kajian

26
KAJIAN TINDAKAN 1.0 NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH: Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hangat, 07000 Mukim Ayer Hangat, Langkawi Kedah Darul Aman. 2.0 PENYELIDIK: Cik Mashitoh binti Abdullah 3.0 TAJUK KAJIAN: Kajian Tentang Minat Pelajar Tingkatan 4 MPV dan 5 MPV Terhadap Kelas Teori Mata Pelajaran Katering dan Penyajian. 4.0 PENGENALAN Kajian ini telah di jalankan oleh penyelidik ke atas pelajar tingkatan 4 dan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hangat, Langkawi. Tujuan kajian ini di laksanakan adalah untuk mengkaji minat pelajar MPV terhadap Kelas Teori mata pelajaran Katering dan Penyajian, berikutan prestasi akademik pelajar yang kurang memuaskan dalam mata pelajaran ini. Selain itu, penyelidik juga akan mendapatkan punca serta faktor yang mempengaruhi minat pelajar terhadap mata pelajaran Katering dan Penyajian melalui kajian ini. Bagi mendapatkan maklumat yang jelas mengenai permasalahan ini, penyelidik akan menggunakan kaedah pemerhatian dan soal selidik terhadap pelajar. Setelah mengenalpasti masalah pelajar tersebut dalam mempelajari mata pelajaran Katering dan Penyajian, kajian ini telah memberi beberapa kepentingan kepada pihak-phak yang tertentu di mana kepentingan tersebut membawa maksud kegunaan atau faedah kajian kepada pihak-pihak yang mungkin memerlukannya bagi meningkatkan lagi kualiti sukatan pelajaran supaya ianya seiring dengan peningkatan arus kemajuan semasa. [1]

Upload: mashitoh-abdullah

Post on 07-Aug-2015

444 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

tindakan

TRANSCRIPT

Page 1: kajian

KAJIAN TINDAKAN

1.0 NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH:Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hangat, 07000 Mukim Ayer Hangat, Langkawi Kedah Darul Aman.

2.0 PENYELIDIK:Cik Mashitoh binti Abdullah

3.0 TAJUK KAJIAN:Kajian Tentang Minat Pelajar Tingkatan 4 MPV dan 5 MPV Terhadap Kelas Teori Mata Pelajaran Katering dan Penyajian.

4.0 PENGENALAN

Kajian ini telah di jalankan oleh penyelidik ke atas pelajar tingkatan 4 dan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hangat, Langkawi. Tujuan kajian ini di laksanakan adalah untuk mengkaji minat pelajar MPV terhadap Kelas Teori mata pelajaran Katering dan Penyajian, berikutan prestasi akademik pelajar yang kurang memuaskan dalam mata pelajaran ini.

Selain itu, penyelidik juga akan mendapatkan punca serta faktor yang mempengaruhi minat pelajar terhadap mata pelajaran Katering dan Penyajian melalui kajian ini. Bagi mendapatkan maklumat yang jelas mengenai permasalahan ini, penyelidik akan menggunakan kaedah pemerhatian dan soal selidik terhadap pelajar.

Setelah mengenalpasti masalah pelajar tersebut dalam mempelajari mata pelajaran Katering dan Penyajian, kajian ini telah memberi beberapa kepentingan kepada pihak-phak yang tertentu di mana kepentingan tersebut membawa maksud kegunaan atau faedah kajian kepada pihak-pihak yang mungkin memerlukannya bagi meningkatkan lagi kualiti sukatan pelajaran supaya ianya seiring dengan peningkatan arus kemajuan semasa.

Di samping itu, kajian ini juga boleh mendatangkan kebaikan kepada guru yang mengajar mata pelajaran tersebut. Hal ini kerana, dengan adanya kajian ini guru dapat memperbaiki cara atau teknik pengajaran mereka bagi memancing minat pelajar terhadap mata pelajaran Katering dan Penyajian.

[1]

Page 2: kajian

KAJIAN TINDAKAN

5.0 LATAR BELAKANG MASALAH

Merujuk pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), mata pelajaran yang diajar di sekolah terbahagi kepada dua kategori iaitu mata pelajaran teras dan elektif. Mata pelajaran teras wajib diambil oleh semua pelajar kerana mata pelajaran ini memenuhi prinsip pendidikan umum untuk semua dan prinsip kesinambungan antara sekolah rendah dengan sekolah menengah manakala mata pelajaran elektif pula boleh dipilih berdasarkan pakej-pakej yang tertentu.

