kerana luka dan sebagainya, maka tidaklah wajib dibuka. Dahi yang berlapik dengan songkok dengan sengaja tanpa sebab adalah tidak sah solatnya. Anggota sujud ada 7:      1. Dahi      2. Dua tapak tangan      3. Dua lutut      4. Dua perut jari kaki

Page 27: E-Book Asas Fardhu Ain(1)

"Maha suci Allah yang Maha Mulia dengan sifat kepujian-Nya"

nota: ungkapan "sayyidina" di dalam contoh di atas hanyalah sunat hukumnya dan tidak mengapa jika ditinggalkan.

8. Duduk di antara dua sujud berserta tama'ninah. Mengangkat kepala dan badan untuk duduk di antara dua sujud ini mestilah mengandungi tujuan. Oleh itu, sekiranya seseorang itu mengangkat dari sujud kerana tujuan lain, umpamanya mengelakkan daripada binatang, maka hendaklah ia kembali sujud semula. Duduk antara dua sujud merupakan rukun pendek maka tidak wajar dilama-lamakan. Doa tasbih ketika sujud ialah:

"Ya Allah ampunilah daku, rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikanlah aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku."

9. Tahiyyat/Tasyahud akhir. Membaca tahiyyat akhir juga hendaklah dipelihara segala bacaan di dalamnya. Bacaan tahiyyat akhir adalah seperti berikut:

"Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan Kepada junjungan mulia Muhammad saw dan ke atas ahli keluarga baginda yang mulia, sebagaimana rahmat dan kesejahteraan yang telah Engkau kurniakan kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim. Dan limpahkanlah berkatMu kepada Muhammad dan ahli keluarga Muhammad seperti mana berkatMu kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau yang amat terpuji lagi amat mulia."

10. Duduk ketika tahiyyat akhir.

11. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sekurang-kurangnya; "Allahumma-solli 'ala Muhammad."

12. Salam pertama: Sekurang-kurang salam ialah "Assalamu'alaikum" bermaksud "salam sejahtera ke atas kamu."

13. Tertib. Tertib ditakrifkan sebagai mendahulukan yang dahulu dan mengkemudiankan yang kemudian. Solat yang tertinggal ketertiban rukun-rukunnya dikira tidak sah.

Page 28: E-Book Asas Fardhu Ain(1)

Sunat Hai'ah & Ab'adh

Perkara-perkara sunat semasa solat ada dua:1. Sunat Hai'ah2. Sunat Ab'adh

2. Meletakkan perut tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya dan meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat.3. Membaca doa tawujud/iftitah. Doa iftitah ialah:

4. Membaca A'uzubillah5. Membaca Al-fatihah dan surah dengan suara yang kuat (jahar) pada masa-masa yang ditentukan.6. Membaca amin selepas fatihah7. Membaca surah al-Quran di rakaat pertama dan kedua selepas bacaan al-Fatihah8. Membaca tasbih ketika rukuk9. Membaca tasbih ketika rukuk10. Membaca tasbih ketika sujud11. Membaca tasbih ketika bangkit dari rukuk12. Meletakkan kedua tangan di atas peha dengan melepaskan jari kesemuanya13. Duduk iftirasy pada semua duduk iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri14. Duduk Tawarruk iaitu duduk tahiyat akhir15. Salam yang kedua

1. Tahiyat awal. Doa tahiyat awal ialah:

Sunat Hai'ah ada 15 perkara:

1. Mengangkat tangan ketika Takbiratul-Ihram, ketika rukuk, ketika iktidal dan ketika bangun pada rakaat kedua. (nota: bangun dari rakaat pertama dan ketiga tidak diperlukan mengangkat tangan)

"Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan Maha Suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah, dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam."

Sunat Ab'adh ada 7 perkara:

"Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah."

