kaji nelayan tidak manfaatkan dana

2
Kaji Nelayan Tidak Manfaatkan Dana Bebas Cengkaman Orang Tengah Kerajaan sedang mengkaji kenapa kaum nelayan di negara ini masih tidak memanfaatkan dana RM50 juta yang disalurkan kepada tabung Persatuan Nelayan Kebangsaan (NIKMAT) untuk membebaskan diri mereka dari cengkaman orang tengah. Timbalan Menteri Pertanian dan iIdustri Asas Tani, Dato’ Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, daripada RM50 juta yang disalurkan kepada tabung itu tidak sampaipun tiga juta yang dimanfaatkan oleh kaum nelayan dan ini amat menghairankan. Menurut beliau apa yang dibimbangi jika kaum nelayan ini masih berterusan bergantung kepada orang tengah maka sudah pasti kehidupan mereka akan terus dicengkam oleh orang tengah. ``Pihak kementerian seboleh-bolehnya sentiasa menjaga dan melindungi kepentingan kaum nelayan dari terus dicengkam oleh orang tengah sehingga men yebabkan mereka terpaksa melalui kesusahan hidup.’’ Katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan elaun sara hidup kepada 424 nelayan darat negeri perak di Kolej Antarabangsa TAJ di Ipoh pada Isnin. Menurut Tajuddin, pihak kementerian telah memberikan dana tabung kepada nikmat diperingkat tekun untuk menebus hutang nelayan- nelayan dengan orang tengah. Katanya, jika nelayan-nelayan ini berhutang dengan Persatuan Nelayan Kebangsaan ia tidak memberi tekanan kepada mereka sebaliknya jika bergantung kepada orang tengah mereka akan ditindas dimana harga jualan ikan akan dikawal selain dikenakan faedah pinjaman yang tinggi.

Upload: keaneng87

Post on 13-Dec-2015

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rere

TRANSCRIPT

Page 1: Kaji Nelayan Tidak Manfaatkan Dana

Kaji Nelayan Tidak Manfaatkan Dana Bebas Cengkaman Orang Tengah

Kerajaan sedang mengkaji kenapa kaum nelayan di negara ini masih tidak memanfaatkan  dana RM50 juta yang disalurkan kepada tabung Persatuan Nelayan Kebangsaan (NIKMAT) untuk membebaskan diri mereka dari cengkaman orang tengah.

Timbalan Menteri Pertanian dan iIdustri Asas Tani, Dato’ Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, daripada RM50 juta yang disalurkan  kepada tabung itu tidak sampaipun tiga juta yang dimanfaatkan oleh kaum nelayan dan ini amat menghairankan.    

Menurut beliau apa yang dibimbangi  jika kaum nelayan ini masih berterusan bergantung kepada orang tengah maka sudah pasti kehidupan mereka akan terus dicengkam oleh orang tengah.

``Pihak kementerian seboleh-bolehnya sentiasa menjaga dan melindungi kepentingan kaum nelayan dari terus dicengkam oleh orang tengah sehingga men yebabkan mereka terpaksa melalui kesusahan hidup.’’ Katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan elaun sara hidup kepada 424 nelayan darat negeri perak di Kolej Antarabangsa TAJ di Ipoh pada Isnin.

Menurut Tajuddin, pihak kementerian telah memberikan dana tabung kepada nikmat diperingkat tekun untuk menebus hutang nelayan-nelayan dengan orang tengah.

Katanya, jika nelayan-nelayan ini berhutang dengan Persatuan Nelayan Kebangsaan ia tidak memberi tekanan kepada mereka sebaliknya jika bergantung kepada orang tengah mereka akan ditindas dimana harga jualan ikan akan dikawal  selain dikenakan faedah pinjaman yang tinggi.

Katanya, keseluruhan  nelayan darat dianggarkan seramai 10,992 orang di seluruh negara dan daripada jumlah tersebut dianggarkan seramai 4,128 orang dikategorikan sebagai nelayan darat tulen.

Beliau berkata, proses pendaftaran dan verifikasi nelayan darat sedang dilaksanakan diperingkat negeri  dan dijangka jumlah nelayan darat tulen ini akan meningkat kepada 5,200 orang apabila proses pendaftaran  selesai.

Pada majlis itu 424 nelayan darat di negeri Perak menerima RM1,200 tiap seorang dan ianya merupakan bayaran tunggakan dari bulan Januari hingga Jun 2015.

Page 2: Kaji Nelayan Tidak Manfaatkan Dana

Semasa pembentangan bajet 2015 pada 10 oktober 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa elaun sebanyak RM200 sebulan akan diberikan kepada nelayan darat sepenuh masa.   END.