batu karang mudah serang lelaki

33
BT KARANG SEMBUH DLM 24 JAM. DGN IZIN ALLAH,RAMAI MEREKA YG MENGAMBIL RAMUAN INI TELAH SEMBUH DR DERITA SAKIT BT. KARANG DALAM MASA 24 JAM ATAU SETELAH MENGAMBIL BOTOL YG PERTAMA SAHAJA - BERDASARKAN TESTIMONI PESAKIT YG. TELAH SEMBUH. TERBUKTI BERKESAN UTK MENGHILANGKAN BT KARANG SAMAADA DI DALAM HEMPEDU,BUAH PINGGANG ATAU PUNDI DAN SALURAN KENCING BG WANITA ATAU LELAKI, REMAJA ATAU DEWASA. RAMUAN TRADISIONAL INI DIADUN DRPD REMPAH RATUS TERPILIH DAN HERBA-HERBA ISTIMEWA DGN MENGGUNAKAN SEDIKIT GARAM DAN CUKA SEBAGAI ASAS - BERDASARKAN PETUA TURUN TEMURUN. HARGANYA CUMA RM90 TERMASUK CAJ PENGHANTARAN KESELURUH MALAYSIA.UTK TEMPAHAN SILA PM NAMA/ALAMAT ATAU SMS KE 011 1566 1423 SETELAH MEMBUAT BAYARAN MELALUI MAYBANK: 1621 0654 9473, CIMB: 1207 0002 8542 01, BSN: 1011 1410 0001 1576 (AZEMI BIN BAKAR).COD HANYA DI SUBANG JAYA,KL. atu Karang Sebesar Biji Jagung Keluar Tidak Sampai 24 Jam.

Upload: edahwati-halim

Post on 29-Dec-2015

40 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Batu Karang Mudah Serang Lelaki

TRANSCRIPT

Page 1: Batu Karang Mudah Serang Lelaki

BT KARANG SEMBUH DLM 24 JAM.

DGN IZIN ALLAH,RAMAI MEREKA YG MENGAMBIL RAMUAN INI TELAH SEMBUH DR DERITA SAKIT BT. KARANG DALAM MASA 24 JAM ATAU SETELAH MENGAMBIL BOTOL YG PERTAMA SAHAJA - BERDASARKAN TESTIMONI PESAKIT YG. TELAH SEMBUH.

TERBUKTI BERKESAN UTK MENGHILANGKAN BT KARANG SAMAADA DI DALAM HEMPEDU,BUAH PINGGANG ATAU PUNDI DAN SALURAN KENCING BG WANITA ATAU LELAKI, REMAJA ATAU DEWASA.

RAMUAN TRADISIONAL INI DIADUN DRPD REMPAH RATUS TERPILIH DAN HERBA-HERBA ISTIMEWA DGN MENGGUNAKAN SEDIKIT GARAM DAN CUKA SEBAGAI ASAS - BERDASARKAN PETUA TURUN TEMURUN.

HARGANYA CUMA RM90 TERMASUK CAJ PENGHANTARAN KESELURUH MALAYSIA.UTK TEMPAHAN SILA PM NAMA/ALAMAT ATAU SMS KE 011 1566 1423 SETELAH MEMBUAT BAYARAN MELALUI MAYBANK: 1621 0654 9473, CIMB: 1207 0002 8542 01, BSN: 1011 1410 0001 1576 (AZEMI BIN BAKAR).COD HANYA DI SUBANG JAYA,KL.

atu Karang Sebesar Biji Jagung Keluar

Tidak Sampai 24 Jam.

Page 2: Batu Karang Mudah Serang Lelaki

Dengan izin Allah s.w.t. En. Edi

dari Kota Damansara, KL telah dapat mengeluarkan batu karang sebesar biji jagung

(di tangan kanannya) tanpa sebarang rawatan pembedahan atau rawatan di

hospital/klinik dengan hanya meminum dua botol ramuan pemecah batu karang

Home Formula dalam masa tidak sampai 24 jam.

Add new comment

6 JAM LPS MINUM BATU KELUAR - ZAKARIA SEMANSaya telah mengalami masalah kencing tidak lawas dan telah beberapa kali ke klinik

swasta dimana doktor memberi ubat untuk melawas kencing tetapi ianya tidak

memberi banyak perbezaan. Bila kencing terasa sakit dan kadang-kadang terdapat

titisan darah, saya mengalaminya lebih dari sebulan. Pada awalnya saya tidak syak

saya kena batu karang tetapi baru-baru ini bila saya hendak kencing terasa ada

benda yang bergerak dalam saluran kencing dimana ianya teramat sakit kecuali

sesiapa yang pernah mengalaminya. Untuk mengelak ke hospital saya telah

tergerak hati untuk melayari internet mencari sekiranya terdapat ubat yang dapat

menyembuhkanya kalau tidak kesokanya saya tepaksa ke hospital kerana teramat

sakit. Dengan kehendak ALLAH saya telah terbaca testimoni dari pesakit yang

Page 3: Batu Karang Mudah Serang Lelaki

menggunakan " Home Formula Kidney Stone Breaker " keluaran En. Azmi Haji

Bakar. Saya telah menghubungi beliau untuk mendapatkanya dan telah minum

sebotol pada pukul 12.00 malam dari tiga botol yang dibeli dan keesokan paginya

lebih kurang enam jam selepas minum, saya dapati kencing saya laju dan terdapat

batu yang keluar bersama. Sehingga sekarang saya tidak lagi mengalami kencing

tidak lawas, tidak sakit semasa kencing dan kencing terkawal dimana sebelum ini

kerap ke bilik air pada waktu malam dan tidak puas tido kerana kerap terjaga untuk

kencing. Kepada sesiapa yang mengalami masalah batu karang baru atau lama saya

dengan Ikhlas mengesyurkan cuba dan tawakal InysAllah dengan izinnya dapat

sembuh lagi pun taklah mahal - Zakaria Seman.