SELEPASSEBELUM MENU UTAMA

Page 29: E-Book Asas Fardhu Ain(1)

2. Selawat didalam Tahiyat awal3. Duduk Tahiyat4. Doa qunut waktu subuh dan pada solat witir. Doa qunut ialah:

5. Selawat di dalam qunut6. Berdiri semasa qunut7. Membaca selawat ke atas keluarga Nabi pada Tahiyat akhir.

Sekiranya tertinggal sunat Ab'adh, maka disunatkan ia sujud sahwi; manakala tertinggal sunat hai'ah tidak diperlukan sujud sahwi.

"Ya Allah, tunjukkanlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau tunjukkan. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau pimpinkan. Berkatlah hendaknya untuk apa-apa yang telah Engkau berikan kepadaku. Jauhkan aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperoleh pimpinanMu. Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi, telah memberi berkat Engkau, oh Tuhan, dan Maha Tinggi Engkau. Maka hanya untuk Engkau tetapkan. Aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dirahmati Allah jugalah kiranya Muhammad, Nabi yang buta-huruf, dan keluarganya dan sahabat-sahabatnya, dan diberiNya kesejahteraan."

Page 30: E-Book Asas Fardhu Ain(1)

Solat Berjemaah

"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (HR Bukhari dan Muslim)

Syarat-syarat sah solat berjemaah:1. Berniat mengikut/menjadi imam (untuk solat Jumaat sahaja, dan tidak diwajibkan bagi solat-solat yang lain).2. Mengetahui segala apa yang dikerjakan oleh imam.

4. Tidak mendahului imam dalam takbir dan tidak pula melambatkannya.5. Tidaj mendahului imam dalam rukun-rukun sembahyang.

7. Solat makmum harus sama dengan solat imam, misalnya sama-sama solat Zuhur, Jumaat, qasar, jamak dan sebagainya.8. Makmum lelaki tidak mengikut imam perempuan.

Antara syarat untuk menjadi imam:* Bacaannya lebih baik daripada bacaan makmum.* Seseorang itu bukan sedang mengikut atau menjadi makmum kepada imam lain.* Imam itu sudah mumaiyiz.

Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam. Sabda Nabi SAW:

Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum. Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah fardu kifayah, manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat muaakad atau sunat yang sangat dituntut dalam Islam. Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu lima waktu, solat hari raya, solat sunat tarawih dan solat sunat witir. Tetapi bagi sembahyang Jumaat, ia wajib dikerjakan secara berjemaah.

3. Tiada dinding yang menghalangi antara imam dan makmum, kecuali bagi makmum perempuan di masjid hendaklah dibataskan dengan kain.

6. Kedudukan imam ialah di hadapan makmum, sekurang-kurangnya di takat tumit. Makmum tidak boleh berada di hadapan atau sebaris dengan imam.

Semasa berniat, seseorang itu disunatkan menambah perkataan makmuman (makmum lelaki), makmumatan (makmum perempuan), imaman (imam lelaki) atau imamatan (imam perempuan) selepas menyebut solat yang ingin dilakukan. Solat seseorang itu tetap sah walaupun tidak berniat menjadi imam/makmum, melainkan ketika solat Jumaat.

Terdapat sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Imam ialah yang menanggung pembacaan, apabila baik pembacaannya maka pahala untuk dirinya dan untuk mereka (makmum) dan jika rosak pembacaannya maka dosanya ialah di atas dirinya sendiri, dan bukannya atas mereka (makmum).”

Dalam solat berjemaah bersama satu makmum, maka makmum itu kedudukannya di sisi kanan imam, asalkan tidak terkehadapan ataupun sebaris dengan imam.

Sekiranya hanya ada satu makmum dalam solat berjemaah, dan makmum pertama sedang berdiri di tepi kanan imam, lalu disertai pula seorang lagi makmum, maka imam disyaratkan maju ke hadapan atau makmum yang pertama berundur belakang (tidak melebihi tiga langkah) ke saf bersama makmum kedua.

