kaedah+pengumpulan+data

14
SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN I SAINS PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 63 Laman ashaario TAJUK 7 PENYELIDIKAN TINDAKAN: KAEDAH PENGUMPULAN DATA 7.1 Sinopsis Tajuk ini disusun bagi membolehkan pelajar mengetahui kaedah-kaedah yang boleh digunakan bagi mengumpulkan data dalam Kajian Tindakan. Setiap kaedah mempunyai kekuatan dan kelemahan. Ia digunakan mengikut kesesuaian berdasarkan focus kajian yang dijalankan. 7.2 Hasil Pembelajaran i. Menjelaskan kaedah-kaedah kajian tindakan ii. Mengaplikasi Kajian Tindakan dalam bidang pendidikan. 7.3 Kerangka Konsep Tajuk 7 KAEDAH PENGUMPUL AN DATA PEMERHAT IAN DOKUMEN TEMU BUAL SENARAI SEMAK RAKAMAN LOG NOTA LAPANGAN FOTO PORTFOLIO REKOD ANEKDOT SLAID JURNAL DIARI

Upload: ammar-zakwan

Post on 07-Dec-2015

33 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kaedah+pengumpulan+data

TRANSCRIPT

Page 1: kaedah+pengumpulan+data

SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN I SAINS PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

63

Laman ashaario

TAJUK 7

PENYELIDIKAN TINDAKAN: KAEDAH PENGUMPULAN DATA

7.1 Sinopsis

Tajuk ini disusun bagi membolehkan pelajar mengetahui kaedah-kaedah yang boleh digunakan

bagi mengumpulkan data dalam Kajian Tindakan. Setiap kaedah mempunyai kekuatan dan

kelemahan. Ia digunakan mengikut kesesuaian berdasarkan focus kajian yang dijalankan.

7.2 Hasil Pembelajaran

i. Menjelaskan kaedah-kaedah kajian tindakan

ii. Mengaplikasi Kajian Tindakan dalam bidang pendidikan.

7.3 Kerangka Konsep Tajuk 7

KAEDAH PENGUMPUL

AN DATA

PEMERHATIAN

DOKUMEN

TEMU BUAL

SENARAI SEMAK

RAKAMAN

LOG

NOTA LAPANGANFOTO

PORTFOLIO

REKOD ANEKDOT

SLAID

JURNAL

DIARI

Page 2: kaedah+pengumpulan+data

SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN I SAINS PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

64

Laman ashaario

7.3.1 Kaedah Pengumpulan Data

Terdapat beberapa kaedah pengumpulan data dalam penyelidikan tindakan sperti yang

terdapat di dalam kerangka konsep.

7.3.1.1 Pemerhatian

Pemerhatian adalah suatu kaedah penyelidikan yang penting. Kaedah itu memerlukan

pengkaji mempunyai latar belakang pengetahuan serta pemahaman situasi yang luas

untuk membuat pemerhatian situasi yang sebenar.

Lazimnya, pemerhatian melibatkan bukan sahaja aktiviti meneliti situasi atau kejadian

tetapi juga aktiviti berfikir secara original dan kritikal. Ia memerlukan pengkaji yang

mempunyai kecekapan mengesani peristiwa yang signifikan. Maka, ia adalah satu

aktiviti di mana kemahiran tinggi pengkaji sangat diperlukan.

7.3.1.1.1 Kebaikan Menjalankan Pemerhatian

(a) Aspek-aspek sahsiah yang penting biasanya dapat ditentukan dengan lebih

berkesan melalui pemerhatian. Setiap tingkah laku seseorang secara langsung

dibandingkan kajian melalui soal selidik atau temu bual.

(b) Aspek-aspek fizikal sesebuah bangunan, seseorang pelajar, atau seseorang guru

biasanya dapat dikaji dengan membuat pemeriksaan, ukuran, taksiran, dan

bandingan dengan satu-satu piawai melalui pemerhatian langsung.

(c) Pemerhatian secara langsung diperlukan bagi mengkaji aktiviti-aktiviti fizikal seperti

permainan, sukan, dan kerja amali.

(d) Pemerhatian bilik darjah boleh digunakan oleh penyelidik untuk membuat analisis

terhadap keberkesanan sesuatu pengajaran dan cara memperbaikinya.

