kaedah penternakan dan penghasilan biojisim … · secara ekstensif yang memperjudikan kejayaan...

1
Menuai naupli Artemia Dedak beras Menyaring dedak beras Pemberian makanan kepada Artemia Tangki ternakan KAEDAH TERNAKAN Artemia Tangki gentian kaca berisipadu 650 liter dijadikan kemudahan ternakan. Pada tangki tersebut dipasangkan empat tiub pengudaraan untuk bekalan oksigen dan bagi menjamin taburan makanan dan taburan ternakan yang efisien. Sumber air laut sedia ada dengan saliniti 24-28ppt ditingkatkan kepada 30ppt dengan menggunakan garam kristal. Air ternakan dirawat menggunakan klorin untuk tujuan pensterilan. Bagi tujuan menghasilkan biojisim, sejumlah 20g sista Artemia ditetaskan. Daripadanya, kira-kira 3 juta naupli dihasilkan. Jumlah ini akan membentuk ternakan awal pada ketumpatan kira-kira 5000/liter. Proses tuaian naupli Artemia dari tangki penetasan dibuat secara sedikit demi sedikit bagi mengurangkan kematian Artemia sebaik diinokulasi. Semasa ternakan, makanan yang diberi ialah dedak beras. Ia disaring dengan penapis bersaiz mata 50 mikron. Kadar pemberian makanan adalah 50g dedak hari pertama diikuti 20g sekali penggunaan untuk tiga kali aplikasi sehari pada jam 08.00, 12.00 dan 1600hr. Pertukaran air pada kadar 30% pada hari kelima dan 20% selang sehari dilakukan untuk mengekalkan mutu air ternakan pada tahap optima. Bagi tujuan ini, dua jenis penapis kecil bersaiz mata 150 mikron dan 350 miron disediakan. Tiub getah bersaiz diameter 15-20mm dijadikan hos supaya tekanan tarikan semasa pertukaran air diminimumkan. Setiap tangki yang diguna akan dibersih rapi dan dikeringkan sehari sebelum diguna untuk ternakan pengeluaran baru. Ini merupakan pendekatan untuk memastikan tangki bebas daripada kuman. HASIL Biojisim Artemia (dewasa) bersaiz 0.4-0.5cm TL selepas 10-12 hari ternakan boleh dituai pada kadar purata 250,000 ekor atau 10% kadar kemandirian Biojisim Artemia. Ia sedia untuk diberi makan kepada rega ikan sementara menunggu tempoh peralihan kepada makanan jenis rumusan. FAEDAH DARIPADA KAEDAH YANG DIHASILKAN: A. Kos Pengeluaran Yang Kompetitif Kos operasi sekitar RM 7.45 untuk lima hari makanan bagi 50,000 anak benih TL~11mm adalah jauh lebih murah jika dibandingkan dengan penggunaan naupli Artemia (seekor biojisim Artemia dewasa bersaiz 0.5cm adalah bersamaan dengan 400 ekor naupli Artemia) untuk sejumlah ikan yang sama. Kos ini juga cukup kompetitif jika dibandingkan dengan kos operasi asuhan di kolam secara ekstensif kerana melibatkan kos pada penggunaan baja di samping kadar hidupnya yang rendah. B. Pengeluaran Makanan Yang Bercirikan Sanitari Pengeluaran makanan seperti yang diajukan di dalam kaedah ini dapat digolongkan sebagai yang mempunyai ciri sanitari, iaitu satu keperluan dalam era baru. Di dalam industri akuakultur yang semakin kompetitif ini, kejayaan pasaran akan ditentukan oleh kualiti penyediaan ternakan. Pengusaha seharusnya peka walaupun kos akan sedikit meningkat. KAEDAH PENTERNAKAN DAN PENGHASILAN BIOJISIM Artemia SECARA INTENSIF BAGI MAKANAN REGA IKAN MARIN Pusat Penyelidikan Ternakan Air Payau, Jabatan Perikanan Malaysia, 81550 Gelang Patah, Johor. Tel. 07-5101202 Faks 07-5103015 Emel [email protected] Garam kristal Artemia dewasa diberi makan kepada rega ikan C. Jaminan Penghasilan Makanan Asli Penghasilan makanan hidup secara bersanitari ini tidak sahaja boleh dijadualkan operasinya malah boleh dikendalikan pada sebarang waktu dan cuaca mengikut keperluan pengusaha. D. Peningkatan Dan Jaminan Kualiti Hasil Berbanding dengan kaedah pengeluaran benih secara ekstensif yang memperjudikan kejayaan pembenihan kepada kehadiran makanan semulajadi, inovasi yang dihasilkan ini akan menggalakkan pengusaha berpindah ke modul operasi tertutup yang mempunyai ciri biokeselamatan dan jaminan kualiti penghasilan.