SELEPASSEBELUM MENU UTAMA

Page 31: E-Book Asas Fardhu Ain(1)

Masbuq

Masbuq ialah apabila makmum ketinggalan dalam solat berjemaah.

Dari hadis:

Contoh: apabila seseorang makmum memasuki solat jemaah, lalu ia takbiratul-ihram dan mendapati imam sedang rukuk, maka perlu makmum mengikuti rukuk imam itu dengan tanpa wajib menyelesaikan rukun fatihah.

Dari Hasan dari Abu Bakrah, dia sampai kepada Nabi saw, ketika Nabi sedang rukuk, maka dia rukuk sebelum sampai kepada saf. Hal itu disampaikan kepada nabi, maka Nabi berkata, “Semoga Allah menambah semangatmu tetapi jangan diulangi lagi.” (H.R. Bukhari)

Sabda Rasulullah saw: "Apabila seseorang diantara kamu datang (untuk) solat sewaktu kami sujud, hendaklah ikut sujud dan janganlah kamu hitung itu satu rakat. Barangsiapa yang mendapati rukuk bersama imam, maka ia telah mendapat satu rakaat."(H.R. Abu Daud).

Dari hadis di atas, maka difahamilah bahawa orang yang mendapatkan rukuk dianggap telah mendapatkan satu rakaat, biarpun tanpa sempat menyempurnakan rukun fatihahnya.

Sekiranya makmum sempat mengikuti rukuk imam dengan sempurna (sekadar dapat menyentuh lutut) sebelum imam bangun untuk iktidal, dikira makmum sudah mendapat rakaat ("muwafiq"). Jika makmum tidak sempat menyempurnakan rukuk, atau makmum memasuki solat sesudah imam rukuk (iaitu semasa sujud, atau duduk tahiyyat dan sebagainya) maka tidaklah dikira ia mendapat rakaat itu ("masbuq").

Sekiranya makmum hanya sempat masbuq di tahiyyat akhir, tidaklah ia perlu membaca doa dalam tahiyyat akhir kerana doa tahiyyat itu disunatkan hanya untuk orang yang bertasyahhud akhir. Makmum yang masbuq itu juga diperbolehkan duduk iftirasy seperti di dalam rakaat kedua.

Setelah solat berakhir dan imam memberi salam, maka makmum itu perlulah bangun dan menyelesaikan solatnya dengan menambah rakaat yang tertinggal.

Jika makmum sedang takbir lalu imam memberi salam, maka makmum ditegah duduk kerana duduk itu mengikut imam, dan imam telahpun selesai solatnya. Jika makmum itu duduk dengan sengaja dan tahu akan tegahannya maka batallah sembahyang itu.

Dalam solat Subuh, makmum masbuq mestilah berqunut sekali lagi untuk dirinya di rakaat keduanya meskipun ia telah berqunut bersama imam di awal sembahyang tadi.

Dalam solat Jumaat pula, sekiranya makmum sempat mendapat rakaat kedua dengan ia sempat rukuk bersama imam, maka dikira ia mendapat solat Jumaat itu dan hanya perlu menyelesaikan jumlah dua rakaat sahaja. Tetapi sekiranya makmum tidak sempat rukuk dalam rakaat terakhir solat Jumaat, maka ia dikira solat Zuhur dan perlulah menyempurnakan jumlah empat rakaat.

SELEPASSEBELUM MENU UTAMA

Page 32: E-Book Asas Fardhu Ain(1)

Istikhlaf

Cara Istikhlaf Dalam Sembahyang

Istikhlaf bererti imam digantikan oleh salah seorang daripada makmumnya (lalu menjadi imam) bagi menyempurnakan sembahyang mereka, disebabkan keuzuran imam pertama itu.

Jika imam keluar daripada sembahyangnya disebabkan berhadas, atau biarpun dengan tiada sebab, adalah diharuskan bagi salah seorang makmum menggantikannya.

