selasa 6 april 2010 utusan malaysia muka 9 ... pasaran yang merangkumi aspek pembenihan, ternakan...

1
Kampung Mak Jintan berubah wajah UTUSAN MALAYSIA MUKA 9 SELASA 6 APRIL 2010 Terengganu bekal benih kerapu negara Oleh KAMARUDDIN MAT AKIB KERAJAAN negeri meletakkan sasaran untuk menjadikan Terengganu sebagai pembekal daging kambing terbesar di negara ini menje- lang tahun 2015, sekaligus mengurangkan per- gantungan ekonomi kepada sumber petroleum dan gas. Bagi tujuan tersebut kerajaan turut mensas- arkan 25 usahawan di bidang ternakan dapat diwujudkan di seluruh negeri. Pada masa ini terdapat lapan lembah kapri- ma bernilai RM24 juta dan projek sokongan bidang ternakan yang dilaksanakan secara besar-besaran di negeri ini. Projek Lembah Kaprima diwujudkan di setiap daerah yang mana di sesetengah tempat kemudahan infrastruktur sudah pun disedi- akan oleh kerajaan. Projek berkenaan ialah di Kampung Payang (Hulu Terengganu), Kampung Cabang (Kemaman), Hulu Seladang dan Telaga Papan (Setiu), Mengabang Bakong (Hulu Te reng- ganu), Durian Mentangau (Dungun), Segading (Besut) dan Tanjung Gadong (Marang). Melalui projek tersebut, Jabatan Perkhid- matan Haiwan Terengganu akan membekal- kan 600 ekor kambing induk bagi kegunaan setiap Lembah Kaprima yang diwujudkan untuk dibiakkan. Mengikut perancangan, pengurusan projek berkenaan akan diserahkan kepada syarikat swasta yang berminat dengan separuh keun- tungan akan dimasukkan ke dalam tabung orang miskin dan sebahagian lagi untuk pen- gurusan syarikat itu sendiri. Projek tersebut dirancang khusus bagi men- ingkatkan kewangan penduduk miskin di samping menambah keluaran daging tempa- tan serta menjadikan negeri ini sebagai pengel- uar daging kambing terbesar negara. Berikutan kewujudan projek berkenaan, lebih 1,500 penduduk tempatan berpendapa- tan rendah berpeluang mendapat pekerjaan bagi menambah pendapatan keluarga mereka. Pada masa yang sama, kerajaan negeri melu- luskan tambahan kawasan seluas 20 hektar bagi membolehkan Ladang Cosmopal yang beroperasi di Serting, Marang memperbesar- kan operasinya ke arah menjadikannya pengimport, penternak, pembekal kambing baka dan pedaging serta pengeluar baja organ- ik terbesar di negara ini. Langkah memperkenalkan Projek Lembah Kaprima ini adalah usaha serampang dua mata kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, yang mahu meningkatkan pendapatan penduduk tempatan serta men- gurangkan pergantungan ekonomi negeri ini kepada sektor petroleum dan gas semata-mata. Bagi beliau pengeluaran petroleum dan gas ada pasang surutnya dan lama kelamaan sum- ber bumi itu akan habis. Oleh itu, kerajaan negeri perlu bijak mem- pelbagaikan sumber pendapatan negeri untuk generasi akan datang bagi menikmati keadaan ekonomi yang stabil secara berterusan. Beliau turut memperkenalkan konsep ladang rakyat yang dilaksanakan melalui Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang mana pada masa ini ladang seluas 100 ekar telah pun diwujudkan bagi golongan tersebut. Melalui projek berkenaan kerajaan mem- bangunkan ladang kelapa sawit rakyat bagi memberi nilai tambah kepada keluarga ter- miskin yang terpilih. Projek berkenaan yang dilaksanakan di Mu- kim Besul dan Hulu Paka, Dungun bakal memberi manfaat besar kepada golongan PPRT kerana ia mampu memberi pendapatan tetap kepada keluarga kurang bernasib baik itu. Selain itu, kerajaan negeri juga sedang men- genal pasti kawasan lain yang boleh diban- gunkan dengan tanaman kelapa sawit di setiap daerah di seluruh negeri bagi memberi pel- uang lebih ramai keluarga termiskin dapat menyertai projek berkenaan. Projek berkenaan akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat mengikut keperluan dan kemampuan kerajaan negeri. Kewujudan projek ini bakal merealisasikan hasrat kerajaan menghapuskan kemiskinan tegar dalam tempoh terdekat ini. TIDAK dinafikan