kaedah penyelidikan etnografi baru

15
Apa maksud penyelidikan Etnografi? Ia berasal daripada perkataan Greek, Ethnos bererti manusia, bangsa atau budaya. Ia sejenis kajian lapangan yang berbentuk pemerhatian yang sering digunakan dalam kajian sosiologi dan antropologi. Menurut Sabitha Marican (2005), etnografi sebagai penjelasan bertulis mengenai sesuatu budaya tentang adat, kepercayaan, tingkah laku yang berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang dikumpulkan dari kerja lapangan. Ia adalah kajian deskriptif ke atas budaya, sub budaya, institusi atau kumpulan sesebuah masyarakat.

Upload: masri9667

Post on 28-Jun-2015

1.732 views

Category:

Documents


21 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAEDAH PENYELIDIKAN ETNOGRAFI baru

Apa maksud penyelidikan Etnografi?

Ia berasal daripada perkataan Greek, “Ethnos” bererti manusia, bangsa atau budaya. Ia sejenis kajian lapangan yang berbentuk pemerhatian yang sering digunakan dalam kajian sosiologi dan antropologi.

Menurut Sabitha Marican (2005), etnografi sebagai penjelasan bertulis mengenai sesuatu budaya tentang adat, kepercayaan, tingkah laku yang berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang dikumpulkan dari kerja lapangan. Ia adalah kajian deskriptif ke atas budaya, sub budaya, institusi atau kumpulan sesebuah masyarakat.

Page 2: KAEDAH PENYELIDIKAN ETNOGRAFI baru

Menurut Creswell (2005), etnografi merupakan bentuk kajian kualitatif untuk menerangkan, menganalisa dan Meninterpretasi bentuk “culture-sharing” sesuatu kumpulan seperti tingkah laku, kepercayaan, bahasa, ekonomi, struktur politik, interaksi, kehidupan dan gaya dalm perhubungan.

Untuk memahami “culture-sharing”, seseorang pengkaji perlu meluangkan masa dilapangan untuk temubual, memantau dan mendokumentasi bagi memahaminya. Masa yang lama diambil, mka data dapat direkodkan dengan terperinci.

Ringkasnya, etnografi ialah gambaran dan belajar tentang budaya manusia dalam skala yang kecil yang saling berintraksi.

Page 3: KAEDAH PENYELIDIKAN ETNOGRAFI baru

Etnografi secara umumnya ialah kaedah kerja lapangan (pemerhatian). Teknik ini biasanya berkaitan dengan disiplin antropologi.

Dalam teknik ini data dan maklumat diperolehi dengan merujuk kepada kajian pemahaman dan pemerhatian terhadap budaya dan sub-budaya.

Pengkaji akan terlibat sama dalam masyarakat yang dikaji dan akan berinteraksi dengan mereka. Contohnya kajian amalan pemujaan oleh satu golongan etnik di sesuatu kawasan penempatan.

Kajian yang dibuat oleh pengkaji atau penyelidik biasanya berkisarkan kepada memahami budaya masyarakat tersebut dan membezakan ciri-ciri budaya itu dan melihat persamaan dengan budaya lain.

Page 4: KAEDAH PENYELIDIKAN ETNOGRAFI baru

1. Etnografi akademikKajian ini berusaha untuk menambah pengetahuan mengenai sesuatu budaya atau mengenal pasti corak interaksi sosial,seperti konsep “darah” dalam hubungan kekeluargaan Orang Asli.

2. Etnografi aplikasiBertujuan membangunkan satu pentafsiran yang menyeluruh terhadap sesuatu masyarakat atau institusi sosial seperti hospital, sekolah dan agensi kerajaan.

3. Etnografi tradisional atau klasikPenyelidik akan tinggal bersama dan menghurai pelbagai kumpulan sosial seperti Mat Rempit dan pemain judi profesional.

4. Etnografi analitikMelibatkan kerja lapangan seperti pemerhatian, temu bual, pengumpulan dokumen, membuat rakaman dll. Ia amat popular dan biasanya digunakan oleh penyelidik.

Page 5: KAEDAH PENYELIDIKAN ETNOGRAFI baru

1. Etnografi Kritikal

2. Etnografi Realistik

3. Kajian Kes Etnografi

4. Etnografi Pengakuan

5. Etnografi Auto

6. Etnografi Mikro

7. Etnografi Feminis

8. Sejarah Hidup

9. Etnografi Novel

10. Etnografi Postmodern

Page 6: KAEDAH PENYELIDIKAN ETNOGRAFI baru

Lazimnya 3 jenis Etnografi sering digunakan oleh penyelidik, iaitu:

a) Etnografi Kritikal – penyelidikan berbentuk politikal dan bertujuan menyatakan sesuatu ketidakadilan atau membantah sesuatu dominasi ke atas sesebuah kumpulan dalam masyarakat seperti hak wanita dan kes buli di sekolah.

b) Etnografi Realistik – pula bertujuan memberi gambaran sebenar tentang sesuatu budaya atau sistem dan biasa dijalankan oleh ahli budaya atau ahli antropologi terhadap kehidupan sebenar seperti cara hidup keluarga, pekerjaan, jaringan sosial dan sistem status.

c) Kajian Kes Etnografi - tumpuan pada penyelidikan terhadap aktiviti sesuatu kumpulan yang spesifik atau corak tingkah laku yang dibentuk dalam suatu jangkamasa tertentu.