Hadis: "Ketika Nabi SAW sedang sakit tenat, datang Bilal untuk memberitahu Baginda tentang sembahyang. Maka Nabi SAW menyuruhnya supaya mengatakan kepada Abu Bakar agar mengimami orang ramai. Saya berkata: "Abu Bakar adalah seorang lelaki yang penyedih dan jika dia berdiri mengambil tempatmu (sembahyang), dia akan menangis dan tidak mampu membaca Al-Qur’an." Nabi SAW bersabda: "Suruhlah Abu Bakar untuk mengimami sembahyang." Saya pun mengatakan hal yang sama seperti di atas. Beliau (mengulangi perintah yang sama) pada ketiga atau keempat kalinya Baginda bersabda: "Kamu adalah (macam) sahabat-sahabat Yusuf. Suruhlah Abu Bakar untuk mengimami sembahyang." Maka Abu Bakar mengimami sembahyang. Kemudian Nabi SAW datang dengan bantuan dua orang lelaki; seakan-akan baru saja aku melihat Baginda memijakkan kakinya ke tanah. Pada waktu Abu Bakar melihatnya, dia mencuba untuk berundur tetapi Nabi SAW memberi isyarat kepadanya untuk tetap sembahyang. Abu Bakar berundur sedikit dan Nabi SAW duduk di sebelah kirinya. Abu Bakar memperdengarkan takbir kepada orang ramai." (HR Bukhari)

Disyaratkan bagi makmum yang menggantikan imam itu adalah pengganti (khalifah/mustakhlif) yang sah menjadi imam kepada jemaah yang lain. Jika imam itu diganti oleh makmum yang kurang fasih dalam bacaan fatihah (ummiyan), atau orang bisu, atau orang yang tidak jelas bacaannya seperti mendengungkan pada tempat yang tidak dengung serta mengubah bacaan, maka tidak sah sembahyang makmum yang lain jika mengikutinya, kerana ia tidak sah menjadi imam.

Disyaratkan juga imam itu diganti oleh makmum yang berada di saf pertama betul-betul di belakang imam. (nota sampingan: makmum saf pertama di belakang imam adalah juga bertanggungjawab untuk menegur imam di kala kesilapan bacaan dan perbuatan solat dengan isyarat bacaan "Subhanallah")

Imam yang keluar itu hendaklah keluar dengan tertib, sekurang-kurangnya beralih ke kirinya jika tiada luang kosong untuk ia mundur. Kemudian makmum yang mengganti imam itu hendaklah pula maju ke hadapan dengan tidak lebih dari dua pergerakan langkah. Tempatnya yang kosong di saf hendaklah pula diisi oleh makmum lain, sama ada di sebelah atau di belakang, juga dengan tidak lebih dari dua pergerakan langkah.

Istikhlaf hendaklah dilakukan dengan serta-merta. Jika imam keluar daripada jemaah sedangkan makmum telahpun lanjut melakukan satu rukun, maka ditegah penggantiannya selepas itu. Juga ditegah penggantiannya jika makmum tersebut diam terlalu lama dengan kadar berlalunya satu rukun, sama ada rukun fi‘li (perbuatan) atau rukun qauli (percakapan). Sekiranya didapati tiada sesiapa yang maju menggantikan imam, maka makmum diperbolehkan mufaraqah (berpisah) dari berjemaah dan meneruskan solat bersendirian.

Tidak disyaratkan ke atas makmum dalam istikhlaf untuk berniat lagi untuk menjadi makmum, kerana mustakhlif (pengganti) itu sudah dalam kedudukan imam yang awal.

Apabila seorang mustakhlif menggantikan imam dalam sembahyang yang sama atau bilangan rakaat yang sama, maka sah penggantian tersebut di mana-mana rakaat pun kerana mustakhlif itu mengikuti tertib imam sebelumnya dan tidak membawa kepada percanggahan.