 Zakaria Seman

Add new comment

Saya hanya minum 1 botol sahaja, dengan izin Allah

NURLIYANA ABU BAKAR,Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Page 4: Batu Karang Mudah Serang Lelaki

Sakit yg saya alami mmg memeritkn,,keluar masuk hospital dh berkali,,sakit nye ttp

tidak hilang..pd awl bln bru ney sy ade membuat proses membuang btu karang dgn

kaedah ENDOSCOPY DAN doktr membuat keputusn untuk membuang hmpedu sy

pd hujung bulan ini(WLPON SY MEMBUAT PROSES TERSEBUT KESAKITAN ITU

TTP ADA)

Dengan izin Allah sy dipertemukan dgn prodk ini..SYUKUR

ALHAMDULILLAH,,SETELAH SEKIAN LAMA SY MENGIDAP SAKIT BATU KARANG

DLM HEMPEDU,,DGN PENEMUAN (HOME FORMULA)KESAKITAN YG SY

TANGGUNG SELAMA INI HILANG DLM TEMPOH 12 JAM,,SY HANYE MINUM

SEBOTOL PD SEBELAH MLM,KEESOKAN HARINYE BATU KARANG YG ADE DLM

HEMPEDU SY TELAH KUAR..DGN IZIN ALLAH NYE KESAKITAN ITU HILANG.

Saya mengesyurkan pd sapa2 yg sakit batu karang cube la produk ini,dgn izin allah,

insyallah kesakitan yg ditanggung akan hilang...

Add new comment

"DR. KATA MANA PERGI HILANG SEMUA BATU NI?" - RINA ABDUL JALILSaya mengalami sakit pinggang dan kembung2 perut serta rasa nk muntah lebih2

lagi selepas makan. Setiap hari sehingga mengganggu aktiviti saya. Saya kemudian

disahkan doktor mempunyai batu dalam hempedu pada Disember 2012 dan doktor

kata kena operation buang hempedu. Awal Januari 2013 saya ambil produk ni,

Alhamdulillah bulan Februari semasa ultrasound, doktor kata "mana pergi hilang

semua batu2 ni?". Saya amat bersyukur pd Allah kerana digerakkan hati saya untuk

mencuba produk ini. Produk ini selamat dan tiada langsung kesan sampingan pd

saya kecuali batu tu semua dah hilang...Alhamdulillah

 Rina Abdul Jalil

Add new comment

Batu Karang Hilang Dalam 24 Jam

Page 5: Batu Karang Mudah Serang Lelaki

Alhamdulillah. Memang

berkesan. Dengan izin Allah batu karang saya hilang tak sampai 24 jam selepas saya

minum ramuan Home Formula ini.

Nama saya Zulkamarul Fikri. Umur saya 39 tahun. Saya tinggal di Puncak Perdana,

Shah Alam, Selangor. Saya bekerja sebagai Eksekutif Jualan dan Pemasaran, Next

Bike Sdn. Bhd.

Saya sebenarnya mengidap sakit batu karang yang jenis berulang. Sejak tujuh tahun

lalu saya telah menjalani rawatan sebanyak lima kali untuk membuang batu karang.

Selama satu hingga dua tahun saya terpaksa masuk hospital untuk rawatan.

Kadang-kadang batu itu ada di pundi kencing atau saluran kencing atau buah

pinggang.

Saya menjalani macam-macam jenis rawatan termasuk 'laser' yang kerap untuk

membuang batu itu. Setiap kali rawatan makan belanja beribu-ribu ringgit.

Baru-baru ini iaitu sekitar Julai 2010, tanda dan rasa sakit yang sama datang lagi.

Bila pergi periksa, doktor mengesahkan yang batu karang itu ada lagi. Kali ini di

dua tempat pula. Satu dalam saluran kencing dan satu lagi dalam buah pinggang

sendiri. Ini yang mencemaskan saya, kerana batu yang ada dalam buah pinggang

amat susah untuk dikeluarkan sama ada melalui 'laser' atau 'drill' kata doktor.

Page 6: Batu Karang Mudah Serang Lelaki

Macam mana pun saya terpaksa masuk hospital juga. Dalam masa seminggu doktor

berjaya mengeluarkan batu yang ada di dalam saluran kencing dengan cara 'drill'.

Kemudian doktor suruh saya berehat (di hospital) seminggu lagi sementara tunggu

untuk buat rawatan kedua.

Dalam masa itu ada kawan datang melawat dan memperkenalkan kepada saya

ramuan pemecah batu karang Home Formula ini. Pada mulanya saya ragu-ragu juga

sebab sudah macam-macam jenis ubat yang saya makan sebelum ini, tapi batunya

tak hilang-hilang sepertimana yang dikatakan. Akhirnya saya terpaksa buat rawatan

juga. Apatah lagi katanya batu itu boleh hilang dalam masa 24 jam selepas

mengambil ramuan ini.

Saya pun letak saja ubat itu di atas meja sebelah katil. Sampailah hari yang saya

patut buat rawatan kedua itu. Pada paginya, dengan taufik Allah saya minum sajalah

ramuan ini, mengenangkan susah payah kawan saya itu. Rasanya lain macam betul.

Nak habiskan satu botol kecil itu pun rasa susah sangat. Rasanya macam tak ada

apa-apa perasa langsung untuk hilangkan rasa asalnya. Saya naik seram juga sebab

bila tanya apa ramuannya, kawan saya hanya suruh minum saja, dia tak cakap apa-

apa pun.

Pada sebelah petangnya saya dibawa masuk ke OT untuk rawatan. Sebelum buat

apa-apa doktor scan buah pinggang saya dulu untuk tengok mana duduk batu itu.

