kaedah susunan petak sifir dalam membantu murid tahun tiga menguasai konsep darab

6
JENRY BIN SAIPARUDIN CT 112 10669 TZ20006:ULASAN KAJIAN TINDAKAN KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP DARAB PENGENALAN Malaysia merupakan negara yang sedang membangun dengan pesat. Kemajuan ini adalah hasil daripada peningkatan kemahiran kita dalam bidang sains dan teknologi. Sebagaimana yang kita ketahui, matematik adalah satu cabang penting dalam bidang sains dan teknologi. Subjek Matematik merupakan satu cabaran kepada generasi muda Malaysia pada masa kini. Skemp (1989), seorang pakar psikologi dan matematik, pernah menyatakan bahawa mata pelajaran Matematik adalah subjek yang sukar dan lebih susah untuk dikuasai berbanding dengan subjek-subjek yang lain. Mengikut fokus artikel kajian ini adalah untuk membantu murid membentuk konsep darab melalui kaedah susunan dengan menggunakan bahan visual dan manipulatif serta aplikasinya dalam membentuk jadual sifir darab. Dalam artikel tersebut, konsep darab harus difokuskan terlebih dahulu dan diteruskan dengan petak sifir darab atau boleh dikenali sebagai jadual sifir darab. LANGKAH 1: MENGENALPASTI MASALAH/FOKUS YANG DIMINATI Berdasarkan artikel kajian tindakan ini, saya mendapati fokus utama pengkaji adalah untuk membantu murid membentuk konsep darab melalui Kaedah Susunan dengan menggunakan bahan visual dan manipulatif dalam membentuk jadual sifir. Secara langsung boleh membantu murid yang tidak berupaya untuk membuat interpretasi rajah, melakukan perwakilan konsep darab dengan rajah dan menulis ayat matematik darab daripada rajah. Pengkaji terbabit telah mengenal pasti enam orang murid melalui keputusan ujian pertengahan semester satu dan tinjauan awal dalam bentuk lembaran kerja bertulis. Tugasan yang diberikan kepada mereka juga tidak dapat disiapkan dengan baik. Daripada temu bual dengan guru mata pelajaran Matematik, pengkaji dapat mengetahui murid-murid tersebut merupakan antara murid yang lemah dalam Matematik. Pada pendapat saya, kajian tindakan ini adalah sangat penting terhadap murid-murid tersebut. Ini disebabkan tanpa penguasaan dalam pembelajaran, murid-murid tidak akan dapat menguasai mata pelajaran yang hendak diajar.

Upload: jenry-saiparudin

Post on 22-Dec-2014

5.741 views

Category:

Education


9 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP DARAB

JENRY BIN SAIPARUDIN CT 112 10669

TZ20006:ULASAN KAJIAN TINDAKAN

KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA

MENGUASAI KONSEP DARAB

PENGENALAN

Malaysia merupakan negara yang sedang membangun dengan pesat. Kemajuan ini

adalah hasil daripada peningkatan kemahiran kita dalam bidang sains dan teknologi.

Sebagaimana yang kita ketahui, matematik adalah satu cabang penting dalam bidang sains

dan teknologi. Subjek Matematik merupakan satu cabaran kepada generasi muda Malaysia

pada masa kini. Skemp (1989), seorang pakar psikologi dan matematik, pernah menyatakan

bahawa mata pelajaran Matematik adalah subjek yang sukar dan lebih susah untuk dikuasai

berbanding dengan subjek-subjek yang lain.

Mengikut fokus artikel kajian ini adalah untuk membantu murid membentuk konsep

darab melalui kaedah susunan dengan menggunakan bahan visual dan manipulatif serta

aplikasinya dalam membentuk jadual sifir darab. Dalam artikel tersebut, konsep darab harus

difokuskan terlebih dahulu dan diteruskan dengan petak sifir darab atau boleh dikenali

sebagai jadual sifir darab.

