kaedah perlombongan selepas kedatangan british.docx

12
Latar Belakang Perusahaan bijih timah merupakan perusahaan yang tertua dan bahan eksport utama di Tanah Melayu. Sebelum tahun 1820, perlombongan bijih timah diusahakan oleh orang Melayu secara tradisional dengan menggunakan kaedah mendulang dan melampan. Seiring dengan peredaran zaman dan perubahan teknologi, aktiviti perlombongan bijih timah telah berkembang dengan pesat dan ini didorong pelbagai faktor dalaman dan luaran. Hasilnya, pengeluaran bahan galian ini terus meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 1820-an orang Cina dibawa masuk bekerja di lombong bijih timah kepunyaan pembesar melayu di daerah Lukut, Sungai Ujong, Larut dan Klang. Orang Cina dan Eropah dibenarkan membuka lombong bijih timah dengan memajak tanah daripada pembesar-pembesar Melayu. Setelah kedatangan British, perlombongan bijih timah semakin berkembang dengan penglibatan orang Cina. Masalah kekurangan buruh diatasi oleh British dengan menggalakkan dasar penghijrahan buruh dari China. Dasar British yang liberal terhadap kemasukan imigran-imigran memberi impak yang besar terhadap perusahaan bijih timah. British bukan sahaja tidak menyekat kemasukan imigran malah menggalakkan lagi kedatangan mereka. Buktinya, British telah menandatangani perjanjian dengan pemilik kapal dan saudagar-saudagar Cina di mana British akan memberi subsidi sebanyak $5 terhadap tiap- tiap imigran Cina yang dibawa masuk ke Tanah Melayu. Kemasukan orang Cina merupakan antara faktor yang mendorong perkembangan perusahaan bijih timah. Lombong-lombong bijih timah telah

Upload: cahayahanan

Post on 21-Dec-2015

947 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: kaedah perlombongan selepas kedatangan British.docx

Latar Belakang

Perusahaan bijih timah merupakan perusahaan yang tertua dan bahan eksport utama di

Tanah Melayu. Sebelum tahun 1820, perlombongan bijih timah diusahakan oleh orang

Melayu secara tradisional dengan menggunakan kaedah mendulang dan melampan. Seiring

dengan peredaran zaman dan perubahan teknologi, aktiviti perlombongan bijih timah telah

berkembang dengan pesat dan ini didorong pelbagai faktor dalaman dan luaran. Hasilnya,

pengeluaran bahan galian ini terus meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 1820-an orang

Cina dibawa masuk bekerja di lombong bijih timah kepunyaan pembesar melayu di daerah

Lukut, Sungai Ujong, Larut dan Klang. Orang Cina dan Eropah dibenarkan membuka

lombong bijih timah dengan memajak tanah daripada pembesar-pembesar Melayu.

Setelah kedatangan British, perlombongan bijih timah semakin berkembang dengan

penglibatan orang Cina. Masalah kekurangan buruh diatasi oleh British dengan

menggalakkan dasar penghijrahan buruh dari China. Dasar British yang liberal terhadap

kemasukan imigran-imigran memberi impak yang besar terhadap perusahaan bijih timah.

British bukan sahaja tidak menyekat kemasukan imigran malah menggalakkan lagi

kedatangan mereka. Buktinya, British telah menandatangani perjanjian dengan pemilik kapal

dan saudagar-saudagar Cina di mana British akan memberi subsidi sebanyak $5 terhadap

tiap-tiap imigran Cina yang dibawa masuk ke Tanah Melayu. Kemasukan orang Cina

merupakan antara faktor yang mendorong perkembangan perusahaan bijih timah. Lombong-

lombong bijih timah telah dibuka dengan banyaknya di daerah Larut, Perak di bawah

pembesar Long Jaafar sejak tahun 1848. Pada peringkat awal, kemasukan orang Cina yang

digalakkan oleh Long Jaafar dari Negeri-negeri Selat adalah sebagai buruh dan pelabur dalam

perusahaan bijih timah. Mereka ini telah menggunakan modal sendiri untuk membuka

lombong seperti di Larut, Lembah Kinta, Lembah Klang, dan Sungai Ujong. Masalah

kekurangan buruh di 19 buah lombong bijih timah di Kemunting pula telah diatasi dengan

mengimport buruh dari China melalui Sistem Tiket Kredit. Untuk menggalakkan kedatangan

orang Cina, British menyediakan pelbagai kemudahan. Pada tahun 1877, Jabatan

Perlindungan Orang-orang Cina telah ditubuhkan bagi mengurus hal-ehwal orang Cina

terutamanya yang berkaitan dengan kemasukan, pekerjaan, perlindungan dan sebagainya.

