kaedah pemikiran islam

Upload: mohamad-shuhmy-shuib

Post on 30-May-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 Kaedah Pemikiran Islam

    1/7

    Kaedah Pemikiran Islam"Berfikir adalah satu proses bilamana otak dan pengalaman memproses maklumat. Aktivitimemproses ini melibatkan perubahan kepada maklumat. Perubahan maklumat yang dijalankanoleh otak dan pengalaman, terjelma dan dizahirkan dalam bentuk tindakan fizikal dan mental.Tindakan fizikal dan mental atau perlakuan adalah hasil daripada proses berfikir. Berfikir bolehdibahagikan kepada dua jenis yang utama, iaitu berfikir secara menegak dan mendatar. Berfikirsecara menegak (vertical thinking) ialah satu bentuk berfikir cara tradisional yang berteraskankepada logik, kesinambungan dan urutan. Berfikir secara mendatar pula meliputi unsur kreativiti.Penyelesaian yang lebih baik sentiasa dicari-cari di samping luar biasa dan tidak tetap kepadasatu cara sahaja. Mengikut pakar hampir 95% penyelesaian masalah yang kita lakukan melaluiberfikir secara menegak manakala selebihnya dengan berfikir cara mendatar. Sejak dua puluhtahun kebelakangan ini bidang kemahiran berfikir menarik minat ramai pengkaji. Selaras denganminat dan keghairahan itu, mereka mencipta pelbagai konsep dan istilah bagi menghuraikanidea-idea berkenaan topik ini. Kaedah-kaedah pemikiran yang telah mendapat perhatian para

    pengkaji antaranya ialah pemikiran logik yang juga dipanggil logik barat, kaedah pemikiranlateral atau paralel, kaedah pemikiran kreatif, kaedah pemikiran pemikiran saintifik yangberteraskan sains dan teknologi dan juga kaedah pemikiran Islam. Kajian-kajian mereka jugamenitik beratkan cara-cara menyelesaikan masalah dan membuat keputusan menggunakankaedah-kaedah pemikiran tersebut.

    Dalam perbincangan ini saya tidak menyentuh secara mendalam tiap-tiap kaedah pemikiran yangterdapat dalam topik Teknik Berfikir ini. Saya cuma akan mengupas secara sepintas lalu sahajakerana apa yang ditekankan ialah bagaimana kita boleh menyelesaikan sesuatu masalahmenggunakan kaedah pemikiran yang terpilih. Di akhir tugasan ini saya akan mengupaskansecara terperinci cara menyelesaikan masalah menggunakan kaedah pemikiran Islam. Prosesberfikir Sejak Zaman Plato dan Aristotle lagi pengkajian tentang pemikiran telah dijalankan.Aristotle telah menyatakan ciri yang membezakan manusia daripada haiwan ialah keupayaanberfikir.

    Pada abad ke sembilan belas, pemikiran telah didefinisikan sebagai rangkaian idea yangberasosiasi. Melalui tesisnya, Dewey, 1921, telah menyatakan bahawa aktiviti berfikirmerupakan satu daya usaha reorganisasi pengalaman dan tingkah laku yang dilakukan secarasengaja. Bagi Edward de Bono , 1976, pula menyebut bahawa berfikir sebagai sesuatu yangberlaku di dalam minda dan adalah satu proses yang sedar. Proses berfikir juga dinyatakansebagai keupayaan menyelesaikan masalah atau daya usaha untuk mencapai sasuatu tujuan.Berfikir sebenarnya adalah proses atau perilaku menyelesaikan masalah. Proses ini menekankankemungkinan manusia mula berfikir untuk menyesuaikan diri dengan alam dan persekitaran.

    Dari situ, minda mula beroperasi untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sukar.Prilaku berfikir sudah tentu menggunakan otak. Otak dilihat sebagai satu sistem yang mengaturdirinya sendiri. Sistem ini membolehkan sebarang sumber yang diterima oleh otak mengolah danmembentuk pola-polanya yang tersendiri.