Adapun jika diganti oleh seorang yang di luar sembahyang (mustakhlif bukan daripada kalangan makmum, dan terus masuk menjadi imam), maka menurut pendapat Imam Nawawi dan jumhur ulama adalah diharuskan istikhlaf dengan syarat mustakhlif tersebut menggantikan imam pada rakaat pertama, atau rakaat ketiga (pada sembahyang yang empat rakaat) kerana tidak akan bercanggah dengan tertib makmum yang mengikutinya.

Jika berlaku percanggahan dalam tertib, maka tidaklah diharuskan istikhlaf. Contohnya ialah apabila seorang yang di luar sembahyang mengganti imam pada rakaat kedua atau rakaat terakhir, dan dia (pengganti) itu akan bangun berdiri bagi rakaatnya yang pertama sedangkan makmum yang lainnya duduk tahiyyat awal (atau tahiyyat akhir) di rakaat mereka.

SELEPASSEBELUM MENU UTAMA

Page 33: E-Book Asas Fardhu Ain(1)

Istikhlaf Dalam Sembahyang Jumaat

Jika makmum yang masbuq menggantikan imam yang keluar daripada jemaah hendaklah dia menjaga tertib imam tersebut, sebagaimana perbuatannya jika imam belum keluar daripada jemaah. Sebagai contoh, jika makmum yang masbuq pada rakaat kedua dalam sembahyang subuh, kemudian imam itu berhadas lalu diganti oleh makmum yang masbuq itu, maka makmum yang menggantikan itu hendaklah menjaga tertib imam pertama dengan menyambung perbuatan sebagaimana yang perlu dilakukan di dalam rakaat kedua dalam sembahyang subuh iaitu berqunut, duduk dan bertasyahud biarpun pada asalnya dia baru melakukan satu rakaat. Selepas itu baharulah mustakhlif yang masbuq itu bangkit semula (tanpa salam) untuk menggenapkan solat dua rakaatnya, lalu berqunut lagi pada rakaat keduanya itu bagi dirinya sendiri sahaja (doa qunut bersendirian dan bukan qunut berjemaah). Para jemaah yang mengikuti mustakhlif yang masbuq tersebut ada dua pilihan pada tahiyyat akhir tadi iaitu sama ada berniat mufaraqah (berpisah daripada imam) dan terus memberi salam, ataupun duduk menunggu mustakhlif itu dan memberi salam bersama-samanya.

Makmum-makmum masbuq yang bangkit semula untuk menyempurnakan sembahyang mereka setelah sempurna solat berjemaah adalah diperbolehlah kepada salah seorang daripada mereka yang masbuq itu untuk maju ke hadapan menjadi imam dan makmum masbuq yang lain itu boleh mengikutinya. Istikhlaf sebegini adalah diharuskan kecuali dalam sembahyang Jumaat kerana tidak harus mendirikan lagi sembahyang Jumaat selepas selesai dikerjakannya.

Apabila imam keluar selepas membaca dua khutbah dan sebelum mengangkat takbiratul ihram bagi sembahyang Jumaat, adalah diharuskan menggantikannya jika mustakhlif itu juga turut menghadiri khutbah. Jika ia tidak menghadiri khutbah maka dia tidak diharuskan mengganti imam itu.

Jika imam keluar daripada sembahyang selepas mengangkat takbiratul ihram pada rakaat pertama sembahyang Jumaat dan sebelum rukuk di rakaat kedua, adalah harus dia diganti oleh mustakhlif yang bersama imam sebelum imam keluar daripada jemaah itu, kerana mustakhlif itu dikira tergolong dalam ahli Jumaat. Jika ia tidak bersama imam sebelum dia keluar daripada sembahyang, maka tidak diharuskan ia mengimamkan sembahyang itu kerana dia tidak tergolong dalam ahli Jumaat.