Page 7: KAEDAH PENYELIDIKAN ETNOGRAFI baru

1. Tumpuan untuk memahami tingkah laku manusia dalam kumpulan kecil yang melibatkan penyelidik dan respondan dalam kajian.

2. Kajian melibatkan persekitaran semulajadi atau di tapak kajian (Gay & Airasian, 2003). Ia bermaksud pembolehubah yang dikaji itu berada dalam persekitaran semulajadi dan persekitaran yang tidak di kawal oleh penyelidik (Sabitha Marican, 2005).

3. Kajian melibatkan interaksi bersemuka penyelidik dan responden (Gay & Airasian, 2003), iaitu seperti pemerhatian dan temu bual oleh penyelidik (bertanyakan soalan dengan jelas).

Page 8: KAEDAH PENYELIDIKAN ETNOGRAFI baru

4. Keputusan pemerhatian akan dicatatkan dalam bentuk nota serta dihuraikan semula dan disusun semula untuk dianalisis secara keseluruhan (Sabitha Marican, 2005).

5. Menurut Hammersey (1998), pengumpulan data secara tidak berstruktur, iaitu tidak mengikut sepenuhnya perancangan di awal kajian dan data diambil berbentuk data-data mentah.

6. Kajian menggunakan pelbagai sumber data (pemerhatian, rakaman, temu bual, pita audio dan peta video (Massey, 1998). Manakala menurut Hammersley (1998), walaupun data didapati pelbagai sumber, pemerhatian dan perbualan yang tidak formal akan menjadi sumber utama.

Page 9: KAEDAH PENYELIDIKAN ETNOGRAFI baru

7. Kajian menggunakan konsep kebudayaan sebagai mekanisme menginterpretasi keputusan yang diperolehi untuk memhami isu yang dikaji (Gay & Airasian, 2003).

Page 10: KAEDAH PENYELIDIKAN ETNOGRAFI baru

1. Kajian perkembangan kanak-kanak dalam masyarakat di Arfika Barat oleh Lancy (1996) telah mengambarkan kanak-kanak belajar secara tidak formal melalui pemerhatian mereka ke atas ibu bapa dan masyarakat sekitar.

2. Kajian tentang gaya hidup di kalangan kaki tangan awam yang telah pencen dan dbagaimana mereka habiskan wang pampasan yang diterima (Sabitha Marican 2005)

3. Kajian di kalangan wanita yang mempunyai anak yang berhadapan dengan masalah tempat perlindungan atau tidak ada rumah (Thrasher & Muwbary, 1995)

Page 11: KAEDAH PENYELIDIKAN ETNOGRAFI baru

Menurut Jean J Schensul (2005), kelebihan penyelidikan ini ialah:

1. Etnografi boleh digunakan sama ada kuantitatif atau kualitatif.

2. Penyelidik boleh berinteraksi berdepan dengan sampel tau subjek yang terlibat.

3. Refleksi lebih tepat diperolehi terhadap perspektif dan tingkah laku perserta / sampel.

Page 12: KAEDAH PENYELIDIKAN ETNOGRAFI baru

4. Penyelidik boleh menggunakan pelbagai data yang dikutip lebih tepat dan mempunyai kebolehpercayaan tinggi,

5. Pengumpulan datanya lebih induktif, interaktif dan boleh diulang.

6. Strategi lebih analitik untuk membina teori, tingkah laku atau pembudayaan setempat.

Page 13: KAEDAH PENYELIDIKAN ETNOGRAFI baru

6. Menggunakan konsep budaya sebagai alat untuk melihat komuniti dan menginterpretasikan keputusan yang didapati.

7. Rangka dan tindakan penyelidikan dapat dilakukan berdasarkan konteks sosio politik dan sejarahnya.

8. Kaedah etnografi sangat berguna kepada kumpulan peniaga untuk memahami bagaimana pengguna menggunakan produk dan perkhidmatan mereka (Miller, Daniel, 1987)

Page 14: KAEDAH PENYELIDIKAN ETNOGRAFI baru

1. Perspektif pengkaji berkemungkinan dipengaruhi oleh kecederungan budayanya sendiri.

2. Data diperolehi tidak lengkap kerana responden tidak memenuhi ciri yang ada dalam budaya yang dikaji, tidak jujur dan banyak pantang larang.

3. Tempoh masa kajian terlalu lama sehingga bertahun-tahun kerana pengkaji perlu membuat pemerhatian yang penuh ke atas sesebuah masyarakat yang dikaji.

Page 15: KAEDAH PENYELIDIKAN ETNOGRAFI baru

Walaupun terdapat kelemahan, namun kaedah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan kerana dapatan kajiannya banyak membantu dan memberi maklumat yang diperlukan oleh pihak-pihak atau organisasi tertentu untuk mereka melaksanakan dasar atau rancangan di masa hadapan.