Tenaga buruh didapati dengan mudah dan murah hasil daripada usaha-usaha mereka untuk

membawa imigran-imigran Cina dari Selatan Cina terutama dari Kwantung, Kwangsi,

Fukkien.

Page 2: kaedah perlombongan selepas kedatangan British.docx

Terdapat di antara buruh-buruh ini yang sudah mempunyai pengalaman dalam

kegiatan perlombongan di negeri mereka. Merekalah yang kemudiannya menjadi tenaga

mahir dan separuh mahir dalam perlombongan bijih timah di Tanah Melayu. Orang-orang

Cina juga telah memperkenalkan teknik-teknik melombong yang lebih baik dari orang

Melayu. Antara teknik-teknik tersebut ialah lombong dedah, pam kelikir, enjin wap, dan

palung. Orang-orang Cina juga telah memperkenalkan teknik roda air yang dapat

mengelakkan banjir di kawasan perlombongan. Saudagar-saudagar Cina di Negeri-negeri

Selat pula telah memberi sumbangan modal bagi menjalankan perusahaan bijih timah di

Negeri-negeri Melayu. Selain itu, terdapat pengusaha-pengusaha yang berkebolehan dalam

menjalankan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu.

Pengenalan kapal korek oleh British pula telah mengakibatkan pengeluaran bijih

timah secara besar-besaran.

Page 3: kaedah perlombongan selepas kedatangan British.docx

Kehadiran buruh Cina ini juga membawa bersama kaedah-kaedah perlombongan yang

lebih baik, iaitu secara lombong dedah dan lombong pam. Kaedah lombong dedah misalnya,

telah meningkatan hasil pengeluaran bijih timah dan kaedah ini juga lebih selamat. Kaedah

roda air bagi mengatasi masalah banjir dan penggunaan enjin wap juga merupakan antara

teknologi baru yang diaplikasi oleh orang Cina untuk meningkatkan produktiviti

perlombongan bijih timah. Buktinya, pengeluaran bijih timah telah meningkat dari 6,500 tan

pada tahun 1850 kepada 19,600 tan pada tahun 1881 dan 50,000 tan pada 1904. Justeru,

kedatangan orang Cina dan penglibatan mereka dalam perlombongan bijih timah telah

memperkembangkan perusahaan ini hingga Tanah Melayu menjadi pengeluar dan

pengeksport bijih timah terbesar di dunia pada waktu itu.

Di samping itu, perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu juga didorong oleh

dasar pemerintahan Inggeris terutamanya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada awalnya,

aktiviti perlombongan bijih timah agak terjejas akibat masalah anarki di negeri-negeri

Melayu seperti perebutan takhta kerajaan, persengkataan pembesar-pembesar Melayu,

pergaduhan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San, serta masalah perlanunan hingga merugikan

para saudagar di Negeri-negeri Selat. Namun perubahan dasar Inggeris kepada campur tangan

di negeri-negeri Melayu telah mengatasi masalah-masalah ini dan sekali gus memulihkan

semula perlombongan bijih timah. Pemerintahan Inggeris yang memperkenalkan Sistem

Residen telah memesatkan lagi kemajuan perusahaan bijih timah. Pembinaan jalan kereta api

dan jalan raya telah memudahkan kerja-kerja mengangkut bijih timah ke pelabuhan untuk

dieksport.

Kepesatan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu juga dikaitkan dengan

permintaan tinggi di pasaran dunia. Hal ini terjadi ekoran Revolusi Perindustrian yang

Page 4: kaedah perlombongan selepas kedatangan British.docx

berlaku di Eropah khususnya di Britain. Bijih timah sangat diperlukan dalam perusahaan

mengetin makanan iaitu perusahaan ayan (tin-plate) sebagai penyadur tin bagi mengelakkan

tin daripada berkarat dan menjamin makanan selamat digunakan. Keadaan ini telah

menyebabkan harga bijih timah melambung naik iaitu mencapai £140 setan. Hal ini turut

menggalakkan pembukaan lebih banyak lombong baru di Tanah Melayu terutamanya di

Larut, Rasah, dan Kuala Lumpur. Tegasnya, permintaan yang tinggi terhadap bahan galian ini

telah menuntut lebih banyak pengeluaran daripada pelombong pengusaha sehingga

menyumbangkan kepada kemajuan perkembangan perusahaan bijih timah.

Lain daripada itu, pengenalan kapal korek turut menjadi penyumbang kepada perkembangan

perusahaan bijih timah di Tanah Melayu. Jentera ini deiperkenalkan pada tahun 1912 oleh

syarikat Malayan Tin Dredging di Batu Gajah, Perak. Penggunaan teknologi yang lebih

moden ini membolehkan penghasilan bijih timah dengan kuantiti yang lebih banyak dan

menguntungkan. Tambahan pula, kapal korek boleh digunakan dengan selamat di kawasan

berpaya atau tanah lembap serta mampu memisahkan bijih timah dari tanah dengan cepat.