Pada tahun 1999, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan pakej-pakej mata pelajaran elektif untuk dipilih oleh pelajar bagi tujuan pensijilan terbuka Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2000, Pakej mata pelajaran tersebut adalah berdasarkan kepada kebolehan, kecenderungan, keperluan syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi dan kerjaya serta keperluan negara .

Katering dan Penyajian ialah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah atas dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Mata pelajaran ini membekalkan murid dengan kemahiran dalam bidang pengendalian dan penyajian makanan. Katering dan Penyajian adalah lanjutan dan peluasan kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah rendah. Penggubalan mata pelajaran ini merupakan usaha Kementerian Pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran praktis dan menanam minat murid dalam bidang keusahawanan, penyajian dan katering.

Mata pelajaran ini merangkumi dua unsur utama iaitu katering dan penyajian. Dalam katering, murid mempraktikkan kemahiran menyedia, memasak, menghias, menghidang dan mengepek makanan. Dalam penyajian, murid menggunakan peralatan menghidang yang sesuai, menyediakan peranggu meja, menggubah bunga, melipat napkin dan mempraktikkan hubungan pramusaji dengan pelanggan serta prosedur melayan pelanggan. Daya kreativiti murid juga diberi penekanan dalam bidang katering dan penyajian. Di samping itu aspek pengiraan kos juga diambil kira semasa murid menjalankan amali. Mata pelajaran ini dirancang khas untuk murid yang mempunyai kecenderongan dan minat menceburkan diri dalam industri makanan. Dengan kemahiran dan pengalaman yang diperoleh, murid boleh menjalankan perniagaan sendiri, bekerja sebagai tukang masak, pramusaji atau pembantu katerer selepas tamat persekolahan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hangat, Langkawi telah menawarkan mata pelajaran Katering dan Penyajian sebagai subjek Elektif pilihan bagi peringkat SPM. Lazimnya mata pelajaran Katering dan Penyajian ini dipilih oleh pelajar-pelajar (kelas pertengahan) kerana subjek tersebut dianggap kurang mencabar oleh pelajar-pelajar sains yang kebanyakkannya terdiri daripada pelajar-pelajar cemerlang.

Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 yang mengambil mata pelajaran Katering dan Penyajian. Kebanyakan pelajar yang terlibat

[2]

Page 3: kajian

KAJIAN TINDAKAN

mempunyai tidak mempunyai asas kemahiran memasak dan menyaji makanan kerana mereka masih belum terdedah kepada asas-asas kemahiran tersebut. Perkara ini juga berlaku kerana mereka tidak membiasakan diri untuk memasak dirumah masing-masing.

6.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Sewaktu saya mengajar kelas teori bagi mata pelajaran Katering dan Penyajian hampir ke semua pelajar Tingkatan 4 MPV dan 5 MPV kelihatan kebosanan dan kurang menunjukkan minat untuk belajar berbanding kelas amali masakan. Masalah ini timbul setelah saya menyemak buku latihan dan kertas jawapan peperiksaan pelajar Tingkatan 4 MPV dan 5 MPV, saya mendapati jawapan yang mereka berikan tidak tepat dan tidak menjawab persoalan yang dinyatakan. Saya berpandangan bahawa mereka tidak memahami kehendak soalan walaupun mereka sudah berada di menengah atas. Kebanyakan pelajar tidak boleh menjawab soalan berbentuk esei seolah-olah idea mereka langsung tidak berkembang. Untuk soalan berbentuk pengiraan pula, pelajar-pelajar tersebut tidak membaca dengan mendalam kehendak soalan dan terus membuat pengiraan. Ini mengakibatkan semua jawapan yang diberikan salah dan telah membazirkan markah yang banyak untuk setiap soalan.

Semua pelajar yang berada di kelas teori juga kurang menyerlah dan tidak bersemangat untuk belajar. Mereka menjadi pelajar yang malas dan selalu mengelakkan diri dari menjawab soalan yang di tanya guru. Adakah masalah ini terjadi kerana mereka sememangnya pelajar dari kelas yang rendah dan tidak cemerlang? Atau mereka mengambil mata pelajaran Katering dan Penyajian semata-mata untuk mengalami keseronokan untuk masak dan makan sahaja? atau mereka menganggap mata pelajaran ini tidak penting dan berfaedah untuk mereka?

Berbagai persoalan yang timbul hasil daripada analisis jawapan yang mereka berikan semasa peperiksaan. Mampukah saya menghadapi masalah ini secara bersendirian atau boleh berganding bahu bersama guru-guru lain untuk menyelesaikan masalah ini? Saya akan cuba melakukan sesuatu supaya semua pelajar Tingkatan 4 MPV dan 5 MPV akan cemerlang dalam mata pelajaran ini terutama semasa sesi pembelajaran dan pengajaran kelas teori.

7.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian ini adalah mengenalpasti tahap minat 35 orang pelajar tingkatan 4 MPV dan 5 MPV terhadap kelas teori bagi mata pelajaran Katering dan Penyajian serta sukatan pelajaran yang kurang diminati oleh pelajar-pelajar terbabit disamping mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi situasi tersebut .

8.0 OBJEKTIF KAJIAN

[3]

Page 4: kajian

KAJIAN TINDAKAN

Objektif Umum

Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi masalah pelajar kurang berminat mempelajari kelas teori Katering dan Penyajian.

Objektif Khusus

1. Mengenalpasti kumpulan sasaran pelajar yang terlibat (jantina / peringkat kelas).2. Mengenalpasti tahap minat pelajar dengan pembelajaran teori Katering dan

Penyajian.3. Mengenalpasti tajuk atau bab di dalam sukatan pelajaran yang tidak di gemari oleh

pelajar yang terlibat.4. Mengenalpasti tindakan guru dalam menangani masalah tersebut.

9.0 METODOLOGI

Rekabentuk Kajian

Kajian ini akan dilaksanakan berdasarkan proses dan prosedur satu model gelungan langkah-langkah kajian tindakan seperti berikut:

Langkah 1 : Mengenalpasti Masalah

Masalah merupakan satu perkara yang hendak dicari jalan penyelesaiannya. Pada peringkat ini, penyelidik telah memfokuskan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran dan pengajaran (P&P) mata pelajaran Katering dan Penyajian.

Langkah 2 : Merancang Tindakan

1. Membina Soalan Kaji Selidik

Penyelidik ingin mengenalpasti kumpulan pelajar yang terlibat dan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi masalah tersebut.Faktor-faktor tersebut diperoleh melalui borang soal-selidik dan pemerhatian. Pembinaan borang soal-selidik adalah berdasarkan faktor-faktor yang ingin dikaji seperti berikut:

1) Peranan guru dalam menarik minat pelajar terhadap kelas teori tersebut.

- pemerhatian guru terhadap tingkah laku pelajar semasa aktiviti tersebut dijalankan ketika proses pengajaran dan pembelajaran teori;

- guru perlu memberi perhatian yang lebih kepada pelajar yang kurang minat dan lemah dalam penguasaan 4M;

[4]

Page 5: kajian

KAJIAN TINDAKAN

- guru memantau latihan pengukuhan yang diberi kepada pelajar dari masa ke masa bagi meningkatkan kualiti teknik menjawab soalan latihan dengan betul.

2) Kaedah pengajaran yang digunakan dan kesesuaian aktiviti-aktiviti yang dijalankan berdasarkan sukatan pelajaran yang diajar.

- kaedah pengajaran amat penting dalam memastikan proses pembelajaran menjadi menarik dan menyeronokkan.

- guru haruslah menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh menarik minat pelajar dalam amali jahitan.

- contohnya: guru memberi ganjaran kepada pelajar yang dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dalam tempoh yang ditetapkan dengan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

3) Pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar terhadap mata pelajaran yang di ajar

- guru perlu mengenalpasti tahap pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar yang di ajar bagi menentukan kaedah pendekatan yang perlu dilakukan semasa proses pengajaran.

contohnya : guru perlu mengagihkan pelajar kepada kumpulan-kumpulan mengikut tahap penguasaaan mereka seperti pelajar yang lebih mahir berada di dalam kumpulan yang mahir, manakala pelajar yang kurang mahir akan disatukan dalam kumpulan yang lain supaya guru dapat memberi lebih perhatian dan tumpuan kepada kumpulan pelajar yang kurang mahir.

Langkah 3 : Melaksanakan Tindakan

i) Pembahagian tugas

Penyelidik melaksanakan tindakan pertama dengan menjalankan pemerhatian ke atas pelajar semasa sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan.

Tindakan kedua, penyelidik mengagihkan borang soalan soal selidik kepada para pelajar yang terlibat serta mengumpulkan semula borang soal-selidik yang telah lengkap di isi.

[5]

Page 6: kajian

KAJIAN TINDAKAN

ii) Pengumpulan Data

Kaedah-kaedah pengumpulan data yang akan digunakan sepanjang kajian ini adalah seperti berikut:

1. Soal-selidik

- Set soalan soal selidik akan diberikan kepada pelajar untuk mengenalpasti jumlah peratusan pelajar yang tidak berminat dengan pembelajaran kelas teori dan faktor-faktor yang mempengaruhinya.

2. Pemerhatian

- Pemerhatian akan dilakukan oleh penyelidik terhadap tingkah laku pembelajaran pelajar-pelajar di dalam kelas semasa pengajaran dilaksanakan bertujuan mengenalpasti teknik pengajaran yang manakah telah menjadikan pelajar tidak berminat untuk belajar.

Langkah 4 : Pemerhatian & Menganalisis Data

Daripada pemerhatian yang telah dibuat oleh para penyelidik, maka data-data yang terkumpul akan dianalisis dan diterjemah ke dalam bentuk maklumat dan peratusan. Penyelidik menganalisis data dengan menggunakan beberapa peringkat seperti mengenali dan memahami data melalui semakan dan baca data-data yang dikumpul, menyusun atur dan membuat peratusan ke atas data untuk memudahkan proses mencari dan mengenalpasti data. Selain itu juga, para penyelidik menggunakan proses pemerihalan ke atas data-data yang telah dikumpulkan selepas proses pemerhatian dan soal selidik ke atas guru-guru serta pelajar-pelajar tersebut. Ia adalah untuk memudahkan para penyelidik menganalisis data-data yang dikumpulkan.

Langkah 5 : Refleksi & Penilaian

Refleksi merupakan proses merenung, menganalisis masalah, mencari alasan cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri. Hasil daripada merenung, menganalis masalah tersebut, para penyelidik mendapati bahawa tindakan yang dilaksanakan mempunyai implikasi yang tertentu. Hasil penyelidikan yang didapati adalah berpandukan kepada beberapa aktiviti pemantauan yang dijalankan antaranya, mengedarkan soalan soal selidik kepada pelajar tingkatan 4 MPV dan 5 MPV serta membuat pemerhatian ke atas pelajar tersebut semasa proses P&P (pembelajaran dan pengajaran) berlaku.

[6]

Page 7: kajian

KAJIAN TINDAKAN

10.0 PESERTA KAJIAN

Kajian ini melibatkan penyelidik yang terdiri daripada seorang penyelidik, 15 orang pelajar lelaki dan 20 orang perempuan Tingkatan 4 MPV dan 5 MPV yang mengambil mata pelajaran Katering dan Penyajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hangat, Langkawi.

11.0 ANALISIS DATA

Hasil dapatan kajian akan dianalisa dan transformasikan ke dalam bentuk penceritaan (naratif) dan pemerihalan di mana hasil / dapatan kajian iaitu bilangan dan peratusan.

Rajah 1

Rajah di atas menunjukkan peratus pecahan pelajar mengikut jantina. Sebanyak 57%

orang pelajar perempuan mengambil mata pelajaran Katering dan Penyajian berbanding

pelajar lelaki iaitu 43% sahaja.

Jadual 1: Taburan Kekerapan Data Bahagian 2

[7]

57%

43%

Pecahan Peratus Pelajar Mengikut Jantina

PerempuanLelaki

Skala Kekerapan Peratus Kekerapan (%)

1 71 14%

2 165 32.50%

3 131 26%

4 69 13.60%

5 71 14%

Jumlah 507 100%

Page 8: kajian

Petunjuk:

KAJIAN TINDAKAN

Rajah 2: Carta Bar Menunjukkan Persepsi Pelajar Terhadap Kelas Teori

Hasil data yang dikumpul bagi bahagian 2 iaitu dari segi persepsi pelajar terhadap teori

masakan, penyelidik mendapati bahawa, peratusan responden yang menyatakan

jawapan setuju ke atas soalan bahagian dua adalah sebanyak 32.50%. Berikutan

jawapan yang terhasil daripada soalan soal selidik dapat di nyatakan bahawa pelajar

tersebut kurang meminati sesi pembelajaran yang dijalankan dalam kelas.

Walaubagaimanapun soal selidik yang di jalankan membuktikan bahawa

segelintir daripada mereka mempunyai kemahiran asas dalam bidang teori masakan ini.

Manakala, sebanyak 26% responden menyatakan kurang setuju ke atas persoalan

tersebut kerana mereka kurang meminati kelas teori di sekolah yang berpunca daripada

kelemahan pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran asas yang telah di pelajari semasa

kelas amali masakan ke dalam kelas teori.

Bagi peratusan yang menunjukkan skala sangat setuju adalah sebanyak 14% di

mana pelajar tersebut benar-benar meminati kelas amali dan teori serta dapat

menguasai kemahiran dengan sepenuhnya. Oleh itu, mereka dapat menyelesaikan

permasalahan yang diberi oleh guru semasa pembelajaran dan pengajaran dijalankan.

Manakala data bagi skala tidak setuju dan sangat tidak setuju menunjukkan peratus

masing-masing adalah hampir sama iaitu 13.6% dan 14%. Hasil dapatan ini dapat di

[8]

Peratus Kekerapan (%)1-Sangat Setuju2-Setuju3-Kurang Setuju4-Tidak Setuju5-Sangat Tidak Setuju1 2 3 4 50%

5%

10%

15%

20%

25%

30%

35%

14.00%

32.50%

26.00%

13.60% 14.00%

Page 9: kajian

KAJIAN TINDAKAN

tafsirkan bahawa pelajar-pelajar tersebut meminati mata pelajaran Katering dan

Penyajian tetapi tidak menyukai kelas teori serta beranggapan bahawa kerja kursus

dan soalan yang perlu dijawab semasa peperiksaan adalah rumit dan sukar untuk

diselesaikan.

Skala Kekerapan Peratus Kekerapan (%)

1 79 23%

2 142 40.50%

3 76 22%

4 34 9.70%

5 20 6%

Jumlah 351 100%

Jadual 2: Taburan Kekerapan Data Bahagian 3

Rajah 3: Carta Bar Berkenaan Proses Pembelajaran dan Pengajaran

Berdasarkan data di dalam rajah di atas, dapat di nyatakan bahawa peratus kekerapan

bagi skala setuju berkenaan pendapat pelajar mengenai teknik pengajaran guru ialah

40.50%. Skala ini lebih tinggi berbanding yang lain kerana teknik pengajaran guru

tersebut amat di sukai oleh pelajar-pelajar berikutan pengalaman, pengetahuan dan sifat

guru yang sentiasa memahami kemahuan pelajar untuk mempelajari teori masakan.

[9]

1 2 3 4 50%

5%

10%

15%

20%

25%

30%

35%

40%

45%

22.50%

40.50%

21.60%

9.70%5.70%

Petunjuk:

Peratus Kekerapan (%)1-Sangat Setuju2-Setuju3-Kurang Setuju4-Tidak Setuju5-Sangat Tidak Setuju

Page 10: kajian

KAJIAN TINDAKAN

Manakala, bagi skala sangat tidak setuju menunjukkan bahawa faktor persekitaran dan

cara penyampaian guru di dalam kelas kurang memberangsangkan serta agak

membosankan oleh kerana jadual waktu pembelajaran kelas teori bagi mata pelajaran

tersebut di adakan terlalu panjang. Maka, di sebabkan faktor tersebut peratus kekerapan

bagi skala ini adalah sebanyak 6% sahaja.

Jadual 3: Taburan Kekerapan Data Bahagian 4

Rajah 4: Carta Bar Bagi Peratusan Kelengkapan Alat Bantu Mengajar

[10]

1 2 3 4 50%

5%

10%

15%

20%

25%

30%

35%

16.20%

29.90%

33.90%

11.70%8.30%

Peratus Kekerapan (%)1-Sangat Setuju2-Setuju3-Kurang Setuju4-Tidak Setuju5-Sangat Tidak Setuju

Petunjuk:

Skala Kekerapan Peratus Kekerapan (%)

1 57 16%

2 105 29.90%

3 119 34%

4 41 11.70%

5 29 8%

Jumlah 351 100%

Page 11: kajian

KAJIAN TINDAKAN

Setelah menganalisis data yang di kumpulkan, penyelidik dapat mentafsirkan bahawa

keluasan bengkel amali masakan adalah amat selesa dan mempunyai pengudaraan

yang baik, akan tetapi kelengkapan alat bantu mengajar masih belum mencukupi untuk

menarik perhatian pelajar supaya minat belajar. Oleh kerana itu, peratusan kelengkapan

masih lagi berada di tahap kurang memuaskan iaitu sebanyak 34% berpandukan skala

yang ketiga (kurang setuju). Selain itu, sebanyak 29.90% responden menyatakan setuju

bahawa kelengkapan alat bantu mengajar di sekolah masih kurang mencukupi. Sebagai

contoh, buku Modul Pembelajaran Katering dan Penyajian Tingkatan 4 dan 5 telah rosak

agak teruk dan pelajar susah untuk mencari maklumat kerana sebilangan helaian buku

telah hilang.Walaupun begitu, mereka masih boleh menggunakan modul tersebut untuk

menyiapkan latihan amali dan teori pada tempoh masa yang telah di tetapkan.

12.0 DAPATAN KAJIAN

Bidang MPV mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ianya merangkumi topik-

topik yang kemahiran asasnya boleh di pelajari di rumah sendiri. Walaupun kemahiran

asas ini boleh di peroleh dari rumah dan seterusnya di dalami di sekolah, ia masih

belum di kuasai sepenuhnya melalui pengajaran MPV yang di sampaikan oleh guru

terutamanya mendalami topik masakan dan melakukan kerja amalinya. Perkara ini akan

mendatangkan masalah dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang di sampaikan

oleh guru.

Melalui dapatan-dapatan kajian, dapat di jelaskan bahawa banyak faktor yang

mempengaruhi minat pelajar terhadap kelas amali masakan. Antara hasil analisis data

yang dapat di jelaskan adalah seperti persepsi pelajar itu sendiri mengenai kelas teori.

Ada sesetengah mereka mengatakan bahawa menyukai mata pelajaran Katering dan

Penyajian tetapi tidak berminat untuk mempelajari teori masakan walaupun suasana dan

keadaan bengkel tersebut amat luas dan selesa untuk proses pembelajaran. Fenomena

ini berlaku adalah di sebabkan oleh fakor pemilihan mata pelajaran elektif yang di

tentukan oleh pihak sekolah itu sendiri.

Selain itu, faktor pembelajaran dan pengajaran juga merupakan punca utama

yang mempengaruhi hasil dapatan kajian tersebut. Hampir semua pelajar menyatakan

bahawa teknik pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru berkenaan

[11]

Page 12: kajian

KAJIAN TINDAKAN

amat menyeronokkan serta pelajar dapat menguasai maklumat yang disampaikan

dengan lebih mudah. Namun begitu, terdapat juga pelajar yang masih tidak berpuas

hati dengan kaedah pengajaran guru tersebut. Hal ini mungkin disebabkan oleh

penilaian guru terhadap kerja kursus yang dilakukan oleh pelajar yang tidak menepati

arahan guru.

Hasil kajian yang berkaitan dengan kelengkapan alat bantu mengajar juga turut

menyumbang kepada minat pelajar dalam kelas teori. Berdasarkan analisis data yang

di jalankan, ramai di kalangan pelajar menyedari akan keselesaan bengkel masakan

tersebut, tetapi oleh kerana kurangnya alat kelengkapan pembelajaran teori yang di

sediakan di bengkel menyebabkan semangat pelajar semakin berkurangan dan

seterusnya akan menghilangkan rasa minat mereka untuk mempelajari bidang katering.

Walaubagaimanapun, masih ada segelintir pelajar yang mempunyai nilai

ketekunan yang tinggi untuk belajar mengenai masakan walaupun mereka tahu bahawa

kelengkapan yang di sediakan oleh pihak sekolah tidak mencukupi. Pelajar-pelajar ini

akan mengambil peluang dan kesempatan apabila mempunyai masa terluang untuk

menggunakan sumber-sumber yang ada supaya mereka dapat belajar.

Hasil daripada perbincangan ini, penyelidik dapat menjelaskan secara ringkas

bahawa minat pelajar terhadap kelas teori masakan banyak di pengaruhi oleh faktor

pembelajaran dan pengajaran oleh guru kerana teknik penyampaian yang di gunakan

dapat menarik minat pelajar untuk terus mempelajari dan mendalami teori katering dan

penyajian.

