kajian dijalankan ke atas lelaki berpoligami

3
KAJIAN DIJALANKAN KE ATAS LELAKI BERPOLIGAMI. Kenapa lelaki suka berpoligami menurut perspektif lelaki- lelaki yang telah berpoligami. Perlu diingatkan KAJIAN ini telah dijalan ke atas responden lelaki yang telah berpoligami mempunyai pekerjaan biasa, tidak berpangkat tinggi dan mempunyai tahap pendidikan agama sederhana. Bermakna mereka bukan di kalangan lelaki yang menjadikan AGAMA yang pertama dalam setiap perbuatan harian mereka seperti alim ulama mahupun ahli tahfiz yang berpengetahuan tinggi dalam agama islam. Penggkaji (P): kenapa Tuan memilih untuk berpoligami? Lelaki (L) : Dengan seorang isteri saya boleh bahagia, jika ada 2,3,4 lagi kebahagiaan itu akan bertambah. (Senyum) (P) : Bagaimana sekiranya ada diantara isteri tuan yang meminta cerai kerana poligami? (L) : Setakat ni mungkin tidak, kerana itu saya tidak memilih artis, hanya wanita biasa. Wanita biasa ni mudah dijinakkan. Kita sebagai lelaki kena lah pandai memujuk. Marah mereka tidak akan lama. Lagi2 jika anak2 masih kecil. Mereka pasti akan berfikir banyak kali. Kita kena banyak minta maaf andai ada yang mengguris hati mereka ke, cakap kena lembut. Wanita2 ni sebenarnya takut bergelar janda. Cuba tengok berapa ramai orang biasa yang bercerai kerana poligami. Tak ramai kan. (P) : Apakah yang menyebabkan Tuan berfikir dengan berpoligami kebahagiaan tuan bertambah? (L) : Iyerla... contoh lauk ye, kita tak akan makan ayam masak merah hari2. Selera kita juga boleh berubah2. Begitulah kalau kita ada ramai isteri, bukan ke seronok dapat bertukar lauk setiap hari. Lagi2 kalau dah cukup kuota. ( Senyum). (P) : Selain daripada itu?

Upload: momee-rain

Post on 29-Jul-2015

20 views

Category:

Self Improvement


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian dijalankan ke atas lelaki berpoligami

KAJIAN DIJALANKAN KE ATAS LELAKI BERPOLIGAMI.

Kenapa lelaki suka berpoligami menurut perspektif lelaki- lelaki yang telah berpoligami. Perlu diingatkan KAJIAN ini telah dijalan ke atas responden lelaki yang telah berpoligami mempunyai pekerjaan biasa, tidak berpangkat tinggi dan mempunyai tahap pendidikan agama sederhana. Bermakna mereka bukan di kalangan lelaki yang menjadikan AGAMA yang pertama dalam setiap perbuatan harian mereka seperti alim ulama mahupun ahli tahfiz yang berpengetahuan tinggi dalam agama islam.

Penggkaji (P): kenapa Tuan memilih untuk berpoligami?

Lelaki (L) : Dengan seorang isteri saya boleh bahagia, jika ada 2,3,4 lagi kebahagiaan itu akan bertambah. (Senyum)

(P) : Bagaimana sekiranya ada diantara isteri tuan yang meminta cerai kerana poligami?

(L) : Setakat ni mungkin tidak, kerana itu saya tidak memilih artis, hanya wanita biasa. Wanita biasa ni mudah dijinakkan. Kita sebagai lelaki kena lah pandai memujuk. Marah mereka tidak akan lama. Lagi2 jika anak2 masih kecil. Mereka pasti akan berfikir banyak kali. Kita kena banyak minta maaf andai ada yang mengguris hati mereka ke, cakap kena lembut. Wanita2 ni sebenarnya takut bergelar janda. Cuba tengok berapa ramai orang biasa yang bercerai kerana poligami. Tak ramai kan.

(P) : Apakah yang menyebabkan Tuan berfikir dengan berpoligami kebahagiaan tuan bertambah?

(L) : Iyerla... contoh lauk ye, kita tak akan makan ayam masak merah hari2. Selera kita juga boleh berubah2. Begitulah kalau kita ada ramai isteri, bukan ke seronok dapat bertukar lauk setiap hari. Lagi2 kalau dah cukup kuota. ( Senyum).

(P) : Selain daripada itu?

(L) : Kalau ada ramai isteri yang saling berebut mengambil hati dan menjaga kita bukan seronok? Masing-masing akan memberikan yang terbaik. Setiap layanan pasti akan first class, maklumlah ada pesaing, Menjadi rebutan itukan seronok? Perempuan sebenarnya suka berebut. Yang untungnya kita lah,lelaki. hehe

(P) : Setakat ini ada isteri tuan yang berperangai diluar kawalan?

(L) : Sebab tu saya pesan jangan cari artis atau wanita yang terlalu yakin pada diri tu ha, Artis ni, tahu saja suami pasang lain ha,,.. ditinggal lah laki tu. Sebab tu ramai artis bercerai. Mereka ni terlalu yakin pada diri, mereka tahu mereka cantik, jadi masih ramai yang menunggu. Wanita biasa, adakalanya akan berfikir jika bercerai nanti ada lagi ke nak ke dia. Senang kita nak kawal. Padahal artis kalau bercerai satu donia boleh tahu. Lagi malu kan. Tapi mereka ni terlalu yakin pada diri berbanding pada wanita biasa yang banyak bergantung pada lelaki..

SAMBUNGAN KAJIAN AKAN DIBERI KEMUDIAN

Page 2: Kajian dijalankan ke atas lelaki berpoligami

Ciri2 lelaki yang berpotensi untuk berpoligami;

1. Bersikap sentimental dan suka dimanja dan dibelai

2. Sangat bergantung kepada isteri tentang urusan harian di rumah seperti makan, minum dan pakaian.

3. Suka berfikir secara mendalam perkara yang tidak begitu penting.

4. Suka membuat keputusan terburu-buru

5. Keputusannya selalu berubah-ubah

6. Suka bertukar kereta

7. Pandai dan bersopan bila berbicara terutama dengan wanita dan orang tua.

8. Berhati Kering.