Manakala jika imam itu keluar selepas rukuk dalam rakaat kedua sembahyang Jumaat, imam tidak harus diganti oleh mustakhlif yang tidak bersama imam sebelum dia keluar daripada jemaah. Akan tetapi jika mustakhlif itu bersama imam sebelum imam keluar daripada jemaah tetapi dia tidak bersama imam sebelum rukuk pada rakaat kedua (mustakhlif masbuq), maka difardhukan ke atas mustakhlif itu sembahyang Zuhur.

Makmum yang bersembahyang Jumaat diharuskan pula mengikuti mustakhlif yang difardhukan ke atasnya sembahyang Zuhur itu. Akan tetapi hendaklah mustakhlif itu menjaga tertib imam yang awal. Manakala makmum yang mengikutinya ada dua pilihan, antara memberi salam dengan niat mufaraqah atau makmum menunggu mustakhlif dan memberi salam bersamanya. Cara ini adalah yang lebih afdhal dilakukan.

Page 34: E-Book Asas Fardhu Ain(1)

Sujud Sahwi

Doa sujud sahwi adalah seperti berikut:

Ertinya: "Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa."

Sebab-sebab sujud sahwi ada tiga: kerana kelebihan, kerana kekurangan, dan kerana ragu-ragu.

1. Sujud Sahwi Kerana KelebihanBarangsiapa terlupa di dalam solatnya lalu tertambah rukuk, atau sujud, dan sebagainya, maka dia perlu sujud sahwi.

2. Sujud Sahwi Kerana Kekurangan

3. Sujud Sahwi Kerana Ragu-ragu

Hal-hal Penting Berkenaan Dengan Sujud Sahwi

2.Apabila sujud sahwi dilakukan setelah salam, maka harus pula melakukan salam sekali lagi.

3.Apabila seseorang yang melakukan solat meninggalkan sunat ab'adh secara sengaja, maka batallah solatnya.

5. Sekiranya imam terlupa sujud sahwi, makmum bolehlah sujud sahwi setelah imam memberi salam.

Sahwi bermaksud lupa sesuatu. Pengertian dari segi syarak adalah terlupa sesuatu di dalam solat. Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan sebanyak dua kali setelah selesai bacaan Tahiyat akhir dan sebelum salam; ia dikerjakan untuk menutup kecacatan dalam pelaksanaan solat kerana terlupa, dan hukumnya adalah sunat.

Barangsiapa, justeru terlupa, lalu meninggalkan salah satu sunat ab'adh, maka ia harus sujud sahwi sebelum salam. Misalnya, makmum terlupa tahiyyat awal dan hanya teringat setelah sempurna qiam (berdiri tegak), maka dia tidaklah perlu duduk kembali dan cukup baginya sujud sahwi. Namun, sekiranya dia teringat sebelum separuh bangkit untuk qiam, maka bolehlah dia kembali duduk dan menyempurnakan tahiyyat awal dan tidak perlu sujud sahwi.

Keragu-raguan di dalam solat adalah kerana tidak meyakini sama ada terlebih atau terkurang, umpamanya seseorang ragu sama ada dia di dalam rakaat ketiga atau keempat. Keraguan ada dua jenis:

1. Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal (waham, atau lebih 50% pasti), umpamanya dia lebih meyakini dia kini di dalam rakaat ketiga dan bukan rakaat keempat, maka dia harus menurutkan mengambil sikap kepada yang lebih ia yakini, kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam.

2. Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal, dan tidak condong pada salah satunya (dzan, atau hanya 50-50 pasti), maka dia harus mengambil sikap kepada hal yang sudah pasti akan kebenarannya, iaitu jumlah rakaat yang sedikit. Kemudian menutupi kekurangan tersebut, lalu sujud sahwi sebelum salam.