terdapat beberapa kawasan tanaman padi di negeri ini, tetapi ia masih belum mampu untuk menampung keperluan penduduk tempatan yang kian bertambah dari semasa ke semasa. Lebih menyedihkan, banyak tanah pertanian di negeri ini yang suatu ketika dulu memang dijadikan kawasan tanaman padi, tetapi terbiar kerana semakin kurang penduduk tempatan tidak berminat mengusahakan tanah bendang. Sesetengah penduduk kampung lebih gemar bekerja di kilang atau mengusahakan tanaman lain seperti getah dan kelapa sawit berbanding mengusahakan bendang padi masing-masing. Kebanyakan mereka kini lebih gemar mem- beli beras berbanding masyarakat dahulu yang lebih cenderung mengusahakan tanaman padi bagi sara hidup mereka dan keluarga. Selepas lebih sebulan Datuk Ahmad Said memegang jawatan Menteri Besar Terengganu, pada tahun 2008 beliau melahirkan hasrat kera- jaan negeri untuk membuka kawasan tanaman padi secara besar-besaran di negeri ini. Dalam pertemuan dengan ketua-ketua jaba- tan kerajaan di Institut Tadbiran Awam (Intan) Wilayah Timur pada 27 April 2008, beliau men- gumumkan kerajaan akan menggunakan modul tanaman padi di Sekinchan, Selangor, sebagai model bagi melaksanakan projek tana- man padi secara besar-besaran di Setiu. Menurutnya, kerajaan negeri nekad untuk memenuhi keperluan rakyat dengan meng- hasilkan tanaman padi secara besar-besaran, sekaligus mengurangkan pergantungan kepada beras yang diimport. Beliau tidak mahu negeri ini terus mengim- port beras dari negara lain kerana ia merugikan kerana aliran keluar wang kita amat besar bagi tujuan mengimport beras. Selepas itu, tanpa berlengah-lengah lagi pihak yang bertanggungjawab berusaha ber- sungguh-sungguh untuk merealisasikan hasrat murni Menteri Besar itu mewujudkan jelapang padi di Kampung Mak Jintan. Lebih menggembirakan lagi apabila mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi melancarkan Jelapang Padi Terengganu pada 14 Jun 2008 di Mak Jintan. Peruntukan RM46 juta disediakan bagi menyediakan kemudahan infrastruktur, khu- susnya tali air di kawasan itu bagi membole- hkan kawasan seluas 73 hektar diusahakan dengan tanaman padi. Bagi menjayakan projek itu 78 peserta telah memulakan kerja menabur benih pada I Mei 2009 dan dalam tempoh empat bulan saja hasil- nya dapat dituai dengan purata sehektar antara 3.5 hingga 4.0 metrik tan padi. Mengikut perancangan, menjelang 2011 usaha memaksimumkan tanaman padi di kawasan tersebut dijangka dapat dilaksanakan sepenuhn- ya, yang mana setiap peserta akan mengusa- hakan empat hektar seorang. Bagi menunjukkan kesungguhan kerajaan negeri mengusahakan tanaman padi secara besar-besaran, Ahmad memulakan acara menuai hasil padi pertama di Kampung Mak Jintan. Dalam majlis yang diatur sempena program menuai padi di situ, beliau meluangkan masa hampir 40 minit memandu sendiri jentera men- uai padi bagi menuai padi di kawasan tersebut. Kepuasan terserlah di wajah pemimpin berji- wa rakyat itu ketika beliau memandu jentuai di tengah-tengah sawah yang terbentang luas bagi menuai hasil titik peluh pak tani. Kini Kampung Mak Jintan telah menjadi jela- pang padi negeri dan hasil tanaman dijangka meningkat dari semasa ke semasa. Selepas ini, beberapa kawasan di daerah lain akan dimajukan dengan tanaman padi yang menjadi makanan asasi penduduk di Asia itu. Buat masa ini, pihak berkenaan mengenal pasti kawasan seluas 1,000 ekar di daerah Marang yang sesuai untuk dijadikan tanaman padi. Dalam tempoh terdekat ini, kemudahan asas bagi membolehkan kawasan tersebut dimajukan segera, akan dilaksanakan bagi membolehkan jelapang padi baru diwujudkan. Di daerah Kuala Terengganu juga didapati masih banyak kawasan yang sesuai untuk ditan- am padi, masih belum diusahakan. Mungkin tidak lama lagi ia akan diusahakan apabila kemudahan asas yang lebih baik disediakan oleh pihak berkenaan. Menteri Besar memberi jaminan