7.3.1.1.2 Pemerhatian secara langsung (direct observation)

Pemerhatian boleh dilakukan tanpa atau dengan bantuan alatan teknikal seperti

mencatatkan nota tentang pergerakan guru dan pelajar ataupun merakamkan

pemerhatian dengan menggunakan alat instrumen seperti borang pemerhatian; alatan

electronik seperti perakam video, kamera atau pita rakaman audio. Bahan sokongan

Page 3: kaedah+pengumpulan+data

SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN I SAINS PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

65

Laman ashaario

atau bantuan pemerhatian itu boleh digunakan sebagai sumber yang berguna untuk

menganalisis data selepas pemerhatian. aspek-aspek yang perlu sebelum melakukan

pemerhatian

7.3.1.1.3 Tumpuan pemerhatian

Beberapa persoalan perlu diambil perhatian sebelum melakukan pemerhatian.

Antaranya ialah:

Siapakah yang akan membuat pemerhatian?

Siapa atau apa yang akan diperhatikan?

Di tempat-tempat manakah pemerhatian akan dilaksanakan? (elok adakan

pemerhatian di beberapa tempat dan situasi untuk mendapatkan kepelbagaian

maklumat)

Bilakah pemerhatian akan dijalankan? (elok adakan pemerhatian pada masa-

masa yang berlainan untuk mendapatkan kepelbagaian maklumat)

Bagaimanakah pemerhatian itu akan dicatatkan atau dirakamkan?

Apakah prosedur yang patut diikut untuk memastikan pemerhatian itu boleh

dipercayai (reliable) dan ada keesahan (valid)?

Apakah teknik pemerhatian yang paling sesuai untuk keadaan bilik darjah yang

dikaji? (Eloklah data-data penting yang dikutip semasa pemerhatian mesti dicatat

dengan serta merta sekurang-kurangnya dalam bentuk nota)

7.3.1.1.4 Panduan Untuk Melaksanakan Pemerhatian Pengajaran Dalam Kelas.

Terangkan dengan tepat perkara-perkara berikut:

Apa yang dikatakan oleh guru atau pelajar?

Apa yang dilakukan oleh guru atau pelajar?

Apakah tugas-tugas yang diberikan kepada pelajar-pelajar dan muka surat buku

teks yang diguna?

Page 4: kaedah+pengumpulan+data

SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN I SAINS PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

66

Laman ashaario

Gunakan singkatan untuk perkataan yang sentiasa digunakan (contohnya: P untuk

pelajar, G untuk guru).

Dalam kaedah ini, selalunya pemerhati menggunakan diagram atau borang tertentu.

Contohnya pemerhati menyediakan borang tentang apa yang ingin diperhatikan semasa

sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung sama ada sikap pelajar, cara dan teknik

guru mengajar atau sebagainya dan borang ini akan ditanda oleh pemerhati itu sendiri

semasa tempoh P & P itu berlangsung.

Selepas pemerhatian, semakan perlu dilakukan untuk membetulkan kesilapan yang

dibuat atau untuk membuat komen. Nota tambahan nota dipelukan bagi menyatakan

perasaan akan sesuatu peristiwa atau sesuatu idea baru. Bezakan catatan yang

menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku dan tafsiran yang dibuat mengenai

sesuatu situasi.

7.3.2 Dokumen

Dokumen adalah segala bahan tertulis mahupun filem yang sudah tersedia pada tempat

tertentu (Noeng, 2000; Nana, 2005; Sudarwan, 2005). Analisis dokumen digunakan untuk

membantu penyelidik mendapatkan data secara objektif melalui dokumen serta tidak

memerlukan kehadiran informan dan juga dapat memberikan data yang konsisten kerana

segala data diperoleh secara tersurat dan dapat digunakan untuk memperoleh kesahan

sesuatu jawapan yang diperoleh daripada analisis soal selidik (Frankel, 2007). Penggunaan

dokumen dalam penyelidikan adalah mendukung dan menambah bukti daripada sumber-

sumber lain.

Terdapat tiga penggunaan kaedah dokumen dalam penyelidikan:-

a) Membantu memeriksa data-data yang telah dikumpulkan

b) Dapat menambah rincian khas lainya guna mendukung maklumat daripada sumber-

sumber lain, jika bukti dokumen bertentangan dan bukanya mendukung, penyelidik

mempunyai alasan untuk mengkaji lebih jauh tentang kajian yang sedang dilaksanakan

c) Inferensi dapat dibuat dari dokumen-dokumen (Robert, 1996).