Menjelang tahun 1929, dua per tiga daripada jumlah pengeluara bijih timah adalah dihasilkan

oleh pengusaha Eropah yang menggunakan kapal korek dalam perlombongan.

Pengeluarannya meningkat dari 51,000 tan pada tahun 1913 kepada 77,000 tan pada tahun

1937. Penggunaan kapal korek pula semakin meluas di Tanah Melayu apabila 105 buah kapal

korek beroperasi di lombong pada tahun 1929 berbanding hanya 20 buah pada 1920. Situasi

ini sejajar dengan permintaan tinggi di pasaran Eropah dan Amerika hingga menjadikan kapal

korek sebagai penyumbang kepada perkembangan perusahaan bijihi timah di Tanah Melayu.

Walau bagaimana pun, zaman kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929 hingga 1932

menyaksikan kemerosotan teruk industri ini. Keadaan ini memberi kesan kepada harga bijih

timah yang jatuh dengan mendadak kerana kurangnya permintaan dari pasaran Eropah. Harga

bijih timah merudum dari $2414 setan pada 1926 kepada $1020 setan pada 1931.

Selain itu, situasi kemerosotan bijih timah menyebabkan penutupan banyak lombong. Hal ini

terjadi kerana pengusahaan lombong tidak lagi menggalakkan. Akibatnya, berlaku

pengangguran dalam kalangan pekerja lombong. Rentetan daripada ini, beribu-ribu pekerja

Cina telah dihantar pulang ke negara asal mereka bahkan ada yang pulang secara sukarela.

Pada tahun 1931 contohnya, kira-kira 10,000 orang pelombong di Perak telah dihantar balik

ke China.

Page 5: kaedah perlombongan selepas kedatangan British.docx

Lombong Dedah

Lombong dedah merujuk kepada teknik perlombongan yang mengeluarkan semua

batuan dan galian dari Bumi. Kaedah lombong dedah merupakan salah satu kaedah yang

telah diperkenalkan oleh pelombong Cina di Tanah Melayu sekitar akhir kurun ke-18. Hasil

daripada pengenalan kaedah tersebut, pelombong Cina telah menguasai perlombongan bijih

Page 6: kaedah perlombongan selepas kedatangan British.docx

timah di Tanah Melayu sekitar akhir kurun ke-18 sehingga 1912 berbanding pengusaha bijih

timah Eropah.

Kaedah ini lebih selamat dan murah serta menggunakan peralatan seperti pam kerikil,

kapal wap dan sebagainya. Bagaimanapun kaedah ini memerlukan tenaga buruh yang ramai

yang mendorong peningkatan dalam jumlah pendatang Cina yang dibawa masuk untuk

bekerja dilombong sebegini. Namun, penguasaan pelombong Cina terhadap industri bijih

timah di Tanah Melayu berakhir apabila pengusaha Eropah mula memperkenalkan

kaedah kapal korek yang ternyata lebih menguntungkan dengan pengeluaran yang boleh

dilakukan secara besar-besara.

Dalam menggunakan kaedah ini, tanah yang mengandungi timah dikorek dengan

menggunakan jentera dan dibawa dalam keadaan setelah Ia dikorek itu dengan cara-cara

mekanik ke loji atau kilang membilas dan barulah disebatikan dengan air untuk memudahkan

timah pekat yang Iebih berat itu dapat diasingkan dan sisa-sisa tanah yang lain.

Penyodok-penyodok mekanik, jengkaut-jengkaut pencedok beroda dan traktor-traktor

digunakan untuk mengorek tanah yang kemudian dibawa dengan Ion, lokomotif atau

pengangkut panggul ke loji membilas. Terdapat kesemuanya lima buah lombong seperti mi

yang menjalankan operasinya di Negeri-negeri Tanah Melayu dalam tahun 1965. Namun,

kaedah lombong dedah ini juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Ianya

memerlukan banyak bekalan air yang jika tidak dikawal boleh menyebabkan banjir. Ketua-

ketua pelombong Cina atau kuli-kuli mereka seringkali bergaduh kerana berebut bekalan air.

Pam Kelikir

Dalam perlombongan pam kelikir, sumpitan-sumpitan air dengan tekanan kuat digunakan

untuk meruntuhkan tanah yang mengandungi bijih timah dan permukaan terdedah pinggir

bukit atau kuari. Pecahan-pecahan tanah akibat disumpit itu berkumpul dan disedut oleh alat

yang terletak di permukaan bawah sekali di kawasan yang lereng dan kemudian dipam oleh

pam kelikir ke kotak saluran yang panjang dan condong yang dikenali setempat sebagal

palung bagi memisahkan mineral-mineral yang berat dengan cara pemisahan graviti.