bahawa pihak kerajaan akan menyediakan peruntukan kewangan yang mencukupi bagi membolehkan penduduk tempatan mengusahakan tanaman padi secara besar-besaran. Malah, beliau sering melahirkan harapan agar negeri ini mampu menjadi pengeluar beras kepada negeri-negeri lain di Semenanjung, khususnya negeri yang sudah tidak ada banyak tanah untuk bercucuk tanam. Begitu tinggi hasrat dan impian Menteri Besar dan ia tidak mustahil untuk dicapai jika semua pihak bersungguh-sungguh mereal- isasikan hasrat murni itu. AHMAD Said mengendalikan mesin menuai padi di Kampung Jelapang, Setiu, Terengganu. Oleh WAN RAMLI WAN MUHAMAD Gambar AZLAN BAHRUM “SAYA sentiasa mahukan pentadbiran ini prihatin terhadap keluh kesah dan rintihan golongan seperti petani dan nelayan. Kita faham akan jerih payah mereka menongkah arus kehidupan, memugar tanah dan bergelut dengan badai demi mencari rezeki.” Demikian sebahagian petikan uca- pan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentang Bajet 2010 tahun lalu. Berdasarkan kenyataan tersebut ker- ajaan negeri Terengganu kini meletakkan penurunan kadar kemiski- nan di kalangan rakyat sebagai salah satu agenda utama menjayakan pem- bangunan negeri. Oleh itu dapat kita lihat pada dua tahun kebekalangan ini telah banyak projek berasaskan pertanian dan peri- kanan yang dirangka kerajaan untuk menambah pendapatan rakyat di Terengganu amnya. Di antara projek-projek perikanan yang telah dibuat oleh Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd. (TADC) adalah projek Program Asuhan Siakap di Kampung Fikri, Ternakan Udang Putih di Kampung Fikri, Pembenihan Tilapia di Ajil dan projek HIP di Sungai Como yang telah memberikan peluang pekerjaan, kema- hiran serta hasil pendapatan kepada penduduk setempat. Projek pembenihan dan ternakan Ikan Kerapu berteknonolgi tinggi ini adalah inisiatif kerajaan untuk mem- bangunkan ekonomi dan meninggikan tahap pendapatan rakyat Terengganu. Ia juga adalah selaras impian kera- jaan negeri bagi mencapai sasaran pengeluaran akuakultur negara seban- yak 180 tan metric setahun mengikut saiz pasaran yang merangkumi aspek pembenihan, ternakan serta melu- askan lagi pasaran dengan spesis terna- kan bermutu. Dalam hal ini Terengganu bakal menjadi pembekal benih dan ikan ker- apu utama negara apabila projek Pembenihan dan Ternakan Ikan Kerapu di Tanjung Demong di Besut membuahkan hasil dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini. Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah bersetuju menjadikan hasil projek di Tanjung Demong sebagai pembekal utama pembenihan dan ikan kerapu bagi keperluan jabatan Perikanan dan pasaran. Beliau berkata, dengan keputusan tersebut menjadikan syarikat yang diusahakan oleh anak syarikat kerajaan negeri mendapat pengiktirafan selain mempunyai daya saing kerana menjadi pembekal utama pembenihan dan ikan kerapu utama negara. Katanya, projek pembenihan dan ter nakan ikan kerapu berteknologi tinggi ini adalah inisiatif kerajaan untuk membangunkan ekonomi dan meninggikan pendapatan rakyat pantai timur khususnya rakyat Terengganu. “Untuk merealisasikan hasrat kera- jaan negeri bagi mencapai sasaran pengeluaran akuakultur negara seban- yak 180 tan metrik setahun mengikut saiz pasaran yang merangkumi aspek pembenihan, ternakan serta melu- askan lagi pasaran dengan spesis terna- kan bermutu,’’ katanya semasa berucap pada majlis lawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar ke kawasan Projek Ternakan Ikan Kerapu Berteknologi Tinggi di Tanjung Demong Besut baru-baru ini. Projek pembenihan dan Ternakan ikan Kerapu di usahakan oleh Terengganu Agrotech Development Corp.Sdn Bhd dengan Syarikat Seraya Akuatik (M) Sdn Bhd serta bantuan pakar Thailand. TADC adalah sebuah anak syarikat kerajaan negeri dengan segala perun- tukan projek disalurkan oleh kerajaan bagi membangunkan sektor