kajian guru ganti no 5

5
5. PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan masalah/Awal : Sebelum langkah-langkah yang berikutnya diambil,tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut : Data dari buku rekod analisis guru ganti dari bulan januari 2010 sehingga bulan mei 2010 iaitu semester pertama persekolahan. Daripada analisis guru ganti ini dapat menunjukkan bilangan guru ganti dan bilangan guru ganti yang tidak masuk kelas. Oleh itu,bilangan guru ganti yang tidak masuk ke kelas akan diselia oleh guru penolong kanan 1. Daripada penyeliaan ini,akan dapat menunjukan bilangan dan peratusan guru ganti tidak masuk ke kelas mengikut bulanan. Responden kajian yanag digunakan dalam kajian ini adalah semua guru Sekolah Kebangsaan Padang Kota iaitu seramai 32 orang dan mengikut pecahan jantina ialah 13 orang guru lelaki dan 19 orang guru perempuan.Semua guru yang mendapat resit guru ganti akan direkodkan di dalam buku analisis guru ganti dan pelaksanaan kelas tersebut akan diselia oleh PK1 serta direkodkan. Instrumen kajian yang akan digunakan dalam kajian ini ialah kaedah soal selidik, di mana soal selidik ini akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A adalah maklumat demografi seperti jantina dan umur guru. Bahagian B pula adalah soalan

Upload: kimberly-hunter

Post on 02-Jul-2015

128 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: kajian guru ganti no 5

5. PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan masalah/Awal :

Sebelum langkah-langkah yang berikutnya diambil,tinjauan terhadap masalah yang

dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah

tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut :

Data dari buku rekod analisis guru ganti dari bulan januari 2010 sehingga bulan

mei 2010 iaitu semester pertama persekolahan.

Daripada analisis guru ganti ini dapat menunjukkan bilangan guru ganti dan

bilangan guru ganti yang tidak masuk kelas. Oleh itu,bilangan guru ganti yang

tidak masuk ke kelas akan diselia oleh guru penolong kanan 1. Daripada

penyeliaan ini,akan dapat menunjukan bilangan dan peratusan guru ganti tidak

masuk ke kelas mengikut bulanan.

Responden kajian yanag digunakan dalam kajian ini adalah semua guru Sekolah

Kebangsaan Padang Kota iaitu seramai 32 orang dan mengikut pecahan jantina ialah

13 orang guru lelaki dan 19 orang guru perempuan.Semua guru yang mendapat resit

guru ganti akan direkodkan di dalam buku analisis guru ganti dan pelaksanaan kelas

tersebut akan diselia oleh PK1 serta direkodkan.

Instrumen kajian yang akan digunakan dalam kajian ini ialah kaedah soal selidik, di

mana soal selidik ini akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A adalah

maklumat demografi seperti jantina dan umur guru. Bahagian B pula adalah soalan

berkaitan dengan kelas guru ganti. Soal selidik ini akan dijawab oleh semua guru

dengan ikhlas dan maklumat yang dikumpul akan dianalisis menggunakan program

SPSS versi 12. Selepas data diperolehi sesi temu bual akan dibuat kepada responden

yang bermasalah untuk mengatasi masalah ini.

5.2 Analisis Tinjauan masalah :

Pemilihan data kajian ini ,seperti yang dinyatakan dianalisis daripada buku rekod

guru ganti untuk semester pertama. Bilangan dan peratusan guru ganti yang tidak

masuk ke kelas adalah sedikit tetapi ,masalah ini adalah satu masalah yang serius jika

Page 2: kajian guru ganti no 5

tidak di atasi kerana ia melibatkan tanggungjawab profesion perguruan. Selain itu,ia

akan melibatkan etika keguruan, masalah ketinggalan pengajaran dan pembelajaran

murid atau berlaku kes di luar jangkaan. Berikut adalah contoh data yang di analisis

pada bulan April. Pemilihan pada bulan April dibuat kerana masalah bilangan guru ganti

paling banyak atau ketara pada bulan tersebut.

