pengenalan jpam peranan dalam pengurusan...

33
PENGENALAN JPAM & PERANAN DALAM PENGURUSAN BENCANA NEGARA OLEH : LT.KOL.(PA) SHARUDIN BIN MD ZAIN PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN PERANCANGAN DASAR & PENYELARASAN

Upload: tranminh

Post on 02-Feb-2018

352 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN JPAM PERANAN DALAM PENGURUSAN …npmtrainingmalaysia.weebly.com/uploads/6/2/4/0/62401787/slot_7... · memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif. ... pengurusan

PENGENALAN JPAM&

PERANAN DALAM PENGURUSAN BENCANA NEGARA

OLEH :

LT.KOL.(PA) SHARUDIN BIN MD ZAIN

PENOLONG PENGARAH

BAHAGIAN PERANCANGAN DASAR & PENYELARASAN

Page 2: PENGENALAN JPAM PERANAN DALAM PENGURUSAN …npmtrainingmalaysia.weebly.com/uploads/6/2/4/0/62401787/slot_7... · memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif. ... pengurusan

Sejarah Pertahanan Awam di Malaysia bermula padatahun 1938 semasa zaman penjajahan British bagi menyiapkanpenduduk awam menghadapi Perang Dunia Kedua (1941) melaluiPassive Defence Services melibatkan kerahan tenaga.

JPAM ditubuhkan pada 24 Mac 1952 bagi melaksanakanperuntukan yang terkandung dalam The Civil Defence Act 1951 -Akta 221 - yang menjelaskan peranan JPAM dalam masapeperangan dan masa aman dengan matlamat menyediakanrakyat dengan ilmu dan pengetahuan bagi membolehkan merekabertindakbalas dalam menghadapi sesuatu situasi kecemasan,bencana dan peperangan.

LATARBELAKANG

Page 3: PENGENALAN JPAM PERANAN DALAM PENGURUSAN …npmtrainingmalaysia.weebly.com/uploads/6/2/4/0/62401787/slot_7... · memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif. ... pengurusan

Pejabat pertama dibuka adalah IbuPejabat JPAM di Kuala Lumpur padatahun 1950 diikuti pejabat wilayah diKlang dan Georgetown pada tahun 1950serta Johor Bahru pada tahun 1951.

Sehingga tahun 1964, semua negeri telahmembuka pejabat termasuk di Sabah danSarawak.

Perasmian Ibu Pejabat JPAM di Jalan Padang Tembak, KL pada 6 September 1952 oleh Pesuruhjaya Tinggi

British, Jeneral Sir Gerald Templer

Lawatan kerja YAB Tun Abdul Razak , Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan

pada 19 Mac 1963Latihan pertahanan awam kepada penduduk

awam pada tahun 1965

Page 4: PENGENALAN JPAM PERANAN DALAM PENGURUSAN …npmtrainingmalaysia.weebly.com/uploads/6/2/4/0/62401787/slot_7... · memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif. ... pengurusan

Ambulans medan Pertahanan Awam

Ruang dalam ambulans medan Pertahanan Awam

Jentera Penyelamat Pertahanan Awam

LOGISTIK AWAL

1950-AN

Page 5: PENGENALAN JPAM PERANAN DALAM PENGURUSAN …npmtrainingmalaysia.weebly.com/uploads/6/2/4/0/62401787/slot_7... · memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif. ... pengurusan

Bil Tahun Kementerian Yang Mengawal JPAM

1. 1952 Setiausaha Pertahanan

2. 1955 Kementerian Dalam Negeri

3. 1959 Kementerian Pertahanan

4. 1964 Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan

5. 1965 Kementerian Hal Ehwal Sabah dan Pertahanan Awam

6. 1967 Kementerian Pertahanan

7. 1968 Kementerian Keadilan

8. 1970 Kementerian Dalam Negeri

9. 1971 Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan

10. 1975 Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan

11. 1978 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

12. 1982 Kementerian Dalam Negeri

13. 2004 Kementerian Keselamatan Dalam Negeri

14 2008 Kementerian Dalam Negeri

15. 2015 Jabatan Perdana Menteri

Page 6: PENGENALAN JPAM PERANAN DALAM PENGURUSAN …npmtrainingmalaysia.weebly.com/uploads/6/2/4/0/62401787/slot_7... · memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif. ... pengurusan