    Menurut Edward de Bono dalam toeri beliau berkenaan bagaimana minda beroperasi, menyebutbahawa otak berupaya mentadbir sendiri setiap maklumat yang diterima dan menukarkan kepada

  • 8/9/2019 Kaedah Pemikiran Islam

    2/7

    pola-pola yang tertentu. Katanya lagi, sepanjang hayat manusia, otak mencipta dan mengekalkanribuan pola di mana pola-pola itu menjadi rutin pada proses manusia berfikir. Tanpa adanyapola-pola itu di dalam otak, manusia tidak mungkin dapat beroperasi seperti yang kita alamisekarang. Menurut beliau lagi, perbuatan sehari-hari seperti membaca, menulis, bercakap,mengenal rakan-rakan, melintas jalan dan berbagai lagi dapat kita lakukan kerana adanya pola-pola dalam otak kita. Manusia berfikir menggunakan otak.

    Dari segi fisiologinya baik manusia ataupun binatang mempunyai otak. Malah dari segibentuknya, tidak banyak beza antara otak manusia dengan otak binatang. Namun dari segipsikologinya, otak manusia sebenarnya jauh bezanya dari otak binatang. Ini kerana otak manusiaboleh berfikir tetapi tidak bagi otak binatang. Aristotle pernah mentakrifkan manusia sebagaihaiwan yang boleh berfikir. Otak manusia terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu saraftunjang, batang otak, diensefalon, serebrum dan sereblum. Setiap bahagian mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri. Otak juga terbahagi kepada dua bahagian yang dikenali sebagaihemisfera kiri dan hemisfera kanan. Menurut kajian-kajian yang dijalankan dapatlah kita fahamiumumnya bahawa hemisfera kanan khusus untuk pemikiran yang bersifat holistic, kreatif,imagenatif, perasaan dan seni manakala hemisfera kiri pula khusus untuk pemikiran yang

    bersifat terperinci, logik, rasional, matematik dan sains. Untuk membekalkan tenaga yangmencukupi agar otak dapat menjalankan fungsinya dengan baik dan sentiasa berkeadaan cergas,sudah tentulah kasihatannya perlu dijaga.

    Dari sudut kesihatan, otak memerlukan tiga bahan nutrien yang utama iaitu oksigen, glukos danprotein. Di samping bahan-bahan asas ini, terdapat bahan-bahan tradisional lainnya yang biasadigunakan untuk membekalkan tenaga kepada otak seperti ginseng dan gingko biloba. Namunsebenarnya keupayaan otak mencipta dan mengekalkan pola-pola serta kecergasan tenaganyaadalah atas kuasa dan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Sebagai seorang yang beragama Islam,kita telah sedia mempercayai dan menyakini setiap apa yang kita dapat lakukan dalampenghidupan kita ini, termasuklah berfikir adalah atas khudrat Allah. Telah ditakdirkan jugaandai kita adalah seorang yang mahir berfikir ataupun termasuk dalam golongan yang terencatakal, semuanya adalah takdir dariNya.

    Jika kita telah ditentukan pada suatu hari akan hilang keupayaan untuk berfikir, itu juga adalahatas kuasa Yang Maha Esa. Segala teori-teori pakar pemikir adalah benar dari sudut pemikiran,namun kita mesti berbalik kepada kuasa maha pencipta dalam segenap aspek pemikiran kita.Barulah kita boleh dikategorikan sebagai manusia yang berkeupayaan mengolah pola-polapemikiran yang telah tercipta dalam minda kita. Sebagai manusia, kita juga harus berusaha untukmembantu diri kita setelah dijadikan sebagai makhluk yang sempurna. Kaedah pemikiran logikPemikiran secara logik ialah cara kita melihat sesuatu dan daya usaha untuk mengenal pasti apayang salah dan apa yang betul mengikut logiknya. Logik tentang sesuatu perkara dari segi akalmanusia semata-mata dan logik berdasarkan realiti alam sebenar.

    Logik akal semata-mata juga disebut logik matematik manakala logik berdasarkan realiti alamsebenarnya juga disebut logik natural atau logik alam. Perkataan logik itu sendiri memberimaksud akal dan hujah dalam bahasa Yunani dan dalam Bahasa Inggeris bermaksud reasoniaitu sebab. Jadi untuk melihat sesuatu perkara melalui pemikiran logik kita mesti ada sebabyang boleh diterima oleh akal. Banyak pemikiran yang betul dari segi logik akal terbukti salahjika dilihat dari sudut realiti alam dan kehidupan sebenarnya.