Page 7: kaedah perlombongan selepas kedatangan British.docx

Melombong dengan cara pam kelikir diperkenalkan oleh orang - orang Cina ini

menduduki tempat kedua selepas kapal korek dan segi pengeluaran biji timah.

Palung

Palung digunakan dalam kaedah pam kelikir. Melalui kaedah ini, pam tekanan

digunakan kepada monitor yang akan mengeluarkan pancutan air yang kuat yang akan

menghancurkan tanah. Bahan-bahan yang hancur dalam tanah liat tersebut akan dibawa

melalui saluran dan air akan disalurkan oleh pam kelikir ke dalam palung yang terletak lebih

kurang 40 hingga 120 kaki ke atas. Bijih timah yang berat ini disekat dalam palung oleh

batang kayu yang diletakkan bersilang di bahagian bawah palung tersebut. Kebanyakan pasir

dan tanah liat yang ringan keluar bersama dengan air dari palung dan ditimbunkan di ruang

pembuangan.1

Kapal Korek

Penggunaan kapal korek dalam perlombongan bijih timah telah menambahkan

pengeluaran galian itu di Tanah Melayu. Kaedah tersebut berasal dari Australia. Kapal korek

yang pertama telah diperkenalkan di Malaya oleh Malayan Tin Dredging Ltd. di kawasan

timah Lembah Kinta dalam tahun 1913. Dalam tahun 1914 terdapat tiga buah kapal korek

dan dalam tahun 1915 sebanyak 11; menjelang tahun 1920 jumlahnya bertambah menjadi 20

dan menjelang tahun 1921 meningkat kepada 30. Jumlah terbesar kapal korek yang pernah

menjalankan operasinya serentak dalam satu masa ialah dalam tahun 1929 apabila terdapat

sebanyak 105 buah kapal korek dan tidak ada satupun yang tidak menjalankan operasinya.

Kaedah penggunaan kapal korek lebih efesien kerana mampu mengeluarkan bijih yang

banyak, selain dapat digunakan di kawasan yang berpaya. Penggunaan kapal korek

membolehkan orang Eropah menguasai perusahaan bijih timah di Tanah Melayu.

Sebuah kapal korek yang moden serta besar dan seberat 5,100 tan metrik bernilai kira-

kira $30 juta untuk membinanya. Bentuk kapal korek menyerupai sebuah kilang yang

terapung dengan lantai, dinding dan atapnya yang datar, dan Ia mempunyai satu talian

pencedok - pencedok yang berat. Kapal korek terapung di tasik buatan atau semula jadi dan

pencedokpencedok itu akan mengaut tanah yang mengandungi bijih dan mengangkutnya ke

satu tempat tinggi di dalam badan kapal korek.

1 Nik Hasnaa Nik Mahmood. 1997. Orang-orang Cina di Tanah Melayu. Johor Bharu: UTM. Hlm. 258.

Page 8: kaedah perlombongan selepas kedatangan British.docx

Bahan-bahan yang telah dikorek itu dicairkan oleh sumpitan-sumpitan air ketika

bahan -bahan itu masuk ke dalam tabung silinder yang berputar itu sementara bahan-bahan

yang mengandungi timah disalurkan ke loji pemisah pertama di mana unsur-unsur mineral

yang berat itu terkumpul. Kapal-kapal korek terbesar yang menjalankan operasinya sekarang,

boleh mengorek dalam satu operasi yang berterusan sehingga sedalam 200 meter di bawah

permukaan air dan boleh mengendalikan sehingga lebih dan tiga suku juta meter padu bahan

setiap bulan.

Kesimpulannya, perkembangan pesat perusahaan bijih timah di Tanah Melayu terbukti

didorong faktor kemasukan orang Cina, dasar pemerintahan British, permintaan tinggi di

pasaran dunia, dan penggunaan kapal korek dalam perlombongan. Malangnya, perusahaan ini

menemui kejatuhan yang amat teruk ketika zaman kemelesetan ekonomi dunia 1929-1932

hingga menjadikan industri tidak lagi diminati oleh sebilangan pengusaha dan syarikat.

Rentetan kejatuhan ini, kerajaan Inggeris di Tanah Melayu telah menjalankan pelbagai

langkah bagi memulihkan harga bijih timah seperti mengurangkan pengeluaran, tidak

meluluskan sebarang permohonan bagi membuka lombong-lombong baru, dan terlibat dalam

Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa.