kaedah penyelidikan-etnografi

15

Click here to load reader

Upload: wmkfirdaus

Post on 22-Jul-2015

5.542 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kaedah penyelidikan-etnografi

Apa maksud penyelidikan Etnografi?

Ia berasal daripada perkataan Greek, “Ethnos” bererti

manusia, bangsa atau budaya. Ia sejenis kajian

lapangan yang berbentuk pemerhatian yang sering

digunakan dalam kajian sosiologi dan antropologi.

Menurut Sabitha Marican (2005), etnografi sebagai

penjelasan bertulis mengenai sesuatu budaya tentang

adat, kepercayaan, tingkah laku yang berdasarkan

kepada maklumat-maklumat yang dikumpulkan dari

kerja lapangan. Ia adalah kajian deskriptif ke atas

budaya, sub budaya, institusi atau kumpulan

sesebuah masyarakat.

Page 2: Kaedah penyelidikan-etnografi

Menurut Creswell (2005), etnografi merupakanbentuk kajian kualitatif untuk menerangkan,menganalisa dan Meninterpretasi bentuk “culture-sharing” sesuatu kumpulan seperti tingkah laku,kepercayaan, bahasa, ekonomi, struktur politik,interaksi, kehidupan dan gaya dalm perhubungan.

Untuk memahami “culture-sharing”, seseorangpengkaji perlu meluangkan masa dilapangan untuktemubual, memantau dan mendokumentasi bagimemahaminya. Masa yang lama diambil, mka datadapat direkodkan dengan terperinci.

Ringkasnya, etnografi ialah gambaran dan belajartentang budaya manusia dalam skala yang kecil yangsaling berintraksi.

Page 3: Kaedah penyelidikan-etnografi

Etnografi secara umumnya ialah kaedah kerja lapangan(pemerhatian). Teknik ini biasanya berkaitan dengandisiplin antropologi.

Dalam teknik ini data dan maklumat diperolehi denganmerujuk kepada kajian pemahaman dan pemerhatianterhadap budaya dan sub-budaya.

Pengkaji akan terlibat sama dalam masyarakat yangdikaji dan akan berinteraksi dengan mereka. Contohnyakajian amalan pemujaan oleh satu golongan etnik disesuatu kawasan penempatan.

Kajian yang dibuat oleh pengkaji atau penyelidikbiasanya berkisarkan kepada memahami budayamasyarakat tersebut dan membezakan ciri-ciri budayaitu dan melihat persamaan dengan budaya lain.

Page 4: Kaedah penyelidikan-etnografi

1. Etnografi akademik

Kajian ini berusaha untuk menambah pengetahuan mengenai sesuatu budaya atau mengenal pasti corak interaksi sosial,

seperti konsep “darah” dalam hubungan kekeluargaan Orang Asli.

2. Etnografi aplikasi

Bertujuan membangunkan satu pentafsiran yang menyeluruh terhadap sesuatu masyarakat atau institusi sosial seperti hospital, sekolah dan agensi kerajaan.

3. Etnografi tradisional atau klasik

Penyelidik akan tinggal bersama dan menghurai pelbagai kumpulan sosial seperti Mat Rempit dan pemain judi profesional.

4. Etnografi analitik

Melibatkan kerja lapangan seperti pemerhatian, temu bual, pengumpulan dokumen, membuat rakaman dll. Ia amat popular dan biasanya digunakan oleh penyelidik.

Page 5: Kaedah penyelidikan-etnografi

1. Etnografi Kritikal

2. Etnografi Realistik

3. Kajian Kes Etnografi

4. Etnografi Pengakuan

5. Etnografi Auto

6. Etnografi Mikro

7. Etnografi Feminis

8. Sejarah Hidup

9. Etnografi Novel

10. Etnografi Postmodern

Page 6: Kaedah penyelidikan-etnografi

Lazimnya 3 jenis Etnografi sering digunakan oleh penyelidik,

iaitu:

a) Etnografi Kritikal – penyelidikan berbentuk politikal dan

bertujuan menyatakan sesuatu ketidakadilan atau

membantah sesuatu dominasi ke atas sesebuah kumpulan

dalam masyarakat seperti hak wanita dan kes buli di

sekolah.

b) Etnografi Realistik – pula bertujuan memberi gambaran

sebenar tentang sesuatu budaya atau sistem dan biasa

dijalankan oleh ahli budaya atau ahli antropologi terhadap

kehidupan sebenar seperti cara hidup keluarga, pekerjaan,

jaringan sosial dan sistem status.

c) Kajian Kes Etnografi - tumpuan pada penyelidikan terhadap

aktiviti sesuatu kumpulan yang spesifik atau corak tingkah

laku yang dibentuk dalam suatu jangkamasa tertentu.