ANALISIS GURU GANTI UNTUK BULAN APRIL 2010

MINGGU BILANGAN GURU

GANTI

BILANGAN GURU

GANTI YANG

TIDAK MASUK KE

KELAS

% GURU GANTI

YANG TIDAK

MASUK KE KELAS

1 66 Orang 20 Orang 30 %

2 27 Orang 7 Orang 25 %

3 28 Orang 7 Orang 24 %

4 28 Orang 7 Orang 25 %

Purata peratus guru ganti yang tidak masuk ke kelas dalam bulan April 2010 = 26 %.

Berdasarkan data yang diperolehi pada minggu pertama bilangan guru ganti

paling tinggi iaitu sebanyak 66 orang dan bilangan serta peratus guru ganti tidak masuk

ke kelas ialah 20 orang ( 30 % ). Walaupun bilangan dan peratusan guru ganti tidak

masuk kelas adalah kurang daripada 50 %, tetapi masalah ini boleh dianggap sebagai

satu masalah yang serius.

Pemilihan fokus kajian tentang masalah ini adalah berdasarkan kepada etika dan

tanggungjawab seorang guru melaksanakan amanah dan murid ketinggalan pengajaran

dan pembelajaran serta masalah luar jangkaan yang berlaku semasa ketiadaan guru.

Page 3: kajian guru ganti no 5

5.3 Tindakan yang dicadangkan :

Kajian ini secara amnya untuk mengatasi masalah guru ganti yang tidak masuk

ke kelas. Oleh itu, beberapa tindakan yang dicadangkan yang perlu dilaksanakan oleh

pihak pengurusan. Di antara tindakan yang dicadangkan ialah :

( a ) Tinjauan masalah :

Ia bertujuan untuk mengutip data tentang masalah yang di kenal pasti. Data yang

dikutip adalah berdasarkan kepada buku rekod analisis guru ganti. Melalui data ini

maklumat bilangan guru ganti,bilangan dan peratus guru ganti tidak masuk ke kelas di

perolehi.

( b ) Kerja rutin :

Tinjauan masalah ini adalah menjadi satu rutin harian Guru Penolong kanan 1,

mengenal pasti guru yang tidak hadir untuk menyediakan guru ganti. Beliau akan

merekodkan maklumat guru tidak hadir,guru ganti ,guru ganti tidak masuk ke kelas

pada setiap hari persekolahan.

( c ) Cara pengumpulan data :

Pengumpulan data fokus kajian adalah berdasarkan kepada buku rekod analisis guru

ganti manakala pengumpulan data instrument kajian iaitu soal selidik adalah melalui

borang soal selidik yang diedarkan kepada semua guru. Maklumat yang diperolehi

melalui borang soal selidik akan dianalisis menggunakan program SPSS versi 12.

Jumlah responden yang akan digunakan ialah seramai 32 orang guru S.K padang Kota.

Melalui maklumat ini, beberapa perkara boleh diketahui iaitu bilangan atau peratus

mengikut jantina, umur dan kekerapan tidak masuk kelas ganti serta guru yang

bermasalah tentang kemasukkan sebagai guru ganti.

( d ) Temu bual :

Melalui maklumat daripada instrument kajian soal selidik, pihak pengurusan akan lebih

mengetahui dengan lebih jelas masalah fokus kajian. Responden yang bermasalah

akan dipanggil untuk sesi temu bual dengan pihak pengurusan untuk lebih mengetahui

Page 4: kajian guru ganti no 5

masalah mereka dan berbincang untuk mengatasinya. Responden yang dikenal pasti

akan dibuat pemantauan secara tidak formal untuk analisis berikutnya.

( e ) Analisis guru ganti :

Analisis pada semester kedua akan dibuat sebagai kerja rutin untuk menilai

keberkesanan kajian yang telah dijalankan.