  • 8/9/2019 Kaedah Pemikiran Islam

    3/7

    Pemikiran logik ini amat berguna terutama apabila kita hendak mencari sebab dan akibat tentangsesuatu perkara dengan perkara lain dan satu peristiwa dengan peristiwa yang lain. Pemikiranlogik ini juga berguna untuk mencari kesimpulan atau deduktif dan untuk mempertahankan hujahtentang sesuatu idea, cadangan atau pandangan. Pemikiran logik atau lebih dikenali tradisipemikiran barat telah dimulai oleh tiga orang takoh falsafah Yunani yang terkenal iaitu Socrates,Plato dan Aristotle. Socrates menyampaikan siri pemikirannya melalui percakapannyaberbanding Plato dan Aristotle yang banyak menghasilkan karya. Plato diiktiraf sebagai pendiritradisi pemikiran barat sementara Aristotle diiktiraf sebagai pendiri pemikiran logik. SumbanganSocrates pula hanya diketahui melalui tulisan-tulisan Plato. Pemikiran logik mementingkankonsep betul dan salah. Pendokong pemikiran ini percaya dengan membuang apa yang salahmaka mereka akan menemui kebenaran. Pemikiran adalah berdasarkan dan mementingkan apadan ialah iaitu apa yang berlaku mesti diikuti dengan sebab-sebabnya.

    Contohnya, jika pesakit diberi rawatan maka dia akan selamat atau jika hari hujan, kita akanbasah.Contoh lainnya ialah, jika tidak bekerja sudah tentu tiada wang atau pun kalau bekerjabergaji besar mesti ada banyak wang. Jadi jelaslah dalam pemikiran logik setiap apa yangberlaku mesti ada alasannya yang boleh diterima akal semata-mata atau boleh diterima oleh

    realiti alam. Pemikiran logik juga menampilkan berdebat atau berhujah sebagai satu konsep yangpenting. Secara amnya, orang berhujah untuk meyakinkan orang lain supaya menerimapendapat-pendapatnya di mana dia percaya pendapat-pendapatnya itu adalah benar dan patutditerima oleh orang lain sebagai benar juga. Dalam pemikiran logic, bukti yang dikemukakandalam hujah dipanggil premis manakala dakwaan yang dipertahankan dalam hujah disebutkesimpulan. Berhujah adalah satu usaha untuk mempertahankan kesimpulan. Contohnya,Merokok membahayakan kesihatan.

    Oleh itu jangan menghisap rokok. Merokok itu bahaya. (premis) Merokok bahayakan kesihatan.(premis) Oleh itu jangan menghisap rokok. (kesimpulan) Contoh-contoh lain pemikiran logikialah; a). Wang dapat memenuhi keperluan manusia. Wang dapat digunakan untuk membelibarang keperluan dan apa sahaja yang kita ingini. Oleh itu, dengan memiliki lebih banyak wang,lebih banyak keperluan manusia dapat dipenuhi. Dengan demikian semakin banyak kita memilikiwang, semakin baik. b.) Agama mengajar manusia supaya melakukan kebaikan dan menjauhikejahatan. Oleh itu orang yang beragama akan melakukan perkara-perkara baik dan tidak akanmelakukan perkara-perkara yang jahat. Kemahiran berfikir secara logik sudah diajar di dalammata-mata pelajaran di sekolah. Para pelajar hanya perlu menyedari dan memahami caramenggunakannya.

    Kaedah pemikiran saintifik Pemikiran saintifik adalah satu proses berfikir yang bermula daripadapengalaman deria atau pancaindera untuk mendapat kebenaran dan pengetahuan. Pemikiransaintifik juga berasaskan prinsip rasional dan logik kerana sesuatu yang tidak rasional dan tidaklogik dengan sendirinya juga dianggap tidak saintifik. Sebab itulah bagi mereka yang terlalu

    berpegang kepada ajaran logik semata-mata akan menolak adanya wahyu dan mukjizat keranadianggap tidak logik. Dalam pemikiran saintifik tumpuannya adalah lebih kepada prinsipempirikal iaitu bukti saintifik. Pemikiran saintifik memerlukan bukti yang secukupnya danmeyakinkan sebelum sesuatu idea itu dapat diterima. Contohnya dakwaan menyatakanpermukaan bulan dan matahari itu indah. Kenyataan ini berdasarkan pandangan mata kasar dadijauh. Namun pendapat itu tidak dapat deterima sebelum ada bukti-bukti saintifik yang bolehmenyokong pendapat tersebut. Setelah ujian demi ujian dan dijalankan hipotesis, bukti-buktidikumpulkan, maka kenyataan sebenarnya amat bercanggah dengan pendapat pertama tadi.