Upload: vanngoc

Post on 24-Mar-2019

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Menuai naupli Artemia

Dedak beras

Menyaring dedak beras

Pemberian makanan kepada Artemia

Tangki ternakan

KAEDAH TERNAKAN Artemia Tangki gentian kaca berisipadu 650 liter dijadikan kemudahan ternakan. Pada tangki tersebut dipasangkan empat tiub pengudaraan untuk bekalan oksigen dan bagi menjamin taburan makanan dan taburan ternakan yang efisien. Sumber air laut sedia ada dengan saliniti 24-28ppt ditingkatkan kepada 30ppt dengan menggunakan garam kristal. Air ternakan dirawat menggunakan klorin untuk tujuan pensterilan. Bagi tujuan menghasilkan biojisim, sejumlah 20g sista Artemia ditetaskan. Daripadanya, kira-kira 3 juta naupli dihasilkan. Jumlah ini akan membentuk ternakan awal pada ketumpatan kira-kira 5000/liter. Proses tuaian naupli Artemia dari tangki penetasan dibuat secara sedikit demi sedikit bagi mengurangkan kematian Artemia sebaik diinokulasi. Semasa ternakan, makanan yang diberi ialah dedak beras. Ia disaring dengan penapis bersaiz mata 50 mikron. Kadar pemberian makanan adalah 50g dedak hari pertama diikuti 20g sekali penggunaan untuk tiga kali aplikasi sehari pada jam 08.00, 12.00 dan 1600hr. Pertukaran air pada kadar 30% pada hari kelima dan 20% selang sehari dilakukan untuk mengekalkan mutu air ternakan pada tahap optima. Bagi tujuan ini, dua jenis penapis kecil bersaiz mata 150 mikron dan 350 miron disediakan. Tiub getah bersaiz diameter 15-20mm dijadikan hos supaya tekanan tarikan semasa pertukaran air diminimumkan. Setiap tangki yang diguna akan dibersih rapi dan dikeringkan sehari sebelum diguna untuk ternakan pengeluaran baru. Ini merupakan pendekatan untuk memastikan tangki bebas daripada kuman.

HASIL Biojisim Artemia (dewasa) bersaiz 0.4-0.5cm TL selepas 10-12 hari ternakan boleh dituai pada kadar purata 250,000 ekor atau 10% kadar kemandirian Biojisim Artemia. Ia sedia untuk diberi makan kepada rega ikan sementara menunggu tempoh peralihan kepada makanan jenis rumusan.

FAEDAH DARIPADA KAEDAH YANG DIHASILKAN: A. Kos Pengeluaran Yang Kompetitif Kos operasi sekitar RM 7.45 untuk lima hari makanan bagi 50,000 anak benih TL~11mm adalah jauh lebih murah jika dibandingkan dengan penggunaan naupli Artemia (seekor biojisim Artemia dewasa bersaiz 0.5cm adalah bersamaan dengan 400 ekor naupli Artemia) untuk sejumlah ikan yang sama. Kos ini juga cukup kompetitif jika dibandingkan dengan kos operasi asuhan di kolam secara ekstensif kerana melibatkan kos pada penggunaan baja di samping kadar hidupnya yang rendah. B. Pengeluaran Makanan Yang Bercirikan Sanitari Pengeluaran makanan seperti yang diajukan di dalam kaedah ini dapat digolongkan sebagai yang mempunyai ciri sanitari, iaitu satu keperluan dalam era baru. Di dalam industri akuakultur yang semakin kompetitif ini, kejayaan pasaran akan ditentukan oleh kualiti penyediaan ternakan. Pengusaha seharusnya peka walaupun kos akan sedikit meningkat.

KAEDAH PENTERNAKAN DAN PENGHASILAN BIOJISIM Artemia SECARA INTENSIF BAGI MAKANAN REGA IKAN MARIN

Pusat Penyelidikan Ternakan Air Payau, Jabatan Perikanan Malaysia, 81550 Gelang Patah, Johor. Tel. 07-5101202 Faks 07-5103015 Emel [email protected]

Garam kristal

Artemia dewasa diberi makan kepada rega ikan

C. Jaminan Penghasilan Makanan Asli Penghasilan makanan hidup secara bersanitari ini tidak sahaja boleh dijadualkan operasinya malah boleh dikendalikan pada sebarang waktu dan cuaca mengikut keperluan pengusaha. D. Peningkatan Dan Jaminan Kualiti Hasil Berbanding dengan kaedah pengeluaran benih secara ekstensif yang memperjudikan kejayaan pembenihan kepada kehadiran makanan semulajadi, inovasi yang dihasilkan ini akan menggalakkan pengusaha berpindah ke modul operasi tertutup yang mempunyai ciri biokeselamatan dan jaminan kualiti penghasilan.