pertanian dan perikanan. Mengulas lanjut Ahmad berkata, program usahasama Pembenihan dan Ternakan Ikan Kerapu Berteknologi Tinggi TADC bersama Seraya Akuatik (M) Sdn Bhd ini bertujuan bagi men- ingkatkan pengeluaran benih industri akuakultur negara. Selain menjimatkan tukaran mata- wang asing dengan mengurangkan import dan meningkatkan eksport leb- ih-lebih lagi dalam era yang mana ker- ajaan berhasrat untuk meningkatkan pengeluaran makanan projek tersebut diharap meningkatkan pendapatan pengusaha khususnya nelayan dan petani. “Projek ini akan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat khususnya golongan sasar dan sekali- gus mampu membantu meningkatkan taraf hidup mereka. “Ia juga dapat mewujudkan usaha- wan bumiputra dalam membangunkan industri akuakultur di kawasan terse- but, dapat meningkatkan pengeluaran perikanan senagara sekaligus mereal- isasikan hasrat kerajaan melalui Dasar Pertanian Negara yang mahukan pe- ngeluaran akuakultur ditingkatkan,’’ katanya. Sementara itu Pengerusi TADC, Razali Idris memberitahu program pembenihan dan ternakan kerapu di Besut adalah usahasama TADC bersa- ma Seraya Akuatik (M) Sdn Bhd. Selain bertujuan meningkatkan pengeluaran benih industri akuakultur negara ia juga mampu menjimatkan tukaran matawang asing dengan men- gurangkan import dan meningkatkan eksport lebih-lebih lagi dalam era di mana kerajaan berhasrat untuk men- ingkatkan pengeluaran makanan. “Ia juga bertujuan meningkatkan pendapatan pengusaha dengan pening- katan taraf kesihatan, mutu benih, kadar pembiakkan dan pengurangan kadar kematian akuakultur,’’ katanya. Mengenai potensi projek tersebut, Razali berkata, Terengganu sememang- nya berpotensi kerana ia merupakan kawasan yang terbaik untuk akuakul- tur dengan suhu air yang konsisten sepanjang tahun. Katanya, selain mudah untuk pengu- rusan induk di hatcheri ternakan ikan akan bertelur sepanjang tahun dan tidak perlu menunggu musim berte- lur. “Penghasilan benih boleh dilakukan sepanjang tahun, tidak perlu mencari benih luar, Terengganu boleh men- jadi salah satu pengeluar benih akuakultur dan pengeksport terbesar di Asia. “Terengganu boleh menjadi pengeluar ikan dan p e n g e k s port makanan laut terbesar di Malaysia, serta boleh mengurangkan penangkapan ikan secara komersil,” katan- ya. Razali menambah neg- eri itu juga boleh menjadi destinasi sukan memancing pada masa depan manakala rak- yat akan dilatih dan diberikan pengetahuan tentang amalan akuakul- tur yang baik dan membuka peluang pekerjaan. Katanya, dengan adanya projek terse- but ia akan memberi peluang peker- jaan kepada penduduk setempat khu- susnya golongan sasar (PPRT dan nelayan miskin) dan sekali gus mampu membantu meningkatkan taraf hidup mereka. Akhirnya projek akuakultur melalui TADC ini dapat merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri serta dapat memain- kan peranan penting melalui Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) bagi mensasarkan pengeluaran akuakultur negara kepada 600,000 tan metrik den- gan nilai RM3.8 billion menjelang 2011. Menerusi program Pembenihan dan Ternakan Ikan Kerapu Berteknologi Tinggi ini akan dapat melahirkan pekerja-pekerja separa mahir dan mahir bagi menambah pendapatn dan pengetahuan berkaitan pembenihan kerapu. Lembah Kaprima di setiap daerah SEBAHAGIAN daripada kambing-kambing baka yang dipelihara oleh syarikat Cosmopal Sdn. Bhd. di Kampung Serating, Marang, Terengganu. ANUAR Ismail memeriksa ternakan kambing yang diusahakan oleh Ladang Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. PAKAR ikan kerapu menyun- tik ikan Kerapu di projek Pembenihan dan Ternakan Ikan Kerapu di Tanjung Demong, Besut, baru-baru ini. AHMAD Said (tiga dari kanan) bersama Datuk Seri Noh Omar (dua dari kanan) ketika melawat projek Pembenihan dan Ternakan Ikan Kerapu di Tanjung Demong, Besut, baru-baru ini.

