slide pemikiran islam semasa

13
Mengikut Kamus Dewan, pemikiran adalah satu proses atau perihal berfikir (memikir). Pemikir merujuk kepada orang yang berfikir atau ahli fikir. Cara menyelesaikan masalah dengan menggunakan daya imaginasi sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yang kelihatan luar biasa tetapi berkesan.

Upload: wanhishamudin

Post on 20-Jul-2015

6.011 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

• Mengikut Kamus Dewan, pemikiran adalah

satu proses atau perihal berfikir (memikir).

• Pemikir merujuk kepada orang yang berfikir

atau ahli fikir.

• Cara menyelesaikan masalah dengan

menggunakan daya imaginasi sehingga

dapat menghasilkan pelbagai pendekatan

yang kelihatan luar biasa tetapi berkesan.

Islam satu agama ?

Atau Religion ?

Atau al-Din ?

RELIGION

Religion pada bahasa : berasal daripada

bahasa Latin yang bererti menyatukan.

Istilah : ialah penerimaan terhadap tata

cara yang ditentukan oleh kuasa yang

lebih tinggi daripada manusia.

AL-DIN

Bahasa : al-Din adalah nama terbitan

(masdar) dari kata kerja - Dana, Yadinu –

yang merangkumi beberapa pengertian

berikut:

Paksaan kepada mentaatinya dengan

menggunakan kekuasaan yang mutlak untuk

menjadikan hamba yang patuh.

Ketaatan, pengabdian, perkhidmatan dan

menggunakan seseorang supaya bekerja,

patuh dan sentiasa mengikut arahan serta

sanggup memberikan ketundukkan dan

kehinaan di bawah perintahNya.

Ganjaran dan hukuman.

Istilah : al-Din ialah suatu sistem

kehidupan yang lengkap mesti dipatuhi

dan diikuti oleh setiap individu dalam

sebarang urusan dan aspek kepada satu

kuasa Tertinggi samada kepada

perundangan, dasar, suruhan dan larangan

dengan keyakinan bahawa hanya sistem

ini sahaja yang mampu untuk

mempertingkatkan status dan kebahagiaan

hidup manusia.

Musuh agama, religion dan al-Din

ialah

SEKULAR

Islam is not religion

SEKULAR

Definisi :The New World Dictionary : ialah

Roh keduniaan atau halatuju duniawi di

mana secara khususnya ia adalah suatu

sistem yang meliputi dasar dan praktikal

yang menolak campurtangan iman dan

ibadah dalam apa jua bentuk sekalipun.

World Encyclopdia : ialah suatu bentuk

aliran dalam menentukan halatuju

kehidupan berasaskan kepada prinsip

bahawa agama tidak ada kaitan dengan

pemerintahan dan kenegaraan.

Ia adalah satu sistem sosial dalam akhlak

bersandarkan kepada nilai-nilai moral

atau akhlak yang berasaskan kepada

tanggapan atau nilai kehidupan semasa

dan masyarakat tanpa melihat dari aspek

agama.

PENGERTIAN ISLAM

Menurut bahasa : Islam adalah bahasa

Arab dari kata kerja ‘salima’ ditambah

dengan ‘alif’ menjadi ‘aslama’ yang bererti;

selamat, patuh, tunduk dan menyerah.

Menurut istilah : ialah patuh, tunduk serta

melaksanakan segala yang disampaikan

oleh Rasulullah saw.

Islam juga dapat ditarifkan sebagai

menyerahkan diri kepada Allah dengan

perasaan tunduk dan mengaku kehinaan

dan kehambaan dengan jiwa serta

mengerjakan segala perintah,

meninggalkan segala larangan dengan

anggota lahir dan batin.

Perihal beberapa pola pemikiran atau aliran

yang timbul dalam kerangka berfikir yang

wujud dalam kelompok besar Islam sama

ada sudut aqidah, fiqah, akhlaq atau

falsafah.

Dalam sejarah Islam wujud perkembangan

idea dan pemikiran dalam permasalahan

Aqidah, Fiqh dan Falsafah.

Dan berpecah kepada beberapa mazhab

aliran Jabariah, Khawarij, Qadariah, Ahl al-

Sunnah Wa al-Jamaah dan sebagainya.

ERTI PEMIKIRAN ISLAM