  • 8/9/2019 Kaedah Pemikiran Islam

    4/7

    Melalui kaedah matematik dan cerapan teleskop, Galileo, seorang profesor matematik danatonomi Itali telah berjaya membuktikan bahawa permukaan bulan dan matahari tidak seindahdan selicin seperti yang didakwa oleh ajaran Gereja, sebaliknya berbukit-bukit, berkawah danbergunung-ganang seperti permukaan bumi juga. Bahkan bintik-bintik seperti jerawat dimatahari itu juga kelihatan tenggelam timbul dari arah yang bertentangan. Kajiannya jugamenunjukkan bahawa matahari berputar seperti gasing. Jadi jelaslah kaedah pemikiran saintifikini memerlukan bukti-bukti empirikal yang cukup dan meyakinkan barulah sesuatu idea,pendapat atau pandangan itu dapat diterima tanpa ragu-ragu. Dalam pemikiran saintifik adabeberapa prinsip seperti prinsip empirikal, yang bertolak daripada pancaindera sebagai sumberilmu yang sebenar, prinsip rasional yang berteraskan logik, prinsip objektif, yang melihat adanyapemisah mutlak antara subjek dengan objek, dan prinsip kausaliti, yang berdasarkan hukumsebab dan akibat.

    Di samping prinsip-prinsip saintifik tersebut, amalan kaedah eksperimental sebenarnya yangmencirikan keseluruhan pemikiran saintifik. Kaedah eksperimental ini secara ringkasnya ialahkaedah uji kaji. Untuk menjelaslah sesuatu idea, pendapat ataupun pandangan, melalui kaedah

    eksperimental ini mesti melalui prinsip-prinsip induktif seperti pengamatan, pengukuran,penjelasan dan pemeriksaan. Urutan sesuatu kajian secara saintifik ialah pernyataan masalah,pernyataan hipitesis, kaedah penyelidikan dan seterusnya mendapat hasil penyelidikan. Denganitu lengkaplah kronologinya dan sesuatu idea, pendapat dan pandangan itu boleh diterima secarapemikiran saintifik. Kaedah pemikiran kreatif Pemikiran kreatif bermula dengan pemikiransaintifik kerana dengan berfikir secara saintifiklah mampu membentuk sesuatu yang baru danberjaya menyelesaikan masalah-masalah manusia. Kejayaan dan kemampuan sains yang sangatbesar mendorong kepada lahirnya sifat kreatif yang dianggap sebagai sesuatu yang cukupmembanggakan.

    Dengan berlatar belakangkan pemikiran saintifik itulah lahirnya kajian-kajian empirikal tentangkreativiti oleh tokoh-tokoh pendidikan dan psikologi. Pemikiran kreatif lebih kepadakemampuan menghasilkan idea-idea baru dan tanggapan baru. Idea yang dihasilkan itu bukanlahseperti idea biasa yang ada sekarang malah kadang-kadang kelihatan agak gila-gila dan tidaklogik. Idea bagi orang yang berfikiran kreatif ada kalanya kelihatan pelik bagi orang yangberfikiran biasa. Orang yang pemikirannya kreatif mengutamakan cara lain untuk melihatsesuatu perkara atau permasalahan. Bagi mereka semakin banyak sudut pandangan yangdigunakan semakin baik. Pemikir kreatif juga memberi fokus kepada usaha mahu mengubah ideayang ada pada masa itu. Tujuan utama pemikiran ini adalah untuk menghasilkan sesuatu yangbaru atau membawa perubahan, bukannya semata-mata meneruskan sahaja apa yang adasekarang.

    Orang yang kreatif, mindanya sentiasa memikirkan sesuatu yang lain daripada yang orang lain

    fikirkan. Pendek kata kemampuan mereka adalah lebih daripada orang lain. Mereka yang berjayamenghasilkan idea-idea kreatif ini tidak semestinya terdiri daripada mereka yang cemerlangdalam akademik, kerana ketinggian IQ bukanlah jaminan kekreatifan individu. Banyak kes,mereka yang tahap IQnya sederhana tetapi mencapai tahap kekreatifan yang begitu tinggi.Berfikir cara kreatif akan menuntut kita sentiasa mencari cara baru untuk menggantikanpenyelesaian yang sedang digunakan .