Page 5: kaedah+pengumpulan+data

SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN I SAINS PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

67

Laman ashaario

7.3.3 Temubual

Temubual adalah satu kaedah kajian yang amat penting kerana ia membantu pengkaji

meneroka dan mendapatkan maklumat kajian secara mendalam.

Seringkala dalam kajian, ada banyak maklumat yang tidak dapat diperolehi melalui kaedah

pemerhatian, dokumentasi ataupun catatan dairi seseorang. Pengkaji perlu berhubung

melakukan hubungan "face-to-face"

Dalam Kajian Tindakan, peserta-peserta yang penting ditemubual adalah

1. murid-murid sekolah,

2. guru-guru yang mengajar matapelajaran yang sama,

3. rakan sejawat yang sesekolah,

4. pihak pentabir sekolah (contohnya: guru besar, penolong kanan) dan

5. pemerhati yang turut serta dalam kajian.

Mereka perlu ditemubual untuk mengetahui perasaan dan pendapat serta sikap mereka

terhadap kajian dan tindakan yang diambil. Misalnya, apabila pengkaji ingin mengetahui

perasaan pelajar-pelajar secara mendalam atau meneroka idea mereka, maka adalah penting

pengkaji itu berhubung dengan peserta untuk tujuan soal jawab; berbual-bual ataupun

berbincang.

7.3.3.1 Kebaikan Menjalankan Temu bual

a. Sesuai bagi responden yang tidak boleh membaca atau yang mempunyai

kecerdasan yang terhad.

b. Seseorang itu biasanya lebih suka bercakap daripada menulis.

c. Mudah bagi penyelidik menerangkan tujuan sesuatu soalan untuk mendapat

jawapan yang tepat daripada responden.

d. Keikhlasan seseorang responden memberi jawapan dapat dilihat daripada

perbincangan berdepan.

Page 6: kaedah+pengumpulan+data

SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN I SAINS PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

68

Laman ashaario

e. Responden tidak dapat membetulkan semula jawapan yang telah diberikan

terdahulu jika soalan yang berikutnya boleh mendorong responden mengubahsuai

jawapan yang telah diberikan.

7.3.3.2 Perancangan untuk Menemu Bual

a. Tentukan tujuan dan maklumat yang hendak diperolehi daripada responden.

b. Sediakan rangka soalan dengan teratur dan komen-komen yang boleh meransang

responden mengeluarkan maklumat

c. Tentukan cara mencatat jawapan yang diberikan.

7.3.3.3 Perkara yang Dititikberatkan Semasa membuat Temubual

a. Mendapatkan kerjasama daripada kumpulan atau orang perseorangan yang

ditemubual. Oleh itu penyelidik perlu memupuk hubungan baik dengan responden.

Ini memerlukan kemahiran dan kesenian seseorang.

b. Mengemukakan soalan-soalan yang menarik dan yang boleh meransang

responden member komen dan penerangan

c. Alat yang digunakan merakam jawapan sepatutnya tidak mengalih perhatian

responden.

7.3.3.4 Cara Mencatat Atau Merakam Jawapan Temu bual

a. Menggunakan alat rakaman yang boleh mengekalkan keaslian jawapan responden

seperti memperdengarkan nada suara seseorang samada beremosi atau tidak.

b. Catatan jawapan boleh dibuat secara serentak atau selepas temubual dilakukan.

Kedua-dua cara mempunyai kebaikan dan kelemahan. Cara pertama boleh

member catatan yang lengkap tetapi boleh mengganggu responder sementara cara

kedua boleh memberi kesan sebaliknya. Walau apa cara pun, penyelidik harus

membuat berapa latihan.

c. Penemu bual mungkin tidak perlu mencatat jawapan-jawapan yang diberikan oleh

responden tetapi membuat penilaian terhadap pendapat mereka. Dalam hal ini,

Page 7: kaedah+pengumpulan+data

SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN I SAINS PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

69

Laman ashaario

adalah baik jika penilaian dibuat selepas temubual dijalankan atau seIepas

mendengar semula rakaman yang dibuat.