VISI

MENJADI ANGKATAN PERTAHANAN AWAM YANG

KOMPETEN DALAM KESIAPSIAGAAN AWAM,

PERLINDUNGAN RAKYAT DAN PENGURUSAN

BENCANA

Page 7: PENGENALAN JPAM PERANAN DALAM PENGURUSAN …npmtrainingmalaysia.weebly.com/uploads/6/2/4/0/62401787/slot_7... · memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif. ... pengurusan

MISI

MEMPERKASA KESIAPSIAGAAN AWAM UNTUK KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN

NEGARA

Page 8: PENGENALAN JPAM PERANAN DALAM PENGURUSAN …npmtrainingmalaysia.weebly.com/uploads/6/2/4/0/62401787/slot_7... · memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif. ... pengurusan

MOTTO

SEDIA, PANTAS

DAN

BERINTEGRITI

Page 9: PENGENALAN JPAM PERANAN DALAM PENGURUSAN …npmtrainingmalaysia.weebly.com/uploads/6/2/4/0/62401787/slot_7... · memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif. ... pengurusan

PUNCA KUASA1. JADUAL KESEMBILAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

2. AKTA PERTAHANAN AWAM 1951(DISEMAK 1979) -

AKTA 221

3. AKTA PERKHIDMATAN NEGARA 1952 –AKTA 425

4. ARAHAN NO. 18, NO. 20 & NO. 21 MAJLIS KESELAMATAN

NEGARA (MKN)

5. DASAR PERTAHANAN MENYELURUH (HANRUH)

6. PERLEMBAGAAN INTERNATIONAL CIVIL DEFENCE

ORGANISATION (ICDO)

7. INTERNATIONAL HUMANITARIAN LAW (IHL) UN

Page 10: PENGENALAN JPAM PERANAN DALAM PENGURUSAN …npmtrainingmalaysia.weebly.com/uploads/6/2/4/0/62401787/slot_7... · memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif. ... pengurusan

Secara umumya peranan pertahanan awam dilaksanakan dalam duakeadaan iaitu :-

PEPERANGAN DAN ANCAMAN MUSUHSebarang langkah dan tindakan yang tidak melibatkan penggunaan

senjata (untuk tujuan berperang) bagi menghadapi serangan dan ancamanmusuh sama ada tindakan tersebut diambil sebelum, semasa atau selepas

insiden tersebut.

KECEMASAN, BENCANA DAN DARURATSebarang langkah dan tindakan yang diambil bagi melindungi nyawa dan

harta benda samada ada sebelum, semasa atau selepas sesuatukecemasan, bencana dan darurat termasuk memastikan rakyat

bersiapsiaga dalam menghadapi situasi tersebut.

FUNGSI DAN PERANAN

Page 11: PENGENALAN JPAM PERANAN DALAM PENGURUSAN …npmtrainingmalaysia.weebly.com/uploads/6/2/4/0/62401787/slot_7... · memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif. ... pengurusan

1. Melaksana dan menambahbaik dasar-dasar pertahanan awam berpandukan punca kuasa yang ditetapkan.

2. Menubuh dan mentadbir urus Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan dan logistik yang relevan dan terkini.

3. Melatih dan melengkapkan rakyat dengan ilmu pertahanan awam ke arah kesiapsiagaan menghadapi ancaman musuh, kecemasan dan bencana

4. Menggubal dan menyusun modul-modul latihan yang terkini dan komprehensif bagi Angkatan Pertahanan Awam.

FUNGSI JPAM

Page 12: PENGENALAN JPAM PERANAN DALAM PENGURUSAN …npmtrainingmalaysia.weebly.com/uploads/6/2/4/0/62401787/slot_7... · memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif. ... pengurusan

5. Menyediakan perkhidmatan kecemasan dan khidmat bantuan kemanusiaan di seluruh negara.

6. Melaksanakan tugas menyelamat, perlindungan dan khidmat kemanusiaan dari sebarang ancaman musuh, bencana dan kecemasan.

7. Merekuisisi aset dan fasiliti bagi tujuan pertahanan awam.

8. Mengenalpasti dan mengkaji ancaman serta mengawal risiko yang boleh memberi impak terhadap keselamatan rakyat dan negara.

9. Menilai dan menyebar maklumat, khidmat nasihat serta amaran kepada orang awam berkaitan sebarang ancaman musuh, kecemasan dan bencana.

FUNGSI JPAM…samb.

Page 13: PENGENALAN JPAM PERANAN DALAM PENGURUSAN …npmtrainingmalaysia.weebly.com/uploads/6/2/4/0/62401787/slot_7... · memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif. ... pengurusan

1. Pengumumum YAB TPM mengenai peralihan JPAM dari KDN ke JPM sebagai agensi tonggak pengurusan bencana mulai 29 Julai 2015.

2. Keputusan Kabinet bagi penubuhan Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN) pada 12 Ogos 2015.

3. Arahan YAB TPM supaya JPAM menjadi Sekretariat APBN pada 8 September 2015.

4. Mengekalkan Arahan No. 20 MKN (Semakan Semula) sehingga struktur lengkap APBN dimuktamadkan sebelum 8 November 2015 dan seterusnya pindaan dibuat kepada Arahan No. 20 MKN tersebut.

PENGURUSAN BENCANA

Page 14: PENGENALAN JPAM PERANAN DALAM PENGURUSAN …npmtrainingmalaysia.weebly.com/uploads/6/2/4/0/62401787/slot_7... · memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif. ... pengurusan

PERINGKAT BENCANA

KECEMASAN

INSIDEN

BENCANA

KRISIS

Page 15: PENGENALAN JPAM PERANAN DALAM PENGURUSAN …npmtrainingmalaysia.weebly.com/uploads/6/2/4/0/62401787/slot_7... · memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif. ... pengurusan

1. Pengumumum YAB TPM mengenai peralihan JPAM dari KDN ke JPM sebagai agensi tonggak pengurusan bencana mulai 29 Julai 2015.

2. Keputusan Kabinet bagi penubuhan Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN) pada 12 Ogos 2015.

3. Arahan YAB TPM supaya JPAM menjadi Sekretariat APBN pada 8 September 2015.

4. Mengekalkan Arahan No. 20 MKN (Semakan Semula) sehingga struktur lengkap APBN dimuktamadkan sebelum 8 November 2015 dan seterusnya pindaan dibuat kepada Arahan No. 20 MKN tersebut.

ARAHAN EKSEKUTIF

Page 16: PENGENALAN JPAM PERANAN DALAM PENGURUSAN …npmtrainingmalaysia.weebly.com/uploads/6/2/4/0/62401787/slot_7... · memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif. ... pengurusan

“Bencana” ertinya suatu kejadian yang menyebabkan gangguan kepadaaktiviti masyarakat dan urusan Negara, melibatkan kehilangan nyawa,kerosakan harta benda, kerugian ekonomi dan kemusnahan alam sekitaryang melangkaui kemampuan masyarakat untuk mengatasinya danmemerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif.

“Darurat Bencana” ditakrifkan sebagai satu keadaan bencana besar yangmelibatkan banyak nyawa terkorban, kemusnahan harta benda yangekstensif, menggugat keadaan sosial, ekonomi dan politik sertakeselamatan dan ketenteraman awam.

ARAHAN NO. 20 MKN (SEMAKAN SEMULA)

Page 17: PENGENALAN JPAM PERANAN DALAM PENGURUSAN …npmtrainingmalaysia.weebly.com/uploads/6/2/4/0/62401787/slot_7... · memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif. ... pengurusan

“Kejadian Bukan Bencana” ertinya kejadian atau kemalangan yang bersifat kecemasan yang melibatkan sejumlah kecil mangsa dan kesannya hanya kepada mangsa terlibat. Kejadian atau kemalangan yang bercorak ini tidak mempunyai kemungkinan untuk merebak. Kejadian atau kemalangan ini kebiasaannya dapat dikendalikan dalam tempoh masa yang singkat oleh agensi-agensi yang berkenaan dengan menggunakan sumber atau kemudahan yang minima di peringkat tempatan.

