16 - core · merupakan reaktor yang menukar biojisim pepejal kepada gas untuk menjalankan enjin...

4
4/12/2018 USM News Portal - USM TERIMA LOJI JANAKUASA BIOJISIM DENGAN TIGA JENIS PENGGAS https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4975-usm-terima-loji-janakuasa-biojisim-dengan-tiga-jenis-penggas 1/4 NIBONG TEBAL, PULAU PINANG, 16 Mei 2017 - Universiti Sains Malaysia (USM) diharap menjadi peneraju dalam bidang Tenaga Boleh Baharu (TBB) dengan penerimaan loji janakuasa biojisim yang bakal menjadi tumpuan para pelajar serta penyelidik dari seluruh negara. Menurut Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, loji janakuasa biojisim ini adalah sumbangan dari Visdamax (M) Sdn. Bhd. (VISDAMAX) hasil daripada jalinan kerjasama antara USM dengan industri. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... USM TERIMA LOJI JANAKUASA BIOJISIM DENGAN TIGA JENIS PENGGAS 16 MAY

Upload: others

Post on 17-Jan-2020

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 16 - CORE · merupakan reaktor yang menukar biojisim pepejal kepada gas untuk menjalankan enjin diesel dan petrol,” ka ta Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik (PPKM) USM,

4/12/2018 USM News Portal - USM TERIMA LOJI JANAKUASA BIOJISIM DENGAN TIGA JENIS PENGGAS

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4975-usm-terima-loji-janakuasa-biojisim-dengan-tiga-jenis-penggas 1/4

NIBONG TEBAL, PULAU PINANG, 16 Mei 2017 - Universiti Sains Malaysia (USM) diharap menjadipeneraju dalam bidang Tenaga Boleh Baharu (TBB) dengan penerimaan loji janakuasa biojisim yangbakal menjadi tumpuan para pelajar serta penyelidik dari seluruh negara.

Menurut Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, loji janakuasa biojisim ini adalahsumbangan dari Visdamax (M) Sdn. Bhd. (VISDAMAX) hasil daripada jalinan kerjasama antara USMdengan industri.

(https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

USM TERIMA LOJI JANAKUASA BIOJISIM DENGAN TIGAJENIS PENGGAS16

MAY

Page 2: 16 - CORE · merupakan reaktor yang menukar biojisim pepejal kepada gas untuk menjalankan enjin diesel dan petrol,” ka ta Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik (PPKM) USM,

4/12/2018 USM News Portal - USM TERIMA LOJI JANAKUASA BIOJISIM DENGAN TIGA JENIS PENGGAS

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4975-usm-terima-loji-janakuasa-biojisim-dengan-tiga-jenis-penggas 2/4

“USM adalah sebuah universiti yang berfokus kepada kelestarian dan kita semua perlu untukmelakukan tanggungjawab masing-masing untuk mengekalkan kelestarian alam sekitar kita,” kata NaibCanselor di majlis penyerahan loji janakuasa biojisim dari VISDAMAX kepada USM.

“Melalui jalinan kerjasama ini, sisa-sisa pokok kelapa sawit dapat digunakan bagi menghasilkan TenagaBoleh Baharu (TBB) seperti yang telah dilakukan di sini bersama dengan VISDAMAX,” tambah Asma.

Page 3: 16 - CORE · merupakan reaktor yang menukar biojisim pepejal kepada gas untuk menjalankan enjin diesel dan petrol,” ka ta Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik (PPKM) USM,

4/12/2018 USM News Portal - USM TERIMA LOJI JANAKUASA BIOJISIM DENGAN TIGA JENIS PENGGAS

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4975-usm-terima-loji-janakuasa-biojisim-dengan-tiga-jenis-penggas 3/4

“Loji janakuasa biojisim ini bernilai RM1.5 juta serta menggunakan tiga jenis penggas biojisim yangmerupakan reaktor yang menukar biojisim pepejal kepada gas untuk menjalankan enjin diesel danpetrol,” kata Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik (PPKM) USM, Profesor Dr. Zainal AlimuddinZainal Alauddin.

“Loji ini juga mampu menghasilkan 30,000kWh kuasa elektrik sebulan dengan menggunakan sisa disekitar kampus serta menjimatkan tenaga elektrik sedia ada sebanyak RM8,000 sebulan,” tambahnya.

Pengarah Urusan VISDAMAX, OC Yeoh percaya USM yang namanya telah tersohor dapatmenggunakan loji janakuasa biojisim ini dengan sebaiknya serta dapat mengurangkan pencemaranudara dan juga pembakaran terbuka.

Page 4: 16 - CORE · merupakan reaktor yang menukar biojisim pepejal kepada gas untuk menjalankan enjin diesel dan petrol,” ka ta Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik (PPKM) USM,

4/12/2018 USM News Portal - USM TERIMA LOJI JANAKUASA BIOJISIM DENGAN TIGA JENIS PENGGAS

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4975-usm-terima-loji-janakuasa-biojisim-dengan-tiga-jenis-penggas 4/4

"VISDAMAX telah merekacipta pembakar yang istimewa bagi menampung keperluan di USM serta akancuba digunakan di tapak tidak lama lagi," katanya.

Turut hadir adalah Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria serta staf danpensyarah PPKM.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015