1.Apabila seseorang meninggalkan salah satu rukun solat secara tidak sengaja, dan ia teringat ketika belum sampai pada rukun yang sama di rakaat berikutnya, maka ia wajib segera kembali kepada rukun yang tertinggal itu, dan kembali meneruskan solat dari situ. Sekiranya dia teringat dan sedang pula berada pada rukun yang tertinggal itu pada rakaat berikutnya, maka rukun yang tertinggal itu dianggap terganti dan ia perlulah meneruskan solat seolah-olahnya di rakaat yang sebelum itu. Pada kedua-dua hal ini, wajib dia melakukan sujud sahwi setelah salam atau sebelumnya.

Jika ketinggalan kerana lupa, kemudian dia ingat sebelum beranjak dari sunat ab'adh tersebut, maka hendaklah dia melaksanakannya dan tidak perlu sujud sahwi.

Jika ia teringat setelah melewatinya tapi belum sampai kepada rukun berikutnya, maka hendaklah dia kembali melaksanakan rukun tersebut, lalu sujud sahwi selepas salam.

Jika ia teringat setelah sampai kepada rukun yang berikutnya, maka sunat ab'adh itu gugur, dan dia tidak perlu kembali kepadanya untuk melakukannya, akan tetapi perlu sujud sahwi sebelum salam.

4.Sekiranya seseorang itu terlupa sujud sahwi dan teringat hanya selepas memberi salam maka bolehlah ia sujud sahwi, dengan syarat ingatan itu timbul dalam masa yang tidak begitu lama.

SELEPASSEBELUM MENU UTAMA

Page 35: E-Book Asas Fardhu Ain(1)

Sujud Sajadah/Tilawah

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

Ayat-ayat sujud sajadah ialah:

1. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 2062. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 153. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 504. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 1095. Surah 19 (Maryam) Ayat 586. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 187. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 778. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 609. Surah 27 (An Naml) Ayat 2610. Surah 32 (As-Sajdah) Ayat 1511. Surah 38 (Shaad) Ayat 2412. Surah 41 (Fushshilat) Ayat 3813. Surah 53 (An-Najm) Ayat 6214. Surah 84 (Al-Insyiqaq) Ayat 2115. Surah 96 (Al-'Alaq) Ayat 19

Bacaan doa yang sunat dibaca ketika sujud ialah:

Tilawah ertinya bacaan, dan Sujud Sajadah atau sujud Tilawah itu ialah perbuatan sujud apabila seseorang itu bertemu ayat sajadah dalam bacaan al-Qur'an sama ada di dalam solat ataupun di luar solat.

Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, "Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka." (HR Al-Bukhari dan Muslim)

Hukum sujud sajadah adalah sunat mu'akad, atau sunat yang amat digalakkan.

Dari Umar r.a.: Pada suatu hari Jumaat, dia (Rasulullah) membaca surah al-Nahl di atas mimbar, maka ketika sampai pada ayat sajadah, dia lalu turun dan sujud. Dan para hadirin juga turut melakukan sujud. Pada hari Jumaat berikutnya, dibacanya surah berkenaan, lalu apabila sampai pada ayat sajdah dia berkata: "Wahai manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah. Tetapi barangsiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan barangsiapa yang tidak melakukannya, maka dia tidak mendapat dosa." (HR Bukhari)

Nota: Perlu dinyatakan bahawa bacaan Surah 38 (Shaad) Ayat 24 menurut Syafi'iyah dan Hanbaliyah tidak termasuk ayat sajadah, tapi ayat yang disunatkan untuk sujud syukur (keterangan sujud syukur akan menyusul selanjutnya). Bacaan surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77 pula menurut madzhab Syafi'iyah dan Hanbaliyah dimasukkan sebagai ayat sajadah.

Untuk mengenali ayat-ayat sajadah itu di dalam al-Qur'an, pada kebiasaannya pada ayat-ayat itu ada ditandakan dengan garis atau di penghujung ayat itu ditandakan simbol dengan tertulis perkataan sajadah.

Ertinya: "Aku bersujud dengan wajahku kepada Dzat yang telah merupakan dan menciptakannya, dan menciptakan pendengaran dan penglihatannya dengan kekuatan-Nya. Maha memberkati Allah, sebaik-baik Pencipta."