[12]

Page 13: kajian

KAJIAN TINDAKAN

13.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

Berdasarkan kepada kajian telah dijalankan, dengan menyediakan kelengkapan alat

bantu mengajar yang secukupnya seperti penggunaan komputer dan LCD,

mempelbagaikan kaedah P&P serta membimbing pelajar secara berkesan ketika kelas

teori berlangsung mampu meningkatkan minat dan pencapaian pelajar dalam

menghasilkan kerja kursus mereka didalam mata pelajaran Katering dan Penyajian. Ini

kerana setiap pelajar mempunyai perbezaan individu.

Merujuk Suppiah Nachiappan, (2008) ciri-ciri perbezaan individu yang wujud

menjelaskan personaliti seseorang berkait rapat dalam menentukan kemampuan

seseorang untuk berfikir bagi menyesuaikan dirinya dengan alam persekitaran.

Perbezaan individu adalah amat penting dilakukan oleh kalangan pendidik. Perbezaan

individu ini membantu pendidik memahami perlakuan pelajar yang pelbagai, seterusnya

sebarang tindakan akan menjurus kepada pemusatan pelajar. Perbezaan-perbezaan

yang ditunjukkan oleh pelajar member implikasi terhadap tindak-tanduk pelajar terbabit.

Keadaan ini membantu guru untuk mengenalpasti sejauhmana prestasi dan sikap

pelajar terbabit. Justeru itu,ianya memudahkan guru untuk menerapkan kaedah P&P

yang bersesuaian.

Penyelidik mencadangkan setelah pelajar-pelajar dapat meningkatkan mutu

kerja dalam kelas teori masakan, adalah lebih baik sekiranya guru-guru lain yang bakal

meneruskan kajian ini untuk membantu pelajar sehingga boleh menghasilkan pelbagai

resepi ciptaan oleh pelajar sendiri dan seterusnya resepi tersebut dicuba dan

dipertandingkan. Penyelidik juga percaya pelajar-pelajar pasti merasa keseronokan

ketika mempelajari bidang Katering dan Penyajian.

[13]

Page 14: kajian

KAJIAN TINDAKAN

14.0 PENUTUP

Dalam kajian yang telah di jalankan, penyelidik dapat merumuskan bahawa faktor utama

yang mempengaruhi minat pelajar terhadap kelas teori masakan adalah di sebabkan

oleh cara pengajaran guru ketika proses P&P di dalam bengkel katering, di mana teknik

yang di gunakan oleh guru tersebut boleh mendatangkan dua kesan yang positif dan

negatif iaitu keseronokan atau kebosanan. Selain daripada itu, terdapat faktor-faktor lain

seperti kemahiran sedia ada pelajar dan kelengkapan alat bantu mengajar di sekolah

juga turut mempengaruhi minat pelajar. Bagi mereka, segala kelengkapan yang di

sediakan masih tidak mencukupi tetapi boleh di gunakan untuk menyiapkan tugasan

dalam tempoh yang di tetapkan. Maka di akhir kajian ini memang tidak dapat di nafikan

lagi bahawa minat pelajar terhadap kelas teori masakan bergantung kepada tiga faktor

tersebut iaitu persepsi pelajar, teknik pengajaran guru dan kelengkapan alat bantu

mengajar di sekolah. Adalah di harapkan hasil kajian ini dapat memberi maklumat

berguna kepada para pentadbir pendidikan akan kepentingan untuk membuat

perancangan pendidikan yang lebih berkesan kepada pelajar-pelajar yang kurang

berminat untuk belajar kelas teori mata pelajaran Katering dan Penyajian.

[14]

Page 15: kajian

KAJIAN TINDAKAN

BIBLIOGRAFI

Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum (Edisi Kedua). Tanjung Malim: Quantum Books.

Modul Pembelajaran Katering dan Penyajian Tingkatan 5, 2008. Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

Modul Pembelajaran Katering dan Penyajian Tingkatan 4, 2008. Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

Nachiappan, S. et all. (2008). Siri Pendidikan Guru Psikologi Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

[15]

Page 16: kajian

KAJIAN TINDAKAN

LAMPIRAN

JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

MINGGU

AKTIVITI

1 2 & 3 4 5 6&7 8

Mengenalpasti masalah & Memilih

tajuk kajian tindakan√

Menulis Proposal Kajian Tindakan √

Merancang tindakan √

Melaksanakan kaji selidik √

Mengumpul dan menganalisa data

kaji selidik yang diperoleh√

Menulis Laporan Kajian √

Menghantar Laporan Kajian √

[16]

Page 17: kajian

KAJIAN TINDAKAN

CONTOH BORANG SOAL SELIDIK

(BAHAGIAN I)

Arahan: Sila tandakan (√) pada pilihan jawapan yang sesuai

1. Jantina : Lelaki Perempuan

2. Bangsa : Melayu Cina India Lain-lain

(nyatakan : __________ )

3. Kelas : 5 MPV 4 MPV

4. Aliran : Sains Sastera Lain-lain

(nyatakan: ___________________ )

5. Pilihan Elektif Kemahiran Hidup Bersepadu peringkat menengah rendah (PMR) :

Kemahiran Teknikal

Ekonomi Rumah Tangga

Pertanian

Perdagangan & Keusahawanan

6. Saya lebih berminat mempelajari :

Teori Masakan

Amali Masakan

7. Pemilihan subjek ERT sebagai subjek elektif SPM dtentukan oleh :

Saya sendiri

Pihak sekolah

[17]

Page 18: kajian

KAJIAN TINDAKAN

Skala Maksud1 Sangat setuju2 Setuju3 Kurang setuju4 Tidak setuju5 Sangat tidak setuju

Arahan: Sila bulatkan pilihan jawapan anda mengikut panduan skala di atas

(BAHAGIAN II)

Bil. Pernyataan Skala

1. Saya minat subjek Katering dan Penyajian 1 2 3 4 5

2. Saya suka kelas amali masakan 1 2 3 4 5

3. Kelas teori membosankan 1 2 3 4 5

4. Saya tidak tahu memasak 1 2 3 4 5

5. Saya tidak suka memasak 1 2 3 4 5

6. Saya tahu menggunakan peralatan memasak 1 2 3 4 5

7. Saya pernah memasak di rumah 1 2 3 4 5

8. Saya mengantuk semasa kelas teori 1 2 3 4 5

9. Saya akan memasak sendiri makanan yang disukai 1 2 3 4 5

10. Saya telah mempelajari kemahiran asas memasak semasa 1 2 3 4 5

di peringkat menengah rendah

11. Saya pernah ponteng kelas katering dan penyajian 1 2 3 4 5

12. Kerja kursus masakan susah 1 2 3 4 5

13. Subjek MPV sesuai diambil oleh lelaki atau perempuan 1 2 3 4 5

(BAHAGIAN III)

Bil. Pernyataan Skala

1. Kelas teori saya pada waktu pagi 1 2 3 4 5

2. Kelas teori saya pada waktu tengah hari 1 2 3 4 5

3. Saya suka kelas teori diadakan di bengkel masakan 1 2 3 4 5

4. Kelas masakan di bengkel selesa 1 2 3 4 5

5. Saya suka cara cikgu mengajar teori masakan 1 2 3 4 5

6. Guru memberi tumpuan kepada murid yang kurang faham 1 2 3 4 5

7. Guru selalu puji apabila tugasan saya kemas 1 2 3 4 5

8. Guru akan denda sekiranya saya lambat masuk ke kelas teori 1 2 3 4 5

9. Guru selalu bertanya soalan kepada murid di kelas teori 1 2 3 4 5

[18]

Page 19: kajian

KAJIAN TINDAKAN

Skala Maksud1 Sangat setuju2 Setuju3 Kurang setuju4 Tidak setuju5 Sangat tidak setuju

Arahan: Sila bulatkan pilihan jawapan anda mengikut panduan skala di atas

(BAHAGIAN IV)

Bil. Pernyataan Skala

1. Setiap pelajar mendapat satu buku teks untuk digunakan 1 2 3 4 5

semasa kelas teori masakan

2. Saya perlu berkongsi buku teks dengan kawan 1 2 3 4 5

3. Buku teks banyak rosak dan tidak sempurna 1 2 3 4 5

4. Bengkel masakan di sekolah saya luas dan selesa 1 2 3 4 5

5. Saya tidak berpeluang menggunakan buku teks dan

peralatan memasak 1 2 3 4 5

6. Pelajar dibenarkan menggunakan rujuk buku teks 1 2 3 4 5

untuk menyiapkan kerja kursus masakan

7. Saya mudah mendapat rujukan berkaitan masakan di 1 2 3 4 5

perpustakaan sekolah

- SELESAI –

Terima kasih diucapkan di atas kerjasama yang telah diberikan.

Segala jasa baik anda amat dihargai.

[19]