Cari punya cari, lama juga, doktor sahkan batu dah tak ada lagi. Doktor pun

terperanjat besar. Sedangkan sebelum ini dia sendiri yang nampak batu itu. Dia

tanya apa yang saya buat. Saya pun teringatkan ramuan Home Formula yang saya

minum pagi tadi. Petang itu juga doktor benarkan saya balik rumah.

Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah, asbab ramuan Home Formula ini, batu

karang saya hilang tak sampai 24 jam. Dan saya tak perlu susah payah masuk

hospital lagi. Insyaallah, kalau jadi lagi, saya akan ambil ramuan ini juga.

Saya amat mencadangkan kepada sesiapa yang menghidapi penyakit batu karang

supaya mengambil ramuan tradisional Home Formula ini. Harganya pun tersangat

murah dibandingkan dengan kos dan susah payah rawatan di hospital.  Saya boleh

dihubungi di [email protected].

Add new comment

SAYA SYOR KPD KAKAK SAYA - NORZAN HASHIM

Page 7: Batu Karang Mudah Serang Lelaki

Kakak saya dimasukkan ke hospital utk kali pertama pada awal bulan april baru-

baru ni, doktor sahkan dia menghidap batu karang pada pundi kencing selama 2

hari di hospital dia dirawat dia pulang kerumah selang seminggu penyakitnya

datang lagi kali ni lebih teruk dari yang awal tu sakit perut menyucuk-nyucuk

kencing keluar sikit-sikit dan seluruh pinggang terasa sakit. Dia dimasukkan semula

ke wad, doktor periksa kali ini dia beritahu pundi kencing dan hempedu ada batu

karang. Saya syorkan Product HOME FORMULA ni padanya selepas minum satu

botol batu karang telah keluar dan pada hari ke2 minum air kencing keluar keruh

dan berminyak-minyak...Alhamdulillah sekarang dia dah sihat.

 

 

 

 Norzan Hashim

Add new comment

Batu Karang Dalam Hempedu Hilang Tak Sampai 12 Jam

Page 8: Batu Karang Mudah Serang Lelaki

Seorang model, Wan Noreen Sukasih, 17 tahun, pada awal Oktober 2010 buat

pertama kalinya dimasukkan ke  Hospital Selayang kerana didapati beberapa ketul

batu karang di dalam badannya.

Doktor yang merawatnya walaupun mengesahkan kewujudan batu tersebut tetapi

tidak memberitahu di mana  kedudukannya.

Alhamdulillah, kesemua batu itu berjaya dikeluarkan menerusi rawatan secara

'laser', kecuali satu lagi menurut kata  doktor yang masih ada di dalam

hempedunya. Beliau telah dibenarkan pulang setelah satu tarikh baru ditetapkan

untuk membuang batu yang satu lagi itu.

Menurut Wan Noreen Sukasih, yang tinggal di USJ1, Subang Jaya, Selangor,

berdasarkan daripada nasihat doktor  beliau dijangka akan dibedah pada bulan

berikutnya untuk mengeluarkan batu karang di dalam hempedunya itu. 

Pada sebelah malam pada hari yang beliau dibenarkan pulang itu, Wan Noreen

Sukasih mengalami sakit yang amat  sangat sehingga tidak dapat digambarkan.

Beliau terpekik dan melolong serta berguling-guling seperti dirasuk akibat  sakit itu.

Sementara nafasnya seperti tersekat-sekat.

Beliau percaya sakit itu dialaminya akibat batu karang yang masih ada di dalam

hempedunya itu.

Page 9: Batu Karang Mudah Serang Lelaki

Pada malam itu juga Wan Noreen Sukasih telah diberikan penawar Home Formula -

Pemecah Batu Karang. Setelah  meminumnya beliau terasa mengantuk dan terus

tidur sehingga ke pagi.

Apabila terbangun beliau tidak mengalami apa-apa sakit lagi seperti sebelumnya

sehingga sekarang.

Beliau bersyukur  kerana asbab Home Formula - Pemecah Batu Karang sakitnya itu

hilang tidak sampai pun 12 jam  setelah meminumnya.

 Wan Noreen Sakasih mengesyorkan sangat-sangat kepada sesiapa yang mengalami

sakit batu karang supaya  mencuba ramuan tersebut kerana harganyapun tersangat

murah berbanding rawatan dan ubat-ubat yang lain.

Add new comment

Terbukti berkesansy telah guna produk ni, terbukti berkesan.

 

 

 

 

 

 Alwaleid Fuad

Add new comment

Joomla SEO by AceSEF

Page 10: Batu Karang Mudah Serang Lelaki
Page 11: Batu Karang Mudah Serang Lelaki

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Penyakit batu  karangPenyakit batu  karang terbentuk apabila perubahan belaku pada kira kira air garam, mineral dan bahan bahan lain yang di temui dalam air kencing. Sebatian kimia lain yang boleh membentuk batu-batu dalam saluran kencing termasuk asid urik dan cystine asid amino. Dehidrasi memalui pengurangan pengambilan cecair dan senaman berat tanpa penggantian cecair yang mencukupi meningkatkan risiko batu karang. Sesetengah orang lebih cenderung untuk mendapatkan batu karang kerana keadaan perubatan atau sejarah keluarga, sebagai kecenderungan untuk membentuk batu buah pinggang juga boleh di warisi. 

Tanda sakit batu karang atau symtoms and sign of a kidney stone

Batu karang sering menyebabkan kesakitan semasa mereka berada dalam buah pinggang, tetapi ia boleh menyebabkan tiba-tiba sakit teruk kerana mereka bergerak dari buah pinggang ke pundi kencing. Gejala dan tanda-tanda termasuk menyeksa, kekejangan sakit di bahagian belakang lebih rendah dan/ atau sampingan pangkal paha, atau abdomen serta darah dalam air kencing. Jika jangkitan hadir dalam saluran kencing bersam-sama dengan batu itu, mungkin ada demam dan mengigil, perlu mendapat rawatan dengan segera.