Upload: ledang

Post on 16-Feb-2018

221 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: SELASA 6 APRIL 2010 UTUSAN MALAYSIA MUKA 9 ... pasaran yang merangkumi aspek pembenihan, ternakan serta melu-askan lagi pasaran dengan spesis terna-kan bermutu. Dalam hal ini Terengganu

Kampung Mak Jintan berubah wajah

UTUSAN MALAYSIA • MUKA 9SELASA 6 APRIL 2010

Terengganu bekal benih kerapu negara

Oleh KAMARUDDIN MAT AKIB

KERAJAAN negeri meletakkan sasaran untuk menjadikan Terengganu sebagai pembekal daging kambing terbesar di negara ini menje-lang tahun 2015, sekaligus mengurangkan per-gantungan ekonomi kepada sumber petroleum dan gas.

Bagi tujuan tersebut kerajaan turut mensas-arkan 25 usahawan di bidang ternakan dapat diwujudkan di seluruh negeri.

Pada masa ini terdapat lapan lembah kapri-ma bernilai RM24 juta dan projek sokongan bidang ternakan yang dilaksanakan secara besar-besaran di negeri ini.

Projek Lembah Kaprima diwujudkan di setiap daerah yang mana di sesetengah tempat kemudahan infrastruktur sudah pun disedi-akan oleh kerajaan.

Projek berkenaan ialah di Kampung Pa yang (Hulu Terengganu), Kampung Cabang (Kemaman), Hulu Seladang dan Telaga Papan (Setiu), Mengabang Bakong (Hulu Te reng -ganu), Durian Mentangau (Dungun), Segading (Besut) dan Tanjung Gadong (Marang).

Melalui projek tersebut, Jabatan Per khid-matan Haiwan Terengganu akan membekal-

kan 600 ekor kambing induk bagi kegunaan setiap Lembah Kaprima yang diwujudkan untuk dibiakkan.

Mengikut perancangan, pengurusan projek berkenaan akan diserahkan kepada syarikat swasta yang berminat dengan separuh keun-tungan akan dimasukkan ke dalam tabung orang miskin dan sebahagian lagi untuk pen-gurusan syarikat itu sendiri.

Projek tersebut dirancang khusus bagi men-ingkatkan kewangan penduduk miskin di samping menambah keluaran daging tempa-tan serta menjadikan negeri ini sebagai pengel-uar daging kambing terbesar negara.

Berikutan kewujudan projek berkenaan, lebih 1,500 penduduk tempatan berpendapa-tan rendah berpeluang mendapat pekerjaan bagi menambah pendapatan keluarga mereka.

Pada masa yang sama, kerajaan negeri melu-luskan tambahan kawasan seluas 20 hektar bagi membolehkan Ladang Cosmopal yang beroperasi di Serting, Marang memperbesar-kan operasinya ke arah menjadikannya pengimport, penternak, pembekal kambing baka dan pedaging serta pengeluar baja organ-ik terbesar di negara ini.

Langkah memperkenalkan Projek Lembah

Kaprima ini adalah usaha serampang dua mata kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, yang mahu meningkatkan pendapatan penduduk tempatan serta men-gurangkan pergantungan ekonomi negeri ini kepada sektor petroleum dan gas semata-mata.

Bagi beliau pengeluaran petroleum dan gas ada pasang surutnya dan lama kelamaan sum-ber bumi itu akan habis.

Oleh itu, kerajaan negeri perlu bijak mem-pelbagaikan sumber pendapatan negeri untuk generasi akan datang bagi menikmati keadaan ekonomi yang stabil secara berterusan.

Beliau turut memperkenalkan konsep ladang rakyat yang dilaksanakan melalui Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang mana pada masa ini ladang seluas 100 ekar telah pun diwujudkan bagi golongan tersebut.

Melalui projek berkenaan kerajaan mem-bangunkan ladang kelapa sawit rakyat bagi memberi nilai tambah kepada keluarga ter-miskin yang terpilih.

Projek berkenaan yang dilaksanakan di Mu -kim Besul dan Hulu Paka, Dungun bakal memberi manfaat besar kepada golongan PPRT kerana ia mampu memberi pendapatan

tetap kepada keluarga kurang bernasib baik itu.

Selain itu, kerajaan negeri juga sedang men-genal pasti kawasan lain yang boleh diban-gunkan dengan tanaman kelapa sawit di setiap daerah di seluruh negeri bagi memberi pel-uang lebih ramai keluarga termiskin dapat menyertai projek berkenaan.

Projek berkenaan akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat mengikut keperluan dan kemampuan kerajaan negeri.

Kewujudan projek ini bakal merealisasikan hasrat kerajaan menghapuskan kemiskinan tegar dalam tempoh terdekat ini.