  • 8/9/2019 Kaedah Pemikiran Islam

    5/7

    Dalam proses mencari cara baru ini pendokong pemikiran kreatif tidak akan cepat berpuas hatidengan hanya satu jawapan sahaja. Seboleh-bolehnya pelbagai idea diterima. Pemikir ini mestiterus berusaha supaya tidak cepat berhenti berfikir sebaik mendapat idea pertama sebaliknyaterus berfikir kerana mungkin idea-idea yang seterusnya akan lebih baik daripada idea yangpertama tadi. Idea-idea yang disumbangkan akan diperbincangkan kesemuanya, tidak dikritikseperti dalam pemikiran logik barat yang hanya mementingkan jawapan betul atau salah. Kajian-kajian yang dibuat oleh pakar-pakar psikologi dan pakar-pakar kreativiti membuktikan bahawadaripada sekian banyak idea, akan muncul satu idea yang bagus.

    Thomas Edison misalnya telah mencipta kira-kira 3000 idea tentang elektrik. Hanya dua idea-idea itu berjaya dan dapat dipatenkan. Pemikiran kreatif melihat idea yang baik tidak perlukelihatan logik pada awalnya. Pemikiran kreatif ini juga gemar melihat secara logik songsang.Ciri utama orang-orang kreatif ialah mereka memiliki autonomi intelektual yang tinggi. Merekamembuat keputusan berdasarkan pendapat mereka sendiri dan tidak suka terikut-ikut pendapatorang ramai.. Mereka juga tidak mahu mengalah pada tekanan masyarakat.

    Dalam erti kata lain, mereka tidak memiliki mentaliti apa orang lain kata. Antara ciri-ciri

    individu kreatif ialah tidak suka dikongkong, tidak dahagakan pengiktirafan, sediabertanggungjawab, berani menanggung risiko, bersikap terbuka dan yang paling penting ialahberjiwa redikal, berani mencabar perkara-perkara pokok serta tidak gentar menongkah arus.Kaedah pemikiran lateral Pemikiran lateral adalah merupakan satu daripada cabang pemikirankreatif.

    Pemikiran ini diasaskan oleh Dr. Edward de Bono yang mulai melibatkan diri dalam bidangkemahiran berfikir pada tahun 1965. Pada tahun 1967, pemikiran ini mulai dikenali dengan namaPemikiran Lateral. Walaupun merupakan satu fenomena baru tetapi dari segi asas-asaspemikirannya banyak dipengaruhi oleh aliran-aliran falsafah yang terdahulu. Pemikiran lateralatau nama lainnya pemikiran selari ini mengemukakan idea-idea yang seiringan ataubergandingan antara satu sama lain. Idea-idea yang diketengahkan tidak ada percanggahan,pertentangan, pertikaian dan pertimbangan betul atau salah. Semua idea, pandangan danpendapat diterima dan didalami dengan teliti. Manakala keputusan pula diperolehi melalui prosesmereka bentuk. Pemikiran lateral bersifat generatif. Matlamat pemikiran ini adalah untukmenerbitkan perubahan, demi perubahan itu sendiri dan peralihan daripada konsep lama kepadakonsep baru.

    Pemikiran ini juga sentiasa berusaha mencari alternatif-alternatif baru dan tidak minatmembuktikan apa yang betul atau salah sebaliknya berminat mencari apa yang berlainan. Dalampemikiran lateral, idea-idea yang betul atau salah dilihat sama pentingnya. Sempurna, lemah atausalahnya idea tersebut tidak menjadi soal kerana idea-idea yang cacat atau salah tetap bergunakepada pemikir lateral. Idea-idea tersebut digunakan sebagai pencetus bagi menerbitkan idea-

    idea yang baru dan menyusun pola-pola pemikiran yang lebih canggih. Pemikiran lateral jugatidak berminat kepada perkara yang jelas dan nyata. Fokus pemikiran ini ialah untukmembolehkan otak melompat ke depan dari satu konsep ke satu konsep lain. Minat utamapemikiran ini ialah menjelajah hingga ke perkara-perkara di luar batas. Habit ini menguntungkankerana jikalau selepas mencari dan menjelajah ke pelbagai kotak fikiran, dan didapati kita tidakdapat menghasilkan idea-idea baru, kita tetap boleh kembali pada idea-idea yang biasa.