7.3.3.5 Jenis-jenis Teknik Temubual

Lazimnya, terdapat dua teknik temubual iaitu temubual berstruktur dan temubual tidak

berstruktur.

i. Teknik Temubual Berstruktur

Temubual berstruktur adalah aktiviti perbualan dan soaljawab di mana bentuk dan

kandungan soalan-soalan yang ingin ditanya adalah terhad pada sesuatu tajuk atau

bidang yang tertentu sahaja. Misalnya, satu sin soalan yang bertujuan mendapatkan

maklumat tentang cara guru membetulkan kesilapan ejaan pelajar dibentuk atau gubah

terlebih dahulu agar pengkaji dapat menyoal peserta atau respondan secara sistematik.

Contohnya:

adakah anda membetulkan semua kesilapan ejan pelajar

adakah anda pernah mendenda pelajar yang membuat kesilapan ejaan ?

jika ada, apakah denda yang anda gunakan ?

siapakah pelajar yang selalu didenda ?

ii. Teknik Temubual Tidak Berstruktur

Temubual tidak berstruktur merupakan aktiviti perbualan dan soaljawab yang

mementingkan penerokaan idea atau perasaan lebih daripada mendapatkan fakta-fakta

tertentu. Soalan-soalan terbuka (open-ended questions) dikemukakan dan pelbagai

jawapan boleh diperolehi dan peserta atau respondan.

Contohnya:

adakah apa-apa yang anda hendak beritahu kepada kami

Page 8: kaedah+pengumpulan+data

SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN I SAINS PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

70

Laman ashaario

apakah perasaan anda pada masa itu ?

mengapa anda rasa begitu ?

apakah pandangan atau pendapat anda ?

Kelebihan teknik temubual tidak berstruktur ini adalah is memberi peluang pengkaji

meneroka secara mendalam dan memberi kesempatan kepada peserta mengambil

masa berfikir, berbual-bual dan membuat interpretasi mengenai perasaan dan ideanya

sendiri. Adakalanya, peserta boleh meminta penjelasan dan pengkaji ataupun menyoal

pengkaji.

Temubual tidak berstruktur itu lazimnya diadakan dalam situasi yang tidak formal. Pada

masa temubual itu, pengkaji boleh juga melakukan pemerhatian tentang tingkahlaku

peserta dan memberi komen serta menyoal secara spontan iaitu tidak menggunakan

soalan yang telah disediakan terlebih dahulu.

7.3.3.6 Cara Merekod Temubual

Semasa mengadakan temubual adalah penting pengkaji mengambil tindakan merekod

dialog atau perbualan melalui cara-cara tertentu.

Pengkaji boleh menggunakan rakaman audio kalau pita rakaman itu tidak mengganggu

aktiviti atau situasi temubual.

Pengkaji boleh juga mengambil masa membuat catatan rengkas kata-kata atau jawapan

peserta dan jika perlu transkrip temubual boleh diperolehi kemudian sebagai bahan

sokongan kajian temubual yang lebih teliti. Rekod-rekod mengenai tarikh, situasi dan

kandungan soalan dan jawapan dalam temubual itu eloklah disimpan dalam diari

pengkaji.

Boleh berlaku samada secara individu iaitu pemerhati dengan pelajar atau pun guru atau

secara berkumpulan iaitu terdiri daripada 3 atau 4 orang untuk memudahkan sesi

temubual. Sebaiknya rakaman perbualan dilakukan atau pun boleh hanya dicatat pada

kertas.

Page 9: kaedah+pengumpulan+data

SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN I SAINS PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

71

Laman ashaario

7.3.4 Senarai Semak, Soal Selidik Dan Inventori

Senarai semak merupakan satu lagi contoh borang siasatan. Senarai semak mengandungi satu

senarai butiran untuk diperiksa oleh responden. Responden tidak perlu memberi pertimbangan.

Mereka hanya perlu memberi fakta sebenar. Senarai semak ialah satu rangkaian jawapan

kepada soalan. Senarai semak yang sesuai digunakan harus bersifat terbuka dan kurang

berstruktur. Soal selidik pula adalah satu set soalan yang diberikan kepada orang lain dan

meminta mereka menjawabnya. Dalam soal selidik tersebut terdapat beberapa soalan dan

pilihan jawapan atau pertanyaan. Manakala inventori ialah senarai pernyataan tentang situasi

yang mungkin bersetuju atau tidak. Antara kategori yang terdapat di dalamnya ialah seperti :

sangat setuju - setuju - tidak yakin - tidak setuju - sangat tidak bersetuju.