Bagi individu yang mengalami masalah batu karang panduan di bawah mungkin boleh membantu meningkatkan kesihatan.

*Minum banyak air masak/kosong/suam untuk membersihkan air kencing

*Elakkan minuman manis, terutama minuman bekabonat (banyak asid)

*Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli kentang keledek berasaskan tepung gandum bunga kobis dan pisang boleh mengatasi masalah kekurangan ini.

*Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tamato bayam lobak

Page 12: Batu Karang Mudah Serang Lelaki

merah daging strawberi koko coklat dan teh.

*Kekurangkan pengambilan garam dan gula termasuk ikan masin,jeruk dan coklat

*Banyak makan sayur sayuran dan buah-buahan kaya serat.

*Kurangakan sumber protein haiwan,sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.

*Kurang minum kopi teh dan alkohol.

Penawar Batu Karang Nanas penawar sembuh penyakit batu karang.

Bagi penghidap penyakit batu karang , kupas sebiji nenas dan cincang. Campurkan segelas air serta sedikit garam dan kisar halus. Minum air nanas segelas setiap hari. atau cuba cari salur nenas campur dengan gula batu. InyaALLAH boleh sembuh.

Lobak putih

Minum air lobak putih yang dijadikan jus seminggu 2 kali jangan diamalkan hari-hari sebab air 1/2 lobak putih adalah tajam.

Epal hijau, minyak zaitun

5hari yang pertama minum 4 gelas air epal hijau setiap hari, kalau makan 4 5 biji epal hijau pun boleh juga.Jus epal ni melembutkan batu karang.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Elak risiko batu karang

Page 13: Batu Karang Mudah Serang Lelaki

 108  2 Google +3 3  5Cetak

Oleh Norainon Othman

Menikmati makanan enak menjadi budaya dalam masyarakat kita. Perkara yang sering bermain di fikiran ialah apakah hidangan lazat yang ingin kita nikmati hari ini, bukan apakah makanan sihat yang harus diambil untuk mengekalkan kesihatan tubuh.

Ramai orang kita yang sakit bukan disebabkan tidak cukup makan, sebaliknya kerana terlebih makan. Tahap kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat masih kurang.

Jika ada kesedaran sekalipun, kadangkala ia diketepikan demi memenuhi tuntutan nafsu makan biarpun tahu makanan berkenaan boleh memudaratkan.

Pakar Perunding Urologi, Dr Warren Lo Hwa Loon berkata, tanpa disedari, makanan yang kita makan kerana keenakannya atau diambil kerana inginkan khasiatnya sebenarnya boleh mengundang penyakit jika diambil secara berlebihan.

Page 14: Batu Karang Mudah Serang Lelaki

BATU karang yang ditemui dalam buah pinggang pesakit.

Menurutnya, banyak makanan boleh menjadi punca batu karang iaitu struktur keras menyerupai kristal yang terbentuk daripada bahan mineral. Ia boleh terbentuk di bahagian antara ginjal hingga ke saluran kencing.

Buah pinggang berperanan sebagai alat penapisan bahan toksik. Mineral dan garam asid dalam air kencing boleh termendap di dalam organ berkenaan.

Apabila tubuh seseorang kekurangan air, bahan ini boleh membentuk kristal dan seterusnya menjadi batu karang.

“Biasanya, batu karang terbentuk di ginjal, tetapi kadangkala ia boleh beralih atau jatuh dan tersangkut di dalam saluran buah pinggang (ureter) dan ini akan menyebabkan buah pinggang tersumbat dan rosak,” katanya.

Menurutnya, batu karang juga adalah unsur kuman yang boleh menyebabkan masalah kencing kotor serta pendarahan dalam kencing.

Page 15: Batu Karang Mudah Serang Lelaki

Biasanya seseorang rasa sakit disebabkan:• Batu karang besar yang menyumbatkan buah pinggang

• Buah pinggang tersumbat disebabkan batu yang tersangkut di saluran buah pinggang 

• Kencing kotor yang bertukar menjadi nanah apabila berkumpul dengan lama dalam buah pinggang yang tersumbat.

Jenis batu karang• kalsium• asid urik• struvite (batu magnesium ammonium fosfat)• cystine

Batu karang yang boleh dikesan sinaran X ialah batu kalsium fosfat, batu kalsium oxalate dan batu struvite. Ada batu karang yang tidak dapat dikesan dengan sinaran X tetapi biasanya dapat dikesan dengan ultrasound atau CT scan, misalnya batu asid urik dan batu cystine. 

“Batu yang membesar dalam ginjal mungkin mengambil masa lama untuk terbentuk, dari beberapa tahun hingga berpuluh-puluh tahun.

“Kadar pembentukan batu tidak sama, ada individu mendapat batu karang yang saiznya masih sama biarpun selepas 10 tahun,” katanya.

Satu daripada 20 orang dijangka menghidap penyakit batu karang. Lelaki lebih cenderung menghidap penyakit ini berbanding wanita dengan nisbah 3:1. Ini disebabkan hormon lelaki boleh meningkatkan bahan mineral yang membentuk batu.

Kejadian batu karang kerap terjadi pada individu berusia antara 20 hingga 50 tahun dan penyakit ini biasanya berulang. Ia kerap berlaku kepada orang putih dan Asia kerana genetik dan jarang berlaku dalam kalangan orang Afrika.

