kajian di institusi pengajian tinggi (1) (1)

Upload: peah-j-jambu

Post on 06-Jan-2016

235 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KAJIAN IPT

TRANSCRIPT

Kajian di institusi pengajian tinggi

Kemahiran insaniah ataupun softskill kini semakin dititikberatkan dikalangan pelajar di institusi pengajian tinggi awan dan swasta (IPTA & IPTS). Kemahiran insaniah merangkumi tujuh aspek utama iaitu, kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, etika dan integrity, kemahiran kepimpinan, dan kemahiran keusahawanan. Kemahiran-kemahiran ini jika diterapkan mampu menghasilkan graduan yang berketrampilan dan unggul di mata dunia.

Jadi, menjadi usaha pihak institusi-institusi pengajian tinggi awan atau swasta untuk menerapkan nilai-nilai kemahiran insaniah dikalangan pelajar mereka agar mampu bersaing dalam pasaran kerja semasa kelak. Sehubungan itu, pelbagai usaha telah dibuat bagi menerapkan nilai kemahiran ini dalam diri setiap pelajar di IPTA. Antaranya memperkenalkan subjek baru seperti keusahawanan, memperbanyakkan lagi aktiviti kebajikan atau kemasyarakatan antara pelajar dan masyarakat luar, menerapkan nilai kemahiran ini dalam subjek kokurikulum dan sebagainya.

Kajian lepas

a) Kajian Penerapan Kemahiran Generik di kalangan Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Satu kajian oleh Norasykin dan Nurul Huda pada tahun 2007 ke atas pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan yang mengikuti program Ijazah Sains Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia, Fizik dan Biologi) di Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 66 orang pelajar tahun akhir daripada Jabatan Multimedia telah dipilih sebagai sampel daripada populasi tersebut. Kajian dibuat adalah berbentuk dekstriptif dan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan borang soal selidik yang diedarkan oleh pengkaji kepada responden.

Objektif kajian ini dibuat adalah untuk mengkaji tahap penerapan kemahiran generik dan persepsi pelajar terhadap kepentingan kemahiran generik. Kajian ini adalah bagi mengenalpasti tahap penerapan kemahiran generik dalam diri pelajar dan persepsi pelajar terhadap kepentingan generik.

Kajian ini penting bagi pelajar kerana mereka dapat meninjau tahap penerapan kemahiran generik di dalam diri mereka serta dapat menyedari kepentingan kemahiran generik untuk menembusi pasaran kerja yang kompetetif. Dari segi ekonomi, pelajar juga dapat menembusi pasaran kerja semasa yang kompetetif serta dapat menyumbangkan sesuatu yang berkualiti kepada sektor ekonomi negara. Seterusnya dapat meningkatkan taraf kemajuan negara.

Daripada analisis data yang diperolehi mendapati para responden mempunyai tahap penerapan kemahiran generik yang tinggi kerana min purata ketujuh-tujuh kemahiran yang dikaji berada pada nilai min yang tinggi. Kemahiran kepimpinan mencatat nilai min yang tinggi iaitu 3.84 berbanding kemahiran usahawan. Hal ini berlaku kerana para responden telah diterapkan nilai kepimpinan sejak dari bangku sekolah. Manakala, kemahiran usahawan mencatatkan min pada tahap yang sederhana iaitu 3.58. Hal ini berlaku kerana kemahiran keusahawanan baru saja diterapkan dan diberi penekanan oleh kerajaan apabila Kementerian Pembangunan dan Usahawan (MeCD) menganjurkan Gerak Usahawan pada Mei 2005.

Persepsi pelajar terhadap kepentingan kemahiran generik dalam kajian ini adalah tinggi. Ini menunjukkan bahawa pelajar mengganggap kemahiran generik adalah penting dan perlu diamalkan terutamanya untuk menembusi pasaran kerja masa kini. Oleh itu, penerapan nilai kemahiran generik adalah penting di kalangan pelajar IPTA atau IPTS.

b) Kajian Kemahiran Insaniah dan Kepentingan Penerapannya dalam Program Baktisiswa Perdana UniMAP

Kajian yang telah dibuat oleh Hanum Hasaan, Razli Ahmad dan Azuddin Bahari pada tahun 2008 bertujuan mengkaji persepsi pelajar terhadap penerapan insaniah, elemen kemahiran insaniah yang paling tinggi diperolehi oleh pelajar dan persepsi pelajar berdasarkan jantina terhadap penerapan insaniah melalui program Bakti Siswa Perdana. Respond adalah seramai 270 orang terdiri daripada peserta program Bakti Siswa Perdana. Kaedah adalah secara borang soal selidik. Kepentingan kajian ini adalah untuk membantu pihak UniMAP mempertingkatkan penerapan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajarnya.

Berdasarkan dapatan kajian bagi mengkaji persepsi pelajar terhadap penerapan insaniah menunjukkan pelajar dapat memperolehi kemahiran insaniah melalui Program Bakti Siswa Perdana. Melalui program di universiti seperti Program Bakti Siswa berupaya menghasilkan pelajar yang berketrampilan dalam pelbagai aspek dan mampu melahirkan nilai kemahiran insaniah kepada pelajar berkenaan.

Berdasarkan dapatan kajian bagi aspek elemen yang paling tinggi diperolehi oleh pelajar antara aspek berkomunikasi, kerja berpasukan, kepimpinan dan pemikiran kreatif adalah berkomunikasi menunjukkan dapatan nilai paling tinggi diperolehi oleh pelajar. Ini kerana melalui penglibatan ramai pelajar dalam sesuatu program akan meningkatkan tahap komunikasi dalam kalangan pelajar terlibat.

Dapatan kajian ketiga pula berkenaan dengan persepsi pelajar berdasarkan jantina terhadap penerapan insaniah melalui program Bakti Siswa Perdana, tidak mempunyai perbezaan yang ketara antara kaum mengenai tanggapan dalam konteks kemahiran insaniah dalam persekitaran pelbagai kaum di Malaysia. Jadi, kajian ini menunjukkan memperolehi kemahiran insaniah dalam persekitaran pelbagai kaum adalah penting bagi mewujudkan perpaduan dan meningkatkan keharmonian masyarakat di Malaysia. Kajian ini hanya menekankan kepada empat aspek sahaja kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran kepimpinan. Aspek kemahiran usahawan, etika dan moral serta pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat tidak di dimasukkan dalam kajian ini.

Rujukan

Hanum Hassan dan Razli Ahmad. 2008. Kemahiran Insaniah dan Kepentingan Penerapannya dalam Program Baktisiswa Perdana UniMAP. Pusat Kemahiran Komunikasi dan Usahawan, UniMAP. 634-644.

Norasykin Mohd Zaid dan Nurul Huda Abdul Wahab. 2007. Penerapan Kemahiran Generik di kalangan Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.