TiDAK dinafikan terdapat beberapa kawasan tanaman padi di negeri ini, tetapi ia masih belum mampu untuk menampung keperluan penduduk tempatan yang kian bertambah dari semasa ke semasa.

Lebih menyedihkan, banyak tanah pertanian di negeri ini yang suatu ketika dulu memang dijadikan kawasan tanaman padi, tetapi terbiar kerana semakin kurang penduduk tempatan tidak berminat mengusahakan tanah bendang.

Sesetengah penduduk kampung lebih gemar bekerja di kilang atau mengusahakan tanaman lain seperti getah dan kelapa sawit berbanding mengusahakan bendang padi masing-masing.

Kebanyakan mereka kini lebih gemar mem-beli beras berbanding masyarakat dahulu yang lebih cenderung mengusahakan tanaman padi bagi sara hidup mereka dan keluarga.

Selepas lebih sebulan Datuk Ahmad Said memegang jawatan Menteri Besar Terengganu, pada tahun 2008 beliau melahirkan hasrat kera-jaan negeri untuk membuka kawasan tanaman padi secara besar-besaran di negeri ini.

Dalam pertemuan dengan ketua-ketua jaba-tan kerajaan di institut Tadbiran Awam (intan) Wilayah Timur pada 27 April 2008, beliau men-gumumkan kerajaan akan menggunakan modul tanaman padi di Sekinchan, Selangor, sebagai model bagi melaksanakan projek tana-man padi secara besar-besaran di Setiu.

Menurutnya, kerajaan negeri nekad untuk memenuhi keperluan rakyat dengan meng-

hasilkan tanaman padi secara besar-besaran, sekaligus mengurangkan pergantungan kepada beras yang diimport.

Beliau tidak mahu negeri ini terus mengim-port beras dari negara lain kerana ia merugikan kerana aliran keluar wang kita amat besar bagi tujuan mengimport beras.

Selepas itu, tanpa berlengah-lengah lagi pihak yang bertanggungjawab berusaha ber-sungguh-sungguh untuk merealisasikan hasrat murni Menteri Besar itu mewujudkan jelapang padi di Kampung Mak Jintan.

Lebih menggembirakan lagi apabila mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi melancarkan Jelapang Padi Terengganu pada 14 Jun 2008 di Mak Jintan.

Peruntukan RM46 juta disediakan bagi menyediakan kemudahan infrastruktur, khu-susnya tali air di kawasan itu bagi membole-hkan kawasan seluas 73 hektar diusahakan dengan tanaman padi.

Bagi menjayakan projek itu 78 peserta telah memulakan kerja menabur benih pada i Mei 2009 dan dalam tempoh empat bulan saja hasil-nya dapat dituai dengan purata sehektar antara 3.5 hingga 4.0 metrik tan padi.

Mengikut perancangan, menjelang 2011 usaha memaksimumkan tanaman padi di kawasan tersebut dijangka dapat dilaksanakan sepenuhn-ya, yang mana setiap peserta akan mengusa-hakan empat hektar seorang.

Bagi menunjukkan kesungguhan kerajaan

negeri mengusahakan tanaman padi secara besar-besaran, Ahmad memulakan acara menuai hasil padi pertama di Kampung Mak Jintan.

Dalam majlis yang diatur sempena program menuai padi di situ, beliau meluangkan masa hampir 40 minit memandu sendiri jentera men-uai padi bagi menuai padi di kawasan tersebut.

Kepuasan terserlah di wajah pemimpin berji-wa rakyat itu ketika beliau memandu jentuai di tengah-tengah sawah yang terbentang luas bagi menuai hasil titik peluh pak tani.

Kini Kampung Mak Jintan telah menjadi jela-pang padi negeri dan hasil tanaman dijangka meningkat dari semasa ke semasa.

Selepas ini, beberapa kawasan di daerah lain akan dimajukan dengan tanaman padi yang menjadi makanan asasi penduduk di Asia itu.

Buat masa ini, pihak berkenaan mengenal pasti kawasan seluas 1,000 ekar di daerah Marang yang sesuai untuk dijadikan tanaman padi.

Dalam tempoh terdekat ini, kemudahan asas bagi membolehkan kawasan tersebut dimajukan segera, akan dilaksanakan bagi memboleh kan jelapang padi baru diwujudkan.

Di daerah Kuala Terengganu juga didapati masih banyak kawasan yang sesuai untuk ditan-am padi, masih belum diusahakan. Mungkin tidak lama lagi ia akan diusahakan apabila kemudahan asas yang lebih baik disediakan oleh pihak berkenaan.