Faktor risiko

• 25% daripada pesakit mempunyai sejarah keluarga yang juga menghidap penyakit batu karang

• kerap berlaku di negara bercuaca panas

• gaya hidup yang kurang aktif

• dehidrasi (minum air kurang 1,200 mililiter sehari)

Page 16: Batu Karang Mudah Serang Lelaki

• pemakanan tinggi protein haiwan, tinggi sodium/garam, dos vitamin C dan D yang tinggi

• jangkitan kuman saluran kencing yang berulang. Bakteria yang menghasilkan urease (enzim yang memangkinkan hidrolisis urea kepada amonia dan karbon diaoksida) membuatkan seseorang cenderung kepada pembentukan batu karang

Ketidakseimbangan tahap kalsium dalam badan boleh menyebabkan pembentukan batu. Selain itu, lebihan asid urik pada tahap tinggi boleh menyebabkan batu karang.

Pembentukan batu karang boleh dicegah dengan banyakkan minum air serta kurangkan makanan yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang.

Gejala

• kencing berdarah• sakit belakang/kawasan pundi kencing• wujud butiran pasir di dalam air kencing• jangkitan saluran kencing (batu karang ialah punca jangkitan)• demam dan badan menggigil• kencing kotor

Rawatan

Jika wujud gejala batu karang, segera berjumpa doktor. Doktor akan menjalankan ujian darah dan air kencing, sinaran X, ultrasound dan CT scan.

Pesakit yang mempunyai batu karang kecil digalakkan supaya meminum banyak air. Ubat tahan sakit juga akan diberi sekiranya pesakit mengalami kesakitan. 

Doktor juga mungkin memberi ubat yang membantu merapuh dan meleburkan batu karang yang akhirnya akan keluar melalui air kencing.

Ada juga ubat membantu mengeluarkan batu karang dalam saluran buah pinggang dengan lebih cepat. Ubat sebegini melonggarkan saluran ureter dan menyebabkan batu karang jatuh ke pundi kencing, seterusnya keluar bersama air kencing.

Kaedah memecahkan batu karang di buah pinggang, saluran buah pinggang dan pundi kencing:

1) Extracorporeal Kejutan Gelombang Lithotripsy (ESWL)

Page 17: Batu Karang Mudah Serang Lelaki

• kaedah pemecahan batu karang terbentuk dalam buah pinggang dan saluran buah pinggang tanpa membabitkan pembedahan 

• membabitkan tembakan gelombang yang menghancurkan batu karang

• kaedah ini memakan masa kira-kira satu jam dan batu karang yang hancur keluar menerusi air kencing

• sesuai untuk batu karang kecil yang boleh dikesan sinaran X 

• pesakit tidak perlu dibius seluruh atau separuh badan

• rawatan pesakit luar

2) Nefrolitotomi Perkutaneus (PCNL)

• pembedahan untuk membuang batu karang besar di buah pinggang 

• tebukan menembusi buah pinggang dan batu karang akan dipecahkan menggunakan tenaga ultrasound

3) Litotripsi Ureteroskopi (URS)

• pembedahan untuk membuang batu karang di saluran buah pinggang 

• kaedah ini menggunakan skop yang dimasukkan melalui saluran kencing dan naik ke saluran buah pinggang 

• batu karang tersangkut di saluran buah pinggang akan dipecahkan menggunakan cara pneumatik atau laser melalui skop

4) Vesikolitotripsi

• ini pembedahan untuk memecahkan batu di pundi kencing

• kaedah ini membabitkan skop yang membawa punca tenaga yang boleh memecahkan batu

Pencegahan/panduan

• banyakkan minum air

• kurangkan makanan yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang

• elakkan mengambil vitamin C melebihi empat gram (g) sehari kerana ia membawa risiko pembentukan batu karang 

Page 18: Batu Karang Mudah Serang Lelaki

• protein haiwan tidak patut dimakan secara berlebihan kerana protein ini banyak menyebabkan kejadian batu karang. Jumlah maksimum protein haiwan yang disyorkan untuk pemakanan kira-kira 150g/sehari

Makanan yang digalakkan untuk pesakit gout, batu karang, asid urik tinggi

Makanan bersifat alkali adalah:1. Buah dan sayur: kerap makan lobak putih, daun saderi/sup, atau buah ceri (dos rawatan gout:  25 biji sehari), atau cuka epal 1 sudu besar selang sehari. Cuka epal dan buah ceri adalah rawatan yang berkesan untuk penyakit gout.2.  Banyakkan minum air beralkali seperti air telaga, air bukit, air zam-zam, air bertapis, air bawah tanah.3. Sumber protein : Ganti ayam daging dengan ayam kampung / organic kerana ayam kampong kurang bersifat asid berbanding ayam daging komersial. Walaubagaimanapun hadkan pengambilannya kerana ia juga termasuk makanan berasid. Elakkan daging lembu. Hadkan pengambilan susu kepada 1 pain sehari.4. Ganti majerin, lelemak sayuran / shortening, krimer minyak sayuran,  dan minyak sayuran terhidrogen dengan mentega susu asli (Anchor, SCS), minyak sapi asli (QBB).5. Ganti gula pasir putih dengan gula merah, gula molasses, madu asli, jaggery cane sugar (gula tebu asli), gula nipah, gula kabung, gula kelapa asli.6.  Kurangkan makanan berminyak / bergoreng. Jika hendak menggoreng @ menumis, guna minyak zaitun extra virgin atau minyak karotino. Kurangkan penggunaan minyak masak bertapis/refined yang diproses secara kimia. Jangan guna minyak goreng lebih 3x recycle.Elak  Makanan Yang Paling Tinggi Kandungan Purin Seperti Di Bawah        

1. Ikan sardine atau selayang segar/ditinkan.2. Sayur: bayam.3. Organ dalaman (daging, ayam): hati, buah pinggang, otak. 4. Sweetbread (organ dalaman lembu/kambing spt kelenjar thymus, jantung, ginjal, pancreas, pedal, kelenjar parathyroid yang dipanggang) & anchovies (ikan bilis).