SEBELUM MENU UTAMA

Page 36: E-Book Asas Fardhu Ain(1)

Rukun sujud sajadah di luar sembahyang ialah:1. Niat - iaitu "Sahaja aku sujud sajadah kerana Allah Ta'ala"2. Takbiratul-ihram3. Sujud4. Salam.

Tidak perlu berwuduk untuk sujud sajadah ketika di luar solat, namun berwuduk itu adalah lebih afdal.

Nota sampingan:

Sujud Syukur

Sujud Syukur adalah perbuatan sujud ketika seseorang mendapat limpahan rahmat daripada Allah, atau terhindar daripada malapetaka.

Cara sujud syukur dan syarat sujud syukur adalah sama seperti sujud sajadah di luar solat.

Di samping melaksanakan sujud syukur, disunatkan juga bersedekah dan melakukan sembahyang sunat syukur.

Cara melakukan sujud sajadah ialah terus bersujud (tanpa niat, dan tanpa mengangkat tangan) sebaik sahaja selepas membaca ayat sajadah, dan membaca doa sujud sajadah di dalam sujud, lalu kembali berdiri dan meneruskan bacaan selanjutnya. Sekiranya bacaan ayat sajadah itu telahpun tamat, maka teruslah rukuk selepas berdiri sebentar apabila bangun dari sujud.

Adalah sunat bertakbir "Allah-Akbar" sebelum turun dari qiam untuk melakukan sujud sajadah. Disunatkan juga agar bertakbir apabila naik dari sujud. Adalah tidak perlu mengangkat tangan ketika naik dari sujud.

Di dalam solat berjemaah, makmum wajib mengikuti imam sama ada imam itu melakukan sujud sajadah ataupun tidak. Bercanggah dari mengikuti imam akan menyebabkan solat makmum itu batal. Akan tetapi, adalah sunat hukumnya bagi makmum melakukan sujud tilawah selepas selesai salam dengan syarat jarak di antara sujud dan salam itu tidak lama.

Walau bagaimanapun bagi sembahyang yang dibaca dengan suara perlahan, umpamanya solat Zuhur, sujud tilawah itu sunat dibuat oleh imam setelah dia selesai menunaikan sembahyang supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan makmum.

Sujud sajadah di luar solat adalah disunatkan kepada pembaca dan juga pendengar bacaan ayat sajadah, dan sujud si pendengar itu tidak tergantung sama ada pembaca (qari) itu turut sujud atau tidak.

Syarat sah sujud sajadah di luar sembahyang adalah sama seperti syarat sembahyang (suci dari hadas besar dan kecil, mengadap kiblat, menutup aurat, dan sebagainya), dan tidak berjangka waktu yang lama antara bacaan ayat sajadah dan perbuatan sujud.

Sekiranya seseorang itu mendengar bacaan ayat sajadah dan tidak berupaya untuk sujud sajadah (umpamanya sedang memandu), maka bolehlah ditangguhkan sujud sajadah itu hingga ketika dia boleh, asalkan tidak terlampau lama masa yang terluput di antaranya.

Disunatkan bacaan takbir "Allahu-Akbar" (selepas daripada Takbiratul-ihram) ketika hendak sujud, dan disunatkan juga bertakbir apabila bangun dari sujud sebelum salam.

Adalah tidak perlu untuk seseorang itu bangun dari duduk untuk berdiri (qiam) apabila hendak melakukan sujud sajadah di luar solat. Namun begitu, apabila seseorang itu sedang berdiri, maka perlulah dia bertakbiratul-ihram di kala qiam, lalu sujud, duduk, dan salam.

Hukum sujud syukur adalah sunat, dan hanya dilakukan di luar solat. Sekiranya seseorang itu melakukan sujud syukur di dalam solat, maka batallah solatnya.