7.3.4.1 Panduan membina senarai semak

a. Kaji beberapa senarai semak yang telah dirancang oleh penyelidik yang lepas dan

tentukan butiran yang diperlukan dalam kajian.

b. Susun butiran itu mengikut kategori yang dikelaskan berdasarkan struktur logikal atau

psikologikal. Butiran yang berkaitan dikelaskan bersama.

c. Empat cara menyusun butiran senarai semak ialah:

Menyenaraikan semua butiran yang terdapat dalam satu-satu. Misalnya:

Tandakan (^) di ruang kosong bagi aktiviti yang terdapat di sekolah tuan.sukan,

kebun, pementasan, muzik, perbahasan dan sebagainya.

Minta responden memberi jawapan ya/tidak. Misalnya: "Adakah sekolah anda

mempunyai Persatuan Pelajar? Ya! Tidak"

Minta responden memberi tanda (^) bagi kenyataan positif. Misalnya: "Sebahagian

pelajar wanita di sekolah ini beragama Islam .... ( )"

Bulatkan atau gariskan jawapan yang sesuai bagi kenyataan yang diberikan.

Misalnya: "Persatuan muzik mengadakan perjumpaan: setiap minggu, dua minggu

sekali, setiap bulan, tidak tentu masa".

Page 10: kaedah+pengumpulan+data

SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN I SAINS PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

72

Laman ashaario

(c) Butiran yang mempunyai ciri pengasingan (diskriminasi), misalnya: "Adakah sekolah anda

mempunyai perpustakaan?"

Diperbaiki menjadi:

"Adakah sekolah anda mempunyai perpustakaan yang mengandungi sekurang-kurangnya

sebuah buku bagi seorang pelajar?"

(d) Senarai semak mestilah lengkap dan komprehensif.

7.3.5 Rakaman Pita Video Dan Transkrip

Rakaman sangat berguna apabila memerlukan rakaman data yang spesifik iaitu seperti butir-

butir percakapan komunikasi antara pelajar dan guru semasa sesi pembelajaran.

Penggambaran video untuk Kajian Tindakan memerlukan bantuan seorang rakan kajian

(research partner) untuk melaksanakan sesi penggambaran. Penggambaran video dapat

mengesan data-data yang berupa perlakuan guru, perlakuan pelajar atau fakta-fakta lain yang

gagal dikesan oleh guru.

Rakaman Pita juga berguna untuk mengukur dan menilai kegiatan seseorang individu atau

kumpulan dalam sesuatu aktiviti.

Transkrip perbualan pelajar-pelajar merupakan petunjuk yang berkesan untuk menilai

kefahaman pelajar-pelajar mengenai pemahaman sesuatu konsep.

Cadangan Untuk Membuat Transkrip

Dengar segala rakaman untuk mendapatkan gambaran menyeluruh.

Dengar rakaman untuk kali kedua dan buat nota ringkas dan catatkan nombor pada

kaunter tape/pita supaya mudah membuat rujukan sernula.

Daripada nota ringkas, pilih bahagian yang penting kepada persoalan kajian dan

membuat transkrip yang lengkap.

Page 11: kaedah+pengumpulan+data

SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN I SAINS PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

73

Laman ashaario

7.3.6 Log

Log ialah catatan peristiwa atau aktiviti mengikut turutan kronologi yang dicatatkan seara

ringkas dan bersifat fakta.

7.3.7 Nota lapangan

Catatan yang dibuat semasa menjalankan temubual atau pemerhatian.

7.3.8 Foto

Rakaman gambar sebelum, semasa dan selepas sesuatu aktiviti untuk dilihat perbezaannya.

7.3.9 Portfolio

Satu koleksi bahan-bahan termasuk contoh dan sampel kerja merangkumi skop program atau

aktiviti.

7..3.10 Rekod Anekdot

Rekod anekdot adalah rekod tentang satu sahaja peristiwa. Ia juga merupakan satu catatan

ringkas tentang suatu kejadian atau tingkah laku yang penting sahaja . Ia menerangkan secara

fakta di mana, bagaimana, bila, apa, dan siapa secara objektif akan peristiwa/kejaidian yang

berlaku. Antara maklumat yang perlu ada dalam rekod anekdot ialah nama, tarikh, masa,

tempat, peristiwa yang berlaku, ulasan,cadangan atau tindakan oleh guru.