Page 7: Kaedah penyelidikan-etnografi

1. Tumpuan untuk memahami tingkah laku manusia

dalam kumpulan kecil yang melibatkan penyelidik dan

respondan dalam kajian.

2. Kajian melibatkan persekitaran semulajadi atau di

tapak kajian (Gay & Airasian, 2003). Ia bermaksud

pembolehubah yang dikaji itu berada dalam

persekitaran semulajadi dan persekitaran yang tidak di

kawal oleh penyelidik (Sabitha Marican, 2005).

3. Kajian melibatkan interaksi bersemuka penyelidik dan

responden (Gay & Airasian, 2003), iaitu seperti

pemerhatian dan temu bual oleh penyelidik

(bertanyakan soalan dengan jelas).

Page 8: Kaedah penyelidikan-etnografi

4. Keputusan pemerhatian akan dicatatkan dalambentuk nota serta dihuraikan semula dan disusunsemula untuk dianalisis secara keseluruhan(Sabitha Marican, 2005).

5. Menurut Hammersey (1998), pengumpulan datasecara tidak berstruktur, iaitu tidak mengikutsepenuhnya perancangan di awal kajian dan datadiambil berbentuk data-data mentah.

6. Kajian menggunakan pelbagai sumber data(pemerhatian, rakaman, temu bual, pita audio danpeta video (Massey, 1998). Manakala menurutHammersley (1998), walaupun data didapatipelbagai sumber, pemerhatian dan perbualan yangtidak formal akan menjadi sumber utama.

Page 9: Kaedah penyelidikan-etnografi

7. Kajian menggunakan konsep kebudayaan

sebagai mekanisme menginterpretasi keputusan

yang diperolehi untuk memhami isu yang dikaji

(Gay & Airasian, 2003).

Page 10: Kaedah penyelidikan-etnografi

1. Kajian perkembangan kanak-kanak dalam

masyarakat di Arfika Barat oleh Lancy (1996) telah

mengambarkan kanak-kanak belajar secara tidak

formal melalui pemerhatian mereka ke atas ibu

bapa dan masyarakat sekitar.

2. Kajian tentang gaya hidup di kalangan kaki tangan

awam yang telah pencen dan dbagaimana mereka

habiskan wang pampasan yang diterima (Sabitha

Marican 2005)

3. Kajian di kalangan wanita yang mempunyai anak

yang berhadapan dengan masalah tempat

perlindungan atau tidak ada rumah (Thrasher &

Muwbary, 1995)

Page 11: Kaedah penyelidikan-etnografi

Menurut Jean J Schensul (2005), kelebihanpenyelidikan ini ialah:

1. Etnografi boleh digunakan sama ada kuantitatifatau kualitatif.

2. Penyelidik boleh berinteraksi berdepan dengansampel tau subjek yang terlibat.

3. Refleksi lebih tepat diperolehi terhadapperspektif dan tingkah laku perserta / sampel.

Page 12: Kaedah penyelidikan-etnografi

4. Penyelidik boleh menggunakan pelbagaidata yang dikutip lebih tepat danmempunyai kebolehpercayaan tinggi,

5. Pengumpulan datanya lebih induktif,interaktif dan boleh diulang.

6. Strategi lebih analitik untuk membinateori, tingkah laku atau pembudayaansetempat.

Page 13: Kaedah penyelidikan-etnografi

6. Menggunakan konsep budaya sebagaialat untuk melihat komuniti danmenginterpretasikan keputusan yangdidapati.

7. Rangka dan tindakan penyelidikandapat dilakukan berdasarkan kontekssosio politik dan sejarahnya.

8. Kaedah etnografi sangat bergunakepada kumpulan peniaga untukmemahami bagaimana penggunamenggunakan produk dan perkhidmatanmereka (Miller, Daniel, 1987)

Page 14: Kaedah penyelidikan-etnografi

1. Perspektif pengkaji berkemungkinan dipengaruhi

oleh kecederungan budayanya sendiri.

2. Data diperolehi tidak lengkap kerana responden

tidak memenuhi ciri yang ada dalam budaya yang

dikaji, tidak jujur dan banyak pantang larang.

3. Tempoh masa kajian terlalu lama sehingga

bertahun-tahun kerana pengkaji perlu membuat

pemerhatian yang penuh ke atas sesebuah

masyarakat yang dikaji.

Page 15: Kaedah penyelidikan-etnografi

Walaupun terdapat kelemahan, namun kaedah ini

amat perlu dan penting untuk dilaksanakan

kerana dapatan kajiannya banyak membantu dan

memberi maklumat yang diperlukan oleh pihak-

pihak atau organisasi tertentu untuk mereka

melaksanakan dasar atau rancangan di masa

hadapan.