LANGKAH 1: MENGENALPASTI MASALAH/FOKUS YANG DIMINATI

Berdasarkan artikel kajian tindakan ini, saya mendapati fokus utama pengkaji adalah

untuk membantu murid membentuk konsep darab melalui Kaedah Susunan dengan

menggunakan bahan visual dan manipulatif dalam membentuk jadual sifir. Secara langsung

boleh membantu murid yang tidak berupaya untuk membuat interpretasi rajah, melakukan

perwakilan konsep darab dengan rajah dan menulis ayat matematik darab daripada rajah.

Pengkaji terbabit telah mengenal pasti enam orang murid melalui keputusan ujian

pertengahan semester satu dan tinjauan awal dalam bentuk lembaran kerja bertulis.

Tugasan yang diberikan kepada mereka juga tidak dapat disiapkan dengan baik. Daripada

temu bual dengan guru mata pelajaran Matematik, pengkaji dapat mengetahui murid-murid

tersebut merupakan antara murid yang lemah dalam Matematik.

Pada pendapat saya, kajian tindakan ini adalah sangat penting terhadap murid-murid

tersebut. Ini disebabkan tanpa penguasaan dalam pembelajaran, murid-murid tidak akan

dapat menguasai mata pelajaran yang hendak diajar.

Page 2: KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP DARAB

JENRY BIN SAIPARUDIN CT 112 10669

LANGKAH 2: MENGUMPUL DATA

Antara langkah yang diambil oleh pengkaji dalam melakukan kajian tindakan ini

adalah dengan mengumpul data. Proses ini penting sebelum sesuatu kajian tindakan dibuat.

Ini merupakan satu pendekatan yang khusus yang ada kaitan dengan keperluan penyelidik

untuk memahami masalah dan amalan mereka dengan lebih lanjut.

Kajian tindakan memerlukan pelbagai cara mengumpul data bagi mendapatkan

maklumat. Kajian dijalankan ke atas 6 orang murid Tahun 3 , di Sekolah Kebangsaan

Sungai Kuching. Tinjauan terhadap masalah dibuat bagi mengenal pasti secara lebih

mendalam masalah kumpulan sasaran. Saya mendapati pengkaji terbabit mengadakan

perbincangan dengan guru mata pelajaran untuk mendapatkan maklum balas mengenai

tingkah laku murid-murid ini semasa proses P&P berjalan. Kaedah temu bual tidak

berstruktur juga turut dibuat untuk mengesan perasaan murid semasa belajar. Pada

pendapat saya,langkah ini sangat baik kerana adalah penting untuk seseorang guru itu

mengetahui bagaimana reaksi murid agar P&P berjalan lancar.

LANGKAH 3: MENGANALISA DATA

Analisis kandungan

Data yang dikumpul oleh pengkaji telah dikategorikan sepanjang proses

pengumpulan dan dikodkan. Dengan mengambilkira kebolehan dan keupayaan murid dalam

penyelesaian matematik yang direkodkan. Di samping itu, pengkaji juga telah mengekod

pemerhatian yang dicatatkan. Perkara-perkara yang berlaku telah dibahagikan dan

dikategorikan mengikut interaksi murid yang berlaku, kejadian, ciri-ciri perkara dan lain-lain.

Hasil dari pemerhatian pengkodan masalah murid yang dilakukan, pengkaji mendapati

murid-murid tersebut tidak dapat menjawab beberapa soalan yang diberikan.

Analisis pola

Selepas analisis kandungan dijalankan, pengkaji juga telah menjalankan analisis

pola ke atas data yang telah dikelaskan dan dikenal pasti. Antara pola yang dikaji adalah

pola persamaan dan pola perbezaan.

LANGKAH 4: MERANCANG TINDAKAN

Terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai oleh pengkaji pada akhir kajian ini.

Tindakan yang diambil adalah bertujuan untuk:

1- meningkatkan penguasaan Kaedah Susunan Petak Sifir dapat Membantu

Meningkatkan Amalan P&P dari segi Pengajaran Konsep Darab Tahun Tiga

2- Kaedah Susunan Petak Sifir dapat Membantu Enam Orang Murid Tahun 3 SK

Sungai Kuching dalam Menguasai Konsep Darab

Page 3: KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP DARAB

JENRY BIN SAIPARUDIN CT 112 10669

Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih cara susunan untuk menunjukkan konsep

darab kerana pengkaji berpendapat ia adalah sesuai dengan pemahaman murid terhadap

konsep darab. Kajian oleh Harries dan Barmby (2008) berpendapat bahawa perwakilan

konsep darab dengan cara susunan adalah lebih baik berbanding dengan perwakilan yang

lain. Ini disebabkan cara susunan dapat menunjukkan sifat komutatif operasi darab,

manakala konsep yang lain seperti, garis nombor, set atau kumpulan, nisbah tidak dapat

menunjukkan sifat tersebut dengan jelas.

LANGKAH 5: MELAKSANAKAN PELAN TINDAKAN

Antara langkah yang dilaksanakan oleh pengkaji ialah dengan membuat transkrip

temu bual yang menunjukkan kaedah susunan tersebut memberikan kesan positif kepada

murid di samping meningkatkan amalan pengajaran dari segi motivasi dan minat murid.

Begitu juga dengan penekanan konsep darab sebagai penambahan berterusan serta cara

penyampaian dengan menggunakan kemahiran menyoal dan „PowerPoint‟.

Peserta kajian menunjukkan peningkatan dari segi bilangan soalan yang dijawab

dengan betul. Lembaran kerja bertulis menunjukkan kesan positif kaedah susunan petak sifir

ke atas peserta kajian. Setelah kaedah susunan petak sifir diperkenalkan, murid

menunjukkan pemahaman terhadap konsep darab. Murid dapat membuat perwakilan rajah

dan menulis ayat matematik untuk darab dengan betul serta membuat perkaitannya dengan

rajah.

Mengikut jadual dalam artikel tersebut, menunjukkan lembaran kerja bertulis tiga

orang murid, di mana mereka dapat menjawab soalan dengan satu kecuaian. Saya

mendapati semasa pengkaji melaksanakan kaedah tersebut, murid menunjukkan minat

yang tinggi untuk belajar. Mereka berasa senorok semasa menjalankan aktiviti disamping

mempelajari kaedah tersebut. Selain itu, pengkaji mendapati melalui kaedah tersebut, ia

telah meningkatkan motivasi dan minat murid terhadap operasi darab.

LANGKAH 6: MENGUMPUL DATA UNTUK MENGESAHKAN PERUBAHAN

Data-data direkodkan oleh pengkaji untuk menilai keberkesanan tindakan yang

diambil dalam membantu murid-murid dalam meningkatkan kemahiran tersebut.

Dalam kajian ini, pemerhatian telah dijalankan oleh pengkaji sendiri dengan bantuan

seorang rakan kolaboratif. Aspek-aspek yang diperhatikan adalah seperti persekitaran

fizikal, persekitaran sosial, aktiviti yang berlaku, tempoh masa aktiviti yang dicatat dalam

bentuk borang pemerhatian, rakaman video dan gambar.

Page 4: KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP DARAB

JENRY BIN SAIPARUDIN CT 112 10669

Pengkaji juga telah melakukan pendekatan temu bual terhadap kumpulan murid ini

dan dapat memperolehi tindak balas yang memberansangkan dan teknik yang dijalankan

dapat membantu dan mempertingkat penguasaan murid terhadap darab.

Selain itu, analisis dokumen juga disertakan seperti bentuk lembaran kerja. Pengkaji

juga menggunakan analisis untuk melakukan perbandingan dari lembaran kerja yang lepas

secara langsung boleh mengesan tahap penguasaan dan keberkesanan petak sifir tersebut.

LANGKAH 7: MENGANALISIS DAN MENILAI

Hasil pembacaan jurnal kajian tindakan ini, saya dapati murid-murid telah dapat

meningkatkan kemajuan dalam penguasaan kepada operasi darab.

Pengkaji juga menggunakan pendekatan Merriem (1998), iaitu triangulasi merupakan

salah satu kaedah yang boleh meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu penyelidikan

kualitatif. Jenis triangulasi yang digunakan adalah triangulasi kaedah dan triangulasi

penyelidik. Dalam triangulasi kaedah, pengkaji telah menggunakan triangulasi antara

kaedah. Triangulasi antara kaedah adalah pengumpulan data menggunakan beberapa

kaedah yang berbeza tetapi sama digunakan untuk setiap peserta kajian (Smith, 1975).

Dari segi triangulasi penyelidik pula, pengkaji mendapatkan bantuan daripada

seorang rakan kolaborasi (Major Matematik) dalam pengumpulan data. Pemerhatian

terhadap aktiviti-aktiviti P&P serta membuat rakaman video dan mengambil foto.

Penguasaan murid juga meningkat melalui pelbagai alat bantu mengajar yang diaplikasikan

dalam tindakan.

Salah satu tujuan penggunaan kaedah ini juga adalah telah membantu murid dalam

mengingat sifir darab. Apabila murid sudah memahami konsep darab, ia akan membantu

murid untuk mengingat sifir darab bagi memudahkan komputasi operasi matematik. Selepas

kajian ini, murid didapati lebih berkemampuan untuk membacakan sifir. Pengalaman mereka

dalam membentuk petak sifir darab membantu dalam mengingat sifir darab.

RUMUSAN

Pada pemerhatian saya, pengkaji telah dapat mencapai objektif kajian tindakan yang

disasarkan. Kesemua murid yang bertindak sebagai kumpulan sasaran dalam kajian ini

telah dapat menguasai kaedah susunan petak sifir. Merujuk kepada dapatan pengkaji,

dapatlah dirumuskan bahawa kaedah-kaedah yang digunakan dapat membantu murid-murid

yang lemah ini untuk menghafal sifir.

Kajian seperti ini harus diteruskan pada masa-masa akan datang agar dapat

membantu lebih ramai murid yang lemah. Walaupun pada awalnya kesemua murid-murid

yang terbabit tidak mempunyai keyakinan diri dan menghadapi kesukaran dalam mata

pelajaran Matematik, namun dengan bimbingan dan perhatian yang diberikan oleh guru

Page 5: KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP DARAB

JENRY BIN SAIPARUDIN CT 112 10669

dapat mengubah tahap penguasaan murid. Murid-murid ini tidak seharusnya dipinggirkan

agar kecenderungan mereka untuk belajar dapat ditingkatkan.

Diharap usaha ini akan berterusan dan dapat dimanfaatkan oleh semua guru supaya

proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan terutamanya

dalam mata pelajaran Matematik.

Page 6: KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP DARAB

JENRY BIN SAIPARUDIN CT 112 10669

RUJUKAN :

1) KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN

TIGA MENGUASAI KONSEP DARAB Oleh Yip Jeun Han, IPG KBL

2) Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP MT amb. Januari 2008, Seminar

Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2011

3) Zainudin Bin Abu Bakar & Mohd. Rashidi Bin Mat Jalil. (2011). Keberkesanan

kaedah petak sifir dalam penguasaan fakta asas darab dalam matematik

Tahun 4: Satu kajian di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor. Diperoleh pada

1Mac2011dari

http://eprints.utm.my/119281/Keberkesanan_Kaedah_Petak_Sifir_Da

lam_Penguasaan_Fakta_Asas_Darab_Dalam_Matematik_Tahun_4.pdf

4) Skemp, R. R. (1989). Mathematics in the primary school. London: Routledge

5) TZ20006;PENGAJARAN,TEKNOLOGI DAN PPENAKSIRAN 2;SPPS

UMS/PPG 2013