Menteri Besar memberi jaminan bahawa

pihak kerajaan akan menyediakan peruntukan kewangan yang mencukupi bagi membolehkan penduduk tempatan mengusahakan tanaman padi secara besar-besaran.

Malah, beliau sering melahirkan harapan agar negeri ini mampu menjadi pengeluar b e ra s ke p a d a n e g e r i - n e g e r i l a i n d i Semenanjung, khususnya negeri yang sudah tidak ada banyak tanah untuk bercucuk tanam.

Begitu tinggi hasrat dan impian Menteri Besar dan ia tidak mustahil untuk dicapai jika semua pihak bersungguh-sungguh mereal-isasikan hasrat murni itu.

AHMAD Said mengendalikan mesin menuai padi di Kampung Jelapang, Setiu, Terengganu.

Oleh WAN RAMLI WAN MUHAMADGambar AZLAN BAHRUM

“SAYA sentiasa mahukan pentadbiran ini prihatin terhadap keluh kesah dan rintihan golongan seperti petani dan nelayan. Kita faham akan jerih payah mereka menongkah arus kehidupan, memugar tanah dan bergelut dengan badai demi mencari rezeki.”

Demikian sebahagian petikan uca-pan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentang Bajet 2010 tahun lalu.

Berdasarkan kenyataan tersebut ker-a jaan neger i Terengganu k ini meletakkan penurunan kadar kemiski-nan di kalangan rakyat sebagai salah satu agenda utama menjayakan pem-bangunan negeri.

Oleh itu dapat kita lihat pada dua tahun kebekalangan ini telah banyak projek berasaskan pertanian dan peri-

kanan yang dirangka kerajaan untuk menambah pendapatan rakyat di Terengganu amnya.

Di antara projek-projek perikanan yang telah dibuat oleh Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd. (TADC) adalah projek Program Asuhan Siakap di Kampung Fikri, Ternakan Udang Putih di Kampung Fikri, Pembenihan Tilapia di Ajil dan projek HiP di Sungai Como yang telah memberikan peluang pekerjaan, kema-hiran serta hasil pendapatan kepada penduduk setempat.

Projek pembenihan dan ternakan ikan Kerapu berteknonolgi tinggi ini adalah inisiatif kerajaan untuk mem-bangunkan ekonomi dan meninggikan tahap pendapatan rakyat Terengganu.

ia juga adalah selaras impian kera-jaan negeri bagi mencapai sasaran pengeluaran akuakultur negara seban-yak 180 tan metric setahun mengikut

saiz pasaran yang merangkumi aspek pembenihan, ternakan serta melu-askan lagi pasaran dengan spesis terna-kan bermutu.

Dalam hal ini Terengganu bakal menjadi pembekal benih dan ikan ker-apu utama negara apabila projek Pembenihan dan Ternakan ikan Kerapu di Tanjung Demong di Besut membuahkan hasil dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, Kementerian Pertanian dan industri Asas Tani telah bersetuju menjadikan hasil projek di Tanjung Demong sebagai pembekal utama pembenihan dan ikan kerapu bagi keperluan jabatan Perikanan dan pasaran.

Beliau berkata, dengan keputusan tersebut menjadikan syarikat yang diusahakan oleh anak syarikat kerajaan negeri mendapat pengiktirafan selain mempunyai daya saing kerana menjadi pembekal utama pembenihan dan ikan kerapu utama negara.

Katanya, projek pembenihan dan ter nakan ikan kerapu berteknologi ting gi ini adalah inisiatif kerajaan un tuk membangunkan ekonomi dan meninggikan pendapatan rakyat pantai timur khususnya rakyat Terengganu.

“Untuk merealisasikan hasrat kera-jaan negeri bagi mencapai sasaran pengeluaran akuakultur negara seban-yak 180 tan metrik setahun mengikut saiz pasaran yang merangkumi aspek pembenihan, ternakan serta melu-askan lagi pasaran dengan spesis terna-kan bermutu,’’ katanya semasa berucap pada majlis lawatan Menteri Pertanian dan industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar ke kawasan Projek Ternakan ikan Kerapu Berteknologi Tinggi di Tanjung Demong Besut baru-baru ini.

Projek pembenihan dan Ternakan ikan Kerapu di usahakan oleh Terengganu Agrotech Development Corp.Sdn Bhd dengan Syarikat Seraya Akuatik (M) Sdn Bhd serta bantuan pakar Thailand.