ARAHAN NO. 20 MKN (SEMAKAN SEMULA)

Page 18: PENGENALAN JPAM PERANAN DALAM PENGURUSAN …npmtrainingmalaysia.weebly.com/uploads/6/2/4/0/62401787/slot_7... · memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif. ... pengurusan

Kejadian bencana di bawah Arahan ini adalah:

1. Bencana alam seperti kejadian banjir, ribut/taufan, gempa bumi, tsunami, ombak besar, kemarau dan tanah runtuh;

2. Bencana industri termasuklah kejadian letupan, kebakaran, pencemaran dan kebocoran bahan-bahan berbahaya (hazardous materials) di kilang, loji dan depot yang memproses, mengeluar dan menyimpan bahan-bahan berkenaan;

3. Kemalangan melibatkan pengangkutan, penyaluran dan pemindahanbahan-bahan berbahaya;

4. Keruntuhan bangunan dan struktur khas;

ARAHAN NO. 20 MKN (SEMAKAN SEMULA)

Page 19: PENGENALAN JPAM PERANAN DALAM PENGURUSAN …npmtrainingmalaysia.weebly.com/uploads/6/2/4/0/62401787/slot_7... · memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif. ... pengurusan

5. Kemalangan udara yang berlaku di kawasan yang berkependudukantinggi;

6. Pelanggaran atau kegelinciran keretapi dan lain-lain sistem pengangkutan rel yang melibatkan jumlah mangsa dan kemusnahan harta benda yang besar;

7. Kebakaran yang melibatkan kawasan yang luas termasuklah kebakaranbangunan tinggi dan struktur khas yang mempunyai ramai orang;

8. Kejadian empangan/takungan air pecah;

ARAHAN NO. 20 MKN (SEMAKAN SEMULA)

Page 20: PENGENALAN JPAM PERANAN DALAM PENGURUSAN …npmtrainingmalaysia.weebly.com/uploads/6/2/4/0/62401787/slot_7... · memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif. ... pengurusan

9. Kemalangan kimia, biologi, radiologi dan nuklear melibatkan pepasangan atau yang berkaitan dengannya yang mana kemalangan iniberkemungkinan boleh merebak dan mengakibatkan kehilangan nyawa,kemusnahan harta benda atau pencemaran alam sekitar serta menjejaskan aktiviti setempat;

10. Kejadian jerebu yang boleh menimbulkan keadaan kecemasan alamsekitar yang menggugat keselamatan, kesihatan dan ketenteraman awam,perjalanan pentadbiran Kerajaan dan aktiviti ekonomi negara;

11. Kejadian penularan wabak penyakit berjangkit yang tidak terkawal / pandemik; dan

12. Lain-lain kejadian bencana yang akan diisytiharkan dan ditetapkan oleh Kerajaan.

ARAHAN NO. 20 MKN (SEMAKAN SEMULA)

Page 21: PENGENALAN JPAM PERANAN DALAM PENGURUSAN …npmtrainingmalaysia.weebly.com/uploads/6/2/4/0/62401787/slot_7... · memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif. ... pengurusan

AGENSI PENERAJU BENCANA LAIN

1. Bencana Maritim – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

2. Bencana Udara – Jabatan Penerbangan Awam (DCA)

3. Bencana Kimia, Radiologi & Nuklear – Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA)

4. Bencana Jerebu – Jabatan Alam Sekitar (JAS)

5. Bencana Wabak Penyakit/Pandemik/Biologi – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

ARAHAN NO. 20 MKN (SEMAKAN SEMULA)

Page 22: PENGENALAN JPAM PERANAN DALAM PENGURUSAN …npmtrainingmalaysia.weebly.com/uploads/6/2/4/0/62401787/slot_7... · memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif. ... pengurusan

Pengurusan Bencana hendaklah dikendalikan berasaskan tiga (3) peringkat pengurusan seperti berikut:

i) Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP);ii) Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN); dan

iii) Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

JPAM menjadi Sekretariat kepada semua Jawatankuasa mengambil alih peranan MKN terdahulu.

JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA

Page 23: PENGENALAN JPAM PERANAN DALAM PENGURUSAN …npmtrainingmalaysia.weebly.com/uploads/6/2/4/0/62401787/slot_7... · memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif. ... pengurusan

Pengurusan Bencana dikendalikan mengikut tahap seperti berikut:

1) “Pengurusan Bencana Tahap I” ialah pengurusan dan pengendaliankejadian bencana yang berlaku di sesuatu kawasan dan ianya dapat

ditangani dengan berkesan oleh agensi-agensi yang terlibat di dalampengurusan Bencana di Peringkat Daerah sama ada tanpa bantuan luar

atau dengan bantuan luar yang terhad.