  • 8/9/2019 Kaedah Pemikiran Islam

    6/7

    Pemikiran lateral juga tidak mementingkan logik sesuatu idea, pendapat atau pendangan itu.Perkataan-perkataan seperti oleh sebab atau oleh kerana tidak dipakai sebaliknya perkataan-perkataan seperti barangkali, boleh jadi, kemungkinan dan sebagainya adalah menjadikeutamaan. Jadi konsep sebab dan akibat sudah pasti tidak digunakan dalam pemikiran ini.Pelbagai teknik berfikir diperkenalkan delam pemikiran lateral antaranya yang terkenal ialahteknik CoRT, teknik Enam Topi dan bermacam lagi yang jika diguna dapat melatih danmenggalakkan kita berfikir secara kritikal dan kreatif.

    Kaedah pemikiran Islam Pemikiran Islam ialah cara berfikir yang berteraskan wahyu dan sunnahiaitu berpandukan Al-Quran dan Hadis. Pemikiran Islam bersifat rasional, intelektual, moral danspiritual. Dalam pemikiran Islam kita percaya ada perkara-perkara yang wajib diamalkan, jugasunat, makruh dan haram. Pemikiran islam pada umumnya mempunyai aliran-aliran yangtertentu.

    Ada empat aliran yang besar iaitu aliran yang bersumberkan wahyu semata-mata, aliran yangbersumberkan wahyu dan akal, aliran yang bersumberkan akal dan wahyu dan aliran yangbersumberkan akal semata-mata. Aliran yang bersumberkan wahyu semata-mata adalah

    merupakan pegangan para Nabi dan Rasul serta pengikit generasi pertama Islam yangberpandukan al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Aliran yang bersumberkan wahyudan akal sebagai pembantunya muncul selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. Aliran inijuga menerima pengaruh tamadun asing dan akhirnya terbentuklah pelbagai mazhab.

    Aliran yang bersumberkan akal dan wahyu sebagai penyokongnya pula berasal dari tamadunYunani. Aliran ini berteraskan ilmu logik dan suka memutarbelitkan kebenaran al-Quran. Aliranyang bersumberkan akal semata-mata sebenarnya bukanlah sebahagian daripada pemikiran Islamkerana mereka ini tiada bezanya dengan pemikiran logik barat yang hanya mementingkan akaldan tidak berbalik kepada hukum alam serta maha penciptanya. Pemikiran Islam menekankandua kaedah utama iaitu kaedah naqliyyah yang bersumberkan wahyu dan kaedah aqliyyah yangmerujuk kepada penggunaan akal dan berteraskan wahyu.

    Kaedah pemikiran Islam memberi penumpuan kepada mendalami ilmu al-Quran dan ilmu al-Hadis. Pemikiran Islam juga mementingkan penggunaan akal tetapi hanya bagi perkara-perkarayang tidak ada nas yang jelas dan nyata tentang kedudukan hukumnya. Penggunaan akalbukanlah bebas tetapi sandaran syarak. Berdasarkan huraian ringkas ini, jelaslah bahawa caramanusia berfikir boleh mempengaruhi tindakan dan perlakuan yang berbeza bagi setiap individu.Ada bermacam corak pemikiran yang telah dibincangkan, antaranya corak pemikiran logik,corak pemikiran saintifik, corak pemikiran selari, corak pemikiran kreatif dan corak pemikiranIslam. Setiap corak pemikiran pula berbeza walaupun saling ada hubung kait antara satu samalain. Kajian tentang Teknik Berfikir kini semakin mendapat perhatian pakar-pakar falsafahpsikologi dan pendidikan.

    Pelbagai Teknik Berfikir diperkenalkan, daripada berfikir menggunakan pemikiran logic

    sehinggalah yang paling terkini Teknik Berfikir menggunakan pemikiran selari dan kreatif yang

    mula diperkenalkan oleh Dr. Edward de Bono pada tahun 1965. Teknik ini mengajar kita melihat

    sesuatu dengan lebih terbuka dan lebih menghargai idea, pendapat dan pandangan orang lain.

    Tidak secara langsung, teknik pemikiran ini akan lebih mengakrabkan lagi hubungan sesama

    manusia dan hubungan manusia dengan alam. Keterbukaan minda akan memudahkan manusia

  • 8/9/2019 Kaedah Pemikiran Islam

    7/7

    menangani sebarang masalah yang datang dalam kehidupan. Kepelbagaian Teknik Berfikir ini

    juga membolehkan manusia mengadaptasikannya ke dalam kehidupan dan membantu dalam

    menyelesaikan sebarang masalah dengan lebih berkesan lagi