Perkara-perkara yang perlu di pertimbangkan semasa menulis:

a) Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku walaupun tidak

dirancang.

b) Pelajar yang diperhatikan tidak perlu ditentukan.

Page 12: kaedah+pengumpulan+data

SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN I SAINS PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

74

Laman ashaario

c) Perkara tersebut penting dan signifikan dalam aspek perkembangan pelajar.

Contoh: perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial, kemahiran menyelesaikan

masalah dan sebagainya.

7.3.11 Slaid

Slaid yang menunjukkan perubahan yang telah berlaku dalam tempoh penyelidikan seperti

perkembangan pembelajaran.

7.3.12 Jurnal

Jurnal ialah catatan berkala dan berterusan mengikut persepsi seseorang berfokus kepada

sesuatu isu tertentu, maklumat yang dicatatkan bukan hanya perihal peristiwa penting tetapi

juga merangkumi segala pemerhatian, perasaan, reaksi, pandangan, interpretasi, hipotesis,

hasil refleksi, analisis dan komen.

7.3.13 Menulis Diari

Catatan diari adalah satu cara yang penting untuk mengutip data dalam Kajian Tindakan.

Catatan mengenai pemerhatian, perasaan, tindakan, hipotesis dan penyelesaian sesuatu

situasi boleh dibuat. Kita boleh menggunakan cara tersendiri untuk catatan diari.

Terdapat dua jenis catatan dairi: diari guru dan diari pelajar. Berikut adalah panduan untuk

menulis diari:

1. Catatan Diari Guru

Catatan diari harus sentiasa dilakukan. Contohnya, selepas sesuatu pengajaran yang

satu strategi khas telah digunakan atau selepas bermesyuarat dengan kelas yang

bermasalah.

Page 13: kaedah+pengumpulan+data

SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN I SAINS PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

75

Laman ashaario

Dalam amalan catatan diari, tinggalkan margin yang leas untuk merekodkan segala

perubahan, tambahan nota atau rujukan kepada bahagian lain di diari.

Setiap catatan diari mesti ada:Tarikh peristiwa berlaku dan tarikh catatan dibuat.

Maklumat tentang masa, lokasi, responden, fokus kajian dan lain-lain yang penting

kepada kajian.

Catatan diari harus ada tajuk besar, tajuk kecil dan gariskan bahagian-bahagian penting

untuk menyenangkan silang rujukan.

Bahan-bahan penting seperti gambar, salinan dokumen, kerja pelajar dan lain-lain boleh

dilekat dalam diari untuk rujukan.

Dari semasa ke semasa analisis catatan diari harus dilakukan untuk mengetahui sama

ada isu kajian itu dapat dijawab melalui data yang dikutip dan apakah data yang masih

perlu dikutip.

Analisis catatan yang dilakukan akan membantu dalam rancangan tindakan susulan

Perbincangan catatan diari dengan seorang rakan kajian akan membolehkan kita

mendalami situasi / isu yang dikaji.

2. Catatan Diari Pelajar

Catatan diari pelajar merupakan sumber yang menarik sebagai data atau makiumat.

Catatan pelajar akan memberi pandangan yang berbeza daripada pandangan guru

mengenai isu yang sama.

Catatan diari pelajar juga membekalkan guru dengan maklum balas yang ikhlas untuk

mengetahui tentang suasana bilik darjah dan kemajuan pelajar-pelajar.

Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar akan menulis tentang guru-guru secara bebas

sekiranya mereka percaya pada guru itu.

Page 14: kaedah+pengumpulan+data

SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN I SAINS PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

76

Laman ashaario

7.4 KESIMPULAN:

Kejayaan sesuatu penyelidikan yang dijalankan bukan sahaja bergantung kepada pelaksanaan

yang telah difikirkan dengan teliti, tetapi juga bergantung kepada penyelarasan dan

pengawasan setiap aktiviti dengan baik.

LATIHAN

1. Jelaskan bagaimanakah kajian tindakan dilakukan melalui kaedah pemerhatian.

2. Bincangkan apakah kekuatan kaedah pemerhatian

OLL

Hasilkan dalam bentuk grafik kekuatan dan kelemahan menggunakan kaedah mengumpul data

melalui catatan diari.