kaedah pembelajaran koperatif

Upload: melek-arbi

Post on 07-Mar-2016

54 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

-

TRANSCRIPT

http://www.teachersrock.net/koperatif_s2a.htm

Kaedah Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:a. saling bergantung antara satu sama lain secara positif,b. saling berinteraksi secara bersemuka,c. akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,d. kemahiran koperatif, dane. pemprosesan kumpulanGanjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table).Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. Dalam cara ini, pembahagian tuigas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea.Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.

Prinsip-prinsip Pembelajaran Koperatif

Apabila guru-guru pelatih merancang kerja kumpulan, sering kali tiga jenis lembaran kerja diberi kepada 3 kumpulan murid (cerdas, sederhana dan kurng sederhana!). Murid-murid dalam setiap kumpulan diminta membuat latihan masing-masing tanpa menggangu orang lain. Selepas itu, lembaran kerja dipungut dan guru pelatih berkenaan membuat sedikit rumusan. Apakah itu kerja kumpulan? Ini menunjukkan pelatih tersebut tidak memahami prinsip-prinsip pembelajaran koperatif dan dinamika kumpulan. Berikut dijelaskan prinsip-prinsip asas pembelajaran koperatif. Model yang diutarakan oleh Johnson & Johnson (PIGS) serta Kagan (PIES) mempunyai persamaan yang nyata.Johnson & JohnsonKagan

Positif InterdependencePositif Interdependence

Individual AccountabilityIndividual Accountability

Group InteractionEqual Participation

Social SkillsSimultaneous Interaction

Positive Interdependence (Saling Kebergantungan Secara Positif)Mengikut model Stephen Covey tentang perubahan peribadi, (Seven Habits of Highly Effective People) pelajar seharusnya beranjak dari sifat bergantung kepada sifat berdikari dan seterusnya ke tahap saling kebergantungan. Saling kebergantungan wujud apabila pelajar menganggap bahawa ia memerlukan usaha orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Walaupun seseorang pelajar berdikari tetapi tahap kecemerlangan yang lebih tinggi cuna boleh dicapai melalui usaha, input dan sinergi orang lain.Individual Accountability (Akauntabiliti Individu)Walaupun setiap pelajar dikehendaki bekerjasama dalam sesuatu tugasan, ia adalah bertanggungjawab atas pencapaiannya sendiri. Penilaian boleh dibuat secara individu.Group Interaction (Interaksi Kumpulan)Pelajar-pelajar memajukaan pembelajaran pelajar lain dengan membantu, mengongsi dan menggalakkan usaha pembelajaran. Interaksi kumpulan termasuk tindakan pelajar untuk menerangkan, membincang dan mengajar apa yang diketahui kepada orang lain.Social Skills (Kemahiran Sosial)Agar pembelajarn koperatif berkesan, guru mesti mengajar kemahiran sosial kepada pelajar. Kemahiran-kemahiran tersebut merangkumi kepimpinan, membuat keputusan, membina kepercayaan, komunikasi dan pengurusan konflik.

Jabatan Ilmu PendidikanMaktab Perguruan SandakanBeg Berkunci No. 31,90009 Sandakan, Sabah.Tel: 089-218610Faks: 089-213814Disediakan oleh:Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.),Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS.15 Ogos 1999http://www.teachersrock.net