Page 19: Batu Karang Mudah Serang Lelaki

Nephrolithiasis (Renal Calculi / Kidney Stone) Atau Penyakit Batu Karang

Penyakit batu karang terjadi apabila terbentuk mendakan batu bersaiz kecil atau besar dalam buah pinggang, pundi kencing atau saluran kencing.

Penyakit batu karang terbahagi kepada beberapa jenis bergantung kepada jenis bahan yang membentuk batu karang iaitu:1. Batu karang kalsium fosfat atau kalsium oxalate atau campuran kedua-duanya: paling banyak terjadi pada pesakit batu karang.2. Batu karang struvite atau magnesium ammonium phosphate: akibat jangkitan saluran kencing yang kerap dan individu yang sentiasa mempunyai air kencing bersifat alkali (mungkin disebabkan selalu ambil aditif makanan beralkali tinggi secara berlebihan seperti serbuk penaik, soda bikarbonat, kapur kalsium karbonat, kalsium fosfat, sodium EDTA ).3. Batu karang asid uric.4. Batu karang cystine (cystinuria).

Batu karang oxalate (kalsium oxalate), batu karang asid uric dan batu karang cystine biasanya dirawat dengan mengalkalikan air kencing yakni dengan mengambillebih makanan beralkali atau ‘alkaline ash diet’ iaitu kebanyakan buah dan sayuran, minum banyak air kosong 3-4 liter sehari  untuk melarutkan batu karang (kalau boleh air bersifat alkali seperti air bertapis, air bukit, air mata air, air telaga). Juga kurangkan pengambilan makanan berdaging (sumber protein daripada haiwan iaitu daging, telur, susu) kerana ia makanan berasid (acid ash diet).

Khusus untuk batu karang oxalate, kurangkan makanan yang tinggi kandungan oxalate seperti sayur bayam, badam, cashew nut, coklat, serbuk koko, buah & jus citrus (oren dsb), minuman kola, herba rhubarb, dan minuman teh. Bijirin juga perlu dimbil dalam kuantiti sederhana.Pesakit terlantar akibat strok/lumpuh, dsb, juga kerap mendapat batu karang disebabkan mineral tulang yang terlarut keluar ke dalam aliran darah. Mineral berlebihan ini cuba dikeluarkan/dikumuhkan melalui ginjal. Pemendakan mineral seperti kalsium dsb menjadi batu

Page 20: Batu Karang Mudah Serang Lelaki

karang bila ia tak dapat dikeluarkan melalui kencing. Tambahan pula jangkitan kuman pada salur kencing mudah & kerap berlaku pada pesakit terlantar.Sebaliknya bagi batu karang struvite (batu karang yang terbentuk dalam medium air kencing beralkali), ambil lebih makanan berasid yakni daging, telur dan bijirin. Kurangkan makanan beralkali iaitu buah & sayuran. Tetapi dalam kedua-dua batu  karang berasid atau beralkali hadkan pengambilan susu kepada 1 pain/cawan sehari.Secara umum, kerap makan lobak putih dan jintan hitam bagus untuk melarutkan batu karang. Begitu juga degan herba misai kucing, berkesan untuk merawat batu karang. 

Herba Untuk Merawat Gout & Batu Karang (kristal asid urik)

Banyak herba  boleh digunakan untuk merawat gout dan batu karang. Setengah herba lebih berkesan melarutkan hablur pada sendi, dan setengah herba lebih berkesan memecahkan batu pada buah pinggang, pundi kencing dan salur kencing. Oleh itu kombinasi herba lebih bermanfaat merawat masalah kristal asid urik. 

Diantara herba yg berkesan adalah jintan hitam, halba, halia, cuka epal, buah ceri, lemon / limau nipis, mahkota dewa, daun bidara, daun mengkudu hutan, buah mengkudu biasa. Halia pula dapat mengurangkan radang & sakit pada sendi.

Cadangan Rawatan1. Diakol Plus mengandungi habbatus sauda, halba & halia : 2 biji 2x sehari. Ambil setiap hari.2. Biosidr Drop mengandungi bidara, beluntas : 1 sudu besar 2x seminggu ATAUProimmunz setengah sudu kecil/ 1 biji kapsul 3x seminggu.3.  Selepas habis Biosidr Drop: Ambil  Teh Misai Kucing Plus: setengah sudu kecil selang sehari. … ATAU… Teh Bidara Klasik: setengah sudu kecil 1x sehari untuk 3 hari berturut-turut. Kemudian ambil 2x seminggu.4. Nutrishifax mengandungi madu , jintan hitam, halba, bijan : setengah sudu kecil setiap hari.

Page 21: Batu Karang Mudah Serang Lelaki

5. Madu Bidara mengandungi buah dan daun bidara, goji, halba, bijirin, kurma : Setengah – satu sudu kecil 2 kali seminggu. Ambil Madu Bidara pada hari tidak mengambil Biosidr Drop/Teh Bidara/Teh Misai Kucing 

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Batu karang mudah serang lelaki

Oleh HIDAYATUL AKMAL [email protected]

NAMA penyakit ini biasa didengar tetapi ramai yang masih tidak ambil endah mengenainya. Mungkin kerana ia tidak sekritikal penyakit jantung atau kanser yang diketahui umum boleh membawa maut.

Namun, batu karang jangan diambil mudah kerana ia boleh menjejaskan aktiviti seharian. Batu karang merujuk keadaan yang mana wujud sisa mineral halus seakan-akan batu kristal di sepanjang saluran kencing. Saluran ini merangkumi organ seperti buah pinggang, ureter, pundi kencing dan urethra yang berfungsi menapis darah untuk membuang kekotoran yang kemudian disingkir dari tubuh.

Pembentukan batu biasanya bermula di buah pinggang sebelum bergerak ke bahagian lain saluran kencing hingga tersumbat di tiub yang lebih kecil seperti batu pundi, batu uriterik dan batu buah pinggang menyebabkan pesakit berasa sakit yang teramat sangat.

Perunding Gastroenterologi, Pusat Perubatan Prince Court (PCMC), Datuk Dr Ryan Ponnudurai berkata, penyakit batu karang lebih mudah menyerang lelaki berbanding wanita.

Ini disebabkan lelaki memiliki hormon testosteron yang tinggi, bagaimanapun warga emas dan kanak-kanak jarang mendapat penyakit ini memandangkan hormon testosteron mereka rendah.

“Batu karang terbentuk dalam buah pinggang. Di buah pinggang

Page 22: Batu Karang Mudah Serang Lelaki

inilah berlakunya proses penapisan darah bagi menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan melalui air kencing dan najis.

“Daripada buah pinggang, air kencing dipindahkan ke pundi kencing melalui saluran ureter. Di sinilah air kencing disimpan sehingga dibuang daripada badan. Batu karang terbentuk apabila air kencing mengandungi banyak bahan, terutama kalsium, oksalat, asid urik dan sistein atau kekurangan bahan yang bertugas membantu mencegah pembentukan kristal seperti sitrat dan mag- nesium,” katanya ketika ditemui di PCMC, Kuala Lumpur.

Kehadiran batu karang boleh menjadi petanda buah pinggang mula mengalami kerosakan. Pesakit perlu mendapatkan rawatan segera supaya kerosakan buah pinggang dapat diperlahankan dan disusuli dengan penjagaan pemakanan serta mula bersenam bagi mengelakkan pembentukan berterusan batu karang.

Biasanya batu karang menyebabkan rasa yang sangat sakit pada bahagian tepi perut. Bagaimanapun, ia tidak berlaku pada semua orang. Ada juga pesakit batu karang yang tidak mengalami tanda dan masalah tetapi penyakit mereka dikesan secara tidak sengaja terutama apabila menjalani pemeriksaan kesihatan bagi tujuan lain.

Kajian sebelum ini menunjukkan 25 peratus pesakit batu karang mempunyai sejarah keluarga dan ini bermakna ia ada kaitan dengan faktor genetik. Malah, antara penyakit genetik yang dikaitkan dengan batu karang termasuk renal tubular, tubalar acidosis dan cystinuria.

Banyak punca boleh menyebabkan pembentukan batu karang tetapi faktor utamanya ialah tabiat pemakanan dan kurang minum air. Batu karang biasanya terbentuk apabila air kencing menjadi terlalu pekat.

Ini menyebabkan mineral dalam air kencing termendak dan mula membentuk kristal. Lama-kelamaan, kristal ini bergabung dan membentuk sebutir batu yang keras. Biasanya kes seperti ini memerlukan individu minum tiga liter air sehari.

Page 23: Batu Karang Mudah Serang Lelaki

Menurut Ryan, sesetengah orang biasanya mengalami penyakit batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan penyakit batu karang itu tidak berulang lagi. Bagaimanapun dalam banyak kes, penyakit batu karang adalah penyakit berpanjangan seumur hidup.

“Penyakit batu karang biasanya jarang menimbulkan masalah ketika ia mula terjadi. Tetapi bila batu karang itu beralih atau bergerak dalam ginjal atau dalam saluran kencing, akan timbul rasa sakit yang amat sangat dan pendarahan kebiasaannya boleh berlaku sehingga batu itu dikeluarkan.

“Ada juga kes yang mana batu karang tersekat dan menyebabkan kesakitan dan akan membawa bahaya apabila kuman mula merebak. Jika ini berlaku, biasanya tanda-tanda seperti pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk,” katanya.

Mengenai rawatan pula, ada secara moden mahupun tradisional.

Namun, anda dinasihatkan mendapatkan rawatan pakar dengan segera kerana jika lewat boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, malah kematian seandainya ada jangkitan kuman yang merebak dan menyebabkan keracunan dalam darah

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Penyakit batu karang

ASSALAMUALAIKUM, Tuan Haji. Saya mengalami penyakit batu karang sejak empat tahun lalu. Saya sudah menjalani pembedahan membuang batu dari buah pinggang tahun lepas. Tetapi penyakit itu kembali dan saya selalu mengalami kesakitan hingga ke hari ini.

Page 24: Batu Karang Mudah Serang Lelaki

Kadang-kala keluar darah semasa saya buang air kecil. Bolehkah perubatan Islam merawat penyakit batu karang?

* Akmal, Langkawi

Jawapan

Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah kerap menerima pesakit dengan masalah batu karang. Dianggarkan 15 hingga 20 peratus rakyat Malaysia mengalami penyakit ini semasa hayat mereka.

Batu karang kerap berlaku di kalangan lelaki berumur antara 20 hingga 40 tahun. Namun, ada juga wanita yang mengalami masalah batu karang.

Sakit yang dialami biasanya teruk dan tidak hairan jika lelaki dewasa boleh menangis bila sakit batu karang menyerang.

Batu karangBatu karang merupakan butir-butir pepejal keras yang terbentuk di dalam air kencing. Ia boleh terbentik di mana-mana organ badan yang berkait dengan proses pembentukan dan pembuangan air kencing seperti buah pinggang, pundi kencing dan saluran ureter (saluran menghubungkan buah pinggang dan pundi kencing).

Bagaimana terbentukBatu karang terbentuk apabila kandungan bahan seperti kalsium, oxalate, cysteine atau asid urik di dalam air kencing pada kadar yang tinggi. Batu boleh terbentuk jika bahan tersebut pada kuantiti biasa tetapi jumlah air kencing sangat rendah.

Bahan tersebut akan membentuk kristal halus yang kemudian melekat pada dinding buah pinggang dan membesar hingga menjadi batu karang. Biasanya, batu karang akan bergerak melalui saluran air kencing dan keluar dari badan apabila kita membuang air kecil. Batu karang akan menyebabkan rasa sakit jika saiznya besar dan tersekat di saluran air kencing.

Punca Pakar perubatan percaya pembentukannya dipengaruhi genetik, persekitaran, diet dan jangkitan kuman di saluran kencing. Oleh itu, sukar untuk menjangka siapa mendapatnya. Jika ada ahli keluarga pernah mendapat batu karang, maka anda mungkin boleh

Page 25: Batu Karang Mudah Serang Lelaki

dapatnya. Mereka yang pernah dijangkiti kuman di saluran kencing mudah mendapatnya.

Simptom Simptom utama adalah rasa sakit teramat sangat di belakang atau pinggang, digambarkan lebih teruk daripada sakit bersalin.

Apabila sakit menyerang, ia berlanjutan selama 20 hingga 60 minit dan dalam tempoh itu, sakit akan datang dan pergi. Hampir semua pesakit batu karang ada kesan darah di dalam air kencing atau hematuria.

Ramai pesakit turut rasa sakit atau panas apabila kencing dan boleh nampak butiran pasir halus di dalam air kencing. Ada mengadu demam, menggigil, rasa loya dan muntah.

Namun, ramai pesakit yang tidak mempunyai sebarang simptom. Mereka hanya tahu mengenai batu karang melalui pemeriksaan kesihatan bertujuan mengesan penyakit lain.

Rawatan moden Rawatan bergantung pada saiz dan lokasi, kadar kesakitan dan keupayaan pesakit untuk minum. Jika doktor merasakan batu karang boleh keluar melalui air kencing kerana pesakit boleh tahan sakit, makan minum seperti biasa, mereka boleh berehat di rumah dan menunggu batu karang keluar sendiri.

Jika pesakit mengalami kesakitan teruk atau loya, doktor akan menahannya di hospital dan memberi ubat tahan sakit dan memasukkan air melalui saluran darah anda (IV fluids).

Jika pesakit mengalami demam dan sakit teruk, mereka akan ditahan di hospital untuk rawatan dan mengelak jangkitan kuman lebih serius.

Jika batu karang tidak dapat keluar sendiri melalui air kencing, doktor mungkin mengesyorkan pembedahan kecil atau prosedur perubatan lain antaranya proses Lithotripsy yang sesuai untuk batu karang bersaiz kurang 1 cm.

Pencegahan Pengambilan air yang banyak membantu mencegah kristal halus bercantum dan membentuk batu karang lebih besar. Ia

Page 26: Batu Karang Mudah Serang Lelaki

juga memudahkan badan membuang batu karang yang bersaiz sangat kecil.

Pemakanan memainkan peranan mencegah pembentukan batu karang. Antara makanan yang menyebabkan pembentukan batu karang jika diambil berlebihan, daging, organ dalaman haiwan, garam, kacang, bayam, coklat, keledek, supplemen kalsium dan supplemen vitamin C berlebihan.

Rawatan al-Quran Ayat al-Quran memiliki mukjizat dan kelebihan untuk membantu penyembuhan masalah batu karang. Daripada pengalaman kami, ramai mengalami perubahan sangat positif selepas menerapkan rawatan menggunakan ayat suci al-Quran.

Kami memeriksa setiap pesakit yang datang berubat, jika ada gangguan makhluk halus, perawat akan membuang gangguan jika ada dan seterusnya memberikan ayat berikut untuk diamalkan disertai doa kepada Allah memohon penyembuhan.

Ayat-ayat tersebut adalah:

Surah al-Anbiyaa' ayat 74 hingga 81

Surah al-Qasas ayat 61 hingga 75

Surah al-Mukminun ayat 75

hingga 100

Surah al-Maidah ayat 48 hingga 55

Cara amalan ialah pesakit membaca surah pertama sebanyak tiga kali pada malam dan surah kedua tiga kali pada siang. Pembacaan hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas itu, pesakit perlu berdoa kepada Allah memohon sembuh.

Ayat di atas dan daripada surah al-Anbiyaa' berfungsi memecahkan atau menghancurkan batu karang di dalam buah pinggang atau pundi kencing. Bila batu hancur dan halus seperti pasir, ia mudah dikeluarkan dari tubuh pesakit semasa buang air kecil.

Page 27: Batu Karang Mudah Serang Lelaki

Pesakit harus ingat penyembuhan hanya dengan izin Allah. Kita jangan berputus asa dan sentiasa berdoa kepada Allah. Seperti di dalam surah Yusuf ayat 12, Allah berfirman; "….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

PenutupAllah berfirman di dalam al-Quran, surah at-Taghabun ayat 11, yang lebih kurang bermaksud;"Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."

Di dalam ayat suci al-Quran di atas, Allah menerangkan bahawa setiap musibah atau dugaan yang dihadapi oleh setiap insan di dunia hanya boleh berlaku dengan izin Allah.

Kesimpulannya, setiap sakit yang dideritai adalah satu bentuk ujian Allah; yang harus ditempuhi dengan sabar dan usaha penuh yakin dengan janji Allah yang pasti akan ada ganjaran buat hamba-Nya yang bersabar di atas musibah yang diturunkan. Insya-Allah, setiap usaha, doa dan kesabaran kita akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20131103/kn_02/Penyakit-batu-karang#ixzz2o237vro1 © Utusan Melayu (M) Bhd 

KENCINGKencing Kerap: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.Air Kencing Berminyak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.Air Kencing Pekat Bewarna Coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Page 28: Batu Karang Mudah Serang Lelaki

16. MENGATASI BATU GINJALPenyakit batu ginjal biasanya dialami oleh lelaki. Untuk mencegah penyakit batu ginjal disarankan mengkonsumsi 3 ons atau lebih buah manggis setaip hari. Mengkonsumsi manggis akan membuat kita lebih sering kencing sehingga dapat mencegah munculnya batu ginjal.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&