2) “Pengurusan Bencana Tahap II” ialah pengurusan dan pengendaliankejadian bencana yang berlaku melebihi daripada satu daerah di negeri

yang sama yang memerlukan pengemblengan sumber di Peringkat Negeridengan bantuan daripada Peringkat Pusat yang terhad.

TAHAP PENGURUSAN BENCANA

Page 24: PENGENALAN JPAM PERANAN DALAM PENGURUSAN …npmtrainingmalaysia.weebly.com/uploads/6/2/4/0/62401787/slot_7... · memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif. ... pengurusan

3) “Pengurusan Bencana Tahap III” ialah pengurusan dan pengendalian kejadian bencana yang berlaku melebihi daripada satu negeri atau bersifat kompleks yang memerlukan penyelarasan dan pengemblengan sumber di

Peringkat Pusat atau dengan bantuan luar negara.

Tahap Pengurusan Bencana bergantung kepada penilaianJawatankuasa Pengurusan Bencana berdasarkan elemen seperti berikut:

i) kompleksiti dan magnitud;ii) kemusnahan dan kerosakan;

iii) kemampuan sumber kewangan, tenaga manusia dan kelengkapan;iv) kepakaran;

v) bantuan; danvi) tempoh masa tindak balas.

TAHAP PENGURUSAN BENCANA

Page 25: PENGENALAN JPAM PERANAN DALAM PENGURUSAN …npmtrainingmalaysia.weebly.com/uploads/6/2/4/0/62401787/slot_7... · memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif. ... pengurusan

1. Agensi Penyelamat yang pertama tiba di lokasi bertindak segera menyelamat nyawa dan harta benda.

2. OCPD dan Pegawai Bomba Daerah mengambil alih selepas tiba di lokasi kejadian sebagai Komander dan Timbalan Komander Operasi.

3. Pengerusi JPBD (Pegawai Daerah) bersama Komander dan Timbalan Komander membuat penilaian tahap pengurusan bencana dan keupayaan agensi sedia ada.

4. Pengerusi melaporkan kepada JPBN (Setiausaha Kerajaan Negeri) sekiranya bencana tidak dapat ditangani di peringkat daerah.

MEKANISME TINDAKBALAS

Page 26: PENGENALAN JPAM PERANAN DALAM PENGURUSAN …npmtrainingmalaysia.weebly.com/uploads/6/2/4/0/62401787/slot_7... · memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif. ... pengurusan

Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) - PKTK hendaklah dibuka sebaik sahaja berlakunya sesuatu kejadian bencana yang memerlukan tindakan secara bersepadu pelbagai agensi. Ketua Polis Daerah (OCPD) adalah bertanggungjawab untuk membuka PKTK.

Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) – PKOB hendaklah dibuka oleh Urusetia Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat yang berkaitan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah, Bilik Gerakan MKN Negeri atau Pusat Pengurusan Operasi Negara atau di mana-mana tempat yang bersesuaian mengikut tahap pengurusan Bencana. PKOB hendaklah mempunyai suatu sistem rangkaian komunikasi yang lengkap bagi menghubungkannya dengan PKTK.

MEKANISME TINDAKBALAS

Page 27: PENGENALAN JPAM PERANAN DALAM PENGURUSAN …npmtrainingmalaysia.weebly.com/uploads/6/2/4/0/62401787/slot_7... · memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif. ... pengurusan

ZON MERAH meliputi suatu kawasan operasi khas tempat kejadian yang ditetapkan oleh Komander Operasi Bencana untuk Agensi Penyelamat dengan kepakaran tertentu seperti SMART, JBPM, PDRM, ATM, KKM, JPAM dan mana-mana pasukan khas yang ditubuhkan oleh Agensi Kerajaan.

ZON KUNING meliputi suatu kawasan di luar Zon Merah yang ditetapkan oleh Komander Operasi Bencana bagi menempatkan PKTK dan pos-posAgensi Penyelamat serta perlu mendapat kebenaran daripada Komander Operasi Bencana.

ZON HIJAU meliputi kawasan yang mengelilingi Zon Kuning bagi menempatkan petugas agensi bantuan dan pemulihan , NGO, media, keluarga mangsa, pusat kaunseling, stor bekalan makanan dan pusat pengumpulan mayat, pusat rawatn serta lain-lain fungsi yang diputuskan oleh Komander Operasi Bencana.

ZON OPERASI BENCANA

Page 28: PENGENALAN JPAM PERANAN DALAM PENGURUSAN …npmtrainingmalaysia.weebly.com/uploads/6/2/4/0/62401787/slot_7... · memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif. ... pengurusan

PUSAT

MEDIA

AGENSI BANTUAN

DAN PEMULIHAN

BADAN SUKARELA

PUSAT

KAUNSELING

PUSAT

KELUARGA

MANGSA

TEMPAT

BEKALAN

MAKANAN TEMPAT

MAYAT

TEMPAT

REHAT

KAWASAN KEJADIAN

KAWASAN OPERASI

UNIT-UNIT KHAS

MENCARI & MENYELAMAT

PDRM

JPAM SMART

KKM

BOMBA

POS

KAWALAN

TEMPAT

KEJADIAN

JALAN MASUK

LAIN-LAIN AGENSI

PENYELAMAT

ATM

Page 29: PENGENALAN JPAM PERANAN DALAM PENGURUSAN …npmtrainingmalaysia.weebly.com/uploads/6/2/4/0/62401787/slot_7... · memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif. ... pengurusan

JPBP

JPBN

JPBD

Page 30: PENGENALAN JPAM PERANAN DALAM PENGURUSAN …npmtrainingmalaysia.weebly.com/uploads/6/2/4/0/62401787/slot_7... · memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif. ... pengurusan

1. Melaksana dan menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa-mangsa Bencana dan harta benda yang terancam atau akan terancam.

2. Menyedia kenderaan pengangkutan darat dan air untuk tugas-tugaspengungsian (evacuation), pemindahan mangsa-mangsa Bencana danpenghantaran bahan-bahan makanan dan keperluan ke tempat kejadian Bencana.

3. Membantu KKM di tempat kejadian dalam memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa Bencana.

4. Memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa di tempat kejadian Bencana.

5. Menyediakan perkhidmatan ambulans dan memindahkan mangsa-mangsa bencana ke hospital/ klinik kesihatan.

PERANAN JPAM

Page 31: PENGENALAN JPAM PERANAN DALAM PENGURUSAN …npmtrainingmalaysia.weebly.com/uploads/6/2/4/0/62401787/slot_7... · memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif. ... pengurusan

6. Melaksanakan kerja-kerja menyelam untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa hilang/ lemas/ terperangkap.

7. Menjalankan tugas-tugas pembersihan dan pemulihan kawasan selepas bencana.

8. Menguruskan mayat-mayat akibat bencana (mass casualties).9. Memastikan keselamatan kesemua petugas dan orang-orang awam di

dalam kawasan menyelamat. 10. Membantu menyelenggara pusat-pusat pemindahan dan

mengagihkan makanan kepada mangsa-mangsa bencana.11. Membantu pihak PDRM dalam mengawal harta benda dan

keselamatan mangsa-mangsa bencana.

PERANAN JPAM

Page 32: PENGENALAN JPAM PERANAN DALAM PENGURUSAN …npmtrainingmalaysia.weebly.com/uploads/6/2/4/0/62401787/slot_7... · memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif. ... pengurusan

1. Penyaluran bantuan bencana yang tidak mengikut saluran.

2. Pengagihan bantuan yang tidak seimbang.

3. Bantuan pemulihan/pembersihan berpilih.

4. Isu tempatan yang tidak dapat diselesaikan.

5. Garis panduan yang tidak ditetapkan dan menyeluruh.

6. Kelemahan pengumpulan data dan maklumat.

7. Maklumat tidak tepat, palsu dan tidak dapat disahkan.

ISU OPERASIONAL

Page 33: PENGENALAN JPAM PERANAN DALAM PENGURUSAN …npmtrainingmalaysia.weebly.com/uploads/6/2/4/0/62401787/slot_7... · memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif. ... pengurusan