TADC adalah sebuah anak syarikat kerajaan negeri dengan segala perun-tukan projek disalurkan oleh kerajaan bagi membangunkan sektor pertanian dan perikanan.

Mengulas lanjut Ahmad berkata, program usahasama Pembenihan dan Ternakan ikan Kerapu Berteknologi Tinggi TADC bersama Seraya Akuatik (M) Sdn Bhd ini bertujuan bagi men-ingkatkan pengeluaran benih industri akuakultur negara.

Selain menjimatkan tukaran mata-wang asing dengan mengurangkan import dan meningkatkan eksport leb-ih-lebih lagi dalam era yang mana ker-ajaan berhasrat untuk meningkatkan pe ngeluaran makanan projek tersebut diharap meningkatkan pendapatan pengusaha khususnya nelayan dan petani.

“Projek ini akan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat khususnya golongan sasar dan sekali-gus mampu membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

“ia juga dapat mewujudkan usaha-wan bumiputra dalam membangunkan industri akuakultur di kawasan terse-but, dapat meningkatkan pengeluaran per ikanan senagara sekaligus mereal-isasikan hasrat kerajaan melalui Dasar Pertanian Negara yang mahukan pe -nge luaran akuakultur ditingkatkan,’’ katanya.

Sementara itu Pengerusi TADC, Razali idris memberitahu program pembenihan dan ternakan kerapu di Besut adalah usahasama TADC bersa-

ma Seraya Akuatik (M) Sdn Bhd.Selain bertujuan meningkatkan

pengeluaran benih industri akuakultur negara ia juga mampu menjimatkan tukaran matawang asing dengan men-gurangkan import dan meningkatkan eksport lebih-lebih lagi dalam era di mana kerajaan berhasrat untuk men-ingkatkan pengeluaran makanan.

“ia juga bertujuan meningkatkan pendapatan pengusaha dengan pening-katan taraf kesihatan, mutu benih, kadar pembiakkan dan pengurangan kadar kematian akuakultur,’’ katanya.

Mengenai potensi projek tersebut, Razali berkata, Terengganu sememang-nya berpotensi kerana ia merupakan kawasan yang terbaik untuk akuakul-tur dengan suhu air yang konsisten sepanjang tahun.

Katanya, selain mudah untuk pengu-rusan induk di hatcheri ternakan ikan akan bertelur sepanjang tahun dan tidak perlu menunggu musim berte-lur.

“Penghasilan benih boleh dilakukan sepanjang tahun, tidak perlu mencari benih luar, Terengganu boleh men-jadi salah satu pengeluar benih akuakultur dan pengeksport terbesar di Asia.

“Terengganu boleh menjadi pengeluar ikan d a n p e n g e k s p o r t makanan laut terbesar di Malaysia , ser ta boleh mengurangkan penangkapan ikan secara komersil,” katan-ya.

Razali menambah neg-eri itu juga boleh menjadi destinasi sukan memancing pada masa depan manakala rak-yat akan dilatih dan diberikan

pengetahuan tentang amalan akuakul-tur yang baik dan membuka peluang pekerjaan.

Katanya, dengan adanya projek terse-but ia akan memberi peluang peker-jaan kepada penduduk setempat khu-susnya golongan sasar (PPRT dan nelayan miskin) dan sekali gus mampu membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

Akhirnya projek akuakultur melalui TADC ini dapat merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri serta dapat memain-kan peranan penting melalui Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) bagi mensasarkan pengeluaran akuakultur negara kepada 600,000 tan metrik den-gan nilai RM3.8 billion menjelang 2011.

Menerusi program Pembenihan dan Ternakan ikan Kerapu Berteknologi Tinggi ini akan dapat melahirkan pekerja-pekerja separa mahir dan mahir bagi menambah pendapatn dan pengetahuan berkaitan pembenihan kerapu.

Lembah Kaprima di setiap daerah

SEbAHAgiAN daripada kambing-kambing baka yang

dipelihara oleh syarikat Cosmopal Sdn. bhd. di

Kampung Serating, Marang, Terengganu.

ANUAR ismail memeriksa ternakan kambing yang diusahakan oleh Ladang Rakyat Terengganu Sdn. bhd.

PAKAR ikan kerapu menyun-tik ikan Kerapu di projek Pembenihan dan Ternakan ikan Kerapu di Tanjung Demong, besut, baru-baru ini.

AHMAD Said (tiga dari kanan) bersama Datuk Seri Noh Omar (dua dari kanan) ketika melawat projek Pembenihan dan Ternakan ikan Kerapu di Tanjung Demong, besut, baru-baru ini.